120158714 Isu Isu Dalam Penyeliaan Dan Perundingan

download 120158714 Isu Isu Dalam Penyeliaan Dan Perundingan

If you can't read please download the document

description

isu

Transcript of 120158714 Isu Isu Dalam Penyeliaan Dan Perundingan

NAMA : HASLINDA BT ZAIMINO MATRIK: M20092001149KURSUS:ETIKADANPERUNDANGANDALAM KAUNSELING/KKP 6023PENSYARAH:DR.MOHAMMAD NASIR BIN BISTAMAMTAJUK 10ISU-ISU DALAM PENYELIAAN DAN PERUNDINGANPEGENALANPenyeliaanadalahmerupakansatukomponenyangterpentingdalamperkembangan tahap kecekapan seseorang kaunselor. Ini adalah kerana, dalam konteks inilah bakal kaunselor mula untuk mengembangkan kecenderungan mereka dalam melahirkan identiti professional serta menilai kepercayaan dan tingkah laku mereka sendiri mengenai klien dan terapi. Penyeliaan adalah satu proses yang melibatkan seorang penyelia mengawasi tugas professional seorang pelatih atau bakal kaunselor dengan empat matlamat utama iaitu:a)Untuk menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan pelatih. b)Untuk melindungi kebajikan klienc)Untuk mengawasi prestasi pelatih dan bertindak sebagai penjaga kepada professiond)Untukmembimbing pelatihke arahpenyeliaankendiridanmelaksanakanmatlamat- matlamat ini sebagai independent professional (Haynes,Corey&Moulton,2003)ISU ETIKA DAN PERUNDANGAN DALAM PENYELIAANSekiranya diambilkira keadaan kebergantungan pelatih dan persamaan antara perhubungan penyeliaan dan perhubungan teraputik, maka keperluan terhadap garis panduan yang menerangkan hak pelatih dan tanggungjawab penyelia menjadi begitu ketara. Walaupun tiada garis panduan yang khusus mengenai perlakuan antara penyelia dan pelatih dalam kod etika kaunseling, Antara isu etika yang kritikal dalam penyeliaan adalah keseimbangan hak klien, hak dan tanggungjawab penyelia, serta tanggungjawab penyelia terhadap pelatih dan klien mereka. Kebanyakan kod etika berhubung dengan hubungan klien-kaunselor turut boleh digunakan atau diaplikasikandalamhubunganpenyeliapelatih.Sebagaicontohpersetujuantermaklum dalampenyelianadalahsama pentingdenganpersetujuantermaklumdalamkaunseling.Ini adalah untuk memberi kuasa kepada pelatih untuk meluahkan jangkaan, membuat keputusan dan menjadi ahli yang aktif dalam proses penyeliaan.Dalam Kod Etika Lembaga Kaunselor Bahagian F: Penyeliaan, latihan dan pengajaran,F.4.a. Persetujuan Termaklum Bagi Penyeliaan ada menyatakan bahawa penyelia hendaklahmenjelaskan prinsip-prinsip persetujuan termaklum dan dasar serta prosedur yang harus diikuti dalam penyeliaan mereka kepada individu yang diselia.ISU PELBAGAI BUDAYA DALAM PENYELIAANPenyeliaan beretika mestilah melibatkan cara-cara di mana kepelbagaian faktor boleh mempengaruhi proses. Penyeliaan kepelbagaian budaya merangkumi definisi yang luas terhadap budaya yang melibatkan bangsa, etnik, status sosioekonomi, orientasi seksual, agama, gender dan umur. (Fukuyama,1994). Penyelia mempunyai tanggungjawab beretika untuk menjadi peka terhadap kompleksiti atau kerumitan masyarakat pelbagai budaya (Bernard,1994). Sikap tidak mengendahkan atau mempedulikan faktor pelbagai budayadalam penyeliaan boleh menjejaskan proses penyeliaan. Priest (1994) percaya bahawa adalah menjadi tanggungjawab penyelia untuk bertindak sebagai pemangkin dalam memudahkan perbincangan mengenai isu kepelbagaian budaya.Dalam Kod Etika Lembaga Kaunselor Bahagian F: Penyeliaan, Latihan dan Pengajaran, F.2.b. Isu-isu Multibudaya/Kepelbagaian Dalam Penyeliaan ada menyatakan bahawa penyelia kaunseling hendaklah sedar akan peranan multibudaya/kepelbagaian dalam hubungan penyeliaan dan hendaklah berbincang mengenainya dengan individu yang diselia.KEPELBAGAIAN PERANAN/HUBUNGAN DALAM PENYELIAANKepelbagaian hubungandalam penyeliaantimbul apabila penyelia mempunyai perhubungan professional dan tidak professional secara persetujuan atau berturut-turut dengan pelatih di samping mempunyai hubungan penyelia-pelatih. Walaupun kepelbagaian peranan atau hubungan adalah sesuatu yang biasa dalam konteks latihan dan penyeliaan tetapi adalah amat penting bagi penyelia untuk membincangkan secara menyeluruh mengenai isu-isu yang berkaitan dengan kepelbagaianhubunganinidenganpelatihmereka(Ladanyetal.,1999).Secaraetikanya, penyelia perlu menjelaskan tentang peranan mereka dan menjadi peka terhadap masalah yang mungkin timbul apabila sempadan ini menjadi kabur. Bowman, Hartley, and Bowman (1995) mengakuibahawakepelbagaianperanan/hubunganadakalanyatidakdapatdielakkandalamprogram latihan kaunseling. Justeru itu, langkah yang terbaik sekali ialah memastikan latihan professional kaunseling bertanggungjawab untuk mengajar kemahiran yang membolehkan penyeliamenanganisecaraberetikasituasi yangmelibatkankepelbagaianperanandan hubungan.Dalam Kod Etika Lembaga Kaunselor Bahagian F.3. Hubungan PenyeliaanF.3.a. Sempadan hubungan dengan individu yang diselia ada menyatakan bahawa penyelia kaunseling hendaklah menetap dan mengekalkan dengan jelas hubungan etika, professional, peribadi dan sosial dengan individu yang diselia. Penyelia hendaklah meminimumkan hubungna yang bukan professional dengan individu yang diselia.F.3.d.Saudaramarayangrapatdanrakanadadinyatakanbahawapenyeliahendaklah mengelak daripada menerima saudara mara yang rapat, pasangan romantic atau rakan sebagai individu yang diselia.ISU ETIKA DAN PROFESSIONAL DALAM PERUNDINGANTerdapat banyak isu mengenai etika dan professional yang melibatkan perundingan dalam perkhidmatan professional, nilai-nilai, kepelbagaian budaya, hubungan perundingan,hak-hak mereka yang dirunding dan perundingan dalam kelompok A.M. Dougherty,2005). Isu-isu etika dalamperundingansemakinmendapatperhatianpadamasakini.Perundingbolehdidakwa kerana malpractice atau perlanggaran kontrak dan oleh yang sedemikian, adalah bagi perunding agar lebih peka terhadap undang-undang yang melibatkan amalan mereka serta bertindak mengikut landasan etika yang betul.Amalan dalam etika memerlukan perunding memberitahu kepada mereka yang dirunding mengenai matlamat dan tujuan perundingan, batasan terhadap kerahsiaan, faedah-faedah yang mungkinbakaldiperolehi,risikoyang mungkindihadapi,hasilperundingandankebebasan mereka untuk mengurangkan atau menolak penglibatan mereka dalam proses perundingan.Apabila perunding menggunakan pendekatan proses kelompok, adalah amat penting bagi mereka untuk mempunyai kemahiran dalam perundingan secara berkumpulan. Isu-isu sepertipendedahan kendiri, privacy dan limitasi kerahsiaan perlu sentiasa ditekankan dalam proses perundingan.KESIMPULANKaunselor bertanggungjawab untuk memupuk hubungan professional yang beretika dan memelihara batasan yang sewajarnya dengan individu yang diselia. Tanpa pengetahuan. Kemahiran dan pengalaman yang secukupnya, seseorang penyelia akan lebih mudah untuk bertindak di luar tahap profesionalisme dalam proses penyeliaan dan perundingan,. Justeru itu, penyelia kaunseling haruslah sentiasa meningkatkan kompentensi mereka dalam bidang penyeliaan dan perundingan.