11 - Penyertaan Sabah Dan Sarawak Dalam Gagasan Malaysia

15
PENYERTAAN SABAH DAN SARAWAK DALAM GAGASAN MALAYSIA

description

Penyertaan

Transcript of 11 - Penyertaan Sabah Dan Sarawak Dalam Gagasan Malaysia

Page 1: 11 - Penyertaan Sabah Dan Sarawak Dalam Gagasan Malaysia

PENYERTAAN SABAH DAN SARAWAK DALAM

GAGASAN MALAYSIA

Page 2: 11 - Penyertaan Sabah Dan Sarawak Dalam Gagasan Malaysia

SEBAB-SEBAB PENUBUHAN

MALAYSIA

Page 3: 11 - Penyertaan Sabah Dan Sarawak Dalam Gagasan Malaysia

1) Perkembangan pengaruh Barisan Sosialis.

Lee Kuan Yew berminat bergabung dengan Malaysia kerana perkembangan pengaruh Barisan Sosialis yang memenangi pilihan raya Hong Lim di Singapura pada bulan April 1961.

Kebangkitan pengaruh Barisan Sosialis akan melemahkan parti pimpinan Lee Kuan Yew, iaitu Parti Tindakan Rakyat atau People's Action Party (PAP) pada masa depan.

Perkembangan ini membimbangkan kerana menggugat rancangan kerajaan British untuk memberikan kemerdekaan kepada Singapura.

Barisan Sosialis dianggap oleh Lee Kuan Yew sebagai gerakan berhaluan kiri.

Faktor Politik

Page 4: 11 - Penyertaan Sabah Dan Sarawak Dalam Gagasan Malaysia

2) Ancaman komunis.

Lee Kuan Yew telah menggunakan alasan ini untuk mendesak British menggabungkan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu.

Tambahan pula, Persekutuan Tanah Melayu mempunyai pengalaman yang lama dalam membanteras pengaruh Parti Komunis Malaya (PKM), iaitu sepaniang tempoh darurat, dari tahun 1948 hingga tahun 1960.

Selain itu, ancaman komunis juga wujud di Sarawak yang diperjuangkan oleh Dandestine Communist Organization (CCO) yang bermatlamat menjadikan Sarawak sebagai negara komunis.

Masalah ini merupakan antara faktor terpenting yang mendorong Tunku Abdul Rahman mengemukakan idea pembentukan Malaysia.

Penyertaan Singapura,Sarawak dan Sabah ke dalam Malaysia diharapkan dapat menjadi benteng yang kukuh bagi menghadapi ancaman komunis.

Page 5: 11 - Penyertaan Sabah Dan Sarawak Dalam Gagasan Malaysia

3) Mempercepat kemerdekaan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei.

Penyertaan mereka akan menjamin kemerdekaan yang lebih awal kerana mengikut perancangan, Malaysia akan ditubuhkan dalam tempoh dua tahun.

Di samping itu, mereka dapat menikmati pernbangunan sosial, ekonomi dan politik.

Page 6: 11 - Penyertaan Sabah Dan Sarawak Dalam Gagasan Malaysia

4) Proses dekolonisasi British.

Pada masa ini, hampir kesemua negara di Asia Tenggara telah berjaya mendapatkan kemerdekaan.

Dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1960 telah timbul usul agar tanah-tanah jajahan dimerdekakan.

Kejayaan pembentukan Malaysia diharapkan dapat memberikan kestabilan politik kepada rantau Asia Tenggara.

British berharap pembentukan Malaysia dapat menghalang penyebaran pengaruh komunis di Singapura dan wilayah-wilayah Borneo.

British perlu mengambil langkah-langkah ke arah memastikan kepentingan mereka terus terkawal terutama pangkalannya di Singapura.

Page 7: 11 - Penyertaan Sabah Dan Sarawak Dalam Gagasan Malaysia

1) Mewujudkan satu pasaran yang lebih luas Menggalakkan pelaburan dan perkembangan

industri pertanian.

2) Memanfaatkan keistimewaan dan sumber-sumber yang ada di negeri-negeri ini. Tanah Melayu kaya dengan bahan mentah

seperti getah dan bijih timah Sarawak dan Sabah pula mempunyai sumber

balak Brunei kaya dengan sumber minyak.

FAKTOR EKONOMI

Page 8: 11 - Penyertaan Sabah Dan Sarawak Dalam Gagasan Malaysia

1) Mengimbangkan jumlah dan kadar pertumbuhan kaum

Penubuhan Malaysia juga bertujuan mengimbangi jumlah penduduk.

Tunku Abdul Rahman menjangkakan Sabah, Sarawak dan Brunei kalau digabungkan dengan Tanah Melayu akan membawa kepada faedah sosial.

Penggabungan Tanah Melayu dengan Singapura menimbulkan masalah ketidakseimbangan kaum. Hal ini disebabkan ¾ daripada penduduk Singapura berbangsa Cina.

Kemasukan Sabah, Sarawak dan Brunei akan mengimbangi kadar kaum-kaum kerana 70% daripada penduduk Borneo Utara ialah bumiputera.

FAKTOR SOSIAL

Page 9: 11 - Penyertaan Sabah Dan Sarawak Dalam Gagasan Malaysia

2) Memajukan negeri-negeri yang belum membangun.

Pada keseluruhannya, pembentukan Malaysia bertujuan untuk menyegerakan kemerdekaan bagi negeri-negeri anggota yan mana selari dengan dasar dekolonisasi British.

Pembentukan Malaysia juga memperlihatkan kesepakatan dan semangat setia kawan antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Sarawak, Sabah dan Singapura untuk memajukan negeri masing-masing demi kepentingan bersama.

Page 10: 11 - Penyertaan Sabah Dan Sarawak Dalam Gagasan Malaysia

Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan pada Januari 1962. Ia dipengerusikan oleh Lord Cobbold (bekas Gabenor Bank of England).

Ahli-ahlinya terdiri daripada Sir Anthony Abel dan Sir David Watherston iaitu wakil British dan Muhammad Ghazalie Shafie dan Dato’ Wong Pow Nee iaitu wakil Tanah Melayu.

Tugas utama suruhanjaya ini ialah:a)Meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia.b)Membuat syor-syor perlembagaan.

Peranan Suruhanjaya Cobbold

Page 11: 11 - Penyertaan Sabah Dan Sarawak Dalam Gagasan Malaysia

JAK ditubuhkan pada Ogos 1962 untuk merangka Perlembagaan Malaysia. Mereka turut membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah.

Pengerusinya ialah Lord Landsdowne dan Timbalan Pengerusinya ialah Tun Abdul Razak. Anggotanya terdiri daripada wakil British, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

Kronologi:-

 27 Februari 1963          JAK mengeluarkan laporan                 

8 Mac 1963             Dibentangkan di Majlis Negeri Sarawak

           13 Mac 1963                Dibentangkan di Sabah.

Peranan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)

Page 12: 11 - Penyertaan Sabah Dan Sarawak Dalam Gagasan Malaysia

Antara kandungannya ialah:a. Agama Islam – agama rasmi di Persekutuan kecuali

Sabah dan Sarawak.b. Bahasa Melayu – bahasa rasmi persekutuan.Bahasa Inggeris – bahasa rasmi Sabah dan Sarawak

sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia apabila Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak membuat pindaan.

c.  Imigresen Sabah dan Sarawak dibenarkan mengawal sendiri.

d.  Sistem pendidikan Sabah dan Sarawak dikekalkan di bawah kerajaan negeri sehingga Dewan Undangan Negeri kedua-dua negeri ini membuat pindaan.

e.  Perwakilan Parlimen – Sabah 16 kerusi, Sarawak 24 kerusi dan Singapura 15 kerusi.

Akta Malaysia 1963

Page 13: 11 - Penyertaan Sabah Dan Sarawak Dalam Gagasan Malaysia

Pada mulanya:-

1. Reaksi segera yang timbul di Sarawak dan Sabah selepas cadangan pembentukan Malaysia diumumkan adalah ke arah menolak cadangan ini.

-Kedua-dua negeri ini telah lama berada di bawah pemerintahan British, iaitu Sabah selama 60 tahun dan Sarawak melebihi satu abad.

2. Ramai yang inqin kekal di bawah pemerintahan British kerana mereka belum ada keyakinan untuk membentuk pemerintahan sendiri. Hal ini disebabkan sebelum ini peluang mereka dalam politik adalah terhad.

Reaksi Penduduk Sabah Dan Sarawak Terhadap Penubuhan

Malaysia

Page 14: 11 - Penyertaan Sabah Dan Sarawak Dalam Gagasan Malaysia

Selepas penubuhan Suruhanjaya Cobbold

Suruhanjaya ini mengemukakan laporan mereka kepada kerajaan British pada bulan Jun 1962. Menurut laporan Suruhanjaya Cobbold:-

1. 1/3 penduduk Sarawak dan Sabah menyokong gagasan Malaysia tanpa syarat,

2. 1/3 menyokong dengan syarat, iaitu kepentingan mereka harus dilindungi dan

3. 1/3 lagi menginginkan kemerdekaan sebelum menyertai Malaysia.

Page 15: 11 - Penyertaan Sabah Dan Sarawak Dalam Gagasan Malaysia

SEKIAN TERIMA KASIH….