124-wanAhmadJaafar

8
951 1st International Malaysian Educational Technology Convention MODEL SISTEM PENGURUSAN MAKMAL MULTIMEDIA Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya, 1 Rossafri Mohammad Pusat Teknologi Pengajaran & Multimedia Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang [email protected] 1 [email protected] ABSTRAK Kertas kerja ini membincangkan isu dan permasalahan oleh penyelaras makmal ICT/Multimedia di sekolah bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk melengkapkan golongan pelajar dengan ilmu ICT. Peningkatan jumlah mata pelajaran berasaskan ICT di sekolah ditambah dengan aktiviti Kelab Komputer sekolah serta Program Penggunaan Makmal ICT untuk masyarakat setempat sepertimana yang disarankan oleh kerajaan memerlukan tiga makmal ICT jika ingin menawarkan kesemua mata pelajaran berasaskan ICT/multimedia di atas dan untuk itu peruntukkan sebanyak RM 1.3 billion (RMK9) telah dikhaskan (KPM, 2006). Kesemua ini menggunakan makmal yang perlu diurus dan ditadbir dengan baik dan berkesan. Walau bagaimanapun, tidak ada model pengurusan yang jelas dan boleh digunakan dalam menguruskan makmal ICT/multimedia ini. Sungguhpun Model Fryer (2000) dalam menguruskan makmal sekolah dikatakan digunakan sebagai asas tetapi siasatan awal termasuk pemerhatian mendapati rata-rata penyelaras makmal ICT sekolah tidak pernah didedahkan dengan perkara ini. Jika ada sekalipun, model yang menggabungkan tiga elemen iaitu guru, pentadbir dan rakan pembimbing sudah dikira tidak relevan pada masa kini. Ini kerana faktor teknologi tidak diambil kira sebagai satu elemen yang boleh membantu dalam memantapkan pengurusan makmal sekolah. Malahan, sistem rangkaian dan keselamatan ICT di makmal yang sering menjadi isu dan kerumitan bagi guru penyelaras makmal juga tidak diambil kira dalam model tersebut. PENGENALAN Peningkatan jumlah mata pelajaran berasaskan ICT (Teknologi Informasi dan Komunikasi) di sekolah seperti ICTL (Komputer Literasi untuk sekolah rendah dan menengah), Teknologi Maklumat (untuk elektif Tingkatan Empat) dan tiga mata pelajaran berasaskan multimedia (satu bidang dalam mata pelajaran vokasional Tingkatan Empat). Ini ditambah dengan aktiviti Kelab Komputer sekolah dan Program Penggunaan Makmal ICT/multimedia untuk masyarakat setempat sepertimana yang disarankan oleh kerajaan. Sesebuah sekolah memerlukan tiga makmal ICT/multimedia jika ingin menawarkan kesemua mata pelajaran berasaskan ICT dan multimedia di atas. Keseriusan kerajaan untuk merealisasikan hasrat ini terbukti melalui RMK9 di mana peruntukkan sebanyak RM 1.3 billion dikhaskan bagi tujuan ini (KPM, 2006). Kesemua ini menggunakan makmal yang perlu diurus dan ditadbir dengan baik dan berkesan. Sehingga masa kini, pelbagai inisiatif yang telah diambil oleh kerajaan dalam merealisasikan hasrat melalui program-program pengkomputeran di sekolah mahupun untuk pengajaran dan pembelajaran (p&p) dan pentadbiran kelas dan sekolah. Program-program peningkatan dari segi kualiti dan kuantiti peralatan dan perkakasan, perhubungan dan sambungan Internet (berwayar dan tanpa wayar), contohnya SchoolNet dan Projek Pengkomputeran Sekolah (EPU). Kerajaan juga tidak bersendirian dalam usaha ini, malah sektor swasta termasuk syarikat pegangan kerajaan (GLC) juga dijemput untuk membantu seperti Coca Cola, Samsung DigitAll, Intel, Fujitsu dan lain-lain lagi. Untuk GLC, kerajaan telah melancarkan program sekolah angkat bagi setiap GLC di mana pihak syarikat akan menaja semua kos peralatan, perkakasan dan penyelenggaraan (mungkin honorarium kepada pengajar) makmal ICT/multimedia sekolah tersebut. Agensi-agensi luar juga telah terlibat dalam usaha ini, contohnya United Nation Development Program (UNDP) dan Bank Dunia.

description

Makmal komputer

Transcript of 124-wanAhmadJaafar

  • 951 1st International Malaysian Educational Technology Convention

    MODEL SISTEM PENGURUSAN MAKMAL MULTIMEDIA

    Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya, 1Rossafri Mohammad Pusat Teknologi Pengajaran & Multimedia

    Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang

    [email protected] [email protected]

    ABSTRAK

    Kertas kerja ini membincangkan isu dan permasalahan oleh penyelaras makmal ICT/Multimedia di sekolah bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk melengkapkan golongan pelajar dengan ilmu ICT. Peningkatan jumlah mata pelajaran berasaskan ICT di sekolah ditambah dengan aktiviti Kelab Komputer sekolah serta Program Penggunaan Makmal ICT untuk masyarakat setempat sepertimana yang disarankan oleh kerajaan memerlukan tiga makmal ICT jika ingin menawarkan kesemua mata pelajaran berasaskan ICT/multimedia di atas dan untuk itu peruntukkan sebanyak RM 1.3 billion (RMK9) telah dikhaskan (KPM, 2006). Kesemua ini menggunakan makmal yang perlu diurus dan ditadbir dengan baik dan berkesan. Walau bagaimanapun, tidak ada model pengurusan yang jelas dan boleh digunakan dalam menguruskan makmal ICT/multimedia ini. Sungguhpun Model Fryer (2000) dalam menguruskan makmal sekolah dikatakan digunakan sebagai asas tetapi siasatan awal termasuk pemerhatian mendapati rata-rata penyelaras makmal ICT sekolah tidak pernah didedahkan dengan perkara ini. Jika ada sekalipun, model yang menggabungkan tiga elemen iaitu guru, pentadbir dan rakan pembimbing sudah dikira tidak relevan pada masa kini. Ini kerana faktor teknologi tidak diambil kira sebagai satu elemen yang boleh membantu dalam memantapkan pengurusan makmal sekolah. Malahan, sistem rangkaian dan keselamatan ICT di makmal yang sering menjadi isu dan kerumitan bagi guru penyelaras makmal juga tidak diambil kira dalam model tersebut. PENGENALAN Peningkatan jumlah mata pelajaran berasaskan ICT (Teknologi Informasi dan Komunikasi) di sekolah seperti ICTL (Komputer Literasi untuk sekolah rendah dan menengah), Teknologi Maklumat (untuk elektif Tingkatan Empat) dan tiga mata pelajaran berasaskan multimedia (satu bidang dalam mata pelajaran vokasional Tingkatan Empat). Ini ditambah dengan aktiviti Kelab Komputer sekolah dan Program Penggunaan Makmal ICT/multimedia untuk masyarakat setempat sepertimana yang disarankan oleh kerajaan. Sesebuah sekolah memerlukan tiga makmal ICT/multimedia jika ingin menawarkan kesemua mata pelajaran berasaskan ICT dan multimedia di atas. Keseriusan kerajaan untuk merealisasikan hasrat ini terbukti melalui RMK9 di mana peruntukkan sebanyak RM 1.3 billion dikhaskan bagi tujuan ini (KPM, 2006). Kesemua ini menggunakan makmal yang perlu diurus dan ditadbir dengan baik dan berkesan. Sehingga masa kini, pelbagai inisiatif yang telah diambil oleh kerajaan dalam merealisasikan hasrat melalui program-program pengkomputeran di sekolah mahupun untuk pengajaran dan pembelajaran (p&p) dan pentadbiran kelas dan sekolah. Program-program peningkatan dari segi kualiti dan kuantiti peralatan dan perkakasan, perhubungan dan sambungan Internet (berwayar dan tanpa wayar), contohnya SchoolNet dan Projek Pengkomputeran Sekolah (EPU). Kerajaan juga tidak bersendirian dalam usaha ini, malah sektor swasta termasuk syarikat pegangan kerajaan (GLC) juga dijemput untuk membantu seperti Coca Cola, Samsung DigitAll, Intel, Fujitsu dan lain-lain lagi. Untuk GLC, kerajaan telah melancarkan program sekolah angkat bagi setiap GLC di mana pihak syarikat akan menaja semua kos peralatan, perkakasan dan penyelenggaraan (mungkin honorarium kepada pengajar) makmal ICT/multimedia sekolah tersebut. Agensi-agensi luar juga telah terlibat dalam usaha ini, contohnya United Nation Development Program (UNDP) dan Bank Dunia.

  • 952 1st International Malaysian Educational Technology Convention

    Institusi sekolah juga telah diminta untuk bersama-sama membantu kerajaan dalam usaha mengurankan jurang digital dengan memberikan perkhidmatan ICT kepada masyarakat setempat. Maka, lahirlah program makmal ICT/multimedia di sekolah digunakan untuk masyarakat di sekeliling atau berhampiran sekolah. Selain daripada melancarkan program Sekolah Bestari pada tahun 1997 dan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), bagi semua sekolah pula, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menggalakkan semua guru tidak mengira opsyen masing-masing untuk mengintegrasikan ICT/multimedia dalam p&p masing-masing.

    Jadual 1: Matapelajaran baru (berasaskan ICT) bagi 2004-2008

    Kategori Sekolah Mata PelajaranSekolah Harian Biasa Teknologi Maklumat

    Grafik Berkomputer Produksi Multimedia Literasi Komputer (ICTL) untuk sekolah rendah & menengah Projek Pasang Sendiri Komputer.

    Sekolah Teknik Pengaturcaraan, Multimedia Kreatif Sistem Rangkaian Komputer

    Walau bagaimanapun, tidak ada model pengurusan yang jelas dan boleh digunakan dalam menguruskan makmal ICT/multimedia ini. Sungguhpun Model Fryer (2000) dalam menguruskan makmal ICT/multimedia sekolah dikatakan digunakan sebagai asas dalam menguruskan makmal ICT di sekolah tetapi siasatan awal termasuk pemerhatian mendapati rata-rata penyelaras makmal ICT sekolah tidak pernah didedahkan dengan perkara ini. Jika ada sekalipun, model yang menggabungkan tiga elemen iaitu guru, pentadbir dan rakan pembimbing sudah dikira tidak relevan pada masa kini. Ini kerana faktor teknologi tidak diambil kira sebagai satu elemen yang boleh membantu dalam memantapkan pengurusan makmal sekolah. Malahan, sistem rangkaian dan keselamatan ICT di makmal yang sering menjadi isu dan kerumitan bagi guru penyelaras makmal juga tidak diambil kira dalam model tersebut. Senario pada hari ini menampakkan pengurusan yang lemah akibat daripada guru-guru termasuk guru penyelaras makmal yang bertukar-tukar dan tidak ada modul khas yang diberikan oleh kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menguruskan makmal ICT/multimedia tersebut. Malahan, penyelaras makmal kurang diberikan latihan dan pendedahan mengenai pengurusan makmal yang cekap. Kesannya, makmal ICT/multimedia tidak dapat berfungsi seperti mana yang diharapkan oleh kerajaan. Bertambah serius lagi apabila ada di kalangan pentadbir sekolah yang menutup makmal disebabkan pelbagai masalah terutamanya teknikal. Kertas kerja ini cuba mengupas dan membincangkan dapatan yang diperolehi daripada fasa siasatan awal dengan mengadakan beberapa siri lawatan dan temuduga berfokus yang dibuat oleh pengkaji ke beberapa sekolah, PPD dan BTPN mengenai pengurusan makmal ICT/multimedia sekolah dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Multimedia Pengajaran berbantukan multimedia boleh didefinisikan sebagai satu integrasi elemen-elemen teks, audio, grafik, animasi dan video dengan menggunakan komputer sebagai alat kawalan persembahan untuk membolehkan pembelajaran signifikan dan menghidupkan suasana maklumat (Edgar, 1992 & Hofstetter, 1995). Definisi ini disokong oleh (Rozinah, 2000) yang mengatakan bahawa integrasi audio, video, teks, animasi dan visual dengan komputer sebagai platform boleh menyelesaikan masalah pengajaran supaya lebih bermakna dan efektif. Asasnya, integrasi multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran akan dapat membantu pelajar untuk mencapai objektif pengajaran dengan memahami isi

  • 953 1st International Malaysian Educational Technology Convention

    kandungan/mesej yang hendak disampaikan oleh guru. Terlalu banyak kajian yang telah dijalankan sama ada di peringkat antarabangsa dan kebangsaan yang mengakui kenyataan ini. Apa yang lebih menarik dalam membincangkan integrasi multimedia dalam pengajaran adalah sokongan oleh pakar-pakar psikologi pendidikan yang mengatakan bahawa sesuatu pengajaran akan boleh dirancakkan dan meningkatkan minat dan motivasi pelajar untuk memahami sesuatu tajuk yang kompleks mahupun abstrak. Barron (1995) mengatakan bahawa integrasi multimedia dalam p&p boleh menjimatkan masa dan kos. Ini kerana guru hanya bertindah sebagai fasilitator sahaja. Ada pula yang menyokong dengan mengatakan faktor visual sebenar sama ada visual statik atau bergerak boleh merealisasikan proses sebenar sesuatu kejadian (Mona, Wan Ahmad Jaafar dan Maizurah, 2001) dan ini sudah tentu memudahkan pemahaman pelajar ke atas sesuatu topik yang biasanya menggunakan kognitif untuk menvisualisakan sesuatu proses. Makmal ICT/multimedia Sebagai Pusat P&P Mengikut Panduan Program Pengkomputeran di Sekolah yang dikeluarkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM pada tahun 2002, fungsi makmal ICT/multimedia sekolah adalah seperti berikut:

    Bilik operasi (hub/serber/router/perisian/sistem utitiliti) Bilik pengajaran (kelas yang formal/pembelajaran kendiri) Bilik latihan (kursus dalaman / Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) Faciliti/kemudahan staf (e.g. membina bahan pengajaran) Sumber maklumat (e.g. mencari bahan rujukan melalui Internet)

    Adalah jelas bahawa makmal ICT/multimedia sekolah mempunyai banyak fungsi dan peranan dalam memberi dan melengkapkan ilmu pengetahuan kepada pelajar dan guru. Ini tidak termasuk makmal digunakan untuk aktiviti kelab komputer sekolah dan mungkin makmal ICT/multimedia juga digunakan untuk masyarakat setempat. Implikasinya, jika kesemua fungsi di atas dipenuhi, maka perkakasan dan peralatan komputer di makmal akan mengalami kadar kepenggunaan yang tinggi dan mungkin boleh mendatangkan masalah teknikal yang banyak. Di negara ini, masalah di atas boleh menjadi lebih serius lagi dengan jumlah PC yang terhad berbanding dengan jumlah pelajar dan guru jika dibandingkan dengan negara-negara maju seperti yang dilaporkan oleh Bahagian Sekolah (KPM, 2007) seperti Jadual 2 di bawah.

    Jadual 2: Bilangan & Penggunaan PC - Perbandingan Antara Negara Maju terpilih dengan

    Malaysia (KPM, 2007)

    Item Finland Ireland Malaysia Nisbah PC:Murid 1:4 1:7 1:40 PC Makmal ICT 15-25 15-25 10/20/40 PC Guru dalam kelas Ada Ada Tiada PC Guru di bilik Guru Ada Ada Inisiatif sendiri PC Kegunaan Umum Ada (kantin,

    koridor, ruang terbuka)

    Ada Inisiatif sendiri

    Masalah kadar kepenggunaan yang tinggi dan masalah teknikal boleh diminimumkan jika penyelaras makmal mempraktikkan model pengurusan makmal yang baik. Model Pengurusan Makmal ICT/multimedia Pengurusan didefinisikan sebagai satu tingkah laku menentukan kedudukan (setting) gol, visi dan misi Greer (1992). Pengurusan yang cekap dengan pengurus yang berilmu sudah tentu akan membantu sesebuah organisasi mencapai objektifnya. Bagi menguruskan sesebuah makmal ICT/multimedia, Fryer (2000) telah membentuk satu model pengurusan yang

  • 954 1st International Malaysian Educational Technology Convention

    menggabungkan tiga elemen penting iaitu guru pakar, rakan pembimbing (pelajar) dan juruteknik. Bagi Fryer, seseorang penyelaras mestilah sudah mencapai tahap pakar dalam bidang ICT di mana guru ini boleh dijadikan pakar rujuk daerah dalam penasihatan kaedah dan teknik yang berkesan dalam mengaplikasi teknologi dalam pengajaran. Untuk itu, beliau mestilah bersedia untuk memberikan penasihatan secara on-call konsultasi tetap walaupun untuk seorang guru. Beliau juga mampu menawarkan siri kursus dalaman untuk guru-guru dalam satu daerah dan dipantau oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Rakan Pembimbing (pelajar) pula bertindak sebagai pembantu dalam membimbing @ mengajar rakan-rakan yang lain dengan pemantauan guru. Bimbingan ini akan berkurang mengikut masa apabila lebih ramai pelajar akan menjadi lebih mahir dan dapat membantu rakan yang lain pula. Kumpulan ini juga boleh menyelia penggunaan komputer yang betul bagi mengurangkan kerosakan pada perkakasan. Untuk itu, pihak pentadbir sekolah digalakkan untuk memberikan kredit kepada kumpulan ini jika bimbingan di buat dalam waktu sekolah. Bagi memastikan ilmu dan pengetahuan mereka segar dan meningkat, mereka juga digalakkan untuk diberikan satu projek IT yang boleh dibuat di luar waktu sekolah. Juru teknik pula bertindak sebagai sokongan dalam hal-hal berkaitan teknikal dan troubleshoot bagi komputer di makmal dan komputer di kelas. Segala keselamatan peralatan adalah tanggungjawab beliau. Beliau juga bertanggungjawab dalam kerja penyelenggaraan laman web sekolah dan juga penyelenggara Intranet (jika ada). Antara tugas lain beliau juga adalah:

    Kerja-kerja pengurusan data (back-up) Kerja-kerja belanjawan bagi pengurusan dan pembangunan makmal

    komputer/multimedia sekolah. Kerja-kerja pengkeranian clerical work dan guru hanya bertindak sebagai pengesah

    (adanya ruangan tandatangaan penyelaras makmal/guru di setiap dokumen, contohnya, jadual penggunaan makmal).

    Wajib menghadiri kursus-kursus teknikal (tidak boleh diganti oleh guru ICT). Kerja-kerja lain yang melibatkan teknologi tinggi (contohnya pendawaian, rangkaian,

    dll.) Jika ada pusat sumber (beliau perlu membantu dalam membangunkan sistem rekod

    sirkulasi). Fryer berpendapat, jika gabungan ketiga-tiga elemen ini dibuat dengan betul, masalah teknikal dan lebihan kerja akan diminimumkan dan ini akan membawa kepada pengurusan sesebuah makmal itu lebih cekap. Model NICT (2004) yang diperkenalkan oleh Majlis Teknologi Maklumat Negara pula menggariskan panduan dalam membuat dasar dan strategi bagi menguruskan makmal di sekolah. Terdapat lima komponen teras yang perlu dipatuhi oleh pentadbir sekolah dalam merancang polisi dan strategi pengurusan makmal iaitu:

    Pengurusan dan Kepimpinan Pengajaran dan Pembelajaran Pembangunan Pelajar Pembangunan Profesionalisme Staf Pembudayaan dan Pemantauan

    Walau bagaimanapun, model ini agak umum dan boleh dikatakan ditujukan khas kepada pentadbir sekolah dan tidak melibatkan penyelaras makmal yang bertindak sebagai executive dalam melaksanakan segala perancangan melalui garis panduan yang telah dibuat sebelum itu.

  • 955 1st International Malaysian Educational Technology Convention

    Isu dan Permasalahan Dapatan daripada lawatan dan ke beberapa buah sekolah dengan temuduga berfokus secara kaedah open interview mendapati masalah kerumitan teknikal adalah merupakan masalah yang paling utama yang membimbangi penyelaras-penyelaras makmal ICT di sekolah. Mereka tidak bimbangkan sangat masalah kerosakan PC tetapi kepada komponen-komponen seperti hub, router dan serber yang memerlukan kemahiran setting dan pengujian. Ini kerana kesemua komponen ini bertindak bagi membolehkan jaringan Internet dan pemindahan data berfungsi. Masalah seperti server down sering menghantui penyelaras-penyelaras makmal. Apabila ditanya mengenai, rata-rata mereka mengakui bahawa kurang mahir dalam maintainance dan networking. Permasalah kedua terbesar adalah kesukaran untuk membaikpulih perkakasan yang rosak. Ini kerana sistem pembelian dan hak jaminan yang tidak membenarkan penyelaras makmal membaiki sendiri sebarang kerosakan. Antara masalah yang berkiatan yang dilaporkan adalah response dari pihak berkenaan yang agak lewat dan masalah seperti ini sudah tentu menggangu proses p&p. Tidak kurang juga dilaporkan masalah keselamatan ICT seperti perisian dan data yang rosak akibat daripada serangan dan jangkita virus, worm, spyware, malware, spam dan sebagainya. Dapatan yang lebih menarik daripada temuduga berfokus ini adalah mengenai pengetahuan penyelaras-penyelaras makmal ICT mengenai model pengurusan yang digunakan oleh mereka di mana kebanyakkan mereka kurang arif adanya model yang boleh dijadikan panduan untuk menguruskan makmal ICT/multimedia. Ini membuktikan bahawa kurang pengetahuan untuk menjadikan penyelaras makmal begitu profesional dalam menguruskan makmal ICT/multimedia mereka. Apabila ditanya mengenai masalah lain dalam pengurusan makmal, mereka mengatakan bahawa kebimbangan adalah daripada tugas dan tanggungjawab clerical atau pengkeranian yang perlu dibuat apabila menjawat jawatan tersebut. Tugas tersebut adalah penyediaan laporan dan rekod untuk Jabatan Pelajaran Negeri, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN), PPD dan pentadbir sekolah. Mereka juga mengatakan bahawa ada kalanya arahan oleh JPN dan BTPN berbeza mengikut anjuran program ICT masing-masing seperti Jadual 3 di bawah.

    Jadual 3: Tugas dan Tanggungjawab Pengkeranian Penyelaras Makmal ICT Peringkat Laporan/Rekod Tugas

    JPN / PPD Membangunkan pangkalan data untuk

    (i) Inventori Makmal, (ii) Rekod Kerosakan, (iii) Rekod Penggunaan Makmal Manual Penggunaan Alat Buku Pendaftaran Alamat Emel Guru / Pelajar Buku Inventori untuk Harta-harta Makmal Buku Rekod Laporan Kerosakan/Lawatan Penyenggaraan Buku Log Penggunaan Makmal Komputer/Buku Lawatan Buku Log Penggunaan PC (untuk setiap komputer) Buku Log Pergerakan Alat (untuk mengesan peminjaman PC, pencetak dll.) Peraturan Makmal (dokumen dan poster) Fail Makmal Komputer Perancangan Tahunan Jadual Waktu Penyenggaraan Komputer

    Pentadbir Sekolah Jadual Waktu Latihan Dalaman (guru & pelajar) Jadual Waktu Pembersihan Makmal Fail Kelab Komputer

  • 956 1st International Malaysian Educational Technology Convention

    Inisiatif Persendirian Terdapat juga inisiatif yang dikira persendirian dibuat oleh pentadbir sekolah dengan guru penyelaras makmal ICT/multimedia masing-masing bertujuan untuk memantapkan pengurusan makmal ICT sekolah. Bagi sekolah harian biasa, adalah jelas bahawa komponen rakan pembimbing seperti yang dicadangkan oleh Fryer (2000) telah digunakan dalam memantapkan pengurusan makmal. Pengkaji juga telah melawat sebuah sekolah rendah di Negeri Perak yang telah memenangi banyak anugerah dalam pengurusan makmal komputer sekolah dan mendapati bahawa komponen rakan pembimbing telah dimanfaatkan dengan sepenuhnya dalam memantapkan pengurusan makmal. Pengkaji juga telah melawat dua Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di utara Semenanjung untuk melihat cara pengurusan makmal di sekolah-sekolah ini. Adalah dijelaskan bahawa pengurusan makmal di MRSM adalah dikira cekap di mana pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan memastikan bahawa semua perkakasan, peralatan, sistem operasi, sistem utiliti dan perisian aplikasi pengguna berada di tahap yang tinggi, terkini dan mampu meningkatkan ilmu pelajar. Ini kerana pihak MARA mahukan semua pelajar mereka didedahkan dengan teknologi terkini bagi melengkapkan mereka untuk persediaan ke peringkat pengajian yang lebih tinggi nanti. Pengkaji juga telah melawat dua sekolah yang dikira elit di bawah KPM iaitu sekolah berasrama penuh (SBP). Apa yang berbeza daripada sekolah harian biasa adalah adanya elemen Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang mesti dipatuhi oleh penyelaras makmal atau guru ICT dalam semua tugas dan tanggungjawab yang diberikan. Walau bagaimanapun, KPI ini adalah untuk pemantauan dan rekod pentadbir sekolah sahaja. Namun begitu, sistem pematuhan kepada KPI ini telah menampakkan impak yang positif kepada kualiti pengurusan makmal ICT/mulmedia di sekolah tersebut. Masalah teknikal yang kompleks yang menjadi masalah utama penyelaras makmal dalam menguruskan makmal ICT/multimedia sekolah telah disedari oleh pihak BTPN apabila pengkaji membuat temuduga dengan pihak tersebut. Tindakan BPTN adalah mewujudkan satu pasukan yang dikenali sebagai Pasukan Konfigurasi Rangkaian (PKR) yang bertanggungjawab untuk membantu penyelaras makmal ICT/multimedia sekolah dengan mengadakan kursus dan bimbingan dalam hal berkaitan teknikal. Walau bagaimanapun pasukan ini tidak begitu mempunyai masa untuk memberi perkhidmatan secara on-call bagi membantu penyelaras makmal ICT/multimedia menyelesaikan masalah teknikal di makmal ICT masing-masing tetapi lebih kepada bimbingan dan tunjuk ajar bagi memantapkan kemahiran maintainance dan networking penyelaras-penyelaras makmal ICT. Sebuah PPD di Negeri Pulau Pinang telah menubuhkan satu pasukan yang dipanggil Pasukan Gerak Khas di mana ahli-ahli pasukan ini terdiri daripada Jurulatih Utama (JU) peringkat Daerah yang mempunyai kemahiran yang agak tinggi. Pasukan ini boleh dipanggil oleh pihak sekolah yang mengalami masalah teknikal di makmal ICT/multimedia masing-masing. Walau bagaimanapun, konsep pasukan ini adalah latihan dan bimbingan kepada penyelaras makmal apabila mereka dipanggil datang ke sekolah. Tiada bayaran tertentu dikenakan tetapi atas ehsan daripada pihak sekolah. Pihak PPD merasakan penubuhan pasukan ini boleh meminimumkan masalah teknikal yang dihadapi oleh penyelaras makmal ICT/multimedia di daerah tersebut. PERBINCANGAN Dapatan daripada siasatan awal ini menjelaskan bahawa kekurangan ilmu pengetahuan pengurusan menjadi punca menyumbang seseorang penyelaras makmal tidak mempunyai masa untuk menguruskan sesebuah makmal dengan cekap. Ini kerana kekurangan ini akan menyebabkan beban kerja penyelaras akan menjadi luar daripada biasa dan ditambah pula dengan kekurangan ilmu teknikal. Pentadbir sekolah dan Penyelaras makmal pula selalunya mementingkan arahan yang diterima yang bersifat top-down yang mana pada masa kini pihak KPM dan JPN amat mementing kepada keceriaan, keselamatan, keindahan makmal.

  • 957 1st International Malaysian Educational Technology Convention

    Keselamatan perkakasan dan peralatan yang baik memerlukan penyelenggaraan dan penyenggaraan yang berkualiti. Maka barulah aspek kepenggunaan yang maksimum dapat direalisasikan. Tanpa mengetahu ilmu dan model pengurusan yang berkesan menyebabkan guru penyelaras makmal dibebani dengan tugas yang sepatutnya bukan tugas dan tanggungjawab beliau, contohnya pembina dan penyelenggara laman web sekolah. Apabila guru penyelaras makmal ini sudah cekap dari segi teknikal, biasanya beliau akan dilantik sebagai resource person bagi sekolah dan daerah (dikenali sebagai Jurulatih Utama). Ini akan menambahkan lagi beban dan kekangan masa beliau yang sepatutnya masa tersebut digunakan untuk menguruskan makmal sekolah dengan lebih baik lagi. Keadaan menjadi lebih parah lagi kerana tidak ada peruntukkan khas daripada pihak KPM dan JPN yang memberikan masa mengajar yang kurang daripada jumlah biasa kepada penyelaras makmal ICT berbanding jawatan-jawatan lain seperti guru pusat sumber, guru kaunseling dan guru SPBT. Sebaliknya pengurang masa ini adalah tertakluk kepada budi bicara pentadbir sekolah sahaja. Penempatan juruteknik di sekolah perlu diperluaskan. Mengikut laporan Bahagian Sekolah (2007) sebanyak 537 perjawatan juruteknik yang telah diluluskan untuk tahun 2006-2010 sedangkan makmal ICT/multimedia di sekolah menengah sahaja ada lebih kurang 1800 buah. Bagi merealisasikan hasrat murni kerajaan iaitu untuk menjadikan makmal ICT/multimedia untuk masyarakat setempat, pengkaji berpendapat program ini perlulah dibuat secara over and above di mana guru penyelaras makmal diberikan bayaran tambahan atas perkhidmatan ini. Soal keselamatan perkakasan dan peralatan makmal juga difikirkan kerana jumlah pengguna sesebuah komputer akan meningkat. Untuk itu, sekolah yang ingin memulakan program ini seharusnya telah mempunyai seorang juruteknik yang telah ditempatkan. Bagi memantapkan pengurusan makmal sekolah, pengkaji amat menyarankan agar model pengurusan makmal yang dicadangkan oleh Fryer digunakan sebagai asas dalam pengurusan makmal ICT/multimedia di sekolah. Pengkaji juga bersetuju dengan pengenalan KPI untuk diperluaskan di sekolah-sekolah harian biasa. Untuk pada masa akan datang, pihak KPM perlulah memikirkan untuk membentuk satu simulasi pengurusan yang lengkap (dalam bentuk template) yang merangkumi semua arahan pihak atasan dan diberikan kepada penyelaras makmal bagi memudahkan tugas mereka seharian. PENUTUP Adalah diharapkan dengan dapatan daripada siasatan awal dengan perbincangan yang komprehensif di dalam kertas kerja ini yang telah mengupas isu dan permasalahan pengurusan makmal ICT/multimedia di sekolah akan dapat memberi input kepada pembuat dan pengubal dasar berkaitan dengan makmal. Ini akan dapat memastikan bahawa pengurusan makmal ICT/multimedia akan berada di suatu standard yang boleh dibanggakan dan membawa kepada peranan dan fungsi makmal seperti yang diharapkan terutama dalam membantu guru mengintegrasikan teknologi dalam p&p mereka. Pastinya faedah yang lebih besar adalah kepada pelajar-pelajar sekolah yang akan mewarisi guna tenaga negara pada masa akan datang. RUJUKAN Barron, A. (1995) Digital Audio in Multimedia, Active Learning, 32(4), 190-193 Fryer, W. A. (2000) [Online], [Diakses 1 Mac 2007] Strategies for Managing School Computer Labs and Classroom Computers. www.wtvi.com/teks/labsstrategies Hofstetter, F. T. (1995). Multimedia Literacy. New York, McGraw-Hill. Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Rancangan Malaysia ke-9: Pelan Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Putrajaya:EPRD. Kementerian Pelajaran Malaysia (2007) [Online], [Diakses 1 Oktober 2007] Laporan Amalan Terbaik: Dapatan Lawatan, Bahagian Sekolah. www.moe.gov.my/bs/index.php?option=com_content&task=view&id=64&Itemid=56

  • 958 1st International Malaysian Educational Technology Convention

    Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (2004) [Online], [Diakses 1 Oktober 2007] Model pengurusan Makmal ICT di Sekolah, Majlis Teknologi Maklumat Negara (NITC) http://www.mosti.gov.my/opencms/opencms/MostePortal/NITC/NITCIntro.html) Mona Masood, Wan Ahmad Jaafar, W. Y. & Maizurah, O. (2001) Potensi Visual 2-Dimensi dan 3-Dimensi Dalam Memperkayakan Pengajaran dan Pembelajaran Melalui Multimedia, Kertas kerja yang dipersembahkan semasa Seminar Kepelbagaian Dalam Teknologi Instruksional, Isu dan Cabaran, 11-14 September 2001, Klang. Rozaimi Yahafi (2006), Cikgu Tashir Role Guru Model ICT, Pendidik, Bil 24/Mei, Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya.