10 PUISI.docx

18
NAMA: AZIZAN KIBIN NOMBOR MATRIK: C10210104

Transcript of 10 PUISI.docx

NAMA: AZIZAN KIBINNOMBOR MATRIK: C10210104

1) Lahirmu

Anak, lahirmu ke dunia dengan melihat keindahan ciptaan Nya..Adakah kau mengerti apa yang engkau lihat?Anak, lahirmu ke dunia seperti kain putih yang tidak pernah tercemar,Apakah kau mengerti apa yang engkau rasa?Anak, lahirmu ke dunia atas kehendak-Nya..Adakah kau mengerti apa erti syukur?Anak, lahirmu ke dunia beramal dan berbaktilahKepada agama mu, kedua orang tua mu..Tunduk dan sujud lah kepada Maha Pencipta mu.

(Disediakan oleh: Azizan Kibin, 2014)

2) Sedang elok dibuai mimpi

Wahai insan yang sedang elok dibuai mimpi,Tahukah kamu, yang kamu telah dikunci dengan tiga kunci,Terkunci daripada terjaga dari mimpi,Terkunci daripada bangun dan berdiri,Terkunci daripada melakukan ibadah kepada ilahi,

Wahai insan yang sedang elok dibuai mimpi,Tidurmu adalah satu ibadah bagi mu,Tidurmu juga ibarat mati bernyawa bagimu,Terbangunkah kamu setelah sekian lama dibuai mimpi?Atau, jaga mu kini sudah bertemu ilahi

Kejutlah dari mimpi mu..Sebelum mimpi mu yang mengejutkan mu.Sebelum engkau menyesal di alam sana..

(Disediakan oleh: Azizan Kibin, 2014)

3) Lelaki

Lelaki, Setiap langkah mu kehadapan..Semangat mu tinggi untuk menjadi pemimpin..Tidak gentar akan halangan yang seringkali menghalang di hadapan mu,

Lelaki, engkau memikul banyak tanggungjawab,Engkau memikul banyak dosa dari bahagian keluarga mu,Besarnya tanggungan mu.Banyaknya beban yang terletak dibahu sasa mu..

Jadi muslim, engkau sebagai pelindung agama,Jadi imam, engkau sebagai pemimpin makmum,Jadi Bilal, engkau sebagai pemanggil Jemaah,Jadi anak, engkau sebagai pelindung emak,Jadi abang, engkau sebagai pelindung adik,Jadi suami, engkau sebagai pelindung isteri,Jadi ayah, engkau sebagai pelindung anak.Rasa selamat dengan adanya diri mu..(Disediakan oleh: Azizan Kibin, 2014)

4) Pohon

Hai.. pohon..Rasa panas hari ini..Sediakan dirimu untuk aku bersandar..

Hai.. pohon..Sangat banyak buahmuSediakan dirimu untuk aku menghilangkan lapar.

Hai.. pohon..Sungguh tebal daun mu,Izinkan aku untuk mengambilnya sebagai tempat berteduhku,

Hai.. pohon..Sungguh cantik bunga yang mekar didahanmuIzinkan aku untuk melihat keindahan mu.

Hai.. pohon..Dirimu sudah tidak bermaya.Izinkan aku untuk menebang mu agar ada ruang untuk dirimu diisi dengan pohon yang baru.(Disediakan oleh: Azizan Kibin, 2014)5) Duit

Siapa kau wahai duit,Kenapa dirimu sentiasa menjadikan orang bertengkar?

Siapa kau wahai duit,Suami isteri bisa berpisah disebabkan mu

Siapa kau wahai duit?Adik beradik bertikam keranamu

Siapa kau wahai duit?Ramai orang terbunuh kerana mu

Siapa kau wahai duit?Orang sanggup meninggalkan agama demi mu.

Siapa kau wahai duit?Orang bisa mati kelaparan kerana mu

Siapa kau wahai duit?Engkau hanya ciptaan manusia yang mempunyai nilaiNamun tidak mempunyai hatiManusia tidak tahu menilai muManusia hanya tamak melihat mu

Duit oh duit..Jika kau pandai berkata-kata..Tolonglah beri tahu manusia yang alpa..Tentang kehadiranmu, tentang kegunaanmu.

(Disediakan oleh: Azizan Kibin, 2014)

6) Sepi

Ku pandang langit, hanya bintang yang kulihatAku sepi.

Aku melihat kaca tv, namun kaca tv yang melihatkuAku sepi.

Aku memanggil seseorang yang aku rindui, namun aku hanya memanggil diriku sendiriAku sepi lagi.

Aku mencari bahu untuk bersandar, hanya sofa yang setia menyediakan bahunyaAku sepi..

Aku berdoa selepas solat ku, sepi itu beransur hilang.Aku membaca kitab suci Ilahi, sepi itu terus hilang.Aku mengingati Mu, sepi hilang dengan sekelip mata

(Disediakan oleh: Azizan Kibin, 2014)

7) Dia sahabat baik ku

Dia peneman ku di kala berdukaDia pendamping ku di kala gembiraDia pelengkap ku di kala aku kekuranganDia menjadi pendengar setia ku.Dia menjadi pemerhati terbaik kuDia tegur segala kealpaan kuDia umpama jam loceng bagi kuMampu terjaga ketika sedang lekaMenjadi payung ketika hujanMenjadi pendingin ketika panasDia lah sahabat baik kuIsteri yang aku cintaiJika ditakdir Ilahi, aku pergi dulu sebelumnya,Ku mohon pada Mu yang maha Esa,Tolong jaga dia untuk ku.

(Disediakan oleh: Azizan Kibin, 2014)

8) Android oh android

Kemunculan mu bagaikan era baru bagi manusiaSiapa yang tidak mengenali mu wahai androidkanak-kanak kecil juga sudah memiliki mu.

Android oh android..

Kehadiran mu menjadikan maklumat begitu pantasSepantas sambaran petirTidak sempat mengejarnyaIa sampai terlebih dahulu

Android oh android..

Banyak sungguh aplikasi yang ada di dalam muTidak perlu bersusah payah ke cyberSemua game ada

Android oh android..

Cuma sentuh sahajaSemua ada.

Android oh android..

Kalau langgan internet mahal pasti laju seperti kilatKalau langgan internet murah.. alamak.. laju lagi siput bergerak

Android oh android..

Suami isteri masing-masing ada androidSatu duduk luar, satu duduk bilikMasa bersama android lebih banyak dari masa bersama keluarga

Android oh android..

Banyak sungguh kelebihan dan kegunaan muNamun, banyak juga kekurangan mu

(Disediakan oleh: Azizan Kibin, 2014)

9) Maafkan aku

Maafkan aku, aku tidak sentiasa menyentuhmuWahai al-Kitab ku.. sungguh berdosa diri ku.Menyentuhmu belum tentu dapat membaca mu.Membacamu belum tentu memahami mu.

Maafkan aku, aku sentiasa lupa menunaikan muWahai lima waktu wajib ku, sungguh berdosa diri ku.Menunaikanmu belum tentu dapat menghayati mu.Menghayati mu belum tentu menkhusyukkan ku.

Maafkan aku, aku adalah insan yang sering melupakan MuKegembiraanku tidak pernah mensyukuri MuKesedihanku tidak pernah mengingati MuSeringkali ku lupa akan kebesaran Mu

Maafkan aku..Masih ada lagi kah ruang bagi ku di tempat Mu.Masih ada lagi kah hidayah Mu buat ku

Maafkan aku.. aku yang sentiasa lupaAku yang sentiasa angkuh berjalan di atas bumi ciptaan MuAku yang sentiasa leka dengan suruhan Mu

Maafkan aku.. aku yang berdosa.. maafkan aku

(Disediakan oleh: Azizan Kibin, 2014)

10) Kebesaran-Mu

Aku merenung di luar jendela,Melihat kebesaran yang maha esa,Mampu kah ku menilai dari sudut berbeza,Atas kurnia yang diberikan olehNya.

Aku lalai daripada kewajipan,Kewajipan yang engkau perintahkan,Aku sentiasa melupakan,Melupakan setiap apa yang Engkau suruhkan.

Detik waktu terus berlaluMeninggalkan kehidupanku masa laluNamun sikap masih seperti dahuluTidak pernah berubah walaupun dah jemu

Wahai Tuhan, ampunkan akuMohon hidayah Mu mohon petunjuk MuAku hilang punca dan hala tujuBantu aku mencari jalan kebenaran Mu

Aku berdosa dan aku alpaAku yakin akan kekuasaan Mu maha penciptaTerimalah taubatku, hambaMu yang berdosaKu serahkan jiwa dan ragaHidup dan matiku, aku berserah.

(Disediakan oleh: Azizan Kibin, 2014)