12.Kursus Penerapan Nilai-nilai Keusahawanan Dalam Pnp

download 12.Kursus Penerapan Nilai-nilai Keusahawanan Dalam Pnp

of 2

description

Kursus Nilai

Transcript of 12.Kursus Penerapan Nilai-nilai Keusahawanan Dalam Pnp

  • KURSUS PENERAPAN NILAI-NILAI KEUSAHAWANAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Tempat : BK CAD3, JMSK, PIS Disediakan Oleh: Naksa binti Ahmad

    24 Jun 2014 Seperti yang telah digariskan oleh Jabatan Pengajian Politeknik, setiap graduan yang

    berjaya menamatkan pengajian bukan sahaja keluar dengan membawa segulung diploma tetapi diri

    mereka juga dilengkapi dengan nilai-nilai yang boleh dipasarkan dalam dunia industri. Salah satu

    daripada niulai-nilai tersebut adalah nilai keusahawanan. Dengan nilai keusahawanan ini, graduan

    politeknik seharusnya dapat mempromosi kebolehan yang mereka ada dan seterusnya dapat

    mempromosi produk yang dihasilkan oleh syarikat tempat mereka bekerja.

    Nilai-nilai keusahawan bukan sahaja dibincangkan dalam kursus keusahawanan tetapi juga perlu

    diterapkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi kursus-kursus yang lain. Oleh itu, Kursus

    Penerapan Nilai-nilai Keusahawanan dalam Pengajaran dan Pembelajaran telah diadakan untuk

    membantu para pensyarah mengetahui serta memilih nilai-nilai keusahawan yang boleh diterapkan dan

    membincangkan bagaimana untuk memupuk nilai-nilai keusahawan yang sesuai dengan aktiviti

    pengajaran dan pembelajaran yang akan dilakukan di dalam kelas.

    Kursus ini dihadiri oleh 25 orang pensyarah JMSK dan telah dikendalikan oleh Pn Surayahani binti

    Kamarolzaman, seorang pensyarah di JMSK yang juga merupakan seorang pensyarah kursus

    keusahawanan.

    Di dalam kursus ini, peserta juga telah diberikan ujian untuk mnegnalpasti ciri-ciri keusahawanan yang

    ada dalam diri masing-masing. Di akhir kursus, peserta dikehendaki untuk membentangkan nilai

    keusahawanan yang ingin diterapkan beserta aktiviti yang ingin dilakukan bagi proses pengajaran dan

    pembelajaran kelas yang akan datang.

    Diharap dengan kursus ini, para pensyarah telah mendapat inspirasi dan idea dalam mempelbagaikan

    ilmu yang boleh disampaikan kepada pelajar supaya graduan yang dihasilkan nanti bukan sahaja tinggi

    ilmunya tetapi juga tinggi nilai kebolehpasarannya.