13. Pengenalan Al-quran

9
PENGENALAN AL- PENGENALAN AL- QURAN QURAN M/S 90 M/S 90 DEFINISI

description

ulum quran

Transcript of 13. Pengenalan Al-quran

  • PENGENALAN AL-QURANM/S 90DEFINISI

  • DEFINISI AL-QURANBAHASA: KATA TERBITAN -- Bermaksud: Bacaan atau himpunan huruf dan kalimah.ISTILAH: Kalam Allah yang bermukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui malaikat Jibril dalam Bahasa Arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membaca setiap hurufnya adalah ibadah, dari Surah Al-Fatihah dan berakhir dengan Surah An-Nas.

  • Kalam Allah Membezakan Al-Quran dengan semua jenis Kalam Allah Yg Mengandungi MukjizatMembezakan Al-Quran dengan Hadith Qudsi dan Hadith NabawiYg. diturunkan Membezakan Al-Quran dengan Kalam Allah yang tidak diturunkan sebaliknya hanya diketahui oleh Allah S.W.T sahaja. Kepada Nabi Muhammad Membezakan Al-Quran dengan Kitab Samawi yang diturunkan kepada nabi2 yang lain seperti Kitab Zabur, Taurat, Injil dan KItab2 samawi yg ditulis bukan dalam bahasa Arab. Melalui Malaikat Jibril Membezakan Al-Quran dengan semua jenis wahyu yg diturunkan melalui mimpi atau percakapan disebalik hijab.

  • Dalam Bahasa Arab Membezakan Al-Quran dengan Kitab Samawi yang diturunkan bukan dalam bahasa Arab seperti Kitab Taurat dan Injil yang diturunkan dalam bahasa IbraniSecara Mutawatir Membezakan Al-Quran dengan hadith Qudsi dan Hadith Nabawi yang Kebanyakkannya diriwayatkan melalui Khabar Ahad.Membaca setiaphuruf nya adalah ibadat Membezakan Al-Quran dengan hadith Qudsi dan Nabawi

  • Ciri-ciri perbezaan diantara Al-Quran dengan Kitab Samawi yang lainAl-Quran

    Isi kandungan meliputi seluruh aspek aqidah, Syariah dan Akhlak.Diriwayatkan secara mutawatir dan selamat daripada kemungkinan tersilap.Sesuai digunakan pada sebarang masa dan tempat sehingga hari Qiamat.Kegunaan untuk seluruh umat Manusia.Dijamin kekal dan terpelihara daripada diubah sehingga ke hari Qiamat.Kitab-kitab Samawai yg lain

    Tidak meliputi seluruh aspek kehidupan.Tidak diriwayatkan secara mutawatir dan terdedah kepada penyelewengan dan kesilapan.Sesuai pada masa dan kawasan tertentu sahaja.Untuk umat tertentu sahaja.Tidak ada jaminan kekal dan selamat.

  • Nama-nama Al-QuranAl-Kitab Sebuat Kitab.Al-Furqan Pemisah antara hak dan batilAz-Zikru Peringatan.At-Tanzil Penurunan.

  • Sifat-sifat Al-QuranAn-Nur Cahaya yang menerangi kegelapan.Al-Mubin Menerangkan sesuatu.Al-Huda Petunjuk.Ar-Rahmah Kerahmatan.

  • AKTIVITIMenyenaraikan nama-nama Al-Quran selain dari yang disebut di atas.Menyenaraikan sifat-sifat Al-Quran selain yang disebut di atas.

  • PenilaianHuraikan Takrif Al-QuranNyatakan empat nama Al-Quran beserta maksud dan dalilnya.Senaraikan empat sifat Al-Quran beserta maksud dan dalil.Jelaskan perbezaan Al-Quran dengan Kitab2 Samawi yg lain.Mengapa anda perlu bertanggungjawab mempertahankan Al-Quran? Bincangkan.