11. Pertandingan Sayembara Puisi

4

Click here to load reader

description

gg

Transcript of 11. Pertandingan Sayembara Puisi

Page 1: 11. Pertandingan Sayembara Puisi

1

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-3

PERATURAN PERTANDINGAN SAYEMBARA PUISI 1.0 PERATURAN AM

1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut PERATURAN AM PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA III, 2012. Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan di dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :-

1.1.1 Sebarang perselisihan teknikal akan diputus berasaskan

kepada Keputusan Jawatankuasa Teknikal Pertandingan Kebudayaan PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA III, 2012.

1.2 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan

dan Teknikal Pertandingan Kebudayaan PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA III, 2012 adalah muktamad.

2.0 TARIKH PERTANDINGAN 21 November – 25 November 2012 3.0 TEMPAT PERTANDINGAN

Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES), Seremban, Negeri Sembilan 4.0 PENYERTAAN

4.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua Persatuan Belia/Badan Gabungan Majlis Belia Malaysia. Penyertaan hendaklah dibuat melalui Persatuan/Badan Gabungan masing-masing.

4.2 Setiap kontinjen hanya boleh mendaftarkan satu (1) pasukan yang

terdiri daripada :-

Pengurus/Jurulatih 1 orang

Peserta 1 orang

JUMLAH 2 orang

Page 2: 11. Pertandingan Sayembara Puisi

2

5.0 KELAYAKAN PESERTA

5.1 Hanya peserta yang lahir pada tahun antara 1 Januari 1972 dan ke atas

sahaja layak didaftarkan oleh sesuatu pasukan.

5.2 Semua pasukan hendaklah mengemukakan dua (2) salinan kad pengenalan bagi setiap peserta bersama dengan borang pendaftaran peserta.

5.3 Hanya pasukan yang didaftarkan dengan wang pendaftaran

RM 50.00 mengikut Peraturan Am Perkara 7.2 sahaja yang layak menyertai pertandingan ini.

5.4 Kelayakan peserta negeri atau kebangsaan atau profesional

adalah tidak dibenarkan dan merujuk kepada Peraturan Am Perkara 4.6, PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA III, 2012.

5.5 Bagi persatuan atau pertubuhan yang tidak mempunyai ahli

wanita atau lelaki adalah merujuk kepada Peraturan Am Perkara 4.8, PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA III, 2012.

6.0 TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN

6.1 Mesyuarat Pengurus Pasukan dan undian acara akan diadakan

pada 22 November 2012 iaitu satu (1) hari sebelum pertandingan pertama dijalankan.

6.2 Pengurus-pengurus pasukan dikehendaki mengemukakan

senarai nama peserta bersama dengan kad pengenalan, dan borang pertandingan yang asal untuk disahkan. Tambahan kepada bilangan peserta yang telah didaftarkan tidak dibenarkan

6.3 Senarai peserta yang disahkan semasa mesyuarat pengurus

pasukan adalah muktamad.

7.0 SISTEM PERTANDINGAN

7.1 Pertandingan akan dijalankan secara Kalah-Mati pada masa yang ditetapkan oleh penganjur.

7.2 Peserta dikehendaki mendeklamasi sebuah puisi sahaja yang

terdapat di dalam buku Tanah Nurani: Antologi Puisi Pemenang Hadiah Sastera Perdana 1996-2005 terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka atau peserta dikehendaki mendeklamasi

Page 3: 11. Pertandingan Sayembara Puisi

3

sebuah puisi sahaja puisi pilihan mestilah bertemakan patriotik dan perlu disertakan dengan borang penyertaan.

7.3 Deklamasi Puisi yang dimaksudkan ialah deklamasi sajak dan bukan melagukan atau menyanyikan puisi. Pertandingan Deklamasi ini juga tidak termasuk puisi tradisional.

7.4 Peserta hendaklah menghafal puisi pilihan mereka.

Walaubagaimanapun mereka dibolehkan membawa bersama teks ketika mendeklamasikan sajak.

7.5 Peserta dibenarkan bergerak bebas di atas pentas dengan cara

yang kreatif dan bersesuaian dengan sajak yang disampaikan. Pergerakan yang tidak sesuai boleh mengurangkan markah.

7.6 Peserta dibenarkan membawa alat bantuan (prop) yang

bersesuaian dan tidak membahayakan.

7.7 Penggunaan muzik daripada CD sahaja yang dibenarkan. Penggunaan alatan muzik secara live tidak dibenarkan.

8.0. KELEWATAN

8.1 Lima (5) minit akan diberikan kepada pasukan-pasukan. Jika selepas masa itu mana-mana pasukan yang tidak dapat hadir maka pasukan berkenaan dikira menarik diri daripada pertandingan.

9.0 TEMPOH MASA PERSEMBAHAN

9.1 Jangka masa persembahan hendaklah tidak melebihi 7 minit. Markah akan ditolak sekiranya melebihi had masa yang diperuntukkan

9.2 Jadual pertandingan adalah tertakluk kepada pihak penganjur.

10.0 PAKAIAN PESERTA

10.1 Pakaian deklamator hendaklah bersesuaian dan bersopan.

11.0 HAKIM DAN PENGIRAAN MARKAH

11.1 Panel Hakim akan dilantik oleh pihak penganjur 11.2 Keputusan Hakim adalah muktamad

Page 4: 11. Pertandingan Sayembara Puisi

4

11.3 Pengiraan Markah berdasarkan kepada Bahagian Bahasa : 30 markah

(Sebutan dan Intonasi)

Bahagian Persembahan/Penghayatan (Penghayatan, Keyakinan Diri,Kefasihan : 25 markah dan Kelancaran

Bahagian Suara : 25 markah

(Intonasi, Kejelasan Sebutan & Vokal)

Bahagian Pergerakan (Penggerakan Badan, Ekspresi Muka, : 10 markah Aksi Penyampaian Emosi

Bahagian Kreativiti

(Busana Peralatan, Kesan Berseni & : 10 markah Kesan Muzik) JUMLAH :

EMAS

100 markah 12.0 HADIAH-HADIAH

18.1 Pingat-pingat kemenangan akan disediakan seperti berikut :-

PERAK GANGSA

1 (2) 1 (2) 1 (2)