10. RUMUSAN

2
3.0 RUMUSAN Teori Teleologi mengutamakan kesan atau akibat yang mendatangkan kebaikan kepada orang lain dan diri sendiri. Teori utilitarianisme dan teori egoisme merupakan dua jenis teori yang diwujudkan oleh ahli-ahli teologis. Aliran utilitarianisme mengatakan tingkah laku manusia adalah dipengaruhi oleh keseronokan dan kesakitan. Tindakan yang menghasilkan keseronokan dianggap betul, benar dan bermoral. Sementaranya, bagi teori egoisme, ia lebih menekankan tindakan yang mementingkan diri sendiri. Teori Deontologi pula menekankan motif tindakan bagi seseorang, bukannya kesan atau akibat yang diperoleh daripada perbuatan tersebut. Teori ini boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu teori eksistensialisme dan prinsip kewajipan. Teori eksistensialisme bersifat bebas, individualistik dan tiada ikatan kepada peraturan masyarakat dan agama. Manakala, untuk prinsip kewajipan, keutamaan moral ialah manusia perlu mengamalkan kewajipan dan mematuhi moral atau undang-undang tanpa sebarang pengecualian. Sebagai manusia yang hidup dalam kelompok, kumpulan dan masyarakat, sifat mengutamakan kesejahteraan sosial masyarakat dan juga kebahagiaan hidup diri sendiri seperti yang dinyatakan dalam teori kemoralan sosial perlu diperlihara. Seterusnya, etika keperibadian mulia secara keseluruhan adalah penting untuk memajukan kebajikan masyarakat dan menjaga kepentingan orang lain kerana sifat mulia individu ini tidak akan menjejaskan kepentingan dan ketenteraman orang lain.

description

RUMUSAN

Transcript of 10. RUMUSAN

Page 1: 10. RUMUSAN

3.0 RUMUSAN

Teori Teleologi mengutamakan kesan atau akibat yang mendatangkan kebaikan

kepada orang lain dan diri sendiri. Teori utilitarianisme dan teori egoisme merupakan

dua jenis teori yang diwujudkan oleh ahli-ahli teologis. Aliran utilitarianisme

mengatakan tingkah laku manusia adalah dipengaruhi oleh keseronokan dan

kesakitan. Tindakan yang menghasilkan keseronokan dianggap betul, benar dan

bermoral. Sementaranya, bagi teori egoisme, ia lebih menekankan tindakan yang

mementingkan diri sendiri.

Teori Deontologi pula menekankan motif tindakan bagi seseorang, bukannya

kesan atau akibat yang diperoleh daripada perbuatan tersebut. Teori ini boleh

dibahagikan kepada dua bentuk iaitu teori eksistensialisme dan prinsip kewajipan.

Teori eksistensialisme bersifat bebas, individualistik dan tiada ikatan kepada

peraturan masyarakat dan agama. Manakala, untuk prinsip kewajipan, keutamaan

moral ialah manusia perlu mengamalkan kewajipan dan mematuhi moral atau

undang-undang tanpa sebarang pengecualian.

Sebagai manusia yang hidup dalam kelompok, kumpulan dan masyarakat,

sifat mengutamakan kesejahteraan sosial masyarakat dan juga kebahagiaan hidup

diri sendiri seperti yang dinyatakan dalam teori kemoralan sosial perlu diperlihara.

Seterusnya, etika keperibadian mulia secara keseluruhan adalah penting untuk

memajukan kebajikan masyarakat dan menjaga kepentingan orang lain kerana sifat

mulia individu ini tidak akan menjejaskan kepentingan dan ketenteraman orang lain.

Pendek kata, teori kemoralan sosial mementingkan kemasyarakatan; teori

keperibadian mulia mementingkan kemuliaan peribadi; teori teleologi pula

mementingkan kesan tindakan sebelum membuat pengadilan moral dan akhirnya

teori deontologi menekankan sifat perlakuan manusia yang menjadi ukuran

kemoralan.

Teori-teori moral yang dibincangkan di atas mempunyai prinsip-prinsip,

kelebihan dan kelemahan maisng-masing. Oleh itu, sebagai seorang guru yang

bijaksana, kita perlu pandai dalam memilih dan menerapkan sifat-sifat kemoralan

berdasarkan teori-teori tertentu mengikut kesesuaian.