14. OUMM2103 Topic 10 - dan mendapatkan pelindung yang baik iaitu insurans. Topik ini juga...

download 14. OUMM2103 Topic 10 - dan mendapatkan pelindung yang baik iaitu insurans. Topik ini juga membincangkan

of 33

  • date post

    12-Aug-2019
  • Category

    Documents

  • view

    217
  • download

    0

Embed Size (px)

Transcript of 14. OUMM2103 Topic 10 - dan mendapatkan pelindung yang baik iaitu insurans. Topik ini juga...

  • p

    � PENGENALAN

    Pernahkah anda mendengar pepatah „What matters is how much you save, not how much you earn (Apa yang penting adalah berapa yang anda jimatkan, bukan berapa yang anda perolehi)‰? Dalam ertikata lain, mempunyai pendapatan yang lebih tinggi daripada orang lain tidak menjamin kedudukan kewangan anda akan lebih baik daripada kedudukan kewangan mereka jika anda berbelanja lebih daripada apa yang anda perolehi. Selalunya adalah lebih baik jika anda berbelanja kurang daripada kemampuan anda dan mengamalkan tabiat menyimpan. Namun demikian, di samping

    TTooppiikk

    1100 � Mencapai

    Impian Kewangan Peribadi

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menerangkan makna dan pelbagai jenis simpanan;

    2. Membincangkan matlamat pelaburan dan hubungan antara risiko dan pulangan;

    3. Menjelaskan pelbagai jenis pelaburan, insurans, takaful dan pinjaman;

    4. Membuat keputusan yang matang tentang membeli polisi insurans;

    5. Menjelaskan risiko menjadi penjamin; dan

    6. Menghuraikan tanda-tanda kemelut kewangan.

  • TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI � 145

    menyimpan, seseorang itu juga mesti belajar selain membuat pelaburan. Menyimpan tidak akan menjadikan anda kaya, sebaliknya, pelaburanlah yang boleh menjadikan anda kaya. Pelaburan, dari perspektif kewangan peribadi, tidak sempurna jika dilakukan tanpa mengetahui bagaimana untuk mengekalkannya dan mendapatkan pelindung yang baik iaitu insurans. Topik ini juga membincangkan bagaimana hendak mengetahui sama ada seseorang itu menghadapi kemelut kewangan. Ini berperanan sebagai semak kendiri kewangan yang tidak boleh diabaikan dalam mengejar kejayaan kewangan peribadi yang sebenar.

    MEMBINA KEKAYAAN�

    Kita telah membincangkan dalam topik sebelumnya bahawa cara bijak mengurus wang ialah membina kekayaan dengan memiliki lebih daripada apa yang anda hutang. Di sini, kita akan membincangkan dengan lebih mendalam bagaimana membina kekayaan dan pada masa yang sama, merancang untuk mengatasi apa-apa ketidakpastian.

    10.1.1 Tabiat Menabung

    Menabung untuk masa hadapan sukar dilakukan. Ia lebih daripada mengurangkan perbelanjaan walaupun ini sahaja sudah cukup mencabar. Berapa yang perlu anda simpan, di mana anda perlu menyimpannya dan adakah anda pasti bahawa anda membuat keputusan yang betul? Mari mengetahui bagaimana untuk menetapkan matlamat yang realistik dan mendapatkan manfaat yang lebih banyak dari wang anda. Mengikut businessdictionary.com, simpanan adalah sebahagian daripada pendapatan boleh guna yang tidak dibelanjakan untuk barangan konsumer tetapi disimpan, dilaburkan terus dalam peralatan modal, membayar pinjaman perumahan atau membeli sekuriti. Anda patut membuat simpanan automatik. Pelan tabungan adalah penting dalam perancangan kewangan. Tanpa pelan ini, anda mungkin tidak dapat mencapai matlamat kewangan anda. Cuba menabung sekurang-kurangnya 10% daripada gaji anda setiap bulan. Adalah lagi baik jika anda boleh menabung antara 20% dan 30% kerana ini bermakna anda akan mempunyai lebih wang untuk masa hadapan anda. Ingat, semakin banyak wang ditabung sekarang, semakin mudah untuk mencapai matlamat kewangan anda. Terdapat beberapa cara menabung peratusan pendapatan bulanan tersebut terus ke dalam akaun simpanan anda. Anda boleh:

    10.1

  • � TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI 146

    (a) Menulis cek dan memasukkannya ke dalam akaun simpanan anda setiap bulan;

    (b) Melakukan pemindahan wang melalui mesin juruwang automatik (ATM); dan

    (c) Memindahkan wang dari akaun semasa ke dalam akaun simpanan anda melalui perbankan Internet setiap bulan.

    Adalah bagus sekiranya anda dapat melakukan salah satu daripada perkara yang tersebut di atas. Walau bagaimanapun, selepas beberapa bulan, anda mungkin terlupa untuk berbuat demikian atau ada alasan untuk membelanjakan wang tersebut daripada menyimpannya dalam akaun simpanan anda. Tabiat menabung anda akan terjejas dan sekiranya ini berlaku, mungkin sukar meneruskan pelan tersebut. Jadi, bagaimana untuk memastikan anda mengikuti pelan tabungan ini? Mudah saja � adakan tabungan secara automatik! Berikan arahan kepada bank anda untuk memindahkan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji bulanan anda dari akaun semasa anda ke akaun simpanan anda setiap bulan. Aturkan agar pemindahan ini dilakukan sebaik sahaja gaji anda dimasukkan ke dalam akaun semasa anda. Apa yang tidak dapat dilihat atau apa yang tidak ada, anda tidak akan rasa kehilangannya. Pada masa yang sama, wang dalam akaun simpanan akan bertambah, membawa anda lebih hampir kepada matlamat kewangan anda. Jika kemampuan serta pendapatan anda bertambah hasil kenaikan gaji atau pangkat, beri arahan kepada bank untuk menambahkan jumlah yang dipindahkan ke akaun simpanan anda. Apabila anda berjaya menyimpan jumlah wang yang dikehendaki, pindahkan wang tersebut ke simpanan tetap atau lain- lain simpanan yang memberi lebih pulangan. Walau bagaimanapun, teruskan pemindahan wang setiap bulan ke dalam akaun simpanan dan jangan berhenti kerana ini mungkin akan menjejaskan tabiat menabung anda. Wang yang anda tabung secara automatik ini boleh digunakan untuk mencapai matlamat kewangan yang lain. �

    �Apa erti menabung? Bagaimanakah ia berbeza dengan melabur? AKTIVITI 10.1

  • TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI � 147

    10.1.2 Menambahkan Nilai Bersih

    Membina kekayaan adalah mengenai penambahan nilai bersih anda, yang telah dibincangkan dalam Topik 9. Aset tolak liabiliti sama dengan nilai bersih anda, yang mungkin positif (nilai aset melebihi nilai liabiliti) atau negatif (nilai liabiliti melebihi nilai aset). Dalam topik ini, kita akan bertumpu pada peningkatan aset melalui simpanan dan pelaburan. Kita akan melihat matlamat pelaburan anda, risiko dan pulangan pelaburan anda serta mempelbagaikan pelaburan anda. � (a) MMatlamat Pelaburan Anda

    Apabila anda menabung secara berterusan, anda perlu membuat keputusan penting tentang cara melabur wang anda. Bagaimana berbuat demikian? Mudah sahaja, langkah pertama untuk melabur secara berhemat adalah dengan menetapkan matlamat pelaburan anda. Namun bagaimana caranya untuk menetapkan matlamat pelaburan yang sesuai dengan keperluan anda? Terdapat pelbagai soalan penting yang perlu anda fikirkan sebelum membentuk matlamat pelaburan anda. Mari kita lihat soalan-soalan di berikut:

    (i) Apakah matlamat kewangan anda? Kenapa anda perlu menyimpan dan melaburkan wang anda?

    (ii) Berapa jumlah wang yang anda perlu simpan dan berapa pula jumlah wang yang perlu dilaburkan untuk mencapai matlamat anda?

    (iii) Berapa lamakah wang perlu disimpan atau dilaburkan untuk mencapai matlamat anda?

    (iv) Berapa banyak risiko yang sanggup anda tanggung?

    (v) Berapa banyak pulangan yang anda jangkakan daripada simpanan atau pelaburan anda?

    (vi) Apakah yang sanggup anda korbankan demi mencapai matlamat ini? Contohnya, menukar gaya hidup atau tabiat perbelanjaan yang sedia ada.

    Anda perlu bersikap realistik apabila menjawab soalan-soalan di atas. Ambil kira sumber pendapatan anda dan fikir bagaimana anda boleh menyimpan dan melabur secara konsisten. Matlamat kewangan dan pelaburan anda seharusnya munasabah dan boleh dicapai.

  • � TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI 148

    (b) RRisiko dan Pulangan Pelaburan

    Menyimpan wang dalam akaun simpanan atau simpanan tetap adalah pelaburan yang paling selamat. Pulangan (iaitu kadar faedahnya) adalah rendah berbanding pelaburan lain tetapi ianya tanpa risiko. Anda boleh tidur dengan lena tanpa perlu bimbang tentang pelaburan tersebut. Namun anda tidak boleh membina kekayaan dengan secepat yang anda inginkan hanya dengan menyimpan wang dalam akaun simpanan atau deposit tetap. Perlu juga diingat bahawa walaupun pelaburan lain dapat memberikan pulangan yang lebih baik, ia juga mempunyai risiko yang lebih tinggi, kerana berkemungkinan besar pelaburan tersebut akan nilainya. Sebagai contoh, jika anda melaburkan wang dalam pasaran saham, anda akan menghadapi risiko besar untuk kehilangan wang berbanding dengan jika anda menyimpan wang anda dalam akaun simpanan. Harga saham yang turun naik bergantung pada beberapa faktor. Anda mungkin membeli saham sebuah syarikat pada harga RM5 sesaham dan harga tersebut mungkin naik kepada RM 7 ataupun turun kepada RM2. Apabila melaburkan wang, anda sememangnya mengharapkan pulangan. Kadar pulangan atas pelaburan biasanya dikira dalam peratusan tahunan. Jika anda membeli saham pada harga RM10 sesaham dan harga tersebut naik kepada RM10.80 selepas setahun, kadar pulangannya ialah 8%. Namun demikian, pulangan sebenar pelaburan adalah selepas menolak segala perbelanjaan yang berkaitan. Sebagai contoh, jika anda membeli rumah dan kemudian menjualnya, anda hanya dapat memastikan pulangan yang diperoleh selepas menolak kos seperti yuran guaman, komisen ejen, duti setem dan faedah pinjaman bank.

    Ingat: Apabila memilih pelaburan, semakin tinggi pulangannya, semakin tinggi risikonya.

    Ingatlah untuk menjadikan matlamat kewangan dan pelaburan anda munasabah serta boleh dicapai.

  • TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI � 149

    (c) PPelbagaikan Pelaburan Anda Bila anda melabur, jangan melaburkan wang anda dalam satu jenis pelaburan

    sahaja. Jika apa-apa berlaku kepada pelaburan tersebut, semua wang itu akan hilang. Adalah penting untuk mempelbagaikan pelaburan anda.

    Oleh itu, tindakan yang