1.0 Pengenalan - TCER.MY
Transcript of 1.0 Pengenalan - TCER.MY
1.0 Pengenalan
Rancangan Kesihatan Sekolah ( RKS ) telah dimulakan sejak tahun 1967
dengan tujuan utamanya untuk melahirkan pelajar-pelajar dan masyarakan sekolah
yang sihat dan produktif. Dalam tempoh dua puluh tahun RKS dijalankan, dunia secara
am dan Malaysia secara khusus telah mengalami banyak perubahan dari aspek
kesihatan dan tren penyakit. Sesuai dengan perubahan itu amat wajar RKS dikaji
semula untuk membentuk satu jentera pelaksanaan kesihatan sekolah yang lebih
komprehensif.Pada tahun 1996, Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) dengan
kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan projek " Health
Promoting School" ( HPS ) di enam buah negeri iaitu Johor, Kedah, Melaka, Sarawak,
Selangor dan Terengganu. Ini adalah berdasarkan konsep "HPS" yang diperkenalkan
oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) berteraskan Ottawa Charter. Persidangan
" HPS " yang telah diadakan pada bulan Disember 1996 di antara Kementerian
Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mencadangkan
supaya RKS sedia ada diberi nafas baru, dengan mewujudkan Program Bersepadu
Sekolah Sihat ( PBSS ) . Tujuan PBSS ialah untuk menyatupadukan dan menyelaras
semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah.
Berkaitan kesihatan, KPM telah mengeluarkan beberapa pekeliling ikhtisas, surat
siaran dan buku-buku panduan seperti Garis Panduan amalan kebersihan sekolah
1997, Panduan Melaksanakan PBSS, Buku Panduan PROSTAR dan Modul Latihan
PROSTAR, Garis Panduan Rancangan Makanan Tambahan, Garis Panduan Program
Susu Sekolah, dan Panduan Pengurusan Pendidikan Pencegahan Denggi di Sekolah
2005. Perkhidmatan kesihatan di bawah PBSS termasuklah menilai status kesihatan
murid, memberi khidmat rawatan dan rujukan, memberi bimbingan kaunseling, memberi
penjagaan rawatan/kecemasan, mencegah dan mengawal kejadian penyakit serta
mendiagnosis dan membantu penempatan kanak-kanak keperluan khas.
2.0 Rasional
Usaha ini diwujudakan berdasarkan beberapa rasional seperti berikut:-
2.1 Terdapat beberapa program kesihatan sekolah sedia ada yang perlu
diselaraskan di bawah satu program bersepadu .
2.2 Untuk mewujudkan satu sistem yang fleksibel , inovatif dan kreatif serta
menjurus kepada keperluan sekolah berlandaskan kepada keperluan
semasa.
2.3 Hasrat untuk mewujudkan satu program kesihatan yang mampu
melahirkan rasa kekitaan dan komitmen di kalangan warga sekolah.
2.4 Keperluan untuk mewujudkan satu program bersepadu yang
menghasilkan impak serta dapat dinilai keberkesanannya.
2.5 Satu usaha untuk meningkatkan kesefahaman dan
kerjasama diwujudkan antara sekolah dan masyarakat dalam
menangani isu kesihatan.
2.6 Satu usaha yang teratur dan berfokus ke arah amalan kesihatan perlu
dipraktikkan melalui program yang terancang dan bersepadu.
Berdasarkan pernyataan di atas PBSS perlu dirancang, dilaksanakan dan dinilai
di setiap sekolah.Ini adalah sejajar dengan hasrat dan wawasan negara untuk
melahirkan rakyat yang sihat, produktif dan berkualiti.
3.0 Matlamat.
Membentuk sikap dan perlakuan yangg positif terhadap kesihatan. Melahirkan
warga sekolah dan persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti ke arah
pencapaian wawasan negara.
4.0 Objektif.
Objektif Program Bersepadu Sekolah Sihat agar dapat:-
4.1 Menetapkan polisi atau dasar kesihatan sekolah.
4.2 Memelihara dan meningkatkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria,
selamat dan sihat.
4.3 Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan
cara hidup sihat.
4.4 Meningkatkan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkaitan dengan
kesihatan supaya setiap warga sekolah yang bertanggungjawab
terhadap penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat.
4.5 Meningkatkan kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam program
kesihatan sekolah.
4.6 Menyediakan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah bagi:-
4.6.1 Menilai taraf kesihatan murid
4.6.2 Memberi khidmat rawatan dan rujukan.
4.6.3 Menggalakkan bimbingan dan kaunseling berdasarkan keperluan
dan masalah kesihatan murid.
4.6.4 Memberi penjagaan/rawatan kecemasan terhadap penyakit-
penyakit di sekolah.
4.6.5 Mencegah dan mengawal kejadian penyakit.
4.6.6 Mengenalpasti, merujuk dan membantu penempatan kanak-kanak
kurang upaya.
Bagi mencapai matlamat dan objektif Program Bersepadu Sekolah Sihat, pihak sekolah
menjalankan beberapa program kesihatan di sekolah. Gambarajah menunjukkan
beberapa program kesihatan yang dijalankan di sekolah.
RMT
Program Pro. Susu
3K sekolah
PBSS
Perkhidmatan
Perkhidmatan
kesihatan
pergigian
sekolah
Sekolah Sekolah
kawasan
bebas
larangan
denggi
merokok
Gambarajah 1: Program Kesihatan yang dijalankan di sekolah.
Program Kesihatan / Tujuan Gambar
Rancangan Makanan Tambahan
Tujuan: memberi makanan percuma
murid-murid sekolah rendah terutama luar
bandar dan golongan berpendapatan
rendah.
Pihak yang terlibat:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Program Susu Sekolah
Tujuan: menggalakkan tabiat minum susu
di kalangan murid-murid dari peringkat
awal.
Pihak yang terlibat:
Kementerian Pendidikan Malaysia
Syarikat pengeluar susu tempatan.
Perkhidmatan Pergigian
Tujuan: mencapai kesihatan mulut bertaraf
”dentally fit” dalam kalangan murid-murid
supaya dapat menyumbang kepada
kesihatan keseluruhan
Pihak tang terlibat:
Bahagian Pergigian, Kementeriann
Kesihatan.
Sekolah Bebas denggi
Tujuan: membentuk murid sebagai agen
perubahan yang berkesan dan mencegah
dan mengawal kejadian penyakit denggi.
Pihak yang terlibat:
Kementerian Kesihatan
Kementerian Pendidikan
Sekolah Kawasan larangan Merokok
Tujuan: menjadikan sekolah sebagai
kawasan larangan merokok.
Program Kesihatan Sekolah
Tujuan: meningkatkan pengetahuan
mengenai amalan kesihatan diri,
menggalakkan amalan cara hidup sihat
dan memastikan persekitaranm sekolah
yang bersih, ceria, selamat dan sihat.
Jadual 1: Program yang dijalankan disekolah dan tujuannya.
5.0 Kepentingan kesihatan sekolah dalam konteks
Program Kesihatan Sekolah (RKS) meliputi semua kegiatan dan pengalaman yang
direka untuk mempertahankan , mengalakkan dan menjaga kesihatan optima murid-murid dan
kegiatan sekolah , untuk mengalakkan keadaan hidup sihat di sekolah dan untuk membina
pengetahuan , sikap dan kebiasaan yang diingini mengenai kesihatan . Kesihatan adalah
disasarkan kepada tiga kelompok masyarakat iaitu individu , keluarga dan komuniti.
Kerjasama di antara masyarat (individu,keluarga dan komuniti) dan sekolah
mengalakkan penglibatan masyarakat dan sekolah dalam semua aktiviti kesihatan , melalui
PIBG, JKKK, Persatuan-persatuan , Jabatan-jabatan Kerajaan dan Bukan Kerajaan.Kerjasama
tersebut membolehkan beberapa tindakan yang berfaedah seperti berikut :
a) Pemeliharaan b) Struktur Fizikal c) Kerjasama di antara
Persekitaran Masyarakat dan sekolah
1) Kawalan pembiakan 1) Lokasi yang sesuai masyakarat boleh sumbangkan
vektor 2) Bangunan yang selamat. kepada sekolah kerjasama
2) Pembuangan sampah 3) Pengudaraan yang meliputi :-
dan saliran air limpah sempurna
yang sempurna 4) Pencahayaan yang cukup
3) Kawasan yang 5) Kemudahan bilik darjah
1) Penyediaan tandas yang
cantik,bersih,selesa dan
dan asrama yang
mencukupi untuk murid-
selamat
mencukupi, peralatan
murid dan kakitangan
yang sesuai ,menyediakan
2) Kemudahan bekalan air
bilik rawatan yang sesuai.
yang selamat
dan
mencukupi.
3) Keadaan kantin yang
bersih dan selamat di
samping pengendalian
makanan yang sempurna
Jadual 1 : Tindakan dengan kerjasama masyarakat
Enam teras utama PBSS
Terdapat eman teras utama yang digariskan untuk mewujudkan satu pendekatan bersepadu di
antara sektor awam , sektor swasta dan masyarakat ke arah melahirkan sekolah sihat.
Gambarajah 2 menunjukkan teras utama PBSS.
Polisi
Kesihatan
Sekolah
Kemahiran Persekitaran
Kesihatan Fizikal
Diri Sekolah
PBSS
Perkidmatan Persekitaran
Kesihatan Sosial
Sekolah Sekolah
Penglibatan
Komuniti
Gambarajah 1 : Enam teras utama PBSS
5.1 Polisi Kesihatan Sekolah
Polisi kesihatan sekolah ialah pernyataan yang menentukan tindakan dan keperluan sumber
bagi mempromosikan kesihatan. Polisi ini berfungsi sebagai :
a) Menyediakan piagam sekolah sebagai panduan kepada warga sekolah danmasyarakat
luar.
b) Merancang dan mengawasi pelaksanaan polisi kesihatan.
Beberapa polisi yang boleh dibentuk oleh sesebuah sekolah yang berkaitan dan
bersesuaian dengan keperluan sekolah. Gambarajah 2 menunjukkan beberapa polisi yang
dibentuk di sekolah.
Polisi kawalan
Polisi
penyakit
Polisi
keselamatan persekitaran
sekolah fizikal sekolah
Polisi Polisi
pertolongan persekitaran
cemas sosial sekolah
Polisi Polisi Polisi
keselamatan
kantin sekolah sekolah pendidikan
makanan di
kesihatan
Gambarajah 2: Polisi yang dibentuk di sekolah.
5.2 Persekitaran Fizikal Sekolah
Persekitaran fizikal sekolah yang sihat dan selamat ialah keadaan sekolah yang mempunyai
kemudahan asas dan fizikal yang sentiasa bersih, ceria, selamat dan sihat . Persekitaran
tersebut berfungsi untuk:
a) Mewujudkan persekitaran fizikal yang bersih dan selamat
b) Mewujudkan persekitaran yang bebas daripada risiko jangkitan penyakit.
c) Memastikan semua kemudahan asas di sekolah mencukupi dan sentiasa dalam
keadaan bersih , ceria , selamat , dan sihat yang merangkumi :
i. Bangunan sekolah
ii. Bilik darjah
iii. Tandas
iv. Bekalan air
v. Telefon
vi. Kebun/landskap
vii. Makmal
viii. Kantin
ix. Asrama
x. Klinik
xi. Dewan
xii. Tempat letak kereta
xiii. Pagar
xiv. Perparitan
xv. Sistem pembangunan sisa pepejal
xvi. Pili bomba dan
xvii. Padang permainan
Bagi memastikan persekitaran fizikal sekolah yang sempurna beberapa perkara perlu diambil
kira, iaitu:
1) Persekitaran yang bersih dan selamat bagi menggalakkan amalan kesihatan,
mengurangkan risiko jangkitan penyakit-penyakit dan kejadian kemalangan di sekolah.
2) Kebersihan kantin , dapur asrama dan dewan makan sekolah sentiasa
bersih , selamat dan mematuhi peraturan-peraturan kesihatan yang terdapat
dalam ’’ Garis Panduan Kantin Sekolah’’ dan ’’ Pekeliling Pembangunan
dan bekalan Bil.2/1994 (pengendalian Asrama)’’.
3) Memastikan pengalaman , penyediaan dan pengambilan makanan berkhasiat
dan bermutu oleh warga sekolah selaras dengan dasar pemakanan
Kementerian Kesihatan Malaysia semasa.
4) Mewujudkan kawasan sekolah sebagai kawasan bebas asap rokok dan
Pengetua , Guru Besar atau guru diberikan kuasa untuk mengkompaun di
bawah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau1993.
5) Memastikan sekolah bebas dari pembiakan nyamuk Aedes mengikut
’’ Buku Panduan Program Bebas Denggi di Sekolah 1994 ’’.
6) Memastikan persekitaran sekolah bebas dari pencemaran udara , air dan
bunyi bising.
Pemantaun dan penilaian
Petunjuk-petunjuk yang diambil kira ialah ;
1) Peratus sekolah mempunyai ’rating’> 70% untuk 3K (keceriaan,keindahan
dan keselamatan ).
2) Peratus sekolah melaksanakan program bebas denggi di sekolah.
3) Peratus sekolah mencapai >75% ’rating’ premis makanan .
4) Peratus sekolah mencapai 75% ’rating’ premis makanan.
5) Peratus sekolah mematuhi 100% peraturan larangan merokok.
6) Peratus sekolah bebas daripada kemalangan di sekolah.
5.3 Persekitaran Sosial Sekolah
Persekitaran sosial yang sihat dan selamat ialah persekitaran yang boleh membentuk sikap
dan amalan ke arah membina sahsiah warga sekolah yang murni dapat mengatasi segala
cabaran sama ada cabaran mental atau fizikal. Persekitaran sosial sekolah yang baik berupaya
menyediakan beberapa perkara iaitu:
1) Menyediakan persekitaran yang kondusif untuk perkembangan mental
yang sihat dan mengurangkan tekanan (stress) di kalangan warga sekolah.
2) Menyediakan persekitraran sosial yang sihat untuk perkembangan yang
seimbang dari segi jasmani , emosi , rohani, dan intelek warga sekolah.
Persekitaran sosial yang sihat dan selamat boleh membantu membentuk pelajar yang
seimbang dari kesihatan mental dan fizikal . Beberapa aktiviti boleh dilaksanakan bagi
merealisasikan matlamat tersebut . Aktiviti-aktiviti yang dijalankan perlu berupaya :
1) Membina ketahanan mental dan keyakinan diri warga sekolah
melalui penghayatan agama dan nilai-nilai murni.
2) Mewujudkan pelbagai aktiviti untuk mengurangkan tekanan (stress) dalam
kalangan warga sekolah seperti kegiatan Pembimbing Rakan Sebaya , rekreasi , hobi,
”punching bag’’, sudut pidato dan papan conteng.
3) Memberi perkhidmatan kaunseling terhadap kes-kes yang memerlukan.
4) Melaksanakan amalan cara hidup sihat pada setiap masa.
5) Menangani kes-kes disiplin warga sekolah mengikut peruntukan
Peraturan peraturan Disiplin yang sedia ada.
6) Menggalakkan pembentukan sahsiah yang murni melalui proses pengajaran
dan pembelajaran , Kem Motivasi , Kem Bina Semangat , Kem Ibadat ,
Kursus Kepimpinan, Rakan Muda , PROSTAR dan lain-lain aktiviti yang
bersesuaian.
7) Memberi bantuan/sokongan moral , khidmat nasihat dan sokongan kewangan
seperti Biasiswa , Tabung Kebajikan dan Insurans Takaful.
Pemantauan dan Penilaian
Indikator-indikator:
1) Peratus sekolah bebas daripada penggunaan dadah
2) Peratus sekolah bebas dari kes jenayah
3) Peratus sekolah menjalankan program PROSTAR
4) Peratus sekolah menjalankan aktiviti khidmat nasihat/ kaunseling / anti stress.
5.4 Penglibatan Komuniti
Penglibatan komuniti adalah suatu bentuk kerjasama di antara warga sekolah, ibubapa
serta masyarakat yang menyokong dan meningkatkan tahap kesihatan warga sekolah.
Penglibatkan tersebut berfungsi seperti berikut:
1) Penglibatan aktif dalam aktiviti kesihatan
2) Melibatan diri dalam bentuk tenaga kepakaran /bahan /kewanagan.
3) Memberi dorongan dan sokongan moral kepada murid.
4) Menjadi ’role model ’ amalan cara hidup sihat.
Untuk mencapai matlamat PBSS , beberapa aktiviti boleh dijalankan untuk memenuhi
fungsi penglibatan komuniti. Gambarajah 3 menunjukkan aktitivi yang dijalankan di sekolah
dengan kerjasama komuniti.
PROSTAR (Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja)
0 Aktiviti meningkatkan pengetahuan dan kesedaran komuniti dan warga sekolah tentang bahaya , cara pencegahan dan kawalan AIDS di samping menanam sikap positif dan prihatin gejala sosial terutama gelaja seks bebas dan penagihan dadah.
Gambar 1: Aktiviti perkhemahan di bawah Program PROSTAR
Anti merokok.
0 Aktiviti promosi anti merokok dan penguatkuasaan di sekolah sebagai kawasan larangan merokok melibatkan warga sekolah dan komuniti.
Gambar 2: Kempen dan pameran anti merokok di sekolah.
Sekolah bebas denggi.
0 Aktiviti meningkatkan kefahaman , kesedaran dan kemahiran dalam mencegah dan mengawal demam denggi yang melibatkan
warga sekolah dan komuniti.
Gambar 3; Aktiviti gotong royong di bawah program sekolah bebas denggi.
Kempen cara hidup sihat
0 Mengadakan aktiviti-aktiviti kempen cara hidup sihat mengikut tema tahunan.
Gambar 4: Aktiviti dan kempen cara hidup sihat yang dijalankan di sekolah.
program kantin sihat
0 Merancang , melaksana dan mengawasi penyediaan, pemprosesan, hidangan dan penjualan makanan sihat di kantin sekolah oleh warga sekolah dan komuniti.
Gambar 5: Kempen kantin sihat.
Sekolah bersih
• Mempertingkatkan dan mempromosikan kebersihan dan keceriaan sekolah.
Gambar 6: Akvitivi gotong-royong dan kitar semula yang dijalankan di sekolah.
Bebas dadah
• Melaksanakan Program Sijil Lencana Anti-Dadah , aktiviti peningkatan kesedaran pelajar akan bahaya penyalahgunaan dadah serta langkah pencegahan dan pengawalan.
Gambar 7: Ceramah Agenti Anti Dadah Kebangsaan di sekolah
Keselamatan
• Melibatkan warga sekolah dan komuniti dalam aktiviti mempertingkatkan keselamatan murid.
Gambar 8: Demonstrasi kebakaran yang dijalankan di sekolah
Rekreasi
• Melaksanakan program rekreasi bersama komuniti dan warga sekolah.
Gambar : Aktiviti rekreasi seperti rakit, kayak, perkhemahan yang dijalankan
oleh pihak sekolah.
Agama dan kerohanian.
• Melibatkan diri secara aktif dalam penerapan nilai agama,moral,dan kerohanian
Gambar 10: Slot moral dan ceramah agama yang dijalankan disekolah.
Kekeluargaan
•Penglibatan komuniti dan warga sekolah dalam aktiviti
Gambar 11: Aktiviti hari keluarga yang diadakan di sekolah rendah.
Program Doktor Muda
0 Program yang mempromosikan kasihatan di kalangan murid sekolah rendah.
0 kelolaan bersama Bahagian Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Gambar 12: Aktiviti Kelab Doktor Muda di sekolah.
5.5 Kemahiran kesihatan diri
Merupakan suatu usaha untuk membentuk sikap yang positif ke arah amalan cara hidup dalam
kalangan warga sekolah. Kemahiran tersebut penting bagi mengadakan pembelajaran dan
pengajaran yang formal dan tidak formal dalam mengendalikan kesihatan fizikal , mental ,
rohani , dan sosial serta alam sekeliling ke arah amalan cara hidup yang sihat.
Beberapa aktiviti kemahiran Kesihatan Diri boleh dijalankan,samaada melalui pendidikan formal
dan tidak formal di sekolah. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti berikut:
i. Kesihatan fizikal
a) Kebersihan diri
1) Murid –murid mestilah diajar tentang kebersihan diri yang ditetapkan di
dalam kurikulum sekolah.
2) Sekolah perlu memastikan setiap murid mengamalkan kebersihan diri setiap
masa melalui kaedah pemeriksaan oleh guru , latihan amali dan demontrasi
3) Murid perlu bertanggungjawab terhadap kebersihan diri sepanjang masa
seperti berpakaian kemas dan bersih,rambut kemas dan bersih , kuku
pendek dan bersih serta gigi dan mulut/hidung yang bersih.
Gambar menunjukkan pemeriksaan yang dijalankan oleh guru demi menjaga
kebersihan murid di sekolah.
b) Kesihatan Pergigian
1) Sekolah perlu memastikan supaya aktiviti kesihatan pergigian diajar
dan diamalkan di sekolah.
2) Sekolah perlu mengadakan kemudahan untuk latihan amali kebersihan gigi.
Gambar menunjukkan latihan amali yang dijalankan di sekolah
c) Senaman dan kecergasan
1) Sekolah perlu memperuntukan sekurang-kurangnya dua masa
pelajaran dalam seminggu untuk senaman dan kecergasan.
2) Sekolah perlu mengadakan kemudahan dan peralatan untuk senaman dan
kecergasan
3) Murid dikehendaki melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti senaman dan
kecergasan.
Gambar menunjukkan aktiviti senamrobik yang dijalankan di sekolah.
melalui kurikulum dan lain-lain aktiviti yang tidak formal.
2) Sekolah perlu memastikan makanan yang dijual di kantin sekolah
adalah bersih, selamat dan berzat
3) Murid mestilah digalakkan untuk memilih makanan yang berzat , bersih
dan selamat.
e) Anatomi dan fisiologi tubuh badan
1) Guru dan murid perlu diberi pengetahuan asas mengenai struktur dan fungsi tubuh badan
melalui pendidikan formal.
2) Guru dan murid perlu didedahkan kepada pengetahuan tentang perkembangan dan
pertumbuhan fizikal.
3) Guru dan murid perlu didedahkan kepada masalah yang berkaitan dengan perkembangan
dan pertumbuhan fizikal.
Gambar menunjukkan pameran tentang anatomi dan fisiologi tubuh badan.
f) Pertolongan cemas
1) Sekolah perlu melatih guru dan warga sekolah berkaitan pertolongan cemas.
2) Sekolah perlu menyediakan sekurang-kurangnya satu peti kecemasan dalam setiap bilik
darjah.
3) Murid perlu mempelajari kaedah pertolongan cemas.
Gambar menunjukkan aktiviti pertolongan cemas yang dijalankan oleh pelajar sekolah.
ii. Kesihatan mental dan sosial
a) Perkembangan mental dan sosial
1) Guru dan murid perlu didedahkan kepada pengetahuan
mengenai perkembangan mental dan sosial yang normal.
b) Tekanan rakan sebaya dan keluarga
1) Murid perlu diberi kemahiran untuk menangani masalah berkaitan
dengan rakan sebaya dan keluarga.
2) Guru hendaklah didedahkan kepada cara-cara mengenal pasti
masalah kesihatan mental dan sosial dalam kalangan murid.
3) Sekolah perlu menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
kepada warga sekolah.
Pemantauan dan penilaian
Pemantauan dan penilaian Pendidikan Kesihatan Sekolah meliputi aspek-aspek berikut:
a) Pendidikan kesihatan formal
1) Ujian bertulis selepas topik / penggal / tahunan
2) Ujian lisan selepas setiap topik / penggal / tahunan
3) Kajian semula Kurikulum Sekolah yang Formal
4) Skor tingkah laku berkala
5) Laporan untuk setiap projek
6) Senarai semak setiap penyeliaan berkala yang dijalankan
b) Pendidikan Kesihatan Tidak Formal
i. Laporan Tahunan Oleh:
1) Jawatankuasa kesihatan sekolah
2) Kelab kesihatan sekolah
3) Biro kesihatan
ii. Senarai semak bagi pemeriksaan fizikal dan persekitaran sekolah.
iii. Skor pemeriksaan kesihatan diri.
iv. Hadiah dan penghargaan bagi setiap aktiviti promosi kesihatan di sekolah iaitu pertandingan
kesihatan,kuiz kesihatan dan pameran kesihatan.
v. Skor tingkahlaku selepas kaunseling.
5.6 Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
Perkhidmatan kesihatan sekolah merangkumi promosi kesihatan dan pemakanan , penjagaan
kesihatan , rawatan , rujukan serta penempatan di dalam kelas khas yang diberi oleh doktor
perubatan dan pergigian, kakitangan kejururawatan dan guru-guru untuk pencapaian kesihatan
optimum warga sekolah. Perkhidmatan kesihatan sekolah berperanan untuk:
1) Memaklumkan guru dan ibu bapa mengenai tahap kesihatan murid bagi membolehkan
rawatan lanjut dan tindakan susulan bagi kes tertentu.
2) Membina kefahaman dan kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan kesihatan
optimum dan amalan cara hidup sihat.
3) Rancangan khas seperti rancangan makanan tambahan dan program susu sekolah kepada
murid dilaksanakan dengan sempurna.
4) Menyediakan khidmat pertolongan cemas dan rujukan kepada warga sekolah .
5) Mengesan masalah kesihatan,merawat dan merujuk kes yang memerlukan perhatian serta
tindakan lanjut.
6) Menyediakan pemantauan dan penilaian ke atas aktiviti-aktiviti kesihatan sekolah.
7) Mencegah dan mengawal kejadian penyakit.
Aktiviti –aktiviti Perkhidmatan kesihatan sekolah adalah:
1) Penilaian Status Kesihatan
2) Rujukan dan Tindakan Susulan
3) Khidmat Kaunseling
4) Pemakanan
5) Pergigian
6) Pertolongan cemas
7) Pendidikan Kesihatan
8) Kanak-kanak dengan Keperluan Khas
Pemantauan dan Penilaian
a) Pemeriksaan Status Kesihatan
1) Peratus murid yang diperiksa oleh jururawat dan doktor.
2) Kadar pengesanan cacat penglihatan.
3) Liputan imunisasi
4) Kadar kejadian penyakit
b) Rujukan dan Tindakan Susulan
1) Bilangan kes dirujuk
2) Bilangan kes keciciran daripada kes rujukan
c) Pemeriksaan Status Pemakanan
d) Pemeriksaan Status Kesihatan Pergigian
1) Peratus murid dengan tahap kebersihan gigi yang optima.
2) Peratus murid yang diberi rawatan sehingga tahap ” demofitness”
e) Pertolongan Cemas
1) Bilangan dan peratus peti pertolongan cemas yang lengkap
6.0 Surat- surat pekeliling
Surat pekeliling merupakan satu Warta Kerajaan yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia yang diedarkan dari semasa ke semasa.Merupakan
satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan satu tugasan dan
perkhidmatan.Surat tersebut juga merupakan satu punca kuasa yang perlu dipatuhi
oleh penjawat awam. Terdapat beberapa tujuan untuk mewartakan surat pekeliling
tersebut. Antaranya ialah surat pekeliling adalah merupakan satu peringatan dan tindak
awal atau langkah keselamatan. Ia juga sebagai langkah kawalan dan pencegahan bagi
tujuan penjimatan dan salah guna.
Tujuan SPI diwartakan sebagai satu peraturan dan perlindungan dan juga
merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan
perkhidmatan. Sasaran surat pekeliling tertumpu kepada pelajar, guru, pentadbir(
sekolah, PPD, JPN), ibu bapa dan agensi luar ( NGO & GO). Surat pekeliling
diwartakan untuk setiap perkara mahupun program yang dijalankan di sekolah.
Program kesihatan sekolah juga mempunyai surat pekeliling yang khas. Dalam surat
pekeliling tidak dinyatakan khusus tentang program kesihatan sekolah malah ia
merangkumi segala tentang kesihatan murid di sekolah.
i. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/ 1998 – Menjaga kesihatan pelajar di
sekolah.
Kandungan surat pekeliling tersebut adalah menyatakan tentang lapan langkah untuk
menjaga kesihatan pelajar di sekolah untuk mewujudkan sekolah sihat iaitu sesuai
dengan konsep dan matlamat Program Bersepadu Sekolah Sihat.
ii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2003 – Inisiatif meningkatkan keselamatan
kesihatan dan keceriaan Sekolah ( 3K ) .
Kandungannya adalah seperti berikut iaitu dikeluarkan dengan tujuan untuk
memaklumkan bahawa mulai tahun 2004, hanya terdapat satu program sahaja yang
dikenali sebagai Inisiatif Meningkatakan Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan
Sekolah ( 3K). Di bawah proram ini terdapat tiga program berasingan iaitu Program
Sekolah Selamat, Program Kesihatan dan Kebersihan dan Program Keceriaan
danKeindahan Sekolah. Pihak berkuasa mengambil berat tentang kesihatan pelajar
sekolah bagi memastikan mereka mencapai tahap kesihatan yang optimum.
iii. Surat Pekeliling ikhtisas Bil. 6 /1998 - Menjaga Kesihatan Pelajar Di
Sekolah.(Bertarikh 31 Mac 1998)
Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memberikan perhatian berat
terhadap kepentingan kesihatan dan keselamatan pelajar.Usaha-usaha untuk
melindung, menjaga dan memelihara kesihatan dan keselamatan pelajar hendaklah
diberi keutamaan.Surat Pekeliling lkhtisas ini bertujuan untuk mengingatkan semua
JabatanPendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian dan sekolah supaya
proaktif danprihatin terhadap aspek-aspek kesihatan pelajar, khususnya yang ada
kaitan denganperkembangan kesihatan rohani, emosi dan sosial mereka.
Sedutan Surat Pekeliling ikhtisas Bil. 6/ 1998
4. Antara tindakan-tindakan yang digerakkan dengan segera adalah:
4.1 Elakkan aktiviti yang boleh mendedahkan pelajar, untuk jangka masa yang
lama, kepada keadaan cuaca yang boleh menjejaskan kesihatan mereka,
seperti jerebu dan cuaca panas.
4.2 Pastikan premis dan persekitaran sekolah , termasuk asrama dan kantin
,sentiasa dalam keadaan bersih, selesa dan selamat, supaya pelajar tidak
dijangkiti penyakit.
4.3 Melaporkan semua kes penyakit berjangkit kepada Pejabat Kesihatan
yang berhampiran dan tidak membenarkan pelajar yang disahkan
menghidapi penyakit berjangkit hadir ke sekolah untuk suatu tempoh yang
difikirkan wajar.
4.4 Mengawal selia penyediaan dan penjualan makanan di kantin dan asrama
supaya kejadian keracunan makanan di sekolah dapat dielakkan.
4.5 Mengawasi secara berterusan penjualan makanan di kantin, supaya
makanan untuk pelajar mencukupi, harga jualan dipatuhi seperti dalam
perianjian, dan sesuai dengan kemampuan perbelanjaan harian pelajar
4.6 Menangani masalah disiplin pelajar dengan mewujudkan persekitaran
sosial sekolah yang dapat membantu perkembangan emosi, rohani dan
sosial yang sihat.
4.7 Menggalakkan penyertaan dan kerjasama ibu bapa, komuniti setempat
serta agensi - agensi kesihatan dalam mewujudkan sekolah sihat sesuai
dengan konsep dan matlamat Program Bersepadu Sekolah Sihat yang
telah dilancarkan oleh Y.B. Menteri Pendidikan Malaysia pada tahun 1997.
4.8 Melaksanakan saranan dan cadangan yang terkandung dalam surat-surat
siaran, pekeliling-pekeliling ikhtisas dan buku-buku panduan yang
disediakan dan disiarkan dari semasa ke semasa.
iv. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1983- Garis Panduan Kempen Anti Merokok.
(Bertarikh 25hb Februari, 1983)
Semua guru-guru- dan kakitangan sekolah mempunyai peranan dalam
menunjukkan contoh dan tauladan yang baik kepada murid-murid. Mereka mempunyai
tanggungjawab dalam mencegah pelajar dari amalan merokok kerana ia boleh
merosakka n kesihatan. Sekolah perlu mengambil beberapa langkah untuk menyajakan
kempen anti merokok.
Sedutan
4. Berikut adalah garis panduan bagi menjayakan kempen ini.
4.1 Guru-guru dan kakitangan sekolah
Menghisap rokok di kawasan sekolah dan dalam mesyuarat-mesyurat/ majlis-
majlis rasmi di sekolah adalah dilarang kecuali di;-
4.1.1 bilik guru / bilik rehat bagi guru-guru(apabila di bilik ini diadakan mesyuarat
rasmi atau diadakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran maka merokok
adalah dilarang).
4.1.2 bilik pekerja atau di tempat-tempat yang terselindung dari pandangan
murid-murid bagi kakitangan-kakitangan sekolah; dan
4.1.3 bilik pekerja kantin bagi pekerja-pekerja kantin. Mereka juga dilarang
merokok semasa bertugas.
4.2 Penyimpanan dan Penjualan Rokok di Kantin sekolah
Menyimpan dan menjual rokok serta memaparkan iklan-iklan rokok di kantin
adalah dilarang.
v. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1982 – Kempen anti denggi di sekolah-
sekolah.
Demam denggi adalah satu jenis penyakit yang merbahaya yang kian menular
di nagara kita.Semua pihak dikehendaki memainkan peranan masing-masing dalam
usaha pencegahan dan pengawalan penyakit tersebut.
Sedutan
3. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian dan tindakan:
a) Membersihkan kawasan-kawasan Sekolah, Asrama dan Persekitarannya.
b) Membunuh Nyamuk Aedes dan Mencegah Pembiakannya
c) Menegaskan usaha-usaha pendidikan mengenai Penyakit Denggi sama ada
secara formal atau tidak.
d) Menggalakkan penyertaan dan penglibatan masyarakat serta bekerjasama dengan
agensi-agensi lain bagi usaha pencegahan dan pengawalan penyakit ini.
vi. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/ 1981 – Kebersihan di sekolah- sekolah.
(bertarikh 16hb September 1981)
Sedutan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/ 1981
Guru-guru besar perlu diingatkan bahawa kebersihan sekolah adalah perlu
dititikberatkan setiap waktu. Kementerian Pelajaran melalui surat pekeliling ini
menegaskan bahawa tindakan positif hendaklah di ambil ole tiap-tiap Guru Besar
menentukan kebersihan sekolah dan kawasannya.Bukan hanya bangunan dan
perkarangan sekolah mesti berada dalam keadaan bersih setiap masa, tetapi adalah
menjadi tanggungjawab Guru Besar menentukan bahawa semua bilik darjah termasuk
pejabat sekolah, bilik setor dan lain-lain.
vii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/ 1997 – Sekolah Sebagai Kawasan
Larangan Merokok.Bertarikh 22 Mei 1997
Sedutan.
Dimaklumkan bahawa suatu ketetapan telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan untuk
menjadikan bangunan dan kawasan sekolah sebagai KAWASAN LARANGAN
MEROKOK mengikut peruntukkan peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau,
1993.
Berikutan dengan surat pekeliling ini, semua guru, kakitangan, ibu bapa atau mana-
mana individu yang berurusan dengan sekolah dilarang merokok di kawasan sekolah.
viii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1995- keracunan makanan di sekolah-
sekolah.
Punca masalah keracunan makanan seringkali wujud disebabkan makanan yang dijual
di kantin sekolah, program- program makanan seperti rancangan makanan tambahan
dan program susu.
SedutanSurat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1995
2. Antara langkah-langkah yang boleh diambil adalah seperti berikut:
a) Pastikanpekerjaatau pengendali makanan sentiasa mengamalkan kebersihan diri
setiap masa sama ada semasa menyedia, memasak ataupun menghidang
makanan
b) Pastikan alat-alat ataupun perkakas-perkakas yang digunakan, seperti pinggan
mangkuk sentiasa dalam keadaan bersih.
c) Pastikan bangunan dan semua kemudahan seperti tempat meneyedia
dan menghidang makanan di dalam keadaan bersih dan kemas.
d) Pastikan pekerja atau pengendali makanan mengamalkan amalan-amalan yang
baik seperti menjaga tubuh badan dan sentiasa dalam keadaan bersih dan
kemas.
2.1 Pihak sekolah juga diminta untuk:
a) Menggalakkan seboleh-bolehnya pengusaha/pengendali makanan,memasak
makanan di dalam kawasan sekolah.
b) Mempastikan makanan yang disediakan tidak dimasak terlalu awal sehingga
semalaman, terutama makanan-makanan yang bersantan
c) Menubuhkna jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat sekolah bagi menyelia
dan mengadakan pemeriksaan harian.
d) Mengadakan kempen kesedaran mengenai kebersihan makanan
dan kebersihan premis makanan.
e) Bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan bagi usaha-usaha peningkatan dan
penggalakkan kebersihan dan kesihatan.
3. Untuk maklumat pihak sekolah, di antara tanda-tanda dan symptom keracunan
makanan adalah seperti berikut:
Rasa loya, muntah, sakit perut dan cirit-birit, rasa letih, kejang otot,
sakit kepala dan pening.
4. Ambil tindakan berikut apabila mengesyaki pelajar-pelajar mengalami masalah
keracunan makanan.
a) Laporkan dan bawa murid yang disyaki ke klinik/ hospital yang paling hampir.
b) Laporkan ke PPD/JPN
c) Maklumkan dan hubungi ibu bapa murid yang terlibat.
d) Sediakan laporan awal tentang kejadian tersebut dan hantarkan satu salinan ke
JPN dan Kementerian Pendidikan.
e) Elakkan daripada membuat sebarang kenyataan akhbar.
ix. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1997- Amalan Kebersihan di
Sekolah.(Bertarikh 9hb Julai 1997)
Surat pekeliling ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memperingatkan pihak
sekolah mengambil tindakan ke atas perkara-perkara berikut iaitu, mewujudkan iklim
sekolah yang menekankan aspek kebersihan pada setiap masa, menyediakan panduan
kebersihan bagi sekolah.Melibatkan penyertaan semua warga sekolah dalam program
meningkatkan kebersihan di sekolah. Pihak sekolah mengambil inisiatif bagi
memastikan sekolah mereka bersih mengikut surat pekeliling yang dikeluarkan. Amalan
kebersihan harus dipupuk sewaktu di sekolah dan menanam sifat menyayangi sekolah
mereka.Dengan itu, para pelajar tidak berani mencacatkan sekolah mereka.Sesetengah
sekolah mengadakan pertandingan kebersihan. Bilik darjah yang bersih akan di beri
anugerah. Ini dapat memotivasikan pelajar tersebut.
Sedutan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1997
2. Surat pekeliling ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memperingatkan semua
Pengetua dan Guru Besar supaya mengambil tindakan ke atas perkara-perkara
seperti berikut:
2.1 Mewujudkan iklim sekolah yang menekankan aspek kebersihan pasa setiap masa.
2.2 Menyediakan panduan kebersihan bagi sekolah.
2.3 Melibatkan penyertaan semua warga sekolah dalam program
meningkatkan kebersihan di sekolah
2.4 Melaksanakan saranan dan cadangan yang terkandung dalam Buku Garis
Panduan Amalan Kebersihan Sekolah.
x. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1978 – Kad Rekod Persekolahan ( pupil’s
cumulative record card).
Terdapat dua jenis kad iaitu kad rekod persekolahan murid sekolah rendah: 001R
( warna kuning ) dan kad rekod persekolahan murid sekolah menengah : 001M
( warna biru ). Kad rekod 001 dan 002 yang lama telah dicantumkan dalam satu kad
baharu, iaitu kad rekod persekolahan murid sekolah rendah 001R untuk kegunaan di
sekolah rendah kad rekod persekolahan murid menegah 001M untuk kegunaan sekolah
menengah. Butir- butir tertentu mengenai kesihatan murid telah ditinggalkan oleh
kerana unit pendidikan kesihatan akan menyediakan satu kad berasingan mengenai
komponen ini. Semua murid darjah satu hendaklah mengadakan kad rekod
persekolahan 001R. Kad- kad tersebut hendaklah digunakan oleh tiap-tiap murid
sehingga tamat persekolahan.
xi. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1983 – Kantin Sekolah. (Bertarikh 3hb.
Februari, 1983)
Kantin merupakan satu kemudahan yang penting di sekolah seperti kemudahan-
kemudahan yang lain. Dalam surat pekeliling ini menegaskan bahawa guru besar harus
memainkan peranan yang penting dalam mengawasi semua aspek yang berkaitan
dengan kantin sekolah.
Sedutan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1983.
Tindakan yang positif hendaklah diambil terhadap pengurusan dan penyeliaan perkara-
perkara berikut:
a) Banggunan dan kemudahan – kemudahan yang sedia ada termasuk alat-alat
dan kelengkapan.
b) Kebersihan kemudahan kemudahan dan alam sekitar’
c) Kebersihan makanan dan minuman
d) Keselamatan
e) Pekerja-pekerja
f) Mutu dan kesesuaian bahan-bahan makanan dan minuman yang dijual.
g) Pentadbiran dan pengelolaan harian.
2. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:
I. Bangunan kantin mestilah dalam keadaan yang memuaskan iaitu dari segi
kebersihan, kecantikan, keselesaan, keselamatan dan kekesanan
fungsinya.
II. Kemudahan-kemudahan di kantin seperti tempat membasuh tangan dan
tong sampah serta lain-lain alat kelengkapan yang digunakan perlu
ditinjau dari segi kebersihan, keselamatan dan kegunaan dari semasa
ke semasa.
III. Semua perkakas/ alat untuk menyedia, menyimpan dan menghidangkan
makanan tidak berkarat, retak, sumpik atau kotor.
IV. Pekerja-pekerja yang telah diakui sihat oleh Jabatan Perubatan dan
Perkhidmatan kesihatan dibenarkan kerja di kantin sekolah.
V. Semua pekerja menjaga kebersihan dirinya dan mengelakkan amalan-
amalan yang boleh menyebabkan kekotoran atau pencemaran bahan-
bahan makanan dan minuman.
VI. Makanan yang dijual dikantin mestilah bersih, bermutu, berzat, selamat
untuk dimakan dan harganya pula berpatutan.
VII. Semua makanan yabf bermasak dijual kepada murid-murid sebaik-
baiknya disediakan di kantin sekolah.
VIII. Segala persediaan yang munasabah bagi kepentingan ugama membeli-
pemneli adalah diambilkira oleh pengusaha kantin apabila menyedia dan
menyimpan makanan dan minuman untuk dijual kepada pengguna –
penguna tersebut.
IX. Makanan dan minuman yang halal dari segi ugama islam mestilah disedia
dan dijual di semua Sekolah Rendah/Menengah Kebangsaan. Jualan
makanan dan minuman di SRJK (Cina dan Tamil) seperti yang dilakukan
sekarang ini bolehlah diteruskan. Sekiranya sekolah-sekolah jenis ini
mengandungi guru-gur dan murid-murid berugama islam, Guru besar
yang berkenaan hendaklah mengaturkan persediaan untuk menjual
makanan dan minuman bagi orang islam secara berasingan.
X. Rokok dan minuman alcohol tidak disimpan dan/ dijual di kantin sekolah.
XI. Binatang-binatang belaan seperti anjing, kucing, kambing, ayam, burung
dan lain-lain tidak dibenarkan berada di kawasan kan tin sepanjang masa.
XII. Kantin sekolah seboleh-bolehnya tidak dijadikan sebagai tempat
kediaman.
XIII. Sagala punca kemalangan adalah sentiasa diawasi oleh pihak pengusaha
kantin dan piohak sekolah menyediakan peraturan-peraturan yang
sitematik untuk mencegahnya.
XIV. Pengendalian yang sistematik mengenai perjalanan dan
pengelolaan kantin, seperti megadakan Jawatankuasa Kantin Sekolah,
Sistem tender atau sebut harga, syarat-syarat berkaitan dengan semua
perkara yang tersebut di atas dan penyeliaan kantin, sama ada harian
atau jangkamasa panjang adalah diperuntukan.
XV. Peraturan-peraturan yang berkenaan bagi penggunaan kantin sekolah
diadakan.
xii. Surat Pekeliling Kewangan Bil. 7 Tahun 2010- Rancangan Makanan
Tambahan Di Sekolah Rendah. Bertarikh 15 Julai 2010
Sedutan
Tujuan
Surat Pekeliling ini bertujuan untuk menggariskan peraturan dan tatacara pentadbiran,
pengurusan kewangan dan perakaunan dalam melaksanakan Rancangan Makanan
Tambahan ( RMT) di sekolah rendah mulai bulan Januari tahun 2011.
4. Kriteria kelayakan RMT adalah seperti berikut:
i. Murid warganegara Malaysia dari Darjah 1 hingga Darjah 6 bersekolah di
semua Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
ii. Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dengan Bank Data Kemiskinan Nasional
(eKASIH) yang dibangunkan ole Unit Penyelarasan Pelaksanaan ( ICU), Jabatan
Perdana Menteri dan disahkan sebagai kategori miskin atau miskin tegar sahaja.
Kadar dan tempoh pelaksanaan
5. Kadar RMT adalah RM1.80 sehari bagi setiap murid di Negeri Semenanjung
Malaysia dan RN2.05 bagi setiap murid di Negeri Sarawak, Sabah dan
Wilayah Persekutuan Labuan.
Tatacara perakaunan dan pembayaran
8. Semua peruntukan disalurkan terus ke Akaun Kumpulan Wang Kerajaan ( KWK)
bagi sekolah yang mempunyai akaun bank atau ke Akaun Khas di PPD yang
berkenaan bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun bank.
Perjanjian penyediaan makanan
17. Pihak sekolah hendaklah menyediakan dokumen perjanjian dengan pembekal
untuk tempoh tertentu dan boleh menamatkan khidmat pembekan tersebut pada
bila-bila masa sekiranya berlaku penyelenggaraan
xiii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1976- Panduan untuk menjaga Kesihatan
Murid dan Kebersihan di Kantin Sekolah. (Bertarikh 7 Mei 1976)
Sedutan
Tujuan
Menjaga keselamatan dan kesihatan murid-murid serta member pelajaran di sekolah
supaya murid-murid itu dapat mempunyai sikap tanggungjawab serta mengamalkan
aktiviti-aktiviti untuk memelihara kesihatan diri mereka sendiri dan juga masyarakatnya.
Untuk mengawal keadaan kesihatan dan kebersihan yang optima di kantin sekolah,
maka guru besar adalah bertanggungjawab untuk menentukan iaitu:-
i. Barang – barang makanan yan g dijual di kantin hendaklah:-
a) Jenis yang baik
b) Kuantitinya berpatutan denga harga
c) Mengandungi makanan yang seimbang
ii. Peraturan – peraturan di kantin dipatuhi seperti:-
a) Pemeriksaan perubatan bagi pekerja-pekerja kantin
b) Kebersihan pekerja, bangunan, makanan, minuman, kelengkapan
c) Disiplin murid-murid di kantin
d) Waktu rehat yang diperingkat-peringkatkan supaya mengelakkan dari
kesesakan dalam kantin
e) Penyeliaan kantin setiap hari oleh guru bertugas
f) Pemeriksaan kantin oleh pegawai dari Jabatan Kesihatan dari masa
ke semasa.
iii. Kempen –kempen pelajaran kesihatan diadakan untuk:-
a) Murid-murid
b) Pekerja-pekerja kantin
iv. Barang- barang yang tiodak berfaedah, yang berbahaya dan yang bercorak judi
hendaklah dikawal penjualnya dengan sewajarnya.
Peraturan tentang pekerja kantin dan pengolah makanan ( food handlers)
1. Pemeriksaan perubatan
Semua pekerja kantin dan pengolah makanan hendaklah diperiksa dan
disahkan sihat oleh doctor kerajaan.
2. Pakaian
Semua pekerja kantin hendaklah memakai pakaian bersih dan seberapa
boleh, yang berwarna putih.
3. Kuku
Kuku tangan pekerja kantin hendaklah sentiasa pendek lagi bersih
4. Kebersihan tangan
Sebelum mulai tugas dalam kantin semua pekerja mesti membasuh tangan
hingga ke siku. Dibasuh dengan sabun setiap kali, selepas membuang air
kecil atau besar.
5. Rambut
Rambut hendaklah dijaga supaya jangan terjuntai dari muka. Pekerja yang
berambut panjang digalakkan memakai jaring rambut, memakai topi atau
diikat dengan kemas.
6. Memegang barang yang tidak berbungkus
Barangan makanan yang tidak berbungkus janganlah dibenarkan disentuh
dengan tangan.
7. Kebersihan pinggan mangkok
Tidak boleh digunakan oleh lebih dari seorang tanpa dibasuh denga air yang
bersih.
8. Membasuh pinggan mangkok
Hendaklah direndam dalam air panas sekurang-kurangya selama ½ minit
dicuci dengan gunakan sabun.
9. Pinggan mangkok yang tidak sesuai
Alat pemasak atau tembikar yang sumbing dan retak adalah tidak
sesuai digunakan
10. Kemudahan membasuh
Kemudahan yang mencukupi untuk membasuh Tempat
pengering alat perkakas hendaklah disediakan
11. Kain untuk mengelap alat perkakas
Kain atau tuala yang digunakan untuk mengelap dan mencuci alat perkakas.
Untuk mengelap meja dan bangku, kain khas yang asing hendaklah digunakan
12. Kain untuk mengesat tangan
Kain mengesat tangan tidak boleh digunakan leh lebih dari seorang
13. Barang makanan yang mudah rosak
Benda-benda makanan yang mudah rosak, eloklah disimpan di dalam
peti sejuk kecuali semasa mengerjakannya
14. Kebersihan peti sejuk
Ruang udara yang mencukupi
Dilap dengan air sabun sekali seminggu
15. Tempat menjual makanan
Barang makanan yang dijual itu hendaklah disediakan di tempat khas yang
teratur
Peraturan – peraturan bangunan kantin
1. Kemudahan kantin
Bangunan kantin sekolah mempunyai semua kemudahan asas
2. Lantai
Lantai diperbuat daripada simen atau papan dan sentiasa kemas
3. Dinding
Dibuat daripada simen atau papan dan sentiasa kemas
4. Bumbung
Dibuat daripada genting, zing atau simen asbestos
5. Parit saluran air
Di keliling bangunan hendaklah disediakan parit saluran air yang baik dibuat
dari simen
6. Tong sampah
Daripada besi, plastic atau getah dengan mem[unyai penutup khas dan diadakan
di kawasan kantin.
Peraturan tentang kebersihan dan keperluan am
1. Perabot kantin
- Kemudahan tempat duduk dan meja yang mencukupi
2. Sisa-sisa makanan
0 Ubat pencegah kuman hendaklah diadakan di mana perlu untuk
pembuangan sisa-sisa makanan.
3. Membersih lantai kantin
0 Hendaklah dibersihkan setiap hari dengan ubat pencegah kuman
4. Kemudahan membasuh tangan
- Tempat membasuh tangan yang mencukupi serta pembekal air yang bersih
dan sabun.
Peraturan –peraturan tentang perjalanan kantin sekolah
1. Disiplin murid-murid di kantin
2. Penyeliaan tentang perjalanan kantin sekolah
3. Pemeriksaan kantin oleh pegawai kesihtan umum
4. Waktu rehat yang berperingkat-peringkat
Pelajaran Kesihatan dan Pendidikan Alam Sekitar Pendidikan Pengguna berhubung
dengan kantin sekolah.
1. Kempen – kempen Kesihatan untuk murid- murid
2. Kursus/ orientasi khas untuk pekerja-pekerja kantin
Harga dan nilai pemakanan barang-barang makanan yang dijual di kantin sekolah
xiv. Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bil. 24/2010-
Pengukuhan Program Eliminasi Measles Kebangsaan( Measles Eliminatian
Program-MEP). Bertarikh 27 Oktober 2010
Sedutan
Tujuan
Untuk pengukuhan pelaksanaan Program Eliminasi Measles Kebangsaan ( Measles
Eliminatian Program-MEP)
a. Pengukuhan Program Eliminasi Measles
Pelaksanaan Program Eliminasi Measleas Kebangsaan bagi memastikan
Malaysia mencapai status eliminasi measles menjelang tahun 2012.
b. Penyiasatan kes
Penyiasatan ke atas semua kes hendaklah dijalankan dalam masa 48 jamdari
tarikh penerimaan notifikasi.
c. Kes klasifikasi
Kes dengan demam dan ruam digunakan sebagai kes definasi untuk kes disyaki
measles.Kes definisi ini juga digunakan bagi tujuan untuk eliminasi measles dan
rubella.
d. Survelan rubella
Sistem survelan Rubella perlu dijalankan bagi memastikan objektif pelalian serta
eliminasi rubella dan congenital rubella syndrome ( CRS) tercapai.
e. Keperihatinan terhadap program
Taklimat dan latihan hendaklah diberikan kepada kakitangan yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung di dalam pelaksanaan Program Eliminasi Measles.
7.0 RUMUSAN
Program Bersepadu Sekolah Sihat(PBSS) diwujudkan dengan tujuan untuk
menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah
yang mampu meningkatkan taraf kesihatan dalam kalangan warga sekolah.
Program ini mengandungi satu program yang terancang dan bersepadu, fleksibel,
inovatif dan kreatif berlandaskan keperluan semasa dan setempat melalui kerjasama
serta penglibatan komuniti. Dengan in, enam teras utama PBSS yang telah digariskan
untuk mewujudkan satu pendekatan bersepadu di antara sektor awam, sektor swasta,
dan masyarakat ke arah melahirkan sekolah sihat adalah seperti Polisi Kesihatan
Sekolah, Persekitaran Fizikal Sekolah, Persekitaran Sosial Sekolah, Penglibatan
Komuniti, Kemahiran Kesihatan Diri dan Perkhidmatan Kesihatan Sekoloah. Seterusnya
, kerjasama di antara sekolah dengan masyarakatbertujuan untuk mengintegrasikan
aktiviti-aktiviti kesihatan sekolah dan kesihatan masyarakat.
Seterusnya , program ini merupakan satu proses dua hala di mana kedua dua
sekolah dan masyarakat memikul tanggungjawab bersama untuk mengawasi dan
membertingkatkan lagi tatus/ taraf kesihatan kanak-kanak. Dalam konteks ini,
Perkhidmatan Kesihatan di bawah PBSS termasukalah menilai stutus kesihatan murid,
memberi khidmat rawatan dan rujukan, memberi bimbingan dan kaunseling, memberi
penjagaan rawatan/kecemasan, mencegah dan mengawal kejadian penyakit serta
mendiognosis dan membantu penempatan kanak-kanak berkeperluan khas.
Antara program berkaitan kesihatan yang dilaksanakan di sekolah adalah
Perkhidmatan Kesihatan Sekolah, Perkhidmatan Pergigian, Rancangan Makanan
Tambahan(RMT), Program Susu Sekolah(PSS), Pendidikan Pencegahan Denggi,
menjadika sekolah kawasan larangan merokok, menyediakan pertolongan cemas dan
bilik khas kesihatan (sick-bay), mewujudkan Pogram Sihat Tanpa AIDS ntuk remaja
(PROSTAR), mengadakan program bebas dadah dan kempen cara hidup sihat.
Seterusnya, melalui program ini dapat memupuk pengetahuan , sikap dan amalan yang
berkaitan dengan kesihatan supaya setiap warga sekolah lebih bertanggungjawab
terhadap penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat.
Akhirnya, Program Bersepadu Sekolah Sihat perlu dirancang, dilaksana dan
dinilai di setiap sekolah.Program ini adalah sejajar dengan hasrat dan wawasan Negara
untuk melahirkan rakyat yang sihat, produktif dan berkualiti.