10 Herba Untuk Kesihatan

39
10 rumpai untuk kegunaan perubatan

Transcript of 10 Herba Untuk Kesihatan

Page 1: 10 Herba Untuk Kesihatan

10 rumpai untuk kegunaan perubatan

Page 2: 10 Herba Untuk Kesihatan

Hempedu Bumi

Nama Saintifik     : Andrographis Paniculata                             (Bum. f.) wall.ex Nees

Nama Lain : Hempedu tanah, akar cerita, pokok cerita (Malaysia), king of bitter, creat, green chireta (Inggeris), kalmegh (India), Kirta (Sanskrit), Chuan xin lian, Yi jian xi, Lan he lian (China), Sambiloto (Indonesia)

Famili                 : Acanthaceae

Lokasi Dijumpai : Malaysia, Thailand, India, Indonesia

Page 3: 10 Herba Untuk Kesihatan

Kegunaan Dan Khasiat

Daun Hempedu bumi boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi, disamping merawat kencing manis, antiradang, antibakteria, antivirus, melegakan demam dan pencair kahak. Ia juga digunakan sebagai pelawas pembuangan air besar, menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan dan mempercepatkan pembekuan darah.Cara menjadikannya ubat ialah merebus daun tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum.

Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka. Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul- molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat.

Tumbuhan ini juga sesuai untuk merawat kesan gigitan serangga. Cara yang paling mudah adalah ambil beberapa helai daunnya dan hancurkan.

Page 4: 10 Herba Untuk Kesihatan

Sambung Nyawa

Nama Saintifik : Gynura sarmentosa DC, Calacia procumbens Lour. Nama Lain : Dawn Dewa, Leaves of the Gods, Googoolipid, Mallucan

spinach, Sambung Nyawa, Daun Dewa, Akar sebiak, dan Kelemai merah, bai bing coa, ngokilo (Jawa), beluntas cina (Melayu), she juan jao @ fujung jao (Cina)

Famili : Asteraceae

Page 5: 10 Herba Untuk Kesihatan

Kegunaan Dan Khasiat

Daun Sambung Nyawa dapat mengurangkan kadar kolestrol dan menurunkan tekanan darah tinggi. Di Malaysia ia juga digunakan untuk merawat sembelit, kencing manis dan kanser. Ia juga digunakan untuk merawat masalah buah pinggang. Biasanya ia dimakan mentah sebagai ulam. Batang tanaman Sambung nyawa sering digunakan untuk meredakan demam.

Ia juga, digunakan dalam penyembuhan penyakit ginjal, disentri, infeksi kerongkong. Di samping itu, ia boleh digunakan untuk menghentikan perdarahan, mengatasi ketidakseimbangan datang haid melancarkan fungsi ginjal, dan gigitan binatang berbisa. Umbinya untuk menghilangkan darah beku (haematom), pembengkakkan, serta patah tulang.

Page 6: 10 Herba Untuk Kesihatan

Kunyit Hitam

 Nama Saintifik : Curcuma Caesia

Nama Tempatan : Kunyit Hitam Nama Lain : Kali haldi(india), black turmeric, black zedoary Famili : zingiberaceae

Page 7: 10 Herba Untuk Kesihatan

KegunaanIa digunakan terutamanya untuk merawat

ketumbuhan pada sendi( tumor joint). Ia juga digunakan untuk merawat penyakit kusta dan dikatakan dapat memanjangkan usia seseorang.

Page 8: 10 Herba Untuk Kesihatan

Pegaga

Nama Tempatan      : PegagaNama Saintifik         : Centella asiatica/Hydrocotyle

asiaticaNama Lain              : Tapak Kuda(Indonesia),Indian

Pennywort, Gotu KolaFamili                    : Apiaceae/Umbelliferae

Page 9: 10 Herba Untuk Kesihatan

mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksik.

di barat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan. Di India bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit.    

Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal.

Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari. Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.

Daun pegaga berfungsi sebagai astrigensia dan tonikum. Pegaga juga digunakan untuk revitalisasi tubuh dan otak yang lemah serta untuk kesuburan wanita.

Pembengkakan Hati Demam, Campak Sakit Tekak, Batuk Kering, Asma, Brokitis, Pleuritis Radang Mata Merah Keputihan Tekanan Darah Tinggi Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir Tidak Selera Makan, Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir Keracunan Makanan Batuk Darah, Muntah Darah Busung, bisul Infeksi Saluran Kencing (kencing kotor)

Page 10: 10 Herba Untuk Kesihatan

Temulawak

Nama Tempatan : Temu lawak

Nama Saintifik : curcuma xanthorrhiza

Nama Lain : Nama farmaseutikal-Rhizoma Curcuma xanthorrhizae, shu kuat keung wong (kantonis), giant curcuma, false turmeric, temu lawak, temulawak, dilaw, dilao, temu putih

Famili : Zingiberaceae

Lokasi dijumpai : India, Selatan China, Afrika dan Asia Tenggara

Page 11: 10 Herba Untuk Kesihatan

Kegunaan

Dalam perubatan herba temulawak banyak digunakan untuk mengubat penyakit-penyakit seperti:1.   Rheumatik dan kesakitan pada otot.2.   Ubat demam( anti-pyretic)3.   Masalah hati, demam kuning dan penyakit batu karang4.   Penyakit kulit5.   Menghilangkan kekejangan dan mengelaknya dari berulang6.   Buasir dan masalah kerengsaan pada rektum7.   Berak berdarah (bloody diarrhea) dan disentri. Juga merawat masalah sembelit8.   Batuk dan demam pada kanak-kanak.9.   Masalah keputihan dan jangkitan kulat seperti candida albican pada vagina.10. Penyakit kencing manis.11. Gastrik dan gas berlebihan

Temulawak sangat berkesan untuk merawat penyakit liver..  Temulawak mampu melindungi liver daripada virus yang menyebabkan jaundice, hepatitis dan beberapa penyakit liver yang lain.

Page 12: 10 Herba Untuk Kesihatan

Sirih

Nama Tempatan  : Sirih

Nama Saintifik      : Piper betle L

Nama Lain            : Sirih Jawa, Betel Leaf

Famili                  : Piperaceae

Page 13: 10 Herba Untuk Kesihatan

Kegunaan

Boleh digunakan untuk merawat :

1.    Batuk 2.    Sariawan (penyakit mulut & kerongkong)3.    Bronchitis 4.    Jerawat 5.    Keputihan 6.    Gigi Berlubang, gusi bengkak dan pendarahan gusi7.    Demam berdarah 8.    Bau mulut 9.    Haid tidak teratur 10.  Asma 11.  Radang kerongkong 12.  Luka terbakar 13.  Kudis, kurap kaki 14.  Bisul dan menghilangkan gatal 15.  Sakit mata

Page 14: 10 Herba Untuk Kesihatan

Dukung Anak

Nama Tempatan : Dukung Anak

Nama Saintifik   : Phyllanthus Niruri

Nama Lain         : Kelek anak, meniran (Indonesia), Bhuaionla, kiranelligida(India

Famili                : Eurphorbiacea

Page 15: 10 Herba Untuk Kesihatan

Kegunaan Dukung Anak dikatakan amat sesuai untuk merawat

penyakit Hepatitis B kerana tumbuhan herba ini boleh membersihkan darah dalam.

Tumbuhan ini sebenarnya terkenal di Amazon sebagai penawar penyakit karang hempedu. Pada penghujung tahun 80-an ia dikenal pasti mempunyai kekuatan antivirus untuk melawan Hepatitis B termasuk mengandungi fitokimia yang dapat mengawal sel daripada pencemaran persekitaran.

Di Malaysia, Dukung Anak digunakan sebagai diuretik dan tonik selepas keguguran. Malah, ia turut digunakan sebagai penawar cirit-birit, masalah ginjal, gonorrhea dan sifilis. Manakala, jus atau ekstrak akar dan daun mudanya digunakan untuk menguatkan ginjal.

Page 16: 10 Herba Untuk Kesihatan

Ulam Raja

Nama Tempatan :  Ulam Raja

Nama Saintifik    : Cosmos Caudatus

Nama Lain          : King Salad, Intan Berayun

Famili                : Asteraceae

Page 17: 10 Herba Untuk Kesihatan

Kegunaan

memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah dari bahan toksid.

Ia juga dikatakan dapat menguatkan tulang. Klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan dapat merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti candida albicans dan Bacillus subtilis dan juga E.choli.

Page 18: 10 Herba Untuk Kesihatan

Kacip Fatimah

Nama Tempatan : Kacip Fatimah

Nama Saintifik    : Labisia Pumila

Nama Lain          : Mata Pelanduk hutan

Famili                 : Myrsinaceae

Lokasi dijumpai  : Malaysia, Thailand, Indochina

Page 19: 10 Herba Untuk Kesihatan

Kegunaan

mempercepatkan proses kelahiran bayi disamping dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin.

membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan.

merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita.

mengurangkan sakit senggugut ketika haid. boleh digunakan untuk mengubat penyakit buasir

(hemarroid/pile) merawat cirit birit, sakit sendi (rheumatism), Gonorrhea.

Page 20: 10 Herba Untuk Kesihatan

Gandarusa

Nama Tempatan : Gandarusa

Nama Saintifik : Justicia Gendarussa Linn

Nama Lain : Daun Rusa(Melayu), Gendarussa(English)

Famili : Acanthaceae

Page 21: 10 Herba Untuk Kesihatan

Kegunaan: Ia biasa digunakan untuk mengubat lebam akibat terpukul, tulang

patah, rheumatik dan bisul. Cara penggunaannya , untuk tulang patah daunnya yang segar atau kering dikisar hingga lumat dan diampur cuka untuk ditampal pada bahagian yang luka dengan syarat tulang telah berada pada kedudukannya yang betul. Untuk rheumatik 15-30 g daunnya yang segar direbus hingga mendidih dan airnya diminum. Untuk lebam pula daunnya dilayurkan pada api hingga layu dan ditampal pada bahagian yang lebam. Ia juga boleh digunakan untuk menurunkan panas badan, menyembuhkan lumpuh otot muka (selalunya disebabkan oleh minor stroke),sakit kepala, mata dan telinga.

Amaran: Tidak boleh digunakan oleh wanita hamil.

Page 22: 10 Herba Untuk Kesihatan

Kucing Galak

Nama Tempatan: Kucing Galak Nama Saintifik: Acalypha Indica Nama Lain: Indian Copperleaf,India Acalypha Famili: Euphorbiaceae Lokasi Dijumpai: Tumbuhan Liar

Page 23: 10 Herba Untuk Kesihatan

Kegunaan: Digunakan dengan meluas dalam perubatan haemopati. Dalam

perubatan tradisional tumbuhan ini banyak digunakan untuk mengubati masalah yang mennyerang sistem pernafasan seperti asma, bronkitis dan batuk.Ia juga digunakan untuk menambahkan tenaga batin

 Penyakit yang di ubati  1. Disentri 2. Batuk 3. Muntah Darah 4. Pendarahan & Luka Luar 5. Asma 6. Bronkitis 7. Menambahkan Tenaga Batin.

Page 24: 10 Herba Untuk Kesihatan

MISAI KUCING

Nama Tempatan    :  Misai kucing

Nama Saintifik       :   Orthosiphon aristatus /stamineus benthNama Lain             :  Kumis kucing, cat whisker,

kabling gubat, Java Tea, Kidney Tea, Koemis Koetjing and Yaa Nuat Maeo.

Famili                  :  Lamiaceae     

Page 25: 10 Herba Untuk Kesihatan

Kegunaan

membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan.

Juga dapat membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi.

Dapat juga merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan penyakit batu karang, selain dapat mencegah pembentukan batu karang dan jangkitan saluran kencing, diabetes and nephritis. arteriosclerosis (capillary dan masalah peredaran darah. 

Terkenal juga dengan khasiatnya untuk merawat kencing manis, mengurangkan kadar kolesterol darah, menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle pada dinding organ dalaman disamping sifat antiseptiknya.

Page 26: 10 Herba Untuk Kesihatan

Cekur

Nama Tempatan    :  Cekur

Nama Saintifik     :   Kaempferia galangaKaempferia galanga

Famili                   :  Zingiberaceae    

Page 27: 10 Herba Untuk Kesihatan

Kegunaan

Meransang selera

Membuang angin

Ibu bersalin melancarkan buang air

Menghilangkan gatal tekak

Mengurangkan bengkak

Page 28: 10 Herba Untuk Kesihatan

Kapal terbang

Nama saintifik : Eupatorium odoratum

Nama tempatan : kapal terbang Famili : Asteraceae

Page 29: 10 Herba Untuk Kesihatan

Kegunaan

Dari segi perubatan tradisional ia boleh dijadikan ubat penahan darah.

Page 30: 10 Herba Untuk Kesihatan

Senduduk

Nama saintifik : Melastoma malabathricum

Nama biasa : Senduduk putih

Famili : Melastomaceae

Page 31: 10 Herba Untuk Kesihatan

Kegunaan

Dari segi perubatan tradisional, pokok senduduk putih boleh dijadikan ubat terkena racun atau santau.

Daun senduduk boleh digunakan untuk menghilangkan parut.

Page 32: 10 Herba Untuk Kesihatan

 

GELENGGANG  BESAR

Nama Saintifik : Cassia alata Linn

Nama tempatan : Gelenggang Besar

Famili : Leguminosae

Page 33: 10 Herba Untuk Kesihatan

Kegunaan

Tumbuhan Cassia alata Linn  ini boleh mengubati penyakit kulit seperti kurap, kudis dan panau  dengan kaedah mengikis permukaan kulit yang dijangkiti. Kemuduiannya ramas daunnya bersama minyak tanah dan kapur, lalu digosok pada bahagian yang terkena jangkitan.

 Manakala daunnya juga boleh dimakan sebagai ulam bagi merawat sembleit dan digunakan bagi membalut tungku bagi kegunaan selepas wanita bersalin. Tumbuhan ini juga didapati mujarab untuk merawat sembelit, penyakit cacaing serta ulser mulut (seriawan mulut)

Kajian sanitifik mendapati ia mengandungi chrysophanol, emodin, allo-emodin, tannin dan rhein yang bersifat antifungal.

Page 34: 10 Herba Untuk Kesihatan

Lalang

Nama Saintifik : Imperata cylindrica

Nama tempatan : lalang

Family : Poaceae

Page 35: 10 Herba Untuk Kesihatan

Kegunaan

digunakan sebagai ubatan yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit.

Akarnya dapat digunakan untuk mengubati bengkak pada bahagian bawah usus yang menyebabkan pendarahan dan kesakitan semasa membuang air besar serta dapat meredakan rasa tidak selera perut akibat terlalu penuh atau angin tidak keluar. Akarnya juga boleh digunakan untuk meredakan batuk dengan dicampur bahan-bahan lain seperti madu dan daun pudina.

Batang lalang boleh dijadikan tonik dan digunakan sebagai bahan pemulih untuk penyakit-penyakit dalaman serta dapat meningkatkan aliran air kencing dan mengatasi masalah jangkitan saluran kencing.

Lalang juga dapat digunakan untuk mengubati sakit lelah, sakit kuning, hidung berdarah, busung dan lenguh sendi.

mengatasi masalah tekanan darah tinggi, mencegah pembengkakan otot ,mengurangkan demam serta boleh dijadikan sebagai anti-virus dan anti-kulat.

Page 36: 10 Herba Untuk Kesihatan

Kadok

Nama saintifik : Piper sarmentosumNama biasa : Pokok kadok

Page 37: 10 Herba Untuk Kesihatan

Kegunaan:

Merawat penyakit sembelit,sakit gigi,sakit malaria, cacing, lemah dan sakit dalam tulang, batuk dan panau

Cara melalui air rebusan

Page 38: 10 Herba Untuk Kesihatan

Belimbing tanah

Nama saintifik : Averrhoa Spp

Nama biasa : Belimbing tanah

Page 39: 10 Herba Untuk Kesihatan

kegunaan

khasiat dalam mencegah penyakit kencing manis dan darah tinggi

pokok ini tidak boleh dianggap sebagai penawar untuk menyembuhkan dua jenis penyakit tersebut kerana fungsinya lebih kepada pencegahan