1.0 PENGENALAN

3
1.0 PENGENALAN Sejak kebelakangan ini, istilah globalisasi sering disebut- sebut dan diwar-warkan oleh pelbagai pihak yang berpandangan jauh dan bersedia mengharungi arus globalisasi. Berdasarkan Kamus Dewan (2010), global bermaksud dunia seluruhnya. Manakala globalisasi pula bermaksud proses yang membolehkan sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dan sebagainya) disebarkan atau diperluaskan ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia dengan adanya kemudahan komunikasi. Selain itu globalisasi juga disebut sebagai dasar terbuka. Yusuf al-Qardhawi (2001) pula mentafsirkan, globalisasi sebagai mensosialisasikan pola atau sistem tertentu yang dimiliki oleh sesuatu negara. Menurut Syed Ismail dan Ahmad Subki (2010), globalisasi membawa maksud satu cara hidup dunia tanpa sempadan dan saling berkaitan antara satu sama lain. Selain itu, ia merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir dan gaya bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yang lain (Syed Ismail dan Ahmad Subki,2010). Cendekiawan barat pula mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan yang juga dikenali sebagai “dunia tanpa sempadan” (borderless world). Globalisasi juga disebut dengan pelbagai istilah seperti ‘kampung global’ atau ‘desa sejagat’ (global village) dan ‘dasar langit terbuka’ (open sky policy) merupakan suatu fenomena tatacara baru dalam mewujudkan ciri-ciri pensejagatan. Dunia mahu dijadikan suatu pentas kecil supaya mudah terjangkau dalam waktu yang singkat. Fenomena globalisasi ini berlaku di seluruh dunia dan memberi kesan kepada semua negara dalam pelbagai aspek kehidupan manusia sama ada ekonomi, politik, budaya dan pendidikan. 1

description

globalisasi dalam pendidikan

Transcript of 1.0 PENGENALAN

Page 1: 1.0 PENGENALAN

1.0 PENGENALAN

Sejak kebelakangan ini, istilah globalisasi sering disebut-sebut dan diwar-warkan

oleh pelbagai pihak yang berpandangan jauh dan bersedia mengharungi arus globalisasi.

Berdasarkan Kamus Dewan (2010), global bermaksud dunia seluruhnya. Manakala

globalisasi pula bermaksud proses yang membolehkan sesuatu aktiviti (ekonomi,

kebudayaan dan sebagainya) disebarkan atau diperluaskan ke peringkat antarabangsa atau

ke seluruh dunia dengan adanya kemudahan komunikasi. Selain itu globalisasi juga disebut

sebagai dasar terbuka. Yusuf al-Qardhawi (2001) pula mentafsirkan, globalisasi sebagai

mensosialisasikan pola atau sistem tertentu yang dimiliki oleh sesuatu negara.

Menurut Syed Ismail dan Ahmad Subki (2010), globalisasi membawa maksud satu

cara hidup dunia tanpa sempadan dan saling berkaitan antara satu sama lain. Selain itu, ia

merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir dan gaya bertindak dari satu

daerah dunia kepada daerah dunia yang lain (Syed Ismail dan Ahmad Subki,2010).

Cendekiawan barat pula mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang

serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan yang juga dikenali sebagai

“dunia tanpa sempadan” (borderless world). Globalisasi juga disebut dengan pelbagai

istilah seperti ‘kampung global’ atau ‘desa sejagat’ (global village) dan ‘dasar langit terbuka’

(open sky policy) merupakan suatu fenomena tatacara baru dalam mewujudkan ciri-ciri

pensejagatan. Dunia mahu dijadikan suatu pentas kecil supaya mudah terjangkau dalam

waktu yang singkat. Fenomena globalisasi ini berlaku di seluruh dunia dan memberi kesan

kepada semua negara dalam pelbagai aspek kehidupan manusia sama ada ekonomi,

politik, budaya dan pendidikan.

Proses globalisasi berlaku dalam tiga bentuk utama iaitu ekonomi, teknologi dan

ideologi. Proses ini di anggap sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan sesiapa yang tidak

turut serta akan ketinggalan. Ketiga-tiga bentuk ini saling berkaitan antara satu sama lain

dan mempunyai hubungan secara langsung dengan dunia pendidikan. Sebagaimana yang

dijelaskan oleh Mohd. Kamal Hassan (2003) iaitu:

“The phenomenon of globalization has transformed not only world trade,

communications and economics in the later part of the last century but is

having a profound impact on education at the beginning of this millennium”

1

Page 2: 1.0 PENGENALAN

2.0 GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

. Dalam era globalisasi ini, banyak cabaran yang harus ditempuhi. Globalisasi itu

sendiri merujuk kepada dunia tanpa sempadan. Didik bermaksud pelihara atau jaga dengan

hati-hati manakala pendidikan pula ditakrifkan sebagai perihal mendidik (Kamus Dewan,

2010). Menurut Mohd. Zohadie (2002), ilmu dan teknologi yang dimiliki pada hari ini akan

ketinggalan dan lapuk pada masa hadapan. Oleh yang demikian kita perlu mengemas kini

ilmu pengetahuan agar selari dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat supaya

menjadi manusia yang relevan kepada pembangunan dan kemajuan negara.

Jenis teknologi yang dinyatakan merujuk kepada komputer, CD ROM, alat

elektronik dan Internet. Manakala, pedagogi meliputi online learning, distance learning,face-

to-face, web-based learning, computer-aided instruction, individual learning, network

learning dan interactive learning. Merujuk contoh di atas, yang kerap dinyatakan ialah

penggunaan alat elektronik khususnya komputer dan alat komunikasi yang digunakan

secara off line atau online dalam mode jarak jauh atau bersemuka. Pada masa ini,

pembelajaran melalui alat mudah alih seperti telefon bimbit, laptop, Ipad dan lain-lain akan

menjadi peralatan utama untuk e-pembelajaran.

Globalisasi merubah struktur pendidikan yang bercorak rigid atau berpusat yang

menggunakan bahan konkrit semata-mata kepada pembelajaran kini menggunakan

pendekatan teknologi siber melalui Program Pembestarian ICT Sekolah. Penggunaan

perisian multimedia, Internet, dan e-mel secara inkuiri penemuan lebih memberansangkan

para pelajar. Perisian multimedia menggabungkan penggunaan visual, audio dan kesan

khas mampu memberikan gambaran pelajaran yang jelas walaupun dengan hanya

menggunakan teori.

Penggunaan internet pula menyaksikan lambakan maklumat yang boleh diperoleh

pelajar daripada jurnal, laman forum, ensiklopedia, dokumen, dan persembahan elektronik

dengan hanya menekan kata kunci untuk mencarinya. Semua maklumat berada di hujung

jari sahaja. Maklumat juga boleh dikongsi dengan menggunakan e-mel dengan kos yang

rendah. Oleh yang demikian, pelajar dapat menerokai sesuatu ilmu dengan lebih mendalam

dan berkesan dengan perubahan struktur pendidikan ini. Pelajar hari ini merupakan modal

insan yang akan memimpin negara pada masa hadapan. Oleh yang demikian, pelajar

harus mempunyai nilai kesedaran sendiri apabila memilih maklumat yang positif. Maklumat

yang positif akan meransang minda dengan pengetahuan manakala maklumat yang negatif

akan merosakkan pelajar dari segi sikap, nilai dan sosial pelajar tersebut. Hal ini akan

menghalang pelajar mempunyai minda kelas pertama dalam mengharungi cabaran

globalisasi.

2