13.Kursus Penggunaan Spss

download 13.Kursus Penggunaan Spss

of 1

description

Kursus SPSS

Transcript of 13.Kursus Penggunaan Spss

  • KURSUS PENGGUNAAN SPSS Tempat : Makmal CAD4, JMSK, PIS Disediakan Oleh: Naksa binti Ahmad

    19 Mac 2014 Salah satu daripada tugas utama dan tanggungjawab PPPT adalah melaksanakan

    kajian/penyelidikan/inovasi yang menyumbang kepada organisasi atau negara. Dalam sesuatu

    kajian/penyelidikan/inovasi yang dibuat, penganalisaan data adalah satu bahagian yang sangat penting.

    Selain daripada Microsoft excel, penganalisaan data boleh dilakukan dengan menggunakan perisian

    Statistical Package for Social Science (SPSS). Jika dibandingkan dengan Microsoft Excel, perisian SPSS

    adalah lebih mudah untuk digunakan dan dapat menjimatkan masa. Untuk memberikan pendedahan

    kepada PPPT mengenai keistimewaan perisian SPSS ini, satu kursus penggunaan perisian SPSS telah

    diadakan.Kursus ini telah dihadiri oleh 31 orang pensyarah JMSK dan dikendalikan oleh Ketua Jabatan

    JMSK sendiri iaitu Dr Hajah Siti Zunariah binti Mohd Said.Dalam kursus ini, peserta telah diberikan

    penerangan ringkas mengenai struktur asas SPSS versi 20. Peserta kemudiannya dikehendaki untuk

    membuat latihan dengan memasukkan data dan mengimport data ke dalam perisian SPSS tersebut.

    Peserta juga ditunjukkan bagaimana untuk menganalisa data-data yang telah dimasukkan.Diharap

    dengan kursus ini, PPPT di JMSK dapat menghasilkan laporan kajian / penyelidikan / inovasi dengan

    analisis data yang lebih tepat dan boleh menyumbang pelbagai maklumat kepada pembangunan pelajar

    dan staf di jabatan.