10 Jenis Orang Zalim Yang Kejam

download 10 Jenis Orang Zalim Yang Kejam

of 1

Transcript of 10 Jenis Orang Zalim Yang Kejam

  • 8/14/2019 10 Jenis Orang Zalim Yang Kejam

    1/1

    10 JENIS ORANG ZALIM YANG KEJAM

    Sufyan Atsauri berkata ,"Sepuluh macam daripadakekejaman ialah :

    1. Seseorang yang berdoa untuk dirinya sendiri ,dantidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.

    2. Seseorang yang pandai membaca Al-Quran,tetapisetiap hari tidak membaca seratus ayat Al-Quran(secara

    bertertib)

    3. Seseorang yang masuk masjid lalu keluar tanpasembahyang dua rakaat di dalamnya.

    4. Seseorang yang berjalan melalui kuburan kemudiantidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.

    5. Seseorang yang sampai di di sesuatu kota pada hariJumaat kemudian tidak turut serta sembahyang

    berjemaah.

    6. Seseorang yang daerahnya didatangi oelh seorangalim , tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa

    daripadanya.

    7. Dua orang yang bertemu di perjalanan danmasing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.

    8. Seseorang yang diundang ke jamuan atau majlistetapi tiba-tiba tidak menghadirinya.

    9. Pemuda yang tidak mempunyai apa-apa kerja tetapitidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.

    10. Seseorang yang kenyang sedang dia tahu bahawatetangganya lapar, tetapi tidak diberi daripada

    makanannya itu.