131026331 tarannum-nahawand

2
SEJARAH TARANNUM NAHAWAND Tinjauan dari sudut bahasa mendapati bahawa perkataan Nahawand Â Ê adalah nama bagi tempat yang terletak di daerah Hamadan, Parsi. Manakala dari sudut istilahnya pula, Nahawand bermaksud nama Â Ê khusus bagi suatu jenis alunan tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh para Qari dari daerah tersebut mengikut citarasa dan sosiobudayanya yang tersendiri. Menurut sejarah, Nahawand ini adalah merupakan suatu nama tempat di daerah Hamadan yang terletak di negara Parsi atau sekarang dikenali sebagai Iran. Sebenarnya daerah Hamadan adalah sebuah kota yang sangat popular suatu ketika dahulu di mana di sana lahirnya sebuah karya yang terkenal dalam bidang perubatan iaitu al-Qanun Fi al-Tibb yang ditulis oleh Bapa Perubatan, iaitu Ibnu Sina atau nama sebenarnya ialah Abu Ali al-Husayn bin Abdullah bin Hasan bin Ali bin Sina. Sebagaimana berlaku perubahan dan pengubahsuaian terhadap beberapa tarannum seperti Husayni dan Kurdi, tarannum Nahawand juga tidak terlepas daripada perubahan ini. Perkara ini berlaku hasil daripada pengubahsuaian para Qurra dari Mesir yang mengubahnya mengikut Ê selera budaya mereka. Walau bagaimanapun identiti asalnya iaitu alunan rentak irama Nahawand masih lagi dikekalkan. Nahwand juga adalah nama suatu tempat. Terletak di Hamadan Parsi (kini Iran). Tetapi kini tarannum nahawand telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka. SIFAT TARANNUM NAHWAND

Transcript of 131026331 tarannum-nahawand

Page 1: 131026331 tarannum-nahawand

SEJARAH TARANNUM NAHAWAND

Tinjauan dari sudut bahasa mendapati bahawa perkataan ÂNahawandÊ adalah

nama bagi tempat yang terletak di daerah Hamadan, Parsi.

Manakala dari sudut istilahnya pula, ÂNahawandÊ bermaksud nama khusus bagi

suatu jenis alunan tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh para Qari dari

daerah tersebut mengikut citarasa dan sosiobudayanya yang tersendiri.

Menurut sejarah, Nahawand ini adalah merupakan suatu nama tempat di daerah

Hamadan yang terletak di negara Parsi atau sekarang dikenali sebagai Iran.

Sebenarnya daerah Hamadan adalah sebuah kota yang sangat popular suatu ketika

dahulu di mana di sana lahirnya sebuah karya yang terkenal dalam bidang perubatan

iaitu al-Qanun Fi al-Tibb yang ditulis oleh Bapa Perubatan, iaitu Ibnu Sina atau nama

sebenarnya ialah Abu Ali al-Husayn bin Abdullah bin Hasan bin Ali bin Sina.

Sebagaimana berlaku perubahan dan pengubahsuaian terhadap beberapa tarannum

seperti Husayni dan Kurdi, tarannum Nahawand juga tidak terlepas daripada

perubahan ini. Perkara ini berlaku hasil daripada pengubahsuaian para QurraÊ dari

Mesir yang mengubahnya mengikut selera budaya mereka. Walau bagaimanapun

identiti asalnya iaitu alunan rentak irama Nahawand masih lagi dikekalkan.

Nahwand juga adalah nama suatu tempat. Terletak di Hamadan Parsi (kini Iran).

Tetapi kini tarannum nahawand telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq

budaya mereka.

Page 2: 131026331 tarannum-nahawand

SIFAT TARANNUM NAHWAND

• Gerak ringan yang berkesan.

• Kelembutan bersopan.

• Sederhana memikat jiwa.

• Kehalusan seni.

• Sesuai dengan tobaqot sederhana.

PERANAN TARANNUM NAHAWAND

• Melembutkan bacaan.

• Menenangkan jiwa pembaca dan pendengar.

• Sesuai dengan ayat memohon, bercerita dan sebagainya.

• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.

• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.