11. Topik 5 Aplikasi Khatam Al-quran J-qaf Ms 76-83

12
Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Aplikasi Khatam Al-Quran TOPIK 5 APLIKASI MODEL KHATAM AL-QURAN j-QAF DAN PENILAIANNYA SINOPSIS: Tajuk ini membolehkan pelajar menguasai konsep,objektif, kepentingan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran pengkhataman al-Quran j-QAF serta dapat membuat inferens dengan mengaplikasikan kaedah yang dipelajari dalam pengajaran dan pembelajaran dibilik darjah Hasil Pembelajaran: Di akhir kursus ini peserta dapat: 1. Memahami konsep, objektif dan kepentingan pengkhataman al- Quran j-QAF dalam kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah di Malaysia. 2. Mengaplikasikan model dan modul pengajaran dan pembelajaran pengkhataman al-Quran j-QAF dengan berkesan. 3. Menguasai kaedah penilaian pengkhataman al-Quran j-QAF. Tajuk ini sangat penting untuk para guru kerana ia menerangkan latar belakang khatam al-Quran j-QAM Model 6 Bulan dan Model Tasmik juga untuk memastikan kejayaan program ini di sekolah rendah. 75

Transcript of 11. Topik 5 Aplikasi Khatam Al-quran J-qaf Ms 76-83

Page 1: 11. Topik 5 Aplikasi Khatam Al-quran J-qaf Ms 76-83

TOPIK 5: KHATAM QURAN: j-QAF

5.1 KONSEP j-QAF 5.2 OBJEKTIF j-QAF 5.3 KEPENTINGAN KHATAM QURAN j-QAF 5.4 PELAKSANAAN KHATAM QURAN j-QAFPROGRAM KHATAM QURAN MODEL PROGRAM KHATAM QURAN MODELTASMIK: PELAKSANAAN DAN PENILAIANNYA.

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Aplikasi Khatam Al-Quran

TOPIK 5 APLIKASI MODEL KHATAM AL-QURAN j-QAF DAN PENILAIANNYA

SINOPSIS:

Tajuk ini membolehkan pelajar menguasai konsep,objektif, kepentingan dan kaedah

pengajaran dan pembelajaran pengkhataman al-Quran j-QAF serta dapat membuat

inferens dengan mengaplikasikan kaedah yang dipelajari dalam pengajaran dan

pembelajaran dibilik darjah

Hasil Pembelajaran:

Di akhir kursus ini peserta dapat:

1. Memahami konsep, objektif dan kepentingan pengkhataman al-Quran j-QAF

dalam kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah di Malaysia.

2. Mengaplikasikan model dan modul pengajaran dan pembelajaran pengkhataman

al-Quran j-QAF dengan berkesan.

3. Menguasai kaedah penilaian pengkhataman al-Quran j-QAF.

Tajuk ini sangat penting untuk para guru kerana ia menerangkan latar belakang khatam

al-Quran j-QAM Model 6 Bulan dan Model Tasmik juga untuk memastikan kejayaan

program ini di sekolah rendah.

75

Page 2: 11. Topik 5 Aplikasi Khatam Al-quran J-qaf Ms 76-83

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Aplikasi Khatam Al-Quran

Pada 24 Disember 2003, semasa YAB Perdana Menteri menyampaikan ucapan pada

perjumpaan dengan ulama dan pegawai-pegawai agama sempena Majlis Tilawah al-

Quran Peringkat Antarabangsa Kali ke 45 di Kuala Lumpur, antara lain ada menyebut

tentang khatam al-Quran di samping mewajibkan pembelajaran Bahasa Arab dan

menghayati amalan fardhu ain. Hasrat itu diulangi sekali lagi semasa lawatan beliau ke

Kementerian pendidikan Malaysia pada 30 Disember 2003. Beliau mencadangkan

supaya perkara tersebut dilaksanakan dengan seberapa segera yang boleh.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil tindakan dengan mengadakan

beberapa mesyuarat dan bengkel, akhirnya bersetuju antara lain khatam al-Quran

diperkenalkan di peringkat sekolah rendah.

5.1 Konsep j-QAF

j-QAF adalah suatu projek memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melalui penekanan

khusus dalam penajaran jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain. Projek ini

dilaksanakan di peringkat sekolah rendah.

5.2 Objektif Khatam Quran j-QAF

Setelah projek j-QAF dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan diharapkan semua

murid yang menganut agama Islam, semasa berada di sekolah rendah dapat:

i. Membaca al-Quran dengan lancar dan bertajwid dan

ii. Murid dapat mengkhatamkan al-Quran 30 juzuk.

5.3 Kepentingan Khatam Al-Quran j-QAF

Khatam al-Quran j-QAF melalui proses talaqqi musyafahah adalah penting demi

memastikan setiap murid diberi peluang sama rata untuk menguasai tilawah al-Quran

dengan lancar dan bertajwid. Setiap murid diharap dapat menghatamkan bacaan al-

Quran sebanyak 30 juzuk dalam jangka masa 6 tahun berada di sekolah rendah

mengikut tahap penguasaan individu. Namun bagi murid yang tidak menguasai bacaan

76

Page 3: 11. Topik 5 Aplikasi Khatam Al-quran J-qaf Ms 76-83

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Aplikasi Khatam Al-Quran

al-Quran berpeluang meneruskan pembelajaran menggunakan kaedah Iqra` dengan

pemantauan dari guru dari masa ke semasa.

5.4 Pelaksanaan dan Penilaian Khatam Quran j-QAF

Pelaksanaan khatam al-Quran j-QAF terbahagi kepada dua iaitu program khatam al-

Quran Model Setahun atau Model 6 bulan dan program khatam al-Quran Model Tasmik.

Walaupun objektif kedua-dua model ini sama, namun kaedah pelaksanaannya berbeza

di antara satu sama lain.

5.4.1 Program Khatam Quran Setahun atau 6 Bulan.

Program Khatam al-Quran Setahun atau 6 Bulan ialah program yang menumpukan

kepada penguasaan kemahiran membaca al-Quran tahun satu dan aspek khatam al-

Quran pada tahun 2 hingga tahun 6.

Program Khatam al-Quran Setahun dilaksanakan kepada pelajar Tahun Satu

kemasukan mulai Januari 2011. (Sila rujuk Kurikulum Standard Sekolah

Rendah).sebagai rujukan pelaksanaan. Manakala bagi pelajar tahun 2,3,4,5 dan 6 tahun

2011 akan meneruskan Program Khatam Quran Model 6 bulan di bawah kurikulum

KBSR.

Objektif

a. Murid dapat membaca al-Quran dengan lancar dan bertajwid

b. Murid dapat menghabiskan bacaan al-Quran sebanyak 30 juzuk.

Kumpulan Sasaran

Semua murid yang beragama Iskam tahun2 hingga tahun 6

Strategi Pelaksanaan

Tempoh Pelaksanaan

Murid tahun 2 hingga tahun 6 akan mengikuti Model Khatam Al-

Quran setiap tahun. Bagi bulan berikut dan seterusnya mereka

akan mengikuuti kurikulum Pendidikan Islam berdasarkan sukatan

pelajaran sedia ada.

77

Page 4: 11. Topik 5 Aplikasi Khatam Al-quran J-qaf Ms 76-83

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Aplikasi Khatam Al-Quran

Peruntukan Waktu

Pengajaran dan pembelajaran berfokus kepada Tilawah al-Quran

mulai Januari hingga Nov dengan peruntukan masa 4 kali

seminggu. Dua waktu selebihnya digunakan untuk program Asas

Ulum Syariah danJawi.

Proses Pengajaran dan Pembelajaran

i. Semua murid membaca al-Quran menggunakan

mushafRasm Uthmani

ii. Setiap murid membaca al-Quran mengikut kedah talaqqi

dan musyafahah.

Iii. Proses talaqqi dan musyafahah di dalam kelas

dikendalikan oleh guru Pendidikan Islam (GPI) yang

mengajar dengan dibantu oleh sekkurang-kurangnya

seorang guru pembimbing yang boleh terdiri daripada guru

GPI lain, guru akademik biasa, pentadbir sekolah, kaki

tangan sekolah dan murid turus.

Iv. Merekod bacaan setiap murid di dalam Buku Rekod

Bacaan al- Quran masing-masing.

V. Panduan proses P&P boleh dirujuk dari contoh Model

Pengajaran dan Pembelajaran Model Khatam Al-Quran.

Vi. Murid yang tidak menguasai bacaan al-Quran hendaklah

meneruskan pembelajaran dengan menggunakan kaedah

Iqra`.

Vii. Aktiviti-aktiviti pemulihan seperti kelas pemulihan atau kem

al-Quran perlu diadakan kepada murid yang tidakdapat

membaca (ummi) al-Quran.

Viii Agihan bacaan mengikut jadual dan hendaklah dirujuk

dalam Model Pengajaran dan Pembelajaran Model

Khatam Al-Quran.

Agihan Tugas

Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral , Penolong

78

Page 5: 11. Topik 5 Aplikasi Khatam Al-quran J-qaf Ms 76-83

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Aplikasi Khatam Al-Quran

Pengarah Kurikulum, Penyelia Pendidikan Islam Negeri dan Daerah

bertanggungjawab:

a. Memberi taklimat pelaksanaan projek

b. Memantau pelaksanaan projek

c. Menyediakan laporan projek

Guru Besar bertanggungjawab;

a. Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana peringkat sekolah.

b. Mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan projek

dilaksanakan dengan sempurna.

c. Memberi taklimat kepada guru dan pembimbing guru yang terlibat.

d. Memastikan projek ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.

e. Memantau pelaksanaan projek

f. Mengesahkan laporan yang dibuat oleh guru dan dihantarke JPN

selepas tamat pelaksanaan projek.

Ketua Panitia Pendidikan Islam bertanggungjawab;

a. Bertindak sebagai setiausaha jawatankuasa pelaksana peringkat

sekolah.

b. Mengadakan mesyuarat dan perbincangan bagi mencari guru

pembimbing.

c. Bekerjasama dengan guru Pendidikan Islam menyediakan

keperluan pelaksanaan projek.

d. Menyemak laporan.

Guru Pendidikan Islam Bertanggungjawab;

a. Mengenalpasti guru pembimbing yang boleh dilibatkan dengan

projek.

b. Memastikan setiap murid memiliki Buku Rekod Bacaan Al-Quran.

c. Membuat pengesahan bacaan setiapmurid seminggu sekali dalam

Buku Rekod Bacaan Al-Quran.

d. Memaklumkan sebarang masalah murid dan guru pembimbing

kepada jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah.

e. Melaporkan pencapaian projejke Sektor Pengurusan Pendidikan

Islam,Jabatan pendidikan Negeri dengan mengisi Borang

Laporan Penilaian Projek Khatam Al-Quran Model 6 Bulan.

Guru Pembimbing

79

Page 6: 11. Topik 5 Aplikasi Khatam Al-quran J-qaf Ms 76-83

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Aplikasi Khatam Al-Quran

a. Membantu dan membimbing murid sehingga khatam al-Quran

b. Mencatat bacaan murid dalam Buku Rekod Bacaan.

c. Mengenalpasti kelemahan murid dan membuat catatan dalam

Buku Rekod Bacaan.

d. Sentiasa berbincang dengan guru yang mengajar untuk

menyelesaikan sebarang masalah.

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

Model 6 Bulan Khatam Al-Quran menekankan penggunaan kaedah

talaqqi dan musyafaha. Kaedah ini dilaksanakan melalui proses

berikut:

1. Murid mendengar bacaan contoh dari guru

2. Murid membaca dengan bimbingan guru, pembimbing/ murid

turus.

3. Guru, pembimbing/ murid turus membetulkan bacaan murid.

4. Guru, pembimbing/ murid turus mengesahkan bacaan murid

dengan memberikan pujian atau mengiyakan.

Penilaian

Penilaian ringkas perlu dilakukan secara mingguan kepada murid bagi

mengesahkan murid tersebutbenar-benar menguasai bacaan yang

direkodkan oleh guru pembimbing.

Penilaian secara menyeluruh hendaklah dilakukan diakhir tahun bagi

menentukan tahap pencapaian bacaan al-Quran setiap individu. Guru

boleh

memilih mana-mana ayat untukmenilai murid. Penilaian ini hendaklah

berdasarkan panduan berikut;

Agihan Markah

1. Jumlah ayat : 60 markah

2. Kualiti bacaan : 40 markah

80

Page 7: 11. Topik 5 Aplikasi Khatam Al-quran J-qaf Ms 76-83

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Aplikasi Khatam Al-Quran

Markah jumlah ayat dikira berdasarkan jumlah ayat tertinggi yang dibaca oleh

murid iaitu:

Ayat tertinggi X60

_______________

Jumlah ayat keseluruhan

5.4.2 Program Khatam Quran Model Tasmik

Model Tasmik Khatam Al-Quran ialah satuprogram membimbing dan merekod

perkembangan bacaan al-Quran murid secara individu berdasarkan program yang telah

diatur bagi membolehkan murid khatam semasa berada di sekolah rendah dan

melaksanakan di luar jadual waktu.

Objektif

a. Murid dapat membaca al-Quran dengan bertajwid.

b. Murid dapat mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzuk .

Kumpulan Sasaran

Semua murid beragama Islam tahun 2 hingga tahun 6 sekolah rendah.

Strategi Pelaksanaan

a. Semua murid hendaklah menggunakan al-Quran Rasm Uthmani.

b. Setiap murid perlu mempunyai guru pembimbing yang dilantik

oleh pihak sekolah.

c. Pembimbing boleh dilantik daripada sesiapa sahaja yang

berkebolehan dan berkemampuan seperti guru Pendidikan Islam,

guru-guru agama, ibu bapa, guru-guru akademik di sekolah,

pelajar Maahad Tahfiz dan lain-lain. Murid yang telah khatam al-

Quran boleh menjadi pembantu kepada guru pembimbing.

d. Guru pembimbing hendaklah membimbing bacaan dan merekod

bacaan murid dalam Buku Rekod Bacaan setiapkali ditasmik.

e. Murid yang masih tidak dapat membaca al-Quran perlu dibimbing

secara berterusan menggunakan kaedah dan aktiviti yang sesuai.

81

Page 8: 11. Topik 5 Aplikasi Khatam Al-quran J-qaf Ms 76-83

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Aplikasi Khatam Al-Quran

f. Setiap murid mesti memiliki Buku Rekod Bacaan Al-Quran yang

disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.

g. Guru Pendidikan Islam hendaklah menilai dan mengesahkan

pencapaian murid sekurang-kurangnya sekali seminggu dalam

buku rekod bacaan.

h. Guru Pendidikan Islam hendaklah memastikan murid-murid

mendapat bimbingan dari guru pembimbig ebelum penilaian

dilaksanakan.

i. Murid dikehendaki membaca al-Quran berdasarkan agihan muka

surat yang dicadangkan seperti dalam model Tasmik.

j. Murid-murid yang cemerlang boleh meneruskan bacaan tanpa

terikat dengan agihan juzuk yang dicadangjkan.

k. Bagi melaksanakan agihan yang dicadangkan murid digalak

membaca al-Quran setiap hari supaya mereka tidak membaca

banyak ayat dan bagi membolehkan tumpuan kepada kualiti

bacaan.

l. Murid boleh membaca dan mentasmik bacaan al-Quran pada bila-

bila masa samada di sekolah atau di rumah.

m. Pihak sekolah hendaklah membuat penilaian dan menyediakan

laporan kepada JPN.

Penilaian

Penilaian ringkas perlu dilakukan secara mingguan kepada murid bagi

mengesahkan murid tersebut benar-benar menguasai bacaan yang

direkodkan oleh guru pembimbing.

Penilaian secara menyeluruh hendaklah dilakukan di akhir tahun

bagimenentukan tahap pencapian bacaan al-Quran setiap individu. Guru

boleh memilih mana-mana ayat untuk menilai murid. Penilaian ini hendaklah

berdasarkan panduan berikut;

Agihan Markah

3. Jumlah ayat : 60 markah

4. Kualiti bacaan : 40 markah

82

Page 9: 11. Topik 5 Aplikasi Khatam Al-quran J-qaf Ms 76-83

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Aplikasi Khatam Al-Quran

Markah jumlah ayat dikira berdasarkan jumlah ayat tertinggi yang dibaca

oleh murid iaitu:

Ayat tertinggi X60_______________

Jumlah ayat keseluruhan

* Sila rujuk Modul Pengajaran dan Pembelajaran Model Tasmik

Rujukan Asas:

1. Bahagian Kurikulum JPIM,KPM (2004), j-QAF : Buku Panduan Pelaksanaan Model-

Model Pengajaran dan Pembelajaran dan Kurikulum. Kuala Lumpur: JAPIM KPM

83

Tugasan

1. Setelah anda membaca nota di atas, anda dikehendaki membuat pengurusan grafik bandingbeza antara Model 6

Bulan Khatam Al-Quran dengan Model Tasmik Khatam Al-Quran

2. Tuliskan pengalaman anda semasa mengaplikasikan kedua- dua model di atas menjelaskan permasalahan yang dihadapi serta cadangan penyelesaiannya.