10. Bab 9 - Komen Dan Cadangan

download 10. Bab 9 - Komen Dan Cadangan

of 5

Transcript of 10. Bab 9 - Komen Dan Cadangan

  • 8/6/2019 10. Bab 9 - Komen Dan Cadangan

    1/5

    BAB 9

    KOMEN DAN CADANGAN

    9.1 Pengenalan

    Tiada apa-apa pun di dunia yang besar ini sempurna. Setiap benda setiap

    perkara mesti ada kelebihan dan kelemahan, positif dan negatif serta baik dan

    buruk. Semasa saya menjalani latihan industri di LQ Management Service Sdn.

    Bhd., saya mendapati banyak kelebihan dan hanya beberapa sahaja kelemahan

    yang dihadapi oleh firma tersebut. Maka, saya ingin mengambil kesempatan ini

    untuk memberi sedikit pendapat, pandangan dan cadangan kepada pihak

    politeknik dan juga firma yang saya menjalani latihan industri dan berharap agar

    komen tersebut dapat membantu pihak firma dalam menyelesaikan masalah

    yang dihadapi agar dapat meningkatkan mutu firma pada masa akan datang.

    Selain itu, saya juga berharap pihak politeknik akan menerima dan menimbang

    cadangan saya akan akan dikemukakan.

    Terlebih dahulu saya ingin memberi komen kepada pihak Politeknik Tuanku

    Sultanah Bahiyah serta Bahagian Pengurusan Politeknik. Pertamanya ialah

    104

  • 8/6/2019 10. Bab 9 - Komen Dan Cadangan

    2/5

    mengenai penghantaran pelajar di politeknik untuk menjalani latihan industri di

    firma-firma pada semester empat. Bagi saya, perkara ini memang tidak berapa

    sesuai untuk menghantar mereka untuk menjalani latihan industri pada

    semester tersebut. Hal ini kerana, pelajar masih lagi tidak diajar beberapa lagibidang yang terdapat di firma yang dipilih. Contohnya bidang pengauditan. Ini

    kerana subjek pengauditan hanya akan diajar pada semester lima dan enam.

    Oleh itu, apabila diarahkan untuk membuat kerja tersebut maka ia menjadi satu

    masalah kepada mereka yang masih lagi tidak belajar. Jadi saya

    mencadangkan kepada pihak Bahagian Pengurusan Politeknik KPTM amnya

    dan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah khasnya supaya mengkaji semula

    dasar penghantaran pelajar politeknik untuk menjalani latihan industri pada

    semester empat. Justeru, pelajar yang belajar di universiti juga menjalanilatihan industri pada semester enam walaupun mengambil diploma.

    Kedua, masalah pengangguran merupakan masalah utama dalam kalangan

    pelajar yang sudah tamat pengajian. Oleh itu, jika pelajar diberi peluang untuk

    menjalani latihan industri pada semester enam, mungkin mereka akan

    ditawarkan untuk berkerja di syarikat atau firma tersebut selepas mereka tamat

    latihan industri atau tamat pengajian di politeknik. Hal ini demikian kerana,

    semester enam adalah semester yang terakhir bagi pelajar yang mengambil

    apa-apa sahaja jurusan pada tahap diploma. Setelah mereka tamat manjalani

    latihan industri di firma tersebut, kemungkinan besar mereka akan diberi

    peluang dan kepercayaan untuk bekerja di situ kerana kebiasaan yang telah

    dilalui selama lima bulan teleh mengeratkan hubungan yang erat antara

    kakitangan dalam firma tersebut. Perkara ini akan menyebabkan mereka yang

    tidak mahu menyambung pengajiannya mendapat pekerjaan dengan cepat.

    Tambahan pula, langkah ini dapat mengurangkan kadar pengangguran di

    kalangan mereka yang sudah tamat pengajian.

    Manakala komen kepada pihak LQ Management Service Sdn. Bhd adalah

    berkenaan dengan cara memberi maklumat yang berbeza antara seorang staf

    dengan staf yang lain. Hal ini demikian kerana staf di syarikat ini akan mengajar

    terlebih dahulu cara untuk melakukan sesuatu kerja atau tugas yang diberikan

    105

  • 8/6/2019 10. Bab 9 - Komen Dan Cadangan

    3/5

    kepada saya. Ia adalah penting untuk mengelakkan berlakunya sesuatu

    kesilapan yang sukar untuk dikenal pasti. Selain itu, apa yang diajar serta di

    diberitahu oleh staf tersebut dianggap sebagai satu pengetahuan yang baru

    kepada kita. Tetapi setiap orang mempunyai pandangan dan caramelaksanakan tugas yang berbeza antara satu sama lain. Kadang-kala kerja

    yang saya lakukan adalah sama seperti yang dilakukan sebelum ini tetapi cara

    atau kaedah yang dimahukan oleh seseorang staf untuk membuat kerja

    tersebut adalah berbeza dengan staf yang lain. Pada pandangan saya, pihak

    syarikat perlulah membuat satu prosedur kerja yang mewajibkan semua staf

    mengikut langkah-langkah dalam prosedur tersebut. Hal ini dapat mengelakkan

    kesalahan dan kesilapan yang tidak patut berlaku di samping menyakinkan

    pelajar untuk membuat kerja tersebut.

    Majoriti staf dalam firma ini adalah kaum cina. Oleh itu, mereka sentiasa

    berkomunikasi sesama mereka dengan menggunakan Bahasa Mandarin.

    Kadang-kala, mereka membuat panggilan kepada saya melalui telefon untuk

    memberi arahan seterusnya dengan menggunakan Bahasa Mandarin. Ia

    menjadi masalah kepada seseorang yang tidak memahaminya seperti saya.

    Oleh itu, saya mencadangkan bahawa semua staf perlulah menggunakan

    Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi antara satu sama lain supaya

    semua boleh memahaminya. Di samping itu, mereka juga dapat melatih diri

    untuk menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Hal ini kerana kadang-kala

    mereka salah menggunakan bahasa dan akan menyebabkan kekeliruan dan

    menjejaskan mutu kerja. Selain itu, mereka juga boleh menggunakan Bahasa

    Inggeris untuk berkomunikasi kerana Bahasa Inggeris menjadi bahasa

    antarabangsa dan merupakan bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi di

    kalangan masyarakat Malaysia.

    Masalah sistem penyimpanan fail yang tidak teratur juga menyukarkan pekerja

    dan pelajar yang menjalani latihan industri mencari fail dan membuat rujukan.

    Walaupun firma ini mempunyai sistem kabinet dan kod siri yang lengkap untuk

    memuatkan fail-fail tersebut tetapi tidak digunakan sebaik mungkin kerana fail-

    fail yang diambil tidak diletakkan semula. Pada pandangan saya, masalah ini

    106

  • 8/6/2019 10. Bab 9 - Komen Dan Cadangan

    4/5

    dapat diatasi sekiranya pihak firma memperuntukkan sedikit kos untuk

    memperbaiki sistem pemfailan dalam syarikat. Selain itu, pekerja juga perlu

    memperbaiki sikap diri-sendiri supaya lebih bertanggungjawab dalam

    melakukan sesuatu kerja seperti meletakkan semula fail ke tempat yangdisediakan agar perkara ini tidak menyusahkan orang lain.

    Komputer merupakan salah satu peralatan yang sangat penting dalam era

    globalisasi ini untuk melakukan sesuatu kerja. Ia dapat mempercepatkan

    sesuatu kerja yang dilakukan dan menjimatkan masa untuk menyiapkan kerja

    tersebut. Selain itu, kesilapan juga jarang sekali berlaku berbanding dengan

    kaedah manual. Dalam firma ini hanya terdapat komputer sebanyak 16 buah

    komputer sahaja sedangkan terdapat 20 orang staf termasuklah pelajar yangmenjalani latihan industri. Oleh itu, komputer perlu dikongsi dengan mana-

    mana staf yang ingin menggunakannya. Perkara ini kadang kala menyukarkan

    dan melambatkan kerja serta membazirkan masa menunggu jika terdapat

    kelapangan. Untuk mengatasi masalah kekurangan komputer di firma dan

    mempercepatkan tugas, maka majikan haruslah memikirkan alternatif untuk

    menambahkan komputer. Majikan boleh membeli komputer baru atau komputer

    yang sudah guna pakai kerana harganya agak murah. Maka, melalui cara ini,

    pekerja termasuklah pelajar yang manjalani latihan industri tidak perlu kongsikomputer di samping mempercepatkan sesuatu kerja yang dilakukan.

    Di samping itu, peralatan pejabat yang sering kali rosak juga akan menjejaskan

    kerja yang dilakukan. Contoh, peralatan pejabat yang sering kali rosak adalah

    mesin fotostat. Walau di syarikat ini sudah mempunyai dua buah mesin

    fotostat, tetapi kedua-duanya sering kali rosak. Selain itu, komputer yang

    dikongsi antara saya dan kawan-kawan yang lain juga sentiasa tidak boleh

    menghubungkan ( link ) dengan komputer staf lain untuk membuat sesuatu

    tugas. Justeru, penghawa dingin dalam bilik yang menepatkan saya dan

    kawan-kawan yang menjalani latihan industri juga sering kali tidak sejuk

    menyebabkan rasa tidak selesa untuk melakukan sesuatu kerja kerana suasana

    yang panas. Oleh itu, pihak firma perlulah mengambil berat tentang peralatan-

    peralatan dalam firma serta keadaan dan suasana tempat kerja supaya pekerja

    107

  • 8/6/2019 10. Bab 9 - Komen Dan Cadangan

    5/5

    dapat melakukan sesuatu kerja dengan cepat dalam suasana tempat kerja tidak

    panas dan staf berasa selesa untuk menjalankan kerja tersebut.

    Selain itu, kerja yang saya lakukan di syarikat ini tidak ditentukan dengan betul.Kadang-kala saya diarahkan untuk melakukan dua atau tiga kerja pada masa

    yang sama. Oleh itu, pihak firma seharusnya menyediakan satu jadual

    perancangan yang teratur dan tetap khususnya kepada para pelatih yang

    menjalani latihan industri. Ini adalah untuk memudahkan pelatih merancang

    masa serta mengetahui tugas-tugas yang patut dilakukan oleh mereka supaya

    tidak timbul sebarang masalah atau kekalutan dan kekeliruan dalam

    melaksanakan sebarang tugasan yang diberikan. Pihak firma juga sepatutnya

    telah merancang terlebih dahulu kerja yang hendak diberikan kepada seseorangpelajar supaya lebih mudah bagi mereka mempelajari sesuatu kerja secara

    lebih bersistematik.

    Saya berharap pihak Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah dan Bahagian

    Pengurusan Politeknik KPTM dapat mempertimbangkan cadangan saya ini

    untuk masa yang akan datang demi kepentingan bersama. Kepada pihak LQ

    Management Service Sdn. Bhd. juga saya berharap akan mengambil tindakan

    terhadap kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam firma ini dengan segera.

    Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak di

    atas segala panduan yang telah diberikan sepanjang saya menjalani latihan

    industri.

    108