126722388-Jerebu

download 126722388-Jerebu

of 2

Transcript of 126722388-Jerebu

  • 8/14/2019 126722388-Jerebu

    1/2

    Jerebu

    Dalam mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah, rakyat Malaysia telahdigemparkan lagi dengan berita Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan Kuala Lumpur yangmeningkat secara mendadak akibat berlakunya jerebu. Keadaan jerebu di Malaysia yang berlakusecara tahunan telah menjadi suatu kebiasaan bagi penduduk di bandar raya besar tersebut.Masalah jerebu yang seperti bangkai gajah yang tidak dapat ditutup dengan daun nyiru telahmendapat liputan meluas daripada pihak media massa dan dalam kalangan rakyat Malaysia.Keadaan jerebu bertambah serius akibat berlakunya fenomena El-Nino. Persoalannya, apakahfaktor dominan berlakunya jerebu? Adakah pihak kerajaan sahaja yang memainkan perananpenting dalam mengatasi masalah jerebu ini? Tepuk dada tanyalah selera. Oleh sebab setiapyang berlaku pasti ada akibatnya, masalah jerebu telah mendatangkan pelbagai impak yangnegatif kepada negara kita dan juga rakyat kita.

    Faktor dominan yang menyumbang kepada masalah jerebu ialah pembakaran hutansecara besar-besaran. Sebenarnya, keadaan cuaca di kawasan hutan hujan tropika memangterlalu panas sehingga boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan terbakar dengan sendirinya akibat

    suhu meningkat . Hal ini berlaku demikian kerana fenomena pemanasan global yang sedangberlaku di muka bumi ini. Di negara jiran kita, Indonesia pembakaran hutan sering berlaku keranapihak Indonesia ingin membina infrastruktur yang baharu seperti bangunan, sekolah dan lebuhraya. Hal ini mengakibatkan pembakaran hutan secara berleluasa. Apabila angin bertiup dariSumatera ke Malaysia, angin tersebut akan membawa jerebu bersama-sama ke negara kita.Natijahnya, udara kita semakin tecemar sementelahan pula Indeks Pencemaran Udara di negarakita melebihi paras berbahaya. Oleh itu, pembakaran hutan akan menyebabkan asap dan debuserta bahan yang telah separuh bakar berterbangan di atmosfera lalu berlakulah jerebu.

    Seterusnya, masyarakat yang melakukan pembakaran secara terbuka tanpa kawalan juga menyebabkan keadaan jerebu menjadi-jadi. Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihakyang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap. Sesetengah rakyat negara pulamelakukan pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah mereka sendiri. Mereka telalumalas untuk membawa sampah sarap mereka ke tempat pembuangan sampah atau pusatpengitaran sampah semula. Jadi, mereka telah mengambil jalan mudah dengan membakarsampah sarap mereka tanpa kisah jika asap daripada pembakaran terbuka itu yang sedikit demisedikit membawa kepada masalah jerebu. Ada pula sesetengah petani yang membakar jeramipadi untuk membersihkan kawasan sawahnya sebelum melakukan penanaman semula. Merekatidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja tetapiakan ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat luas. Natijahnya, pembakaran terbuka inimelepaskan asap ke udara dan mengakibatkan jerebu.

    Selain itu, masalah jerebu juga berpunca daripada kegiatan industri yang tidak terkawal.

    Hal ini berlaku demikian kerana sesebuah negara banyak bergantung pada bidang perindustrianyang mengaut keuntungan yang lumayan demi kemajuan negara. Malangnya, sikap pengusahakilang yang bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing menyebabkan asap-asap dari kilang yang dilepaskan ke udara telah mencemarkan udara di negara kita. Mereka tidaksanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan alat penapisan asap untukmenapis asap yang dikeluarkan dari kilang mereka sedangkan asap-asap yang dikeluarkan inimengandungi sulfur dioksida dan nitrogen yang boleh mengakibatkan udara menjadi berjerebu.Situasi ini bertambah buruk apabila ada pihak pengusaha kilang yang memasang corong asapyang terlalu rendah sehingga menyalurkan asap beracun ke udara. Pelepasan asap kilang yang

  • 8/14/2019 126722388-Jerebu

    2/2

    tidak terkawal dan tidak mengikut prosedur tertentu akan memburukkan keadaan jerebu dinegara kita lagi.

    Antara kesan negatif yang disebabkan oleh jerebu ialah kualiti udara negara kita akanterjejas. Udara negara kita yang segar dan bersih akan dipenuhi oleh debu dan asap setiap kali

    jerebu melanda sehinggalah jarak penglihatan mendatar yang dahulunya sejauh 2 kilometermenjadi 50 meter. Sebagai contoh, pada bulan Ogos 2005, negara kita dilanda jerebu yangpaling teruk dalam sejarah negara kita, di mana Indeks Pencemaran Udara (IPU) di KualaSelangor dan Pelabuhan Klang mencecah lebih 500 buat kali pertama di Malaysia sehinggadarurat diisytiharkan di kedua-dua kawasan tersebut, justeru segala aktiviti luar tidak dapatdijalankan dan kebanyakan sekolah, pelabuhan dan kilang ditutup buat sementara. Oleh itu,sudah terang lagi bersuluh bahawa jelaslah jerebu boleh mendatangkan keburukan terhadapnegara kita.

    Jerebu juga boleh menyebabkan masalah kesihatan rakyat. Golongan yang lebih lemahseperti kanak-kanak dan warga tua mudah jatuh sakit. Hal ini berlaku kerana jerebumenyebabkan badan menjadi lemah dan imunisasi semakin rendah. Penyakit-penyakit selesema

    dan batuk akan mudah merebak. Misalnya, pesakit-pesakit asma dan penyakit respiratori mudahdiserang penyakit pernafasan lain. Hal ini berlaku kerana pernafasan mereka menjadi tidak baikdan ditambah pula udara yang kurang bersih maka kesihatan mereka akan mudah terancam.Dalam jangka masa yang panjang, kita juga mungkin akan sakit kerongkong, kegatalan kulit,kemerahan mata dan sebagainya. Dengan itu, jelaslah bahawa jerebu membawa kesan negatifkepada kesihatan orang ramai.

    Selain kemerosotan taraf kesihatan rakyat Malaysia, sektor ekonomi negara turut terjejasakibat kerenah jerebu yang berlaku di Malaysia. Tahap penglihatan yang rendah menyebabkanaktiviti luar disekat dan industri perikanan dan pertanian terpaksa dihentikan demi menjaminkeselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja. Rakyat Malaysia yang terlibat dalam bidangperikanan dan pertanian terpaksa mencari alternatif yang lain untuk mencari pendapatan buatsementara waktu. Apabila masalah jerebu menjadi semakin meruncing, kesan negatif yang lebihserius akan timbul. Sumber pendapatan negara turut terancam akibat jerebu. Sumberpendapatan negeri-negeri yang berasaskan industri pelancongan seperti Sabah dan Sarawakakan merosot kerana industri pelancongan terjejas akibat jerebu. Para pelancong bukan sahajadari dalam negeri malah dari negara asing tidak akan melawat ke Malaysia sekiranya jerebumasih berlaku di Malaysia kerana bimbang akan keselamatan dan kesihatan mereka semasamelancong ke Malaysia. Secara tidak langsung, ekonomi negara kita akan terjejas akibat jerebu.

    Intihanya, semua pihak termasuklah rakyat Malaysia haruslah bersinergi dan bergandingbahu dalam menyelesaikan masalah jerebu di Malaysia bagi mendukung kebenaran yang kitasepakati, persis kata cendekiawan, bagai aur dengan tebing. Sekiranya masalah ini dipandang

    enteng, nyawa modal insan negara kita akan menjadi seperti telur di hujung tanduk.Kebobrokan sikap anak-anak juga mestilah dikekang daripada menjadi duri dalam dagingmasyarakat kerana nusa tercinta ini memerlukan tenaga mereka untuk mengatasi masalah

    jerebu dan seterusnya menggapai impian Wawasan 2020. Sekiranya masalah jerebu di negarakita tidak diatasi dengan segera, lama-kelamaan efek buruknya akan menjadi berpanjangan danberkekalan serta sukar untuk diselesaikan dan ketika itu kita akan berasa menyesal tetapi sesaldahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.