1.3.3

4
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 6 AMANAH TEMA KEKELUARGAAN TAHUN 6 AMANAH TAJUK Keluargaku Harmoni MASA 0810 - 0910 STANDARD PEMBELAJARAN 1.3.3 Mendengar, memahami dan memberi respon terhadap pesanan dengan menggunakan bahasa yang santun dalam pelbagai situasi OBJEKTIF Pada akhir pengajaran, murid dapat: i. Mendengar dan memberi respon secara lisan terhadap pesanan ii. Menyampaikankan pesanan dengan menggunakan bahasa yang santun PENGISIAN KURIKULUM i. Ilmu : Pendidikan Moral ii. Nilai : Kerjasama, Kasih sayang iii. EMK : TMK, Kreativiti dan inovasi iv. KBT : KB Menjana idea, menilai v. KP : Verbal Linguistik vi. iThink : Peta Buih SISTEM BAHASA Kata Perintah BAHAN BANTU Rakaman dialog antara ibu dan anak

description

rph

Transcript of 1.3.3

Page 1: 1.3.3

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 6 AMANAH

TEMA KEKELUARGAAN

TAHUN 6 AMANAH

TAJUK Keluargaku Harmoni

MASA 0810 - 0910

STANDARD PEMBELAJARAN

1.3.3Mendengar, memahami dan memberi respon terhadap pesanan dengan menggunakan bahasa yang santun dalam pelbagai situasi

OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran, murid dapat:

i. Mendengar dan memberi respon secara lisan terhadap pesanan

ii. Menyampaikankan pesanan dengan menggunakan bahasa yang santun

PENGISIAN KURIKULUM

i. Ilmu : Pendidikan Moral

ii. Nilai : Kerjasama, Kasih sayang

iii. EMK : TMK, Kreativiti dan inovasi

iv. KBT : KB – Menjana idea, menilai

v. KP : Verbal Linguistik

vi. iThink : Peta Buih

SISTEM BAHASAKata Perintah

BAHAN BANTURakaman dialog antara ibu dan anak

Page 2: 1.3.3

AKTIVITI

1. Murid menyanyikan lagu ‘Rasa Sayang’sambil berpantun.

2. Murid diperdengarkan dengan rakaman dialog antara ibu dan anak berdasarkan situasi seorang ibu menghubungi anaknya di rumah. Ibu telah memberikan beberapa pesanan untuk disampaikan kepada ahli keluarga yang lain

3. Murid menyatakan pesanan-pesanan yang disampaikan. Antara pesanan tersebut adalah seperti berikut:

Beritahu ayah, tolong jemput ibu di pejabat pukul 6 petang. Kereta ibu rosak.

Maklumkan kepada kakak untuk menanak nasi dan keluarkan lauk dari dalam peti sejuk.

Minta abang siram pokok-pokok bunga di halaman rumah dan kemaskan tempat kasut.

Arahkan adik untuk siapkan kerja rumah dan mandi.

4. Murid dalam empat kumpulan diminta membincangkan dan seterusnya menyampaikan pesanan dengan menggunakan bahasa yang santun.

5. Wakil setiap kumpulan melakonkan situasi menyampaikan pesanan tersebut dan menyatakan respon terhadap pesanan.

6. Murid menyatakan kepentingan patuh akan arahan ibu bapa dalam bentuk peta buih yang kreatif dan membentangkannya di hadapan kelas. Hasil yang kreatif akan ditampalkan pada papan kenyataan. (Aktiviti pengayaan)

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Penilaian PdP dinilai pada aktiviti 1 (mendengar), 2 (memahami) dan 3, 4 (Menyampaikan pesanan dengan menggunakan bahasa yang santun).

REFLEKSI

Page 3: 1.3.3