(114762059) 67122251-Kertas-Kerja-Mohon-Naiktaraf-Surau.doc

download (114762059) 67122251-Kertas-Kerja-Mohon-Naiktaraf-Surau.doc

If you can't read please download the document

Transcript of (114762059) 67122251-Kertas-Kerja-Mohon-Naiktaraf-Surau.doc

KERTAS KERJAMEMOHON KEBENARAN MENAIKKAN TARAFSURAU AT-TAQWA TAMAN PULAI UTAMA KE MASJID KERTAS KERJAMEMOHON KEBENARAN MENAIKKAN TARAF SURAU AT-TAQWA TAMAN PULAI UTAMA KE MASJIDDisediakan OlehJawatankuasa PentadbiranSurau at-Taqwa, Taman Pulai UtamaJalan Persisiran Pulai Utama, Taman Pulai Utama,81300 Skudai, JOHOR.4 Ramadan 1432H4hb Ogos 2011KANDUNGAN KERTAS KERJABILTAJUKM/S1.0 SEJARAH PENUBUHAN SURAU AT-TAQWATAMAN PULAI UTAMA32.0OBJEKTIF43.0PROFAIL TAMAN PULAI UTAMA43.1 Maklumat Umum3.2 Maklumat Sosio Ekonomi3.3 Kemudahan asas yang terdapat di tempat ini ialah4.0 MAKLUMAT SURAU SEDIA ADA 54.1 Kedudukan Surau Sedia Ada4.2 Maklumat Penduduk setempat4.3 Penambahbaikan dan pembesaran surau5.0JAWATANKUASA PENTADBIRAN SURAU AT-TAQWATAMAN PULAI UTAMA66.0MENAIKTARAF SURAU KE MASJID77.0KESIMPULAN81.0 SEJARAH PENUBUHAN SURAU AT-TAQWA TAMAN PULAI UTAMA1.1 Pada 25 September 2000, satu jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Penaja Badan Kebajikan Islam Taman Pulai Utama telah ditubuhkan dengan tujuan untuk menjadi suatu badan yang berperanan menjaga hal ehwal kebajikan penduduk Islam Taman Pulai Utama.1.2 Antara langkah awal yang dijalankan oleh Jawatankuasa ini ialah mendapatkan tatacara dan prosidur yang lengkap bagi membina sebuah surau yang kemudiaannya akan dijadikan masjid di Taman Pulai Utama.1.3 Pada awal November 2001, ketika ummat Islam sedang bersedia menyambut kedatangan Ramadhan 1422H, jawatankuasa ini bersama-sama dengan beberapa penduduk Taman Pulai Utama telah mengambil inisiatif untuk menyewa sebuah rumah di Jalan Pulai 13 untuk dijadikan surau sementara bagi penduduk Islam Taman Pulai Utama menjalankan ibadah solat tarawih dan melaksanakan kewajipan solat berjamaah disamping menjalankan aktiviti-aktiviti setempat untuk penduduk taman ini.1.4 Pada 24 November 2001 bersamaan dengan 8 Ramadhan 1422, Jawatankuasa Penaja Badan kebajikan Taman Pulai Utama telah dibubarkan dan digantikan dengan Jawatankuasa Pentadbiran Surau Taman Pulai Utama. Jawatankuasa ini telah dilantik semasa Mesyuarat Pemilihan Jawatankuasa Pentadbiran Surau (Sementara) Taman Pulai Utama yang diadakan pada masa itu di surau sementara, No. 6, Jalan Pulai 13.1.5 Pada Jun 2003, pihak tuan rumah memberikan notis untuk mengambil semula rumah yang disewa sebagai surau untuk didiami oleh beliau. Pihak Jawatankuasa dan beberapa penduduk Taman Pulai Utama kemudiannya telah berusaha untuk mendapatkan surau sementara dan akhirnya surau sementara telah terbina di Tingkat Bawah, Blok D, Rumah Pangsa Taman Pulai Utama, Jalan Pulai 83.1.6 Menjelang Ramadhan 1424H atau Oktober 2003 surau sementara tersebut telah dapat digunakan untuk menjalankan ibadah solat tarawih dan solat berjamaah.1.7 Pada April 2005, surau yang baru telah dimulakan pembinaannya di tapak masjid yang telah diwartakan di kawasan Taman Pulai Utama ini.1.8 Surau ini dinamakan Surau At-Taqwa dan mula digunakan pada September 2005 iaitu ketika bulan Rejab 1426H.1.9 Pada 24 September 2010 bersamaan dengan 15 Syawal 1431H, Surau At-Taqwa Taman Pulai Utama telah diisytiharkan diberi kebenaran dan diisytiharkan tempat solat Jumaat.2.0 OBJEKTIF2.1 Objektif kertas kerja ini adalah untuk memohon kebenaran untuk menaikkan tarafSurau At-Taqwa Taman Pulai Utama ke masjid.2.2 Naiktaraf surau ke masjid ini juga adalah bertepatan dengan usaha untuk membina sebuah masjid di tapak sedia ada yang mana seorang penderma telah bersetuju untuk menyiapkan pembinaan sebuah masjid dengan sebahagian besar kosnya ditanggung oleh beliau sendiri.3.0 PROFAIL TAMAN PULAI UTAMA3.1 Maklumat Umum3.1.1Nama Taman :Taman Pulai Utama, Skudai 81300 JohorBahru, Johor Darul Tazim3.1.2Daerah :Johor Bahru3.1.3Adun :Nusajaya.3.1.4Parlimen :Gelang Patah3.1.5Bilangan Penduduk :12,000 orang (5,570 orang Islam)3.2 Maklumat Sosio Ekonomi :3.2.1 Penduduk di kawasan ini terdiri dari pelbagai golongan dan pekerjaan.Pekerjaan utama ialah bekerja sebagai :3.2.1.1 Kakitangan Awam (Pensyarah, Guru Sekolah dan lain-lain)3.2.1.2 Kakitangan Sektor Swasta (Pegawai Bank, Pengurus Projek dan lain-lain)3.2.1.3 Bekerja Sendiri (Ahli perniagaan, perunding dan sebagainya).3.3 Kemudahan asas yang terdapat di tempat ini ialah :3.3.1 Kemudahan jalan raya, elektrik, air dan telefon3.3.2 Kawasan Permainan Awam3.3.3 Kompleks Membeli Belah U-Mall3.3.4 Ruang Perniagaan dan Kedai-kedai4.0 MAKLUMAT SURAU SEDIA ADA4.1 Kedudukan Surau Sedia Ada4.1.1Tarikh dibina :1 April 20054.1.2Tarikh diguna :1 September 20054.1.3Muatan :350 orang.4.1.4Keluasan :2750 kaki persegi.- Ruang Dalam : 1,200 kp- Ruang Luar : 1,550 kp4.2 Maklumat Penduduk setempat4.2.1Terdapat lebih daripada 680 keluarga Islam dan 87 rumah bujang mendiami Taman Pulai Utama, Taman Flora, sebahagian Taman Universiti (Jalan Pertanian) dan Pangsapuri Meranti, Taman Universiti serta rumah kongsi pemaju. Ini bermakna jumlah penduduk Islam di Taman Pulai Utama mencecah seramai 5,870 orang termasuk mereka yang masih belum berkahwin seperti anak bujang dewasa penduduk, pelajar UTM dan pekerja swasta.4.2.2 Disamping penduduk yang tinggal tetap dan menyewa terdapat hampir200 orang lelaki mukallaf yang bekerja di Taman Pulai Utama dan berhampiran seperti jadual di bawah ini.KawasanBil / OrangKompleks Membeli Belah U-Mall50Kompleks Membeli Belah Jaya Jusco70Kilang Semi Industri Taman Universiti50Kedai/Restoran di Tmn Pulai Utama30Technovation Park UTM50JUMLAH PEKERJA2504.2.3Bilangan Penduduk Taman Pulai Utama dan taman berdekatan termasuklah pekerja yang tidak tinggal di kawasan iniPerkaraBilangan / OrangTaman Pulai Utama3,800Taman Universiti850Taman Pulai Flora700Pangsapuri Meranti, TU300Taman Pulai Bayu50Rumah Kongsi Pemaju200Pekerja yang tidak tinggal di kawasan ini(rujuk jadual pada para 4.2.2)250Jumlah Penduduk Islam6,150Lelaki Mukallaf1,150Wanita Mukallaf1,050Penduduk Bukan Muslim (TPU)5,5004.3 Penambahbaikan dan pembesaran surau4.3.1Sejak surau ini diisytiharkan diberi kebenatran dan diisytiharkan tempat solat Jumaat, surau ini telah mengalami proses pembesaran dan penambahbaikan bagi menampung jemaah yang semakin ramai khususnya ketika solat Jumaat5.0 JAWATANKUASA PENTADBIRAN SURAU AT-TAQWA5.1 Jawatankuasa Surau At-Taqwa untuk sesi 2011 2013 yang telah diluluskan adalah seperti berikut :BILNAMAJAWATAN1.PM Dr. Tholudin bin Mat Lazim (15, Pulai 17)Pengerusi2.Hj Mohd Mohshin bin Hj Jamiran (10, Pulai71)Timbalan Pengerusi3.En. Abdul Hafidz bin Muhamad Sharif (3,Pulai 65)Setiausaha4.Hj Rosli bin Kamaruddin (26, Pulai 18)Bendahari5.Hj Musa bin Abdul Wahab (16, Pulai 31)Penolong Setiausaha6.En. Zulfakar bin Aspar (57, Pulai 30)Biro Pembangunan danEkonomi7.Ustaz Mansor bin Jusoh (9, Pulai 67)Biro Pendidikan & Dakwah8.Prof. Dr. Musa bin Mailah (23, Pulai 60)Biro Kebajikan, Sosial & Kebudayaan9.En. Shahrudin bin Mohamed (A02-07, PulaiBiro Kebersihan & Keceriaan83/3)BILNAMAJAWATAN10.Ustaz Abdul Ghani bin Jalil (44, Pulai 79)Biro PengimarahanMasjid/Surau11.Prof. Dr Zulkifli bin Yusop (22, Pulai 35)Biro Penerbitan & TeknologiMaklumat12.Hjh Ramlah Abdul Rahim @ Nailah (15, Pulai17)Biro Hal Ehwal Wanita13.Dr. Hishamuddin bin Alham (24, Pulai 17)Biro Rakan Muda14.En. Saat bin Masran (D01-02, Blok D, Pulai83/3)Biro Keselamatan & Sukarelawan15.En. Haris Fadzillah bin SaminBiro Pengurusan Aset & Prasarana Masjid/Surau16.PM Dr. Sarifuddin bin Saad (4, Pulai 74)Pemeriksa Kira-kira 117.Prof. Dr. Mahmood bin Md TahirPemeriksa Kira-kira 25.2Jawatankuasa Surau At-Taqwa bermesyuarat sebulan sekali bagi membincangkan aktiviti-aktiviti dan isu-isu yang berkaitan dengan Surau At- Taqwa dan ia akan diteruskan setelah surau ini dinaiktaraf ke masjid. Ahli kariah yang ingin memberikan pandangan dan buah fikiran juga dialu-alukan untuk diambil kira pandangan mereka.5.3 Sumber kewangan yang utama sekarang ialah daripada kutipan Jumaat.Disamping itu, sumbangan ahli kariah juga amat menggalakkan terutamanya apabila sesuatu program dijalankan seperti Program Maulidur Rasul, Program Korban dan aktiviti-aktiviti Ramadan.6.0 MENAIKTARAF SURAU KE MASJID6.1Bagi tujuan permohonan menaikkan taraf surau ke masjid, bersama-sama ini disertakan dokumen-dokumen yang berkaitan untuk pertimbangan pihak Jabatan Agama Johor :i. Pelan tanah dan status tanah yang telah diwartakan.ii. Banci bilangan penduduk Islam yang layak solat Jumaat.iii. Cabutan minit mesyuarat Jawatankuasa Pentadbiran Surau At-Taqwa mengenai persetujuan menaikkan taraf surau ke masjid.iv. Pelan bangunan sedia ada.v. Pelan kedudukan tapak surau.vi. Maklumat kemudahan awam yang disediakan di surau. vii. Sokongan ahli jawatankuasa masjid yang berhampiran. viii. Jarak diantara surau dengan masjid yang berhampiran. ix. Sokongan wakil rakyat, penghulu dan ketua kampung.x. Senarai ahli jawatankuasa surau sedia ada. xi. Senarai imam, bilal dan noja sedia ada.7.0 KESIMPULANPihak Jabatan Agama Johor dimohon untuk mempertimbangkan dan memperakukan permohonan kebenaran menaikkan taraf Surau At-Taqwa Taman Pulai Utama ke masjid.