1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

63
PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA NOTA HALAMAN INI 1. SEBELUM MERDEKA (BERMULA ABAD KE 14) 2. SISTEM PONDOK 3. PENDIDIKAN VERNAKULAR - SEKOLAH AGAMA - SEKOLAH MELAYU - SEKOLAH CINA - SEKOLAH TAMIL - SEKOLAH INGGERIS 4. LAPORAN CHEESEMAN 5. LAPORAN BARNES 6. LAPORAN FENN-WU

Transcript of 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

Page 1: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIANOTA HALAMAN INI

1. SEBELUM MERDEKA (BERMULA ABAD KE 14)

2. SISTEM PONDOK

3. PENDIDIKAN VERNAKULAR - SEKOLAH AGAMA - SEKOLAH MELAYU - SEKOLAH CINA - SEKOLAH TAMIL - SEKOLAH INGGERIS4. LAPORAN CHEESEMAN

5. LAPORAN BARNES

6. LAPORAN FENN-WU

Page 2: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

PENDIDIKAN SEBELUM KEMERDEKAAN

LATAR BELAKANG KEMASYARAKATAN

Wujudnya formasi masyarakat multietnik

Majoriti etnik Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani, etnik India di ladang-ladang dan etnik Cina di kawasan bandar dan kawasan perlombongan

Page 3: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

LATAR BELAKANG KEMASYARAKATAN

• Kumpulan etnik ini berbeza dari segi bahasa, agama dan budaya

• Setiap etnik mempunyai sistem pendidikan tersendiri yang menjurus kepada identifikasi etnik.

• Matapelajaran: Tauhid, Tafsir, Fiqh, Hadis, Nahu Saraf, Tasawuf dan doa-doa serta Jawi dan Bahasa Arab

Page 4: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

• Bahasa pengantar : Bahasa Melayu

• Tempoh tamat pengajian : tidak ditetapkan

• 2 jenis sekolah pondok : – untuk murid sepenuh masa– dibuka pada hujung minggu untuk orang dewasa

• Tujuan : mendidik penduduk kampung supaya memahami hukum-hukum agama Islam dan cara beribadat.

Page 5: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA SEBELUM KEMERDEKAAN (1400 – 1956)

• SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM KEDATANGAN BRITISH (1400 – 1786)

– Sistem pendidikan orang Melayu berlandaskan pelajaran kitab suci Al-Quran semata-mata.

- disampaikan oleh guru Al-Quran yang juga menjadi imam di surau atau masjid.

– tiada bayaran dikenakan

Page 6: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM KEDATANGAN BRITISH (1400 – 1786)

- Perkara-perkara yang dipelajari : kira-mengira, menulis Jawi, Tajwid, Fardu ‘Ain, rukun Islam dan rukun Iman.

- 3 pelajaran sehari @ satu jam pelajaran pertama : pagi selepas

sembahyang subuh pelajaran kedua : selepas

sembahyang Zohor pelajaran ketiga : selepas senja.

Page 7: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM KEDATANGAN BRITISH (1400 – 1786)

- Waktu-waktu lain : menolong guru menguruskan hal-hal rumah dan bekerja di kebun @ sawah.

- Membantu membina kemahiran hidup pelajar-pelajar berkenaan.

Kesimpulan:Aktiviti pelajaran adalah terhad kepada membaca Quran, huruf abjad Arab, mengingat dan menghafaz doa serta mempelajari prinsip-prinsip agama Islam.

Page 8: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

Rasional

• Organisasi masyarakat Melayu kurang kompleks – bekerja sebagai petani @ nelayan.

• Pemerintahan masyarakat Melayu stabil

• Tiada cabaran

Page 9: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

Rasional

• Dari itu tidak perlu mempunyai banyak ilmu dan kemahiran khusus.

• Hanya perlu mempunyai kemahiran membaca doa-doa drp Quran supaya dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat Islam mereka.

Page 10: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

Kelemahan

• Kurikulumnya terlalu sempit

• Hanya terhad kepada pelajaran teks Quran sahaja

• Kaedah pengajaran dan pembelajaran kurang berkesan

• Hanya diajar cara menghafaz sahaja tanpa memahami apa yang telah dipelajari.

-

Page 11: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

BENTUK PENGAJIAN

1. SEKOLAH PONDOK

• Mula diperkenalkan menjelang penghujung kurun ke-19

• Kebanyakannya di Kedah, Perak, Kelantan dan Pulau Pinang

• Satu institusi pendidikan Agama Islam yang berasrama

Page 12: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

Pendidikan agama secara tidak formal

Contoh: - Pondok Langgar - Pokok Sena, Kedah

- Pondok Bukit Mertajam, Seberang

Perai

- Pondok Tok Kenali, Kelantan

- Madrasah Al-syhor, P. Pinang

- Madrasah Ihya As-Sharif, Gunung

Semanggol, Bagan Serai, Perak 1934

Page 13: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

1. SEKOLAH PONDOK

• Lebih kemas dan maju daripada sistem pendidikan agama surau @ masjid

• Didirikan secara gotong-royong oleh penduduk kampung dan diuruskan oleh alim ulama secara sukarela

Page 14: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

2. MADRASAH

• Mula diperkenalkan pada awal tahun ke-20

• Sekolah agama yang moden, lebih kemas, teratur dan maju dari sekolah pondok

• Menyampaikan pelajaran yang menekankan ajaran-ajaran reformis dari Asia Barat, yang meliputi matapelajaran bersifat keduniaan dan akhirat

Page 15: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

2. MADRASAH

• Tumpuan : pengajaran agama Islam

• Lain-lain : perdagangan, kira-kira dan cara menanam padi serta membuat sabun

• Lulusan madrasah bertaraf tinggi (Al-Masyhur P.Pinang dan K. Baru) boleh melanjutkan pelajaran ke universiti seperti Universiti Al-Azhar, Mesir atau di Masjidil-Haram, Makkah.

Page 16: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

3. PENDIDIKAN TIDAK FORMAL

• Berlaku secara tidak langsung

• Anak-anak membantu ibubapa dalam pelbagai tugasan seharian di kebun atau di rumah

Page 17: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

3. PENDIDIKAN TIDAK FORMAL

• Mempelajari beberapa kemahiran :– Membuat @ membaiki alat-alat pertanian

daripada ibubapa atau orang kampung yang lebih tua

– Kraftangan seperti membuat bakul, ukiran kayu dan logam

– Seni mempertahankan diri– Ilmu sihir

Page 18: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

SELEPAS PERANG DUNIA II HINGGA

MERDEKA (1946 – 1956)

SEKOLAH VERNAKULAR

• Sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran

• Sekolah Vernakular Melayu• Sekolah Vernakular Cina• Sekolah Vernakular Tamil• Sekolah Vernakular Inggeris

Page 19: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

SEKOLAH VERNAKULAR

• Faktor-faktor yang mendorong sistem persekolahan berlainan:– Sikap pihak British - dasar pemerintahan ‘pecah

dan perintah’- 4 lagi sistem persekolahan wujud selain sekolah agama.

– Tiada satu dasar pelajaran kebangsaan pada masa itu

– Sikap kedaerahan yang diwarisi setiap kaum

Page 20: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

1. SEKOLAH VERNAKULAR MELAYU

• Sekolah pertama : 1855 di Bayan Lepas, Pulau Pinang

• Matapelajaran: Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu Hisab, Ilmu Alam dan Latihan Jasmani – elaun di bayar oleh Kerajaan

• Tidak mendapat sambutan yang menggalakkan dari ibubapa

Page 21: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

1. SEKOLAH VERNAKULAR MELAYU

• A.M. Skinner: membuat pengubahsuaian atas dasar kelas Quran

• Sebelah petang: matapelajaran Al-Quran diajarkan – elaun guru agama dibayar oleh ibubapa

• Mendapat sambutan baik di kalangan ibubapa.

Page 22: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

1. SEKOLAH VERNAKULAR MELAYU

• Masalah yang dihadapi:– Kepentingan pendidikan kurang disedari– Pendapatan rendah bagi lepasan sekolah Melayu

berbanding lepasan sekolah Inggeris– Dasar pentadbiran Inggeris : mendidik anak-anak Melayu

supaya terus duduk di kampong : bimbang pendidikan Inggeris akan bercita-cita tinggi serta akan timbul kesedaran politik dan hak-haknya.

• Mulai abad ke-20, Perkebunan dan Anyaman diperkenalkan : berdasarkan cadangan Winstedt, 1917

Page 23: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

1. Sekolah Vernakular Melayu

• Murid-murid hanya belajar menulis, membaca, mengira, kegiatan perkebunan dan cara menganyam

• Kurikulum sekolah Melayu tidak berkembang lebih daripada darjah empat

• Selepas darjah empat hanya segolongan kecil dapat memasuki Maktab Perguruan atau Malay Special Class di mana mereka boleh meneruskan pelajaran mereka di sekolah Inggeris nanti.

Page 24: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

1. SEKOLAH VERNAKULAR MELAYU

Rumusan:

• Dasar pentadbiran Inggeris: menjaga kepentingan mereka sendiri

• Orang Melayu tidak digalakkan ke bandar: cuba memisahkan orang Melayu daripada kemajuan perbandaran dan perindustrian.

• Dasar ini menimbulkan pelbagai masalah sosioekonomi sehingga terdapat jurang yang besar antara golongan yang berada dengan yang tidak berada.

Page 25: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

PENDIRIAN BRITISH TERHADAP PENDIDIKAN MELAYU.

• Mereka bersikap sekadar memberi pendidikan yang menyediakan tenaga manusia di peringkat buruh @ menjadi petani.

• Tujuan: menyediakan tahap persekolahan Melayu setakat darjah 4.

• Tidak menggalakkan orang Melayu menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah Inggeris kerana bimbang kesedaran politik dan daya pemikiran mereka akan meningkat : menggugat kedudukan British di Tanah Melayu.

Page 26: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

PENDIRIAN BRITISH TERHADAP PENDIDIKAN MELAYU.

• Mereka mempunyai sikap memuliakan kerja buruh di kalangan orang Melayu.

• Anak-anak Melayu lepasan sekolah rendah Melayu hanya bekerja sebagai petani, peon @ polis sahaja.

• Dasar pendidikan ini tidak dapat meningkatkan taraf hidup mereka – keadaan ini telah menimbulkan semangat kebangsaan Melayu dalam tahun 1930-an.

Page 27: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

2. SEKOLAH VERNAKULAR CINA.

• Kelas Vernakular Cina pertama : di Melaka pada tahun 1815.

• Oleh Mubaligh London

• Sekolah Cina yang pertama: Institut Wu Fu oleh orang tempatan di Pulau Pinang pada tahun 1819.

Page 28: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

2. SEKOLAH VERNAKULAR CINA.

• Kurikulum: berdasarkan pelajaran klasik lama

• Lain-lain: kaligrafi dan ilmu kira-kira dengan menggunakan abakus.

• Lokasi: rumah individu @ kuil sembahyang

• Bahasa pengantar: dialek tempatan (Kongfu, Teochew, Hokkien dsbnya).

Page 29: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

SEKOLAH VERNAKULAR CINA.

• Kurikulum baru: – diperkenalkan pada awal kurun ke-20 (selepas

tahun 1900)– selain klasik lama, Sejarah, Ilmu Alam, Sains,

Moral, Bahasa, Ilmu Hisab, Lukisan, Menyanyi dan latihan Jasmani.

• Sikap British: mengamalkan polisi liberal terhadap penubuhan sekolah Cina di Tanah Melayu.

Page 30: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

SEKOLAH VERNAKULAR CINA.

• Usaha pembinaan sekolah Cina ditanggung oleh orang Cina sendiri.

• Sehingga penghujung kurun 19, hanya sebuah sekolah Cina dibina oleh Kerajaan negeri di Selangor: 1885.

• 1901 – mula mendapat bantuan kewangan dari Negara China di bawah pemerintahan Manchu.

• Guru : dari Negara China – penyerapan ideologi secara terus.

Page 31: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

SEKOLAH VERNAKULAR CINA.

• Reformasi kebudayaan – Pergerakan 4hb Mei – membawa perubahan atas sistem pendidikan Cina di Tanah Melayu:

– Bahasa pengantar: mula menggunakan bahasa Mandarin– Buku teks ditulis semula dengan aspirasi menyatupadukan

rakyat Cina yang menetap di luar negeri.

• 1920 : Kerajaan British meluluskan Enakmen Pendaftaran Sekolah di Tanah Melayu.

Page 32: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

SEKOLAH VERNAKULAR CINA.

• Faktor : Penjajah British menyedari SVC menjadi tempat penyebaran ideologi Kerajaan China dan sentimen anti-British – merasa perlu menukar amalan polisi liberal.

• Tujuan: mengawal aktiviti-aktiviti subversif di sekolah Cina.

Page 33: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

SEKOLAH VERNAKULAR CINA.

• Kandungan Enakmen:– Pengarah Pelajaran mempunyai kuasa menutup sebarang

sekolah yang tidak mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pentadbiran British dari segi :

• Kurikulum• Pentadbiran• Keadaan kesihatan sekolah

– Semua guru dan pentadbir dikehendaki berdaftar dan disediakan oleh Pengarah Pelajaran.

Page 34: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

SEKOLAH VERNAKULAR CINA.– Sekolah-sekolah Cina yang didaftar di bawah Enakmen

akan diberi bantuan kewangan oleh Kerajaan British

Syarat kelayakan oleh Winstedt (Pengarah Pelajaran) menggunakan dialek tempatan sebagai bahasa pengantar (Bahasa Mandarin – agen Kerajaan China)

• Pendapat masyarakat Cina:

– Enakmen telah mencabuli hak asasi orang Cina dalam pengurusan sekolah sendiri.

Page 35: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

SEKOLAH VERNAKULAR CINA.

• Membantah Enakmen sekeras-kerasnya.

• British tidak berganjak – meneruskan rancangan pendaftaran sekolah.

• 1925: pindaan ditambah– memberi kuasa kepada Pengarah Pelajaran untuk

menolak pendaftaran seorang guru jika didapati terlibat dalam aktiviti subversif

– Pengarah Pelajaran berkuasa mengharamkan sebarang buku teks yang mengandungi unsur-unsur anti-kerajaan British.

Page 36: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

SEKOLAH VERNAKULAR CINA.

• Akibat pindaan : 1925 -1928 : 315 buah sekolah telah dibatalkan daripada pendaftarannya.

• 1929 : tindakan lebih ketat ke atas sekolah Cina oleh Gabenor Cecil Clementi:– Guru sekolah Cina hanya boleh dilantik daripada

orang yang lahir di Tanah Melayu.– Mengharamkan buku teks yang mengandungi

unsur-unsur anti-kerajaan British.

Page 37: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

SEKOLAH VERNAKULAR CINA.

• 1932: Cecil Clementi menghentikan bantuan kewangan kepada Sekolah Cina yang baru.

• 1934: diberi semula apabila Shenton Thomas menjadi Gabenor dan Pesuruhjaya Tinggi di Tanah Melayu.

• Enakmen tidak dapat menyekat perkembangan sekolah Cina – terus berkembang pesat.

Page 38: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

3. SEKOLAH VERNAKULAR TAMIL.

• Yang pertama ditubuhkan di Tanah Melayu bermula selepas penubuhan Penang Free School – menjadi salah satu matapelajaran: 1816.

• 1850: Sekolah Anglo-Tamil di Melaka – mengajar Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris.

Page 39: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

3. SEKOLAH VERNAKULAR TAMIL.

• 1860: ditutup – kekurangan murid.

• Perkembangan sebenar bermula di estet-estet kopi, kelapa, gula dan getah – pekerja-pekerja bertutur bahasa Tamil.

• Pentadbiran Inggeris mewajibkan pemilik estet menyediakan Sekolah Tamil.

Page 40: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

SEKOLAH VERNAKULAR TAMIL.

• 1870: Sekolah yang mengajar Bahasa Tamil mula ditubuhkan di Melaka, Seberang Perai dan Negeri-negeri Bersekutu.

• Penubuhan bergantung kepada majikan atau usaha Persatuan Mubaligh.

• Semua sekolah Tamil adalah sekolah persendirian tanpa bantuan kewangan British.

Page 41: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

SEKOLAH VERNAKULAR TAMIL.• Awal kurun ke 20: lebih banyak buruh India diperlukan

bekerja di ladang getah.

• Dorongan: Kerajaan British menukar polisi pendidikan mulai 1902.

• Mula memberi kemudahan untuk menubuhkan SVT di mana-mana tempat difikirkan perlu termasuk di bandar-bandar untuk anak-anak pekerja JKR dan Keretapi.

• 1902: Kod Buruh: mewajibkan setiap ladang 10 orang kanak-kanak 7 – 14 tahun menyediakan sekolah dan guru untuk mereka.

Page 42: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

SEKOLAH VERNAKULAR TAMIL.

• 1930: 4 jenis SVT di Tanah Melayu:

– sekolah yang dibiayai dan diuruskan oleh Kerajaan

– sekolah lading yang dibiayai dan diuruskan oleh Kerajaan

– sekolah yang didirikan dan diuruskan oleh komuniti India tempatan

– sekolah yang didirikan oleh Persatuan Mubaligh Kristian.

Page 43: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

SEKOLAH VERNAKULAR TAMIL.

• Masalah yang dihadapi:– Mengalami banyak kekurangan kemudahan– Banyak bangunan sekolah didirikan dalam

keadaan yang kurang memuaskan

• (kecuali sekolah di bandar)– Kedatangan murid tidak tetap dan kadar keciciran

tinggi.

• Untuk membaikinya: Kerajaan British melantik seorang nazir Sekolah Tamil berbangsa Eropah:1930

Page 44: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

4. SEKOLAH INGGERIS

• Hasil usaha berbagai badan Mubaligh Kristian yang datang ke Tanah Melayu.

• Sekolah Roman Katholik yang pertama ditubuhkan oleh paderi-paderi Portugis di Melaka pada tahun 1548.

Page 45: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

4. SEKOLAH INGGERIS

• Kelas Inggeris yang pertama: didirikan oleh Persatuan Mubaligh London di Melaka tahun 1815.

• Sekolah Inggeris yang ulung : Penang Free School, Pulau Pinang.

Page 46: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

SEKOLAH INGGERIS

• Faedah penubuhan PFS (Hutchings, 6 Feb. 1816):– Dibuka kepada kanak-kanak di pulau ini tanpa kira

bangsa asalkan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh institusi ini

- Matlamat utama institusi: menyediakan pendidikan untuk kanak-kanak, mengelakkan dari kenakalan dan pengangguran, mendidik mereka supaya memperolehi sifat kerajinan, didiplin dan kelakuan baik.

Page 47: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

SEKOLAH INGGERIS

– Ibu bapa yang berkemampuan dikehendaki membayar yuran persekolahan anak-anak mereka mengikut kadar yang difikirkan munasabah.

– Anak-anak Melayu diajar oleh seorang guru melayu untuk membaca dan menulis bahasa melayu jika ibubapa tidak setuju anak belajar bahasa Inggeris.

Page 48: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

SEKOLAH INGGERIS

- Rancangan yang sama diberikan kepada kanak-kanak bangsa lain.

– Kanak-kanak akan diajar tentang pekerjaan yang berguna : tukang kayu, tukang besi, tukang kasut, tukang jahit, penjilid buku dan sebagainya.

– Perhatian yang berat akan diambil untuk mengelakkan pertelingkahan terhadap kepercayaan ibubapa dengan agama Kristian.

Page 49: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

SEKOLAH INGGERIS

• 1905: MCKK (sekolah berasrama penuh) ditubuhkan khusus bagi anak-anak Melayu strata atasan.

• Tujuan: menyediakan pegawai kerajaan bagi bahagian-bahagian tertentu.

• Awal kurun ke-20 tidak ramai anak Melayu mendapat peluang belajar di sekolah Inggeris.

Page 50: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

SEKOLAH INGGERIS

• Penghujung tahun 1930-an – peluang belajar di sekolah Inggeris dibuka kepada anak Melayu lelaki melalui Special Malay Class dari darjah 4 melalui peperiksaan

• SMC 2 tahun – layak memasuki tahun 4 sekolah Inggeris.

• Selain Free School dan Malay College : sekolah-sekolah Inggeris lain ditubuhkan atas usaha Badan-badan

Page 51: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

SEKOLAH INGGERIS

• Mubaligh Kristian.

• Terbuka kepada kanak-kanak berbilang kaum

• Tujuan: menyediakan pendidikan umum serta membaiki akhlak kanak-kanak berdasarkan ajaran Kristian.

• Statistik: bilangan murid yang belajar di sekolah Inggeris kurang daripada bilangan murid yang belajar di sekolah-sekolah vernakular lain.

Page 52: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

SEKOLAH INGGERIS

• Walaupun ramai ibubapa dari bandar @ luar bandar meminta tempat di sekolah Inggeris

• Permintaan ditolak: sebab kekurangan tempat di sekolah Inggeris

• Polisi pendidikan kerajaan British: tidak setuju pendidikan Inggeris dibuka secara bebas kepada orang ramai.

Page 53: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

SEKOLAH INGGERIS

• Pendapat Kerajaan British : pendidikan Inggeris kepada kanak-kanak tempatan akan menimbulkan masalah pengangguran : perasaan kurang memberi galakan untuk mengembangkan pendidikan Inggeris di tanah jajahan mereka.

Page 54: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

SEKOLAH INGGERIS

• Ciri-ciri yang membezakan antara pendidikan Inggeris dengan sekolah vernakular:– Murid-murid yang belajar di sekolah Inggeris terdiri

daripada berbagai kaum kecuali Malay College.– Bahasa pengantar sekolah Inggeris adalah asing bagi

murid-murid tempatan kecuali murid-murid Eropah– Semua sekolah Inggeris hanya didirikan di dalam

bandar – hanya kanak-kanak yang tinggal di bandar dan mampu bayar yuran dapat peluang belajar di sekolah Inggeris

Page 55: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

RANCANGAN CHEESEMAN 1946

• Pendidikan peringkat rendah (asas) secara percuma dalam semua bahasa pengantar. • Pendidikan peringkat menengah (sekolah pertengahan) menggunakan bahasa Inggeris, bahasa Melayu, bahasa Mandarin dan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar. • Bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran wajib di semua sekolah vernakular. Tidak berfokus kepada integrasi sosial dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum.

AKIBATNYA Lupus dan dimansuhkan selepas pemansuhan Malayan Union (1949)

Page 56: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

3. MENJELANG MERDEKA

• ORDINAN PELAJARAN 1952

Bertujuan untuk mengkaji pandangan dalam

Laporan Barnes (1949) dan Laporan Fenn-Wu

(1951)

Antara cadangannya ialah:

- Dua jenis sistem sekolah hendaklah

ditubuhkan:

- Satu jenis sekolah rendah

menggunakan bahasa Melayu

sebagai bahasa pengantar

Page 57: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

Laporan Jawatan Kuasa Barnes (1949)

Cadangan-cadangan dalam Laporan ini ialah;• Pembinaan Sek. Vok. yg. moden•Pembinaan Maktab Perguruan berasrama•Penubuhan Jemaah Nazir Persekutuan•Penubuhan Penguasa pelajaran tenpatan untuk memperkembangkan pendidikan Sek. Rendah•Semua Sek. Ren. Keb. adalah percuma dari darjah 1 - 6•Selepas sek. Ren. Keb. m/m masuk ke sek. Men. dan bahasa pengantar Bahasa Inggeris.•Mata pelajaran ditekankan m/p Sains, Seni Perusahaan dan SRT.

Page 58: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

LAPORAN BARNES

• CADANGAN di mana bahasa Menubuhkan sekolah dwibahasa pengantar adalah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

• Sekolah-sekolah Melayu, Cina dan Tamil ditukarkan secara beransur-ansur kepada sekolah kebangsaan.

• Pengajaran agama menggantikan pengajaran Jawi bertujuan mengurangkan bebanan ibu bapa yang terpaksa menghantar anak-anak ke kelas agama pada waktu petang kerana pelajaran agama tidak diajarkan pada waktu persekolahan.

Page 59: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

LAPORAN BARNES

Dipengerusikan oleh L.J Barnes, Pengarah Bahagian Sosial Universiti Oxford, 1950.

• TUJUAN: Mengkaji dan memperbaiki pendidikan bagi orang Melayu.

• GAGAL: Gagal kemukakan cadangan tanpa merombak sistem pendidikan secara keseluruhan.

• KESAN: Kemukakan cadangan radikal dalam Laporan Pelajaran Melayu, Persekutuan Tanah Melayu (1951).

Page 60: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

LAPORAN FENN WU

• Jawatankuasa Fenn-Wu ditubuhkan pada 1951 dipengerusikan oleh: 1. Dr. Fenn, S/U Kerja Bersekutu, Lembaga Amanah,beberapa universiti di China. 2. Dr. Wu, bertugas di PBB. • Berfokuskan kepada sekolah Cina • TUJUAN: Mengkaji kehendak masyarakat Cina bertanggapan bahawa Laporan Barnes bertujuan menghapuskan budaya dan bahasa masyarakat Cina. CADANGAN • Bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Inggeris dijadikan pengantar di sekolah- sekolah vernakular.

Page 61: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

- Pelajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin belajar

bahasa ibunda mereka

- Bahasa Melayu wajib diajar di

sekolah Inggeris dan bahasa

Inggeris wajib diajar di sekolah Melayu

- Peringkat menengah hanya

pengantar bahasa Inggeris sahaja

Page 62: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

IMBASAN SEJARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

• Penubuhan Penguasa pelajaran tenpatan untuk memperkembangkan pendidikan Sek. Rendah

• Semua Sek. Ren. Keb. adalah percuma dari darjah 1 – 6

• Selepas sek. Ren. Keb. m/m masuk ke sek. Men. dan bahasa pengantar Bahasa Inggeris.

• Mata pelajaran ditekankan m/p Sains, Seni Perusahaan dan SRT.

Page 63: 1.1 PERKEMBANGAN SPM SEBELUM MERDEKA

CIRI-CIRI PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA

1. Sekolah untuk kaum tertentu sahaj

2. Tidak ada dasar mengenai bahasa pengantar

3. Sekolah-sekolah terpisah mengikut kedudukan geografi dan taburan penduduk

4. Kurikulum berbeza dan tidak sehala