1~42-LAPORAN AR LENGKAP

42
1 1.0 PENDAHULUAN Menurut Isaac Asimov dalam Nani Menon dan Rohani Abdullah (2003), sains ialah cara kita berfikir dan melihat dunia persekitaran kita. Sains adalah suatu proses eksperimen yang berterusan dan mencuba jawapan terhadap kejadian dan tindak balas yang berlaku di dalam persekitaran. Sains telah mula diperkenalkan di Malaysia pada lewat abad ke- 19. Sejak itu, subjek Sains di Malaysia telah mengalami perubahan. Perubahan yang berlaku telah menjadikan subjek Sains antara subjek yang susah baik di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Setiap perubahan yang berlaku adalah sejajar dengan keperluan dunia semasa. Justeru, pelbagai strategi dan teknik telah diperkenalkan bagi membantu murid menangani setiap masalah yang timbul dalam pengajaran dan pembelajaran Sains samada di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Salah satu teknik yang telah diperkenalkan adalah akronim. Penggunaan akronim telah menjadi sinonim dengan dunia pendidikan dewasa ini. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga akronim ialah kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan. Akronim mula digunakan seawal abad pertama. Christy Rakoczy (n.d.) telah memberikan contoh penggunaan AM dan PM yang mana setiap satunya mewakili waktu sebelum tengahari dan selepas tengahari.

Transcript of 1~42-LAPORAN AR LENGKAP

Page 1: 1~42-LAPORAN AR LENGKAP

1

1.0 PENDAHULUAN

Menurut Isaac Asimov dalam Nani Menon dan Rohani Abdullah (2003), sains ialah cara

kita berfikir dan melihat dunia persekitaran kita. Sains adalah suatu proses eksperimen

yang berterusan dan mencuba jawapan terhadap kejadian dan tindak balas yang berlaku

di dalam persekitaran. Sains telah mula diperkenalkan di Malaysia pada lewat abad ke-

19. Sejak itu, subjek Sains di Malaysia telah mengalami perubahan. Perubahan yang

berlaku telah menjadikan subjek Sains antara subjek yang susah baik di sekolah rendah

mahupun di sekolah menengah. Setiap perubahan yang berlaku adalah sejajar dengan

keperluan dunia semasa. Justeru, pelbagai strategi dan teknik telah diperkenalkan bagi

membantu murid menangani setiap masalah yang timbul dalam pengajaran dan

pembelajaran Sains samada di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Salah satu

teknik yang telah diperkenalkan adalah akronim.

Penggunaan akronim telah menjadi sinonim dengan dunia pendidikan dewasa

ini. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga akronim ialah kependekan yang terbentuk

daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh

diujarkan sebagai satu perkataan. Akronim mula digunakan seawal abad pertama.

Christy Rakoczy (n.d.) telah memberikan contoh penggunaan AM dan PM yang mana

setiap satunya mewakili waktu sebelum tengahari dan selepas tengahari.

Page 2: 1~42-LAPORAN AR LENGKAP

2

Guru-guru telah mula menggunakan akronim dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran samada secara formal atau tidak formal dalam usaha untuk meningkatkan

keupayaan mengingat murid. Azri Aziz (1994) telah menjelaskan bahawa kebiasaannya,

kita mengingat maklumat dengan membaca berulang-ulang kali supaya akiviti ini dapat

meninggalkan kesan ingatan yang kukuh.

1.1 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu

Sepanjang menjalani latihan praktikum di Sekolah Kebangsaan Padang Air, Kuala

Terengganu, Terengganu, penyelidik telah dipertanggungjawab untuk mengajar mata

pelajaran Sains Tahun 4. Terdapat dua buah kelas tahun 4 di sekolah tersebut iaitu 4

Amanah dan 4 Siddiq. Penyelidik telah ditugaskan untuk mengajar Tahun 4 Siddiq iaitu

kelas berpencapaian rendah. Sebagai makluman, kelas 4 Siddiq terdiri daripada 24 orang

pelajar di kawasan sekitar. sepuluh orang daripada 24 murid tidak dapat membaca dan

menulis dengan baik serta telah dikategorikan sebagai murid pemulihan.

Sepanjang masa tiga bulan berpraktikum, penyelidik telah mengenalpasti bahawa

majoriti murid menghadapi masalah untuk mengingat fakta-fakta penting dan juga isi

kandungan pembelajaran yang lepas. Murid-murid gagal untuk mengingat kembali

pembelajaran lepas walaupun ianya baru sahaja diajar sehari sebelum itu. Murid-murid

sangat lemah dalam proses mengingat semula fakta-fakta dan isi pelajaran contohnya

bagi tajuk basic needs of animals and plants dan life processes that living things

undergo. Ini menimbulkan kebimbangan kepada penyelidik.

Page 3: 1~42-LAPORAN AR LENGKAP

3

Penyelidik juga dapati bahawa murid-murid menunjukkan reaksi kurang

berminat untuk belajar Sains. Malah, murid-murid mengakui bahawa mereka merasakan

subjek Sains adalah susah apabila diajar dalam Bahasa Inggeris. Ini sebenarnya tidak

menghairankan penyelidik lantaran penyelidik sudah sedia maklum mereka menghadapi

masalah untuk belajar dalam Bahasa Inggeris. Walhal mereka sebenarnya masih

mempunyai masalah dalam penguasaan bahasa ibunda mereka iaitu Bahasa Melayu. Ini

jelas menunjukkan bahawa murid-murid menghadapi masalah apabila medium

pengantara yang digunakan untuk mengajar subjek Sains ialah Bahasa Inggeris. Keadaan

ini amat merisaukan penyelidik. Oleh itu, penyelidik harus mengenalpasti satu

pendekatan yang sesuai dalam tempoh segera. Di samping itu, penyelidik juga

mengharapkan murid-murid gembira sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran

berlangsung. Apa yang menjadi fokus utama penyelidik adalah, murid mengingat fakta-

fakta yang penting.

Berdasarkan pemerhatian penyelidik, murid-murid Tahun 4 Siddiq keliru dan

tidak boleh membezakan proses-proses hidup manusia, haiwan dan tumbuhan.

Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran yang telah dirangka oleh Pusat Perkembangan

Kurikulum, di akhir pembelajaran murid-murid akan dapat menganalisis proses-proses

hidup manusia, proses-proses hidup haiwan dan proses-proses hidup bagi tumbuhan.

Manusia, tumbuhan dan haiwan mempunyai proses-proses hidup yang berbeza antara

satu sama lain. Contohnya, manusia menjalankan lima proses hidup untuk memastikan

mereka terus hidup, haiwan menjalankan empat proses untuk terus hidup manakala

tumbuhan menjalankan tiga proses untuk hidup. Semasa penyelidik mengajar tajuk ini,

penyelidik dapati bahawa murid-murid gembira dan seronok sepanjang sesi pengajaran

Page 4: 1~42-LAPORAN AR LENGKAP

4

dan pembelajaran berlangsung, ini mungkin disebabkan oleh penggunaan ICT dalam

pembelajaran. Untuk makluman, sepanjang mengajar topik ini, penyelidik banyak

menggunakan video dan pembentangan powerpoint bertujuan untuk menarik minat

murid-murid.

Di setiap akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, penyelidik telah bertanya

beberapa soalan bagi mendapatkan tahap pemahaman murid dan menilai pencapaian

objektif. Hasil dari soalan yang penyelidik utarakan, murid- murid dapat menjawab

dengan betul. Ini bermakna sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari itu telah berjaya

dan telah mencapai objektif. Pada keesokan harinya, penyelidik telah bertanya soalan

yang sama kepada murid-murid. Namun apa yang mendukacitakan penyelidik ialah,

murid-murid tidak dapat menjawab soalan yang diutarakan dengan tepat. Ada antara

murid-murid menjawab “tidak tahu”, “tak ingat”, malah ada antara murid yang

menundukkan kepala, tidak kurang juga yang menggeleng kepala. Selebihnya membisu.

Situasi ini amat menyedihkan penyelidik. Mengapa murid-murid tidak boleh

mengingat isi kandungan pelajaran lepas? Apakah punca murid-murid tidak dapat

mengingat fakta-fakta yang telah dipelajari? Apakah yang dapat penyelidik lakukan

untuk membantu murid-murid menangani masalah ini? Bagaimanakah caranya untuk

penyelidik membantu murid-murid menangani masalah lupa fakta ini? Apakah cara dan

strategi yang sesuai yang boleh diaplikasikan kepada murid-murid? Sejauh manakah

tindakan yang diambil dapat menangani masalah ini? Adakah tingkah laku murid-murid

akan berubah setelah tindakan yang dirancang dilaksanakan? Hal ini berlaku berulang

kali sehinggakan penyelidik merasakan, penyelidik sangat perlu mencari satu alternatif

Page 5: 1~42-LAPORAN AR LENGKAP

5

baru untuk membantu murid-murid dengan segera. Penyelidik mengharapkan agar

tindakan yang diambil berjaya.

1.2 Sorotan Literatur

Harlen dan Qualter (2004) telah menyatakan bahawa apa sahaja yang berlaku dalam

bilik darjah adalah dalam etos dan persekitaran sosial yang telah dicipta oleh guru. Ini

menunjukkan bahawa, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab seseorang guru untuk

mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Syed Ismail dan

Ahmad Subki (2010) telah menjelaskan mengenai tugas dan tanggungjawab guru serta

perkaitannya dengan pembelajaran

“Tugas utama guru di sekolah adalah untuk menguruskan pembelajaran. Sebagai

pengurus pembelajaran, tugas utama guru adalah unuk menguruskan bilik darjah. Ini kerana hanya bilik darjah yang dapat diuruskan dengan baik akan mampu menjadikan

suasana pembelajaran yang menarik”

(Syed Ismail dan Ahmad Subki, 2010)

Sudah jelas menunjukkan perkaitan langsung antara pengajaran dan

pembelajaran. Ini menyokong pandangan Loris Malaquzzi (1994) dalam Choong (2008)

yang menyatakan

“Pengajaran dan pembelajaran tidak boleh ‘berdiri’ bertentangan sebuah sungai sambil ‘melihat’ air mengalir; namun perlu ‘berjalan’ bersama-sama untuk

mengharungi arus sungai tadi. Melalui permuafakatan yang kukuh, pengajaran akan berjaya mengukuhkan pembelajaran”. (Terjemahan)

(Loris Malaquzzi, 1994)

Page 6: 1~42-LAPORAN AR LENGKAP

6

Pengajaran dan pembelajaran adalah dua elemen berbeza yang pelu bergerak

seiringan bagi mencapai objektif tertentu. Pengajaran dan pembelajaran juga berkait

rapat dengan proses mengingat atau menghafal fakta dan figurasi. Ingatan adalah

penting bagi semua pengetahuan. (Kamarudin Husin, 1997) Secara umumnya, murid

belajar menerusi proses mengingat fakta. Walaubagaimanapun, pembelajaran adalah

satu proses yang lebih rumit berbanding kemahiran mengingat.

Menurut Sharifah Alwiyah (1986), memori bermaksud suatu proses mental yang

menekankan pengalaman yang bermakna, menyimpan dan mengeluarkan kembali

pengalaman tersebut ketika diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Proses

ingatan melalui tiga peringkat, iaitu peringkat rakaman, peringkat penyimpanan dan

peringkat mengingat kembali. Peringkat terakhir ialah peringkat mengingat kembali.

Pada peringkat ini, maklumat dan pengalaman yang disimpan dalam otak diingat

kembali untuk membantu individu menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.

Hilgard dan Atkinson (1979) dalam Ee Ah Meng (1997) menyatakan ingatan

boleh digolongkan kepada dua jenis, iaitu ingatan jangka pendek dan ingatan jangka

panjang. Ingatan jangka pendek adalah untuk menyimpan maklumat bagi beberapa saat

sahaja, iaitu hanya cukup untuk diproses. Manakala ingatan jangka panjang adalah

kemudahan penyimpanan yang kekal. Selama mana ia disimpan, ia boleh diingat

kembali bergantung pada sama ada maklumat disusun dengan teratur atau tidak.

Walaubagaimanapun, proses mengingat semula sering terbatas oleh lupaan.

Page 7: 1~42-LAPORAN AR LENGKAP

7

“Lupaan boleh difaham sebagai kegagalan kita untuk mengingat kembali apa yang telah kita alami atau pelajari, sama ada untuk sementara waktu sahaja atau untuk

selama-lamanya.”

(Ee Ah Meng, 1997)

Ee Ah Meng (1997) telah mengelaskan lupaan kepada tiga jenis; lupaan

keusangan, lupaan gangguan dan lupaan terdesak. Lupaan keusangan merujuk kepada

lupaan yang disebabkan maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang jarang

digunakan atau diingat kembali. Lupaan gangguan merupakan lupaan yang disebabkan

oleh gangguan yang berlaku kepada maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka

panjang. Manakala lupaan terdesak ialah lupaan yang disebabkan oleh gangguan emosi

individu yang mendesaknya melupakan maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka

panjang.

Berdasarkan jenis-jenis lupaan yang dikelaskan oleh Ee Ah Meng itu, penyelidik

dapat mengkategorikan murid-murid sebagai lupaan gangguan di mana isi pembelajaran

yang lepas telah disimpan dalam ingatan jangka panjang dan tidak kerap digunakan.

Oleh itu, Ee Ah Meng (1997) telah mencadangkan cara yang boleh digunakan untuk

meningkatkan ingatan adalah mnemonik.

“Penggunaan singkatan atau mnemonik dapat membantu ingatan kita.”

(Ee Ah Meng, 1997)

Tajul Ariffin Nordin et al. (2007) telah mencadangkan beberapa teknik yang

biasa digunakan untuk diamalkan dalam pembelajaran mahupun kehidupan seharian.

Satu daripadanya ialah teknik gabungan huruf pertama.

Page 8: 1~42-LAPORAN AR LENGKAP

8

“Setiap huruf awal digabungkan menjadi satu perkataan yang bermakna. Gabungan huruf ini juga mempunyai susunan tertentu yang ada fungsinya.”

(Tajul Ariffin Nordin et al., 2007)

Teknik gabungan huruf pertama ini dinamakan akronim. Kamus Dewan Edisi

Ketiga (2002) menyatakan dengan jelas bahawa akronim ialah kependekan yang

terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan

yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan. Akronim ialah sesuatu yang mudah disebut

walaupun ianya tidak mempunyai maksud (Mr. Breitsprecher’s Edition, 2005). Ini

menyokong Bucks County Community College (1997) yang menyatakan bahawa

akronim ialah satu gabungan huruf yang dibentuk sebagai satu simbol kepada idea yang

perlu diingat. (Mohd. Yunus Noor, 1990) menyatakan, “susunkan huruf-huruf tajuk

sehingga dapat dijadikan perkataan atau bunyi yang senang dikenal.” Selain daripada

akronim, terdapat lima cara lain yang boleh digunakan untuk membantu proses

mengingat maklumat: abbreviations, acronymic sentences, pegwords, rhyme and

keywords. (Mr. Breitsprecher’s Edition, 2005)

Mnemonik adalah satu strategi yang dicipta untuk membantu murid

meningkatkan keupayaan menghafal maklumat baru. (The Access Center, 2005)

Walaupun murid di peringkat sekolah rendah tidak perlu mempelajari dan mengingati

fakta sebagaimana murid-murid menengah, mereka masih terlibat di dalam aktiviti yang

melibatkan penggunaan mnemonik. Ini disokong oleh Hellen Ward et al. (2005) yang

menyatakan bahawa murid secara umumnya menegaskan bahawa mereka merasakan

Sains adalah rumit. Hal ini disebabkan oleh murid peringkat pendidikan rendah tidak

dapat mengingat fakta sebaik murid pendidikan menengah. Oleh yang demikian,

Page 9: 1~42-LAPORAN AR LENGKAP

9

mnemonik adalah satu alat yang berguna bagi membantu murid-murid mengingat fakta-

fakta. Strategi mnemonik ini mula digunakan di dalam pendidikan umum oleh pelajar

jurursan bahasa (Uberti, Scruggs, & Mastropieri, 2003, dalam Atkinson, 1975).

Semasa mengajar tajuk baru, guru yang baik bukan sahaja menjelaskan apa yang

perlu diingat, malah mereka menyediakan cara untuk mengingat. Guru sepatutnya

mencipta mnemonik dan kemudiannya menjelaskan kepada murid, contohnya “Ini

adalah satu cara yang baik untuk membantu kamu mengingat.” Kemudian, guru

sepatutnya menunjukkan langkah yang jelas untuk menggunakan mnemonik bagi

memperoleh maklumat yang disimpan. Langkah-langkah tersebut dipraktikkan dan

diulang bersama murid sehingga murid jelas dan boleh menggunakannya dengan betul.

(The Access Center, 2007) Pendapat ini adalah selari dengan Hwang dan Levin (2002)

yang mengatakan murid-murid menghadapi masalah menggunakan strategi mnemonik

secara efektif sekiranya tiada bantuan dari guru. Oleh itu, adalah lebih baik guru

menyediakan mnemonik tertentu kepada murid-murid. (King-Sears et al., 1992; Scruggs

dan Mastropieri, 1992)

Ab. Fatah Hasan (1994) menyatakan menghafal adalah proses yang digunakan

untuk menyimpan pengetahuan. Menghafal memerlukan suatu kekuatan fikiran pada

orang yang melakukannya. Sementara menghafal sesuatu yang dipelajari dan mengasah

ingatan melalui hafalan adalah cara yang paling baik untuk megekalkan ingatan dan

kecerdasan otak. (Abdul Hafiz bin Abdullah, Ajmain bin Safar, Mohd Ismail bin

Mustari, Azhar bin Muhammad dan Idris bin Ismail, 2003)

Page 10: 1~42-LAPORAN AR LENGKAP

10

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

Kajian ini berfokus kepada keupayaan mengingat murid-murid kelas berpencapaian

rendah. Penyelidik telah mengenalpasti terdapat masalah lupaan yang berlaku dalam

kelas penyelidik terutama bagi tajuk yang memerlukan mereka mengingat. Contohnya

Basic needs dan Life Processes of Living Things. Bagi tajuk Life Processes of Living

Things terdapat tiga perkara yang perlu dititikberatkan iaitu proses hidup haiwan,

manusia dan tumbuhan.

Berdasarkan pengalaman penyelidik, murid-murid selalunya keliru antara ketiga-

tiga kelas ini. Penyelidik ingin membaiki situasi di mana murid tidak yakin untuk

menjawab soalan berasaskan fakta. Keupayaan mengingat ini adalah amat penting bagi

semua lapisan usia, oleh itu, penyelidik telah memperkenalkan satu cara untuk

membantu murid menangani masalah ini; akronim. Kajian ini penting kerana murid-

murid berpencapaian rendah kebiasaannya memang berhadapan dengan masalah untuk

belajar dan mengingat apa yang dipelajari mereka.

2.1 Tinjauan Masalah

Penyelidik telah mengajar topik Living Things Undergo Life Processes dalam Minggu

kedua dan Minggu ketiga. Ekoran daripada wujudnya masalah dalam pengajaran dan

pembelajaran, maka penyelidik telah menjalankan tinjauan awal untuk mengumpul data

bagi mencari punca kepada masalah ini khususnya yang disebabkan oleh kelemahan

penyelidik dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Selepas mengajar tajuk

Page 11: 1~42-LAPORAN AR LENGKAP

11

ini, apa yang dapat penyelidik simpulkan ialah murid-murid tidak dapat menjawab

soalan disebabkan tidak mengingati fakta-fakta atau isi kandungan pelajaran yang lepas,

kurang berkeyakinan sewaktu menjawab soalan yang penyelidik utarakan.

Mereka memberikan jawapan yang salah. Reaksi yang mereka tunjukkan ialah

kurang yakin dan teragak-agak untuk menjawab. Ada antara murid yang berkata “tidak

ingat” sebagai respon daripada soalan penyelidik. Oleh itu, penyelidik telah membuat

satu rancangan yang mendalam untuk memperincikan kebimbangan penyelidik.

Penyelidik telah menggunakan beberapa cara bagi meninjau masalah yang dihadapi:

1. Ujian OTI 1

Semasa penyelidik menjalani praktikum di sekolah tersebut, satu ujian Operational

Target Incremental (OTI) telah dijalankan. Ujian ini dijalankan serentak di semua

sekolah di Negeri Terengganu. Berdasarkan ujian OTI 1 yang dijalankan, penyelidik

telah membuat analisis markah ujian bagi mengenalpasti masalah-masalah yang timbul

kepada murid-murid.

2. Ujian Lisan-Pra

Brain (1996) dalam Faridah (2007) menyatakan bahawa soalan membantu guru

memperkenalkan tajuk, merangsang pemikiran analitik dan juga mengenalpasti masalah

murid-murid dalam usaha untuk memahami konsep-konsep tertentu. Oleh itu, penyelidik

Page 12: 1~42-LAPORAN AR LENGKAP

12

telah mengemukakan Ujian Lisan kepada responden bagi mengenalpasti kelemahan

responden dalam memahami konsep Animals’ Life Processes.

Setiap kali penyelidik masuk ke kelas, penyelidik akan memperuntukkan masa

untuk bertanya soalan kepada responden berkaitan sesi pengajaran dan pembelajaran

lepas. Kaedah menyoal secara lisan ini sangat sesuai dipraktikkan kepada murid Tahun

4 Siddiq memandangkan mereka terdiri daripada murid berpencapaian rendah yang

lemah dalam kemahiran asas menulis dan membaca.

3. Pemerhatian

Pemerhatian merupakan proses meneliti situasi atau kejadian secara kritikal.

Pemerhatian sesuai digunakan bagi mengamati tingkah laku murid berdasarkan

pemboleh ubah atau aspek yang dikenal pasti. (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008)

Atas sebab itu, penyelidik telah melakukan pemerhatian ke atas murid kelas 4 Siddiq.

Pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik adalah pemerhatian tidak berstruktur.

Penyelidik telah menentukan fokus pemerhatian bagi mengenalpasti masalah.

Fokus penyelidik adalah tingkah laku dan respon murid terhadap tajuk yang diajar.

Contohnya penyelidik mengajar tajuk analysing the life processes in animals,

pemerhatian yang penyelidik jalankan adalah pada waktu pertama penyelidik mengajar

tajuk tersebut.

Page 13: 1~42-LAPORAN AR LENGKAP

13

2.2 Analisis Tinjauan Masalah

Berdasarkan instrumen tinjauan masalah, penyelidik telah melakukan analisis. Analisis

hasil dar tinjauan masalah adalah seperti berikut:

1 Ujian OTI 1

Penyelidik telah mengkaji spesifikasi ujian yang telah ditetapkan dalam OTI 1.

Berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian OTI 1 (Lampiran B) tersebut, penyelidik dapati

tajuk yang menjadi tumpuan ialah tajuk Life Processes of Living Things iaitu sebanyak

62%. Keputusan ujian OTI 1 (Lampiran C) yang diperoleh murid menunjukkan murid

mendapat markah rendah. Purata markah keseluruhan murid adalah 18%. Purata ini

adalah sangat rendah. Ini menunjukkan murid-murid menghadapi masalah untuk

menjawab soalan ujian.

Hasil daripada pengamatan penyelidik, penyelidik dapat membuat kesimpulan

bahawa murid berhadapan dengan masalah mengingat kembali fakta bagi menjawab

soalan yang memerlukan pengetahuan tentang fakta Selain itu, masalah lain yang

dihadapi murid ialah murid tidak memahami kehendak soalan. Ini disebabkan oleh

soalan yang diberikan adalah dalam Bahasa Inggeris dan tiada terjemahan dalam Bahasa

Melayu disediakan. Rentetan daripada keputusan ujian OTI 1, penyelidik telah

mengenalpasti responden kajian.

Page 14: 1~42-LAPORAN AR LENGKAP

14

2 Ujian Lisan-Pra

Hasil daripada analisis Ujian OTI 1, penyelidik telah menyediakan Ujian Lisan-Pra

kepada responden. Ujian Lisan-Pra ini dilakukan bertujuan memperhalus masalah yang

dihadapi responden. Ujian lisan ini merupakan ujian penentuan kepada masalah yang

dihadapi murid sebelum tindakan susulan di ambil. Melalui soalan lisan yang penyelidik

utarakan , penyelidik telah mengenalpasti bahawa murid-murid tidak boleh memanggil

balik fakta-fakta yang telah dipelajari dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang lalu.

Hasil yang diperoleh menunjukkan murid menghadapi masalah apabila penyelidik

bertanyakan soalan berkaitan topik yang dipelajari sebelum itu. Jawapan yang diberi

tidak tepat dan salah. Ini menunjukkan murid mengalami lupaan fakta lepas.

3 Pemerhatian

Penyelidik telah membuat pemerhatian terhadap tingkah laku murid dan respon murid

terhadap topik Life Processes of Animal. Pemerhatian terhadap tingkah laku yang telah

direkod penyelidik ialah berkenaan respon yang ditunjukkan. Selain itu, kerjasama

kepada penyelidik yang diberikan oleh responden, perhatian kepada penyelidik, sifat dan

sikap juga diberi penekanan. Hasil daripada pemerhatian yang dilakukan oleh

penyelidik, penyelidik dapati bahawa tingkah laku murid adalah negatif dan perlu

diperbaiki bagi memastikan berlakunya perubahan tingkah laku sesuai dengan konsep

pendidikan.

Page 15: 1~42-LAPORAN AR LENGKAP

15

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Kajian

Penyelidik telah menentukan objektif umum serta objektif khusus bagi kajian tindakan

ini. Antara objektif yang telah ditentukan ialah:

3.1.1 Objektif Umum

Secara umumnya, kajian ini dilakukan untuk membantu murid-murid

menghafal empat proses hidup haiwan: Defecation, Reproduction,

Excretion dan Breathing menggunakan kaedah Akronim iaitu DREBA.

3.1.2 Objektif Khusus

Objektif khusus kajian tindakan ini ialah untuk:

1 mengenalpasti faktor- faktor murid-murid gagal mengingat Life

Processes of Animal

2 membolehkan murid-murid menghafal secara lisan akronim yang

digunakan

3 mengenalpasti perubahan tingkah laku murid dalam kelas akronim

yang telah dijalankan

Page 16: 1~42-LAPORAN AR LENGKAP

16

3.2 Soalan Kajian

Terdapat beberapa persoalan yang timbul sepanjang penyelidik menjalankan

kajian tindakan ini. Antaranya ialah:

3.2.1 Apakah faktor- faktor murid-murid gagal mengingat “Life Processes of

Animal”?

3.2.2 Adakah akronim yang digunakan boleh membantu murid menghafal

secara lisan?

3.2.3 Bagaimanakah tingkah laku yang ditunjukkan murid dalam kelas

akronim yang dijalankan?

3.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran terdiri daripada lapan orang murid Tahun 4 Siddiq Sekolah

Kebangsaan Padang Air. Empat orang murid lelaki dan empat orang murid perempuan

telah dipilih. Responden yang dipilih memiliki kemahiran membaca dan menulis yang

sedikit baik berbanding murid lain dalam kelas tersebut. Penyelidik memilih responden

ini kerana responden telah melepasi fasa asas di mana tumpuan utama adalah kepada

kemahiran membaca dan menulis. Purata markah responden bagi ujian OTI 1 yang

mereka peroleh adalah 22% dan dikategorikan sebagai rendah.

Page 17: 1~42-LAPORAN AR LENGKAP

17

5.0 TINDAKAN

5.1 Prosedur Tindakan

Terdapat beberapa model kajian tindakan yang telah digunapakai dalam sistem

pendidikan di seluruh dunia. Penyelidik telah memilih John Elliot Process Model

sebagai rujukan sepanjang kajian tindakan ini dijalankan.

Rajah 1: Model Proses John Elliot

First Level

Identification of education problem

Observation: Look for facts and make analysis

Preparation of a General Plan

Survey: Reflection on the result of research,

including failure

Monitoring: Implementation and effects

Implementation: Action 1 – Action 2 – Action 3

Second Level

Revision on preliminary survey

Improvement of plan By modification

Survey: Reflection on the result of research, including failure

Monitoring: Implementation and effects

Implementation: Action 1 – Action 2 – Action 3

Third Level

Page 18: 1~42-LAPORAN AR LENGKAP

18

John Elliott, seorang Profesor Pendidikan di East Anglia University dan juga

Coordinator of Classroom Action Research, CARN (1985), telah mencadangkan satu

lagi model kajian tindakan yang diadaptasi daripada Stephen Kemmis Model.

Walaubagaimanapun, Model Proses lebih spesifik dan praktikal di dalam proses

pelaksanaan. (Mok Soon Sang, 2005)

Langkah pertama yang dilakukan dalam Fasa Pertama dalam Model Proses John

Elliott ialah mengenalpasti masalah pengajaran dan pembelajaran. Penyelidik telah

melakukan tinjauan awal bagi mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh

murid-murid. Sebelum kajian tindakan ini dilakukan, penyelidik terlebih dahulu

memohon kebenaran untuk menjalankan kajian di sekolah di bawah Kementerian

Pelajaran Malaysia. (Lampiran A) Antara instrumen yang telah penyelidik guna untuk

mendapatkan maklumat awal ialah OTI 1. Berdasarkan keputusan ujian tersebut serta

spesifikasi ujian, penyelidik telah mengenalpasti wujudnya masalah pengajaran dan

pembelajaran. Bagi mengesahkan dapatan awal penyelidik, penyelidik telah

menjalankan satu Ujian Lisan. Berdasarkan kedua-dua instrumen, penyelidik dapati

bahawa murid-murid tidak dapat mengingat semula fakta-fakta pembelajaran lepas.

Selain itu, penyelidik telah melaksanakan pemerhatian ke atas murid-murid

Tahun 4 Siddiq. Pemerhatian dijalankan terhadap tingkah laku yang ditunjukkan oleh

responden. Pemerhatian juga dibuat secara umum bagi mendapatkan fakta-fakta serta

menambah pemahaman penyelidik terhadap punca masalah. Ini adalah bertepatan

dengan cadangan John Elliott di mana beliau mencadangkan langkah kedua ialah

melakukan pemerhatian bagi mencari fakta-fakta dan membuat analisis. Penyelidik telah

Page 19: 1~42-LAPORAN AR LENGKAP

19

mencari punca berlakunya masalah tidak boleh mengingat fakta-fakta lepas yang berlaku

kepada murid-murid.

Setelah dianalisis, penyelidik mendapati bahawa masalah yang dihadapi oleh

murid-murid tersebut berpunca daripada sikap mereka terhadap subjek Sains dan juga

pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

(PPSMI). Akibat daripada pelaksanaan PPSMI, murid-murid telah menghadapi masalah

untuk mengingat terma-terma penting. Murid-murid juga merasakan bahawa Sains

adalah rumit. Bertitik tolak dari itulah maka murid-murid menolak untuk mengulangkaji

dan menghafal terma-terma dan fakta-fakta penting berkaitan pembelajaran. Murid-

murid tidak menunjukkan minat kepada subjek Sains.

Seterusnya, John Elliott menekankan tentang persediaan rancangan dalam

langkah seterusnya. Hasil daripada pemerhatian dan analisis yang telah penyelidik buat,

penyelidik mula membina satu rangka kerja bagi menyelesaikan masalah. Rangka kerja

tersebut merupakan persediaan rancangan yang telah penyelidik tetapkan. Penyelidik

telah merancang satu tindakan dalam usaha menangani masalah yang timbul. Penyelidik

telah menyiapkan satu kertas cadangan atau proposal bagi memberi gambaran awal

mengenai rancangan penyelidik dan juga persediaan yang akan penyelidik jalankan

dalam mendalami masalah tersebut. Rangka kerja ini penting sebagai panduan kepada

penyelidik untuk menjalankan tindakan.

Langkah empat dalam Model Proses John Elliot ialah pelaksanaan tindakan.

Setelah penyelidik selesai menyiapkan kertas cadangan, penyelidik mula melaksanakan

Page 20: 1~42-LAPORAN AR LENGKAP

20

tindakan yang telah dirancang. Perlaksanaan tindakan yang telah penyelidik rancang

mengambil masa selama seminggu untuk dilaksanakan. Sepanjang minggu tersebut,

penyelidik telah mengajar semula topik Life Processes of Living Things.

Walaubagaimanapun, pada kali ini penyelidik telah menggunakan Akronim bagi

membantu murid-murid menghafal terma-terma dan fakta-fakta penting. Penyelidik

telah mencipta satu akronim yang mudah bagi membolehkan murid-murid menghafal

proses-proses hidup haiwan. Akronim tersebut ialah DREBA. D untuk Defecation, R

untuk Reproduction, E untuk Excretion, B untuk Breathing manakala A untuk Animal.

Akronim ini direka bertujuan membantu murid-murid mudah menghafal terma-terma

proses hidup haiwan.

Sepanjang tempoh tindakan tersebut dilaksanakan, penyelidik telah memantau

perkembangan dan perubahan tingkah laku setiap murid. Penyelidik telah menggunakan

borang pemerhatian tingkah laku murid bagi merekod perubahan tingkah laku yang

berlaku ke atas responden. Penyelidik juga memerhati kesan daripada tindakan yang

telah dijalankan, menilai keberkesanan penggunaan Akronim serta menilai penerimaan

responden terhadap Akronim yang penyelidik perkenalkan. Ini bersesuaian dengan

model kajian tindakan yang disarankan oleh John Elliot dimana pada langkah lima,

beliau menekankan proses memantau pelaksanaan tindakan dan kesan tindakan.

Setelah penyelidik memantau pelaksanaan tindakan dan kesan tindakan,

penyelidik telah mengkaji hasilnya. Langkah ini merupakan langkah terakhir dalam

Model Proses John Elliot bagi gelung pertama. Hasil daripada tindakan yang telah

dilaksanakan, tingkah laku responden telah berubah dari negatif kepada positif. Ini

Page 21: 1~42-LAPORAN AR LENGKAP

21

dibuktikan melalui pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik. Walaubagaimanapun,

terdapat kelemahan pada tindakan yang penyelidik jalankan. Penyelidik dapati,

responden lemah menyebut dan tidak tahu mengeja defecation, reproduction, excretion

dan breathing. Responden menyebut berdasarkan apa yang mereka dengar serta mengeja

secara tidak betul.

Setelah melaksanakan langkah terakhir dalam gelung pertama, penyelidik

terpaksa meneruskan gelung kedua bagi Model Proses John Elliot. Hal ini disebabkan

tindakan pada gelung pertama membuahkan hasil kurang memberangsangkan.

Penyelidik telah membuat semakan terhadap tindakan yang telah dilaksanakan.

Hasilnya, penyelidik telah membaiki kelemahan tindakan terdahulu dengan cara

mengubahsuai tindakan. Pada gelung kedua ini, penyelidik menggunakan rajah di mana

responden dikehendaki mengisi rajah tersebut dengan perkataan dengan ejaan yang

betul. (Lampiran D) Setiap kali responden menyebut DREBA, responden dikehendaki

mengisi petak dalam rajah dengan perkataan dan ejaan yang betul. Ini merupakan

langkah ketiga bagi gelung kedua dalam Model John Elliot.

Setelah tindakan Rajah DREBA dilaksanakan, penyelidik telah memantau

pelaksanaan dan kesan penggunaannya. Dapatan daripada Ujian Lisan menunjukkan

bahawa tindakan Rajah DREBA adalah berjaya dan lebih baik daripada tindakan

DREBA yang terdahulu. Responden telah berjaya menyatakan dengan jelas dan tepat

setiap proses hidup haiwan iaitu D untuk defecation, R untuk reproduction, E untuk

excretion, B untuk breathing. Responden tidak menghadapi masalah mengeja setiap

proses hidup tersebut.

Page 22: 1~42-LAPORAN AR LENGKAP

22

Seterusnya bagi melengkapkan kitaran kajian tindakan yang telah penyelidik

jalankan, penyelidik telah membuat tinjauan ke atas pelaksanaan tindakan. Tinjauan

tersebut penting kerana melalui tinjauan tersebut, penyelidik boleh membuat refleksi

mengenai keberhasilan tindakan yang telah penyelidik jalankan. Melalui tinjauan yang

telah dilakukan, penyelidik dapati bahawa Rajah DREBA yang telah penyelidik

perkenalkan berjaya dilaksanakan kepada kumpulan sasaran. Oleh itu gelung kajian

tindakan tidak perlu diteruskan lagi.

5.2 Cara Mengumpul Data

Setelah melaksanakan tindakan, penyelidik telah menyediakan tiga instrumen penilaian

bagi menilai keberkesanan tindakan serta mengumpul maklumat bagi mencapai objektif.

Instrumen yang digunakan ialah temubual, ujian lisan dan pemerhatian.

5.2.1 Temubual

Temubual merupakan kaedah pengutipan data yang melibatkan interaksi semuka antara

penyelidik dengan informan atau orang yang ditemubual. Mengikut Kementerian

Pelajaran Malaysia (2008) temubual ialah kaedah terbaik untuk meneroka dan

mendapatkan maklumat daripada informan secara mendalam. Penyelidik dalam kajian

tindakan ini telah mengadakan sesi temubual (Lampiran E) bersama sampel yang terdiri

daripada lapan orang murid Tahun 4 Siddiq. Tujuan penyelidik menemubual mereka

adalah untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas serta menyokong pemerhatian

penyelidik.

Page 23: 1~42-LAPORAN AR LENGKAP

23

5.2.2 Ujian Lisan-Pasca

Ujian Lisan-Pasca dijalankan bagi mengumpul maklumat mengenai keupayaan

responden menghafal secara lisan Life Processes of Animal menggunakan akronim.

Ujian Lisan ini dijalankan secara berterusan bermula daripada sesi pertama hingga ke

sesi kesepuluh. Penyelidik mengambil inisiatif untuk melakukan Ujian Lisan di akhir

setiap sesi bagi mengenalpasti perubahan yang berlalu kepada responden secara lebih

terperinci. Bagi menguji keupayaan responden menghafal, instrumen yang paling sesuai

digunakan adalah Ujian Lisan. (Lampiran F) Ujian Lisan ini dilakukan dengan cara

menguji sejauh manakah responden telah berjaya menghafal secara lisan. Keputusan

ujian telah direkodkan di dalam Borang Ujian Lisan Murid. (Lampiran F1)

5.2.3 Pemerhatian

Pemerhatian merupakan proses meneliti situasi atau kejadian secara kritikal.

Pemerhatian sesuai digunakan bagi mengamati tingkah laku murid berdasarkan

pembolehubah atau aspek yang dikenalpasti. (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008).

Oleh itu, penyelidik telah memilih pemerhatian sebagai satu cara untuk mengumpul

data. Senarai semak pemerhatian adalah satu cara yang berguna bagi menentukan

tingkah laku murid (Ridzuan Ismail, 2009).

Penyelidik telah melaksanakan pemerhatian terhadap murid-murid. Penyelidik

memfokuskan tingkah laku kerana konsep pendidikan menekankan perubahan tingkah

laku dengan cara mengkelaskan murid kepada tingkah laku tertentu semasa proses

Page 24: 1~42-LAPORAN AR LENGKAP

24

pengajaran dan pembelajaran berlaku. Pemerhatian dilakukan pada dua sesi iaitu sesi

pertama dan sesi terakhir. Ini bertujuan supaya, penyelidik boleh membanding beza

perubahan tingkah laku responden. Pemerhatian tersebut telah direkod dalam borang.

(Lampiran G)

6.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

6.1 Mengenalpasti faktor-faktor murid-murid gagal mengingat “Life Processes

of Animal”

Penyelidik telah melakukan temubual separa berstruktur bagi mencari faktor-faktor yang

menyebabkan murid gagal mengingat Life Processes of Animal. Berdasarkan temubual

yang dijalankan, penyelidik mendapati bahawa kesemua responden mengalami lupaan.

Kesemua responden memberikan respon tidak mengingati tajuk tersebut. (M1, Baris 10),

(M2, Baris 16), (M3, Baris 9), (M4, Baris 5), (M5, Baris 7), (M6, Baris 6), (M7, Baris

3), (M8, Baris 10). Antara faktor yang menyebabkan murid gagal mengingat adalah

kerana perasaan malas:

Saya malas cikgu. Saya tak hafal pun lepas cikgu ajar hari tu.

(M1, Baris 26-27)

Malas cikgu. Tak de masa. Saya tak minat Sains cikgu. Rasa malas nak baca buku

Sains.

(M4, Baris 16-20)

Page 25: 1~42-LAPORAN AR LENGKAP

25

Selain daripada faktor di atas, responden juga menyatakan bahawa mereka

ketiadaan masa untuk mengulangkaji dan menghafal:

Tak de masa cikgu. Balik petang dah. Kerja sekolah banyak.

(M3, Baris 20-21)

Saya tak hafal pun cikgu. Lepas cikgu ajar hari tu, saya tak ulangkaji dah tajuk tu.

(M6, Baris 12-13)

Saya penat cikgu. Kerja rumah yang cikgu lain bagi banyak. Balik sekolah petang

dah.

(M7, Baris 26-27)

Faktor-faktor lain yang diberikan oleh responden ialah:

Sebab tak baca buku. Tak hafal. Sebab tak masuk ujian.

(M2, Baris 19-21)

Sokmo saya tidur awal cikgu. Letih.

(M5, Baris 21-22)

Usaha sikit-sikit jah cikgu.

(M8, Baris 20)

Page 26: 1~42-LAPORAN AR LENGKAP

26

Secara umumnya, perkara yang disebut di atas boleh dikategorikan sebagai

faktor diri sendiri. Selain faktor diri sendiri, responden juga menyatakan bahawa faktor

bahasa pengantara menimbulkan kekangan kepada mereka:

Sebab dalam Bahasa Inggeris. Saya tak pandai Bahasa Inggeris cikgu.

(M1, Baris 17-18)

Nama pelik cikgu. Dalam Bahasa Inggeris. Saya tidak pandai Bahasa Inggeris.

(M2, Baris 24-25)

Tambah pula dalam Bahasa Inggeris.

(M3, Baris 26)

Bahasa Inggeris cikgu. Dalam Bahasa Melayu takde ke?

(M5, Baris 15-16)

Payahnya cikgu nak hafal kut orang putih.

(M6, Baris 21)

Dalam Bahasa Melayu takde ke cikgu? Susah la nak hafal Bahasa Inggeris ni. Saya

tak pandai Bahasa Inggeris cikgu. Payah nak sebut nama dia.

(M7, Baris 14-19)

Selain daripada dua faktor di atas, faktor lain yang menjadi punca murid tidak

menghafal juga adalah faktor guru, samada guru penolong atau guru pelatih. Kesemua

Page 27: 1~42-LAPORAN AR LENGKAP

27

responden telah menyatakan bahawa guru tidak membantu mereka untuk menghafal

Life Processes of Animal. Responden juga menyatakan rakan sebaya tidak membantu

mereka mengingat.

Ini menunjukkan, antara faktor yang menjadi halangan kepada mereka adalah

faktor diri sendiri, faktor bahasa pengantar, faktor guru dan juga faktor rakan sebaya.

Walaubagaimanapun, faktor utama yang menjadi kekangan kepada mereka untuk

menghafal adalah faktor diri sendiri.

6.2 Membolehkan murid-murid menghafal secara lisan akronim yang

digunakan

Bagi membuktikan murid-murid telah berjaya menghafal secara lisan akronim yang

digunakan, penyelidik telah membuat satu ujian lisan di setiap akhir sesi pengajaran dan

pembelajaran menggunakan akronim. Dalam ujian lisan ini, setiap responden

dikehendaki menyatakan huruf akronim DREBA dan seterusnya menjelaskan apakah

perkataan yang diwakili oleh huruf tersebut. Contohnya, huruf D mewakili Defecation.

Setiap responden dikira berjaya menghafal setelah berjaya menyebut huruf dan

perkataan.

Pada sesi pertama, kesemua responden tidak berjaya menghafal akronim

DREBA secara lisan. Data dianalisis seperti di dalam jadual yang berikut:

Page 28: 1~42-LAPORAN AR LENGKAP

28

Jadual 1: Keputusan Ujian Lisan Sesi 1

RESPONDEN D R E B A

M1 X X X X X

M2 X X X X X

M3 X X X X X

M4 X X X X X

M5 X X X X X

M6 X X X X X

M7 X X X X X

M8 X X X X X

Begitu juga dengan sesi kedua. Semua responden tidak berjaya menghafal

DREBa secara lisan.

Jadual 2: Keputusan Ujian Lisan Sesi 2

RESPONDEN D R E B A

M1 X X X X X

M2 X X X X X

M3 X X X X X

M4 X X X X X

M5 X X X X X

M6 X X X X X

M7 X X X X X

M8 X X X X X

Pada sesi ketiga, lima orang responden telah berjaya menghafal huruf pertama

akronim iaitu ‘D’ yang mewakili Defecation; M1, M2, M5, M7 dan M8. Enam orang

responden sudah berjaya menghafal perkataan ‘A’ yang mewakili Animal.

Page 29: 1~42-LAPORAN AR LENGKAP

29

Jadual 3: Keputusan Ujian Lisan Sesi 3

RESPONDEN D R E B A

M1

X X X

M2

X X X

M3 X X X X

M4 X X X X

M5

X X X X

M6 X X X X

M7

X X X X

M8

X X X

Pada sesi keempat, semua responden telah berjaya menghafal D untuk

Defecation. Semua responden berjaya menghafal ‘A’ untuk Animal. Tiga responden

berjaya menghafal huruf kedua iaitu R untuk Reproduction.

Jadual 4: Keputusan Ujian Lisan Sesi 4

RESPONDEN D R E B A

M1

X X

M2

X X X

M3

X X X

M4

X X X

M5

X X X

M6

X X X

M7

X X

M8

X X

Pada sesi kelima, responden M1 telah berjaya menghafal empat daripada lima

Life Processes of Animal, responden M2 berjaya menghafal dua daripada lima Life

Page 30: 1~42-LAPORAN AR LENGKAP

30

Processes of Animal, responden M3 berjaya menghafal tiga daripada lima Life Processes

of Animal, responden M4 berjaya menghafal dua daripada lima Life Processes of

Animal, responden M5 berjaya menghafal dua daripada lima Life Processes of Animal,

responden M6 berjaya menghafal tiga daripada lima Life Processes of Animal,

responden M7 berjaya menghafal empat daripada lima Life Processes of Animal,

responden M8 berjaya menghafal empat daripada lima Life Processes of Animal. Ini

dapat disimpulkan dalam Jadual 5:

Jadual 5: Keputusan Ujian Lisan Sesi 5

RESPONDEN D R E B A

M1

X

M2

X X X

M3

X X

M4

X X X

M5

X X X

M6

X X

M7

X

M8

X

Pada sesi keenam, didapati responden M1 masih belum berjaya menghafal

kesemua Life Processes of Animal. Responden M1 hanya berjaya menghafal empat

daripada enam Life Processes of Animal. Begitu juga dengan responden M2, responden

M6, responden M7 dan responden M8. Namun, responden M3, responden M4 dan

responden M5 berjaya menghafal tiga daripada lima Life Processes of Animal pada sesi

keenam. Data ini diringkaskan seperti berikut:

Page 31: 1~42-LAPORAN AR LENGKAP

31

Jadual 6: Keputusan Ujian Lisan Sesi 6

RESPONDEN D R E B A

M1

X

M2

X

M3

X X

M4

X

X

M5

X

X

M6

X

M7

X

M8

X

Pada sesi ketujuh, semua responden telah berjaya menghafal Life Processes of

Animal yang pertama iaitu ‘D’ untuk defecation, dan juga Life Processes of Animal yang

kedua iaitu ‘R’ untuk reproduction. Bagi akronim ketiga iaitu ‘E’, hanya empat daripada

lapan responden yang telah berjaya menghafal iaitu responden M2, M4, M5 dan M6.

Manakala lima daripada lapan responden telah berjaya menghafal akronim keempat iaitu

‘B’. Data yang diperoleh adalah seperti berikut:

Jadual 7: Keputusan Ujian Lisan Sesi 7

RESPONDEN D R E B A

M1

X

M2

X

M3

X

M4

X

M5

X

M6

M7

X

M8

X

Page 32: 1~42-LAPORAN AR LENGKAP

32

Sesi kelapan kelas pengajaran dan pembelajaran akronim telah menunjukkan

dapatan seperti dalam jadual. Jadual 8 menunjukkan masih terdapat tiga responden yang

belum berjaya menghafal akronim DREBA pada sesi kelapan. Responden M4 tidak

berjaya menghafal huruf ‘B’ yang mewakili breathing, begitu juga dengan responden

M5 yang tidak berjaya menghafal huruf ‘B’ yang mewakili breathing.

Namun, terdapat lima daripada lapan responden telah berjaya menghafal

kesemua akronim iaitu DREBA.

Jadual 8: Keputusan Ujian Lisan Sesi 8

RESPONDEN D R E B A

M1

M2

M3

M4

X

M5

X

M6

M7

M8

X

Walaubagaimanapun, pada sesi kesembilan penyelidik telah mendapati bahawa

semua responden telah berjaya menghafal akronim DREBA beserta dengan setiap

perkataan yang diwakilinya iaitu defecation, reproduction, excretion, breathing dan

animal. Data ini direkodkan dalam Jadual 9 seperti yang ditunjukkan berikut:

Page 33: 1~42-LAPORAN AR LENGKAP

33

Jadual 9: Keputusan Ujian Lisan Sesi 9

RESPONDEN D R E B A

M1

M2

M3

M4

M5

M6

M7

M8

Pada sesi kesepuluh, penyelidik telah melakukan Ujian Lisan yang terakhir

kepada semua responden. Berdasarkan Ujian Lisan itu, penyelidik mendapati bahawa

kesemua responden telah berjaya menghafal Life Processes of Animal iaitu defecation,

reproduction, excretion dan breathing menggunakan teknik akronim Rajah DREBA.

Data diringkaskan ke dalam Jadual 10 di bawah:

Jadual 10: Keputusan Ujian Lisan Sesi 10

RESPONDEN D R E B A

M1

M2

M3

M4

M5

M6

M7

M8

Page 34: 1~42-LAPORAN AR LENGKAP

34

Jika dibandingkan pencapaian responden bermula daripada sesi pertama hingga

sesi kesepuluh, data menunjukkan berlaku peningkatan dalam proses mengingat atau

menghafal responden. Pada sesi pertama, tiada responden yang berjaya menghafal Life

Processes of Animal, namun di akhir sesi kesepuluh, penyelidik mendapati bahawa

responden telah berjaya menghafal kesemua Life Processes of Animal menggunakan

akronim yang dicipta penyelidik. Kemampuan responden menghafal meningkat dari hari

ke hari dengan bantuan akromin DREBA.

6.3 Untuk mengenalpasti perubahan tingkah laku murid dalam kelas akronim

yang telah dijalankan

Bagi mengenalpasti perubahan tingkah laku murid dalam kelas akronim yang dijalankan,

penyelidik telah melakukan pemerhatian kepada responden. Pemerhatian dibuat pada

sesi pertama dan juga terakhir menggunakan borang pemerhatian tingkah laku

(Lampiran F). Tujuan pemerhatian dilakukan pada dua sesi ini ialah bagi mengenalpasti

perbezaan sikap murid di awal sesi dan juga sikap murid di akhir sesi.

Pada sesi pertama, semua responden memberikan respon yang baik sepanjang

kelas berlangsung. Di akhir sesi kela akronim, responden juga memberikan respon yang

baik. Ini menunjukkan tingkah laku positif masih dikekalkan. Responden juga

menunjukkan kerjasama yang padu terhadap guru sepanjang kelas berlangsung. Selain

itu, responden menumpukan sepenuh perhatian terhadap guru dan sesi pengajaran dan

pembelajaran. Namun, sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran kelas akronim sesi

Page 35: 1~42-LAPORAN AR LENGKAP

35

pertama ini, komunikasi dua hala tidak berlaku secara aktif antara guru dan responden.

Komunikasi antara guru dan murid adalah terhad dan pasif.

Setelah penyelidik mengemukakan soalan, semua responden menolak untuk

menjawab. Masing-masing saling tuding menuding. Responden juga tidak menunjukkan

sifat ‘yakin boleh’ sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Responden tidak

menunjukkan keyakinan untuk boleh menjawab. Responden juga tidak menunjukkan

riak gembira sepanjang kelas berlangsung. Responden kelihatan ‘takut’ dan ‘risau’

sepanjang kelas berlangsung. Di akhir sesi, semua responden tidak berjaya menjawab

Ujian Lisan yang telah disediakan oleh penyelidik.

Penyelidik telah membuat satu lagi pemerhatian pada sesi kesepuluh.

Pemerhatian yang dilakukan adalah menggunakan borang yang sama. (Lampiran F)

Pada sesi kesepuluh, respon yang diberikan oleh responden adalah baik sepanjang kelas

berlangsung. Responden telah menumpukan sepenuh perhatian terhadap guru dan sesi

pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Berlaku komunikasi dua hala yang

sangat aktif antara guru dan responden pada sesi kesepuluh.

Responden juga saling berlumba- lumba untuk menjawab setiap soalan dan

latihan yang dikemukan oleh guru. Responden telah menunjukkan sifat yakin boleh

sepanjang sesi kesepuluh berjalan. Responden menunjukkan riak gembira sepanjang

kelas berlangsung. Tiada lagi riak wajah yang cemas dan takut seperti di sesi pertama.

Di akhir sesi kesepuluh, penyelidik telah menyediakan Ujian Lisan. Hasilnya responden

telah berjaya menjawab soalan yang dikemukan secara lisan.

Page 36: 1~42-LAPORAN AR LENGKAP

36

Ringkasan hasil pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik dapat ditunjukkan

dalam jadual:

Jadual 11: Keputusan Pemerhatian Tingkah Laku Murid

Tingkah Laku Murid

Sesi Pertama

Sesi Kesepuluh

Murid memberikan respon yang baik sepanjang kelas berlangsung

8

8

Murid menunjukkan kerjasama yang padu terhadap guru sepanjang kelas berlangsung

8 8

Murid menumpukan sepenuh perhatian terhadap guru dan P&P

8 8

Murid berlumba- lumba untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru

0 8

Murid menunjukkan sifat ‘yakin boleh’ sepanjang P&P

0 8

Murid gembira sepanjang kelas berlangsung

0 8

Murid berjaya menjawab Ujian Lisan di akhir sesi P&P

0 8

7.0 DAPATAN

Instrumen yang digunakan untuk mendapatkan maklumat sepanjang kajian adalah

temubual, ujian lisan dan pemerhatian. Ketiga-tiga instrumen tersebut digunakan untuk

mendapatkan data bagi mencapai objektif tertentu. Berikut adalah dapatan kepada

kajian.

Page 37: 1~42-LAPORAN AR LENGKAP

37

7.1 Mengenalpasti faktor-faktor murid-murid gagal mengingat Life Processes of

Animal

Melalui temubual semuka yang telah penyelidik jalankan, penyelidik mendapati terdapat

beberapa faktor yang menyumbang kepada kegagalan responden menghafal, antaranya

ialah diri sendiri, bahasa pengantar, guru dan rakan sebaya. Faktor diri sendiri ialah

faktor utama responden gagal menghafal. Mohd. Yunus Noor (1990) menyatakan

dengan jelas bahawa dalam pembelajaran, murid mestilah belajar bersungguh-sungguh.

Orang lain, seperti ibu bapa dan guru hanya boleh membantu, member tunjuk ajar atau

member petua-petua sahaja.

Faktor bahasa pengantar juga merupakan penyumbang kepada kegagalan murid

untuk menghafal. Pelaksanaan PPSMI di sekolah juga menjejaskan keupayaan murid

menghafal. Berdasarkan temubual semuka yang telah penyelidik jalankan, responden

menyatakan mereka merasakan PPSMI adalah masalah besar bagi mereka untuk

memahami dan seterusnya menghafal isi kandungan pelajaran. Perbezaan antara

struktur, nilai dan tanggapan terhadap bahasa ibunda dan bahasa kedua menyebabkan

murid mengalami masalah untuk berjaya. (Gay, 1988; Snow, 1992)

Dalam hal ini, guru sepatutnya bertindak sebagai pembimbing kepada murid.

Syed Ismail dan Ahmad Subki (2010) menyatakan murid yang memerlukan bimbingan

adalah murid yang mengahdapi masalah dari segi iintelek, rohani, emosi ataupun sosial.

Dalam proses bimbingan, murid yang berkenaan akan diberi panduan atau nasihat yang

Page 38: 1~42-LAPORAN AR LENGKAP

38

boleh membantunya menyelesaikan masalah tertentu. Ini jelas menunjukkan, guru perlu

membimbing murid menghadapi masalah yang melibatkan akademik.

Setelah menyelesaikan satu tajuk, guru perlu membantu murid menyediakan

panduan untuk mengingat. Teori Ekologi Bronfenbrenner dalam Mok Soon Sang (2008)

menjelaskan perkaitan murid dengan persekitaran mereka yang mana kebanyakan murid

berinteraksi secara langsung dengan ibu bapa, rakan sebaya, guru-guru serta alam

persekitaran. Mereka ini memainkan peranan yang tidak kurang penting dalam

perkembangan kanak-kanak.

Kesimpulannya, faktor utama yang menyebabkan murid gagal menghafal adalah

faktor diri murid sendiri. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa faktor lain yang

menyumbang kepada kegagalan tersebut, antaranya ialah bahasa pengantar, guru dan

rakan sebaya.

7.2 Membolehkan murid-murid menghafal secara lisan akronim yang

digunakan

Keupayaan menghafal inidividu adalah berbeza antara satu sama lain. Ini dapat dilihat

berdasarkan Ujian Lisan yang telah penyelidik jalankan pada akhir setiap sesi kelas

akronim. Namun di akhir sesi kesepuluh, semua responden telah berjaya menghafal

secara lisan akronim yang digunakan. Ini menunjukkan akronim berjaya membantu

responden menghafal isi kandungan lepas. Pendapat ini adalah selari dengan Ee Ah

Page 39: 1~42-LAPORAN AR LENGKAP

39

Meng (1997) yang menyatakan penggunaan singkatan atau mnemonik dapat membantu

ingatan murid.

Setelah menggunakan akronim, penyelidik mendapati bahawa responden telah

berjaya menghafal Life Processes of Animals. Atkinson dan Shiffrin (1971) dalam Mok

Soon Sang (2008) telah mengelaskan ingatan kepada tiga komponen utama, iaitu stor

ingatan sensori, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Mengikut Model

Ingatan Pemerosesan Maklumat Atkinson dan Shiffrin, ingatan sensori hanya dapat

menyimpan maklumat dalam masa yang singkat. Sebahagian kecil maklumat seterusnya

dipindahkan kepada ingatan jangka pendek. Ingatan jenis ini hanya dapat menyimpan

maklumat secara otomatik dalam tempoh 20 hingga 30 saat sahaja. Ingatan jangka

panjang pula memerlukan latihan berulang-ulang. Ini adalah selari dengan pendapat

penyelidik di mana penyelidik telah membuat latihan berulang-ulang sepanjang sepuluh

sesi kelas akronim. Pendapat penyelidik juga selari dengan The Access Center (2007)

yang menyatakan mnemonik dicipta untuk meningkatkan ingatan terhadap maklumat

kunci.

Melalui dapatan ini, penyelidik merumuskan bahawa menerusi penggunaan

akronim, penyelidik telah berjaya membantu responden untuk menghafal Life Processes

of Animal. Latihan yang berulang-ulang telah membina jaringan ingatan jangka panjang

dalam minda responden.

Page 40: 1~42-LAPORAN AR LENGKAP

40

7.3 Mengenalpasti perubahan tingkah laku murid dalam kelas akronim yang

telah dijalankan.

Menerusi instrumen pemerhatian yang telah penyelidik jalankan, penyelidik telah

mengenalpasti perubahan tingkah laku responden sepanjang sepuluh sesi kelas akronim

yang dijalankan. Hasrat penyelidik untuk melihat perubahan tingkah laku dari negatif

kepada positif serta mengekalkan tingkah laku positif dalam diri responden telah

tercapai. Antara perubahan tingkah laku yang telah dicapai oleh responden ialah

peningkatan tahap keyakinan diri responden untuk mejawab soalan yang dikemukakan

oleh penyelidik. Responden menjadi lebih berani apabila pada sesi kesepuluh, mereka

berlumba- lumba untuk menjawab berbanding dengan pada sesi pertama. Responden

juga lebih gembira ketika berada dalam kelas akronim yang dijalankan berbanding

ketika sesi pertama.

Perubahan tingkah laku responden dari negatif kepada positif telah menunjukkan

bahawa kelas akronim yang dijalankan telah berjaya. Dapatan ini selari dengan Mok

Soon Sang (2008) yang menyatakan bahawa peranan utama pendidikan ialah untuk

membina tingkah laku manusia. Pendapat ini juga telah menyokong hujah beberapa

tokoh-tokoh pendidikan timur contohnya Confucius (551 – 479 SM) dalam Mok Soon

Sang (2008) yang menegaskan pendidikan adalah proses untuk memupuk kesempurnaan

tingkah laku manusia. Hamka dalam Mok Soon Sang (2008), tokoh pendidikan Islam di

Indonesia juga menyatakan pendidikan ialah suatu proses yang boleh membentuk

tingkah laku yang baik.

Page 41: 1~42-LAPORAN AR LENGKAP

41

Melalui pemerhatian yang telah penyelidik jalankan, perubahan tingkah laku

murid setelah kelas akronim dijalankan adalah bersesuaian dengan pendapat Mok Soon

Sang (2008) di mana beliau berpendapat pendidikan ialah suatu proses atau aktiviti yang

berusaha untuk mengembangkan fizikal, intelek, sosial dan emosi seseorang individu

serta menambahkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman mereka supaya

dapat memberi kegembiraan, manfaat dan kemajuan dalam kehidupannya.

Guru memainkan peranan yang sangat penting sebagai pembentuk tingkah laku.

Ini seperti dinyatakan dalam Syed Ismail dan Ahmad Subki (2010) yang menjelaskan

bahawa tanggungjawab guru adalah untuk membentuk tingkah laku murid. Hujah ini

bersesuaian dengan tugas penyelidik sebagai pembentuk tingkah laku sepanjang kelas

akronim berjalan. Kesimpulannya, penyelidik telah berjaya mengubah tingkah laku

responden dari negatif kepada positif dan dalam masa yang sama mengekalkan tingkah

laku positif yang sedia ada sepanjang kelas akronim berjalan.

8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Melalui kajian tindakan yang telah penyelidik jalankan, terdapat beberapa cadangan

penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh penyelidik seterusnya sebagai

kesinambungan dari kajian ini. Antara cadangannya ialah:

1. Menggunakan instrumen penilaian selain daripada instrumen yang digunakan

penyelidik dalam kajian ini. Contoh instrumen penilaian lain yang mungkin

boleh digunakan dalam kajian seterusnya ialah analisis dokumen.

Page 42: 1~42-LAPORAN AR LENGKAP

42

2. Selain itu, penyelidik menyarankan agar kajian seterusnya melibatkan guru

sebagai responden. Guru tersebut boleh diminta menilai perubahan yang belaku

setelah tindakan dijalankan.

3. Penggunaan akronim ini juga boleh digunakan untuk mengajar tajuk lain dalam

Sains. Namun, penyelidik seterusnya harus mencipta akronim baru untuk

kegunaan murid mereka.

4. Selain daripada penggunaan akronim, penyelidik seterusnya boleh mencipta

mnemonik lain bagi membantu murid dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Contoh mnemonik lain yang mungkin boleh digunakan ialah ayat

akronimik dan kata kunci.

5. Teknik Rajah DREBA ini juga boleh diaplikasi kepada golongan murid

berpencapaian tinggi dalam akademik. Tempoh masa yang diambil untuk

melaksanakan Rajah DREBA juga mungkin lebih singkat.