135938962 Tamadun India

6
TAMADUN INDIA: PENCAPAIAN DALAM PELBAGAI BIDANG PENDAHULUAN Kecemerlangan dalam ilmu pengetahuan antara elemen penting dalam setiap tamadun. Tamadun India adalah antara tamadun yang banyak memberi sumbangan kepada perkembangan ilmu pengetahuan dunia seperti perubatan, fizik, kimia, astronomi, matematik, senibina, bahasa dan sebagainya. Tidak dinafikan penerokaan yang dibuat oleh sarjana India telah memberi inspirasi kepada sarjana dunia yang lain untuk memperkembangkannya menjadi ilmu yang lebih mantap. Perkembangan ilmu pengetahuan dalam tamadun India berlaku seawal zaman pra sejarahnya iaitu Lembah Indus, kemudian berkembang ke zaman Vedik, zaman Islam dan era penjajahan Inggeris. Faktor sejarah diakui oleh para sarjana sebagai elemen penting kepada perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan dalam tamadun ini Selain itu, elemen agama juga merupakan unsur penting dalam setiap perkembangan ilmunya TAHAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DAN ILMU PENGETAHUAN Tamadun Lembah Indus- tidak begitu ketara namun terdapat penemuan dan elemen pendidikan seperti perbandaran, hubungan dengan masyarakat luar dan lain-lain. Zaman Vedik- Kecemerlangan empayar-empayar awal seperti Maurya, Gupta, Sangam, Pallava dan Chola. Kemasukan orang-orang Aryan yang telah memiliki teknologi besi kemudiannya memperkukuhkan lagi perkembangan ilmu seiring dengan perkembangan ajaran Hindu Zaman Islam telah mempengaruhi perkembangan senibina, bahasa/sastera, astronomi, matematik, perubatan dan lain-lain. Manakala Zaman penjajah (Portugis, Belanda, Peranchis dan Inggeris) telah mempengaruhi dari sudut bahasa, sains dan teknologi moden. SUMBER ILMU PENGETAHUAN INDIA - Kitab-kitab Veda - Tamadun Mesopotamia - Tamadun Islam - Tamadun China - Tamadun Barat

description

tamadun

Transcript of 135938962 Tamadun India

Page 1: 135938962 Tamadun India

TAMADUN INDIA: PENCAPAIAN DALAM PELBAGAI BIDANG

PENDAHULUAN

Kecemerlangan dalam ilmu pengetahuan antara elemen penting dalam setiap tamadun.

Tamadun India adalah antara tamadun yang banyak memberi sumbangan kepada

perkembangan ilmu pengetahuan dunia seperti perubatan, fizik, kimia, astronomi,

matematik, senibina, bahasa dan sebagainya. Tidak dinafikan penerokaan yang dibuat

oleh sarjana India telah memberi inspirasi kepada sarjana dunia yang lain untuk

memperkembangkannya menjadi ilmu yang lebih mantap. Perkembangan ilmu

pengetahuan dalam tamadun India berlaku seawal zaman pra sejarahnya iaitu Lembah

Indus, kemudian berkembang ke zaman Vedik, zaman Islam dan era penjajahan

Inggeris. Faktor sejarah diakui oleh para sarjana sebagai elemen penting kepada

perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan dalam tamadun ini Selain itu, elemen

agama juga merupakan unsur penting dalam setiap perkembangan ilmunya

TAHAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DAN ILMU PENGETAHUAN

Tamadun Lembah Indus- tidak begitu ketara namun terdapat penemuan dan elemen

pendidikan seperti

perbandaran, hubungan dengan masyarakat luar dan lain-lain. Zaman Vedik-

Kecemerlangan empayar-empayar awal seperti Maurya, Gupta, Sangam, Pallava dan

Chola. Kemasukan orang-orang Aryan yang telah memiliki teknologi besi kemudiannya

memperkukuhkan lagi perkembangan ilmu seiring dengan perkembangan ajaran Hindu

Zaman Islam telah mempengaruhi perkembangan senibina, bahasa/sastera, astronomi,

matematik, perubatan dan lain-lain. Manakala Zaman penjajah (Portugis, Belanda,

Peranchis dan Inggeris) telah mempengaruhi dari sudut bahasa, sains dan teknologi

moden.

SUMBER ILMU PENGETAHUAN INDIA

- Kitab-kitab Veda

- Tamadun Mesopotamia

- Tamadun Islam

Page 2: 135938962 Tamadun India

- Tamadun China

- Tamadun Barat

Pencapaian

- Bidang Pendidikan

- Bidang sains

- Matematik

- Astronomi dan kalendar

- Fizik dan kimia

- Logam

- perubatan

- Bidang kesenian

- Muzik

- Tarian

- Drama

- Lukisan

- Bidang bahasa dan kesusasteraan

- Bidang seni bina

- Bidang Pendidikan

- Dikuasai oleh kasta Brahmin- kitab2 Veda

- Penubuhan universiti

- Zaman Islam; berkembang pesat – semua golongan. Bertambah pusat pendidikan.

- Zaman Inggeris: pendidikan Inggeris berkembang

MATEMATIK

Sistem Angka

Sistem angka sifar(dikenali juga sebagai sunya). Mempelopori penggunaan sistem

nombor 0 hingga 9. Konsep sifar ini menjadi asas kpd angka kosong dalam sistem

matematik hari ini. Pesat di zaman yang dikenali sebagai sulvasutra (aturan tali). Aktiviti

matematiknya berdasarkan aturan kiraan tali. Matematik berkembang pada waktu ini

kerana keperluan agama (pemujaan dan pengorbananan). Diperkenalkan pada zaman

Page 3: 135938962 Tamadun India

Gupta. Sebelum adanya konsep sifar hanya nombor positif sahaja yang diketahui.

Setelah nombor sifar ditemui wujudlah nombor negatif yang kita kenali sekarang ini.

Sifar atau kosong ini diwakili oleh titik yang dikenali sebagai Pujyam. Konsep kosong

juga dikenali sebagai Shukla dan Shubra. Orang Arab kemudiannya memanggilnya

Siphra atau sifr.

Geometri

Mencapai tahap cemerlang apabila ia menjadi asas penting dalam senibina. Digunakan

secara meluas terutama dalam merangka mandala. Bentuk-bentuk geometri juga telah

digabungkan dengan bentuk tumbuhan dan menjadi hiasan kuil-kuil di seluruh India.

Aryabhata telah menulis dalam Aryabhaliyam tentang teori-teori geometri. Aryabhata

turut berjaya mengira dengan tepat jumlah hari dalam setahun iaitu 365 hari. Beliau

juga membuktikan bumi berputar di atas paksinya dan gerhana pula disebabkan

bayang bumi.

Algebra

Berkembang sejak abad ke 5 Masihi dan dikenali sebagai Ganitam (dari

perkataanBijaganitam). Orang Arab selepas kurun ke-13 telah mengkaji tentang

matematik India apabila mereka mula memasuki India. Mereka telah

memperkembangkan lagi ilmu matematik yang diperoleh dari sini yang kemudiannya

diberi nama Al-Jabar. ‘Al’ bermaksud satu, ‘Jabr’ pula bermaksud penggabungan. Pada

zaman pertembungan antara tamadun Islam dengan barat, kaedah algebra ini telah

disebarkan ke barat. Algebra yang dikenali pada masa ini adalah dari ‘al-Jabr’ yang

dibangunkan orang Arab dari Bijaganitam yang berasal dari India.

Sistem perpuluhan

Ada sarjana yang mengatakan ia adalah ciptaan orang Arab tetapi dakwaan ini

disangkal kerana orang Arab menamakannya sebagai Hindisat (seni India). Jadi

kemungkinan melalui hubungan dagangan yang kukuh antara India dan Timur Tengah

telah memungkinkan orang Arab mempelajari seni matematik dari orang India.

Trigonometri

trigonometri (sinus, kosinus dan kotangen) yang dibangunkan pada kurun ke 15

dianggap contoh pertama bagi siri kuasa (selain siri geometri). Trigonometri dimajukan

Page 4: 135938962 Tamadun India

apabila kiraan satu-satu sudut menggunakan kaedah separuh dan ia kekal hingga hari

ini. Kaedah ini dikembnagkan dalam kitab Aryabhatiya yang ditulis oleh Aryabhata dan

kitab Pancasiddahta karya Varamahira.

LOGAM

Terbukti dengan pembinaan Iron Pillar of Delhi atau Menara Besi (tiang Besi) di Delhi

(berdekatan Qutb Minar yang dibuat pada 5M. Ia merupakan sebatang besi 7 meter

tinggi dan begitu tulen sehingga tidak berkarat. Berat menara ini dianggarkan 6 tan dan

sehingga sekarang tidak terjejas. Keupayaan melebur logam ini juga menjadikan

perkembangan pesat dalam pembuatan duit-duit syiling yang telah digunakan

sekurang-kurangnya sejak abad ke 8 SM.

IRON PILLAR OF DELHI

FIZIK DAN KIMIA

Ia ada kaitan dengan teologi dan agama. Alam semesta dipercayai mengandungi lima

elemen iaitu tanah, angin, api, air dan angkasa. Hampir semua aliran agama di India

percaya unsur-unsur alam kecuali angkasa adalah bercirikan atom.

Dunia mempunyai 5 elemen asas: Bumi, Api , Udara, air dan gelombang. Lima (5)

elemen tersebut mempunyai kaitan dengan kehidupan manusia contohnya, bumi

dikaitkan dengan bau, udara dengan perasaan, api dengan pandangan, air dengan

rasa dan gelombang dengan bunyi/pendengaran.

Mengikut falsafah Vaisheshika, atom yang wujud dalam kehidupan boleh dipisah-

pisahkan. Sesuatu objek akan mempunyai kadar berat yang lebih besar apabila ia

berada dalam air berbanding di udara kerana densiti atom dalam air lebih tinggi dari di

udara.

Kimia: Kajian tertumpu pada peleburan logam, pembuatan wangian dan pewarna. Juga

pembuatan ubat. Pengetahuan kimia tidak digunakan untuk mengubah dan menjadikan

logam besi kepada emas seperti yang dilakukan di Eropah. Orang India buat ubat untuk

Page 5: 135938962 Tamadun India

hidup lama, racun dan antidotnya. Melalui kimia perubatan juga beberapa bahan alkali

utama, asid dan garam logam dicipta dengan proses yang mudah seperti pembakaran

dan penyulingan. Mereka juga dipercayai mencipta ubat bedil.

ASTRONOMI DAN KALENDAR

Brahmagupta telah memperkenalkan hukum graviti dan berjaya menghitung dengan

tepat ukur lilit bumi. Varahamitra pula menulis buku Panchasiddhantika atau lima aliran

astronomi yang menjadi bahan rujukan di sekolah-sekolah. Jyotisa atau ilmu kaji

bintang adalah salah satu bahagian utama Rig Veda. Ia merupakan perkiraan

astronomi yang digunakan pada zaman awal menentukan tarikh dan masa bagi

upacara pengorbanan. Berdasarkan perkiraan astronomi muncul kalendar matahari.

Orang India berjaya menemui 7 planet tanpa bantuan teknologi peralatan. Planet-planet

tersebut ialah Matahari, Bulan, Marikh, Utarid, Musytari, Zuhrah, Zuhal dan dan

kemudian 2 lagi iaitu Rahu dan Kethu (pusat tenaga) yang berada pada arah

bertentangan 180 darjah. 27 bintang (nakshatra) ditemui dan mempercayai bintang dan

planet ini mempengaruhi kehidupan manusia. Kepercayaan inilah yang menjadi asas

bagi kemunculan astrologi.

Astronomi India sudah pun mengetahui yang bintang adalah sama seperti matahari

yang merupakan pusat kepada sistem solar. Pada abad ke-7 M, Brahmagupta telah

berjaya menganggarkan jarak di antara bumi dan matahari iaitu sejauh 5000 Yojanas.

Satu Yojanas bersamaan dengan 7.2 km. Anggaran yang dibuat beliau ini hampir

menyamai jarak sebenar iaitu kurang 36000 km. Pada zaman Gupta lagi mereka telah

menyedari tentang adanya medan graviti dan mengetahui bahawa dunia ini adalah

berbentuk sfera.

Brahmagupta pada kurun ke-7 M menyatakan yang semua jasad akan jatuh ke arah

bumi kerana secara semulajadinya bumi akan menarik apa sahaja jasad. Teori ini

kemudiannya dikembangkan oleh Barat dengan kemunculan ahli sains barat seperti Sir

Isaac Newton yang mengenengahkan teori gravitinya Aryabhatta telah

memperkenalkan teori Heliocentric yang kemudiannya dikembangkan oleh Copernicus

lebih seribu tahun kemudian.

Barat tidak begitu tertarik dengan idea Aryabhatta tentang matahari sebagai sumber

Page 6: 135938962 Tamadun India

kepada cahaya bulan sehinggalah dibuktikan oleh Copernicus dan Galileo. Bukti

ketinggian ilmu matematik dan astronomi India terpapar dengan terbinanya Universiti

Nalanda yang merupakan antara universiti yang terawal di dunia yang menarik ramai

sarjana dari seluruh dunia seperti dari Greek, Parsi dan China.

PERUBATAN

Ilmu perubatan India bermula pada zaman Vedik sebagai seni ilmu sihir. Unsur-unsur

perubatan seperti fisiologi, pembedahan, pernafasan melalui amalan yoga, reproduksi

manusia, farmakologi dan perubatan binatang , telah wujud sebelum tahun Masihi.

Teks-teks perubatan India seperti Caraka (kurun pertama hingga ke-2 ) dan Susruta

(kurun ke 4) dianggap setaraf dengan Hippocrates dan Galen

BIDANG KESENIAN

Muzik: Terdapat empat kategori dalam alat muzik iaitu tata (tali), avanaddha (dram),

ghana (solid/ideophone) dan susira (angin). Berbeza India Utara dan India Selatan.

India Utara: sitar, sahnai dan tabla. India Selatan: Karnataka

Tarian: Tarian yang tulen adalah mempunyai pergerakan gaya tangan, kaki, tangan

muka, perasaan.

Drama: Antara yang terkenal drama Sakuntala

Lukisan: Dinding istana, ruang dalaman rumah golongan kaya, kuil. Pengaruh dari epik

klasik Ramayana dan Mahabrata

BIDANG SENI BINA

Merangkupi binaan, ukiran gua, kuil, duit syiling. Zaman Maurya, seni bina dan seni ukir

berkembang maju. Tiang Asoka adalah antara kemegahan senibina/ukir India. Zaman

Gupta: seni bina lebih cemerlang. Zaman Islam: gabungan unsur Parsi dan Hindu

berkembang

BAHASA DAN KESUSASTERAAN

Dari sudut pencapaian bahasa terdapat lebih 325 bahasa dan 750 loghat tapi 14 sahaja

jadi bahasa utama dan diperakui oleh perlembagaan. Antaranya, Hindi, Tamil, Punjabi,

Malayalam dan lain-lain. Bahasa Indo-Arya: Sanskrit spt Hindi, Kashmiri dan lain-lain.

Bahasa Dravida: Telegu, Tamil, Malayalam dan lain-lain. Terdapat juga bahasa Urdu,

Page 7: 135938962 Tamadun India

bahasa Inggeris.

KESUSASTERAAN

Terdapat kesusasteraan Indo-Arya, kesusasteraan Vedik, kesusasteraan Epik dan lain-

lain

KESIMPULAN

Kemajuan dalam tamadun India tidak dinafikan mempengaruhi perkembangan dan

kemajuan sains dan teknologi moden Perkembangan dan kemajuannya juga hasil

pengaruh dari Tamadun Islam, China dan Yunani Kemajuan dalam sains kini

memperlihatkan India juga adalah antara negara penting dunia yang memajukan sains

angkasa, nuklear, persenjataan teknologi maklumat dan sebagainya.