10 MEI 2014 / 10 1435 JABATAN PENERANGAN EDISI SABTU ... Dokumen/2014/Mei/pelitabrunei_1005… ·...

24
EDISI SABTU / PERCUMA 10 MEI 2014 / JABATAN PENERANGAN 10 “DENGAN ikhlas kita tegaskan bahawa keputusan untuk melaksanakan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah 2013 ini bukanlah untuk suka-suka, tetapi adalah atas dasar mematuhi perintah Allah yang termaktub di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith.” - Titah Sempena Majlis Pengisytiharan Penguatkuasaan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Sya’riah, 2013 pada 30 April 2014. PETIKAN TITAH “DAN sesiapa yang tidak menetapkan hukum mengikut apa yang telah diturunkan oleh Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” - (Surah Al-Maa’idah ayat 4). MANISNYA IMAN TAHUN 59 / BILANGAN 60 E-mel: [email protected] Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004 1435 Ke muka 24 Kenyataan Bersama Pertahanan Brunei-Republik Indonesia Galakkan k’jasama pertahanan berdasarkan kesaksamaan Muka 3 BERKENAN merasmikan bangunan baru Jabatan Buruh JAKARTA, REPUBLIK INDONE- SIA, Rabu 7 Mei. - Bersempena dengan Keberangkatan Rasmi Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman ke sini, satu Kenyataan Bersama bagi Kerjasama Pertahanan antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia telah dikeluarkan pada Isnin, 5 Mei lepas. Dalam kenyataan tersebut menjelaskan bahawa keberangkatan DYTM ke Republik Indonesia atas jemputan Menteri Pertahanan Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Purnomo Yusgiantoro adalah mercu tanda bagi meningkat- kan dan menyatukan lagi hubungan persahabatan baik antara kedua-dua buah negara. Kedua-dua buah negara mengambil maklum dan berpuas hati, bahawa kepentingan lawatan tersebut telah menyumbang kepada pengukuhan dan hubungan baik antara kedua-dua buah negara dan bangsa khususnya dalam pelbagai pertukaran lawatan yang dilakukan di semua peringkat. Bagi tujuan itu, kedua-dua buah negara telah menggariskan komitmen kedua-dua pihak dalam memperdalam lagi kerjasama pertahanan dalam usaha untuk menggalakkan keamanan dan kestabilan di rantau ini dan seterusnya mengimbas kembali Memorandum Persefahaman Kerjasama Pertahanan antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia (MoU), yang ditandatangani di Jakarta pada 10 April 2003, yang menyatakan kesediaan kedua- dua negara untuk menggalakkan kerjasama pertahanan berdasarkan prinsip-prinsip kesaksamaan, faedah bersama dan menghormati penuh kedaulatan masing-masing. Komitmen kedua-dua buah negara ini adalah mengikut matlamat dan prinsip-prinsip Piagam Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB), di mana Brunei Darussalam dan Republik Indonesia berpuas hati dengan kerjasama pertahanan dua hala yang rapat dan sedia ada, seterusnya mengesahkan hasrat untuk meningkatkan lagi kerjasama dalam bidang berkepentingan seperti sains pertahanan dan teknologi, pertukaran maklumat, pendidikan, logistik dan latihan bersama. Laporan : Hajah Zabaidah Haji Salat dari Jakarta, Republik Indonesia DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan berangkat menyaksikan perlawanan Liga S antara pasukan Brunei DPMM FC dan Tanjong Pagar United FC. Berangkat sama menyaksikan perlawanan tersebut ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah. - Foto : Mohd. Hatral Hazmi bin Abdul Hamid. (Lagi berita dan gambar-gambar dimuatkan ke muka 23). Brunei DPMM FC kukuh di puncak liga Tegahan menggunakan 19 perkataan bukan mutlak Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 8 Mei. - Satu peruntukan dalam Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar’iah 2013 telah disediakan bagi menjaga salah satu aspek terpenting ajaran ugama Islam iaitu menjaga kehormatan dan kesucian perkataan-perkataan tertentu yang menurut pandangan Hukum Syara’ adalah suci dan penggunaannya mestilah dengan penuh kehormatan dan berhati-hati supaya tidak terjadi sebarang penghinaan, pencemaran dan seumpamanya. Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar berkata, peruntukan khusus yang dimaksudkan itu, disediakan di bawah Bab 217, yang berbunyi seperti berikut: '217 (1) Mana-mana orang yang, dalam mana-mana (a) penerbitan; (b) ucapan atau pernyataan awam; (c) ucapan atau pernyataan yang ditujukan kepada mana-mana perhimpunan orang; atau (d) ucapan atau pernyataan yang diterbitkan atau disiarkan dan yang pada masa ucapan atau pernyataan itu dibuat dia tahu, atau dengan munasabah patut tahu, ia akan diterbitkan atau disiarkan, menggunakan mana-mana perkataan yang disenaraikan dalam Bahagian I dari Jadual Kelima, atau apa-apa perkataan terbitan atau variasinya, untuk menyatakan atau memperihal- kan sesuatu fakta, kepercayaan, idea, konsep, perbuatan, kegiatan, perkara atau hal mengenai atau berkaitan dengan sesuatu ugama selain ugama Islam adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi BND12,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali. Ke muka 12

Transcript of 10 MEI 2014 / 10 1435 JABATAN PENERANGAN EDISI SABTU ... Dokumen/2014/Mei/pelitabrunei_1005… ·...

  • EDISI SABTU / PERCUMA10 MEI 2014 / JABATAN PENERANGAN10

    “DENGAN ikhlas kitategaskan bahawa keputusan

    untuk melaksanakan PerintahKanun Hukuman JenayahSyar'iah 2013 ini bukanlah

    untuk suka-suka, tetapi adalahatas dasar mematuhi perintah

    Allah yang termaktub di dalamAl-Qur'an dan Al-Hadith.”

    - Titah Sempena MajlisPengisytiharan

    Penguatkuasaan PerintahKanun Hukuman Jenayah

    Sya’riah, 2013 pada30 April 2014.

    PETIKAN TITAH“DAN sesiapa yang tidak

    menetapkan hukum

    mengikut apa yang telah

    diturunkan oleh Allah

    maka mereka itulah

    orang-orang yang zalim.”

    - (Surah Al-Maa’idah

    ayat 4).

    MANISNYA IMAN

    TAHUN 59 / BILANGAN 60

    E-mel: [email protected] Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bnHotline: 2383941 Faksimile: 2381004

    1435

    Ke muka 24

    Kenyataan Bersama Pertahanan Brunei-Republik Indonesia

    Galakkan k’jasama pertahananberdasarkan kesaksamaan

    Muka 3

    BERKENAN merasmikanbangunan baru Jabatan

    Buruh

    JAKARTA, REPUBLIK INDONE-SIA, Rabu 7 Mei. - Bersempenadengan Keberangkatan Rasmi DuliYang Teramat Mulia Paduka SeriPengiran Muda Mahkota JeneralPengiran Muda Haji Al-MuhtadeeBillah ibni Kebawah Duli Yang MahaMulia Paduka Seri Baginda SultanHaji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddinWaddaulah, Menteri Kanan di JabatanPerdana Menteri, Jeneral AngkatanBersenjata Diraja Brunei (ABDB)dan Yang Teramat Mulia PadukaSeri Pengiran Anak Isteri PengiranAnak Sarah binti Pengiran Haji SallehAb. Rahaman ke sini, satu KenyataanBersama bagi Kerjasama Pertahananantara Negara Brunei Darussalam danRepublik Indonesia telah dikeluarkanpada Isnin, 5 Mei lepas.

    Dalam kenyataan tersebutmenjelaskan bahawa keberangkatanDYTM ke Republik Indonesiaatas jemputan Menteri PertahananRepublik Indonesia, Tuan YangTerutama Purnomo Yusgiantoroadalah mercu tanda bagi meningkat-kan dan menyatukan lagi hubunganpersahabatan baik antara kedua-duabuah negara.

    Kedua-dua buah negara mengambilmaklum dan berpuas hati, bahawakepentingan lawatan tersebut telahmenyumbang kepada pengukuhandan hubungan baik antara kedua-duabuah negara dan bangsa khususnya

    dalam pelbagai pertukaran lawatanyang dilakukan di semua peringkat.

    Bagi tujuan itu, kedua-dua buahnegara telah menggariskan komitmenkedua-dua pihak dalam memperdalamlagi kerjasama pertahanan dalamusaha untuk menggalakkan keamanandan kestabilan di rantau ini danseterusnya mengimbas kembaliMemorandum PersefahamanKerjasama Pertahanan antara NegaraBrunei Darussalam dan RepublikIndonesia (MoU), yang ditandatanganidi Jakarta pada 10 April 2003,yang menyatakan kesediaan kedua-dua negara untuk menggalakkankerjasama pertahanan berdasarkanprinsip-prinsip kesaksamaan, faedahbersama dan menghormati penuhkedaulatan masing-masing.

    Komitmen kedua-dua buah negaraini adalah mengikut matlamatdan prinsip-prinsip Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), di manaBrunei Darussalam dan RepublikIndonesia berpuas hati dengankerjasama pertahanan dua halayang rapat dan sedia ada, seterusnyamengesahkan hasrat untukmeningkatkan lagi kerjasama dalambidang berkepentingan seperti sainspertahanan dan teknologi, pertukaranmaklumat, pendidikan, logistik danlatihan bersama.

    Laporan : Hajah Zabaidah Haji Salatdari Jakarta, Republik Indonesia

    DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah DuliYang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di JabatanPerdana Menteri berkenan berangkat menyaksikan perlawanan Liga S antara pasukan Brunei DPMM FC dan Tanjong PagarUnited FC. Berangkat sama menyaksikan perlawanan tersebut ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'AbdulMalik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.- Foto : Mohd. Hatral Hazmi bin Abdul Hamid. (Lagi berita dan gambar-gambar dimuatkan ke muka 23).

    Brunei DPMM FC kukuh di puncak liga

    Tegahan menggunakan 19perkataan bukan mutlak

    Oleh : Saerah Haji Abdul GhaniFoto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

    BANDAR SERI BEGAWAN,Khamis, 8 Mei. - Satu peruntukandalam Perintah Kanun HukumanJenayah Syar’iah 2013 telahdisediakan bagi menjaga salah satuaspek terpenting ajaran ugamaIslam iaitu menjaga kehormatandan kesucian perkataan-perkataantertentu yang menurut pandanganHukum Syara’ adalah suci dan

    penggunaannya mestilah denganpenuh kehormatan dan berhati-hatisupaya tidak terjadi sebarangpenghinaan, pencemaran danseumpamanya.

    Timbalan Menteri Hal EhwalUgama, Yang Mulia Pengiran DatoPaduka Haji Bahrom bin PengiranHaji Bahar berkata, peruntukankhusus yang dimaksudkan itu,

    disediakan di bawah Bab 217, yangberbunyi seperti berikut: '217 (1)Mana-mana orang yang, dalammana-mana (a) penerbitan; (b) ucapanatau pernyataan awam; (c) ucapan ataupernyataan yang ditujukan kepadamana-mana perhimpunan orang;atau (d) ucapan atau pernyataanyang diterbitkan atau disiarkan danyang pada masa ucapan ataupernyataan itu dibuat dia tahu, ataudengan munasabah patut tahu, iaakan diterbitkan atau disiarkan,menggunakan mana-mana perkataanyang disenaraikan dalam Bahagian I

    dari Jadual Kelima, atau apa-apaperkataan terbitan atau variasinya,untuk menyatakan atau memperihal-kan sesuatu fakta, kepercayaan, idea,konsep, perbuatan, kegiatan, perkaraatau hal mengenai atau berkaitandengan sesuatu ugama selain ugamaIslam adalah melakukan suatukesalahan dan hendaklah jika sabitkesalahan dikenakan suatu dendatidak melebihi BND12,000, dihukumpenjara selama suatu tempoh tidakmelebihi 3 tahun atau kedua-duanyasekali.

    Ke muka 12

  • HARI SABTU 10 MEI 20142

    1010 MEI 2014 BERSAMAAN 1435

    AMBULANS991

    POLIS993

    BOMBA995

    PENYELAMAT998

    NDMC2380214

    Penyemakan

    Abdul Hadi Haji Suhaili,Haji Besar Haji Mamit,

    Hajah Norliha Haji Salleh,Ramlah Md. Nor,

    Nurul Hazwani Abu Omar,Siti Faizahanisah Awang Mahani,Dk. Nur Ridzwana Pg. Abd. Aziz

    Khairul Shaharim Haji Abdul Ghafor,Haji Ahmad Haji Salim,

    Mohammad Ike Iqrami Haji Suhaimi,Muhammad Hamdanajib Haji Domeng,

    Mohammad bin Kahar,Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi,

    Hajah Raini Haji Bidin,Dk. Sahraini Pg. Haji Ismail

    Pereka Letak

    Penterjemahan

    Haji Sahari Akim,Samle Haji Jait,

    Pg. Haji Waliyuddin Pg. Haji Ahmad,Siti Muslihat Haji Salleh,

    Bolhassan Haji Abu Bakar,Zawiyatun Ni'mah Mohd. Akir

    PenyuntinganPemberitaan/Rencana

    Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor,Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli,

    Norliah Md. Zain,Hezlinawati Haji Abdul Karim,

    Haji Aliddin Haji Moktal,Ak. Jefferi Pg. Durahman,

    Haniza Abdul Latif,Abdullah Asgar,

    Abu Bakar Haji Abdul Rahman,Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad,

    Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman,Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim,

    Rohani Haji Abdul Hamid,Nooratini Haji Abas,

    Khartini Hamir,Saerah Haji Abdul Ghani,

    Aimi Sani,Noraisah Muhammed,

    Aryentty Haji Arifin

    Ketua Penyuntingan

    Juruteknik Foto

    Hatral Hazmi Abdul Hamid,Jurainah Haji Jait,

    Nornasyirah Nordin

    Ali Termizzi Haji Ramlli / Haji Ramli,Hajah Zabaidah Haji Salat,

    Mohammad Rainie Haji Durani

    (Talian Darussalam) JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK,JABATAN PENGANGKUTAN DARAT,

    KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN e-darussalam123

    Hajah Musmariani Haji Mohammad,Haji Mirazman Haji Othman

    Semua pihak mestibersikap bijaksana

    Assalamu’alaikumWarahmatullahiWabarakatuh

    Bismillaahir RahmaanirRaheem

    Alhamdulillaahi Rabbil‘Aalameen,

    Wabihiee Nasta’eenu ‘AlaaUmuuriddunya Waddeen,

    Wassalaatu’ Wassalaamu ‘AlaAsyarafil Mursaleen,

    Sayyidinaa Muhammadin,Wa’alaa Alihee

    Wasahbihee Ajma’een,Waba’du.

    ALHAMDULILLAH, betaingin merespon sedikitdalam menangani perkarabesar seperti Perlaksanaan KanunHukuman Jenayah Syar'iah 2013.Semua orang mestilah bersikapbijaksana, khasnya agensi-agensiyang berkaitan dengannya.Jika tidak kita mungkinsahaja dilihat sebagai tidakcekap mengendalikan atautelah melakukan banyakkesilapan dan kekurangan.

    Perkara ini nampak ialahketika pembarigaan berlaku.Perkara-perkara tidak disebutoleh akta tetapi ianya timbulsampai melarat-larat. Contohnyatentang pakaian. Macam-macamperkara yang timbul mengenaiorang menutup aurat dantidak menutup aurat danmacam-macam lagi.

    Padahal di dalam akta tidakada menyebut tentang pakaian.Yang disebut ialah perbuatantidak sopan. Mengapa dibiarkanorang meracau-racau tentangpakaian? Mengapa dilayanorang membahaskan pakaiansehingga keluar tajuk? Apaperlunya ditimbulkan hukumpakaian di sini? Dan aparelevannya pembarigaanmenyebut menutup aurat belumdiwajibkan? Mengapa ia pulayang timbul? Tidakkah lebihwajar kalau diterangkan bahawasoal pakaian itu akan dinilaidi bawah perbuatan tidak sopan.Bukan ia dijawab denganmemberi hukum menutup aurat

    atau tidak tutup aurat. Bukankahlebih baik jika pihak pembarigaanmemberikan gambaran dengansatu perbandingan, seseorangmerayau-rayau di tengah bandardengan memakai seluar katakdan seorang lagi memakai bajukurung tanpa tudung kepala, diantara dua keadaan ini manakahyang layak dianggap sebagaitidak sopan? Barangkali denganjawapan cara ini, orangboleh faham dan tidak akanmengungkit-ungkit lagi perkarapakaian itu.

    Perkara lain, media telahmenyiarkan bahawa KerajaanBrunei telah mengharamkanorang-orang bukan Islam darimenggunakan 19 perkataan : -Masjid, Azan, Baitullah,Al-Qur'an, Fatwa, Firman,Hadith, Haji, Hukum, HukumSyarak, Ilahi, Kaabah, KalimahSyahadat, Kiblat, Imam, Mufti,Mukmin, Solat dan Wali.

    Hukuman jika sabit kesalahanterhadap perkara-perkara ini akandidenda sehingga empat ribu atausatu tahun penjara. Kita hendaktahu adakah betul ini? Adakahbetul menjadi kesalahan orangbukan Islam menyebut Masjid,Azan, Fatwa, Mufti, Imam,Kaabah?

    Salahkah orang-orang bukanIslam berkata, saya hendakmelawat Masjid Omar 'Ali atausaya hendak berjumpa denganMufti. Salahkah ini? Jikamengikut siaran media tadimemang salah dan jika sabitkesalahan boleh dihukum dendaatau penjara. Diminta menteriugama nanti menjelaskan.

    Jika sekiranya apa yangdisiarkan oleh media itu betul,mana pembetulannya daripihak kita? Mana KementerianUgama? Mana Majlis UgamaIslam? Mana Unit PerundanganIslam? dan Mana JawatankuasaPembarigaan?

    Kalau kita kata siaran media itusalah, apa yang betulnya? Mestidiberitahu yang betul itu supayatidak menjadi kekeliruan. Orangjika keliru boleh menyebabkan

    bermacam-macam tindak balasseperti marah atau tidak puas hatiatau takut atau benci. Adakahini akan dibiarkan begitu sahajatanpa ditangani.

    Kita sepatutnya bertindakcepat. Apa-apa yang salahmesti dibetulkan. Banyak carauntuk membetulkan itu sepertimembuat kenyataan di dalammedia sendiri, dan jugamelalui siaran-siaran radio dantelevisyen. Terangkan dengansebaik-baiknya sehingga orangfaham, bukan menjawab denganmenunggu majlis barigadiadakan.

    Kalau dua minggu lagi majlisbariga akan diadakan, kita mestimenunggu juga dua minggu. Initidak betul dan malah tidakmemadai, jawapan diberikanhanya dalam majlis bariga sahajakerana beberapa orang saja yangada di dalam majlis bariga itu.Jadi yang betulnya, ada sahajakesilapan atau kekuranganatau kekeliruan yang ditonjolkan

    oleh media. Pihak berkenaankita mestilah cepat-cepatmeresponnya.

    Dan untuk itu, sepatutnya kitamesti ada pasukan pemantau,duduki dan bincangkanmana-mana hasil pemantauan itu,jangan ia dimalamkan lama-lama.Ini kita tidak, dibiarkan lamalabui-labui. Kalau ada jawapanpun seperti melepas batukdi tangga sahaja.

    Tidak sungguh-sungguh, tidakpadat dan kemas. Itu puncuma melalui akhbar sahaja.Mana penampilan dalammedia elektronik, radio dan tv.Jangan alang-alang kalau mediamenyiarkan salah. Tunjukkanyang betul dan jika perluperlekehkan media yang selalumembuat salah itu, baru merekalain kali akan lebih berhati-hati.Ini peranan psikologi perlu turutdimainkan.

    Wabillahit Taufeq WalhidayahWassalamu 'Alaikum Waramatu-illaahi Wabarkaatuh.

    TITAH Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda SultanHaji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum SultanHaji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan YangDi-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Mesyuarat Khas MUIBpada hari Isnin, 5 Mei 2014 di Istana Nurul Iman.

    HARI SABTU 10 MEI 2014HASRAT NEGARA

    SATU kejadian tumpahan minyak telah berlakudari kemudahan Shell di Wilayah PersekutuanLabuan, Malaysia sehingga menyebabkan tumpahantersebut memasuki sempadan perairan Negara BruneiDarussalam di sekitar pelantar luar pantai Champion7 dan juga menjejaskan pesisir Pantai Meragang.

    Ini adalah sebahagian senario Eksesais Tindak BalasTumpahan Minyak Peringkat 3, dalam Eksesais GoldenShield yang dikelolakan oleh Syarikat Minyak BruneiShell Sendirian Berhad (BSP) dengan kerjasama ShellMalaysia Exploration and Production (SMEP) yangberlangsung selama tiga hari bermula dari 6 Mei hingga 8Mei 2014.

    Dalam senario berkenaan Jawatankuasa PengurusanPelan Kontingensi Tumpahan Minyak Kebangsaan(NOSCOP MC) berusaha untuk menangani tumpahanminyak berkenaan. Sehubungan itu, NOSCOP MCjuga telah memaklumi pihak BSP mengenai laporantumpahan minyak yang telah berjaya dikesan oleh sebuahkapal yang lalu di dalam sempadan perairan negaraberhampiran pelantar minyak Champion 7.

    Dalam hal ini, NOSCOP MC telah memohonbantuan memandangkan tahap tumpahan minyakdan kemusnahan alam sekitar disebabkan kejadian itudikenal pasti pada skala yang besar. Senario tersebut jugamelibatkan beberapa agensi di negara ini untuk sama-samamenangani masalah tumpuhan itu dengan caraberperingkat-peringkat mengikut tahap bahaya sertamengambil kira beberapa aspek yang telah dirancang olehNOSCOP MC.

    Eksesais Golden Shield ini telah bermula pada6 Mei 2014 yang diadakan di Royal Berkshire Hall,Royal Brunei Polo and Riding Club, Jerudong denganperasmiannya disempurnakan oleh Pengarah Laut, AwangHaji Matnor bin Haji Salleh, selaku Pengerusi NOSCOP MCBrunei Darussalam.

    Senario di dewan berkenaan telah bertukar menjadisebuah pusat operasi bencana alam bagi menanganikejadian tumpahan minyak di mana setiap agensimemainkan peranan masing-masing seperti yang telahdiarahkan agar operasi itu berjalan lancar dan berjaya.

    Pada hari terakhir Eksesais Golden Shield tersebut,ia melibatkan operasi pembersihan tumpahan minyakdi kawasan terjejas di pesisir Pantai Meragang. Di sini parapetugas yang terlibat menilai ke atas kejadian tumpuhanminyak tersebut untuk memikirkan teknik bagi usaha-usahapembersihan di kawasan ini.

    Aktiviti pembersihan dan penilaian tumpahanminyak di Pantai Meragang telah melibatkan seramai350 petugas yang melibatkan pekerja BSP dan juga dibantuoleh syarikat rakan niaga dengan menggunakan teknikShoreline Cleanup and Assessment Technique (SCAT). SCATmerupakan kaedah sistematik untuk menilai keadaan pesisirpantai yang terjejas oleh tumpahan minyak. Penggunaankaedah berkenaan adalah peristilahan standard bagimendokumenkan keadaan tumpahan minyak pesisir pantaidan direka bentuk untuk membantu menentukan bentukdan teknik kerja-kerja pembersihan yang sesuai di PantaiMeragang.

    Menteri Perhubungan, Yang Berhormat PehinOrang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang HajiAbdullah bin Begawan Mudim Dato PadukaHaji Bakar juga berkesempatan meninjau lebih dekatperjalanan Eksesais Golden Sheild dan melihatkerja-kerja pembersihan tumpahan minyak di pesisir PantaiMeragang.

    Eksesais Golden Shield ini antara lain bertujuan untukmenguji dan menilai persediaan tindak balas menanganitumpahan minyak khususnya prosedur tindak balastumpahan minyak Peringkat 3 dan juga pelaksanaan SistemKawalan Insiden atau Incident CommandSystem (ICS) pihak BSP serta Pelan Pengurusan KrisisManagement Plan (CMP).

    Sepanjang latihan berjalan, pasukan PengurusanKrisis BSP atau BSP Crisis Management Team (CMT) jugamenjalani proses pengesahan (validation). Sementaralatihan ini juga menilai sepenuhnya dari perspektif ICS danCMP. Di samping itu, eksesais ini bukan sahajauntuk menguji keupayaan BSP tetapi kebolehan negaradalam menangani sebarang insiden tumpahan minyak yangbesar. - Ketua Penyuntingan. (Md)

    UJI KEUPAYAAN NEGARA TANGANIINSIDEN TUMPAHAN MINYAK

    Perlaksanaan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah 2013

  • HARI ISNIN, 1 JANUARI 2011HARI SABTU 10 MEI 2014 3

    MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong ketika hadirmendengarkan ceramah khas yang berlangsung di Masjid UBD. Juga hadir Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Dato Seri Setia Haji Yusoff bin HajiIsmail dan Setiausaha Tetap.

    Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. IbrahimFoto : Haji Ariffin Mohd. Noor

    Pengukuhan jati diri melaluiakidah Ahli Sunnah Waljamaah

    TUNGKU LINK, Khamis,1 Mei. - Lebih 300 pegawai dankakitangan dari KementerianPendidikan dan jabatan-jabatandi bawahnya termasuk institusi-institusi pengajian tinggiserta pelajar-pelajar daripadasekolah-sekolah menengahhari ini berpeluang mendengarCeramah Khas yang disampai-kan oleh Habib Ali ZaenalAbidin bin Abdul Hamiddari Malaysia.

    Hadir selaku tetamukhas pada ceramah yangberlangsung di MasjidUniversiti Brunei Darussalam(UBD), di sini ialah MenteriPendidikan, Yang BerhormatPehin Orang Kaya SeriKerna Dato Seri Setia (Dr.)Haji Awang Abu Bakar binHaji Apong.

    Juga hadir ialah Timbalan

    Menteri Pendidikan, YangMulia Dato Seri Setia AwangHaji Yusoff bin Haji Ismail;Setiausaha Tetap (PendidikanTeras) KementerianPendidikan, Dr. Haji Junaidibin Haji Abdul Rahman;Pemangku Rektor UniversitiIslam Sultan Sharif Ali;Pemangku Timbalan NaibCanselor UBD; KetuaPengarah Pendidikan,pengarah-pengarah, penolong-penolong pengarah, pengetua-pengetua, pegawai-pegawaikanan, guru-guru besar sertapegawai dan kakitangankementerian berkenaan.

    Terdahulu, SembahyangFardu Asar Berjemaahdiadakan yang kemudiannyadiikuti dengan memperdengar-kan ceramah yang bertajuk'Pengukuhan Jati Diri

    Melalui Akidah Ahli SunnahWaljamaah' oleh penceramahyang dijemput.

    Antara inti pati ceramahHabib Ali Zaenal Abidinmenghuraikan mengenaikonsep Ahli Sunnah

    Waljamaah yang merupakansatu konsep yang benar denganapa yang digariskan oleh NabiMuhammad Sallallahu AlaihiWasallam dan para sahabatBaginda.

    Habib Ali Zaenal

    Abidin merupakan seorangpenceramah yang dikenali diMalaysia dan memegangkelulusan ijazah dalam jurusan'Islamic Legislation and Law'di Universiti Al-Azhar dan diUniversiti Islam Antarabangsa

    (UIA), Malaysia, dalam jurusanAl-Qur’an dan Sunnah.

    Ceramah khas itudikendalikan dan diselaraskanoleh Jabatan PendidikanKokurikulum, kementeriantersebut.

    Berkenan merasmikan bangunan baru Jabatan Buruh

    BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 8 Mei.-Yang Teramat Mulia Paduka Seri DuliPengiran Muda ‘Abdul Malik ibni KebawahDuli Yang Maha Mulia Paduka Seri BagindaSultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddinWaddaulah berkenan berangkat merasmikanbangunan baru Jabatan Buruh sempenadengan keberangkatan penempatan kerja YangTeramat Mulia di Kementerian Hal EhwalDalam Negeri (KHEDN).

    Majlis perasmian tersebut dimulakandengan bacaan Surah Al Faatihah dipimpinoleh Timbalan Mufti Kerajaan, YangDimuliakan Pehin Orang Kaya PadukaSetia Raja Dato Paduka Seri Setia AwangHaji Suhaili bin Haji Mohiddin.

    Yang Teramat Mulia kemudian berkenan

    menandatangani plak menandakan secararasminya bangunan Jabatan Buruh seterusnyaberkenan menerima pesambah daripadaPemangku Pesuruhjaya Buruh, Awang HajiRani bin Begawan Pehin Siraja Khatib DatoSeri Setia Awang Haji Mohd. Yusof.

    Jabatan Buruh mula beroperasi sepenuhnyapada 14 Jamadilakhir 1435 Hijriah bersamaan14 April 2014 Masihi.

    Manakala majlis penyerahan kuncitelah diadakan pada 3 Jamadilawal 1435Hbersamaan 5 Mac 2014M.

    Turut hadir dalam majlis berkenaan ialahMenteri Hal Ehwal Dalam Negeri, YangBerhormat Pehin Udana Khatib Dato PadukaSeri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin binPengarah Dato Paduka Haji Othman; TimbalanMenteri Hal Ehwal Dalam Negeri, YangDimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral(B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi binHaji Mohd. Yussof; Setiausaha-SetiausahaTetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap,pegawai-pegawai kanan KHEDN dan jugaJabatan Buruh.

    Oleh : Aimi SaniFoto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

    YANG Teramat Mulia Paduka Seri Duli PengiranMuda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang MahaMulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji HassanalBolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ketika berkenanmerasmikan bangunan baru Jabatan Buruh.

    YANG Teramat Mulia ketika berkenan menerima pesambah daripada Pemangku Pesuruhjaya Buruh, Awang Haji Rani bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd. Yusof (kiri), manakala gambar kanan,YTM ketika berkenan menandatangani plak sejurus merasmikan bangunan baru Jabatan Buruh.

  • HARI ISNIN, 1 JANUARI 2011 HARI SABTU 10 MEI 20144 NASIONAL

    Eksesais Golden Shield tamat dengan jayanya

    JERUDONG, Khamis, 8 Mei. -Syarikat Minyak Brunei ShellSendirian Berhad (BSP) telahmelaksanakan Eksesais Tindak BalasTumpahan Minyak Peringkat 3 (Tier 3)yang telah melabuhkan tirainya padahari ini. Eksesais ini juga dikenalisebagai Eksesais Golden Shield yangdikendalikan bersama antara BSPdengan Shell Malaysia Explorationand Production (SMEP).

    Selama tiga hari berlangsung sesitaklimat mengenai Eksesais GoldenSheild tersebut para peserta kursusyang terdiri daripada pelbagai agensi

    kerajaan dan swasta yang terlibat telahmendapatkan manfaat yang cukupberguna dan ilmu pengetahuanyang dapat diimplementasikan dalamsatu-satu insiden atau bencana yangboleh berlaku di mana-mana.

    Sesi taklimat yang diadakan diRoyal Berkshire Hall, Royal BruneiPolo and Riding Club, Jerudong dandiakhiri di Pantai Maragang padasebelah petang, telah menggambarkansenario situasi sebenar kejadiantertumpu tumpahan minyak dikawasan perairan Brunei-Malaysia(Labuan, Sabah).

    Hadir selaku tetamu kehormatpada lawatan tersebut ialah MenteriPerhubungan, Yang Berhormat PehinOrang Kaya Hamzah Pahlawan DatoSeri Setia Awang Haji Abdullahbin Begawan Mudim Dato PadukaHaji Bakar yang juga melawat keadaanbilik gerakan dan mendengarkanbeberapa taklimat yang disampaikanoleh pegawai-pegawai dalam pelbagaibidang komiti eksesais tersebut.

    Antara senario hari ini yang dapatdisaksikan pada Eksesais GoldenShield itu ialah situasi tumpahanminyak dari Labuan, Malaysia yangtelah memasuki ke kawasan perairanBrunei pada 7 Mei 2014 yang lepasdan juga telah berleluasa di pesisiranPantai Meragang pada hariberikutnya.

    Pada 6 Mei 2014 sehari sebelumberlakunya bencana ini, BSP telahdimaklumkan oleh Komiti PengurusanPelan Kontingensi TumpahanMinyak Kebangsaan Negara BruneiDarussalam (NOSCOP MC) mengenaitumpahan minyak yang telah kelihatanmerebak di sempadan perairanMalaysia.

    NOSCOP MC mula diaktifkanmengikut Prosedur Operasi Standard(SOPs) setelah menerima responspelan kontingensi tersebut.

    Dalam membantu NOSCOP MC,BSP juga mengambil langkah yangsama untuk mengaktifkan PasukanPengurusan Krisis (CMT) dan PasukanPengurusan Kemalangan (IMT).

    Dengan kerjasama padu antarakedua-dua pasukan CMT dan IMTdaripada Komiti NOSCOP MC danBSP tersebut telah dapat mengenal

    pasti merebaknya tumpahan minyaktersebut.

    Objektif latihan tersebut adalahmengenal pasti respons prosedurtumpahan minyak yang juga dipanggilIncident Command System iaitu C4I(Command, Control, Communication,Coordination, Information), dalampersiapan sebenar jika berlakukejadian bencana itu.

    Pada hari ini juga aktiviti eksesaismelangkaui teknik pembersihanyang juga disebut Shoreline CleanupAssesment Technique (SCAT) danpembersihan pesisiran pantai. TeknikSCAT mula dikenali di AmerikaSyarikat oleh Pejabat Pengubahandan Respons di bawah Pentadbirandan Laut Kebangsaan di JabatanKomersial. Lebih kurang 350 orangtelah diarahkan ke tempat kejadiantersebut yang terdiri daripada

    kakitangan BSP dan yangberkepentingan.

    Turut hadir pada sesi latihan akhirtersebut ialah Setiausaha TetapKementerian Perhubungan, AwangAbdul Mutalib bin Pehin OrangKaya Seri Setia Dato Paduka HajiMohd. Yusof; Pemangku TimbalanSetiausaha Tetap di KementerianPerhubungan, Dayang Hajah Airahbinti Haji Abdullah; Setiausaha Tetap(Hiliran) di Jabatan Tenaga di JabatanPerdana Menteri, Dayang HajahRosmawatty binti Haji Abdul Mumin;Pemangku Pengarah Pusat PengurusanBencana Kebangsaan (NDMC),Awang Abdul Rahim bin Haji Ismail;Pengarah Pengurusan BSP, KenMarnoch; Pengurus HSE BSP, AwangHaji Idris bin Haji Mohd. Jaafardan pegawai-pegawai kerajaan sertakakitangan kerajaan yang berkaitan.

    Eksesais Golden Shield uji kesiapsiagaan negara

    JERUDONG, Selasa, 6 Mei. -Sebagai persiapan berlakunya insidentumpahan minyak di perairan NegaraBrunei Darussalam, Syarikat MinyakBrunei Shell Sendirian Berhad (BSP)melaksanakan Eksesais Tindak BalasTumpahan Minyak Peringkat 3 (Tier 3)yang berlangsung selama tiga harihingga 8 Mei 2014.

    Eksesais yang diberi namaEksesais Golden Shield merupakankerjasama BSP dengan Shell MalaysiaExploration and Production (SMEP).Manakala sesi taklimat mengenaiEksesais Golden Shield tersebut telahdiadakan hari ini Royal Berkshire Hall,Royal Brunei Polo and Riding Club,Jerudong.

    Hadir selaku tetamu kehormatdan seterusnya berucap pada majlistersebut ialah Pengarah Laut, AwangHaji Matnor bin Haji Salleh, yang jugaselaku Pengerusi Komiti Pengurusan

    Pelan Kontingensi TumpahanMinyak Kebangsaan Negara BruneiDarussalam (NOSCOP MC).

    Majlis turut dihadiri oleh KetuaKesihatan, Keselamatan, Sekuritidan Alam Sekitar (HSSE) BSP,Awang Haji Idris bin Haji MohamadJaafar dan para peserta eksesaisini melibatkan NOSCOP MC,Jawatankuasa Tumpahan Minyakdan Jabatan Alam Sekitar Malaysiamengetengahkan senario eksesaistumpahan minyak yang bermula darikemudahan Shell di Labuan, Sabah,merentasi sempadan Brunei-Malaysiadan seterusnya bergerak ke pantaiBrunei iaitu kawasan Meragang.

    Di samping itu, eksesais ini jugaakan melibatkan pengerahan peralatanuntuk tindakan balas ke atas tumpahanminyak dari kedua-dua buah negaraselain tindak balas kecemasan

    Oleh : Ali Termizzi Haji Ramlli/Haji Ramli, Samle JaitFoto : Mohd. Sahrizal Haji Said

    daripada kakitangan BSP danagensi-agensi kerajaan yang turutsama terlibat dalam eksesais ini sepertiaktiviti pembersihan pantai di kawasanPantai Meragang.

    Eksesais Golden Shield ini antaralain bertujuan untuk mengujidan menilai persediaan tindakbalas menangani tumpahan minyakkhususnya prosedur tindak balastumpahan minyak Peringkat 3 (Tier 3),dan juga pelaksanaan Sistem KawalanInsiden atau Incident CommandSystem (ICS) pihak BSP serta Pelan

    Pengurusan Krisis ManagementPlan (CMP).

    Oleh yang demikian, semasa latihantersebut berjalan pasukan PengurusanKrisis BSP atau BSP CrisisManagement Team (CMT) jugaakan menjalani proses pengesahan(validation). Sementara latihan inijuga akan dinilai sepenuhnya dariperspektif ICS dan CMP.

    Selain itu, tumpahan minyakperingkat 3 ini akan memerlukantindak balas yang menglibatkanpihak berkuasa terutama sekali

    NOSCOP MC Brunei Darussalamyang dipengerusikan oleh PengarahLaut, Kementerian Perhubungan.Eksesais ini juga memberikan peluanguntuk meningkatkan kerjasama danhubungan di antara BSP dan NOSCOPMC serta pihak-pihak kerajaan yangberkepentingan.

    Dengan adanya eksesais ini, iabukan saja untuk menguji keupayaanBSP tetapi juga menunjukkankebolehan Brunei Darussalam dalammenangani sebarang insiden tumpahanminyak yang besar.

    Oleh : Mohd. Rainie Haji Durani dan Samle Haji JaitFoto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

    Mantapkan keupayaan tanganiinsiden tumpahan minyak

    JERUDONG, Selasa, 6 Mei. -Eksesais Golden Shield disasarkanuntuk menguji persediaan dankeupayaan semua agensi yangbertanggungjawab dalam menanganiinsiden-insiden tumpahan minyak diperairan Negara Brunei Darussalamkhususnya prosedur tindak balasbagi tumpahan minyak Peringkat 3(Tier 3).

    “Kita semua mempunyai mandatdan komitmen yang besar dalammenangani insiden tumpahan minyakdi negara ini seperti yang terdapatdalam dokumen Pelan KontingesiTumpahan Minyak Kebangsaan dantermaktup dalam Akta ‘Prevention ofPollution of the Sea Order 2005’ bagilarangan pembuangan minyak,” jelasPengarah Laut, Awang Haji MatnorHaji Salleh pada sesi taklimatpersediaan latihan Eksesais GoldenShield 2014 di Royal Berkshire Hall,Royal Brunei Polo and Riding Club,Jerudong, di sini.

    Latihan berkenaan melibatkankomiti Tumpahan Minyak

    Kontigensi Plan Kebangsaan NegaraBrunei Darussalam (NOSCOP)dan Komitee Tumpahan MinyakKoordinasi Plan Kebangsaan,Malaysia dan Jabatan AlamSekitar, Malaysia.

    Syarikat Brunei Minyak ShellSdn. Bhd dan Shell MalaysiaExploration and Production SMEP,Malaysia akan melaksanakan latihanberkenaan selama tiga hari bermula6 hingga 8 Mei ini.

    Awang Haji Matnor selakupengerusi Komiti PengurusanPelan Kontingensi TumpahanMinyak Kebangsaan NegaraBrunei Darussalam (NOSCOP MC)berkata, semua agensi yangbertanggungjawab dalam menanganiinsiden-insiden tumpahan minyakakan berpeluang untukmemperkukuhkan lagi pakatan, disamping mengeratkan lagi hubungankerja pada yang terlibat.

    Dalam menangani insiden yangberskala besar, katanya, iamelibatkan semua pihak dan adakalanya termasuk bantuan dariluar negera, jesteru ketika kitamenghadapi cabaran menguruskandan mengerahkan sumber-sumbertenaga, di samping perlunya kita

    semua berintegrasi sebagai satupasukan demi menjaga nama baikdan imej negara.

    “Kita harus peka denganisu-isu semasa pihak-pihak yangberkepentingan. Kita juga terdedahdengan penggunaan sosial mediayang berleluasa yang adakalanyaboleh menyebarkan maklumatdengan cepat kepada pihak awam,”ujarnya.

    Perkara itu merupakan antaracabaran-cabaran yang terbaru yangharus diambil kira, selain darimemberi tumpuan kepada hal-halkoordinasi dan perhubungan dalamoperasi tindak balas tumpahanminyak.

    Dalam itu, menurutnya, selakuresponder perlu bijak mengaturstrategi yang relevan danmelaksanakan pelan-pelan tindakandengan sebaik mungkin.

    Beliau percaya eksesais berkenanakan memberikan satu impak positifdengan mempelajari kekurangan-kekurangan yang harus diperbaikidan pengajaran yang bolehmembantu meningkatkan lagikeupayaan pihak yang terlibat.

    Oleh : Mohd. Rainie HajiDurani dan Samle Haji Jait

    MENTERI Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato SeriSetia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar ketika melawatkeadaan bilik gerakan.

    MENTERI Perhubungan, melawat dan menerima beberapa taklimat yang disampaikanoleh pegawai-pegawai dalam pelbagai bidang komiti eksesais tersebut.

    MENTERI Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato SeriSetia Awang Haji Abdullah ketika menyaksikan eksesais menangani tumpahan minyakyang berlaku di persisiran Pantai Meragang.

  • HARI ISNIN, 1 JANUARI 2011HARI SABTU 10 MEI 2014 5NASIONAL

    SETIAUSAHA Tetap, Media dan Kabinet di Jabatan Perdana Menteri, Awang Haji Mohd Rozan bin Dato PadukaHaji Mohd Yunos dan Pengarah Serantau Oxford Business Group (OBG), Puan Laura Herreo menandatanganidokumen perjanjian bagi penerbitan buku The Report: Brunei Darussalam yang terbarukepada pembangunan ekonomi, pendidikan dan peluang pelaburan di negara ini.

    MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoibin Haji Osman dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Ali bin HajiApong semasa menyaksikan penyerahan projek-projek perumahan di antara Timbalan Setiausaha Tetap diJabatan Perdana Menteri (JPM), Dr. Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, selaku Ketua Pegawai EksekutifBEDB dan Pengarah Kemajuan Perumahan, Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin.

    Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji AhmadFoto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

    Oleh : Oleh : Rohani Haji Abdul HamidFoto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

    Usaha memacupertumbuhan ekonomiBANDAR SERI BEGAWAN,Rabu, 30 April. - The ReportBrunei Darussalam 2014 akanmenyaksikan laporan yangmenonjolkan usaha-usahaNegara Brunei Darussalamdalam memacu pertumbuhanekonomi dan produktivitidalam sektor-sektor barusebagai sebahagian daripadaWawasan Brunei 2035 yangakan dikeluarkan oleh firmapenerbitan global, OxfordBusiness Group (OBG).

    The Report: BruneiDarussalam 2014 akan melihat

    secara terperinci dalam pelannegara untuk meletakkanpertumbuhan sektor swastadalam sebahagian dariwawasan dengan menyokongperniagaan tempatan untukmelancarkan projek-projekinfrastruktur dalam seluruhsektor-sektor.

    Penerbitan juga akanmerangkumi panduan sektrolyang terperinci untukmemberikan tumpuan kepadapendidikan dan latihan sebagaisebahagian daripada tawaranyang lebih luas untukmembangunkan pasaranpekerjaan dan menyediakangenerasi muda dalam tempatpekerjaan.

    Sehubungan dengan itu,OBG sekali lagi bekerjasamadengan Jabatan PerdanaMenteri (JPM) BruneiDarussalam bagi penerbitanbuku The Report: BruneiDarussalam yang terbarukepada pembangunan ekonomi,pendidikan dan peluangpelaburan di negara ini.

    Kerajaan Kebawah DuliYang Maha Mulia Paduka SeriBaginda Sultan dan YangDi-Pertuan Negara BruneiDarussalam telah diwakili olehSetiausaha Tetap (Media dan

    Kabinet) di JPM, Awang HajiMohd Rozan bin Dato PadukaHaji Mohd Yunos dan OBGpula telah diwakili olehPengarah Serantau, Puan LauraHerreo.

    Majlis Penandatanganan itudisaksikan oleh TimbalanSetiausaha Tetap (Media danKabinet) di JPM, Awang HajiIdris bin Haji Mohd Ali, diBangunan JPM, di sini.

    Pengarah Setempat OGB,Lauren Denny berkata, TheReport: Brunei Darussalam2014 juga akan melihat semulapencapaian yang dicapai olehnegara dalam tempoh tigadekad yang lalu dalam liputankhas sempena sambutan HariKebangsaan Kali Ke-30 dinegara ini.

    The Report: BruneiDarussalam 2014 akan menjadisalah satu panduan dalammemperlihatkan aspek yangada di Negara BruneiDarussalam seperti hal ehwalmakroekonomi, infrastruktur,perbankan dan sektorpembangunan yang lain.

    Buku tersebut akanisediakan dalam bentuk cetakandan dalam talian (online).

    Perangkaan Perdagangan BaranganAntarabangsa , Februari 2014 menurunBANDAR SERI BEGAWAN, Khamis,1 Mei .- Jabatan Perancangan danKemajuan Ekonomi (JPKE) inginmemaklumkan bahawa PerangkaanPerdagangan Barangan Antarabangsabagi bulan Februari 2014, jumlahPerdagangannya adalah bernilaiBND1,342.4 juta yang terdiri daripadaeksport (BND1,108.2 juta) danimport (BND234.2 juta), yang manaimbangan perdagangan telah menurunbulan-ke-bulan sebanyak 19.6 peratuskepada BND874.0 juta, dan padamasa yang sama, jumlah perdaganganjuga menurun sebanyak 12.0 peratus.

    Eksport barangan bagi Februari 2014menurun sebanyak 15.1 peratus kepada

    BND1,108.2 juta disebabkan penurunandalam eksport utama negaraiaitu Minyak Mentah sebanyak 25.7peratus dan Gas Asli Cecair (LNG)(11.1 peratus).

    Pasaran eksport terbesar dengan 44.8peratus dari jumlah eksport adalah negaraJepun, diikuti oleh Korea Selatan (16.2peratus) dan Australia (8.5 peratus).

    Import barangan meningkat sebanyak6.9 peratus daripada BND219.0 juta(Januari 2014) kepada BND234.2 jutapada Februari 2014. Komoditi yangmencatatkan peningkatan dalam importialah bahan api galian (227.7 peratus),pelbagai urusniaga (50.0 peratus) danbahan-bahan mentah yang tidak boleh

    dimakan (35.3 peratus).Import terbesar adalah dari Republik

    Singapura sebanyak 19.9 peratusdiikuti oleh Malaysia (17.0 peratus)dan Amerika Syarikat (8.5 peratus).

    Perangkaan PerdaganganBarangan Antarabangsa (InternationalMerchandise Trade Statistics - IMTS)bagi Negara Brunei Darussalammenggunakan sistem am bagimerekodkan perangkaan perdaganganyang meliputi import, eksportdomestik dan eksport semula.

    Laporan penuh IMTS bagi Februari2014 boleh didapati melalui lamansesawang JPKE di www.depd.gov.bn.

    BEDB serah projek-projek perumahan

    BANDAR SERI BEGAWAN,Khamis, 1 Mei. - Sebanyak4,000 dan 1,500 unit projekperumahan masing-masingdijalankan di Daerah Brunei-Muara (DBM) dan DaerahTutong sejak tahun 2010 telahsiap dibina pada April tahunini.

    Sehubungan itu, MajlisPenyerahan Projek-ProjekPerumahan di DBM danDaerah Tutong yang diambilalih oleh Lembaga KemajuanEkonomi Brunei (BEDB)telah diserahkan kepadaKementerian Pembangunan,berlangsung di Dewan Betabur,Bangunan KementerianPembangunan, di sini.

    Hadir bagi menyaksikanmajlis penyerahan tersebutialah Menteri Pembangunan,Yang Berhormat Pehin OrangKaya Indera PahlawanDatoSeri Setia Awang HajiSuyoi bin Haji Osman.

    Pada majlis tersebut,Timbalan Setiausaha Tetap diJabatan Perdana Menteri(JPM), Dr. Haji Abdul Manafbin Haji Metussin, selaku KetuaPegawai Eksekutif BEDBdengan rasminya menyerahkanprojek-projek perumahan

    kepada Pengarah KemajuanPerumahan, Awang HajiZakaria bin Haji Serudin.

    Projek perumahan yangdijalankan di Mangkubau,Kampung Panchor di DBMtelah menelan belanja sebanyakBND388 juta, dan dari 4,000unit tersebut, sebanyak 2,400buah adalah rumah jenis teresdan selebihnya adalah rumahjenis berkembar yang dibinadi atas kawasan kira-kira 309hektar, dilengkapi denganbeberapa kemudahan sepertijalan raya, longkang, tangkiair, tanam-tanaman, sistemtelekomunikasi fiber-optik dantaman rekreasi.

    Di Daerah Tutong pula,sebanyak 1,500 unit projekperumahan telah siap dibina diatas kawasan berjumlah 127hektar di Kampung BukitBeruang, yang mana sebanyak1,000 buah adalah rumah jenisteres dan selebihnya adalahrumah jenis berkembar.

    Projek perumahan di DaerahTutong itu menelan belanjasebanyak BND147.5 jutatermasuk beberapa kemudahanseperti jalan raya, longkang,tangki air, tanam-tanaman,sistem telekomunikasi fiber-

    optik dan taman rekreasi.

    Kedua-dua jenis rumahtersebut dilengkapi dengan tigabuah bilik tidur, tiga buahbilik mandi serta dapur danruang tetamu.

    Sementara itu, YangBerhormat MenteriPembangunan semasa ditemubual secara ringkas oleh wakilPELITA BRUNEI mengenaiprojek-projek perumahanberkenaan antara lainmenjelaskan bahawa orangramai yang telah memohonperumahan pada masa initidak perlu menunggu begitulama, memandangkan pihakkementerian telah pun berusahauntuk bekerja keras dalammenjadikan tempoh 20tahun itu sekurang-kurangnyamenjadi 15 tahun.

    Sasaran pihak kementerian dimasa akan datang jelas YangBerhormat adalah tempohbagi mereka yang menungguperumahan itu akandipendekkan ke jangka masaenam ataupun lima tahun.

    Selain itu tambah YangBerhormat, usaha untukterus membina perumahankerajaan ini akan diteruskan,Insya-Allah.

    “Walau bagaimanapun,pihak kementerian perlumemastikan bahawa merekayang menerima rumah ini

    adalah mereka yang benar-benar memerlukan tempatuntuk tinggal kerana pada masaini walaupun belum ada buktilagi, ada yang menyewakanperumahan yang diberikan ataumenjual perumahan berkenaankepada orang lain,” ujarnya.

    Yang Berhormatmenegaskan perkara inimerupakan satu kesalahan yangdipandang serius oleh pihakkementerian terutama sekali

    bahagian Jabatan KemajuanPerumahan kerana rumah yangdisediakan diberi kepada namayang memohon dan bukannyauntuk disewakan atau dijual.

    Jelas Yang Berhormat lagi,kepada bakal-bakal penerimaperumahan ini nanti, sekiranyaada yang tidak berpuas hatidengan kerja-kerja pembinaan,mereka bolehlah menghubungiJabatan Kemajuan Perumahanuntuk membuat aduan bagi

    memperbaiki sekiranya adakerosakan.

    Yang Berhormat seterusnyamenyatakan perkara ini akandiambil tindakan keranamemang ada perjanjianbersama pihak pemboronguntuk memperbaiki rumah-rumah berkenaan, dan pihakkementerian juga akanmeninjau rumah-rumahberkenaan sebelum diserahkankepada para penerima.

  • HARI ISNIN, 1 JANUARI 2011 HARI SABTU 10 MEI 20146 NASIONAL

    Mesyuarat BSJCE perbaharuimaklumat terkini

    JERUDONG, Selasa, 29 April. -Pertukaran dua hala yang berterusandan sokongan bersama bagi programalam sekitar di bawah PlatformJawatankuasa Bersama Brunei -Singapura Mengenai Alam Sekitar(BSJCE) dalam bidang-bidangmelibatkan isu-isu PencemaranJerebu Rentas Sempadan telahmengukuh dan meningkatkankerjasama kedua-dua buah negaradalam pelbagai kegiatan serantau.

    Setiausaha Tetap (Pentadbirandan Kewangan) KementerianPembangunan, Awang HajiMuhammad Lutfi bin Abdullahmenyatakan perkara itu dalam ucapanalu-aluannya pada Mesyuarat BSJCEKe-8, berlangsung di InderaKayangan Ballroom, The EmpireHotel and Country Club, Jerudong, disini.

    “Mesyuarat hari ini diadakandalam konteks memperbaharuimaklumat terkini tentang kemajuanprojek atau program yang sedia ada

    antara kedua-dua buah negaramengenai Pengurusan Sisa Pepejal,Pengurusan Kualiti Udara,Pengurusan Sumber Air danPertukaran Belia Alam Sekitar sertaPerubahan Iklim,” jelasnya.

    Awang Haji Muhammad Lutfimenambah, usaha-usaha kerjasamapada sejumlah besar projek-projekdua hala dan aktiviti alam sekitardalam pelbagai kerjasama telahmembawa hubungan yang lebih rapatdan kukuh dalam kalanganpegawai-pegawai kedua-dua buahnegara.

    Mesyuarat dipengerusikanbersama oleh Setiausaha Tetap(Pentadbiran dan Kewangan)Kementerian Pembangunan, NegaraBrunei Darussalam dan SetiausahaTetap Kementerian Sumber dan AlamSekitar, Singapura, Choi ShingKwok.

    Laporan mengenai MesyuaratBSJCE Ke-8 itu akan dibentangkandalam Lawatan Pertukaran Tahunan

    Brunei-Singapura (Brunei-SingaporeAnnual Exchange of Visits - BSAEV)esok, 30 April 2014.

    Oleh : Aimi SaniFoto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

    Pelbagai aktiviti meriahkansambutan Hari Penerangan

    TEMBURONG, Selasa, 29 April. -Majlis Sambutan Hari Penerangan2014 di Daerah Temburong diteruskanpada hari kedua hari ini denganmengadakan program berbentukKenegaraan dan Kemasyarakatan.

    Hampir 70 orang pelajar termasukpelajar menengah bawah dari SekolahMenengah Sultan Hassan, Bangar danSekolah Persediaan Arab Temburongserta murid murid Tahun 6 SekolahRendah Suria Jaya hadir menyertaiprogram yang berlangsung di DewanMuafakat, Bangunan Jabatan-JabatanKerajaan Pekan Bangar, di sini

    Program hari ini dimulakan denganbacaan Surah Al Faatihah diikutinyanyian Lagu Kebangsaan ‘AllahPeliharakan Sultan’ serta lagu‘Bendera Negara’ oleh KumpulanKoir Jabatan Penerangan.

    Para pelajar berserta guru gurupengawas juga mendengarkan satutaklimat Kenegaraan bertajuk‘ Menghayati Bendera Negara danLagu Kebangsaan’ yang disampaikanoleh Pegawai Penerangan, DayangNoriah binti Haji Abdul Hamid.

    Ini diikuti dengan tayangan klipvideo ‘Kibarkanlah Bendera NegaraDengan Megah’, segmen Kuiz Hari

    Penerangan serta satu lagi tayanganklip video Muzikal daripada pelajarSekolah Rendah Datu Ratna HajiMuhammad Jaafar, Kiarong.

    Para pelajar yang mengikuti KuizHari Penerangan turut menerimahadiah yang disampaikan oleh KetuaCawangan Penerangan DaerahTemburong, Pengiran Ikram binPengiran Haji Ahmad.

    Para pelajar dan guru-gurupengawas pada akhir program jugamenyaksikan tayangan klip videoKorporat Jabatan Penerangan sertamenyaksikan Pameran Sambutan HariPenerangan yang antara lainmemaparkan latar belakang dansejarah penubuhan JabatanPenerangan, perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan olehjabatan sejak penubuhannya sertabahan-bahan terbitan JabatanPenerangan.

    Program-program yang disusunsepanjang tiga hari itu adalah selarasdengan objektif utama penganjuranMajlis Sambutan Hari Penerangan2014 iaitu bagi mempromosikanPerkhidmatan dan Produk JabatanPenerangan melalui Pameran danTaklimat.

    SETIAUSAHA Tetap (Pentadbiran danKewangan) Kementerian Pembangunan,Awang Muhammad Lutfi bin Abdullahsemasa mempengerusikan MesyuaratJawatankuasa Bersama Brunei-Singapura Mengenai Alam SekitarKali Ke-8 di Empire Hotel Jerudong.

    SUASANA Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Brunei-Singapura Mengenai Alam Sekitar Kali Ke-8.

    Oleh : Ampuan Roza Amalyati Ampuan HussainFoto : Ah Chua

    GURU-GURU serta para pelajar sedang menyaksikan pameran Hari Penerangan.

    Hari Terbuka Industri Agrimakanan sehingga 11 Mei

    BANDAR SERI BEGAWAN,Khamis, 8 Mei. - KementerianPerindustrian dan Sumber-SumberUtama melalui Jabatan Pertanian danAgrimakanan (JPA) buat julung-julung kalinya mengadakan HariTerbuka Industri Agrimakanan yangberlangsung selama empat haribermula hari ini hingga hari Ahad,11 Mei 2014, bertempat di Inkubator

    Makanan Perusahaan Kecil, PusatPenyelidikan Pertanian Brunei(PPPB), Kilanas di sini.

    Pelancaran Hari Terbuka IndustriAgrimakanan itu disempurnakanoleh Menteri Perindustrian danSumber-Sumber Utama, YangBerhormat Pehin Orang Kaya SeriUtama Dato Seri Setia Awang HajiYahya bin Begawan Mudim Dato

    Paduka Haji Bakar.Pada majlis tersebut, dua buah buku

    masakan iaitu ‘Aneka Masakan TradisiBuah-Buahan Brunei’ dan ‘AnekaResipi Kontemporari Buah-BuahanBrunei’ yang diterbitkan olehJPA melalui Bahagian IndustriAgrimakanan turut dilancarkan olehtetamu kehormat majlis.

    Buku-buku tersebut adalah hasilkajian penyelidikan dan pembangunanformulasi resipi yang telah dibuatoleh Unit Pembangunan ProdukAgrimakanan, Bahagian IndustriAgrimakanan.

    Sejurus menyaksikan videoIndustri Agrimakanan, YangBerhormat Menteri Perindustrian danSumber-Sumber Utama seterusnyamelawat ke pameran mini danpetak jualan yang menyertai hariterbuka tersebut.

    Yang Berhormat seterusnyameneruskan lawatan ke BangunanInkubator Makanan PerusahaanKecil dan kemudiannya merasmikanpenggunaan mesin pembungkusanautomatik iaitu ‘Horizontal PackagingMachine’, untuk membungkusmakanan kering seperti kek, bakeri,makanan tradisi, gula-gula coklat danlain-lain produk makanan kering.

    Mesin tersebut mempunyai kapasiti100 bungkus seminit dan merupakanmesin yang terkini dipasang diInkubator Makanan PerusahaanKecil.

    Hari Terbuka Industri Agrimakananbertujuan untuk memperkenalkan danmempromosikan perkhidmatan daninsentif yang disediakan oleh KPSSUmelalui JPA kepada orang ramaikhususnya pengusaha kecil dansederhana (PKS) agrimakanan.

    Di antara aktiviti-aktiviti yang

    dikendalikan sepanjang Hari Terbukaini adalah lawatan ke fasiliti InkubatorMakanan Perusahaan Kecil melaluiprogram penyewaan, taklimatmengenai perkhidmatan dan insentifyang terdapat di Bahagian IndustriAgrimakanan dan sebagainya.

    Orang ramai dialu-alukan untuksama-sama meraikan Hari Terbuka iniyang dibukakan mulai pukul 8.30 pagihingga 5.00 petang kecuali hari Jumaatditutup daripada pukul 11.30 pagihingga pukul 2.00 petang.

    Sebanyak 50 petak jualan bagi PKSbagi Kategori Produk Biskut danBakeri telah menyertai aktivitipameran dan jualan kali ini yang manaPKS berkenaan terdiri daripadapengusaha yang telah menggunakaninkubator dan pengusaha makanan‘online’.

    Bahagian Industri Agrimakanan,JPA berperanan untuk membantumembangunkan industri agrimakananmelalui perkhidmatan nasihat teknikal,konsultansi, analisis makmal danpemindahan teknologi bagi produkagrimakanan.

    Dengan adanya perkhidmatandan insentif di Bahagian IndustriAgrimakanan, pengusaha makananboleh meningkatkan pengeluaranproduk-produk agrimakanan yang

    berkualiti, bersih dan seragam denganpenggunaan pembungkusan danpelabelan yang bersesuaian.

    Bahagian Industri Agrimakanan,JPA juga mendukung penghasilanproduk agrimakanan yang mematuhiAmalan Perkilangan Yang Baik (GoodManufacturing Practices) dan AmalanKebersihan Yang Baik (Good HygienePractices).

    Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang SulaimanFoto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

    DENGAN adanya perkhidmatan dan insentif diBahagian Industri Agrimakanan, pengusaha makananboleh meningkatkan pengeluaran produk-produkagrimakanan yang berkualiti, bersih dan seragamdengan penggunaan pembungkusan dan pelabelanyang bersesuaian.

    MENTERI Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat PehinOrang Kaya Seri Utama Dato SeriSetia Awang Haji Yahya bin BegawanMudim Dato Paduka Haji Bakar.

    MENTERI Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama menyaksikan salah satu produk yangdipamerkan sempena Hari Terbuka Industri Agrimakanan yang berlangsung di InkubatorMakanan Perusahaan Kecil, Pusat Penyelidikan Pertanian Brunei (PPPB), Kilanas.

  • HARI ISNIN, 1 JANUARI 2011HARI SABTU 10 MEI 2014 7NASIONAL

    KHEDN lancar Buku Keselamatan

    Balu mualaf terimarumah bantuanYSHHB

    SEBAHAGIAN daripada kanak-kanak yang menyertai aktiviti-aktiviti yangdisediakan pada petang tersebut

    Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji AhmadFoto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali

    TIMBALAN Menteri Hal Ehwal DalamNegeri, Yang Dimuliakan Pehin DatuLailaraja Mejar Jeneral (B) Dato PadukaSeri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd.Yussof semasa mengagihkan bukuberkenaan kepada wakil dari beberapabuah jabatan kerajaan.

    Berita dan Foto :Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli

    Hari Kanak-Kanak Sihat :Anak-anak yatim diraikan

    PEMANGKU Pengarah Urusan Yayasan, Haji Awang Mohammad Hanafi bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila UtamaHaji Awang Abdul Rahman menyerahkan anak kunci rumah kepada Dayang Nurhidayah binti Abdul Rahim.

    Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang SulaimanFoto : Hernie Suliana Haji Othman

    SEBAHAGIAN daripada kanak-kanak yang menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakansemasa Hari Kanak-Kanak Sihat berkenaan.

    BANDAR SERI BEGAWAN,Ahad, 27 April.- Peserta-pesertayang menyertai Program UsahasamaBSP-UBD (BSP-UBD Venture

    Program), petang tadi menganjurkanHari Kanak-Kanak Sihat (HealthyKids Day), berlangsung di TamanJubli, di sini.

    Seramai 40 orang anak-anakyatim dari daerah ini dijemput dandiraikan dengan pelbagai aktivitiserta permainan pada acaraberkenaan seperti peraduanmewarna, berzumba dan menyertaipermainan ‘Frisbee’ termasukmenyaksikan pameran lukisan di‘Rainforest Gallery’.

    Para peserta di bawah ‘BSP-UBDVenture Program’ ketika ini sedangmengikuti program keusahawananselama lima minggu yang bermulapada 14 April dan dijangka berakhirpada 17 Mei 2014.

    Program ini bertujuan untukmemajukan lagi usaha perniagaandan memacu kejayaan mereka selaindiharap akan dapat menghasilkancontoh keusahawanan danmenjadi salah satu elemen kearah menyumbang semula kepadamasyarakat.

    Seorang usahawan bukan sahajamampu menjalankan perniagaandengan berjaya malah mampumemberikan bantuan kepadakeperluan masyarakat.

    ‘Hari Kanak-Kanak Sihat’tersebut adalah salah satu usahaoleh para peserta Program Usaha-sama BSP-UBD dalam memenuhitanggungjawab sosial mereka.

    SUNGAI LIANG, Isnin, 28 April. - Seorang balu telah menerima sebuah rumahyang baru siap dibina oleh Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB).

    Majlis Penyerahan Anak Kunci Rumah Bantuan Skim Perumahan YSHHB itutelah disempurnakan oleh Pemangku Pengarah Urusan Yayasan, Haji AwangMohammad Hanafi bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila UtamaHaji Awang Abdul Rahman kepada Dayang Nurhidayah binti Abdul Rahimdi Kampung Tunggulian, di sini.

    Dayang Nurhidayah, 55, seorang mualaf yang telah memeluk agama Islam lebihtiga tahun lalu bekerja sebagai pembersih di sebuah syarikat swasta danmempunyai tiga orang anak di bawah tanggungannya, dan semenjak suami beliaumeninggal dunia pada tahun 2005 akibat strok, kehidupan Dayang Nurhidayahbersama anak-anaknya semakin rumit.

    Keadaan rumah Dayang Nurhidayah sebelum ini sangat daif dan usang sertatidak mempunyai bekalan elektrik, dan di situlah wanita berbangsa Iban iniberteduh membesarkan dua orang anak perempuan dan seorang anak lelaki yangmasing-masing berusia antara 19 hingga 27 tahun.

    Kos bagi mendirikan rumah bantuan tersebut bernilai lebih BND40,000 danberkonsepkan tiga bilik tidur dilengkapi dengan bilik tamu, dapur dan tandas.

    Pembinaan rumah-rumah bantuan di bawah Skim YSHHB merupakan satuprojek yang dilaksanakan oleh yayasan sebagai usaha bagi mempertingkatkankebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat di negara ini selaras dengan dasar dantujuan penubuhannya.

    Penubuhan YSHHB sebagai wadah amal jariah atau derma khairat KebawahDuli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal BolkiahMu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali SaifuddienSa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalamdan kerabat diraja baginda sebagai tanda pemedulian dan kasih kepada rakyatbaginda, di samping menjadi pembentukan masyarakat di Negara BruneiDarussalam yang sejahtera dan makmur.

    Sementara itu rumah-rumah bantuan di bawah Skim Perumahan Yayasandikhususkan kepada saudara-saudara baru dan mereka yang daif dan tidakberkemampuan mendirikan rumah sendiri. Rumah-rumah bantuan ini dikurniakansecara percuma kepada penerima yang layak mengikut kriteria yang telahditetapkan oleh YSHHB.

    Sejak tahun 1996, sebanyak 153 buah rumah bantuan telah dibina di negara inioleh pihak YSHHB dan di Daerah Belait sahaja termasuk penyerahan hari iniberjumlah 21 buah rumah, sementara lima buah pada tahun lepas.

    Pembinaan rumah bantuan kepada saudara-saudara baru bertujuan bagimemberi peluang kepada mereka untuk memperbaiki taraf kehidupan, di sampingdapat meneruskan dan menghayati kehidupan sebagai seorang Islam dengansempurna dan dapat melaksanakan kewajipan terhadap Allah Subhanahu Wata’aladalam keadaan yang selesa dan aman.

    BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin,28 April. - Kementerian Hal EhwalDalam Negeri (KHEDN) melaluiJabatan Buruh, hari ini telahmelancarkan Buku Keselamatandan Kesihatan Tempat Kerja 2009,bertempat di Dewan Kuliah, BangunanJabatan Buruh, di sini.

    Buku berkenaan dilancarkanoleh Timbalan Menteri Hal EhwalDalam Negeri, Yang Dimuliakan

    Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B)Dato Paduka Seri Haji AwangHalbi bin Haji Mohd. Yussof, selakuPengerusi Jawatankuasa Pandu bagiBuku Keselamatan dan KesihatanTempat Kerja.

    Acara kemudian diikuti denganpengagihan buku tersebut kepadawakil daripada beberapa buah jabatankerajaan.

    Buku tersebut diterbitkan dengankerjasama jawatankuasa kerja yangterdiri daripada bahagian-bahagiandan jabatan-jabatan di KHEDN,Kementerian Pembangunan,Kementerian Kesihatan dan JabatanPerdana Menteri dengan bantuankhidmat nasihat daripada pakarPertubuhan Buruh AntarabangsaKeselamatan dan Kesihatan.

  • HARI ISNIN, 1 JANUARI 2011 HARI SABTU 10 MEI 20148 NASIONAL

    TIMBALAN Pengarah Urusan Autoriti Monetari Brunei Darussalam,Dayang Hajah Lily diberikan penerangan pada Pameran 'BIBD HomeShowcase' Kali Ke-4.

    PEGAWAI Daerah Brunei dan Muara, Awang Haji Jamain bin Momin semasa berucap padapemilihan jawatan Ketua Kampung Batu Marang.

    Oleh : Hajah Siti Zuraihah Hj Awang SulaimanFoto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

    Oleh : Aimi SaniFoto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

    MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri,Yang Berhormat Pehin Udana KhatibDato Paduka Seri Setia Ustaz HajiAwang Badaruddin bin Pengarah DatoPaduka Haji Othman semasa berucappada Majlis Doa Kesyukuran MPKKapok yang menerima Anugerah Perakdipertandingan AKC 2014.

    Oleh : Saerah Haji Abdul GhaniFoto : Haji Ariffin Mohd. Noor

    Penduduk berperanan menjaga keselamatan kampung

    BANDAR SERI BEGAWAN,Jumaat, 25 April. - Menteri Hal EhwalDalam Negeri, Yang Berhormat PehinUdana Khatib Dato Paduka Seri SetiaUstaz Haji Awang Badaruddin binPengarah Dato Paduka Haji Othmanmenyeru penduduk Kampung Kapoksupaya akan berusaha meningkatkanmutu kesejahteraan dan keselamatankampung berkenaan.

    Perkara yang sangat mendesakdalam kesejahteraan penduduk dankeselamatan kampung, jelas YangBerhormat ialah memastikan tiadaancaman ke atas keselamatan nyawadan harta benda menerusi kegiatanjahat penjenayah-penjenayah.

    Oleh yang demikian, tambah YangBerhormat, penduduk kampung tentuboleh memikirkan dan seterusnya

    melaksanakan Program KeselamatanAwam yang bertujuan mencegahpelakuan yang menyalahi undang-undang daripada dilakukan dikampung halaman.

    Yang Berhormat berucap demikianpada Majlis Doa Kesyukuran MajlisPerundingan Kampung (MPK) Kapokyang menerima Anugerah Perak padaPertandingan Anugerah KampungCemerlang Peringkat KebangsaanKe-3, Tahun 2014.

    “Keselamatan awam jenis iniantaranya ialah kesalahan melindungipendatang-pendatang haram ataupendatang-pendatang yang sudahlimpas tempoh kebenaran tinggal,kesalahan menyalahgunakan permitkerja atau pas lawatan,” ujar YangBerhormat pada majlis yang

    berlangsung di Dewan SekolahRendah Kapok, di sini.

    Yang Berhormat percaya kesalahanjuga termasuk kesalahan-kesalahanberat seperti penyalahgunaan dadahberbahaya dan kesalahan mengedar.

    Pada memaklumi kedudukan orangawam yang tidak mempunyai kuasauntuk mengambil tindakan di luarundang-undang, Yang Berhormatpercaya mereka masih bolehberperanan dalam mencegah jenayahdan pelanggaran undang-undangdalam kawasan kampung halamansecara bekerjasama dengan pihak-pihak penguat kuasa undang-undang.

    “Kerjasama biskita boleh sahajaberupa pemberian maklumat dan yangpaling berkesan sekali ialah mencegahdiri sendiri atau ahli keluarga yangterdekat daripada terlibat dalammelanggar sebarang peraturan danundang-undang,” ujar Yang Berhormatlagi.

    Dalam kesempatan ini Yangberhormat menyeru semua pendukungMPK Kapok dan pendukung-pendukung MPK di seluruh negarasupaya akan menjadikan kesejahteraandan keselamatan awam di kampung-kampung menjadi sebahagian daripadaproduk dalam mencemerlangkankampung masing-masing.

    Pada majlis itu, Yang BerhormatMenteri Hal Ehwal Dalam Negerijuga menyampaikan agihan hasilproduk kampung kepada ahli-ahliMPK Kampung yang menghasilkanproduk berkenaan dan seterusnyamenyampaikan penghargaan kepadapeserta yang ikut serta pada MajlisMaulud Nabi 2014.

    Juga hadir pada majlis itu ialahTimbalan Menteri Hal Ehwal DalamNegeri, Yang Dimuliakan Pehin DatuLailaraja Mejar Jeneral (B) DatoPaduka Seri Haji Awang Halbi bin HajiMohd Yussof.

    BIBD 'HOME SHOWCASE'Promosi pakej biaya, ubah suai rumah

    BANDAR SERI BEGAWAN,Pameran 'BIBD HomeShowcase' Ke-4 anjuran BankIslam Brunei Darussalam(BIBD) bertujuan untukmempromosikan semua pakejpembiayaan rumah danpengubahsuaian rumah BIBDkepada pelanggan serta

    penukaran Kad Debit BIBD.Hadir selaku tetamu

    kehormat dan merasmikanmajlis yang berlangsung di TheMall, Gadong itu ialahTimbalan Pengarah UrusanAutoriti Monetari BruneiDarussalam (AMBD), DayangHajah Lily binti Haji Kula.

    Dayang Hajah Lily dalamucapannya menyambut baikinisiatif BIBD mengadakanpameran yang berterusan untukmeningkatkan kesedaran orangramai mengenai produk-produkdan perkhidmatan kewanganyang ditawarkan oleh BIBD.

    Menurutnya, pameranyang menumpukan kepadapembangunan danpengubahsuaian rumah sangatpenting sejajar dengan usahakerajaan untuk menggalakkanrakyat Negara BruneiDarussalam memilikikediaman mereka sendiri.

    Oleh itu jelasnya, produk-produk pembiayaan perlu

    digalakkan dan dibuat secaraberpatutan supaya merangkumisebahagian besar penduduk.

    Terdahulu TimbalanPengarah Urusan BIBD,Dayang Hajah Noraini bintiHaji Sulaiman yang juga KetuaPegawai Kewangan, dalamucapannya menyatakan sangatteruja dengan pelancaran edisike-4 pameran BIBD berkenaanditambah dengan kehadiranrakan-rakan BIBD di pameranitu, dalam usaha memberikankemudahan kepada merekayang berminat untukmengubahsuai atau memilikirumah impian mereka.

    Pameran tersebutberlangsung selama 10 hari

    bermula 25 April 2014 hingga 4Mei 2014.

    BIBD telah menyediakaninsentif pakej khas bagipemohon-pemohon pakejPembiayaan Rumah, di manapara pemohon yang membuatpendaftaran pembiayaan BIBDakan berpeluang memenangiSamsung Galaxy Tab, iPad Air,Mesin Kopi CBTL, ‘powerbanks’ dan pelbagai cabutanhadiah bertuah korporat BIBD.

    Acara ini juga menawarkanpromosi seperti ciri-ciriaplikasi, penggunaan dankeselamatan Kad Debit BIBD,di mana setiap permohonanbaru kad debit tersebut,termasuk penukaran dari ATMdan kad automatik akan layakmenerima 1,000 BIBD RewardPoint ke dalam akaun mereka.

    Turut hadir pada majlistersebut ialah rakan-rakan

    cemerlang BIBD dalamindustri pembinaan danpengubahsuaian rumah sepertiBess Perfect Property Agency,BSTC Real Estate, Say KooLiew Sdn. Bhd., J-Fa RealtyAgency & Marketing, PreciseDevelopment.

    Kerjasama syarikat-syarikatberkenaan dengan BIBD akanmembolehkan pihak yangberkepentingan untuk memilikirumah impian mereka sendiri.

    Untuk mengetahui lebihlanjut mengenai produk,perkhidmatan dan promosiBIBD, layari laman FacebookBIBD di www.facebook.com/bibdbrunei; layari laman utamaBIBD di www.bibd.com.bn;berhubung terus dengan PusatPerhubungan BIBD di talian2238181 atau kunjungiCawangan BIBD yangterdekat.

    Haji Maidin calon tunggalpemilihan Ketua Kg. Batu Marang

    MENTIRI, Jumaat, 25 April. - Calontunggal bagi pemilihan jawatan KetuaKampung Batu Marang, Awang HajiMaidin bin Tarip, berusia 59 tahun,yang sebelum ini pernahberkhidmat sebagai Staf Sarjan diAngkatan Bersenjata Diraja Brunei(ABDB) berjaya memperolehsebanyak 219 undi.

    Sementara itu, daripada 227 jumlahpengundi yang hadir, lapan undi tidakbersetuju dan tiada undi rosak yangmana keputusan hasil undian itu akandihadapkan kepada Kementerian HalEhwal Dalam Negeri untuk prosesselanjutnya.

    Majlis Pengundian Calon KetuaKampung Batu Marang tersebutberlangsung di Sekolah UgamaKampung Batu Marang Brunei 2 (B),di sini.

    Sementara itu Pegawai DaerahBrunei dan Muara, Awang Haji Jamainbin Momin semasa berucap dalammajlis itu menegaskan, seorang ketuakampung harus bertanggungjawab

    mewujudkan, memelihara danmengekalkan persefahaman,perpaduan dan keharmonian hidupbermasyarakat serta menggalakkansemangat memucang-mucang danbergotong-royong supaya ia tidakluput dimakan zaman.

    Menurutnya, seorang ketuakampung itu juga berperananmengadakan perundingan,permuzakarahan dan permuafakatandengan Majlis Perundingan Kampungserta bersama anak buah kampungmengenai apa jua perkaraberkebajikan untuk pembangunan,kesentosaan dan kesejahteraanterutama sekali yang berkaitan denganpermasalahan anak-anak buahkampung, keselamatan dan keamanandalam sesebuah kampung dan negaraumumnya.

    Dengan berbuat demikian,tambahnya, penghulu-penghulumukim dan ketua-ketua kampung akandapat mendekatkan diri merekadengan anak-anak buah mukimdan kampung dan seterusnya

    memperkukuhkan lagi jalinansilaturahim di antara penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketuakampung dengan anak-anak buahmasing-masing.

    Jelasnya, ia sekali gus menyumbangkepada suasana mukim dan kampungyang lebih harmoni dan sejahteraseperti mana yang diharap-harapkan oleh pihak KerajaanKebawah Duli Yang MahaMulia Paduka Seri BagindaSultan dan Yang Di-Pertuan NegaraBrunei Darussalam.

    Awang Haji Jamain jugamenyarankan kepada pendudukkampung untuk menggunakanpeluang mengundi dan memilihcalon Ketua Kampung Batu Marang,Mukim Mentiri sebaik-baiknyadengan kebijaksanaan serta penuhketelitian kerana pilihan yang dibuatitu akan menentukan masa depanpemedulian kampung seperti yangdiharap- harapkan.

    "Abiskita merupakan pendudukdi kampung ini lebih mengenali danmengetahui latar belakang sertakeperibadian calon ini. Dan dari itumemang sudah setentunya abiskitamemilih bakal pemimpin ketua

    kampung abiskita untuk menerajuiKampung Batu Marang, MukimMentiri nanti,” tambahnya.

    Katanya, untuk mencapai hasratserta wawasan ke arah membangunkandan memajukan Kampung BatuMarang ini, ia memerlukan adunandari kerjasama, sokongan kuat sertaperpaduan masyarakat kampung yangberterusan ditambah lagi denganadanya corak kepimpinan yang baikdan bijaksana daripada ketuakampung sebagai teras pemimpinmasyarakat dari peringkat akar umbi.

    Jawatan Ketua Kampung

    Batu Marang, Mukim Mentiri sebelumini dipangku secara sementara olehPenghulu Mukim Mentiri, PengarahHaji Abdul Rahman bin Haji Naimsetelah Ketua Kampung BatuMarang yang terdahulu iaitu AwangHaji Jamaluddin bin Safar ditamatkanperkhidmatannya pada 1 November2006.

    Kampung Batu Marang,adalah salah sebuah kampung dibawah Mukim Mentiri dengankeluasan 276.80 hektar dan kinimempunyai jumlah pendudukseramai lebih 1,000.

  • HARI ISNIN, 1 JANUARI 2011HARI SABTU 10 MEI 2014 9NASIONAL

    Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji AhmadFoto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali

    Gemar membaca cara pantas mendapat ilmu

    BANDAR SERI BEGAWAN,Sabtu, 26 April. - Sikap gemarmembaca boleh menambah ilmupengetahuan dalam mempertingkatkanlagi taraf kehidupan di zaman yangcanggih dan berteknologi tinggi ini.

    Pegawai Tugas-Tugas Khas diKementerian Kebudayaan, Belia danSukan (KKBS), Datin Hajah Shireenbinti Haji Mustafa berkata kemahiranmembaca perlu dipupuk dari kecil lagiyang dapat disalurkan oleh kedua ibubapa ataupun penjaga.

    “Ia juga kaedah yang terbaik danpantas untuk mendapat ilmupengetahuan,” jelasnya pada PeraduanMari Bercerita Peringkat DaerahBrunei dan Muara yang berlangsung diDewan Digadong KKBS, di sini.

    Awang Mohd. Iman Waiz bin Mohd.Firman dari Sekolah Rendah DatoRatna Haji Mohd. Jaafar muncul juaradalam Peraduan Mari BerceritaPeringkat Daerah Brunei dan Muara.

    Naib juara dimenangi oleh AwangMohd. Hafid bin Shahri dari Sekolah

    Rendah Sungai Kebun dan di tempatketiga Awang Mohd. Hazman binAwang Jusli dari Sekolah St.Andrews.

    Pemenang akan mewakili DaerahBrunei-Muara di peringkatkebangsaan nanti.

    Peraduan tersebut telahdiungkayahkan oleh Dewan Bahasadan Pustaka sejak beberapa tahun yanglalu melibatkan para pelajar sekolahrendah di keempat-empat daerah.

    Melalui inisiatif guru-guru yangberterusan dalam menjayakan setiapperaduan, telah membantu pelajarmemperkasa budaya membaca dinegara ini.

    Peraduan pada tahun inimenyaksikan menggunakan kaedahpersembahan dan penceritaan yangdiberi nafas baru sesuai denganperkembangan informasi teknologikomunikasi terkini.

    KKBS mempromosikanbudaya negara

    MUKIM LABI, Sabtu, 26 April. -Kementerian Kebudayaan, Beliadan Sukan (KKBS) sedangmenjalankan projek tahunan denganmempromosikan budaya-budayaserta memperkenalkannya kepadamasyarakat sebagai bahan

    Berita dan Foto : Noraisah Muhammed

    pengetahuan dan juga ristaan untukmenjadi cacatan sejarah di kemudianhari.

    Projek ini bermula pada tahun 2011dan ini merupakan projek kali pertamayang berskala besar bermula di DaerahBelait dengan memberi sasarandi peringkat sekolah-sekolah rendah

    di kawasan pendalaman.

    Pemangku Penolong PengarahKesenian dan Kebudayaan, KKBS,Awang Haji Mohammad Abdoh binHaji Damit hadir pada acara tersebutmenyatakan pendekatan ini lebihkepada mesra masyarakat dan semuapenduduk di Mukim Labi dialu-alukanhadir bagi sama-sama menyaksikanpendekatan projek yang berupa senidan budaya itu bagi mengenalkankepada umum bahawa BruneiDarussalam adalah sebuah negara yangmemiliki budaya dan seni yang tinggi.

    Projek yang diadakan di DewanSerbaguna Mukim Labi itu telahdihadiri oleh seramai 65 murid dari duabuah sekolah rendah di Mukimberkenaan, 20 murid dari SekolahChung Hwa Labi yang dianggotai olehguru besar sekolah berkenaan AwangMusim bin Anyi manakala 65 muriddari Sekolah Rendah Labi dianggotaioleh guru besar sekolah tersebut,Dayang Maslinah binti Muhd. Masdi.

    Antara pameran dan persembahanyang diungkayahkan oleh KKBS padaprojek kali ini ialah mengadakanBengkel Tarian, Bengkel MembuatDastar dan Sinjang, beberapapermainan tradisi seperti Gulintangan,Pasang, Congkak, Salok-salokan,Kuhit dan sebagainya selain itu, acaralain juga dimuatkan dengan salinganlawak jenaka dan nyanyian-nyanyiantradisi Brunei.

    Sepanjang projek tersebut diadakan,sambutan dari masyarakat di mukimberkenaan amat menggalakkan.

    GURU Besar Sekolah Rendah Labi, Dayang Maslinah bersama salah seorangguru mengajar Bahasa Inggeris, Natalie Plesky yang begitu teruja dan tertarik denganpendekatan KKBS yang julung-julung kalinya dibuat oleh pihak berkenaan.

    PERMAINAN kuhit juga diperkenalkan KKBS membawa dua orang berpengalaman untukmengendalikan pendekatan acara permainan berkenaan.

    GDG anjur Acara 'Pitch-I.T'

    BANDAR SERI BEGAWAN,Jumaat, 25 April. - Sempenasambutan Hari WanitaICT 2014 , Kumpulan PembangunGoogle-Google Developers Group(GDG) Negara Brunei Darussalammenganjurkan Acara ‘Pitch-I.T’yang terdiri daripada sebahagianGDG DevFestW dan WanitaTechmakers.

    Acara ini disokong olehPihak Berkuasa Info-komunikasiIndustri Teknologi BruneiDarussalam (AITI) yang diadakan diDewan Seri Kerna, AITI.

    Acara dibukakan kepada pelajarwanita daripada institusi pengajiantinggi dan orang awam yangkebanyakannya dihadiri olehpeserta wanita.

    Pengurus Brunei GDG,Rahimah binti Haji Mohd. Yussofmenyatakan DevFestW memberitumpuan khusus kepada wanitadalam komuniti pemaju tempatanuntuk mengajar dan belajarkod dan rangkaian (networking).Wanita Techmakers pula bertujuanuntuk meningkatkan kesedaranpemimpin-pemimpin wanitainovatif dalam teknologi danmemberi inspirasi kepada oranglain untuk menyertai bidangini yang mana sejajar denganGDG Brunei yang bertujuan untukberkongsi, belajar, berkembangdan berjaya.

    Peserta acara itu diperkenalkanke sesi praktikal codelab di mana

    mereka diajar bagaimana untukmengembangkan permainan danaplikasi permainan popularmudah alih ‘Flappy Bird’ denganmenggunakan bahasa JavaScriptoleh Md. Firdaus bin HajiZailani.

    Pada acara itu, satu ceramah vitualjuga diadakan oleh PengurusProgram Kumpulan PerniagaanGoogle (GBG) Asia Tenggara, EricaHanson.

    The Pitch-I.T adalah sebahagiandaripada siri program bersempenadengan Hari Wanita ICT 2014 yangdianjurkan oleh AITI. Hari WanitaICT 2014 adalah satu inisiatif yangdisokong oleh KesatuanTelekomunikasi Antarabangsa (ITU)untuk mewujudkan persekitaranglobal yang memberi kuasadan menggalakkan kanak-kanakperempuan dan wanita muda untukmempertimbangkan kerjaya dalambidang ICT yang semakinmeningkat.

    GDG DevFestW adalah satu siriacara yang diterajui oleh komunitiyang mempunyai sesi teknikaldi seluruh platform danPembangunan Teknologi Google.

    DevFestW tidak bertujuan untukwanita sahaja tetapi sebaliknyamerupakan peluang bagi komunitipembangunan untuk menjadi lebihprihatin terhadap kemasukanwanita.

    Google percaya kepelbagaian dan

    Berita dan Foto : Noraisah Muhammed

    kemasukan wanita adalah pentinguntuk berkembang maju dan menjadimasyarakat yang bertenaga sertamemberi tumpuan kepadakemasukkan wanita adalah langkahpertama dalam usaha yang lebihbesar untuk mempelbagaikanPembangunan Google global yangmana Masyarakat GDG telahmenunjukkan minat yang besardalam inisiatif ini.

    Oleh itu, sempena Hari WanitaAntarabangsa pada 8 Mac, Googleakan melancarkan satu siri acaraglobal Wanita Techmakers kearah meningkatkan penglihatan,masyarakat dan sumber untukwanita teknikal dalam industri.

    Untuk maklumat lanjutmengenai Pembangun KumpulanGoogle Brunei dan acara mereka,orang ramai boleh melawatwww.gdg.com.bn atau hubungiEncik Haji Azaman bin HajiSuleiman ([email protected]) danCik Rahimah Haji Mohd Yussof(rasylk @ gmail. com).

    GDG DevFestW adalah satu siri acara yang diterajui olehkomuniti yang mempunyai sesi teknikal di seluruh‘platform’ dan Pembangunan Teknologi Google.

    DevFestW tidak bertujuan untuk wanita sahaja tetapisebaliknya merupakan peluang bagi komunitipembangunan untuk menjadi lebih prihatin terhadapkemasukan wanita.

    PEGAWAI Tugas-Tugas Khas di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin HajahShireen binti Haji Mustafa semasa menyampaikan hadiah kepada pemenang.

    SEBAHAGIAN persembahan yang menarik daripada seorang peserta.

  • HARI ISNIN, 1 JANUARI 2011 HARI SABTU 10 MEI 201410

    Republik Kesatuan Myanmar tumpuanSidang Kemuncak ASEAN Ke-24

    REPUBLIK KesatuanMyanmar kali ini akanmenjadi tumpuan parapemimpin ASEAN dan negara-negara rakan kongsi ke arahmembincangkan isu-isu yangberkaitan bagi merealisasikanKomuniti ASEAN 2015 serta hal-halyang berhubung kait denganperkembangan dan kemajuannegara-negara anggota ASEAN.Pada tahun ini Republik KesatuanMyanmar pula akan memikultanggungjawab membincangkanisu-isu yang menjadi kepentinganbersama di kalangan negara anggotaselepas kejayaan Negara BruneiDarussalam mempengerusikanpertemuan penting lagi bersejarah itutahun lalu.

    Di akhir Sidang KemuncakASEAN Ke-23 di Negara BruneiDarussalam pada bulan Oktobertahun lepas, Kebawah Duli YangMaha Mulia Paduka Seri BagindaSultan Haji Hassanal BolkiahMu’izzaddin Waddaulah ibniAl-Marhum Sultan Haji Omar 'AliSaifuddien Sa’adul Khairi Waddien,Sultan dan Yang Di-Pertuan NegaraBrunei Darussalam selaku pengerusisidang tersebut telah berkenanmenyerahkan ‘Gavel’ kepadaPresiden Republik KesatuanMyanmar, Tuan Yang TerutamaU Thein Sein sebagai simbolik selakuPengerusi Sidang Kemuncak ASEANKe-24, di Republik KesatuanMyanmar. Buat julung-julung kalinyamempengerusikan sidang penuhbermanfaat ini, Republik KesatuanMyanmar telah menetapkan temaSidang Kemuncak tahun iaitu‘Moving Forward in Unity toa Peaceful and ProsperousCommunity’.

    KEUTAMAAN SIDANGKEMUNCAK ASEAN KE-24Perhimpunan para pemimpin

    negara anggota ASEAN di Nay PyiTaw, Republik Kesatuan Myanmarselama dua hari iaitu pada 10 Mei dan11 Mei dengan penyertaan rakan-rakan dialog itu nanti merupakanpeluang yang amat tinggi nilainyabagi merealisasikan KomunitiASEAN 2015. Republik KesatuanMyanmar telah menetapkan beberapakeutamaan dalam mempengerusikanpertemuan tahunan ASEAN kali iniini iaitu:

    • Untuk memastikan pelaksanaan

    sepenuhnya tugas-tugas ke arahmerealisasikan Komuniti ASEANmenjelang 2015.

    • Untuk menetapkan bidang-bidang keutamaan bagimempercepatkan pelaksanaanKomuniti ASEAN, untuk mengkajisemula status membina komuniti,untuk menentukan inisiatif-inisiatifuntuk menggiatkan ASEAN, untukmerangka program-program dalammempromosi hubungan luarASEAN.

    • Untuk menjalankan kajian semulaPiagam ASEAN, ke arahmengekalkan kerelevanan ASEANdalam mengubah keadaan.

    • Untuk menjalankan kajiansemula penggal pertengahan bagiperlaksanaan kenyataan wawasanARF dan untuk membangunkanwawasan baru bagi ARF.

    • Untuk mengubah ASEANsebagai pertubuhan yangmengutamakan rakyat, untukmeningkatkan penglibatan denganmasyarakat awam, untukmempercepatkan penglibatangolongan wanita, belia, ahli-ahliparlimen dan mendia dalamaktiviti-aktiviti ASEAN.

    • Untuk bekerjasama membangunWawasan ASEAN menjelang 2015.

    • Myanmar yakin bahawa dengankerjasama negara anggota ASEANdan juga rakan-rakan dialog danmasyarakat antarabangsa ia akandapat melaksanakan tugasannya.

    IMBASAN SIDANGKEMUNCAK ASEAN KE-23Mengimbas kembali Sidang

    Kemuncak ASEAN Ke-23 danMesyuarat-Mesyuarat Berkaitanyang berlangsung di Bandar SeriBegawan tahun lalu, Kebawah DuliYang Maha Mulia Paduka SeriBaginda Sultan dan Yang Di-PertuanNegara Brunei Darussalam semasasesi Sidang Akhbar bertitahmenyatakan bahawa para pemimpinASEAN secara keseluruhannyabersetuju yang ASEAN telahmencapai perkembangan yangsubstantive dalam merealisasikanKomuniti ASEAN 2015, terutamanyadalam pelaksanaan inisiatif-inisiatifmercu tanda.

    Bagi tujuan itu, titah baginda lagipara pemimpin ASEAN mengulangikomitmen mereka untuk bekerjasamadengan lebih rapat untuk memenuhisasaran-sasaran Komuniti ASEANyang belum tercapai dalam ketiga-tiga tonggak kerjasama iaitu politik,ekonomi dan sosiobudaya.

    Menyentuh mengenai KeluaranDalam Negara Kasar (KDNK)ASEAN pula Kebawah DYMMbertitah bahawa ASEAN berhasratuntuk melipatgandakan KDNKASEAN daripada USD2.23 trilionkepada USD4.4 trilion danmengurangkan separuh dari peratuspenduduk yang hidup dalamkemiskinan daripada 18.6 peratuskepada 9.3 peratus menjelang 2030.

    Bagi mencapai hasrat tersebut titahbaginda lagi para pemimpin ASEANmengarahkan Menteri-MenteriASEAN untuk meneliti cabaran masadepan di rantau ini dan mencadang-

    kan strategi-strategi bagi menanganicabaran-cabaran tersebut sertamerangka Wawasan Pasca-2015.

    LAKSANAKAN TANGGUNG-JAWAB PENGERUSI ASEANPembaharuan politik, ekonomi dan

    pentadbiran Republik KesatuanMyanmar sejak tahun 2011 telahmemungkinkan negara yangmenganggotai ASEAN pada tahun1997 itu untuk memainkan perananlebih aktif dalam hal ehwal serantaudan antarabangsa selaras denganobjektif dasar luarnya yang telahditetapkan dalam Perlembagaan2008. Republik Kesatuan Myanmardengan setia akan melaksanakantanggungjawab Pengerusi ASEANselaras dengan Piagam ASEAN.

    Perpaduan ASEAN merupakanbahan paling utama dan penting bagiASEAN untuk boleh dipercayaidimata dunia dan diintegrasikansepenuhnya terhadap masyarakat ataukomuniti. Matlamat utama ASEANadalah untuk mencapai satu komunitiyang aman dan makmur di manaASEAN memainkan peranan utamadalam arkitektur serantau yang barumuncul dan menyumbang terhadapperkembangan sihat komuniti global,mesra rakyat, penyayang danbertanggungjawab, dinamik dari segiekonomi, mampan dan berdaya tahan,mengekalkan keamanan, kestabilandan keharmonian. Dengan RepublikKesatuan Myanmar mempengerusi-kan ASEAN sejak awal tahun ini inidiharap akan memberi nilai tambahterhadap objektif-objektif dandinamik ASEAN.

    LOGO SIDANGKEMUNCAK ASEAN KE-24Republik Kesatuan Myanmar telah

    memilih logo Kha Yay atau ‘StarFlower’ dalam mempengerusikanASEAN pada tahun ini yang memberimaksud tertentu iaitu:

    • Kha Yay dikenali sebagai'Star Flower ' yang bermaksud 10pemimpin negara anggota ASEANyang memiliki bintang yangtersendiri, dan pautan tangan antaramereka bermakna semua negaraanggota ASEAN bersama-samadalam perpaduan sebagai satumasyarakat dan sebagai bintang barumuncul di dunia.

    • Dalam bentuk tersebut, ‘StarFlower’ menyerupai seperti sayapmesin. Rangkaian antara 10 sayapakan menjadi daya penggerak bagikeamanan dan kemakmuran di rantauini sepertimana yang dimaksudkandalam tema Pengerusi ASEAN.

    • ‘Star Flower’ juga merupakanbunga biasa yang terdapat diRepublik Kesatuan Myanmar yangdihargai oleh berjuta-juta penduduk.Ia melambangkan majoriti rakyat dirantau ini. Oleh itu, Kha yaybermaksud berjuta-juta pendudukASEAN. Berpusat kepada rakyatASEAN, ASEAN akan maju kearah keamanan, kemakmuran danpembangunan di rantau ini.

    • Campuran warna putih dankuning ‘Star Flower’ menunjukkankeamanan dan kemakmuran bagipenduduk rantau ini.

    • Kehebatan ‘Star Flower’ adalahterletak pada aroma baunya samadajauh dan dekat walaupun telah layu.Oleh itu, seperti daya tahan aroma‘Star Flower’, daya tahan rakyatASEAN kekal mantap bukan hanyaketika menikmati kejayaan malahanjuga ketika menghadapi cabaran.

    Sementara itu latar belakang logoyang berwarna hijau bermaknaASEAN akan melaksanakanpembangunan di rantau iniyang menekankan keamanan,pertumbuhan kehijauan danpemuliharaan alam di rantau ini.

    RENCANA

    IMBAS KEMBALI...Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali SaifuddienSa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, selaku Pengerusi ASEAN Ke-23 berkenan menyerahkan ‘Gavel’ kepada Presiden RepublikKesatuan Myanmar, Tuan Yang Terutama U Thein Sein sebagai penyerahan simbolik, selaku Pengerusi ASEAN Ke-24, Republik Kesatuan Myanmar.

    Oleh :Hezlinawati Haji Abd Karim,

    Zawiyatun Ni’mahMohamad Akir

    MATLAMAT utama ASEAN adalah untuk mencapai satukomuniti yang aman dan makmur di mana ASEAN

    memainkan peranan utama dalam arkitektur serantauyang baru muncul dan menyumbang terhadap

    perkembangan sihat komuniti global, mesra rakyat,penyayang dan bertanggungjawab, dinamik dari segiekonomi, mampan dan berdaya tahan, mengekalkan

    keamanan, kestabilan dan keharmonian. Dengan RepublikKesatuan Myanmar mempengerusikan ASEAN sejak awal

    tahun ini ini diharap akan memberi nilai tambahterhadap objektif-objektif dan dinamik ASEAN.

  • HARI ISNIN, 1 JANUARI 2011HARI SABTU 10 MEI 2014 11AGAMA

    Perintah Kanun Hukuman JenayahSyar'iah mula dikuatkuasakanMARILAH kita meningkatkan ketaqwaankita kepada Allah Subhanahu Wata’aladengan penuh keyakinan dan keikhlasandengan melakukan segala suruhan-Nya danmeninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa danberiman serta selamat di dunia dan selamat diAkhirat.

    Alhamdulillah Kebawah Duli Yang MahaMulia Paduka Seri Baginda Sultan dan YangDi-Pertuan Negara Brunei Darussalam telahbertitah mengisytiharkan bahawa hari Khamis,1 Rejab 1435 Hijriah bersamaan 1 Mei 2014Masihi adalah tarikh bermulanya penguatkuasaanPerintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah 2013Fasa Pertama.

    Maka dengan penguatkuasaan ini, negara kitatelah mengulangi lagi sejarah perundangan Islamyang pernah diamalkan beberapa kurun terdahuludi negara ini. Semua itu adalah berkat keazamankita demi untuk mengangkat martabat agamaIslam di negara ini. Sesungguhnya AllahSubhanahu Wata’ala akan menolong kita jika kitamenegakkan agamanya. Pertolongan AllahSubhanahu Wata’ala itu sangat luas dan dalamberbagai bentuk ada cara yang mana kita sangatberhajat kepada-Nya. Allah Subhanahu Wata’alaberfirman dalam Surah Muhammad ayat 7:

    Tafsirnya : “Wahai orang-orang yangberiman! Jika kamu menolong (membela qgama)Allah nescaya Dia akan menolong kamumencapai kemenangan dan menegakkanpendirian kamu.”

    Sesungguhnya pelaksanaan undang-undanganini adalah salah satu sejarah besar dan satukemajuan kepada negara kita, bukannya sepertiyang didakwa oleh sesetengah pihak sebagaikolot atau berundur ke belakang. Undang-undangAllah adalah undang-undang yang sesuai disegala tempat dan zaman. Sesuai pada zamandahulu, sekarang dan akan datang sehingga harikiamat. Soalnya ialah mahu atau tidak, tepuk dadatanya hati nurani masing-masing. Kitamelaksanakan hukum Allah ini adalah untukmencari keredhaan Allah Subhanahu Wata’alasemata-mata dan bukan untuk mencari siapa yangsuka ataupun tidak.

    Apa yang penting kita sendiri selaku orangBrunei hendaklah bersatu tanpa mengira apa juasuku kaum dan pegangan. Kita juga hendaklahtaat setia tanpa berbelah bagi kepada pucukpimpinan negara.

    Kita wajib bersyukur ke hadrat AllahSubhanahu Wata’ala kerana mempunyai rajayang menitikberatkan prinsip ajaran Islam danhukum-hukum Allah dalam pembentukandasar pentadbiran, pengurusan dan undang-undang negara mengikut Ahli Sunnah WaljamaahMazhab Syafi’e.

    Baginda adalah raja dalam makna ulil amridalam berkerajaan dan bernegara. Kitadiwajibkan mentaati ulil amri sebagaimanafirman Allah Subhanahu Wata’ala dalam SurahAn Nisaa' ayat 59:

    Tafsirnya : “Wahai orang-orang yangberiman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlahkamu kepada Rasulullah dan kepada ulil amri(orang-orang yang berkuasa) dari kalangankamu.”

    Sebagai rakyat di negara ini, kita hendaklahmenguatkan jati diri dan keazaman kita denganbertawakal, bersabar, tabah dan berhemahwalaupun kita sedar ada pihak yang kurangsenang dengan pelaksanaan undang-udang ini dinegara kita. Kita tidak perlu hirau apa orang lainkata yang penting kita yakin bahawasesungguhnya kita berada di jalan yang benar dantidak sedikitpun menyusahkan orang lain.

    Undang-undang jenayah syariah itu adalahundang-undang yang datang langsung daripadaAllah Subhanahu Wata’ala untuk manusia. Olehitu sudah tentulah undang-undang Allah iniadalah undang-undang yang terbaik dan adil,bukan sahaja di sisi Allah tetapi juga dalampandangan dan pemikiran manusia yang waras

    dan beriman. Maka jika ada yang mengatakantidak baik, tidak sesuai dan tidak adil, bermaknasecara tidak langsung mereka itu mendakwasebagai mampu menggubal undang-undang yanglebih baik, lebih sesuai dan lebih adil daripadaundang-undang Allah? Dakwaan sedemikianhanya tin kosong belaka.

    Sebagai hamba yang dicipta oleh AllahSubhanahu Wata'ala sudah setentunya mustahiluntuk berbuat demikian, mustahil untuk menciptaatau menggubal undang-undang yang lebih baik,lebih sesuai dan lebih adil daripadaundang-undang Allah Subhanahu Wata’ala.Sedarlah wahai kaum muslimin, siapalah kita iniberbanding dengan Allah Subhanahu Wata’alapencipta diri kita dan alam yang luas ini. Kitahanyalah makhluk yang serba lemah dan serbakekurangan, berbanding Allah yang MahaPerkasa dan Maha Sempurna segalanya.Sememangnya tidak ada hak bagi kita untukmemilih selain daripada apa yang telahditentukan oleh Allah Subhanahu Wata’ala,sebagaimana firman-Nya dalam Surah Al Ahzabayat 36 :

    Tafsirnya : “Dan tidak boleh sama sekali bagiseseorang laki-laki dan perempuan yang berimanapabila Allah dan rasul-Nya menentapkansesuatu perintah bahawa mereka mempunyaipilihan yang lain dalam urusan mereka. Dansesiapa yang menderhakai Allah dan rasul-Nyamaka sesungguhnya dia telah sesat dengankesesatan yang nyata.”

    Perlu diingat bahawa keputusan untukmelaksanakan Perintah Kanun Hukuman JenayahSyariah ini bukanlah untuk suka-suka tetapiadalah atas dasar mematuhi perintah AllahSubhanahu Wata’ala yang termaktub dalamAl-Qur'an dan Al-Hadis. Allah SubhanahuWata’ala telah menyebutkan dengan jelas tentangakibat mengingkari perintah tersebut,sebagaimana firman-Nya dalam Surah AlMaa-'idah ayat 44:

    Tafsirnya : “Dan sesiapa yang tidakmenetapkan hukum mengikut apa yang telahditurunkan oleh Allah maka mereka itulahorang-orang yang kafir.”

    Undang-undang Allah akan menjaminkesejahteraan kehidupan manusia rohani danjasmani, secara individu, masyarakat dan negara.Kesejahteraan itu bukan sahaja untuk hidup didunia malah juga di akhirat. Cuba kita perhatikanbetapa agungnya undang-undang Allah ini yangmembawa keselamatan dan mengangkat martabatmanusia ke tempat yang terhormat dan muliadengan menjaga lima muqasad prinsip utamadalam Islam iaitu:

    Pertama : Menjaga agama, menjaga akidahorang-orang Islam supaya tidak terpesong dariakidah yang sebenar.

    Kedua : Menjaga nyawa termasuk menjagaanggota tubuh badan seseorang dari dimusnahkanatau dicederakan.

    Ketiga : Menjaga akal pemikiran manusia dariperkara-perkara yang merosakkan sepertimeminum minuman yang memabukkan.

    Keempat : Menjaga keturunan agar manusiaterhindar dari melakukan penzinaan supaya nasabketurunan, perwalian, perwarisan dan nama baikterpelihara.

    Kelima : Menjaga harta benda manusia daridicuri atau dirompak.

    Walaupun undang-undang jenayah syariah inipada zahirnya kelihatan keras dan kasar namunpada hakikatnya ia mengandungi kemaslahatandan jaminan kesejahteraan bagi manusia itusendiri, sebagaimana firman Allah SubhanahuWata’ala Surah Al Baqarah ayat 179:

    Tafsirnya : “Dan bagi kamu dalam hukumanqisas itu ada jaminan hidup wahai orang-orangyang mempunyai akal yang dapat memikir danmemahaminya supaya kamu bertaqwa.”

    Hukuman qisas walaupun kelihatanmenggerunkan namun ia menjamin keamanandan kesejahteraan masyarakat. Bila ia dijalankansecara adil dan saksama insya-Allah masyarakatakan menjalani kehidupan seharian dengan penuhketenangan, tanpa bimbang dan takut.Sebaliknya rata-rata kehidupan masyarakatharian ini banyak terjadi kecurian, rompakan,rogol, samun, pembunuhan, penagihan dadah,zina, judi, rasuah dan sebagainya telah menjadisuatu penyakit masyarakat yang merisaukan.Oleh itu kita penuh yakin dan percaya bahawaubatnya ialah pelaksanaan undang-udangsyariah.

    Sesungguhnya pelaksanaan hukum Allah initidak syak lagi akan mendatangkan kebajikan,keadilan, keamanan dan kesejahteraan hidupseluruh umat manusia. Itulah ganjaran yangdijanjikan oleh Allah Subhanahu Wata’ala. Iaakan meningkatkan lagi hubungan persaudaraandan kasih sayang sesama manusia dan akanmemadamkan segala rasa permusuhan dansengketa. Segala macam ancaman jenayahkepada masyarakat akan dapat diatasi. Segalabentuk gejala buruk moral dan sosial akan dapatdikurangkan malah dihapuskan. Apa yang palingpenting ialah dengan melaksanakannya itu kitatelah menunaikan kewajipan kita terhadap Allahyang akan melepaskan kita dari dituntut diakhirat.

    Sama-samalah kita berdoa semoga denganberkat kita menjalankan undang-undang AllahSubhanahu Wata’ala di negara ini akanmenjadikan negara kita bertambah aman danmakmur serta dikurniakan rezeki yang melimpahruah, dan tidak terseret ke dalam golonganorang-orang yang zalim yang dimurkai AllahSubhanahu Wata’ala. Amin Ya Rabbal'alamin.

    Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam SurahAl Maa-’idah ayat 45:

    Tafsirnya : “Dan sesiapa yang tidakmenetapkan hukum mengikut apa yang telahditurunkan oleh Allah maka mereka itulahorang-orang yang zalim.”

    UNDANG-UNDANG jenayahsyariah itu adalah

    undang-undang yang datanglangsung daripada

    Allah Subhanahu Wata’alauntuk manusia.

    Oleh itu sudah tentulahundang-undang Allah ini

    adalah undang-undang yangterbaik dan adil, bukan

    sahaja di sisi Allah tetapijuga dalam pandangan dan

    pemikiran manusia yangwaras dan beriman.Maka jika ada yang

    mengatakan tidak baik,tidak sesuai dan tidak adil,

    bermakna secara tidaklangsung mereka itu

    mendakwa sebagai mampumenggubal undang-undang

    yang lebih baik, lebih sesuaidan lebih adil daripadaundang-undang Allah?

    Dakwaan sedemikian hanyatin kosong belaka.

  • HARI ISNIN, 1 JANUARI 2011 HARI SABTU 10 MEI 201412 AGAMA

    (2) Mana-mana orang bukanIslam yang, dalam hal keadaanyang dinyatakan dalam ceraian(1), menggunakan mana-manaungkapan yang disenaraikan dalamBahagian II dari Jadual Kelima,kecuali sebagai petikan ataurujukan adalah melakukan suatukesalahan dan hendaklah jika sabitkesalahan dikenakan suatu dendatidak melebihi BND12,000,dihukum penjara selama suatutempoh tidak melebihi 3 tahun