111879001-Sejarah-Tamadun

60
Sejarah Tamadun Dunia SJH 1105 KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI KAMSULBAHRI 1 1. Bincangkan organisasi ketenteraan di Alam Melayu dengan merujuk kepada kerajaan Serivijaya, Majapahit dan Melaka. Pendahuluan : Kerajaan Melayu awal seperti Srivijaya, Majapahit dan Melaka berjaya meluaskan kuasa kerana mempunyai organisasi ketenteraan yang teratur dan sistematik. Kekuatan ketenteraan menyebabkan mereka meluaskan wilayah dan meramaikan pengikut. Isi : Kategori Tentera : Tentera Majapahit dibahagikan kepada 3 kategori iaitu Sapta Dharmaputra Bhayangkari Tentera Biasa Sapta Dharmaputra ialah pasukan tentera elit yang terdiri daripada putera raja yang mempunyai kekuatan fizikal dan mental. Bhayangkari terdiri daripada 15 orang anggota bersenjata yang bertanggungjawab menjaga kawasan istana secara bergilir-gilir. Tentera Biasa terdiri daripada tentera tetap dan sukarela yang berkhidmat di pusat dan daerah jajahan takluk. Tentera Laut : Kerajaan Majapahit dan Srivijaya mempunyai tentera laut yang kuat. Angkatan laut berperanan menjaga kawasan perairan daripada serangan musuh dan mengawal aktiviti perlanunan. Orang Laut merupakan tulang belakang pahlawan tentera laut. Mereka berperanan mengawal jalan laut daripada ancaman lanun dan menguasai perairan di Selat Melaka. Armada laut ditempatkan di kawasan strategik di seluruh empayar. Laksamana mengetuai armada laut. Peralatan Perang : Peralatan perang yang digunakan dalam peperangan terdiri daripada senjata tradisional seperti keris, parang, badik, tombak, lembing, sumpitan dan sebagainya. Mereka juga mahir menggunakan alatan-alatan letupan seperti meriam besi dan tembaga, rentaka, terkul, pemuras dan lotang. Alat-alat semboyan seperti gong, tambu dan gendang perang digunakan dalam medan peperangan. Jenis Tentera : Tentera di Alam Melayu terdiri daripada tentera kerahan dan tentera upahan. Tentera kerahan tidak dibayar upah dan berkhidmat atas dasar taat setia kepada raja yang berdaulat. Raja dan pembesar mempunyai kuasa untuk mengerah rakyat berkhidmat sebagai tentera.

description

ketamadunan manusia

Transcript of 111879001-Sejarah-Tamadun

Page 1: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 1

1. Bincangkan organisasi ketenteraan di Alam Melayu dengan merujuk kepada

kerajaan Serivijaya, Majapahit dan Melaka.

Pendahuluan :

Kerajaan Melayu awal seperti Srivijaya, Majapahit dan Melaka

berjaya meluaskan kuasa kerana mempunyai organisasi ketenteraan

yang teratur dan sistematik. Kekuatan ketenteraan menyebabkan

mereka meluaskan wilayah dan meramaikan pengikut.

Isi :

Kategori Tentera :

Tentera Majapahit dibahagikan kepada 3 kategori iaitu

Sapta Dharmaputra

Bhayangkari

Tentera Biasa

Sapta Dharmaputra ialah pasukan tentera elit yang terdiri daripada putera raja yang

mempunyai kekuatan fizikal dan mental.

Bhayangkari terdiri daripada 15 orang anggota bersenjata yang bertanggungjawab

menjaga kawasan istana secara bergilir-gilir.

Tentera Biasa terdiri daripada tentera tetap dan sukarela yang berkhidmat di pusat

dan daerah jajahan takluk.

Tentera Laut :

Kerajaan Majapahit dan Srivijaya mempunyai tentera laut yang kuat.

Angkatan laut berperanan menjaga kawasan perairan daripada serangan musuh

dan mengawal aktiviti perlanunan.

Orang Laut merupakan tulang belakang pahlawan tentera laut. Mereka berperanan

mengawal jalan laut daripada ancaman lanun dan menguasai perairan di Selat

Melaka.

Armada laut ditempatkan di kawasan strategik di seluruh empayar. Laksamana

mengetuai armada laut.

Peralatan Perang :

Peralatan perang yang digunakan dalam peperangan terdiri daripada senjata

tradisional seperti keris, parang, badik, tombak, lembing, sumpitan dan sebagainya.

Mereka juga mahir menggunakan alatan-alatan letupan seperti meriam besi dan

tembaga, rentaka, terkul, pemuras dan lotang.

Alat-alat semboyan seperti gong, tambu dan gendang perang digunakan dalam

medan peperangan.

Jenis Tentera :

Tentera di Alam Melayu terdiri daripada tentera kerahan dan tentera upahan.

Tentera kerahan tidak dibayar upah dan berkhidmat atas dasar taat setia kepada

raja yang berdaulat.

Raja dan pembesar mempunyai kuasa untuk mengerah rakyat berkhidmat sebagai

tentera.

Page 2: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 2

Tentera upahan berkhidmat mengikut perjanjian.

Orang Laut dijadikan tentera upahan. Mereka tinggal di persisiran laut di sepanjang

Selat Melaka.

Terdapat juga tentera terlatih yang berkhidmat di istana dan rumah pembesar.

Pentadbiran Tentera :

Terdapat organisasi pentadbiran tentera yang mantap.

Tentera Srivijaya di ketuai oleh Raja dan dibantu oleh Parvanda , Senapati

(Hulubalang), Pratisara (Komander Tentera) dan Syahbandar.

Tentera Majapahit diketuai oleh Raja dan dibantu oleh Mangkabumi.

Mangkabumi merupakan pegawai kanan tentera yang berperanan memberi

arahan kepada tentera.

Pasukan tentera dalam Kesultanan Melayu Melaka diterajui oleh Raja dan dibantu

oleh Laksamana, Bendahara, Penghulu Bendahari dan Temenggung.

Kesimpulan :

Kerajaan awal di Alam Melayu seperti Melaka dan Majapahit berjaya membina

empayar kerana memiliki sistem pertahanan yang kuat.

Terdapat organisasi tentera yang mantap dan cekap diketuai oleh Raja dan dibantu

oleh pegawai tentera.

2. Bandingkan ciri-ciri kepercayaan dan agama antara masyarakat Mesir dengan

Mesopotamia.

Pendahuluan :

Latar belakang masyarakat Mesir. - Mengikut Herodotus, negeri Mesir ialah anugerah

dari Sungai Nil. Sungai ini mengalir di kawasan tandus yang berbatu-bata membawa

bersama-samanya lumpur-lumpur yang mendak di tebingnya. Kejadian banjir telah

menyuburkan kedua-dua tebing sungai. Selain itu, Sungai Nil telah membekalkan air

untuk tanaman yang ditanam dan bekalan makanan laut serta menjadi alat

pengangkutan bagi penduduk. Adalah dipercayai orang Mesir datang ke kawasan

Sungai Nil dari Timur melalui Aden pada kira-kira 5000 SM. Apabila mereka

mendapati delta Sungai Nil ini sangat subur, mereka mula membentuk

perkampungan di sini. Adalah dipercayai juga,kewujudan kerajaan di Lembah Nil ini

bermula sebelum tahun 3100 SM.

Latar belakang masyarakat Mesopotamia. - Tamadun Sumeria merupakan salah satu

tamadun terawal di dunia. Tamadun ini juga dikenali sebagai Tamadun

Mesopotamia. Tamadun ini terletak di Teluk Parsi. Ia dipercayai bermula kira-kira

tahun 6,000 SM. Perkataan Mesopotamia bererti tanah di antara dua sungai, di

mana tamadun ini berkembang di antara Lembah Sungai Tigris dan Lembah Sungai

Eupharates. Pada tahun kira-kira 4,500 SM, orang-orang Sumer menetap di Dataran

Shinar. Mereka melakukan kegiatan pertanian. Pada tahun 3,000 SM pula,

perkampungan Sumer di Lembah Sungai Tigris dan Eupharates berkembang menjadi

beberapa buah negara kota yang makmur.

Page 3: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 3

Maksud kepercayaan dan agama dan kaitannya ciri-ciri tamadun. - Antara agama

dan kepercayaan masyarakat tamadun awal ialah politeisme, animisme,

kepercayaan dewa, dan pemujaan roh nenek moyang. Secara evolusi

kepercayaan animisme berkembang menjadi politeisme, iaitu penyembahan lebih

darpada satu tuhan.

Isi-isi :

1. Kepercayaan yang bersifat polytheistisme berasaskan unsur-unsur semula jadi.

terdapat banyak tuhan yang diterima umum dan tuhan diperingkat

bandar/tempatan.

Mesopotamia :

Penduduk Mesopotamia menyembah banyak tuhan atau dewa – dewi. Setiap tuhan

mempunyai tugas yang berlainan. Antara tuhan mereka ialah Anu ( Tuhan Langit ),

Enki ( Tuhan Air dan Laut ) dan Enlili ( Tuhan Bumi )

Mesir :

Penduduk Mesir menyembah banyak tuhan. Mereka percaya alam ini dikuasai tuhan

– tuhan yang menentukan nasib baik dan buruk penghuni bumi. Antara tuhan

mereka ialah Amon – Re ( Tuhan Matahari ) Isis ( Tuhan Bulan ) dan Osiris ( Tuhan

Sungai Nil )

2. Hubungan dengan raja/pemerintah :

Mesopotamia :

Raja dianggap sebagai wakil tuhan di dunia. Raja Babylon dipercayaai mempunyai

hubungan dengan Tuhan Marduk. Semua arahan daripada raja perintah Marduk.

Golongan pendita memainkan peranan penting dalam pentadbiran.

Mesir :

Firaun dipercayaai anak kepada Amon Re ( Tuhan Matahari ) iaiitu tuhan yang

mempunyai kedudukan yang istimewa. Hubungan ini menjadi asas kepada asas

pembentukan sistem teokrasi.

3. Tuhan mempunyai sifat manusia.

Mesopotamia :

Tuhan memiliki sifat manusia dari rupa bentuk fizikal dan berperasaan ( marah, benci,

dan iri hati ). Sifat tuhan dijelmakan melalui ukiran patung.

Mesir :

Tuhan memiliki sifat manusi dan kehidupannya sama dengan kehidupan manusia.

Tuhan mereka terdiri daripada lelaki dan perempuan serta mempunyai keluarga.

Tuhan – tuhan orang Mesir mempunyai perasaan marah, balas dendam, bergaduh

dan belas kasihan.

Page 4: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 4

4. Upacara penyembahan tuhan.

Mesopotamia :

Mereka menjalankan upacara pemujaan bagi mengelakkan malapetaka akibat

daripada kemarahan tuhan. Mereka menghidangkan makanan kepada tuhan dan

upacara keagamaan diiringi dengan alat muzik.

Mesir :

Mereka menjalankan upacara pemujaan bagi menjamin keharmonian penduduk

dengan alam sekitar dan mengelakkan malapetaka. Perayaan keagamaan

diadakan bagi setiap tahun pada hari – hari tertentu. Perayaan untuk

mengagungkan Amon – Re diadakan pada awal tahun baru. Persembahan drama

keagamaan diadakan untuk memuja – muja tuhan. Contohnya drama lapan babak

mengisahkan kehidupan Tuhan Osiris.

5. Institusi rumah berhala.

Mesopotamia :

Institusi Rumah berhala merupakan ciri penting dalam sistem kepercayaan. Mereka

membina trumah berhala bertujuan untuk pusat ibadat dan pemujaan. Kuil yang

paling terkenal ialah Ziggurat.

Mesir :

Institusi rumah berhala mempunyai ciri penting dalam sistem kepercayaan.

Pembinaan rumah berhala bertujuan untuk pusat Ibadat dan penyembahan. Rumah

ibadat yang terkenal ialah Kuil Agung Karnak.

6. Kepercayaan selepas mati.

Mesopotamia :

Mereka tidak mempercayaai kehidupan selepas kematian. Mereka percaya

sekiranya mayat tidak dikebumikan, ianya akan merayau mencari makan. Mayat

dikebumikan dengan bekalan makanan dan barang kegemaran si mati.

Mesir :

Mereka mempercayaan kehidupan selepas kematian berdasarkan dalam “Buku

Kematian”. Tuhan Osiris akan memberi nyawa selepas kematian. Mayat diawet,

piramid dibina untuk menyimpan mayat dan harta Firaun.

7. Sumber kepercayaan.

Mesopotamia :

Berasaskan metos dan lagenda contohnya kitab Gillgamesh.

Page 5: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 5

Mesir :

Berasaskan metos dan lagenda contohnya catatan di kuil dan istana.

8. Status tuhan.

Mesopotamia :

Tuhan dalam masyarakat Mesopotamia adalah sama taraf di antara negara kota.

Mesir :

Tuhan dalam masyarakat Mesir berbentuk hierarki keagungan

Kesimpulan :

Masyarakat Mesopotamia dan Mesir memberi perhatian yang sangat penting

terhadap aspek kepercayaan dan agama. Kesannya banyak tinggalan sejarah

seperti tapak – tapak kuil dan tempat pengkebumian.

3. Huraikan asas-asas ekonomi Islam khususnya daripada sudut falsafah dan matlamat

.

Pendahuluan :

Ekonomi Islam adalah ilmu yang mengkaji kegiatan manusia yang selaras

dengan kehendak syariat dari segi mendapatkan, mengguna atau mengurus

sumber-sumber alam secara kebendaan dan kerohanian untuk kebaikan

semua pihak demi mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Ekonomi Islam adalah berteraskan syariah bagi melindungi ketidakadilan

dalam pemerolehan dan penggunaan sumber alam dengan memenuhi

kepuasan manusia untuk melaksanakan tanggungjawab terhadap Alllah

S.W.T. dan masyarakat seluruhnya.

Konsep ekonomi Islam adalah bersandarkan kepada pegangan dan

keyakinan bahawa rezeki yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. di muka bumi ini

adalah cukup unuk seluruh makhluk-Nya. Oleh itu, sifat tamak atau

mementingkan diri tidak perlu wujud pada diri seseorang.

Isi :

Falsafah :

Berasaskan pegangan pada ajaran-ajaran Islam dan boleh dilihat dari sudut

tauhid, rububiyyah, tazkiyyah, manusia sebagai kahlifah dan persaudaraan

antara manusia.

Tauhid adalah perkara asas dalam falsafah ekonomi Islam melibatkan

hubungan antara manusia dengan dengan tuhan dan manusia dengan

manusia, serta hubungan manusia dengan alam sekeliling.

Rububiyyah adalah konsep yang menekankan Allah S.W.T. sebagai

penguasa yang membuat peraturan-peraturan yang bertujuan untuk

Page 6: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 6

menjaga dan menampung kehidupan makhluk demi kebahagiaan di dunia

dan akhirat.

Tazkiyyah ialah konsep kesucian jiwa dan ketinggian akhlak. Jiwa yang bersih

dan akhlak yang mulia akan menghindari perkara-perkara tidak baik dalam

aktiviti ekonomi.

Umat Islam perlu percaya bahawa manusia dicipta oleh S.W.T. untuk dijdikan

sebagai khalifah di muka bumi ini. Melalui kesedaran ini, manusia akan

menjalankan amanah dan peranan untuk memakmurkan bumi sesuai

dengan peranan mereka sebagai khalifah Allah S.W.T.

Konsep persaudaraan sejagat tanpa batasan keturunan atau warna kulit ini

akan mewujudkan suasana kehidupan yang lebih harmoni tanpa sebarang

bentuk pemerasan, eksploitasi, penindasan atau penyelewengan.

Matlamat :

Aktiviti ekonomi Islam bertujuan memenuhi keperluan asas setiap manusia.

Keperluan asas ini termasuklah mempunyai pakaian yang sesuai, tempat

tinggal yang selesa, makanan yang mencukupi dan keperluan perubatan.

Ekonomi Islam bermatlamatkan untuk mencapai penggunaan sumber yang

optimum, cekap, berkesan dan tidak membazir.

Ekonomi Islam juga berhasrat untuk melaksanakan pengagihan kekayaan

yang saksama dan adil. Kekayaan yang dimaksudkan ini termasuklah dari

segi pendapatan, harta benda dan pembangunan.

Ekonomi Islam juga bertujuan untuk menjamin hak dan peluang yang sama

untuk semua orang tanpa mengira keturunan, bangsa atau warna kulit.

Kesimpulan :

Asas-asas ekonomi Islam jelas menunjukkan keadilan masyarakat dapat

dipelihara berasaskan falsafah dan matlamat sistem ekonomi Islam itu sendiri.

4. Huraikan Latar Belakang Masyarakat Makkah Dan Kota Madinah (Yatrib) Sebelum

Kedatangan Islam.

Pendahuluan :

Kota Makkah dan Madinah terletak di daerah Hijaz, Semenanjung Tanah Arab.

Masyarakat di kedua – dua kota ini menjalani kehidupan berdasarkan adat resam

yang mereka warisi. Pada zaman sebelum kedatangan islam, kota Makkah

merupakan pusat ibadat dan perdagangan. Kedudukkannya yang strategik dan

terdapat sumber air dari telaga zam – zam, menjadikannya sebagai tempat

tumpuan kegiatan ekonomi dan kebudayaan di kalangan bangsa Arab. Kota

Madinah yang dikenali sebagi Yathrib sebelumnya merupakan pusat perdagangan

yang dikelilingi oleh kawasan pertanian yang subur. Kisah sebelum mereka

menganuti agama Islam di kedua – dua kota ini dirakam oleh Allah swt di dalam Al –

Quran.

Page 7: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 7

Masyarakat di sini menjalani proses sejarah yang unik dalam sejarah tamadun

manusia. W.M. Watt yang membuat kajian yang mendalam tentang masyarakt

Madinah menyebut bahawa masyarakt bandar ini mengamalkan ideologi kaum

Badwi. Pada tahun 610 Masihi agama Islam diturunkan kepada masyarakat Makkah

dan tiga tahun kemudian berita ini tersebar luas ke kota Madinah. Bermula dari saat

itu, masyarakat kota – kota tersebut mengubah cara hidup kepada keadaan yang

lebih sempurna.

Isi :

Latar Belakang :

Anggota Masyarakat :

Sebelum kedatangan Islam, penduduk kota Makkah terdiri daripada Arab Quraisy

yang dikenali sebagai golongan Hadari. Qussay berjaya menguasai kota Makkah

pada tahun 440 Masihi. Walaupun mereka penduduk menetap, tetapi amalan hidup

bersuku – suku dan berpuak – puak merenggangkan hubungan sesama mereka.

Pauk Abd. Al – Dar yang dianggotai oleh Bani Umaiyyah dan puak Abd. Manaf yang

dianggotai oleh Bani Hashim merupakan dua kumpulan anggota masyarakat yang

berpengaruh dan saling bermusuhan kerana perebutan kuasa dan pengaruh di Kota

Makkah. Amalan permusuhan menjadi tradisi yang berlarutan membawa kepada

peperangan. Peperangan al – Fijr adalah bukti permusuhan mereka.

Penduduk Yatrib yang dianggarkan seramai 4000 – 5000 orang terdiri separuhnya

adalah berbangsa Yahudi yang datang ke Madinah ketika Baitul Muqadis ditakluki

oleh tentera Kristian. Bani – bani Yahudi bersatu walaupun mereka terdiri daripada

beberapa bani. Kaum Arab pula adalah penduduk tempatan yang bermusuhan di

kalangan suku – suku hasil daripada adu dumba daripada puak yahudi. Permusuhan

di antara suku ArabAus dengan Khazraj berlarutan sehingga tercetusnya

peperangan Bu‟ath yang didalangi oleh orang Yahudi. Perang saudara ini berlarutan

sekian lama.

Agama dan kepercayaan :

Orang Arab Quraisy mempercayaai kuasa berhala. Amalan menyembah berhala

diamalkan dengan patuh. Kaabah dan 360 berhala yang diletakkan disekitarnya

dijadikan pusat penyembahan dan dikunjungi setiap hari. Semasa musim haji

suasana sekitar Kaabah sangat sibuk dan kota Makkah menajdi tumpuan.

Kepercayaan khurafat juga diamalkan oleh orang Quraisy terutamanya yang

berkaitan dengan nasib dan tuah dalam perniagaan.

Di Madinah orang Yahudi amat taksub memelihara kesucian agama Yahudi. Pada

mereka agama Yahudi hanya untuk umat pilihan tuhan iiatu bangsa Yahudi.

Golongan Yahudi memandang rendah bangsa – bangsa lain termasuk orang Arab.

Penganut kristian di Madinah memusuhi orang – orang Yahudi yang mereka dakwa

membunuh Nabi Isa a. s Kedatangan orang Yahudi dan Kristian di Madinah

memberikan senario baru dalam hal keagamaan dikalangan orang Arab. Mereka

yang menyembah berhala turut mengetahui adanya ajaran yang berasaskan

ketuhanan.

Page 8: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 8

Akhlak :

Orang Arab Quraisy terkenal dengan sifat memuliakan tetamu, walaupun yang

datang itu musuh mereka. Mereka sentiasa menjaga maruah keluarga. Kelahiran

anak lelaki disanjung manakala anak perempuan dibunuh kerana dikatakan

membawa sial dan mala petaka. Sifat dengki dan dendam terhadap suku kaum lain

yang lebih kuat sering mencetuskan pergaduhan. Sesiapa yang menang dalam apa

– apa pertaruhan termasuk perjudian dipuja secar lisan dan tulisan pada kain dan

digantung di dinding Kaabah. Keuntungan yang diperolehi daripada perniagaan,

diisytiharkan dengan cara mengadakan majlis keramaian yang melampaui batas

kesopanan dengan melibatkan wanita dan sajian minuman keras.

Di Madinah, moral orang Arab juga rendah apabila mereka dengan mudah

termakan hasutan orang Yahudi tanpa usul periksa. Orang Yahudi pula amat tamak

dan mementingkan diri sendiri. Hal ini dapat dilihat dalam cara mereka melayani

pesakit atau pelanggan yang bukan sebangsa dengan mereka. Terdapat juga

orang Yahudi yang berakhlak sebagai mana yang dituntut oleh agama. Begitu juga

dengan penganut Kristian. Mereka lebih mementingkan amalan kerohanian dan

kehidupan.

Ekonomi :

Masyarakat Arab Quraisy adalah masyarakat peniaga dan pedagang. Mereka

mengimport batu – batu permata dan rempah dari luar melalui pelabuhan Aden

yang terletak di Laut Merah. Perniagaan dan perdagangan menjadi penggerak

kepada kehidupan masyarakatnya. Sistem perdagangan bebas diamalkan secar

riba di pasar yang dibina khas menjadikan Kota Makkah sebagi pusat tumpuan para

pedagang dari utara dan selatan Semenanjung Tanah Arab. Perjanjian dagang dan

damai diwujudkan dengan pedagang Rom dan sesama Arab tempatan diadakan

bagi memastikan perdagangan dikedua pihak mendapat keuntungan.

Pengishtiharan bulan – bulan haram pada musim haji juga menggalakkan kegiatan

perdagangan kerana pengisytiharan tersebut melarang segala bentuk pergaduhan

atau peperangan. Orang Arab Makkah juga mengamalkan cara berdagang

bermusim yang mana musim sejuk mereka berdagang ke Yaman dan pada musim

panas mereka berdagang ke utara ( Syam ). Kegiatan ekonomi tanpa sekatan

memberi peluang kepada ahli keluarga yang kaya untuk menjalani kehidupan yang

mewah.

Keadaan yang sama berlaku di Madinah, Yahudi memonopoli kegiatan ekonomi.

Mereka sama ada tinggal di pusat bandar atau pinggir bandar, bekerja sebagai

peniaga, pedagang, tukang, tabib dan petani. Ajaran agama yang melarang riba

tidak dipatuhi. Mereka mewujudkan lapisan masyarakat yang hidup mewah dan

menjadikan orang Arab yang kebanyakannya petani hidup dalam kemiskinan.

Politik :

Masyarakat Makkah ditadbir secara langsung oleh peraturan adat dan suku kaum

masing-masing. Setiap suku kaum mempunyai ketua yang dikenali sebagai Sheikh

yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan kabilah masing-masing selamat

daripada sebarang ancaman. Sheikh dilantik berdasarkan kepada kekayaan, anak

dan harta, kebenaranian dan kebijaksanaan. Ramai di kalangan masyarakat Quraisy

yang berkebolehan dalam bidang kepimpinan menyebabkan mereka merebutkan

Page 9: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 9

jawatan dan gila kuasa. Sesiapa yang telah menjawat sesuatu jawatan tidak akan

melepaskan jawatan dengan mudah. Mereka akan menolak pemimpin baru yang

cuba mencabar kepimpinan mereka. Golongan kaya Makkah menubuhkan Mala‟

iaitu majlis tertinggi yang dianggotai oleh ketua-ketua suku. Keputusan majlis ini

dipengaruhi oleh golongan kaya. Golongan ini menggunakan Mala‟ untuk

menghukum pihak yang disyaki akan mencabar kekuasaan mereka. Qussay telah

menubuhkan Darul Naduah untuk tujuan kebajikan dan pertahan Kota Makakh.

Selepas kematian jabatan ini dikuasai oleh golongan kaya menyebabkan suku-suku

yang lemaah mengadakan Hilf al-Fudul untuk memperjuangkan nasib mereka. Situasi

ini menggambarkan adanya pergolakkan di antara golongan kaya dan miskin.

Di Madinah urusan pentadbiran dikuasai oleh Orang Yahudi. Mereka sentiasa

berusaha supaya orang Arab tidak bersatu. Mereka menyedari bahawa perpaduan

Arab bermakna ancaman kepada mereka. Walau bagaimanapun, setelah

berlakunya perang Bu‟ath orang Arab semakin lemah dan mereka mula menyedari

betapa perlunya mempunyai pemimpin yang boleh membela masib mereka.

Perebutan kuasa antara Auz dan Khazraj.

Ilmu Pengetahuan :

Masyarakat Makkah kebanyakkannya tidak menguasai ilmu – ilmu yang boeh

mensejahterakan hidup mereka. Pedagang – pedagang asing yang berilmu pun

tidak menyumbangkan ilmu mereka. Mereka lebih cenderung untuk berurusan niaga

dan berhibur. Tidak ada penemuan bukti bertulis atau monumen yang boleh

mengukur kadar buta ilmu di kalangan mereka. Namun sejarah ada merekodkan

bahawa terdapat kira – kira 17 orang yang boleh membaca dan menulis.

Berbeza dengan di Madinah. Golongan Yahudi terdiri daripada golongan

profesional. Mereka mempunyai kitab yang perlu dibaca. Ilmu pertanian dan

perubatan yang tidak tersebar kepada orang lain. Walaubagaimanapun, Arab

Madinah dilihat ada kecenderungan untuk mempelajari ilmu keagamaan apabila

mereka didapati cepat memahami konsep tauhid yang terkandung dalam agama

Islam yang mereka anuti. Kehadiran agama Yahudi dan Kristian serta pergaulan

mereka dengan penganut agama tersebut mendedahkan mereka kepada konsep

tersebut.

Kesimpulan :

Masyarakat kota Makkah dan Madinah menjalani kehidupan secara sempurna.

Mereka dalah solongan yang bijak, kuat, gigih dan sabar dalam mengharungi

cabaran dan rintangan. Keadaan persekitaran yang lebih jauh daripada tamadun

lain dan muka bumi yang panas dan berbatu menjadikan penduduk di kota – kota

ini bersifat tegas dan sayang dengan apa jua bentuk bantuan yang boleh

mendatangkan kesejahteraan kepada mereka. Kedatangan agama Islam didapati

melengkapi ketidaksempurnaan kehidupan mereka.

Page 10: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 10

5. Bagaimanakah alam sekitar dapat mempengaruhi ketamadunan manusia daripada

masyarakat paleolitik kepada masyarakat yang bertamadun.

Pendahuluan :

Pengertian alam sekitar. - alam bermaksud dunia, bumi atau segala yang

terdapat di langit dan di bumi. Sekitar bermaksud di tempat atau di sekeliling.

Perkataan “alam sekitar” atau dalam bahasa Inggeris disebut “invironment”

membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan.

Pengertian masyarakat paleolitik. - Maksud prasejarah ialah zaman belum

ada tulisan atau rekod bertulis tentang sejarah manusia. Dikenali sebagai

preliterate, iaitu zaman sebelum penciptaan tulisan.

Pengertian masyarakat bertamadun. - Tamadun merujuk kepada

pencapaian sesuatu bangsa dari segi lahiriah dan rohaniyah. Tamadun mula

berkembang selepas penciptaan sistem tulisan.

Ciri-ciri asas masyarakat bertamadun. – pengkhususan pekerjaan, organisasi

sosial, bahasa dan tulisan, agama dan kepercayaan, petempatan kekal,

sistem pemerintahan.

Isi :

Alam sekitar mengubah corak penempatan masyarakat :

Perkembangan pertanian dan penternakan membolehkan manusia membina

kawasan petempatan tetap di kawasan-kawasan tertentu dan mereka tidak lagi

perlu berpindah randah kerana kini mereka sudah dapat bergantung kepada

bekalan makanan yang dihasilkan di sekitar kawasan petempatan mereka. Manusia

tidak lagi berpindah-randah untuk memburu binatang dan mengutip makanan.

Corak masyarakat adalah lebih menetap dengan penanaman tanaman-tanaman

makanan dan menternak binatang menjadi bertambah penting untuk menampung

kehidupannya. Manusia mengubahsuaikan ekonomi memburu kepada ekonomi

pertanian. Perkembangan penempatan-penempatan kekal dengan perkampungan

diwujudkan di kawasan yang tanahnya subur dan berhampiran air yang diperlukan

untuk kegiatan pertanian.

Alam sekitar melahirkan konsep pertanian dan berlaku revolusi pertanian :

Kemajuan pertanian dalam zaman ini menyebabkan manusia semakin berupaya

mengawal dan menggunakan sumber alam. Ini menyebabkan kehidupan mereka

lebih stabil dan terjamin baik sebagai individu mahupun sebagai satu komuniti.

Peningkatan bukan sahaja berlaku bukan sahaja dari segi kuantiti, tetapi juga

kualitinya. Ini menyebabkan kawasan petempatan itu semakin berkeupayaan

menampung jumlah penduduk yang ramai. Kualiti pemakanan manusa bertambah

baik dan bekalannya juga dapat diperolehi secara berterusan. Justeru wujud

Revolusi pertanian yang berupaya mengawal bekalan makanan dan menawarkan

secara berterusan, penggunaan alat-alat yang khusus untuk pertanian yang lebih

baik dan pemilihan jenis tanaman dan ternakan yang sesuai. Kelahiran revolusi

pertanian telah memberikan kesan yang besar kepada kehidupan manusia dan

menjadi penyambung kepada permulaan tamadun. Manusia mula berhenti dengan

cara hidup secara nomad dan mula hidup menetap secara bermasyarakat.

Page 11: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 11

Alam sekitar mempengaruhi peralatan dan teknologi :

Pada zaman paleolitik alat batunya kasar kerana mereka berpindah randah. Selepas

zaman bertamadun mereka telah menetap dan bercucuk tanam dan berlakunya

pertambahan penduduk. Justeru peralatan adalah lebih halus dan juga

diubahsuaikan dengan keperluan zaman. Keadaan ini menunjukkan manusia

menggunakan alam untuk lebih inovatif dan kreatif. Contohnya penciptaan

tenggala yang dicipta untuk memudahkan pertanian dan roda untuk mengangkut

hasil pertanian bagi menampung permintaan yang banyak bukan sahaja

mengubah corak pengangkutan tetapi mempercepatkan perkembangan industri.

Peningkatan teknologi membolehkan manusia menguasai persekitaran kehidupan

dan merupakan asas kelahiran masyarakat yang kompleks.

Alam sekitar mempengaruhi perkembangan kegiatan ekonomi :

Perubahan orientasi ekonomi daripada sara diri kepada komersial. Mereka

menyimpan lebihan hasil untuk meningkatkan pengeluaran. Pada peringkat

paleolitik alam sekitarnya adalah hutan dan sungai. Kegiatan mereka tertumpu

kepada memburu, memungut hasil hutan dan menangkap ikan. Dalam masyarakat

bertamadun berlaku perubahan pada alam sekitar, dimana mereka mula menetap

di kawasan yang subur di tepi sunggai dan menjalankan pertanian secara agresif.

Lebihan hasil ditukarkan dan ada juga yang diperdagangkan. Contoh, pertukaran

perdagangan antara Tamadun India dengan Tamadun Mesopotamia.

Alam sekitar mempengaruhi perkembangan sistem kepercayaan :

Percaya kepada kuasa-kuasa luar biasa yang dianggap suci, berpunca daripada

kepercayaan kuasa semula jadi yang menentukan hasil pertanian dan kebajikan

masyarakatnya. Mereka juga menjalankan upacara ritual dan amalan korban untuk

meningkatkan kesuburan tanaman dan binatang ternakan. Keadaan ini akhirnya

mewujudkan konsep ketuhanan dalam sejarah ketamadunan manusia.

Alam sekitar mempengaruhi pertumbuhan penduduk :

Kemajuan pertanian dalam zaman ini menyebabkan manusia semakin berupaya

mengawal dan menggunakan sumber alam. Ini menyebabkan kehidupan mereka

lebih stabil dan terjamin baik sebagai individu mahupun sebagai satu komuniti.

Keadaan ini membawa kepada berlakunya pertambahan penduduk yang semakin

pesat. Kehidupan di satu-satu kawasan petempatan juga menjadi semakin

kompleks. Pertumbuhan penduduk memang mendorong masyarakat meneroka

kawasan-kawasan baru yang tanahnya yang subur untuk pertanian. Pertumbuhan

bilangan penduduk dan wujudnya perbandaran menggalakkan perkembangan

pasaran baru, peningkatan hasil pengeluaran pertanian dan kemajuan dalam

bidang teknologi untuk pertanian yang mendorong kepada kelahiran masyarakat

yang kompleks.

Alam sekitar mewujudkan pengkhususan kerja :

Kehidupan yang bertambah kompleks telah menyebabkan masyarakat perlu

kepada pengkhususan kerja untuk menjalankan tugas tertentu mengikut kemahiran

dan kebolehan seseorang. Misalnya masyarakat memerlukan pemimpin untuk

mengkoordinasi dan memberi arahan kepada mereka. Pahlawan pula diperlukan

untuk menjaga keamanan. Masyarakat memerlukan pendita untuk menjalankan

Page 12: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 12

kegiatan agama. Kesan daripada pertumbuhan penduduk yang mendadak

melahirkan institusi sosial atau kerajaan yang berfungsi mengawal dan menyelia

urusan pemerintahan dan pentadbiran dan menyelesaikan masalah dan hak rakyat

yang semakin kompleks. Peningkatan produktiviti yang dapat menjamin keperluan

bekalan di satu-satu kawasan membolehkan sesetengah penduduk di situ

menjalankan kegiatan bukan pengeluaran seperti kegiatan kesenian atau aktiviti

keagamaan. Ini membawa kepada bermulanya penambahan bilangan kerja dalam

masyarakat.

Alam sekitar mewujudkan sistem dalam masyarakat (organisasi sosial) :

Dalam masyarakat munculnya institusi-institusi pemerintahan, keagamaan,

pendidikan dan sebagainya sebagai organisasi untuk membolehkan manusia dapat

adaptasi dan mengawal alam sekeliling mereka. Pemimpin, pahlawan dan pendita

muncul sebagai orang berkuasa. Pahlawan dapat senjatanya. Paderi pula dengan

pengetahuannya mengenai tuhan. Sementara majoriti masyarakat yang tidak

memiliki alat dan pengetahuan itu menjadi pengikut. Lama-kelamaan masyarakat di

suatu petempatan terbahagi kepada kelas pemerintah dan rakyat.

Kesimpulan :

Alam sekitar telah mengubah corak kehidupan dan masyarakat. Situasi ini telah

melahirkan tamadun-tamadun awal seperti Tamadun Mesopotamia dan Tamadun

Mesir yang lebih kompleks sesuai dengan zamannya.

6. Bandingkan Objektif Pelayaran Dan Penerokaan Antara Tamadun China Dengan

Tamadun Islam.

Pendahuluan:

Pelayaran bermaksud mengembara atau berjalan ke merata tempat dengan

menggunakan laluan air.

Penerokaan bermaksud usaha penyelidikan, mengkaji dan menjelajah kawasn yang

baru dijumpai atau diduduki.

Latarbelakang sejarah pelayaran dan penerokaan ( P & P ) Cina.

Latarbelakang sejarah ( P&P ) Tamadun Islam.

Pengenalan kepada tamadun China dan islam.

Isi-isi :

Meluaskan Pengaruh :

Bagi memperkukuhkan politik Islam, banyak penerokaan kawasan baru dibuat oleh

pemerintah Islam. Semasa pemerintah Abdul Malik Bin Marwan dan Al Walid bin Abd.

Malik seluruh Afrika Utara, Semenanjung Siberia dan India Utara dikuasai oleh tentera

Islam.

Semasa pemerintahan Dinasti Han, Maharaja Wu Ti telah menghantar misi ke Yueh

Chih dengan tujuan untuk mengadakan penentangan puak Hsiung Nu yang

mengancam kawasan sempadan Utara China. Misi tersebut akhirnya berjaya. China

berjaya menguasai sebahagian Asia Tengah termasuk Lembah Tarim. Pada abad

Page 13: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 13

pertama Masihi, Jenderal Pan Chao dilantik sebagai wizurai Kashgar dan meluaskan

pengaruh hingga ke sempadan Syria.

Perdagangan :

Di zaman Khalifah Al – Walid, pada pedagang Islam telah mengadakan hubungan

perdagangan hingga ke negara China. Pedagang Islam yang terkenal sebagai

pedagang yang terawal menguasai jalan laut antara timur dengan barat. Meraka

telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan pedagang di Asia Tenggara,

India dan China. Mereka berjaya menguasai perdagangan rempah dan sutera dari

Timur.

Penerokaan China juga untuk kepentingan perdagangan sehingga berjaya

menemui jalan sutera ke barat. Melalui jalan ini mereka telah membawa bendera

sutera yang berharga ke Eropah dan membawa balik barang dagangan dari barat

seperti bulu binatang dan batu permata. Kapal – kapal dagang China telah sampai

ke Cittigara, Jawa Timur dan Pulau Maluku. Dibawah pernaungan Maharaja Yung Lo,

Laksamana Cheng Ho ( 1371 – 1434 ) telah mengetuai ekspedisi pelayaran ke Asia

Tenggara untuk memperluaskan perdagangan melalui sistem ufti.

Agama :

Objektif penerokaan juga bertujuan untuk menyebarkan dakwah Islam. Pada zaman

Rasullah s.a.w, baginda telah mengutuskan Muaz bin Jabal ke Yaman untuk

kegiatan dakwh. Pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz, ramai pendakwah Islam

yang menjelajah keseluruh dunia untuk menyebarkan Islam. Sheikh Abdul Aziz antara

pendakwah yang berjaya mengislamkan Melaka, Sheikh Ismail menyebarkan Islam

ke Acheh dan Maulana Ibrahim ke Gerisik Jawa.

Pada tahun 399 Masihi, orang China melakukan penerokaan ke India untuk

menambahkan ilmu pengetahuan dan mempelajari agama Budha. Mubaligh Fa

Xian telah merentasi gurun Taklamakan dalam perjalannya ke India. Beliau berusaha

mempelajari Budha yang tulin dan kemudiannya kembali semula ke China melalui

jalan darat. Mubaligh Xuang – Zang telah mengembara ke India melalui Samarkhan

dan Bactria dan berjaya mengumpulkan buku suci Budha untuk dibawa ke China.

Ilmu Pengetahuan :

Penerokaan yang dilakukan oleh orang Islam juga bertujuan untuk menambahkan

ilmu pengetahuan. Melalui aktiviti ini orang Islam dapat memperlajari Ilmu

pengetahuan tamadun lain seperti India, Itali dan Andalusia. Kedatangan orang

Islam ke Mesir menyebabkan banyak karya intelektual Yunani diterjemahkan ke

dalam bahasa Arab dan parsi. Bidang perubatan, astronomi dan matematik Yunani

dan India dipelajari dan mempengaruhi perkembangan Intelektual islam.

Tokoh pelayaran China seperti Hsuan – Tsang, I – Ching dan Fa Hsien mengembara

dengan tujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan terutamanya berkait rapat

dengan bahasa Sanskrit, budaya dan agama. Fa – Hsien berjaya menghasilkan buku

yang memberi deskripsi lengkap tentang sistem politik, ekonomi dan sosial

masyarakat India. I – Ching berjaya mengumpulkan 4000 naskhah yang

mengandungi 500,000 seloka Tritaka dari india dan diterjemahkan ke dalam 230

buah jilid buku.

Page 14: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 14

Diplomatik :

Kerajaan Islam telah menghantar utusan bertujuan untuk menjalinkan hubungan

diplomatik dengan negara luar. Di zaman Nabi Muhammad s.a.w telah menghantar

perutusan ke Parsi dan Habsyah. Utusan Nabi Muhammad disambut dengan baik

oleh kerajaan tersebut. Sultan Kerajaan Acheh, Sultan Alauddin Riayat Shah ( 1588 –

1604) menghantar utusan ke Istanbul untuk menemui Sultan Ahmad I, sebagai

balasan Sultan Turki telah mengirim binatang yang tinggi kepada Sultan Acheh.

Pada abad pertama masihi orang China mengembara dengan tujuan misi politik.

Utusan China telah sampai ke Constinopel dan mengadakan hubungan dengan

empayar Rom. Pada abad ke – 15 Masihi, Maharaja Ming telah menghantar utusan

menjalinkan hubungan diplomatik dengan Kesultanan Melayu Melaka. Ini dapat

memperluaskan lagi pengaruh dan kekuasaan China.

Kesimpulan:

Apa-apa sahaja yang berkaitan.

7. Huraikan ciri-ciri agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat pada

zaman tamadun awal manusia.

Pengenalan :

Konsep ketuhanan dan keagamaan tamadun awal manusia, mereka

mempercayaai kepada agama yang menyembah banyak tuhan di samping

mengadakan upacara pemujaan dan pengorbanan.

Agama merujuk kepada segala kepercayaan kepada tuhan, dewa atau roh nenek

moyang serta kebangkitan dan tuntutan-tuntutan yang berkaitan kepadanya.

Kewujudan pelbagai sistem kepercayaan dalam peradaban manusia ialah hasil

daripada hubungan antara manausia dengan alam sekeliling. Mereka percaya

alam sekeliling memudaratkan kehidupan manusia, maka manusia berdamai

dengan alam sekeliling dengan melakukan upacara pemujaan dan pengorbanan.

Isi :

Menyembah banyak Tuhan :

Dalam tamadun awal manusia agama yang diamalkan adalah bersifat politeisme

iaitu agama yang menyembah banyak tuhan dan dewa-dewi. Misalnya orang

Sumeria, Mesir dan Indus menyembah banyak tuhan. Manusia pada zaman

tamadun awal percaya dewa-dewi ini boleh mendatangkan kebaikan dan

keburukan.

Tuhan utama bagi orang Sumeria ialah Anu iaitu dewa langit, bagi orang Mesir pula

tuhan yang paling penting Amon – Re iaitu tuhan matahari dan Osiris iaitu tuhan

sungai Nil. Manakala dewa-dewi yang disembah oleh orang Indus ialah dewa

bermuka tiga. Bagi orang Aryan mereka menyembah tuhan matahari (Mitra), langit

(Dyaus) dan api (Agni). Tuhan yang paling popular ialah tuhan Indra.

Menyembah Dewa -dewi :

Page 15: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 15

Dalam masyarakat Sumeria, mereka percaya setiap kota mempunyai dewa

penaung (patron deity). Orang-orang Sumeria menyembah dewa ini yang

dipercayaai dapat melindungi kota-kota mereka.

Bagi orang-orang Mesir, mereka mempercayaai seluruh alam dikuasai oleh dewa-

dewai yang akan menentukan hidup matinya sesuatu kehidupan. Mereka memuja

banyak semangat roh binatang seperti kucing dan tanaman.

Upacara Pemujaan dan Pengorbanan :

Masyarakat tamadun awal sering menjalankan upacara agama seperi pemujaan

dan pengorbanan supaya mereka tidak ditimpa malapetaka. Bagi orang Sumeria

upacara pemujaan dan pengorbanan dilakukan dalam kuil – kuil berbentu menara

yang dipanggil Ziggurat.

Dalam masyarakat Indus mereka juga menjalankan upacara pengorbanan

terutamanya binatang. Tetapi mereka tidak mengorbankan lembu kerana dianggap

sebagai binatang suci.

Masyarakat Shang percaya bagi mengelakkan malapetaka, orang Shang perlu

menjalankan upacara pengorbanan untuk tuhan-tuhan mereka.

Menyembah Banyak Objek dan Unsur Alam Semesta :

Bagi masyarakat Shang mengamalkan agama menyembah banyak objek dan unsur

alam semesta seperti bumi, sungai, angin, binatang dan sebagainya. Mereka

percaya tuhan yang paling berkuasa adalah tuhan T‟ien iaitu tuhan langit.

Mereka percaya tuhan-tuhan ini boleh menguasai kehidupan manusia dan boleh

menyebabkan malapetaka seperti kemarau, banjir dan wabak penyakit.

Bagi mengelakkan malapetaka belaku orang Shang menjalankan upacara

pengorbanan supaya tuhan-tuhan mereka tidak marah.

Kepercayaan Kehidupan Selepas Mati :

Bagi orang-orang Sumeria mereka tidak mempercayai kehidupan selepas mati. Oleh

itu mereka tidak menghasilkan mumia atau makam yang kompleks.

Sebaliknya orang-orang Mesir, mereka mempercayaai kehidupan selepas mati.

Justeru itu dikalangan pemerintah mereka akan membina piramid untuk

menyimpan mumia sebagai tempat bersemadi roh-roh mereka. Selain itu banyak

barangan seperti makanan, perabut, harta juga disemadikan bersama-sama

mumia.

Masyarakat Shang juga percaya kehidupan selepas kematian, mereka akan

menanam raja-raja Shang ini bersama barang seperti harta, manusia seperti

tawanan perang, petani bersama-sama raja yang telah mati dalam satu kawasan

perkuburan.

Memuja Roh Nenek Moyang :

Orang-orang Shang memuja roh nenek moyang mereka kerana mereka percaya roh

– roh ini mempunyai pengaruh yang kuat ke atas keghidupan mereka.

Mereka percaya dengan penggunaan tulang – tulang nujum ( oracle bones ) untuk

membuat ramalan terutamanya untuk mengetahui sesuatu perkara yang berkaitan

dengan roh nenek moyang mereka.

Page 16: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 16

Kesimpulan :

Apa-apa sahaja yang berkaitan.

8. Bincangkan sumbangan Artashastra oleh Kautilya dalam bidang ketenteraan di

India.

Pengenalan :

1. Konsep ketahanan - Ketahanan ertinya ketabahan , kecekalan dan kesabaran

dalam menghadapi sebarang ancaman dan dugaan serta tidak mudah luntur

dalam perjuangan. Ketahanan terdiri daripada ketahanan rohani/spiritual dan

ketahanan fizikal. Ketahanan rohani/spiritual meliputi aspek-aspek agama dan

moral. Ketahanan fizikal merangkumi aspek-aspek lahiriah termasuk pembinaan

jasmani dan ketenteraan. Ilmu pengetahuan, pengalaman, kecekapan dan

pelaksanaan yang betul merupakan asas-asas yang penting dalam pembinaan

ketahanan fizikal dan rohani bagi sesebuah masyarakat dan negara. Ketahanan

rohani dan fizikal mestilah dibina secara seimbang dan sepadu. Ketahanan diri,

masyarakat dan negara merupakan persediaan yang wajar dan perlu diambil

perhatian yang serius bagi melaksanakan tahap kedua iaitu pertahanan.

2. Konsep Pertahanan - Pertahanan ialah perihal mempertahankan diri, masyarakat,

agama dan negara daripada serangan musuh Membela golongan yang lemah,

teraniaya dan dizalimi juga termasuk dalam erti pertahanan Mempertahankan hak

dan tanggungjawab memerlukan pengorbanan yang besar dari segi harta,, masa,

jiwa dan nyawa.

3. Latar belakang Kautilya.- Kautilya merupakan seorang Brahmin dan menjadi Ketua

Menteri kepada Chandragupta Maurya. Kautilya hidup pada dinasti awal empayar

Maurya di utara India. Beliau dikenali juga sebagai Chanakya atau Vishnugupta.

Karya Arthasastra iaitu mengemukakan pelbagai strategi dan kaedah dalam

peperangan untuk membantu pemerintah mengukuhkan kuasa.

Isi-isi Penting :

Pendekatan „bheda‟ iaitu melaga-lagakan musuh dengan menimbulkan isu-isu

sensitive :

Pendekatan ini dilaksanakan oleh seseorang pemerintah kepada musuh

mereka. Pemerintah perlu menimbulkan isu-isu sensitive antara kedua-dua

belah pihak. Hal ini membolehkan pemerintah tersebut memilih untuk

menyebelahi mana-mana pihak yang kuat kemudian memusnahkannya.

Menggunakan cara „saman‟ iaitu melakukan perdamaian dengan Negara lemah

bagi meraih sokongan :

Pemerintah berusaha mencari perdamaian dengan pihak atau Negara yang

lemah. Sekiranya pemerintah bermusuh dengan Negara yang lemah ia

Page 17: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 17

akan merugikan masa. Oleh itu, jalan terbaik untuk mengukuhkan kedudukan

dan pengaruh adalah dengan cara „saman‟ atau perdamaian.

Pemberian „dana‟ iaitu rasuah dalam pelbagai bentuk kepada musuh yang masih

belum ketahui kekuatannya :

Pemberian dana atau rasuah akan dapat melalaikan musuh sekaligus pihak

musuh yang kuat tidak akan menganggap pemberian dana sebagai tanda

permusuhan. Ini memberi peluang perkukuhkan kedudukan pemerintah.

Memperkenalkan teori „mandala‟ iaitu pemerintah hendaklah bijak mencari kawan

dan berbaik-baik dengan musuh yang akan diperangi :

Pemerintah perlulah bijak mengatur strategic dengan mencari kawan atau

berbaik-baik dengan musuh Negara yang diperangi . Apabila berlaku

peperangan maka pihak yang diperlakukan sedemikian akan membantu

pemerintah tersebut.

Konsep „danda‟ iaitu menggunakan kekerasan kepada musuh atau orang yang

jahat :

Konsep ini adalah idea Kautilya sendiri untuk menghadapi ancaman musuh

dengan menggunakan tipu muslihat. Danda iaitu kayu atau besi yang kuat

untuk memukul. Kautilya menyarankan ancaman kekerasan perlu digunakan

kepada musuh atau orang yang jahat.

Menubuhkan unit pengintip untuk mendapatkan rahsia dan menyampaikan

maklumat kepada pemerintah :

Kautilya menyarankan pemerintah tidak terlalu mempercayai orang luar

walaupun anak atau isteri kerana mereka boleh menjadi ejen musuh

sekaligus menjatuhkan kuasa raja. Selain itu, makanan raja perlu diuji terlebih

dahulu kerana dibimbangi makanan tersebut akan mengandungi racun.

Pemerintah yang baik mempunyai musuh dalam selimut. Kautilya

mencadangkan supaya raja atau pemerintah sentiasa memerhatikan gerak-

geri askarnya menerusi ejen pengintip untuk mencari rahsia dan

menyampaikan maklumat pengkhianatan kepada pemerintah.

Matlamat spritiual : dituntut dengan cara berjuang bersungguh-sungguh walaupun

nyawa sendiri terkorban atau berjuang sehingga mati

Kautilya menyatakan bahawa dunia ini penuh dengan kejahatan:

Sehubungan dengan itu, orang yang kuat tidak perlu berasa simpati dan

kasihan kepada golongan yang lemah. Raja yang bersikap jujur dan

bersimpati kepada musuh adalah bodoh kerana pemerintah tersebut akan

mudah dikalahkan oleh musuhnya.

Page 18: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 18

Kesimpulan :

Artashastra merupakan sumber rujukan pemikir ketenteraan India yang

menkadi rujukan pemerintah untuk mengekalkan kuasa. Menjadi rujukan

tentera sehingga ke hari ini kerana terdapat teori taktik dan strategi yang

masih relevan.

9. Jelaskan sumbangan Asoka dalam mencipta keagungan Empayar Maurya di India.

Pengenalan :

Merupakan empayar yang pertama di India bermula pada tahun 321 S.M.

Diasakan oleh Chandragupta Maurya.

Pentadbiran empayar ini begitu menyerlah semasa pemerintahan rajanya

yang ketiga iaitu Asoka.

Asoka telah menaiki takhta pada tahun 273 S.M dengan gelaran

Devanampiya Plyadasi.

Beliau telah menjadikan Empayar Maurya sebagai sebuah empayar yang

agung melalui perluasan kuasa,keagamaan dan pembaharuan sistem politik.

Isi :

Menyebarkan Ajaran Agama Buddha :

Mengadakan siri lawatan ke seluruh negara pada tahun ke 11

pemerintahannya.

Melawat tempat suci dan menganjurkan perbincangan keagamaan.

Melantik pegawai khas iaitu Dharma Mahamatra untuk menyebarkan nilai-

nilai murni di dalam ajaran Buddha.

Menganjurkan Majlis Buddha yang ke tiga untuk menyelesaikan perbezaan

Mazhab yang berlainan.

Menghantar misi-misi keagamaan ke Luar Negara :

Mubaligh Buddha dihantar ke Sri Lanka,Asia Barat ,Mesir dan Eropah Timur

untuk meneyebarakan agama Buddha.

Mengukir Doktrin Buddha Di atas Batu, Tiang dan Gua Di Seluruh Jajahan

Takluk :

Supaya rakyat dapat mengamalakan nilai-nilai moral seperti mengawal

nafsu,

Mengamalkan sikap toleransi terhadap agama .

Pentadbiran :

Empayar yang diasaskan meliputi seluruh bahagian utara India termasuk

Afghanistan dan Baluchistan kecuali India selatan.

Sesetengah tanah jajahan diberi kuasa autonomi dan sesetengahnya pula di

tadbir oleh wizurai.

Berjaya menyatukan seluruh empayarnya menerusi penggunaan bahasa

Prakrit.

Hubungan diplomatic dengan beberapa orang raja seperti Ptolemy II , Raja

Mesir menerusi penubuhan organisasi Philanthropik

Page 19: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 19

Sosial :

Menubuhkan hospital untuk manusia dan haiwan di seluruh empayar serta

menghulurkan bantuan dan derma kepada goklongan Brahman dan

pengikut agama lain

Membina rumah rehat untuk kemudahan pelancong.

Kesimpulan :

Asoka telah berjaya membentuk satu unit pentadbiran yang kukuh dan ini

terbukti dengan keluasan Eampayar Maurya.

Namun selepas Asoka meninggal dunia pada tahun 232 S.M empayar

tersebut mula mengalami keruntuhan dan digantikan dengan Empayar

Gupta.

10. Huraikan sejarah penubuhan Baitulmal dan pelaksanaannya pada zaman Bani

Umayyah

Pendahuluan :

Merupakan institusi kewangan yang bertanggungjawab menyelenggara

harta umum.

Institusi ini juga dikenali dengan istilah perbendaharaan negara.

Institusi Baitulmal tidak berfungsi dengan aktif pada zaman awal kerajaan

Islam kerana perkembangan dan penaklukan Islam belum luas lagi dan

sumber pendapatan negara tidak banyak.

Isi :

Sejarah Penubuhan Baitulmal :

Sejarah penubuhan institusi ini dipercayai telah wujud sejak zaman Rasulullah

S.A.W. lagi, namun disebabkan pendapatan negara Islam tatkala itu adalah

kecil seperti rampasan perang atau yang didapati melalui perjanjian damai

maka hasilnya dibahgikan segera kepada mereka yang berhak

menerimanya.

Penubuhan Baitulmal secara rasmi ialah pada masa Umar al-Khattab menjadi

khalifah pada tahun 13 Hijrah. Pada masa ini agama Islam berkembang

pesat dan pemerintahannya mendapat harta yang banyak hasil daripada

rampasan perang dan juga daripada daerah taklukan yang luas. Ini

memerlukan pengurusan yang cekap dan tersusun rapi supaya setiap

perbelanjaan yang dilakukan tidak membazir dan mengikut apa yang

ditentukan oleh undang-undang Islam. Sehubungan itu, Khalid b. al Walid

mencadangkan agar khalifah Umar menubuhkan satu institusi kewangan

negara bagi menguruskan harta Negara. Pada peringkat awalnya

perbendaharaan ini dikenali dengan Diwan atau Khazanah dan akhirnya

diberi nama Baitulmal.

Khalifah Umar b. al- Khattab telah melantik Uqail b. Abu Talib, Makhramah b.

Naufal dan Jubair b. Mu‟tam untuk mengendalikan Baitulmal.

Kota Madinah dijadikan pusat pentadbiran Baitulmal. Institusi Baitulmal ini

kemudiannya ditubuhkan disetiap wilayah Islam sebagai cawangan

Page 20: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 20

Baitulmal yang berpusat di Madinah. Di setiap cawangan Baitulmal ini dilantik

pegawai-pegawai Baitulmal yang menjalankan tugasnya dibawah

pentadbiran Baitulmal pusat.

Dengan penubuhan institusi Baitulmal ini khalifah Umar telah mengasaskan

penyelarasan pentadbiran kewangan negara dan penggunaan harta awam

yang bersesuaian dengan perkembangan pentadbiran social, ekonomi, dan

politik Negara pada masa itu. Bermula pada masa itu, Baitulmal sebagai

wakil yang menjalankan pengurusan harta dan membelanjakannya untuk

kepentingan rakyat dan negara bersesuaian dengan kehendak undang-

undang Islam.

Pelaksanaan Baitulmal pada zaman Bani Umayyah :

Baitulmal telah dijadikan sebagai sebuah daripada institusi penting bagi

menyimpan hasil pendapatan negara. Seorang pegawai telah dilantik

sebagai wakil khalifah untuk mengurus dan mengendalikan institusi ini.

Baki perbelanjaan wilayah-wilayah jajahan takluk kerajaan Bani Umayyah

daripada cukai-cukai wilayah tersebut akan dihantar kepada kerajaan pusat

untuk disimpan di Baitulmal.

Pada zaman pemerintahan khalifah al-Walid Baitulmal amat penting dalam

pembangunan dan perkembangan ekonomi. Beliau telah menggalakkan

pembangunan industri perusahaan dan pembuatan. Al-Walid juga telah

mendirikan beberapa pusat angkatan laut di Syria, Mesir, Afrika dan

sebagainya yang memerlukan pembiayaan yang besar yang sebahagian

perbelanjaannya diambil daripada Baitulmal.

Pada zaman khlifah Umar b. Abd. Aziz masalah kewangan yang dihadapi

oleh Baitulmal telah diatasi dengan langkah berjimat-cermat dan tidak

melakukan pembaziran. Beliau telah menyerahkan sebahagian besar

kekayaan dan barang kemas isterinya dan beberapa bidang tanahnya di

Khaibar untuk dijadikan harta Baitulmal. Harta Baitulmal ini telah berjaya

mewujudkan beberapa projek besar ekonomi bagi faedah rakyat seperti

membuka ladang-ladang baru, membaiki dan membina saluran air,

membina jalan-jalan raya bagi memudahkan penganggkutan dan aktiviti

perdagangan.

Pelaksanaan Baitulmal juga melibatkan bidang ketenteraan juga. Kerajaan

Bani Umayyah juga mempunyai pasukan tentera laut yang kuat. Pada

zaman al-Walid pasukan tentera laut Bani Umayyah amat kuat sehngga

dapat menguasai Laut Mediteranean. Dari segi penaklukan zaman al-Walid

dan Hisyam empayar Islam telah luas hingga ke Lautan Atlantik dan Banjaran

Gunung Pyreness di Eropah, sementara di sebelah Timur hampir ke sempadan

China. Perbelanjaan yang besar dan sumber kewangan persediaan

ketenteraan dan usaha penaklukan datangnya dari Baitulmal.

Kesimpulan :

Pelaksanaan Baitulmal pada zaman Bani Umayyah telah membantu ekonomi

umat Islam dan pemerintahnya dalam membangunkan negara.

Page 21: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 21

Sumber-sumber kewangan Negara yang tersimpan di Baitulmal merupakan

hasil pelaksanaannya yang diuruskan dengan cekap dan berlandaskan

undang-undang syariah.

11. Jelaskan Perbezaan Antara Sistem Ekonomi Islam Dengan Sistem Ekonomi

Kapitalisme Yang Diamalkan Di Barat.

Pengenalan:

Menurut pandangan Islam : ekonomi ialah satu ilmu yang mengakji kegiatan

manusia yang selaras dengan tuntutan sejarah Islam sama ada di peringkata

perolehan, penggunaan atau pengurusan sumber untuk kebaikan diri,

masyarakat dan negara dari segi rohani dan jasmani bagi mendapat

keredaan Allah s.w.t

Ekonomi menurut pandangan Barat : Kajian sains sosial tentang bagaimana

sumber – sumber ekonomi yang terhad digunakan untuk memenuhi

kehendak manusia yang tidak terhad.

Isi-isi :

PERBEZAAN SISTEM EKONOMI ISLAM DENGAN SISTEM EKONOMI KAPITALISME.

Kebebasan Terhadap dan Menurut Nilai-nilai Akhlak :

ISLAM : Tidak sahaja memberi kebebasan tetapi terhad dalam ekonomi

malah ia juga memberikan perlindungan terhadap apa yang diperolehi. Nilai

– nilai akhlak dan sifat – sifat menjadi asas pengisian prinsip berkenaan.

BARAT: kebebasan tidak terhad dan mementingkan keuntungan yang

maksimum.

Cara Mendapatkan Harta :

ISLAM : Cara mendapatkan harta haruslah dengan jalan yang halal ( bukan

dengan melakukan amalan riba, penipuan, rasuah, ekspolitasi dan cara –

cara yang bertentangan dengan syarak ) tertakluk kepada syariat Islam.

BARAT : Harta merupakan hak milik persendirian secara mutlak boleh

digunakan secara bebas untuk mendapatkan keuntungan dan tiada

kawalan dari sudut perundangan.

Peranan Pihak Berkuasa:

ISLAM : SYARIAH Islam mengharuskan berlakunya campurtangan pihak

pemerintah dalam kegiatan – kegiatan ekonomi, sama ada dalam bentuk

pengurusan, penyusunan, agihan dan perancangan. Canpurtangan pihak

pemerintah adalah bertujuan untuk melindungu dan menjaim kestabilan

serta keadilan sosial dengan syarat ia mestilah berlandaskan syariah.

BARAT : Peranan pemerintah adalah minimum selagi pemilik harta mengikut

saluran undang – undang.

Page 22: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 22

Sistem Percukaian :

ISLAM : sistem percukaian islam disyariatkan. Pemilik harta dikenakan bayaran

zakat mengikut kadar dan cukai-cukai yang lain untuk diagihkan kepada

pihak – pihak yang berhak bagi mengurangkan jurang antara golongan

berharta dan golongan tidak berharta.

BARAT: Pembayaran cukai tidak disyariatkan dan bertanggungjawab

membayar cukai kepada pemerintah serta tanggungjawab lain ( derma dan

sumbangan berdasarkan budi bicara ).

Prinsip permuafakatan :

ISLAM : Menekakan semangat muafakat untuk mengurangkan

pertelingkahan antara majikan dengan pekerja, penjual dengan pembeli,

pengeluar dengan pengguna.

BARAT : Hubungan antara majikan dengan pekerja dalam bentuk kontrak

yang diwujudkan bagi melicinkan hubungan antara mereka. Kerajaan

campurtangan bagi mewujudkan kerjasama antara majikan dengan

pekerja. Dengan itu wujud hubungan tiga hala antara kerajaan majikan dan

pekerja.

Prinsip Istikhlaf ( pertanggungjawaban ) :

ISLAM : Manusia adalah khalifah Allah s.w.t di muka bumi ini dan pemegang

amanah untuk memakmurkan dunia. Prinsip ini menggariskan pemilikan harta

hendaklah melalui cara diredai oleh Allah s.w.t

KAPITALIS : prinsip ini hanya wujud di kalangan majikan dengan pekerja,

penjual dengan pembeli tanpa dikaitkan dengan tuhan.

Prinsip Berkerja dan Ganjaran :

ISLAM : untung dan rugi adalah lumrah dalam muamalah islam, malah ia

menadi asasnya. Berdasarkan prinsip ini, mekanimse seperti ini mudarabah

dan syarikat digalakkan dalam aktiviti ekonomi.

BARAT : Meminimumkan kos dan memaksimumkan keuntungan untuk

mengelakkan kerugian dan mengambil keuntungan lebih banyak untuk

menyelamatkan keadaan semasa berhadapan dengan kerugian.

Prinsip Menjauhkan Perbuatan Merosakkan :

ISLAM : Melarang segala bentuk keruntuhan akhlak, kerosakan masyarakat,

kepincangan keluarga dan kerosakan masyarakat dalam kegiatan ekonomi.

BARAT : Juga melarang kerosakan tetapi tiada kawalan syariat, cuma

dilakukan di atas tanggungjawab moral.

Matlamat Ekonomi :

ISLAM : Syariat tidak digugurkan ( dikekalkan ). Setiap kali kegiatan ekonomi

sama ada kecil atau besar akan menjadi ibadah dan diberi ganjaran pahala

jika dilakukan mengikut kehendak – kehendak syarak‟

BARAT : berbentuk sekular dan syariat digugurkan bermula pada abad ke –

16 dan seterusnya.

Page 23: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 23

Kesimpulan :

Apa-apa sahaja yang berkaitan.

12. Huraikan ciri-ciri tamadun awal India di tapak Mohenjodaro dan Harappa.

Pengenalan :

Sir Mortimer Wheeler dan Sir John Marshall merupakan dua ahli kaji purba

yang mengkaji secara mendalam tamadun Harappa pada awal kurun ke-

20M. Daripada kajian itu, mereka mendedahkan sebuah tamadun yang

terletak di sekitar Lembah Indus di India Utara. Petempatkan tamadun itu

terdiri daripada dua pusat utama iaitu Mohenjodaro yang terletak di tebing

kanan sungai Indus di daerah Larkana, Sindh dan Harappa di sebelah Sungai

Ravi di negeri Punjab. Kedua-dua pusat itu dikelilingi oleh beberapa lagi

tapak-tapak kecil yang terjalin rapat dengan Mohenjodaro dan Harappa

melalui suatu sistem perjalanan sungai. Daripada bukti-bukti kaji purba, ahli

sejarah berjaya membina semula ciri-ciri bandar Harappa dan Mohenjodaro

serta aspek-aspek kehidupan masyarakat Harappa seperti makanan,

pakaian dan barang perhiasan, agama, alat-alat senjata, kesenian,

hubungan dengan tamadun lain seperti Sumber ekonomi, pertanian dan

perdagangan dan sebagainya. Tambahan pula, pelbagai taksiran juga

dibuat tentang kebudayaan Harappa, misalnya, asal-usul penduduk

Harappa, pertembungan dengan tamadun lain dan hubungan kebudayaan

Harappa dengan tamadun Vedic dan kebudayaannya yang di bawah oleh

orang Arya pada tahun 1500SM

Isi :

Ciri-ciri Bandar :

Daripada kajian tinggalan kota Mohenjodaro dan Harappa, adalah diketahui

bahawa kedua-dua bandar mempunyai ciri persamaan dari segi perancangan

bandar yang teliti. Terdapat dua bahagian iaitu kubu kota dan bandar di luar kubu

itu. Di dalam kubu ciri yang nyata sekali ialah wujudlah sebuah kolam mandi yang

mungkin digunakan untuk amalan agama ritual dan juga sebuah jelapang (Great

Granary) yang terletak di atas sebuah podium yang berukuran 150 kaki lebar dan

200 kaki panjang. Jelapang itu adalah digunakan oleh pemerintah untuk

menyimpan biji-bijirin yang merupakan hasil berlebihan pertanian. Bahagian bandar

yang wujud di luar kubu membayangkan juga perancangan sistematik. Dalam

tapak pelan bandar, adalah diketahui bahawa jalan-jalan dan rumah batu adalah

dirancang secara teratur. Menurut ahli kaji purba, unsur keseragaman perancangan

bandar adalah disebabkan Mohenjodaro dan Harappa merupakan dua pusat

pemerintahan yang dikendalikan oleh raja atau golongan paderi.

Masyarakat Heterogenous :

Daripada kajian hampir 50 rangka manusia yang digali dari Mohenjodaro,

Harappa dan Chanhu Daro, ahli kaji purba telah mengenal pastikan tiga jenis

kumpulan etnik. Pertamanya, jenis Proto-Australoid yang serupa dengan orang asli di

Australia pada masa kini; kedua, jenis Mediterranean yang dipercayai memberi

Page 24: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 24

sumbangan kepada perkembangan bandar dan pertanian dan, ketiga, jenis

Mongoloid yang mungkin berasal dari Nepal atau Assam. Jadi, dari segi komposisi

etnik tamadun Harappa, boleh dikatakan bahawa penduduk-penduduk Harappa

tidak bersifat kehomogenan.

Ekonomi Pertanian :

Daripada penemuan serpihan tembikar, adalah diketahui gandum dan barli

merupakan sumber makanan utama penduduk-penduduk Harappa. Wujudnya

jelapang di Mohenjodaro dan Harappa boleh disimpulkan bahawa lebihan biji-bijian

gandum dan barli disalurkan kedua-dua pusat pemerintahan untuk menampung

keperluan masyarakat Harappa. Serpihan tekstil yang dijumpai memberi bukti

bahawa kapas ditanam dan, kemungkinan besar, kain kapas merupakan barang

eksport. Berdasarkan bukti-bukti tulang binatang adalah jelas kaum petani

menternak lembu, kerbau, kambing, biri-biri, babi, anjing dan gajah.

Ekonomi Perdagangan dan Hubungan dengan Tamadun Lain :

Tamadun Harappa, nampaknya, tidak berkembang dalam keadaan terpencil.

Manik-manik dan cap mohor yang ditemui di Sumeria menunjukkan bahawa

Harappa terjalin hubungan dengan Mesopotamia. Cap mohor, biasanya digunakan

oleh para pedagang untuk menandakan pemilikan harta. Kebanyakan artifak yang

dibuat daripada emas, perak, plumbum, bitumen, alabaster, dan tembaga

menunjukkan hubungan perdagangan Harappa dengan Parsi, Badahsha, Dekkan

dan Rajputana. Jadi, boleh diandaikan bahawa hubungan perdagangan telah

berjaya mewujudkan bukan saja segulungan saudagar tetapi juga pusat-pusat

perdagangan seperti Sutkagon-Dor.

Tulisan :

Wujudlah tulisan Harappa adalah diketahui daripada inskripsi pada cap mohor

tetapi sehingga masa kini skrip itu tidak dapat dinyahkodkan (decipher). Menurut

ahli sejarah skrip Harappa tidak sema sekali berunsur kesamaan dengan sesuatu skrip

kuno di Asia Barat atau lain-lain tempat. Daripada analisis skrip Harappa, didapati

250 simbol yang terbentuk piktografi yang melambangkan berbagai-bagai benda

dan boleh disimpulkan bahawa skrip itu dibaca mengikut amalan boustrophedon

iaitu dibaca dari kanan ke kiri dan kiri ke kanan. Adalah diandaikan bahawa simbol-

simbol dalam skrip Harappa mewakili nama atau gelaran seorang.

Kesenian :

Kesenian Harappa dapat dikaji dengan merujuk kepada artifak seperti cap

mohor, manik-manik, patung-patung, serpihan barang kemas, subang, permainan,

bangunan-bangunan dan tembikar. Berbanding dengan Mesopotamia atau Mesir,

monumen-monumen yang besar atau seni arca yang mengagumkan tidak wujud di

Harappa. Corak kesian tamadun Harappa adalah statik, langsung tidak inovatif dan

sama sekali bersifat praktikal dan utilitarian. Sifat-sifat negatif yang disebutkan di atas

boleh dibuktikan, misalnya dengan merujuk kepada perancangan dan bentuk

struktur bangunan-bangunan Mohenjodaro dan Harappa yang hanya

mementingkan tujuan utilitarian saja.

Kepercayaan dan Agama :

Page 25: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 25

Menurut ahli sejarah, wujudnya banyak patung-patung wanita di Mohenjodaro

dan Harappa menunjukkan, kemungkinan besar, amalan pemujaan Dewi-Ibu.

Pemujaan Dewi adalah suatu konsep agama yang biasanya diamalkan dalam

Hinduisme di kawasan desa pada masa kini. Tambahan pula, ahli kaji purba juga

menjumpai suatu cap, mohor yang menunjukkan suatu dewa yang bertanduk serta

bermuka, tiga dan kelilingi oleh empat ekor binatang iaitu gajah, harimau, badak

sumbu dan kerbau. Adalah tidak dinafikan bahawa dewa itu ialah prototaip, atau

pelapor Shiva (Lord of the Beasts) dalam agama Hinduisme. Di samping itu,

masyarakat Harappa juga mengamalkan kepercayaan animisme iaitu menyembah

batu-batu, pokok-pokok dan binatang-binatang yang dianggap tempat kediaman

roh sama ada baik atau jahat. Daripada penjelasan tersebut, boleh disimpulkan

bahawa agama Hinduisme yang muncul pada zaman Vedas ada kaitan dengan

agama masyarakat Harappa.

Kesimpulan :

Berdasarkan ciri-ciri yang dibincangkan dapatlah disimpulkan bahawa masyarakat

India di tapak Mohenjodaro dan Harappa adalah mencapai satu kemajuan

peradaban yang tinggi.

13. Huraikan dasar dan sistem pendidikan dalam tamadun China

Pengenalan :

Pendidikan membantu manusia untuk meningkatkan tahap intelek yang

seterusnya membawa kepada peningkatan dalam bidang-bidang lain.

Pendidikan merupakan satu seni yang membolehkan manusia

mengumpulkan segala pengalaman yang diperolehi dalam kehidupan

mereka dan selanjutnya menyampaikan pengalaman itu kepada generasi

baru.

Proses pendidikan bermula serentak sejak kelahiran dan berterusan sehingga

akhir hayat. International Dictionary of Education pendidikan ialah suatu

proses yang membentuk ability dan sikap manusia. Plato – Pendidikan

sebagai sesuatu yang memberikan keindahan dan kesempurnaan kepada

jasmani dan rohani.

Isi :

Dasar pendidikan di China :

Dalam tamadun China, masyarakat menghargai pendidikan, matlamat

utama pendidikan ialah lulus peperiksaan awam.

Peperiksaan awam mengandungi tiga tahap : Hsiu Tai, Tahap pertama

selaras dengan ijazah pertama, tahap kedua, Chun-Jen, setaraf dengan

sarjana dan Chin Shih, setaraf dengan doctor falsafah seperti yang terdapat

pada zaman moden ini.

Pada zaman Confucius, terdapat sekolah-sekolah di kampung kecul ( hamlet

), kampung ( villaga ) dan negeri-negeri feudal.

Satu ciri nyata pendidikan tradisional China ialah hubungan system pemilihan

pegawai-pegawai awam melalui peperiksaan awam dan menyediakan

pelajar-pelajar untuk tiga peringkat ijazah dan tiga tahap peperiksaan.

Page 26: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 26

Pelajar perlu menduduki peperiksaan di daerahnya sendiri sebelum

menduduki peperiksaan untuk ijazah pertama di Bandar . Diadakan dua kali

dalam tempoh tiga tahun.– Lulus menerima ijazah Hsiu Tsai.

Peperiksaan peringkat kedua di ibu kota provinsi , calon yang berjaya di

anugerah ijazah Chun-Jen. Peperiksaan peringkat ketiga di adakan di Ibu

kota empayar, di istana dengan kehadiran maharaja, ijazah dikenali sebagai

Chin Shih. Peperiksaan tahap kedua dan ketiga diadakan tiga tahun sekali.

Penghormatan kepada ketiga-tiga ahli akademik, penghormatan tertinggi

diberi gelaran Chuang Yuan.

Mereka yang lulus ijazah pertama akan berpeluang menjadi pegawai

kerjaan , ijazah ketiga pula layak menjadi pendidik.

Han Lin- Sebuah majlis ahli-ahli akademik terkemuka sebagai sebuah badan

penasihat dan penyunting., kebiasaannya bertindak sebagai kabinet

maharaja, ada dilantik sebagai tokoh kesusasteraan negara dan

berkedudukan tinggi dalam negara.

Institusi Pendidikan China :

Sekolah peringkat rendah – diadakan di rumah guru, rumah penai\ung yang

kaya, di rumah pagoda lama, rumah berhala atau pondok . Di bilik darjah

terdapat meja dan kerusi untuk guru dan tempat pemujaan Confucius di

sudut bilik darjah. Pelajar lelaki membawa kerusi, buku kertas, pensel dan

dakwat sendiri. Pelajar berusia tujuh tahun ,berpakaian rasmi dan topi. Harus

menyembah gambar Confucius sebelum beri penghormatan kepada guru.

Sekolah dari pagi hingga petang dan dibuka sepanjang tahun.

Sekolah menengah atau sekolah tinggi : tajaan kerajaan, naungan

persendirian atau dengan pembiyaan oleh golongan kaya dan pegawai-

pegawai awam.

Peperiksaan Awam :

Menyediakan pelajar untuk peperiksaan kerajaan , mereka yang lulus akan

mengisi jawatan-jawatan penting dalam kerjaaan.

Contoh :

Maharaja Wu Ti ( Dinasti Han ) : Diri sekolah tinggi di ibu kota dan galak

penubuhan sekolah di provinsi dan daerah.

Maharaja Yan Kuan ( dinasti Sui ) : Galak penubuhan sekolah dan

perpustakaan imperial. Dinasti Sung : Sistem persekolahan berkembang daru

ibu kota ke semua bahagian pentadbiran imperial.

Dinaasti Ming : Kolej bagi belia dan universiti Kebangsaan di pusat dan

sekolah awam di setiap wilayah, jabatan daerah dan kampung.

Dinasti Tang : Galak penubuhan sekolah kerajaan, wujud sebuah sekolah

awam di setiap wilayah, daerah dan kampung. Maharaja Hsuan Tsung

menubuhkan akademik Han Lin.

Percetakan diperkenalkan buat pertama kali.

Dinasti Chou : Dua jenis sekolah, Pertama kolej yang terdapat di ibu kota kerajaan

diraja dan di daerah-daerah bangsawan. Kedua sekolah yang berselerak di

kampung kecil, kampung dan derah.

Page 27: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 27

Mereka yang lulus ijazah kedoktoran boleh mengambil peperiksaan keempat . Lulus

menjadi ahli seumur hidup dalam Imperial Academy.

Tiada had umur untuk menduduki peperiksaan, calon dikunci sepanjang waktu

peperiksaan dijalankan .

Kesimpulan :

Apa sahaja yang berkaitan.

14. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan perdagangan di

Nusantara sebelum abad ke-15 Masihi.

Pengenalan :

Alam Melayu menjadi tumpuan pedaganga-pedagang India, Arab dan

China sejak abad pertama lagi.

Sember-sumber bertulis China, India, Arab dan Yunani membuktikan bahawa

kegiatan perdagangan di rantau ini berkembang pesat sebelum

kebangkitan kerajaan Melayu Melaka.

Di antara pusat-pusat perdagangan yang muncul di Alam Melayu

berdasarkan sumber-sumber berikut iaitu: sumber China Tun-Sun, Tan chu-Li,

Pan-Pan dll, sumber Yunani(Ptolomy)-Takola, Kole dan Sabaria, sumber India-

Takola, Kataha, Kalagam, Tambaralinga, sumber Arab-Kalah, Qaqullah dan

Tiyumah

Isi-isi Jawapan :

Faktor Kedudukan Geografi Gagasan Kepulauan Melayu yang Strategik :

Terletak di tengah-tengah perjalanan perdagangan Timur dan Barat yang

menjadi tumpuan pedagang-pedagang asing seperti China, India, Arab dan

kepulauan Melayu sendiri.

Angin Monsun Barat Daya dan Timur Laut juga membantu pedagang-

pedagang China dan India pergi ke gugusan kepulauan Melayu

Kekayaan Sumber Asli :

Nusantara kaya dengan hasil hutan seperti kayu gaharu, kapur barus dan

rotan.

Kekayaan hasil pertanian seperti rempah ratus, teh, beras dan lain-lain.

Hasil-hasil laut seperti kowri ( mata wang ), kerang dwi katup, tiram mutiara

dan lain-lain.

Hasil Perlombongan seperti emas, bijih besi, antimony dan lain-lain

Pemerintahan dan Pentadbiran yang Cekap, Teratur dan Stabil :

Kebanyakan kerajaan di Alam Melayu mempunyai sistem pemerintahan dan

pentadbiran yang tersusun

Empayar Srivijaya – terdapat sistem pemerintahan kerajaan pusat dan

wilayah

Page 28: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 28

Empayar Melaka – wujud sistem Pembesar Empat Lipatan dan sistem

perundangan sepeti Undang-undang Laut Melaka

Sistem ini melicinkan serta mengekalkan keamanan dan memajukan

perdagangan

Peranan Orang Laut :

Orang Laut direkrut untuk bertanggungjawab menjaga keselamatan

kawasan perairan untuk membanteras kegiatan perlanunan.

Mereka mengawal jalan-jalan laut supaya selamat daripada ancaman dan

serangan lanun.

Orang Laut juga memaksa kapal-kapal dagang singgah berdagang.

Kemudahan Perdagangan dan Pentadbiran Perniagaan :

Pemerintah menyediakan kemudahan-kemudahan di pelabuhan seperti

tempat menginap, tempat perniagaan, gudang, sistem sukatan dan

timbangan yang standard, kemudahan membaiki kapal dan lain-lain.

Di Melaka, Syahbandar, Nakhoda dan Kiwi mengurus hal-hal perdagangan.

Mata wang logam digunakan dalam urusniaga.

Hubungan Politik Dengan China :

Hubungan persahabatan Srivijaya, Majapahit dan Melaka dengan China

bererti mendapat pengiktirafan dan perlindungan daripada China daripada

ancaman musuh.

Suasana aman dan damai membolehkan kegiatan perdagangan berjalan

dengan lancar.

Hubungan erat dengan China menggalakkan kemasukan ramai pedagang

dari China.

Peranan dan Pengaruh Agama :

Srivijaya dan Majapahit merupakan empayar beragama Hindu-Buddha di

Nusantara.

Pusat perkembangan agama Buddha membantu mengmbangkan kegiatan

perdagangan dengan India dan China yang seagama.

Melaka merupakan empayar Islam, dapat menarik pedagang Islam

Sumber-sumber Perdagangan :

Sistem Pentadbiran di pelabuhan

Kesimpulan :

Perkembangan perdagangan di nusantara berlaku kerana kedudukannya di

pesisiran pantai dan kepentingannya berasaskan kepada penguasaan lalu

lintas perdagangan di antara China dan India.

Page 29: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 29

15. Bincangkan perkembangan pembangunan ekonomi dalam tamadun manusia

Pengenalan :

Kegiatan ekonomi satu unsur penting dalam perkembangan tamadun

manusia sejak awal tamadun sehingga sekarang

Definisi ekonomi: sumber pengeluaran terhad yang digunakan untuk

memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad

Ekonomi berkaitan dengan aspek pengeluaran dan pengagihan kekayaan

Asas perkembangan sesuatu tamadun adalah pertanian

Aktiviti lain yang menyokong perkembangan tamadun awal seperti

perdagangan, perindustrian dan perlombongan

Gabungan aktiviti pertanian dengan aktiviti ekonomi yang lain telah

mewujudkan suatu tamadun yang stabil dari segi ekonomi dan politik

Isi :

Faktor perkembangan pembangunan ekonomi

Perhubungan :

Manusia mengubah bentuk ekonomi dari sari diri kepada ekonomi komersil

Sistem perhubungan sangat diperlukan bagi kemudahan perhubungan

antara satu tempat ke satu tempat, antara kawasan pengeluaran seperti

kawasan pertanian ke kilang memproses dan bandar

Sistem perhubungan terawal ialah sungai dan laut – contoh Sungai Ni, laut

Mediterranen menghubungkan Mesir dengan Sumeria dan Semenanjung

Tanah Arab

Sistem perhubungan darat terawal ialah jalan darat antara Yunani, Rom,

Mesir, Arab dan India

Sekitar abad 2 Masihi, Tamadun Rom dan Yunani memperkanalkan

penggunaan jalan raya dan jambatan

Tamadun Mesopotamia menggunakan roda dan kapal layar untuk jalan

darat, jalan laut dan jalan sungai

Pengangkutan :

Perkembangan sains dan teknologi membawa kepada terciptanya sistem

pengangkutan yang lebih maju seperti kapal layar, kereta lembu dan

sebagainya

Tamadun Hwang Ho dan Indus memperkenalkan teknologi perkapalan dan

dapat menjalankan aktiviti ekonomi kelautan seperti perdagangan dan

perkapalan

Melahirkan alat-alat pengangkutan baru dan moden seperti kenderaan,

motor bot, kapal hinggalah penggunaan bahan tenaga

Penggunaan Mata Wang :

Pembangunan ekonomi pesat mendorong penggunaan mata wang sebagai

pertukaran menggantikan sistem barter

Kebanyakan mata wang dalam bentuk logam seperti emas dan perak.

Orang terawal memperkenalkan mata wang ialah orang Sumeria berbetuk

ketulan perak dan emas

Wang yang agak standard diperkenalkan oleh orang Yunani dan Parsi

Pedagang Eropah menggunakan mata wang Julius Caesar dan Cleopatra

Page 30: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 30

Tamadun China: Dinasti Chou ( wang tembaga) Dinasti Han ( wang emas

dan perak ) Dinasti Song ( Wang Kertas )

Institusi Kewangan :

Perkembangan ekonomi mendorong pembukaan institusi kewangan yang

berperanan dalam pinjaman wang, simpanan dan insurans untuk

menjayakan kegiatan perdagangan

Perkhidmatan ini diperkenalkan di Itali sekitar abad ke-14 dengan lahirnya

pemodal di Genoa, Milan dan Florence yang membuka bank secara eksklusif

Perdagangan antarabangsa memerlukan modal besar dan bank tersebut

akan membekalkan modal

Institusi bank lengkap ditubuhkan di England (Bank Of England)

Tamadun Mesopotamia- Keluarga Egibi di Babylon memberi pinjaman

kepada orang ramai dengan kadar bunga 20%-30% atas pinjaman

Kemudahan-kemudahan lain :

Pembangunan ekonomi pesat mempengaruhi perubahan prasarana

sokongan seperti pelabuhan, gudang, insurans dan sebagainya

Kemudahan awam disediakan seperti pusat komersil gudang dan sistem

pengairan

Tamadun Mesopotamia-pusat komersil dipanggil “Karu” di setiap bandar

Pusat Komersil Gudang ialah tempat tinggal pedagang dan gudang simpan

barang)

Sistem pengairan menjadi faktor perkembangan petanian seperti Sungai Nil

(Tamadun Mesir) dan sistem pengairan Szechuan (Dinasti Chou)

Pemilikan Tanah dan Cukai :

Dalam kebanyakan tamadun, tanah ialah milik kerajaan dan raja

Pembahagian tanah ialah mengikut kedudukan individu dalam masyarakat

dan sumbangannya kepada tamadun

Tamadun Mesopotamia- tanah dimiliki golongan raja, paderi dan pegawai

tentera

Cukai menjadi satu sumber pendapatan kerajaan awal

Tamadun Mesopotamia – cukai 20% dikenakan ( dalam bentuk wang @

barangan)

Perkembangan Industri dan Penubuhan persatuan :

Perkembangan industri mendorong perkembangan ekonomi

Tamadun Mesopotamia-industri tekstil

Tamadun Mesir-industri kapal dan tembikar

Tamadun China-industri sutera, kertas dan tembikar

Barangan yang dihasilkan dieksport untuk mendapat barangan lain

Penubuhan persatuan perdagangan penting kearah perkembangan

ekonomi

Kesimpulan :

Perkembangan ekonomi komersil dan selanjutnya ekonomi kapitalis didorong oleh

faktor yang dihuraikan di atas.

Page 31: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 31

16. Sejauhmanakah kekuatan ketenteraan penting dalam pengukuhan kuasa empayar

tamadun-tamadun awal.

Pendahuluan :

Menurut Farmer dalam buku, Comparative History of Civilizations, empayar

merujuk kepada entiti politik yang menyatukan zon budaya yang luas.

Kemunculan empayar disebabkan oleh dasar imperialisme yang

menyebabkan berlaku proses penaklukan dan perluasan kuasa terhadap

negara-negara lain. Proses perluasan kuasa menyebabkan muncul

beberapa empayar seperti empayar Maurya dan Gupta di India, empayar

Chin dan Han di China dan empayar Rom di Eropah. Terdapat dua jenis

empayar yang utama iaitu empayar daratan dan empayar maritim. Empayar

daratan menguasai tanah yang luas seperti empayar Maurya, Gupta, Rom

dan Chin. Empayar maritim pula bergantung kepada penguasaan laut

seperti empayar Srivijaya dan Majapahit .

Konsep ketahanan dan pertahanan.

Isi-isi :

Kekuatan ketenteraan melalui teknologi :

Kekuatan ketenteraan amatlah penting dalam pengukuhan empayar dan

bagi Mewujudkan Keamanan Dalam Empayar. Para pemerintah

menggunakan tentera untuk mengatasi rampasan kuasa, pemberontakan

dan keadaan kacau bilau. Bagi memudahkan tentera mengawal keadaan

dalam negara, kota-kota pertahanan, jalanraya dan tembok didirikan.

Contohnya pada zaman pemerintahan Maharaja Shih Huang Ti, tembok

besar yang dikenali sebagai Tembok Besar China didirikan bagi mengelakkan

serangan orang-orang gasar.

Jenis Tentera

Dalam Tamadun India pula, kekuatan ketenteraan begitu dominan dalam

pengukuhan dan perluasan empayarnya. Dalam hal ini,terdapat empat jenis

tentera yang digunakan iaitu tentera bergajah, tentera berkuda, tentera

berkereta kuda dan tentera berjalan kaki ( infantri )

Komposisi Tentera

Terdapat juga unit – unit seperti tentera laut, pengintip, kumpulan perintis dan

komisariat. Keunikan ketenteraan India ialah penggunaan gajah dan ianya

berperanan memecahkan barisan tentera musuh, meruntuhkan kubu, pintu

kota dan benteng pertahanan. Kereta kuda pula digunakan secara meluas

pada zaman Maurya dan kebiasaannya Raja – raja India mempunyai

angkatan tentera yang besar. Misalnya, Candragupta Maurya mempunyai

600, 000 orang tentera , Rajaraja I mempunyai 900, 000 orangtentera dan

Mahendrapala boleh menggerakkan 800,000 orang tentera pada bila-bila

masa.

Selain faktor ketenteraan, ada faktor-faktor lain dalam pengukuhan kuasa

empayar tamadun-tamadun awal.

Page 32: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 32

Perluasan wilayah :

Salah satu ciri lain dalam pengukuhan empayar ialah perluasan kuasa.

Apabila sesebuah empayar menjadi stabil, langkah-langkah diambil untuk

memperkembangkan pengaruh di wilayah-wilayah berhampiran. Usaha

perluasan kuasa merupakan langkah untuk menundukkan kuasa-kuasa besar

di pinggiran yang menggugat kestabilan politik sesebuah empayar.

Contohnya, empayar Maurya diasaskan oleh Chandragupta Maurya dengan

menyatukan negara-negara kecil di utara India. Pembentukan empayar ini

bertujuan untuk menundukkan ancaman Yunani.

Sistem birokrasi yang teratur :

Kekuatan sesebuah empayar dapat dipertahankan dengan wujudnya sistem

pentadbiran yang sistematik dan teratur. Sistem pentadbiran amat penting

bagi mengukuhkan cengkaman kuasa kerajaan di seluruh wilayah jajahan

takluk. Untuk tujuan tersebut, biasanya sesebuah kerajaan membahagikan

empayar kepada wilayah-wilayah yang diperintah oleh gabenor. Kerajaan

pusat melantik pemerintah di peringkat wilayah dan sentiasa mengawasi

pegawai-pegawai di wilayah. Contohnya, Maharaja Shih Huang Ti telah

membahagikan empayarnya kepada 36 wilayah dan wilayah-wilayah ini

ditadbir oleh gabenor tentera.

Keseragaman budaya :

Pembentukan empayar bertujuan untuk melahirkan keseragaman budaya di

seluruh empayar. Dalam konteks ini, lazimnya budaya negara induk akan

dijadikan budaya rasmi di seluruh jajahan takluk empayar. Contohnya,

Iskandar Zulkarnain menyebarkan kebudayaan Hellenistik yang merupakan

paduan antara budaya Yunani dan Parsi ke seluruh empayar. Beberapa

bandar baru ditubuhkan sebagai pusat penyebaran kebudayaan Hellenistik

seperti Iskandariah dan Antioch.

Kehegemonian sosial dan ekonomi :

Para pemerintah sesebuah empayar lazimnya akan bertindak

menyeragamkan sistem tulisan, ukuran timbangan dan penggunaan

matawang. Tindakan ini diambil untuk melicinkan urusan pentadbiran dan

juga untuk memupuk semangat nasionalisme di kalangan penduduk.

Contohnya, Sargon Agung telah memperkenalkan bahasa Akkadia sebagai

bahasa rasmi empayarnya. Manakala, Asoka yang merupakan pemerintah

agung empayar Maurya telah menjadikan bahasa Sanskrit sebagai bahasa

rasmi empayarnya bertujuan mewujudkan penyatuan politik dan budaya.

Dalam bidang ekonomi pula para pemerintah memperkenalkan sistem

timbangan, ukuran dan matawang yang seragam. Contohnya, di Melaka,

sistem timbangan berdasarkan ukuran kati dan tahil digunakan.

Kewibawaan pemimpin :

Kekuatan dan keutuhan sesebuah empayar bergantung kepada pemimpin

yang berwibawa. Pemimpin yang berwibawa dapat mewujudkan kestabilan

politik. Ini dapat diwujudkan dengan menggunakan kekuatan tentera. Di

samping itu, pemimpin-pemimpin juga memberikan naungan politik kepada

Page 33: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 33

pertumbuhan tamadun. Contohnya, Maharaja Shih Huang Ti memberi

peluang kepada golongan sarjana yang berminat dengan falsafah Konfucius

menjalankan penyelidikan sejarah. Manakala, kerajaan Maurya memberikan

naungan politik kepada golongan karyawan untuk bergiat dalam lapangan

kesenian dan kesusasteraan.

Penyebaran agama :

Pemimpin sesebuah empayar juga bertindak menyebarkan fahaman agama

ke wilayah-wilayah jajahan takluk khususnya kepada pemimpin yang terikat

dengan sesuatu fahaman agama dan ingin membawa perubahan dalam

masyarakat. Contohnya,Maharaja Asoka telah mengambil beberapa

langkah untuk menyebarkan agama Buddha dalam empayarnya. Selain,

mengadakan siri lawatan ke seluruh empayar untuk menyebarkan agama

Buddha, baginda juga melantik pegawai-pegawai yang dikenali sebagai

Dharma Mahamatra untuk menyebarkan agama Buddha. Selain itu, Asoka

telah mempraktikkan dan mengamalkan ajaran-ajaran Buddha dalam

kehidupannya dengan menghentikan amalan membunuh binatang dan

memakan daging. Hasil usaha dan langkah-langkah tersebut, agama

Buddha telah menjadi agama dunia.

Kemajuan komunikasi :

Kejayaan sesebuah empayar juga bergantung kepada sistem pengangkutan

dan komunikasi. Rangkaian jalanraya diperlukan untuk menggerakkan

pasukan tentera untuk melicinkan pentadbiran. Hal ini dapat dilihat dalam

kerajaan Rom pada zaman Augustus Caesar. Beliau telah membina

jalanraya-jalanraya yang menghubungkan Rom dengan kebanyakan

kawasan jajahannya. Ini telah memudahkan pergerakan tentera ke kawasan

jajahan untuk mematahkan sebarang kebangkitan untuk mencabar

kepimpinan maharaja.

Kesimpulan :

Empayar merupakan entiti politik yang lahir daripada kegiatan ketenteraan

yang menyebabkan proses perluasan wilayah. Sebagai unit politik yang

merangkumi kawasan yang luas, empayar mempunyai beberapa ciri seperti

sistem birokrasi kerajaan pusat yang mantap , kehomogenian budaya,

agama dan budaya, kekuatan militer, perlaksanaan hegemoni dan sistem

naungan ekonomi. Ciri-ciri ini amat penting dalam memantapkan serta

mengukuhkan kedudukan sesebuah empayar dari segi politik, ekonomi dan

sosial.

17. Bincangkan kepentingan muzik dalam kehidupan masyarakat dalam tamadun

Awal.

Pendahuluan :

Definasi Muzik

Menurut Ensiklopedia Britanica muzik ialah satu cabang seni dan juga sains

yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal yang diterima oleh individu dan

Page 34: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 34

berbeza bergantung kepada sejarah, lokasi, budaya dan citarasa

seseorang.Menurut Kamus Dewan, muzik adalah gubahan bunyi yang

menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan.

Ciri – ciri muzik seperti nama-nama lagu dan peralatan alat muzik.

Latar belakang tamadun awal Mesopotamia, Mesir, China, India, dan

Yunani.

Isi-Isi :

Kepentingan Agama dan Kepercayaan :

Muzik merupakan alat penting kepada kehidupan masyarakat tamadun awal dalam

mempengaruhi nilai agama dan memantapkan jiwa mereka menghadapi

kehidupan harian. Sebagai contoh dalam masyarakat tamadun Mesopotamia

mereka memuja dewa-dewi melalui nyanyian. Upacara nyanyian akan dikendalikan

oleh penyanyi yang digelar Gala yang tinggal di rumah berhala. Di samping itu

peralatan muzik turut dimainkan semasa nyanyian seperti gendang, sistrum dan

trompet untuk melahirkan rasa keasyiknya kepada tuhan. Manakala dalam zaman

Vedik , lagu suci kitab Veda dinyanyikan dalam upacara pengorbanan yanag

dikenali sebagai varga.

Perkembangan Ilmu Dalam Bidang Muzik :

Muzik turut memperkayakan ilmu masyarakat pada ketika itu. Ini dapat dilihat dalam

masyarakat Mesopotamia, zaman Chaldea, teori muzik yang mempunyai pertalian

rapat dengan astrologi dan matematik telah dihasilkan. Seterusnya lahir bidang

muzik seperti polifonik iaitu muzik berbagai-bagai bunyi yang harmoni. Manakla

dalam tamadun India karya-karya teori muzik dihasilkan seperti Brihad Deshi. Begitu

juga perkembangan seni muzik di India dipengaruhi oleh epik agung seperti

Ramayana dan Mahabbhrata. Pada zaman Ming, Putera Tsai-yu menghasilkan

Handbook of Music yang terdiri daripada 19 jilid.

Sebagai Saluran Ekspresi Musikal dan Emosi :

Dalam masyarakat awal Eropah, mereka telah mencipta lagu berunsurkan riang,

lagu rakyat dan muzik kudus bertujuan melahirkan perasaan terhadap sesuatu

suasana.

Terapi Perubatan :

Manakala dalam masyarakat Mesir alunan bunyi muzik mengembirakan manusia

dan juga memberikan ketenangan kepada wanita ketika melahirkan anak.

Penghormatan dan Penghargaan :

Dalam masyarakat Mesir persembahan muzik dikendalikan oleh golongan

profesional. Mereka dipandang tinggi dan mulia dalam masyarakat. Kaum wanita

juga diberi peluang sebagai penari untuk menghiburkan penonton.

Kepentingan Sosial :

Page 35: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 35

Dalam masyarakat India terdapat muzik sekular yang dikenali sebagai desi bertujuan

untuk hiburan semata-mata.

Muzik Dalam Peperangan.

Muzik Dalam Hafalan Ilmu.

Muzik Sebagai Pelengkap Kepada Disiplin Seni yang Lain.

Kesimpulan :

Muzik memainkan peranan pentig dalam kehidupan manusia seperti bidang kegamaan

dan keseniaan. Ia berkembang dan menwujudkan satu lambang budaya bagi mewakili

identiti sesuatu etnik atau tamadun. Alat muzik telah ditemui daripada pengkajian arkeologi

yang dijalankan dalam peninggalan Dinasti Shang.Dua jenis alat muzik yang telah ditemui

ialah Ching (sonorous store) dan Hsuan ( globular Flute ).

18. Bincangkan faktor-faktor yang menggalakkan pengembaraan dan penerokaan

pengembara-pengembara Islam pada abad ke- 10 hingga abad ke- 14 masihi dan

ahli-ahli pelayaran Barat pada abad ke- 15 hingga abad ke- 16 masihi.

Pengenalan :

Konsep pengembaraan dan penerokaan.

Jenis pengembaraan dan latarbelakang abad ke 10 hingga 14 masihi.

Tujuan pengembaraan menurut islam dan barat.

Isi-isi :

Faktor-Faktor Yang Menggalakkan Pengembaraan Dan Penerokaan Islam :

Perasaan ingin tahun tempat yang dilawati.

Berdakwah, mencari ilmu pengetahuan.

Dakwah.

Perdagangan.

Mengkaji dan mendalami ilmu geografi.

Dorongan al – Quraan.

Alat baru : kompas.

Pengaruh kejayaan Marco Polo.

Faktor-Faktor Yang Menggalakkan Pengembaraan Dan Penerokaan Barat :

Ingin tahu.

Cabaran dan persaingan.

Dorongan pemerintah.

Dakwah : penyebaran Kristian.

Perdagangan.

Penjajahan.

Kesan kejayaan Marco Polo.

Mendapat kuasa di wilayah baru.

Mencari Ilmu pengetahuan.

Page 36: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 36

Kesimpulan:

Apa-apa sahaja yang berkaitan.

19. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan pendidikan formal

dalam Tamadun Awal manusia.

Pengenalan :

Pendidikan formal boleh ditakrifkan sebagai sistem pengajaran dan pembelajaran

yang dikendalikan oleh sesuatu kerajaan untuk membentuk suatu masyarakat atau

negara mengikut dasar perancangan yang berkaitan rapat dengan matlamat-

matlamat kerajaan, sistem pemerintahan sama ada monarki, republik atau

demokrasi, pengaruh agama dan pentadbiran negara. Dalam tamadun awal

manusia, matlamat-matlamat adalah berlainan dan berubah-ubah dari zaman ke

zaman. Pada keseluruhannya, sesuatu negara selalunya, mendakwa kerajaan

berhak mengawal takdir rakyat negara itu melalui organisasi institusi pendidikan,

kaedah pengajaran dan bentuk kurikulum untuk mencapai tujuan dan keperluan

negara. Pendidikan formal dianggap sebagai alat untuk membentuk disiplin,

organisasi dan susunan sosial dan arah kesetiaan rakyat terhadap negara.

Pendidikan formal juga dijadikan teras perdebatan di kalangan ahli falsafah dan

pendidik. Antaranya termasuklah Plato yang memberatkan pendidikan formal untuk

menghasilkan segulungan pemerintah yang bijak (philosopher-kings), Quintilian yang

menegaskan aspek utilitarian dalam pendidikan Rom dan Ignatius Loyola yang

mengatakan bahawa pendidikan formal adalah semata-mata memupuk semangat

kecintaan kepada tuhan.

Isi :

Agama :

Agama merupakan faktor dominan dalam tamadun awal Mesopatamia dan India.

Agama menguasai kesemua kegiatan sosial manusia, sistem pemerintahan,

ekonomi, seni dan kesusasteraan. Dalam tamadun Mesopotamia, institusi

pendidikan formal adalah diwujudkan oleh golongan paderi yang biasanya menjadi

para pendidik. Mereka juga menetapkan kurikulum yang membayangkan

kepentingan upacara agama dan rumah berhala. Di India, pada zaman Vedic,

Maurya dan Gupta, pendidikan formal adalah dikendalikan oleh golongan berkasta

tinggi iaitu Brahman yang mengajar kitab suci Vedas dan doktrin-doktrin agama

Brahmanisme.

Kepentingan Pemerintah :

Tamadun China dan Dinasti Han juga menyaksikan Maharaja Han Wu Ti mendirikan

sebuah akademia dengan tujuannya berfokus kepada kajian dan penilaian karya-

karya falsafah Confucius. Di bawah naungan Han Wu Ti fahaman Confucius telah

mulai menjadi ideologi rasmi negara China. Sehingga kurun ke-20 TM.

Ideologi dan Pengukuhan Kerajaan :

Pendidikan formal sering kali dikaitkan dengan kepentingan politik dan kerajaan.

Matlamatnya kerajaan ialah memperkukuhkan asas kerajaan yang memerintah.

Page 37: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 37

Maka, boleh dikatakan bahawa pendidikan formal itu merupakan suatu proses

sosialisasi untuk membina pemikiran rakyat, khususnya, para pegawai birokrat supaya

mereka memberi sokongan kepada kerajaan. Jadi, kurikulum pendidikan formal

biasanya dirancang mengikut kehendak ideologi kerajaan. Ideologi sebagai alat

propaganda adalah jelas dalam pendidikan China yang berasaskan ajaran

Confucius. Ajaran Confucius dianggap sesuai bagi tujuan memupuk kesetiaan

rakyat dan para pegawai oleh sebab Confucianisme memberatkan keharmonian

sosial dan ketaatsetiaan kepada keluarga, maharaja dan negara. Dengan objektif

itu, pemerintah-pemerintah China sejak Dinasti Han telah menjadikan ajaran

Confucius sebagai teras, sistem pendidikan formal di peringkat daerah, wilayah dan

ibu kota. Di peringkat ibu kota dan wilayah, terutamanya kerajaan China telah

menjalankan sistem peperiksaan imperial dengan tujuan menghasilkan segolongan

cerdik pandai yang boleh menjadi pegawai-pegawai birokrat di ibu kota dan

wilayah. Akhirnya, boleh dikatakan bahawa fahaman Confucius merupakan suatu

teras perpaduan masyarakat dan negara China.

Pemupukan Kewarganegaraan dan Tanggungjawab Sivik :

Konsep dan amalan pemupukan kewarganegaraan dan tanggungjawab sivik jelas

dibuktikan di negara kota Athens yang pendidikan formalnya dilaksanakan dengan

tujuan menjadikan rakyat lelaki Athens lebih bersedia melibatkan diri mereka dalam

hal-ehwal semasa, perbincangan awam, pengurusan pentadbiran, perkhidmatan

sebagai juri dalam mahkamah serta perkhidmatan tentera untuk mempertahankan

negara kota mereka. Dengan perkembangan demokrasi yang memuncak semasa

pemerintahan Pericles pada kurun ke-5 SM pendidikan formal Athens adalah

bertujuan mengeratkan hubungan rakyat Athens dengan Acropolis (pusat kerajaan),

membolehkan perkembangan keperibadian seseorang individu supaya ia lebih

berperanan kepada negara serta bersedia meningkatkan kecemerlangan Athens

dalam alam Yunani. Soal tanggungjawab sivik juga dibuktikan dalam Empayar Rom

yang akibat penaklukan yang meluas terdiri daripada pelbagai bangsa. Maka,

pendidikan formal adalah dirancang dengan tujuan memupuk nilai-nilai murni

seperti virtus (kelakuan baik) dan pictus (obligasi sosial) untuk mengekalkan empayar

dan meningkatkan semangat patriotisme.

Keselamatan dan Ketahanan :

Dalam alam Yunani, Sparta memberi contoh yang begitu jelas tentang hal

pertahanan. Mengikut Lycurgus, pengasas undang-undang pada kurun ke-9 SM,

manusia dilahirkan untuk kepentingan negeri, bukan untuk kepentingan diri sendiri.

Di Sparta, tujuan pemerintahan adalah menguatkan kerajaannya untuk mengawal

rapat orang tawanan yang dikenali Helots. Golongan Helots amat besar jumlahnya

jika dibandingkan dengan rakyat Sparta. Orang Sparta berasa bimbang bahawa

Helots mengancam mereka dan akan melakukan pemberontakan. Jadi, pendidikan

Sparta adalah bercorak ketenteraan yang setiap kanak Sparta dikenakan latihan

tentera serta dikenakan disiplin yang ketat. Sistem pendidikan memang bertujuan

melahirkan sifat ketenteraan dan disiplin yang kuat untuk mempertahankan mereka

daripada serangan Helots. Adalah jelas dalam sistem ini, unsur pemikiran bebas

terbendung dan sifat keperibadian individu terpendam.

Page 38: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 38

Kelahiran tokoh-tokoh ilmuan, kelahiran golongan sophist seperti protagoras, dah ahli

falsafah yang seperti Socrates, Plato dan Aristotale.

Kelahiran tokoh-tokoh yang menolak agama sebagai asas pemikiran. Bahawa ilmuan di

Rom dan Yunani mula mengubah pemikiran mereka dari God Centred kepada cosmos (

alam sekeliling ) dan humanisme.

Kesimpulan :

Dari perbincangan tersebut, dapat dijelaskan bahawa pendidikan formal dalam tamadun

dapat berkembang, bukan sahaja kerana faktor-faktor yang bertujuan pendidikan, tetapi

juga kerana faktor kepentingan politik pemerintah.

20. Jelaskan organisasi ketenteraan dalam Tamadun Mesopotamia pada tamadun awal

manusia.

Pendahuluan :

Tamadun Mesopotamia mempunyai organisasi ketenteraan yang sistematik dan

terancang. Organisasi ketenteraan merujuk kepada pengendalian atau penyusunan

pasukan tentera. Masyarakat Mesopotamia mempunyai kemahiran mengatur

strategi serta mengkordinasikan pelbagai unit tentera secara terancang.

Perkembangan ini meletakkan asas bagi kejayaan orang Mesopotamia membina

empayar.

Isi :

Matlamat Utama Peperangan :

Mempertahankan negara kota daripada serangan orang gasar, merebut tanah

pertanian yang subur dan meluaskan kuasa dan empayar.

Jenis Tentera :

Pasukan tentera di Mesopotamia diketuai oleh raja dan dibantu oleh dua jenis

tentera iaitu tentera professional (Agaush) dan tentera kerahan (Eren). Unit tentera

wanita yang ditugaskan menyediakan makanan. Pasukan tentera di peringkat

wilayah yang diketuai oleh Gabenor bagi mengawal ibu kota negara, istana dan

kawasan luar bandar.

Komposisi Tentera :

Pasukan tentera Mesopotamia terdiri daripada ramai askar. Kemampuan para

pemerintah merekrut askar yang ramai serta mengawal mereka jelas

memperlihatkan keunggulan. Contoh, pada zaman pemerintahan Sargon terdapat

5400 tentera raja. Pada zaman pemerintahan Tiglathpeleser terdapat 50,000 askar

dan pasukan tentera.

Pelbagai Kategori :

Page 39: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 39

Pada zaman pemerintahan Tiglathpeleser, pasukan tentera tetap terbahagi kepada

tiga kategori iaitu tentera infantri, tentera kavalri dan tentera kereta kuda. Pada

zaman pemerintahan Ashurnasirpal, tentera infantri dibahagikan kepada infantri

berat dan infantri ringan.

Strategi dan Taktik Peperangan :

Tentera Assyria terkenal kerana kemahiran mereka dalam menghasilkan taktik dan

strategi peperangan iaitu membina terowong, kubu dan tembok pertahanan. Selain

itu mereka juga memiliki kemahiran merobohkan kubu dan tembok pertahanan

musuh. Taktik seterusnya ialah menakutkan musuh dengan jeritan perang, membakar

kubu dan membunuh tawanan perang. Mereka mempunyai kebolehan

mewujudkan koordinasi tentera yang cekap melibatkan pelbagai unit tentera.

Jenis Peralatan Perang :

Pada zaman awal, peralatan seperti busur, panah, perisai dan kereta kuda

digunakan. Pemerintahan Sargon menggunakan peralatan seperti lembing dan

panah. Pada zaman Tiglathpeleser, peralatan seperti tombak panjang, panah,

pedang kecil, pisau cokmar, kasut bot bertali, perisai, busur dan topi.

Kesimpulan :

Perkembangan organisasi ketenteraan membantu masyarakat Mesopotamia menubuhkan

empayar yang kuat seperti empayar Akkadia dan Sumeria. Ia juga dapat mewujudkan

keamanan dan kestabilan politik.

21. Jelaskan konsep ketahanan dan pertahanan. Huraikan organisasi ketenteraan yang

terdapat dalam Tamadun Yunani.

Pengenalan :

Tamadun Yunani bermula di Semenanjung Greece dan pulau-pulau di sekitarnya

yang dikelilingi Laut Aegean dan Laut Mediterranean. Sekitar tahun 1000 – 800 S.M.,

telah muncul banyak negara kota di dalam Tamadun Yunani. Negara kota yang

paling menonjol adalah Athens, Sparta dan Corinth. Penduduk di setiap negara

kota Tamadun Yunani hidup bersatu padu namun begitu peperangan antara

negara kota sering berlaku. Terdapat juga peperangan yang melibatkan negara

kota Yunani dengan kuasa-kuasa asing seperti peperangan yang berlaku antara

Yunani dengan Parsi dalam Perang Pelophonesus. Peperangan telah menjadi

elemen penting dalam Tamadun Yunani yang sering menghadapi ancaman dan

pencerobohan.

Konsep :

Ketahanan merujuk kepada keupayaan dan kebolehan serta kekuatan

menanggung sesuatu kesukaran atau penderitaan. Ketahanan seseorang dilihat

dari sudut mental dan fizikal kerana kedua-dua unsur ini yang menjamin seseorang

Page 40: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 40

itu mempunyai ketahanan. Ketahanan ini menjadikan manusia kuat, berani, tahan

lasak, tabah, cekal serta sabar apabila menghadapi kesukaran. Ketahanan juga

menjadi unsur penting untuk menghadapi segala ancaman dan tentangan dengan

berani dan rasional serta membela sesuatu contohnya kubu atau benteng daripada

serangan dan ancaman musuh demi mempertahankan negara.

Manakala pertahanan merupakan langkah-langkah serta tindakan yang diambil

untuk menjamin keselamatan serta kepentingan. Pertahanan meliputi aspek

ketenteraan seperti melatih anggota tentera, kelengkapan senjata, membina kubu

pertahanan dan sebagainya.

Isi-isi :

Penggunaan Kereta Kuda :

Kaedah peperangan pada zaman awal Yunani ialah penggunaan kereta kuda.

Penunggang akan melemparkan lembing ke arah lawan dan andai kata lembing

yang dilontar ke arah musuh tidak kena pada sasarannya, pahlawan akan turun dari

kereta kuda meneruskan peperangannya dengan berjalan kaki dan memegang

lembing.

Penggunaan Phalanx :

Selepas tahun 700 SM, tentera Yunani telah memperkenalkan formasi phalanx.

Tunjang kekuatan tentera Yunani adalah pasukan hoplite (tentera berjalan kaki

berlembing, bertopi dan berbaju besi) yang disusun dalam formasi phalanx. Melalui

formasi phalanx ini, tentera hoplite dengan lembing sepanjang hamper 3 meter akan

berbaris rapat-rapat dalam satu barisan sehingga lembing-lembing panjang mereka

membentuk seperti duri landak. Biasanya mereka menggunakan lapan hingga

sepuluh lapis barisan phalanx. Pihak musuh akan berfikir dahulu sebelum merempuh

phalanx yang dilindungi oleh lembing-lembing tajam itu.

Tentera Elit dan Bawahan :

Tentera Yunani yang bergabung dalam formasi phalanx adalah tentera-tentera elit

yang terlatih dan berdisiplin tinggi serta dilengkapi pakaian perang yang lengkap.

Terdapat juga kumpulan lain yang berpakaian mudah, tidak dilengkapkan dengan

senjata yang baik. Mereka ini dipanggil psiloi (golongan miskin).

Taktik Berperang :

Selari dengan pembentukan phalanx, strategi peperangan orang Yunani adalah

bertempur secara bersemuka (berdepan). Pasukan phalanx akan merempuh

bahagian tengah musuh manakala pasukan sayap akan melakukan pemusnahan

yang seterusnya apabila barisan musuh telah menjadi kucar-kacir. Dalam lain

perkataan, sekiranya bahagian phalanx gagal, maka lemahlah seluruh pasukan

tentera.

Latihan Tentera Sparta :

Sistem politik dan kemasyarakatan Sparta adalah lebih berorientasikan ketenteraan.

Golongan peer diwajibkan mengikuti latihan ketenteraan kerana mereka sering

menghadapi pemberontakan dari golongan helot. Hanya bayi golongan peer yang

Page 41: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 41

sihat sahaja dibenarkan hidup. Ibunya memelihara anaknya selama 7 tahun dan

selepas itu kerajaan mengambilnya untuk diberi latihan ketenteraan. Setiap lelaki

harus berkorban untuk negaranya. Anak perempuan diberi latihan gimnastik dan

ditanamkan dengan fahaman bahawa mereka mesti berkhidmat untuk negara

dengan menjadi isteri yang setia.

Organisasi Tentera Graeco-Roman :

Raja Philip II dari Makedonia telah mengubah suai struktur tentera phalanx. Jumlah

anggota tentera dalam barisan phalanx telah ditambah menjadi 16 orang

manakala panjang lembing ditambah menjadi 4 meter. Peralatan tentera Yunani

yang ringan diubah menjadi berat. Ketahanan tambahan dititikberatkan pada baju

besi yang dipakai oleh askarnya. Latihan-latihan khusus telah disediakan supaya

tentera Makedonia mampu memikul beban tambahan tanpa menjejaskan

kecekapan gerakan (mobiliti).

Kesimpulan :

Organisasi ketenteraan Tamadun Yunani disusun dan ditadbir dengan sangat sistematik.

Kewujudan organisasi tentera yang mantap dapat dikesan daripada askar-askar yang

terlatih dan berdisiplin, taktik dan strategi peperangan yang berkesan serta peralatan

perang yang canggih. Perkembangan ini mendorong kepada kelangsungan Tamadun

Yunani dalam tempoh yang panjang serta tamadun yang kuat di Eropah.

22. Dengan merujuk kepada tamadun Mesir, huraikan konsep ketuhanan raja (divine

kingship) dan peranannya dalam pemerintahan.

Pengenalan :

Sistem pemerintahan di Mesir adalah pemerintahan monarki yang diketuai oleh

firaun.

Pemerintahan monarki bermula pada 3300 S.M. apabila Firaun Menes berjaya

menyatukan Mesir Utara dan Mesir Selatan dan mengasaskan dinasti pertama.

Sepanjang sejarah, Mesir diperintah oleh raja-raja daripada 31 dinasti.

Latar belakang Tamadun Mesir.

Isi :

Konsep ketuhanan raja :

Pengertian ketuhanan raja. Berasal dari sistem monarki bersifat teokrasi, rajanya

dipercayai mempunyai kuasa luar biasa untuk melindungi rakyat dan kerajaan dari

sesuatu malapetaka.

Sifat – sifat ketuhanan raja, tuhan suci, berkuasa penuh, menguasai alam sekitar,

pelindung di akhirat.

Firaun dianggap jelmaan Horus (Tuhan Langit). Sebagai jelmaan Tuhan, Firaun

berhak mengerah rakyat membina piramid besar.

Firaun dianggap anak Tuhan Matahari (Re). Berlaku perubahan daripada konsep

jelmaan Tuhan kepada anak Tuhan.

Page 42: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 42

Pada zaman Kerajaan Pertengahan, Firaun dianggap sebagai “good shephard of

the realm” dan bertanggungjawab memelihara kebajikan rakyat dari segi material.

Firaun dianggap “Dewa Perang Suci” (Divine War Lord)

Firaun merupakan jelmaan Tuhan Menthu atau Baal

Firaun dianggap sebagai Tuhan9. Wujudnya konsep kesucian pewaris takhta dalam

tradisi pemerintahan Firaun – Perkahwinan di kalangan adik-beradik untuk

memastikan kesucian keturunan.

Peranan Firaun Dalam Pemerintahan :

Sifat ketuhanan merupakan sumber autoriti mutlak Firaun dalam bidang

pemerintahan Mesir.

Firaun bertindak sebagai ketua pendeta

Firaun juga mempunyai tanggungjawab memelihara Maat, iaitu peraturan,

kebenaran ataupun keadilan. Firaun yang mempunyai Maat dapat memulihkan

keadaan anarki dan mewujudkan keamanan dalam negara serta meningkatkan

kesuburan dan pengeluaran hasil pertanian.

Firaun bertindak sebagai ketua panglima tentera.

Firaun merupakan ketua bagi Legislatif, Eksekutif, dan kehakiman

Firaun memberi mandat kepada pegawai-pegawai kerajaan yang terdiri daripada

anggota kerabat diraja untuk menjalankan tugas dalam bidang sekular dan

keagamaan.

Firaun melantik wazir sebagai ketua eksekutif negara dan menerima laporan

daripada wazir mengenai perkembangan dalam negara setiap hari.

Menguasai sumber dan aktiviti ekonomi seperti cukai, kawalan air dan perkapalan.

Firaun bertindak sebagai pembina empayar meliputi kawasan Nubia ( Sudan ),

Palestine, Syria dan Phoenicia.

Kesimpulan :

Raja mempunyai kedudukan dan kuasa yang tinggi dalam sistem pemerintahan monarki di

Mesir. Raja berkuasa mutlak dalam bidang perundangan, eksekutif, dan kehakiman.

Konsep raja bersifat Tuhan mengalami perubahan sepanjang sejarah kerana berlaku

perubahan dalam kepercayaan agama. Kepercayaan raja bersifat Tuhan mengukuhkan

kedudukan raja dan institusi kerajaan di Mesir.

23. Nyatakan sumbangan Legalisme dan Confusianisme dalam pembentukan sistem

politik tamadun China.

Pengenalan :

Latar Belakang kelahiran aliran Confusianisme dan Legalisme :

Kedua-dua falsafah ini lahir pada akhir zaman Dinasti Chou Timur. (770-221S.M).

Kemunculan aliran falsafah ini disebabkan oleh perubahan politik dan krisis sosial

yang memuncak ekoran percubaaan wilayah-wilayah kecil membebaskan diri

daripada kerajaan Chou. Kegawatan ini menyebabkan munculnya ramai golongan

intelek dan pemikir yang mahu membawa pemulihan berdasarkan prinsip moral

atau politik yang telah melahirkan lebih seratus aliran falsafah antaranya aliran

Confusianisme dan Legalisme

Page 43: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 43

Falsafah Confusianisme diasaskan oleh Kung Fu Tze yang berasal daripada golongan

bangsawan. Karya –karya yang mengandungi ajaran ini dikenali sebagai Chiang

atau klasik. Lima klasik utama yang dihasilkan oleh Confusius ialah Books of Odes,

Books of History, Books of Changes, Books of Rites, dan Spring and Autumn Annals.

Dalam falsafah legalisme terdapat beberapa tokoh-tokoh legalis antaranya ialah

Shang Yang yang menghasilkan karya berjudul ” Book Of Lord Shang ” dan Han Fei

dengan karyanya Han Fei Tzu.

Isi :

Ciri-ciri utama aliran legalisme dan aliran Confusianisme :

Doktrin :

Falsafah Legalisme bersifat authoritarianisme menekankan kepentingan undang-

undang sebagai cara untuk mencapai kecekapan dalam kerajaan dan ketertiban

dalam masyarakat. Menurut Han Fei penguatkuasaan undang-undang yang ketat

dan hukuman yang berat perlu untuk mengawal manusia yang bertindak liar

sekaligus melahirkan keamanan dan kesejahteran rakyat.

Manakala aliran Confusianisme merupakan himpunan idea yang bersifat yang

berpandukan etika berpusat kepada kehidupan yang teratur dan penyusunan

masyarakat yang baik. Falsafah ini memberi keutamaan kepada manusia dan

kehidupan sosialnya. Oleh itu fafsafah ini mengabaikan aspek-aspek yang bersifat

kerohanian dan kehidupan selepas mati. Ia menganjurkan supaya manusia belajar

mengatur diri mereka dengan baik melalui prinsip moral

Kedua-duanya menyumbang kepada proses penyatuan politik China

Konsep Pemusatan Kuasa :

Aliran legalisme ini menekankan pemerintahan bercorak pemusatan kuasa ditangan

seorang raja yang menggunakan kuatkuasa undang-undang. Dengan itu

masyarakat yang ideal akan lahir jika petani dan tentera dipimpin oleh raja yang

maha berkuasa. Sebagai contoh Maharaja Shih Hung Ti daripada dinasti Chin telah

berjaya menyatukan seluruh wilayah China di bawah pentadbirannya.

Manakala dalam aliran Confusianisme menegaskan bahawa urusan pemerintahan

adalah soal yang bersifat etika dan kepimpinan melalui teladan. Justeru itu moral

dan etika yang baik amat penting dianuti oleh setiap pemerintah. Sekiranya nilai-nilai

ini dapat dipupuk pemerintah akan beroleh sokongan rakyat sebagai balasan

kepada kebaikan pemerintahannya. Dengan itu aliran ini menganjurkan

pembentukan negara mesti bercorak paternalistik . Menurut Confucius pemerintah

hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya menjaga kebajikan rakyat. Manakala

institusi keluarga pula merupakan model terbaik untuk diikuti.

Kedua-dua pemikiran ini menyumbang kepada sistem politik China.

Matlamat Untuk Negara Dalam Pendekatan yang Berbeza :

Dalam aliran Confusianisme kerjasama antara pemerintah dan rakyat merupakan

kunci dalam segala kejayaan dalam bidang ekonomi, soisal dan politik.

Page 44: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 44

Dalam aliran legalisme segala aktiviti ekonomi, sosial, dan politik harus bertumpu

kepada negara dan bukan individu. Semua lapisan rakyat mesti berkidmat untuk

kepentingan pemerintah dan negara.

Pembentukan sistem politik negara China, menggunakan pendekatan yang berbeza

tetapi mempunyai matlamat yang sama.

Kegemilangan Sejarah Lampau :

Dalam aliran legalisme mengambil masa silam sebagai model adalah tidak tepat.

Menurut mereka setiap zaman memerlukan kaedah-kaedah yang berbeza

berdasarkan keadaan dan situasi semasa.

Manakala dalam aliran Confusianisme pendidikan yang bertunjangkan tradisi zaman

silam, dijadikan sebagai panduan berguna untuk membina keseimbangan dalam

hubungan mereka dengan pemerintah, dikalangan ahli keluarga dan juga dengan

anggota masyarakat yang lain. Kestabilan ini akan wujud apabila setiap orang

mengetahui peranan dan kedudukan masing-masing.

Perbezaan pandangan antara kedua ideologi di atas, perbezan doktrin tersebut

telah menyumbang kepada sistem politik China.

Memupuk Kesetiaan Kepada Raja :

Falsafah Legalisme mengambil pendekatan undang-undang memastikan rakyat

memberi ketaatan kepada raja.

Confucianisme menekankan unsur-unsur moral dan etika bagi memastikan rakyat

memberikan ketaatan kepada raja.

Kedua-dua menyumbang kepada sistem politik China sehingga rakyat memberikan

kesetiaan kepada raja

Mengekalkan Displin Rakyat :

Legalisme menggunakan kuasa tentera dan kekerasan contoh dinasti Chin.

Confucianisme mengambil pendekatan birokrasi dan kebijaksanaan para sarjana

seperti yang dilakukan oleh Dinasti Han.

Kedua-dua pendekatan ini digunakan oleh pemerintah China terkemudian bagi

mengekalkan disiplin rakyat.

Kesimpulan :

Kedua-dua aliran ini berbeza kerana fokus yang berlainan. Aliran Confusianisme

menekankan etika dan nilai murni kemanusiaan manakala dalam aliran legalisme kejayaan

matlamat negara mesti berteraskan hukuman yang keras dan berat.

24. Huraikan ciri-ciri masyarakat bertamadun berdasarkan pandangan sarjana Barat

dan sarjana Islam dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.

Pendahuluan :

Tamadun secara ringkas difahami sebagai peningkatan kebudayaan sesebuah

bangsa.

Menurut ahli sejarah tamadun merupakan” keadaan sejarah dimana keadaan

masyarakat yang mengalami perubahan dan kemajuan dari pelbagai bidang dgn

kecenderungan terhadap urbanisasi.

Page 45: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 45

Menurut Prof M.A.J. Beg tamadun ialah pencapaian manusia dlm btk kota,skrip,

kesenian, seni bina, agama undang-undang dan politik iaitu satu proses yang

berlaku secara berperingkat mengikut tahap kemajuan yang dalam oleh

masyarakat.

Perspektif Islam memaksudkan tamadun sbg pembangunan material dan spiritual

dgn prinsip yg berperanan memenuhi tuntutan fitrah manusia yang mempunyai

jasad dan roh. Dlm Islam tamadun mempunyai konsep yg universal.

Sayyid Quttub mengatakan tamadun itu merupakan segala bentuk kemajuan oleh

sekumpulan masyarakat dlm segala bidang yg berteraskan syariat Islam.

Terdapat bbrp asas tam. Islam spt akidah,akhlak dan ilmu. Selain itu kemajuan yg

dicapai oleh umat Islam haruslah disusuli dgn akhlak yg baik.

Isi :

Ciri-ciri masyarakat bertamadun menurut sarjana Barat :

Manusia mula tinggal menetap dlm sebuah komuniti di sebuah kawasan.

Pengkhususan kerja-setiap kumpulan dan lapis masyarakat mempunyai tugas yg

berlainan yang telah ditentukan.

Organisasi sosial yang lengkap

Wujud sistem politik dan pemerintahan atau sebuah kerajaan.

Wujud tulisan dan bahasa.

Aktiviti perdagangan dan pertanian.

Kemajuan sains dan teknologi untuk memudahkan kehidupan seharian serta

perkembangan ilmu pengetahuan.

Agama dan kepercayaan ( memadai jika wujudnya kepercayaan-kepercayaan yg

berkaitan animisme atau penyembahan dewa-dewa )

Ciri-ciri masyarakat bertamadun mengikut sarjana Islam.

Bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah :

Tidak sahaja berasaskan pembangunan material tapi merangkumi kerohanian dan

moral.

Menurut Ibnu Khaldun, ajaran Islam itu sendiri melahirkan manusia bertamadun

Islam menekankan konsep akidah dan pengabdian diri kpd Allah sbg asas tamadun.

Akhlak dan moral Islam berjaya meningkatkan tamadun.

Mempunyai bentuk yg tetap dan tdk dipengaruhi hawa nafsu.

Bentuk-betuk tamadun Islam bersandarkan kepada Allah .

Tamadun Islam tidak menolak segala btk yg tdk bertentangan dgn Islam tetapi nilai-

nilai yg buruk diketepikan.

Contohnya aktiviti ekonomi, Islam mengiktiraf pencapaian ekonomi yg maju.

Islam menggalakkan aktiviti perdagangan, penggunaan matawang, cukai dan lain-

lain.

Sikap terbuka kepada semua tamadun :

Perkembangan tamadun Islam bertaut dengan perkembangan tamadun lain.

Page 46: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 46

Contohnya dalam bidang seni bina tamadun Islam mengambil budaya Parsi, Yunani

dan Rom.

Kubah berasal daripada seni bina Graceo Rom

Sistem diwan ( jabatan ) zaman Khalifah Umar al-Khattab ditiru daripada sistem

pemerintahan Parsi.

Ini menunjukkan unsur-unsur yang tidak baik daripada tamadun lain ditolak. Cth: seni

muzik yang melalaikan, ukiran patung dan lain-lain.

Pendidikan dan ilmu.

Islam menekankan ilmu dan pendidikan.

Wahyu pertama konsep baca (Iqra‟) menekankan pendidikan .

Rasulullah pernah memberi tawaran kpd tawanan prg Badar supaya mengajar

membaca dan menulis 10 org kanak-kanak Islam

Masjid dijadikan tpt dakwah dan pendidikan.

Universiti pertama yg pernah dibina ialah Jami‟ah al-Qurawin di kota Fars, Maghribi.

Lahir intelektual Islam yg terkenal dlm pelbagai bidang spt Ibnu Sina, al-Biruni dll

Kerajaan dan perbandaran :

Bandar merupakan pusat pemerintahan di samping pusat pendidikan, pertahanan

dan lain-lain.

Bandar Madinah dan Mekah menjadi pusat penyebaran Islam.

Khalifah Umar al-Khattab membina bandar-bandar di wilayah baru seperti Basrah,

Kufah dan lain-lain.

Kepimpinan :

Tamadun Islam dpt dilihat melalui keperibadian pemimpin Islam itu sendiri. Cth:

keperibadian Rasulullah, para sahabat dan lain-lain.

Sayyid Qutub menganggap kepimpinan adalah penggerak utama tamadun Islam.

Tamadun Islam juga tidak menolak corak kepimpinan yang lain asalkan tidak

bertentangan dengan Islam.

Tamadun Islam tidak mengiktiraf kehebatan zaman pemerintahan Bani Umaiyyah,

Abbasiah dan Uthmaniah sebagai zaman gemilang tamadun Islam kerana

pemimpim kurang menepati kehendak Islam seperti mengamalkan sistem monarki.

Kesimpulan :

Berdasarkan pendapat tokoh sarjana Islam terdapat perbezaan di antara tamadun barat

dengan tamadun Islam. Tamadun barat lebih mementingkan ciri-ciri luaran seperti seni bina,

tugu dan lain-lain, manakala tamadun Islam meliputi kedua-dua aspek iaitu material dan

akidah.

Page 47: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 47

25. Bandingkan sistem pemerintahan negara kota Athens di Yunani dan Madinah di

Tanah Arab.

Pendahuluan :

Konsep Negara kota, perkataan Civitas dalam bahasa Latin dan Greek yang

bermaksud kota atau bandar

Negara kota juga dikenali sebagai Negara Bandar yang berasal dari dua perkataan

Negara dan kota.

Semua Negara kota terletak di sebuah kota yang tetap dan mempunyai organisasi

yang menguruskan dan menjalankan peraturan dalam sesebuah masyarakat.

Setiap Negara kota mempunyai beberapa ciri seperti wilayah, penduduk,

pemerintah, undang -undang dan kedaulatan.

Latar belakang Negara kota Athens dan Madinah.

Isi :

Sistem Pemerintahan :

Athens :

Mengamalkan sistem pemerintahan republik yang berkonsepkan demokrasi

Warganegara lelaki boleh mengundi dan menjadi pemimpin bagi tempoh enam

hingga setahun.

Wanita dan hamba tidak boleh mengundi dan menjadi pemimpin kerana tidak

diiktiraf sebagai warganegara.

Sistem pemerintahan dikendalikan oleh tiga buah badan utama iaitu Dewan

Perhimpunan, Majlis dan Majistret/Juri.

Madinah :

Mengamalkan pemerintahan demokrasi melalui konsep syura dan musyawarah.

Pemerintah tertinggi ialah Rasulullah (zaman nabi Muhammad s.a.w) dan Khalifah

(pada zaman Khulafa‟ ar Rasyidin)

Badan pemerintah tertinggi ialah majlis syura (ditubuhkan secara rasmi semasa

zaman Umar al-Khattab)

Sistem perundangan dikuatkuasakan melalui penggubalan Sahifah Madinah

Bentuk Pentadbiran :

Athens :

Dewan Perhimpunan :

Dianggotai oleh warganegara lelaki berumur 21 tahun ke atas dan bersidang tiga

kali sebulan

Tempat dasar-dasar kerajaan dibincangkan termasuk menggubal undang-undang

dan polisi serta membincangkan hal-hal ekonomi seperti percukaian.

Bertanggungjawab melantik pentadbir-pentadbir Negara dan ahli-ahli Majlis.

Bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan kehakiman di Athens.

Page 48: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 48

Majlis :

Jawatankuasa yang mengendalikan urusan yang telah diputuskan oleh dewan

perhimpunan.

mempunyai 500 orang ahli dan kebanyakannya terdiri daripada golongan Archon(

bangsawan) yang merupakan golongan berada dan melaksanakan pemerintahan

bercorak tyrant (mutlak)

bertanggungjawab membincangkan dan melaksanakan hal – hal seperti polis dan

percukaian

Madinah :

Majlis Syura :

Terdiri daripada semua umat Islam dan sahabat rasulullah

Tidak ada tempoh persidangan tetapi mengikut kepentingan Negara dan situasi

politik

Semua rakyat bebas mengemukakan idea dan pandangan untuk kemajuan Negara

(kecuali bidang agama)

Khalifah Umar al Khattab telah mengemaskinikan majlis syura dengan mewujudkan

dua jenis majlis syura iaitu Majlis Syura Tertinggi dan Majlis Syura Am

Sumber Perundangan :

Athens :

Majistret dan Juri :

Terdiri daripada kakitangan kerajaan dan bertanggungjawab dalam

menguatkuasakan dasar yang telah diputuskan oleh Dewan Perhimpunan

Ahli dalam badan ini dipilih oleh Dewan Perhimpunan dan mereka terdiri daripada

pembanci, pengutip cukai dan pendidik

Juri merupakan ahli Dewan Perhimpunan dan jumlah juri bagi setiap kes bergantung

pada jenis kesalahan.

Juri menjadi pemutus bagi sesuatu kes dan pihak yang bersalah tidak berpeluang

untuk merayu.

Madinah :

Piagam Madinah :

Digubal pada satu dan dua Hijrah yang merupakan sumber perundangan di

Madinah.

Perlembagaan bertulis yang pertama didunia juga dikenali Sahifah Madinah atau

Perlembagaan Madinah

Mengandungi 47 fasal berkaitan tanggungjawab orang Islam dan Yahudi

Hukuman berdasarkan Al Quran iaitu hudud, qisas dan takzir.

Pada zaman Umar al Khattab, jabatan kehakiman dipisahkan dari jabatan-jabatan

lain dan membentuk mahkamah kadi-kadi khas bagi menguruskan perbicaraan dan

peraturan-peraturan kehakiman yang tertentu.

Page 49: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 49

Kesimpulan :

Kedua-dua negara kota ini mempunyai persamaan dalam sistem pentadbiran dan menjadi

asas amalan demokrasi sehingga kini.

26. Bezakan ciri-ciri kebudayaan zaman Paleolitik dengan zaman Neolitik.

Pendahuluan :

Zaman prasejarah dikatakan sebagai sebahagian masa silam manusia yang tidak

dicatatkan dalam bentuk tulisan iaitu sebelum sejarah ataupun sejarah silam

manusia sebelum wujudnya rekod-rekod bertulis. Bukti-bukti zaman prasejarah

diperolehi melalui kajian terhadap artifak dan fosil-fosil yang dilakukan oleh ahli-ahli

arkeologi.

Ahli-ahli arkeologi atau ahli kaji purba telah menjumpai dan mengenalpasti

beberapa tapak masyarakat zaman pra-sejarah di benua Afrika iaitu kebudayaan

Sangoans di Afrika Tengah dan Selatan, kebudayaan Fauresmith di Afrika Timur,

Rhodesia dan Afrika Selatan yang berlangsung sejak dua juta tahun lampau, di

Eropah Barat bermula sejak setengah juta tahun lalu di Perancis dan Sepanyol Utara,

di Asia sejak sejuta tahun lampau di Choukoutien, China Utara – Pithecanthropus

Pekinensis dan di Jawa, Indonesia. Masyarakat zaman prasejarah turut ditemui di

Rusia sejak 100,000 tahun dahulu, di Australia sejak 40,000 tahun dahulu dan di

Amerika Syarikat sejak 20,000 tahun dahulu.

Penemuan-penemuan artifak-artifak dan fosil-fosil daripada tapak-tapak kajian

arkeologi seperti tulang-tulang manusia dan haiwan serta alat perkakasan, tempat

kediaman, sumber makanan, lukisan, organisasi sosial dan kepercayaan agama

telah dikaji dan dikatakan menjadi asas kepada corak kehidupan yang berbeza

antara zaman Paleolitik Awal dan Akhir, Mesolitik dan Neolitik. Di samping itu,

manusia Homo sapiens dikatakan muncul pada zaman geologi Pleistocene.

Zaman Paleolitik merupakan zaman prasejarah awal manakala zaman Neolitik

adalah zaman prasejarah akhir. Zaman Paleolitik dikatakan bermula sekitar tahun

500,000 SM hingga 10000 SM dan dibahagikan kepada dua iaitu Zaman Paleolitik

Awal dan Zaman Paleolitik Akhir. Empat spesies manusia yang penting pada zaman

ini ialah Pithecanthropus Erectus ( Jawa Man ), Sinanthropus Pekinensis ( Peking Man

), Fontechevade dan Homo Neanderthalensis. Zaman Neolitik pula dianggarkan

bermula sekitar tahun 7000 SM apabila manusia mula bergantung kepada pertanian

sebagai sumber makanan utama dan dikatakan berakhir pada 3500 SM setelah

munculnya Tamadun Mesopotamia di Lembah Sungai Tigris dan Euphrates.

Isi-isi :

Petempatan :

Paleolitik :

Masyarakat zaman Paleolitik hidup secara berpindah randah atau nomad dan

bergantung hidup kepada sumber-sumber alam sekitar. Mereka tinggal di dalam

gua, lubang bawah tanah dan pondok-pondok yang mereka bina daripada

ranting-ranting kayu. Sebagai contohnya, penempatan masyarakat Paleolitik

terletak di Gua Niah ( Sarawak ), Kota Tampan ( Perak ) dan Gua Tingkayu ( Sabah )

Page 50: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 50

Neolitik :

Berbeza dengan petempatan masyarakat Neolitik pula mereka tinggal secara tetap

di kampung-kampung berhampiran dengan lembah-lembah sungai yang subur dan

menjalankan aktiviti bercucuk tanam dan menternak binatang. Masyarakat zaman

Neolitik ini sudah pandai membina rumah daripada tanah liat dan pondok-pondok

daripada ranting-ranting kayu Perkembangan petempatan ini melahirkan

perkampungan sebagai contoh Gua Gomantong ( Sabah ) dan Jenderam Hilir (

Selangor )

Kegiatan Ekonomi Utama :

Paleolitik :

Masyarakat zaman Paleolitik adalah merupakan pengguna kepada sumber-sumber

alam sekitar. Mereka hidup secara nomad dan mengembara untuk mencari

makanan. Dalam hal ini, mereka menjalankan aktiviti mengutip hasil hutan, memburu

binatang dan menangkap ikan. Mereka memburu dalam kumpulan kecil hasil

buruan akan dikongsi bersama. Secara umumnya, mereka adalah merupakan

parasit persekitaran dan menjalankan sistem ekonomi bercorak saradiri.

Neolitik :

Dalam aspek kegiatan ekonomi, masyarakat Neolitik pula telah mengalami

perubahan yang amat ketara jika dibandingkan dengan masyarakat zaman

Paleolitik. Mereka bukan lagi sebagai pengguna kepada alam sekitar tetapi telah

berubah kepada pengeluar makanan. Dalam hal ini, mereka telah mula

menjalankan aktiviti pertanian seperti bercucuk tanam dan menternak binatang.

Kehidupan secara nomad telah berhenti dan mereka telah mula hidup secara

menetap di kampung-kampung berhampiran dengan lembah-lembah sungai

utama. Tercetusnya revolusi pertanian telah menyebabkan berlakunya lebihan

dalam hasil-hasil pertanian dan ini telah menyebabkan munculnya aktiviti

perdagangan yang berkonsepkan sistem barter. Perkembangan sistem

perdagangan telah menyebabkan berlakunya hubungan dengan masyarakat luar

dan ini telah menyebabkan berlakunya pertukaran dan perkembangan idea dan

teknologi baru

Peralatan :

Paleolitik :

Masyarakat pada zaman Paleolitik mempunyai kemahiran dalam membuat

peralatan daripada batu, kayu dan tulang-tulang haiwan. Sebagai contohnya,

kapak genggam atau flaked tools digunakan untuk pelbagai tujuan dan berfunsi

sebagai pisau, gergaji dan kapak. Alat-alat batu ini digunakan untuk memburu,

mengutip hasil hutan, senjata dan mungkin sebagai perhiasan. Peralatan pada

zaman ini adalah ringkas dan kasar dari segi pembuatannya. Kaedah yang mereka

gunakan adalah secara merepih. Fungsi peralatan batu ini adalah terhad sesuai

dengan tahap peralatan masyarakat pada zaman itu yang masih lagi rendah atau

primitif.

Page 51: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 51

Neolitik :

Berbeza dengan peralatan dalam masyarakat zaman Neolitik yang telah

mengalami perubahan yang ketara. Mereka telah mempunyai kemahiran dalam

menghasilkan peralatan daripada batu yang lebih halus dan kompleks. Masyarakat

zaman ini telah mampu membuat pelbagai alat yang terdiri daripada sabit, cangkul

dan tenggala daripada batu yang mempunyai nilai-nilai teknologi dan estetika yang

lebih tinggi daripada zaman sebelumnya. Penciptaan roda contohnya, telah

memaju dan meningkatkan pengeluaran hasil makanan dan memudahkan urusan

harian. Teknologi pembuatan tembikar pula telah menandakan satu gejala

perubahan baru dalam kehidupan masyarakat dan alatan ini digunakan untuk

menyimpan bijirin, makanan, air dan memasak. Di samping itu, penemuan dan

penggunaan layar telah menyebabkan aktiviti perdagangan dapat dimajukan dan

berkembang dengan pesat.

Hidup berkelompok :

Paleolitik :

Masyarakat zaman Paleolitik belum lagi mempunyai organisasi sosial. Hal ini

disebabkan mereka masih lagi hidup dalam keadaan nomad dan mengembara.

Bagi memenuhi keperluan ekonomi, mereka berada dalam kelompok kecil yang

terdiri daripada gabungan beberapa keluarga asas.

Neolitik :

Pada zaman Neolitik yang telah mula membentuk organisasi sosial yang mudah.

Kesan daripada Revolusi Pertanian telah menyebabkan masyarakat pada zaman ini

mula hidup secara menetap dan bilangan penduduk di sesuatu kawasan telah

semakin ramai. Dalam hal ini, telah wujud ketua keluarga dalam setiap rumah dan di

peringkat kampung telah diadakan jawatan ketua kampung yang berperanan

menjaga ketenteraman dan keamanan kampung serta menyelesaikan masalah

yang berkaitan dengan kegiatan pertanian dan sebagainya. Kewujudan

pengkhususan kerja pada zaman ini telah memulakan pembentukan masyarakat

kelas atasan dan bawahan.

Agama dan kepercayaan :

Paleolitik :

Masyarakat berkebudayaan Paleolitik mempunyai dan mengamalkan kepercayaan

berunsurkan animisme. Dalam hal ini mereka beranggapan semua benda

terutamanya alam sekitar mempunyai kuasa dan roh. Oleh itu, mereka cukup takut

kepada petir dan kilat dan berpendapat unsur-unsur alam ini mampu

mempengaruhi kehidupan mereka. Lantaran itu, mereka mula menyembah dan

cuba berdamai dengan unsur-unsur alam atau animisme ini.

Neolitik :

agama dan kepercayaan masyarakat zaman Neolitik mula berubah dan

berkembang maju. Dalam hal ini, masyarakat zaman Neolitik mula belajar untuk

menguasai alam sekeliling terutamanya unsur-unsur alam sekitar. Perbagai amalan

Page 52: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 52

atau upacara ritual telah diadakan dan yang pentingnya ialah mereka dapat

berdamai dengan alam sekitar bagi mengelakkan bencana alam seperti banjir dan

kemarau serta wabak penyakit. Sebagai contohnya, mereka menjalankan upacara

penyembahan dewa-dewi bagi menjamin kelangsungan bekalan makanan dan

supaya hasil pertanian yang mereka usahakan akan bertambah berlipat kali ganda.

Mereka juga mula tahu bagaimana untuk menguruskan mayat saudara mara

mereka yang telah meninggal dunia. Mayat-mayat dikendalikan dengan teliti dan

dikebumikan dengan sempurna. Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat zaman

Neolitik telah mula maju dalam aspek kepercayaan dan turut memberikan

sumbangan dan kesan kepada kepercayaan zaman tamadun-tamadun awal yang

bercorak politiesme.

Kesenian / kebudayaan

Paleolitik :

Ciri-ciri masyarakat zaman Paleolitik seterusnya adalah keseniaan dan kebudayaan.

Masyarakat zaman Paleolitik mengamalkan kesenian bercorak realisme. Dalam hal

ini, Mereka mula mempunyai kemahiran melakar ukiran, melukis dan menghasilkan

mural. Lukisan atau lakaran yang mereka hasilkan di dinding-dinding gua dan kulit-

kulit pokok adalah gambar-gambar yang datangnya daripada binatang-binatang

buruan mereka seperti rusa, harimau dan gajah. Bentuk-bentuk kesenian yang

diamalkan oleh masyarakat zaman Paleolitik ini adalah berkaitan dengan kehidupan

mereka sehari-hari. Ringkasnya, seni Paleolitik adalah berdasarkan realisme yang

mereka lihat dan alami sendiri.

Neolitik :

Kesenian pada zaman Neolitik lebih bercorak simbolisme serta mempunyai unsur-

unsur abstrak. Hal ini dapat dilihat dan ditunjukkan pada permukaan tembikar-

tembikar yang dihias dengan pola-pola geometrik dan simbolik dan ini menunjukkan

satu gejala baru yang memperlihat pemikiran masyarakat ini yang semakin maju dan

mula berdasarkan pemikiran konseptual.

Corak hidup :

Paleolitik :

Pada zaman ini masyarak Paleolitik berpakai yang ringkas dengan menggunakan

kulit-kulit kayu dan binatang. Mereka menjalankan kehidupan yang mudah dan

simple maka mereka tiada barang-barang perhiasan dan tidak mempunyai memiliki

harta.

Neolitik :

Masyarakat Neolitik sudah mula hidup secara lebih selesa dengan memiliki harta

benda. Sebagai buktinya, mereka mula memiliki tanah-tanah pertanian dan juga

binatang-binatang ternakan bagi memastikan bekalan makanan mereka tidak

terputus. Masyarakat ketika ini sudah memiliki pakaian yang lengkap.

Golongan wanita mula memakai barang-barang perhiasan seperti gelang, subang

dan rantai bagi tujuan kecantikan dan keagamaan.

Page 53: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 53

Pembahagian kerja mengikut gender :

Paleolitik :

Masyarakat zaman Paleolitik tidak mempunyai pengkhususan kerja mengikut gender.

Semua pekerjaan dilakukan sendiri oleh mereka secara bersama-sama dalam

kumpulan kecil. Jumlah mereka yang sedikit dan sering berpindah randah

menyebabkan pengkhususan pekerjaan tidak wujud dan tidak praktikal.

Neolitik

Masyarakat zaman Neolitik yang telah mula mempunyai pengkhususan kerja menikut

gender. Hal ini dapat dibuktikan, dengan wujudnya pengkhususan pekerjaan

berdasarkan perbezaan peranan yang dimainkan oleh golongan lelaki dan wanita.

Golongan lelaki menjalankan aktiviti yang memerlukan tenaga yang kuat seperti

mengusahakan ladang-ladang pertanian manakala golongan wanita menguruskan

urusan rumahtangga dan kerja-kerja yang mudah. Perkembangan Revolusi

Pertanian juga telah menyebabkan perkembangan dalam aspek pengkhususan

pekerjaan di mana telah lahir golongan petani yang menjalankan aktiviti bercucuk

tanam dan menternak binatang serta golongan artisan yang mempunyai kemahiran

membina rumah dan membuat peralatan-peralatan senjata dan pertanian.

Peningkatan tahap pemikiran pada zaman Neolitik

Berlakunya peningkatan pemikiran konseptual dikalangan masyarakat Neolitik

Kesimpulan :

Berdasarkan huraian di atas, jelas ternyata bahawa masyarakat zaman prasejarah telah

mengalami satu kemajuan yang pesat dalam pelbagai aspek kehidupan mereka. Bermula

dengan masyarakat Paleolitik , yang merupakan masyarakat pengguna alam sekitar

kepada masyarakat pengeluar makanan yang lebih maju pada zaman Neolitik.

Perkembangan Revolusi Pertanian telah mengubah hidup masyarakat pada zaman Neolitik

ke arah hidup yang lebih kreatif dan inovatif. Hal ini dapat dibuktikan dengan kemajuan

yang dicapai oleh masyarakat ini dalam aspek sosial, ekonomi, politik , sosial dan

sebagainya sehingga menjadi asas kepada kemunculan tamadun-tamadun awal manusia

di Mesopotamia, Mesir, Mohenjo-Daro & Harappa dan Hwang Ho.

27. Bandingkan kehidupan masyarakat Arab zaman Jahiliah dengan masyarakat Arab

selepas kedatangan Islam dari segi politik, sosial dan ekonomi.

Pengenalan:

• Zaman jahiliah merujuk kepada masyarakat di Semenanjung Tanah Arab.

Mereka hidup dalam zaman kegelapan tanpa berpandukan ajaran

wahyu dan mengamalka nilai akhlak yang buruk. Zaman ini berlaku 300

tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. iaitu bermula daripada

kejatuhan empangan Maarib sehingga kedatangan Islam.

• Nabi Muhammad dan orang Islam telah berhijrah ke Madinah pada 622

M. Di Madinah Nabi Muhammad telah dilantik sebagai ketua negara dan

mengasaskan pemerintahan negara Islam yang pertama.

• Kedatangan agama Islam telah membawa perubahan yang besar ke

atas masyarakat Arab terutama masyarakat di Madinah.

Page 54: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 54

Isi:

1. Kepercayaan / Agama :

• Majoriti masyarakat Arab Jahiliah menganut agama menyembah berhala

dengan menganggap berhala sebagai perantaraan antara manusia

dengan Tuhan. Pada masa ini Mekah berperanan sebagai pusat

penyembahan berhala. Agama lain yang dianuti ialah ajaran animisme,

majusi, nasrani dan yahudi. Masyarakat pada masa ini juga terikat

dengan kepercayaan karut.

• Masyarakat Islam pada zaman ini mempunyai keimanan yang kukuh.

Orang Ansar secara rela telah memeluk ajaran Islam. Nabi telah melantik

guru-guru agama untuk memperkukuhkan akidah dan amalan mereka. Di

samping itu, nabi telah menjalankan dasar kebebasan beragama

terutama ke atas masyarakat Yahudi dan mereka diberi kebebasan

beribadat. Majoriti golongan Arab Madinah menerima agama Islam.

2. Hubungan Masyarakat / Sosial :

• Masyarakat Jahiliah hidup terpisah dalam kabilah dan bani masing-

masing. Setiap individu mempunyai ketaatan kepada kabilah dan sangat

prejudis kepada kabilah yang lain. Semangat ini juga menyebabkan

mereka memihak kepada kabilah tanpa mengira sama ada mereka

berada dalam keadaan benar atau salah. Ini telah menimbulkan

masalah permusuhan antara kabilah berleluasa.

• Masyarakat Islam Madinah berjaya membentuk sebuah masyarakat

ummah Islamiyah tanpa mengira kaum dan suku. Kesetiaan kepada

kaum tidak lagi wujud dan digantikan dengan ikatan persaudaraan Islam.

Contohnya Nabi berjaya mempersaudarakan orang Ansar dengan

Muhajirin.

3. Kedudukan Wanita :

• Masyarakat Arab Jahiliah memandang rendah kepada golongan wanita.

Fungsi mereka hanyalah sebagai alat kepada kaum lelaki. Mereka

dianggap sebagai barang dagangan dan ada di kalangan mereka yang

kematian suami, menjadi rebutan anak-anak lelaki suami mereka.

Keadaan ini menyebabkan suku bani Tamim telah menanam bayi

perempuan bagi mengelakkan mereka dipandang rendah.

• Nabi mengajar masyarakat Islam di Madinah memandang mulia

golongan wanita. Mereka perlu dipelihara maruah dan kebajikan

mereka. Kaum wanita memainkan peranan yang sama pentingnya

dengan goIongan lelaki.

4. Politik :

• Sistem politik dan pentadbiran adalah tidak seragam. Kerajaan yang

wujud lebih bersifat monarki dan terletak di bawah kuasa asing seperti

Parsi dan Rom. Masyarakat golongan Badwi mengamaIkan sistem politik

kabilah masing-masing. Sementara itu masyarakat kota Mekah

menjalankan sistem politik kabilah.

• Kerajaan Islam Madinah wujud berasakan perlembagaan Madinah.

Undang-undang utama yang digunakan ialah Al- Quran. Segala

keputusan negara dilakukan melalui konsep syura. Masjid menjadi institusi

yang penting dalam kerajaan Madinah

5. Amalan Ekonomi.

Page 55: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 55

• Jahiliyah amalkan riba, pencurian dan penipuan. Jua beli berhala adalah

ekonomi yang penting dan menguntungkan.

• Islam mengharamkan riba dan mewajibkan urusan jual beli. Ada akad

dalam urusan jual beli. Barangan yang diharamkan tidak boleh dijual beli

seperti arak,patung berhala,dll.

Kesimpulan :

Perbezaan yang ketara, zaman jahiliyah berlandaskan nafsu dan dalam zaman

Islamberdasarkan wahyu daripada Allah s.w.t.

28. Terangkan apakah peranan peperangan dalam Islam dan jelaskan beberapa

peperangan yang pernah dialami oleh umat Islam pada zaman Nabi Muhammad

SAW.

Pengenalan:

Konsep ketahanan bermaksud ketabahan, kecekalan, dan kesabaran serta

keupayaan, kebolehan serta kekuatan menanggung sesuatu kesukaran dan

penderitaan. Ia juga satu halangan dan keupayaan menanggung sesuatu dalam

pertempuran atau peperangan serta tidak mudah mengalah dalam peperangan.

Pertahanan merujuk kepada langkah-langkah serta tindakan yang diambil untuk

mempertahankan diri, masyarakat, agama dan negara dari ancaman musuh dan

membela golongan yang lemah daripada teraniaya. Ketahanan dan pertahanan

merujuk kepada kekuatan mental, ketabahan dan kecekalan dalam

mempertahankan sesebuah negara dari ancaman musuh. Kekuatan pertahanan

dan ketahanan banyak bergantung kepada kekuatan mental ,fizikal, peralatan

senjata yang digunakan, taktik dan strategi serta jenis tentera yang ada.

Isi:

Peranan peperangan:

Bagi memenuhi keizinan Allah SWT melalui Surah Al-Baqarah, yang membenarkan

orang berperang kerana diserang oleh pihak musuh seperti kafir Quraish Mekah.n

peperangan:

Untuk mempertahankan diri dari sebarang serangan musuh, menjaga keamanan

dan mempertahan kedaulatan negara.Sebagai contoh pencabulan orang Yahudi

seperti Bani Qainuqa, Bani Nadhir dan Bani Quraidzah terhadap Perlembagaan

Madinah.

Untuk menjamin perjalanan dakwah dan mempertahankan kedudukakannya dari

permusuhan oleh sebarang pihak seperti halangan orang Parsi dan Rom.

Untuk memerangi pihak-pihak yang ingin dan telah merosakkan sebarang perjanjian

yang telah termeterai antara negara Islam dengan pihak lain. Contoh Perjanjian

Hudaibiyah bilamana orang kafir Quraish telah melanggar isi perajanjiannya.

Untuk mempertahankan segala pandangan yang baik bagi tujuan kesejahteraan

umat Islam dan negara.

Page 56: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 56

Untuk memenuhi tuntutan keperluan pembukaan negara dan jihad Islam. Sebagai

contoh pada zaman Khalifah Umar al- Khattab telah membebaskan dan membuka

negara Islam Mesir daripada penindasan penjajahan Rom.

Untuk menjamin keamanan negara dari sebarang pemberontakan dan unsur-unsur

fitnah di kalangan masyarakat islam.

Untuk mempertahankan kepentingan ekonomi.

Peperang dalam islam:

Perang Uhud:

Berlaku pada tahun ke-3H/625M.

Berpunca dari rasa kecewa dan ingin membalas dendam dalam kalangan kaum

musyrikin Makkah atas kekalahan mereka dalam Perang Badar.

Kaum Musyrikin Makkah di bawah pimpinan Abu Sufyan dengan 3000 tentera

manakala tentera Islam seramai 1000 orang di bawah pimpinan Rasulullah saw.

Walau bagaimanapun, 1/3 daripada tentera Islam yang diketuai oleh Abdullah

b.Ubay(ketua munafik) telah keluar daripada barisan tentera Islam dan kembali ke

Madinah.

Tentera Islam dan Musyrikin Makkah telah bertemu di pinggir Bukit(jabal) Uhud.

Peringkat awal peperangan, memperlihatkan kemenangan di pihak Islam tetapi

pada akhirnya mereka mengalami kekalahan.

Punca kekalahan ialah sikap sesetengah kaum muslimin khususnya pasukan

pemanah yang berada di kawasan tinggi telah meninggalkan posisi mereka dan

mengejar harta rampasan.

Ramai antara sahabat-sahabat Rasulullah saw telah gugur syahid termasuk bapa

saudara Baginda iaitu Hamzah r.a.

Perang Badar:

Perang Badar merupakan peperangan yang pertama dalam sejarah Islam. Berlaku

pada 17 Ramadan tahun 2 Hijrah (624 Masihi) di lembah Badar di luar kota Madinah.

Perang Badar merupakan peperangan yang berlaku di antara 313 orang Islam

Madinah diketuai oleh Nahi Muhammad s.a.w. dengan 1000 ozang kaum Musyrikin

Mekah di bawah pimpinan Abu Jahal.

Setelah Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah ke Madinah, baginda telah diizinkan oleh

Allah s.w.t. untuk berperang menentang musuh – apabila turunnya ayat dari Surah

al-Baqarah: 19 dan Surah al-Haj: 39-40.

Nabi Muhammad s.a.w. mendapat tahu tentang kafilah perdagangan Quraish dari

Sham pimpinan Abu Suffian akan pulang ke Mekah melalui jalan persisiran kota

Madinah. Oleh yang demikian, baginda mengarahkan para sahabat agar

menyiasat dan menyekat kafilah tersebut.

Abu Suffian mengetahui tentang rancangan orang-orang Islam tersebut, lantas

beliau mengirim utusan ke Mekah untuk memohon bantuan ketenteraan.

Kaum Musyrikin Mekah menerimanya, Abu Jahal berjaya mengumpul seramai 950-

1000 orang tentera segera datang untuk membantu kafilah Abu Suffian. Objektifnya

bukan sahaja untuk melindungi kafilah tersebut, malah juga untuk memerangkap

dan menghapuskan Nabi dan sahabat-sahabat baginda.

Orang-orang Islam tidak mengetahui tentang kemaraan tentera bantuan daripada

Abu Jahal yang ramai itu. Mereka bersama 324 arang tentera terus pergi menyiasat

Page 57: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 57

kafilah Abu Suffian dan bertemu dengan tentera Abu Jahal. Orang­orang Islam

terkejut melihat tentera musuh yang ramai kerana tujuan mereka yang sebenar

bukan untuk berperang.

Lantas Nabi merangka strategi peperangan dan berdoa kepada Allah s.w.t. bagi

mendapat pertolongan serta perlindungan kepada orang-orang Islam.

Sebelum meletusnya peperangan, 6 orang – 3 orang daripada pihak Musyrikin dan 3

daripada pihak Islam telah bertarung seorang sama seorang. Pihak Islam diwakili

oleh Ali bin Abu Talib, Hamzah bin Abd. Mutalib dan Ubaidah al-Haris. Manakala

pihak Musyrikin Mekah pula diwakili oleh Utbah bin ar-Rabiah, al­Walid bin Uthah, dan

Shaibah bin al-Rahiah. Dalam pertarungan tersebut, ketiga­tiga pahlawan Musyrikin

Mekah dapat ditewaskan.

Setelah itu berlakulah peperangan. Dengan adanya strategi peperangan,

penyatuan dan keyakinan serta bantuan da.ripada Allah s.w.t. tentera Islam telah

mencapai kemenangan. Akibat daripada Perang Badar, seramai 14 orang tentera

Islam telah gugur syahid, manakala pihak Musyrikin Mekah pula 70 orang telah

terbunuh dan 70 orang lagi dapat ditawan.

Kesimpulan:

Peperangan merupakan salah satu jalan yang boleh diambil demi menjaga kesucian

agama islam dan peperangan ini merupakan bukti kukuh semangat juang umat islam demi

menegakkan agama mereka di bumi Allah. Peperangan ini juga bukanlah satu jalan untuk

bermegah tetapi sebagai amaran bahawa agama islam bukanlah untuk dipermainkan oleh

agama-agama yang lain. Ini juga merupakan semangat yang tinggi yang lahir daripada

umat islam sendiri dan rasa cinta akan agama islam itu sendiri.

29. Bincangkan sejarah penerokaan Mesir dan sejarah penerokaan Yunani.

Pengenalan:

Latar belakang Mesir

Latar Belakang Yunani

Penerokaan bermaksud menyelidiki, menjelajah, menjalani, mengharungi dan

menghadapi.

Penjelajahan membawa maksud mengelilingi atau berjalan ke merata-rata tempat

atau daerah.

Isi:

Mesir:

tamadun Mesir Purba yang berkembang kira-kira 5000 tahun dahulu di lembah

Sungai Nil yang subur telah menjalin hubungan dengan kerajaan dan penduduk lain

di Timur Tengah. Namun begitu, ekspedisi ke bahagian Afrika yang lain di selatan

nampaknya amat jarang sekali. Ekspedisi yang pernah dilakukan dicatat secara

terperinci dalam inskripsi di dinding sebuah kuil di barat Thebes. Satu contoh yang

masyhur ialah ekspedisi besar yang dilancarkan ketika Mesir di bawah pemerintahan

Ratu Hatshepsut (ratu ini memerintah antara tahun 1501 SM – 1479 SM) pada tahun

1492 SM ke „Tanah Punt‟ yang dipercayai terletak di kawasan Somalia moden.

Ekspedisi ini bermatlamatkan perdagangan. Catatan mengisahkan tentang banyak

barang dagangan seperti dupa, eboni, gading, emas, perak dan monyet hidup

Page 58: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 58

dibawa balik oleh kapal-kapal ekspedisi. Ekspedisi itu mungkin telah menggunakan

jalan darat dari Thebes untuk menaiki kapal-kapal di Laut Mereah. Kapal-kapal itu

kemudian belayar kira-kira 2000 km dari Laut Merah ke Punt.

Phonecia pernah menjadi wilayah Empayar Mesir pada masa-masa yang berbeza.

Pada kira-kira tahun 600 SM, Firaun Necho II mengasaskan armada Phonecia untuk

mencari jalan dari Laut Merah ke Mediterranean.Ekspedisi berani Firaun Necho

mengelilingi Afrika adalah didorong oleh keinginan baginda untuk mencari jalan

perdagangan yang boleh menghubungkan Laut Merah dengan Delta Nil. Mereka

nampaknya berjaya mencapai tujuan ini dengan belayar mengelilingi Tanjung

Harapan. Mereka melaporkan kedudukan matahari yang berada di sebelah kanan

sambil mereka belayar dari timur ke barat mengelilingi hujung selatan Afrika .

Malangnya ramai dari penduduk di sebelah utara yang tidak pernah mengalami

keadaan ini tidak percaya dengan laporan tersebut. Orang Phonecia merupakan

pelaut yang pakar pada zaman itu. Menjelang abad ke-7 SM, mereka telah belayar

melepasi Selat Gibraltar ke Madeira dan Kepulauan Canary. Di situlah mereka telah

berdagang bahan pencelup. Pada tahun 470 SM, Jeneral Hanno dari Carthage

mengetui satu angkatan armada besar menuju arah ini dan meneruskan pelayaran

di sepanjang pantai barat Afrika. Dalam tempoh seribu tahun, penjelajahan orang

Mesir berkembang dengan perlahan dan tumpuan terutamanya pada patai Afrika

atas tujuan perdagangan. Juga dikatakan bahawa ekspedisi itu tidak diulang oleh

sesiapa pun selama 2000 tahun selepas itu.

Pada kira-kira pada tahun 2300 SM, seorang pegawai bernama Harkhuf telah

dihantar untuk membawa ekspedisi ke Yam, Nubia. Tatkala melepasi Riam Pertama

di Sungai Nil, beliau pun melintasi sempadan terjauh dalam dunia yang diketahui

orang Mesir Purba. Catatan perjalanan beliau dapat dilihat pada inskripsi di makam

beliau di Pulau Elephantine, Sungai Nil. Sejarah Mesir juga mencatatkan bahawa

ketika Mesir di bawah pemerintahan Kerajaan Pertengahan iaitu di permulaan abad

ke-20 SM, Amenemhet III telah menghantar kapal-kapal jauh ke luar negari untuk

mencari barang dagangan. Mereka membuat perhubungan dengan Crete, Syam,

Babylon dan kawasan-kawasan selatan. Tidak hairanlah orang Mesir dengan mudah

memperolehi bahan-bahan yang digunakan untuk mengawet mumia seperti myrrh

dan kemenyan dari luar negeri kerana telah wujud penjelajahan waktu itu.

Yunani:

Orang-orang Greek melakukan penjelajahan dan penerokaan kerana tanah Greek

tidak subur untuk menampung penduduk yang kian bertambah. Bagi mengelakkan

daripada berlakunya pembahagian tanah milik mereka, pemerintahnya telah

menghantar penduduknya ke negara lain terutama ke kawasan selatan Greek.

Inilah punca penerokaan secara besar-besaran yang telah merobah bentuk dunia

Mediterranean dalam beberapa generasi.

Tanah jajahan Greek dibuka untuk perdagangan dan sebagai tempat pertemuan

perniagaan antara kota-kota. Kawasan-kawasan itu terletak di pesisiran laut

Mediterranean dan Laut hitam. Berita tentangnya dibawa pulang oleh pengembara

yang menjelajah secara perseorangan sebagai pedagang atau perompak laut.

Mereka menemui lombong-lombong emas di Tartessus.

Ekoran dari penjelajahan dan penerokaan orang-orang Greek itu, petempatan-

petempatan Greek ditubuhkan di Pulau Sicily, Pulau Cyprus, Corsica dan pesisiran

Laut Mediterranean, Laut Aegeann dan Laut Hitam. Mereka seterusnya telah

Page 59: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 59

menyebarkan kebudayaan dan pemikiran Greek. Antara faktor-faktor pemilihan

sesatu tanah jajahan itu ialah pelabuhan yang baik, terdapat air untuk minuman

dan tanah yang subur.

Menjelang kira-kira tahun 750 SM, bangsa-bangsa Yunani dan Phoenicia telah

menjelajah sebahagian besar kawasan Mediterranean dan mewujudkan koloni

perdagangan. Orang Phoenicia adalah pembuat kapal dan pedagang yang amat

arif di Mediterranean.Orang Rom telah mempelajari cara membuat kapal

berpandukan rangka kapal orang Phoenicia. Menjelang tahun 702 SM orang

Phoenicia telah menubuhkan koloni di seluruh Mediterranean. Tamadun Yunani

Purba merupakan yang pertama di Eropah yang cuba menganalisis dunia dari sudut

sains. Antara tahun 310-306 SM penjelajah Yunani yang bernama Pytheas telah

menyusuri pantai –-Atlantik ( Portugal) dan dikatakan telah mengelilingi Britain

sebelum belayar pulang. Pelayaran Pytheas bukanlah atas dorongan perdagangan

tetapi atas minat sains yang sebenar. Ahli geografi dan astronomi pula

menggunakan pencerapan serta maklumat daripada penjelajah untuk membuat

peta kawasan Mediterranean dan peta dunia. Ptolemy (seorang ahli astronomi

Mesir-Yunani ) telah menghasilkan peta dunia yang terbaik sehingga abad ke-15

hasil dari maklumat yang diperolehi dari ahli geografi yang diperolehi penjelajah.

Iskandar Zulkarnain Agung (356-323 SM) yang berasal dari Makedonia pernah

menjadi penguasa Greek yang diwarisi dari ayahnya, Philip II merupakan seorang

penjelajah dan peneroka yang hebat sekali. Baginda telah menjelajah dan

menawan wilayah Parsi, Mesir, Mesopotamia. Dalam proses penjelajahannya,

baginda telah mengumpulkan maklumat tentang geografi kawasan yang jatuh ke

tangan baginda. Tenteranya diiringi sekumpulan juruukur, ahli geografi, ahli

matematik dan ahli astronomi. Ahli geografinya memetakan wilayah taklukan yang

merentang dari Sungai Indus ke timur Mediterranean. Orang Rom terus

mengembangkan pengetahuan dunia yang diasaskan oleh orang Yunani. Namun

tujuan mereka agak berbeza. Pada dasarnya, pembuat peta dan juruukur Rom

berperanan untuk mewujudkan dan mengekalkan Empayar Rom.

Semasa Rom sebuk meluaskan penjajahannya, Empayar Rom merangkumi kesemua

kawasan yang bersempadan dengan Mediterranean dan menuju ke timur hingga

Mesopotamia dan meliputi keseluruhan barat Eropah hingga ke utara (Britain).

Dengan itu, penjajahan Rom menjadikan bangsanya menjelajah jauh sekali ke

negara-negara lain.

Orang Rom juga mengetahui tentang India melalui kempen penjajahan Iskandar

Zulkarnain dan mereka juga mengetahu serba sedikit tentang Timur Jauh ekoran

barang dagangan yang tiba dari China ke dunia Rom melalui Jalan Sutera. Namun

orang Rom jarang mengembara melepasi sempadan mereka. Mereka banyak

mengembara di dalam kawasan empayar mereka. Orang Yunani Purba dan Rom

telah menerbitkan buku serta panduan pelancongan untuk pelancong. Salah

sebuah buku yang masyhur ialah „Hellados Periegesis" ( Panduan Melawat Yunani)

yang ditulis pada abad ke-2 M oleh penulis Yunani yang bernama Pausanias.

Bagi melicinkan perjalanan, orang Rom telah membina jalan-jalan bagi

menghubungkan antara bandar-bandar di dalam empayarnya. Orang Rom

memang terkenal sebagai pembina jalan raya dan jalan raya yang dibina itu sangat

lurus dengan jarak yang begitu jauh. Jalan-jalan lurus ini bertujuan mempercepatkan

penghantaran bekalan dan utusan serta askar jika berlaku kekacauan.

Page 60: 111879001-Sejarah-Tamadun

Sejarah Tamadun Dunia

SJH 1105

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI

KAMSULBAHRI 60

Bagi mempercepatkan perjalanan melalui laut, orang Rom telah mempelajari cara-

cara membuat kapal berdasarkan rangka kapal orang Phonecia. Dengan itu

penjelajahan melalui jalan laut di sekitar Laut Mediterranean itu membawa kepada

kegiatan menjajah, telah memunculkan Rom sebagai perampas perdagangan di

seluruh Laut Mediterranean dan menjadi kuasa besar di situ.

Menjelang abad ke- 5 M, Empayar Rom mula merosot akibat serangan tentera gasar

dari Eropah Timur ( German). Menjelang tahun 476 M Empayar Rom runtuh. Walau

bagaimanapun, maharaja Kristian Rom yang pertama iaitu Constantine 1 ( 306-337

M) telah mengasaskan Constantinople ( Istanbul, Turki). Constantinople menjadi

pusat Empayar Byzantine Kristian (Rom) yang wujud hingga abad ke-15.Melalui

penjelajahnya yang juga mubaligh, agama Kristian disebarkan ke kawasan-kawasan

yang dijelajahi. Penjelajahan dan pejajahan Rom ke bumi Arab ( Arab Utara dan

Selatan) juga menampakkan motif perdagangan dan penyebaran agama Kristian.

Kesimpulan:

Aktiviti penerokaan ini telah mewujudkan tanah jajahan dan empayar yang laus,mengawal

jalan perdagangan di seluruh dunia dan membentuk empayar perdagangan. Mereka

melakukan penerokaan untuk mencari ilmu baru yang boleh mereka pelajari dan gunakan

untuk masyarakat dan negara mereka.