10 Soalan KPD

download 10 Soalan KPD

of 3

Transcript of 10 Soalan KPD

ARAS 1 ( Konsep )1. Secara ringkasnya, sembelihan bermaksud....

A. Binatang yang diburu

B. Binatang yang disembelih

C. Binatang yang halal dimakan

D. Binatang yang dicekik sampai mati

ARAS 2 ( Memahami )

2. Yang berikut merupakan hikmah-hikmah tentang sembelihan, kecuali...

A. Darah dan najis wajib dijauhi kerana ia mengandungi kemudaratan

B. Tujuan sembelihan adalah memudahkan proses kematian binatang sembelihan

C. Menyembelih, memburu dan seumpama dengannya adalah termasuk dalam pekara

peribadatan semata-mata (taabbudi)

D. Sekiranya masih belum putus salah satu dari keduanya (halkum dan urat merih) walaupun

sedikit, sembelihan itu tidak sahARAS 4 ( Mengkategori )

3. Antara alat-alat yang boleh digunakan untuk sembelihan adalah

i. Pisau

ii. Batu

iii. Kuku

iv. Kaca

A. i, ii dan iii

B. i, ii dan iv

C. i, iii dan iv

D. ii, iii dan iv

ARAS 5 ( Merumus )

Hari ini, Aminah berkeinginan memakan lauk ayam masak lemak. Beliau ada membela ayam di belakang rumah. Namun begitu, tiada seorang yang beliau ingin suruh disembelihkan ayam tersebut. Lalu beliau menyembelih beberapa ekor ayam dengan pisau yang telah diasahnya. Beliau tahu menyembelih ayam-ayam tersebut dengan kaedah syariah yang pernah beliau pelajari. Beliau memastikan bahawa urat merih dan halkum terpotong. Setelah selesai, beliau membersihkan ayam-ayam tersebut kemudian memasakkan seperti yang diingini dan dihidangkan untuk makan bersama ahli keluarganya.

4. Berdasarkan di atas, yang manakah rumusan tepat berkaitan teks di atas?

A. Dapat membezakan antara daging yang halal dan haram

B. Islam membolehkan perempuan melaksanakan sembelihan

C. Sekiranya pisau tiada, alat-alat lain seperti batu atau kaca boleh digunakan

D. Halkum dan urat merih hendaklah diputuskan bagi memastikan kesahihan sembelihanARAS 2 ( Menterjemah )

5. Yang manakah bukan rukun sembelihan?

A. Kambing

B. Parang

C. Tukang Sembelih

D. Saksi

ARAS 5 ( Mengkelas )

6. Antara berikut, yang manakah binatang yang disyariatkan untuk sembelihan?

i. Katak

ii. Arnab

iii. Kerbau

iv. Helang

A. i dan ii

B. ii dan iii

C. iii dan iv

D. i dan iv

ARAS 2 ( Menterjemah )7. Hukum sembelihan dilakukan ke atas sesuatu haiwan adalah...

A. Wajib

B. Harus

C. Sunat

D. Haram

ARAS 6 ( Menyokong )

8. Berdasarkan jawapan ( Soalan 7 ) di atas, berikan alasan yang sesuai.

A. Ditakuti menjadi bangkai atau najis

B. Dapat mensucikan dan memurnikan proses sembelihan

C. Untuk membolehkan binatang sembelihan halal dimakan

D. Menjadi kewajipan bagi melaksanakan pensyariatan Islam yang ditetapkanARAS 3 ( Melakukan )Sulaiman diminta untuk menyembelih beberapa ekor itik oleh jirannya. Tetapi beliau tidak dapat melaksanakannya kerana mempunyai tugasan penting dan disuruh anaknya, Amir, yang berumur 10 tahun untuk melakukan sembelihan tadi.

9. Berdasarkan kenyataan di atas, yang manakah reaksi yang betul?

A. Itik yang disembelih oleh Amir hukumnya makruh dimakan

B. Jiran Sulaiman membatalkan hasratnya kerana menyangka Amir masih kecil

C. Sulaiman rasa berdosa kerana menyuruh anaknya melakukan sembelihan kerana belum

mumaiyiz

D. Amir akur dan menerima pelaksanaan tersebut dengan melakukan sembelihan mengikut

syariat Islam yang dipelajarinyaARAS 6 ( Menentukan )10. Berikut adalah persamaan antara perburuan dan sembelihan kecuali...

A. Mendapat keredhaan Allah

B. Suatu keringanan untuk manusia

C. Haram dilakukan ketika berihram

D. Hukum melaksanakannya adalah wajib