142662146 Soalan Ulangkaji Edu 3101

download 142662146 Soalan Ulangkaji Edu 3101

of 18

Transcript of 142662146 Soalan Ulangkaji Edu 3101

  • 8/12/2019 142662146 Soalan Ulangkaji Edu 3101

    1/18

    1

    SOALAN ULANGKAJI EDU 3101

    1. Sejarah pendidikan di Malaysia telah bermula dari sekolah pondok

    sehinggalah kepada sistem pendidikan moden yang ada pada hari ini.

    (a) Bincangkan ciri-ciri kurikulum yang diamalkan di sekolah pondok

    sebelum merdeka

    JAWAPAN:

    Pembelajaran pondok adalah berbentuk tradisional

    Tiada had umur, jantina atau kebolehan tertentu yang

    diselaraskan bagi calon-calon pelajar yang berkeinginan belajar di

    institusi ini kecuali dua perkara, iaitu boleh membaca tulisan Jawi

    dan boleh membaca al-Quran.

    Setiap orang sama ada lelaki atau perempuan, tua ataupun

    muda berhak belajar di institusi ini.

    Tidak ada sebarang yuran pengajian yang dikenakan sama

    ada bayaran bulanan ataupun tahunan.

    Tempoh pengajian pula bergantung kepada keupayaan

    pelajar itu sendiri. Jangka masa minimum adalah dua tahun,

    manakala jangka masa yang paling maksimum adalah sepuluh

    tahun.

    Sistem penilaian seperti peperiksaan tidak diwujudkan

    sebaliknya seseorang pelajar dibolehkan menyambung ke peringkat

    yang lebih tinggi berdasarkan kemampuannnya memahami

    pelajaran atau kitab yang baru dipelajari.

    Kebolehan akan dinilai dan akuan guru merupakan

    syahadah yang tidak ternilai dan tidak ditolak oleh mana-mana pihak

    pun. Bagi membuktikan kebolehan tersebut, pelajar hendaklah

    mempraktik dan mengamalkan setiap titis ilmu yang dipelajari. Bagi

    pelajar-pelajar yang agak lemah, mereka dikehendaki mengulangi

    semula pelajaran tersebut sehinggalan mereka boleh menguasainya

    dengan baik sebelum menyambung ke peringkat seterusnya.

    Waktu pembelajaran di semua institusi pondok adalah

    hampir serupa.

    Para belajar belajar tiga kali sehari; pagi, petang dan malam.

    Waktu pembelajaran untuk sesi pagi ialah seusai solat Fajar

    sehingga jam 12.00 tengahari. Waktu untuk sesi petang pula adalah

    sebaik menunaikan solat Zohor sehingga masuknya waktu solat

    Asar. Manakala waktu pembelajaran pada sebelah malam bermula

    selepas menunaikan solat Maghrib sehinggalah waktu Isyak.

    Melalui perolehan ilmu ini, mereka semua layak mendapat

    gelaran alim ulama dan mampu untuk memegang jawatan sebagai

    muazzin atau bilal, tok imam, ustaz, kadi, ketua kampung, penggawa

    ataupun penghulu mukim.

    Pemeringkatan dari satu tahap ke satu tahap dinilai

    berasaskan kepada kitab-kitab yang dibaca oleh para penuntut ilmu.

    Murid-murid yang lebih tua atau senior akan menjadi kepala

    mutalaah atau pun guru penolong kepada murid-murid di peringkat

    permulaan. Disebabkan tidak ada peringkat-peringkat yang jelas

    dalam sistem pengajian pondok, maka tidaklah terdapat sistem

    penilaian seperti peperiksaan dan sebagainya.

    Mengenai mata pelajaran pula, ia meliputi bidang ilmu

    syarak dan ilmu alat contohnya Fiqh, Usul al-Fiqh, Tafsir, Hadis,

    Mustalah Hadis, Tauhid, Tajwid, Sirah dan Tasawuf. Manakala mata

  • 8/12/2019 142662146 Soalan Ulangkaji Edu 3101

    2/18

  • 8/12/2019 142662146 Soalan Ulangkaji Edu 3101

    3/18

    3

    Quran sebagai pelajaran dasar di samping pelajaran-pelajaran yang

    lain. Pendidikan berbentuk nonformal juga biasa terdapat di institusi

    ersebut. Pembelajaran biasanya berlangsung di waktu lapang

    seperti pada waktu subuh, petang dan malam. Guru dalam

    pengajarannya menggunakan teknik hafalan.

    (b) Huraikan kepentingan Penyata Razak di dalam konteks perpaduan

    JAWAPAN: Pada zaman penjajahan, sistem pendidikan telah

    berkembang tanpa mengambil kira kepada keperluan pembangunan,

    pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Ianya

    berkembang mengikut identiti, taat setia dan keturunan mereka

    kepada negara asal. Ini memberi satu tekanan kepada

    pembangunan rakyat tempatan pada ketika itu. Bagi menggantikan

    sistem pendidikan penjajah, beberapa langkah telah diambil dan

    menggubal satu Dasar Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan

    untuk memenuhi keperluan negara dan menggalakkan

    perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik.

    Dasar Pendidikan di Malaysia telah melalui beberapa tahap

    perkembangan. Pembentukan Kabinet Persekutuan Tanah Melayu

    yang pertama merupakan tahap awal kepada terbentuknya Dasar

    Pendidikan di negara ini. Parti Perikatan yang mencapai

    kemenangan dalam pilihanraya pada tahun 1995 di bawah pimpinan

    Yang Berhormat Dato Tun Abdul Razak Hussien telah menubuhkan

    satu Jawatankuasa Pelajaran dan mensyorkan beberapa perubahan

    dalam sistem pendidikan. Laporan ini dikenali sebagai Penyata

    Razak (1956). Cadangan-cadangan penyata ini termaktub dalam

    Ordinan Pelajaran (1957). Penyata Razak ini mempunyai tujuan

    utama iaitu untuk menyatupadukan kaum di Malaysia yang mana

    pada waktu itu terpisah oleh bahasa dan budaya yang berbeza-

    beza. Antara matlamat utama Penyata Razak ini ialah :

    Semua sekolah di Tanah Melayu mempunyai satu sukatan

    yang sama.

    Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,

    bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah-

    sekolah.

    Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris wajib diajar di semua

    sekolah rendah dan menengah

    Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan

    India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu

    Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan

    kaun dapat dikurangkan.

    Mewujudkan masyarakat yang toleransi, berdisiplin,

    terlatih, liberal dan progresif.

    Terdapat pelbagai reaksi yang diperolehi dikalangan kaum

    termasuk parti politik kesan daripada Penyata Razak. Orang Melayu

    tidak berpuas hati dan syak wasangka terhadap kedudukan Bahasa

    Inggeris di sekolah. Selain itu juga Kesatuan Guru Sekolah Cina dan

    akhbar Cina menentang Perkara 12 iaitu objektif akhir adalah untuk

    menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di

    sekolah. Manakala Kesatuan Guru Sekolah Tamil menentang kerana

  • 8/12/2019 142662146 Soalan Ulangkaji Edu 3101

    4/18

    4

    berpendapat bahawa kemajuan Sekolah Tamil akan terencat. Akibat

    terlalu banyak penentangan terhadap Penyata Razak maka satu

    jawatankuasa pula ditubuhkan untuk mengkaji semula Laporan

    Razak. Hasil semakan dan kajian semula yang dijalankan terhadap

    Laporan Razak, maka terhasillah Laporan Rahman Talib pada tahun

    1960.

    Secara umumnya Laporan Rahman Talib bersetuju dan

    menyokong hampir kesemua dasar yang dicadangkan oleh Laporan

    Razak, dan terhadap beberapa usul tambahan. Dalam mencapai

    matlamat menyatupadukan kaum, Laporan Rahman Talib

    mengsyorkan supaya pendidikan di peringkat sekolah rendah

    diberikan secara percuma, dan membolehkan kanak-kanak

    menikmati alam persekolahan dalam sistem pendidikan. Semua

    sekolah yang menerima bantuann kerajaan ditukar menjadi Sekolah

    Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Dengan ini perlbagai

    kaum dapat memelihara bahasa dan budaya masing-masing.

    Manakala untuk mewujudkan dan mengeratkan perpaduan

    kaum, peperiksaan juga telah diadakan dalam satu bahasa iaitu

    sama ada Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris. Melalui laporan

    Razak dan Laporan Rahman Talib ini terbentuklah Akta Pelajaran

    1961. Akta Pelajaran ini dibentuk bertujuan untuk mencapai

    perpaduan kaum di Malaysia melalaui sistem Pendidikan. Akta

    Pelajaran 1961 telah menggariskan tiga asas utama iaitu

    keseragaman sistem persekolahan, penggunaan Bahasa

    Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, dan kurikulum serta

    peperiksaan sekolah yang sama dari segi kandungan dan bercorak

    kebangsaan.

    Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu titik hitam dalam sejarah

    Malaysia. Peristiwa rusuhan kaum memberi pengajaran yang besar

    kepada kerajaan untuk mengatasi masalah pertembungan antara

    etnik-etnik di Malaysia. Pada tahun 1970, kerajaan

    memperkuatkuasakan dua perkara penting iaitu Rukun Negara dan

    Dasar Ekonomi Baru untuk mewujudkan keseimbangan di antara

    kaum-kaum dan memupuk perpaduan dikalangan rakyat di Malaysia.

    Bidang pendidikan menjadi teras penting untuk menjayakan objektif

    Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru iaitu mencapai perpaduan

    dan integrasi kaum di negara ini. Pemurnian Dasar Pendidikan untuk

    mencapai integrasi kaum berterusan apabila kerajaan menubuhkan

    Jawatankuasa Kabinet pada tahun 1974 yang bertujuan menyemak

    kembali Dasar Pendidikan Kebangsaan. Jawatankuasa ini

    dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad yang pada ketika

    itu memegang jawatan sebagai Menteri Pelajaran Malaysia. Dalam

    laporan itu menyatakan tujuan jawatankuasa ini :

    Mengkaji semula matlamat dan kesannya sisitem pendidikan

    termasuk kurikulumnya, dalam rangka Dasar Pendidikan

    Kebangsaan yang wujud, dengan tujuan memastikan bahawa

    keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi sama ada dari segi

    jangka pendek mahupun jangka panjang, dan lebih-lebih lagi untuk

    memastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat

    negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu

    berdisiplin dan terlatih (Mohamad Rodzi Abd Razak, 2009: 100).

    Laporan jawatankuasa ini adalah sama seperti laporan-

    laporan yang terdahulu iaitu untuk menyatupadukan rakyat seperti

    yang terdapat dalam Akta Pelajaran 1961. Menjadikan pendidikan

  • 8/12/2019 142662146 Soalan Ulangkaji Edu 3101

    5/18

    5

    sebagai alat utama untuk mencapai perpaduan di negara ini. Oleh itu

    aspek bahasa telah menjadi penekanan utama untuk mencapai

    hasrat kerajaan. Dalam laporan ini, matlamat pendidikan Bahasa

    Malaysia ( Bahasa Melayu ) sebagai bahasa ilmu, bahasa

    komunikasi utama dan bahasa untuk menyatukan rakyat. Melalui

    laporan Jawatankuasa Kabinet juga, Pusat Perkembangan

    Kurikulum telah memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah

    (KBSR) pada tahun 1983 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah

    Menengah (KBSM) pada tahun 1983. Kerajaan juga

    memperkenalkan Falsafah Pendidikan Negara pada tahun 1988

    untuk membentuk individu murid yang menyeluruh dan seimbang

    dari segi jasmani, emosi, intelek dan rohani, emosi dan jasmani.

    Menjelang tahun 1995, kerajaan telah meluluskan Akta

    Pendidikan 1996. Akta ini menggantikan Akta Pendidikan 1961,

    tetapi masih menyokong matlamat menyatupadukan kepelbagaian

    kaum di Malaysia menerusi pendidikan. Akta ini menampilkan

    beberapa perubahan besar terhadap dasar pendidikan negara dan

    dianggap sebagai dasar yang sangat liberal. Ia dianggap

    membayangkan perubahan sikap masyarakat Melayu dan

    memenuhi beberapa impian masyarakat Cina. Akta ini juga memberi

    penekanan kepada peningkatan pendidikan prasekolah, pendidikan

    swasta, pendidikan keguruan, pendidikan teknikal dan pendidikan

    khas. Dalam seksyen 17 Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan

    bahawa bahasa kebangsaaan adalah bahasa pengantar utama

    dalam sistem pendidikan kebangsaan kecuali di Sekolah Rendah

    Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan

    Tamil.

    Terdapat 3 fokus utama dalam Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan iaitu yang pertama ialah perkembangan individu secara

    menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Kedua adalah perpaduan

    rakyat dan yang ketiga pendidikan sepanjang hayat ke arah

    membina masyarakat yang aman dan makmur. Melalui Falsafah

    Pendidikan Kebangsaan kerajaan mewajibkan murid tahap 2 di

    sekolah-sekolah rendah terlibat dan menyertai aktiviti unit

    beruniform, persatuan dan sukan. Penglibatan murid dalam aktiviti

    sebegini boleh memupuk semangat perpaduan dikalangan murid

    yang terlibat jika dipupuk dari peringkat kecil lagi.

    Pada tahun 2011, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri

    Muhyidddin Yassin telah melancarkan dasar 1 Murid 1 Sukan. Dari

    segi rasionalnya, dasar ini menyumbang kepada pertandingan yang

    sihat, semangat muhibbah, kesefahaman, toleransi dan

    meningkatkan nilai-nilai moral dan fizikal yang memberi satu

    landasan yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumulan

    etnik kepada satu bangsa yang bersatu padu serta memupuk

    semangat cintakan negara.

    Kesimpulannya pelbagai Dasar Pendidikan telah

    dilaksanakan bermula daripada saat negara bebas daripada

    penjajahan British sehinggalah ke hari ini. Antara fokus utama dasar-

    dasar ini di samping untuk memberi pendidikan kepada rakyat ianya

    jelas menjadi alat terpenting untuk menyatupadukan dan

    mengintegrasikan etnik yang pelbagai di negara ini. Dasar-dasar ini

    berkembang dan berubah dari masa ke masa untuk memenuhi

    kehendak dan keadaan semasa. Walaupun dasar ini seringkali

    berubah, namun ia tidak lari daripada misinya yang asal iaitu

  • 8/12/2019 142662146 Soalan Ulangkaji Edu 3101

    6/18

    6

    membangunkan sesebuah negara di mana rakyatnya berbilang

    kaum, bersatu padu untuk memacu negara ke arah kegemilangan

    dan mampu bersaing dalam arus golbalisasi yang semakin

    mencabar.

    2. Falsafah pendidikan memainkan peranan penting dalam

    perkembangan pendidikan sesebuah negara

    (a) Jelaskan maksud kepercayaan dankepatuhan kepada Tuhan dalam

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    JAWAPAN:Unsur yang wajib diterapkan dalam setiap diri individu adalah

    kepercayaan kepada Pencipta kerana kehidupan beragama merupakan fitrah

    semula jadi bagi setiap manusia. Di Malaysia, agama rasmi ialah agama

    Islam. Di samping itu, agama-agama lain bebas dianuti oleh penganut-

    penganut agama lain.

    (b) Huraikan bagaimana Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat

    dijadikan panduan guru dalam merancang aktiviti pengajaran dan

    pembelajaran yang berkesan

    JAWAPAN: Unsur pertama dalam FPK ialah, pendidikan adalah

    satu usaha berterusan hal ini dapat dilihat dan dihayati dengansistem pendidikan negara kita. Guru-guru perlu mengajar anak-anak

    muridnya menguasai belajar cara belajar untuk belajar sepanjang

    hayat bagi menjayakan unsur belajar sepanjang hayat. Konsep

    belajar cara belajar ini diterapkan oleh UNESCO (1995). Antara

    konsepnya ialah belajar untuk mengetahui (Learning to know),

    belajar untuk membuat (learning to do), belajar untuk menjadi insane

    sempurna (Learning to Be) dan akhir sekali belajar untuk hidup

    bersama (learning to live together).

    Unsur kedua dalam FPK ialah memperkembangkan potensi individu.

    Dalam diri manusia ini sebenarnya terkandung bakat yang

    terpendam, yang tidak disedari dan harus dicungkil. Guru bukan

    sahaja mencungkil bakat yang terpendam malahan memajukan serta

    membuka peluang kepada pelajar yang berbakat untuk menonjolkan

    bakat tersebut kepada khalayak antarabangsa.

    Mata pelajaran elektif yang diajar adalah bertujuan untuk mencungkil

    bakat pelajar. Matapelajaran yang dimaksudkan ialah Pendidikan

    Seni Visual, Kemahiran Hidup, Pendidikan Jasmani dan suluruh

    matapelajaran yang diajar di sekolah-sekolah teknik dan

    vokasiaonal.

    Keseimbangan dalam aspek JERIS boleh dicapai dalam proses

    P&P. Keseimbangan dalam aspek jasmani dipupuk melalui

    matapelajaran pendidikan jasmani. Bagi menguatkan fizikal sekolah

    sepatutnya melakukan senaman regangan sebelum memulakan

    pelajaran.

    3. Kurikulum merupakan panduan asas dalam pengajaran dan

    pembelajaran di bilik darjah

    (a) Jelaskan maksud objektif pengajaran dalam proses pembentukan

    kurikulum berdasarkan Model Tyler dan Stenhouse.

  • 8/12/2019 142662146 Soalan Ulangkaji Edu 3101

    7/18

    7

    JAWAPAN:

    Model Tyler

    Menurut Tyler, kurikulum ialah segala pembelajaran yang di arah,

    dirancang, dikelola dan dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk mencapaimatlamat pendidikan yang ditentukan. Kurikulum merangkumi objektif

    pendidikan, segala pengalaman yang dirancang dan penilaian pelajar. Beliau

    menegaskan penggunaan objektif dalam perkembangan kurikulum dan

    pendidikan dianggap alat untuk mencapai suatu tujuan. Mengikut Tyler lagi,

    tujuan sebenar pendidikan adalah untuk membawa perubahan dalam

    tingkah laku murid-murid.

    Semasa mereka kurikulum, beliau mementingkan empat soalan asas

    kurikulum. Soalan2 tersebut adalah:

    1. Apakah tujuan pendidikan yang perlu dicapai?2. Bagaimanakah pengalaman pembelajaran untuk mencapai

    objektif?

    3. Bagaimanakah pengalaman pembelajaran disusun untuk

    pengajaran berkesan?

    4. Bagaimanakah keberkesanan pengalaman pembelajaran dapat

    dinilai?

    Empat soalan ini juga merupakan empat prinsip asas bagi model kurikulum

    Tyler ini. Hasil daripada prinsip2 asas ini, peranan ahli kurikulum dan guru

    bertukar menjadi ahli sains.

    Penekanan terhadap pembentukan objektif tingkah laku sebagai tujuan asal

    proses pendidikan:

    Membawaperubahan yang signifikan terhadap pola tingkahlaku pelajar.

    Perubahan terhadap pelajar berlaku bagi setiap kali perubahan pernyataan

    objektif sekolah.

    Kekuatan model ini dalam pendekatan terhadap teori kurikulum dan

    praktis: ia amat bersistematis dan mempunyai kekuatan untuk mengurus -

    dengan membentuk objektif tingkah lakumenyediakan idea yang jelas

    terhadap hasilan agar kandungan dan tatacara dapat disepadukan serta dapat

    dinilai hasilan tersebut

    MODEL STENHOUSE

    Kurikulum sebagai Proses;

    Kurikulum bukan bersifat fizikal tetapi merupakan interaksi di antara

    guru, pelajar dan ilmu pengetahuan;

    Kurikulum merupakan apa yang sebenarnya berlaku di bilik darjah serta

    persedian-persedian yang dilakukan, dan menilai;

    Proses yang aktif dan dikaitkan dengan penaakulan praktikal yang

    diperkenalkan oleh Aristotle;

    Suatu percubaan untuk menerangkan prinsip-prinsip dan ciriciri usul

    Pendidikan di dalam bentuk yang telus dan berupaya menterjemahkannya

    ke dalam bentuk amalan (sila buat rujukan lanjut kepada transparensi);

    Berupaya untuk menyediakan asas bagi merancang sesuatu kursus, meneliti

    secara empiris serta dapat dijadikan asas menjustifikasikannya.

    Menawarkan untuk: Proses Perancangan:

    = prinsip pemilihan kandungan: apa yang perlu diajar dan dipelajari

    = prinsip pembentukan strategi pengajaran: bagaimana ia patut diajar dan

    dipelajari

    Objektif Kandungan Kursus

    PenilaianTatacara

  • 8/12/2019 142662146 Soalan Ulangkaji Edu 3101

    8/18

    8

    = prinsip menentukan susunan pengajaran

    = panduan secara praktis untuk melaksanakan kurikulum dalam

    konteks sekolah yang berlainan, dalam konteks para pelajar, situasi rakan

    sebaya dan persekitaran

    = maklumat mengenai kepelbagaian kesan hasil daripada pelbagai konteks

    situasi dan pelajar serta memahami faktor-faktor kepelbagaian tersebut;

    Justifikasi : Pembentukan matlamat kurikulum yang boleh dikawal selia;

    Melihat kurikulum sebagai suatu bentuk spesifikasi tentang amalan

    pengajaran ( suatu cara menterjemahkan idea pendidikan kepada

    hipotesis yang boleh diuji : menggalakkan pengujian secara kritis dan

    bukan menerima secara membuta tuli ; ia bukan sebagai kurikulum

    pukal yang direkabentuk dengan tujuan untuk disampaikan di mana-mana sahaja);

    Hasilan bukan lagi merupakan ciri asas yang penting dan bukan untuk

    mendefinisi fiturnya. Apa yang penting menurut model teori dan amalan

    kurikulum ini ialah kandungan dan cara akan berkembang maju apabila

    guru dan pelajar berinteraksi dan bukannya menentukan objektif tingkah

    laku yang ketat ; dan

    Mengikut model ini, pelajar bukannya objek pasif untuk diajar. Mereka

    perlu sama-sama menentukan bagaimana sesuatu sesi pengajaran dan

    pembelajaran perlu dilaksanakan. Fokus utamanya ialah terhadap prosesinteraksi (perubahan tumpuan daripada pengajaran kepada pembelajaran:

    bagi guru, proses pembelajaran diberi penekanan yang utama).

    (b) Huraikan dengan contoh2 yang jelas, ciri bersepadu yang terdapat

    dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

    Selaras dengan prinsip KBSR, kesepaduan dalam bidang-bidang

    mata pelajaran merangkumi aspek teori dan amali serta nilai murni

    bagi melahirkan insan yang seimbang perkembangannya.

    Kesepaduan boleh dilaksanakan melalui

    a) Kurikulum

    PENGETAHUAN DAN

    KEMAHIRAN

    -

    Memperkembangkanpel

    bagaikemahiran

    - Membinaintelek

    -

    Mengembangkandayape

    mikiran

    -

    Dikaitkandengankehidup

    anseharian

    NILAI MURNI

    -Baikhati

    -Berdikari

    -Hemahtinggi

    - Hormat

    - Kasihsayang

    - Keadilan

    - Kebebasan

    - Keberanian

    - Kesederhanaan

    BAHASA

    -Tumpuandiberikankepadaaspek-

    aspekbahasa yang betul

    BahasaMelayusebagaibahasakebang

    saanterusdipertingkatdandimantapk

    an

    Penekanankepadaketepatanberkom

    unikasidalampelbagaisituasi

  • 8/12/2019 142662146 Soalan Ulangkaji Edu 3101

    9/18

    9

    b) Kokurikulum

    Lanjutan daripada proses pengajaran dan

    pembelajaran di bilik darjah yang dilaksanakan

    melalui pasukan pakaian seragam, persatuan, kelab

    atau sukan dan permainan.

    Mengukuhkan, menambahkan serta mengamalkan

    kemahiran murid yang telah dipelajari di bilik darjah

    c) Budaya sekolah

    Merangkumi seluruh persekitaran diri pelajar di

    sekolah Persekitaran yang baik dan kondusif akan

    menggalakan proses pengajaran dan pembelajaran

    berlaku dengan baik

    Perkara utama yang perlu diberi penekanan :

    Keadaan fizikal sekolah yang baik

    Aspek sosial sekolah yang dapat

    merangsang pembinaan insan yang baik

    Budaya ilmu yang positif

    Penggunaan bahasa yang baik

    4. Kurikulum merupakan panduan asas di dalam perancangan dan

    pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

    (a) Huraikan objektif pendidikan inklusif

    JAWAPAN: Pendekatan Pendidikan Inklusif dilaksanakan di sekolah

    tertentu di seluruh negara bagi memenuhi keperluan murid dan juga

    permintaan ibu bapa. Dasar sedia ada yang diterima pakai sekian lama

    memperuntukkan hak mendapat pendidikan formal bagi kanak-kanak

    berkeperluan khas, dan dasar tersebut diperkukuh oleh dasar Pendidikan

    Wajib dan Pendidikan untuk Semua yang kini menjadi asas perkiraan

    dalam perancangan pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia. Dengan

    termaterai dua dasar tersebut, pendekatan pendidikan inklusif menjadi

    perkara penting dalam menghadapi cabaran dan isu-isu semasa pendidikan

    khas. Oleh itu terdapat keperluan pendidikan inklusif dilaksanakan dalam

    arus perdana sistem pendidikan di Malaysia kerana merangkumi keperluan

    kesamarataan hak asasi, keperluan pendidikan berkualiti dan keperluan

    sosial.

    3.1 Keperluan Kesamarataan hak asasi

    Malaysia mengamalkan sistem pendidikan berpusat dan Kementerian

    Pelajaran bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan

    pendidikan formal untuk setiap kanak-kanak termasuk individu

    berkeperluan khas atau kurang upaya. Dalam Akta Pendidikan 1996, konsep

    ketidakupayaan (disabled) adalah merangkumi murid yang mempunyai

    masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran (Bahagian H,

    Seksyen 41). Secara umumnya setiap individu berhak mendapat hak yang

    sama rata termasuklah keperluan pendidikan mengikut keupayaan masing-

    masing termasuklah untuk golongan kurang upaya. Ini kerana semua kanak-

  • 8/12/2019 142662146 Soalan Ulangkaji Edu 3101

    10/18

    10

    kanak mempunyai hak untuk belajar dan dididik di persekitaran yang sama

    dengan rakan sebaya yang lain.

    Pelbagai deklarasi antarabangsa menyokong bahawa pendidikan inklusif

    adalah suatu hak bagi kanak-kanak. Malahan mengasingkan kanak- kanak

    ke dalam kelas khas juga adalah suatu diskriminasi. Akta PendidikanKebangsaan menyatakan bahawa pendidikan yang diberikan kepada rakyat

    Malaysia adalah pelbagai dan skop yang komprehensif agar memenuhi

    keperluan negara, memupuk perpaduan negara melalui pembangunan

    budaya, sosial,ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip

    Rukunegara. Oleh itu golongan bekeperluan khas juga seharusnya diberi

    peluang untuk sama- sama menikmati hak kesamarataan termasuklah dalam

    aspek pendidikan yang lebih berkualiti. Oleh itu keperluan pendidikan

    inklusif dan kaedah yang lebih sesuai bagi pendidikan ini dalam setiap

    kategori pendidikan khas haruslah dipertingkatkan untuk kemajuan

    golongan kurang upaya bukan sahaja dalam aspek pendidikan malahan

    segala aspek lain.

    3.2 Keperluan Pendidikan Berkualiti

    Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan

    negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi

    kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika,

    ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik,

    liberal dan dinamik. Sistem pendidikan yang bertaraf dunia seharusnya

    memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi

    gagasan sesebuah Negara. Oleh itu pendidikan inklusif merupakan strategi

    jangka masa panjang yang baik untuk meningkatkan taraf pendidikan

    golongan bekeperluan khas di Negara kita. Ini kerana pendidikan

    seharusnya menjadi asset kepada setiap individu termasuklah golongan

    bekeperluan khas. Ketidakupayaan tidak boleh dijadikan alasan untuk

    keciciran mendapatkan pendidikan kerana pelbagai kaedah boleh

    dilaksanakan dalam menyediakan perkhidmatan kepada golongan

    bekeperluan khas .

    Pendidikan inklusif memberi peluang kepada individu untuk berada dalam

    persekitaran masyarakat yang sebenar melalui sistem pendidikan. Situasi ini

    membantu pelajar untuk berinteraksi dengan persekitaran yang pelbagai

    serta melatih diri berhadapan dengan kehidupan masa depan kelak. Kajian

    menunjukkan bahawa kanak-kanak menunjukkan prestasi akademik dan

    sosial yang lebih tinggi apabila mereka belajar dalam suatu persekitaran

    yang sama. Oleh itu pendidikan inklusif perlu dilaksanakan bukan sahaja di

    sekolah- sekolah yang terpilih namun di setiap sekolah dan pusat- pusat

    biasa untuk memudahkan akses pendidikan kepada golongan bekeperluan

    khas. Pendidikan Inklusif juga sebenarnya menjimatkan banyak masa,

    tenaga dan material kepada pelbagai pihak seperti pelajar, keluarga, guru,

    sekolah dan kerajaan. Ini kerana pendidikan inklusif menjadi sebahagian

    daripada pendidikan arus perdana di Negara kita.

    3.3 Keperluan Sosial

    Pendidikan Inklusif bukan sahaja bertujuan untuk menyediakan

    perkhidmatan pendidikan kepada golongan bekeperluan khas malahan

    untuk mewujudkan hubungan kemanusiaan di antara ahli masyarakat. Ini

    kerana realitinya masyarakat terutamanya kanak- kanak tidak didedahkan

    dengan golongan kurang upaya sehinggakan menimbulkan sikap prejudis,

    takut dan tidak peduli terhadap golongan bekeperluan khas. Pelaksanaan

    Pendidikan Inklusif dalam sistem pendidikan arus perdana mengajar kanak-

    kanak untuk menerima golongan bekeperluan khas secara lebih semulajadi.

    Pendidikan inklusif berpotensi untuk mengurangkan rasa takut dan

    membina persahabatan, rasa hormat dan sikap memahami terhadap OKU.

    Ini kerana semua individu memerlukan pendidikan yang akan membantu

    mereka membina persahabatan dan persediaan untuk kehidupan di arus

    perdana. Bagi tujuan jangkamasa panjang pendidikan inklusif membantu

    pelajar bekelerluan khas untuk berfungsi ke tahap optimum mengikut

    kemampuan diri sendiri serta mengurangkan kebergantungan kepada orang

    lain.

  • 8/12/2019 142662146 Soalan Ulangkaji Edu 3101

    11/18

    11

    (b) Bincangkan implikasi sekolah berprestasi tinggi kepada usaha guru

    dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

    JAWAPAN:

    Meningkatkan Daya Tarikan Keguruan dan Menghasilkan GuruTerbaik

    Kualiti guru merupakan penentu utama kepada prestasi pelajar

    seperti ditunjukkan dalam Carta 5-7. Pengalaman daripada sistem

    sekolah berprestasi tinggi global menunjukkan bahawa prestasi

    pelajar akan hanya boleh ditingkatkan dengan meningkatkan

    keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sistem

    sekolah berprestasi tinggi berupaya menarik dan menerima hanya

    calon terbaik sebagai guru, meningkatkan prestasi mereka secara

    berterusan serta memupuk budaya berprestasi tinggi di sekolah.

    Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan akan mengambil pendekatan

    yang sistematik untuk meningkatkan kualiti guru baru serta

    menambah baik kualiti dan profesionalisme guru sedia ada.

    Mempertingkatkan Kualiti Guru Baru Secara Signifikan

    Setiap tahun, KPM menerima lebih 175,000 permohonan untuk

    menyertai profesion keguruan dan 20,000 orang ditempatkan di

    sekolah. Ramai pemohon tidak mempunyai sikap dan aptitud yang

    sesuai untuk menjadi guru. Daripada permohonan kemasukan ke

    program latihan perguruan di IPG pada tahun 2010, hanya 7%mendapat 7A dan ke atas dalam SPM. Bagi Kursus Perguruan

    Lepasan Ijazah pula, hanya 3% pemohon mempunyai purata gred

    terkumpul 3.5 dan ke atas daripada 4.0. Ini menunjukkan profesion

    keguruan bukanlah pilihan calon cemerlang.

    Profesion keguruan di Australia atau Singapura sentiasa menjadi

    pilihan utama siswazah. Di Republik Korea dan Finland pula,

    kelayakan untuk memohon program latihan perguruan hanya terhad

    kepada 10% dan 15% siswazah terbaik daripada setiap kohort.

    Syarat kemasukan yang ketat membantu meningkatkan imej

    profesion keguruan sebagai profesion yang hanya menerima calon

    terbaik.

    JAWAPAN:

    Guru memberi penekanan terhadap pembelajaran yang

    koperatif. (mementingkan tugasan permasalahan & projek).

    Melaksanakan aktiviti kreatif memperkembangkan kreativiti

    pemikiran.

    Memberi sokongan dan galakan untuk memupuk daya kreativiti

    dan membangkitkan semangat.

    Meningkatkan kecerdasan dan mempelbagaikan teknik

    memotivasikan pelajar.

    Merumuskan tujuan belajar dan mengaitkan dengan minat.

    Menerapkan kemahiran bertanya kepada pelajar.

    Melaksanakan aktiviti pengajaran dengan urutan sistematik.

    Melaksanakan penilaian diagnostik.

    5. Bincangkan aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh

    guru di sekolah bagi melahirkan insan yang harmoni dan

    seimbang dalam amalan hidup mereka.

    JAWAPAN:

    Insan yang seimbang dan harmonis bermaksud insan yang emiliki

    dan menghayati ilmu pengetahuan, berakhlak mulia, mempunyai

    kepercayaan dan keyakinan yang teguh kepada Tuhan, mempunyai

    fikiran dan jiwa yang tenteram, tubuh badan yang sihat dan cergas

    serta dapat bekerjasama dengan orang lain.

    Antara cadangan aktiviti yang dapat dilaksanakan ialah meliputi

    intelek, rohani, emosi, jasmani dan kognitif.

  • 8/12/2019 142662146 Soalan Ulangkaji Edu 3101

    12/18

    12

    menghayati ilmu pengetahuan

    mengalakkan pelajar dalam kepimpinan

    mengadakan bengkel atau seminar

    mengalakkan penglibatan pelajar dalam sukan

    mengadakan gotong-royong

    penghayatan dalam beragama

    bersifat penyayang dan membantu pelajar serta membimbing

    mereka

    menunjukkan kepimpinan melalui teladan kepada para pelajar.

    Mendedahkan dengan latihan olahraga dan aktiviti fizikal yang

    lain untuk membina daya tenaga, daya tahan, ketangkasan dan

    pergerakan yang cekap.

    6. Konsep ibadah berkait rapat dengan tanggungjawab seorang

    guru terhadap agama, diri, masyarakat dan negara. Bincangkan

    bagaimana anda dapat menerapkan konsep kerja sebagaiibadah.

    JAWAPAN:

    merancang aktiviti pelajar berdasarkan sukatan pelajaran dan

    melaksanakannya dalam bilik darjah mengikut strategi pengajaran yang

    sesuai.

    membimbing pelajar supaya mereka berusaha belajar secara individu

    atau berkumpulan. bertindak sebagai pengurus bilik darjah seperti

    menyusun rutin bilik darjah, menentu corak penyusunan meja dan

    sebagainya. menjaga disiplin pelajar serta membantu mereka membentuk sahsiah

    dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma masyarakat.

    Menjadi contoh model hidup di mana tingkah laku guru menjadi contoh

    teladan kepada pelajar.

    bersikap ikhlas, jujur dan menghayati tugas dan peranannya sebagai

    ibadah.

    7. Huraikan implikasi perubahan-perubahan yang berlaku dalam

    KSSR terhadap guru

    JAWAPAN:

    Perubahan sistem pendidikan di negara kita bermula pada tahun lepassedikit sebanyak memberikan beberapa imlikasi terhadap pendidikan negara

    dari segi perkembangan murid-murid di sekolah, cara pengajaran dan

    pembelajaran, bahan dan sokongan kurikulum, prasarana sekolah, dan

    penerapan nilai-nilai yang murni ke dalam diri setiap rakyat.

    guru menyediakan modul pengajaran yang sesuai di sekolah.

    Guru-guru perlu membuat pentaksiran setiap masa bagi mengelakkan

    murid-murid daripada keciciran dalam pelajaran. Guru-guru perlu bijak

    dalam mengajar murid-murid di sekolah.

    Guru perlu mempelbagaikan gaya pengajaran. Guru-guru tidak lagi

    menggunakan 100% sukatan buku teks, malah mereka mengeluarkan

    dan mengaplikasikan idea-idea mereka dalam bentuk pengajaran di

    dalam kelas. Murid-murid juga digalakkan memberi idea dan pendapat

    semasa pembelajaran di dalam kelas.

    Guru-guru perlu menyediakan rancangan pengajaran harian mengikut

    ketetapan peruntukan masa yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

    Guru perlu menerapkan nilai-nilai kemasyarakatan seperti kecintaan

    terhadap alam sekeliling melalui pengajaran subjek Pendidikan Sivik

    dan Kewarganegaraan.

    Menerapkan nilai-nilai kepercayaan dan kesetiaan beragama dapat

    dipupuk melalui Pendidikan Agama Islam iaitu pendidikan yang penuhdengan nilai-nilai holistik. Hal ini akan melahirkan rakyat yang berjiwa

    murni dan sosial di negara kita akan terjaga daripada ancaman gejala

    sosial.

    8. Bincangkan perkara-perkara yang menjadi dasar dalam

    pembentukan Falsafah Pendidikan Islam

    JAWAPAN: Menurut Omar al-Syaibani (1991)merumuskan bahawa,

    prinsip yang terdapat dalam FPI adalah seperti berikut:

  • 8/12/2019 142662146 Soalan Ulangkaji Edu 3101

    13/18

    13

    Sesuai dengan roh Islam, akidah dan undang-undang Islam.

    Berkaitan dengan realiti masyarakat.

    Pembinaannya berkaitan dengan aspek kehidupan manusia yang

    berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman kemanusiaan.

    Bersifat universal didasarkan kepada faktor sosial, budaya, spritual,

    ekonomi dan lain-lain.

    Bersifat memilih supaya ia sesuai dengan roh Islam.

    Bebas daripada sebarang percanggahan.

    Didasarkan dengan contoh yang jelas.

    Dinamik dan mempunyai contoh-contoh yang jelas.

    9. Bincangkan dengan contoh-contoh yang jelas perbezaan dan

    persamaan FPK dan FPI.

    JAWAPAN:

    PERSAMAAN

    Pendidikan berterusan

    Perkembangan yang seimbang

    Untuk kesejahteraan diri, masyarakat dan negara

    PERBEZAAN

    FPI:Melahirkanrakyatyang :-

    Mempunyai kepercayaan kepada Tuhan

    Patuh kepada ajaran agama Berilmu pengetahuan

    Berketrampilan

    Berakhlak mulia

    Bertanggungjawab

    Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

    Memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran :

    FPK: Melahirkan rakyat yang :-

    Memperkembangkan potensi individu

    Menyeluruh dan bersepadu

    Insan yang seimbang dan harmonis

    Unsur intelek

    Unsur rohani dan emosi

    Unsur jasmani

    Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

    Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan

    Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia dan bertanggungjawab

    Rakyat Malaysia yang berupaya menikmati kesejahteraan diri

    Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan

    Keharmonian dan kemakmuran masyarakat

    dan negara

    10. Huraikan ciri-ciri falsafah pendidikan essentialisme dari aspek kurikulum,

    pedagogi, peranan murid dan peranan guru di bilik darjah.

    JAWAPAN:

    Aspek kurikulum

    kurikulum falsafah ini lebih memfokuskan masa hadapan. Mata pelajaran

    kesarjanaan diutamakan; sains; sastera; matematik; logik; falsafah; moral; 3M;

    tamadun (Amerika Syarikat); tumpuan kepada kandungan; kurikulum bersifat

    hirarki.

    Aspek pedagogi

    Mengutamakan disiplin dan kegigihan; penguasaan konsep diutamakan; banyak

    elemen latihan dan latihtubi; kaedah teacher-centered

    Peranan murid

    disiplin tinggi; gigih berusaha untuk capai kecemerlangan dalam pendidikan.

    keluarga

    masyarakat

    negara

  • 8/12/2019 142662146 Soalan Ulangkaji Edu 3101

    14/18

    14

    Peranan guru

    tokoh berwibawa dari segi ilmu dan teladan moral; pakar; reflektif; ahli fikir,kreatif

    membentuk iklim kondusif pembelajaran serta mahir mengaplikasikan segala bentuk

    peneguhan, ganjaran mahupun menguruskan disiplin dan bilik darjah.

    11. Bincangkan sumbangan Maria Montessori di dalam bidang perkembangan

    awal kanak-kanak

    JAWAPAN:

    Menghormati kanak-kanakdanhakmereka.

    Konsepkebebasan.

    Menguasaikemahirandarimudahkesukar.

    Kanak-kanakdididiksecarabersepadudanmenyeluruh.

    Kanak-kanakmelakukanaktivitiarahankendiri.

    Pentingnyadisiplindiri.

    Terdapattempohsensitif yang berbezabagisetiapkanak-kanak. Kanak-kanakmenyerapmasukpengetahuandanmenggunakanya.

    Kanak-kanakmengajardirimerekasendiri.

    Kanak-kanak belajar dengan lebih baik dalam persekitaran yang

    disediakan hendaklah membolehkan kanak-kanakbelajarsecarasendiri.

    12. Sejauhmanakah FPG memberikan implikasi positif terhadap sistem

    pendidikan negara.

    JAWAPAN:Di dalam institusi pendidikan pada zaman ini kita dapat melihat

    perubahan yang amat ketara berbanding dengan institusi pendidikan pada

    zaman dahulu. Perubahan yang amat ketara dapat dilihat melaluiperkembangan infrasturktur yang dibina di sekolah. Hal ini bertujuan untuk

    memberi peluang terhadap para pelajar bagi mengembangkan lagi potensi

    yang ada dalam diri para pelajar dari segi intelek, rohani, emosi, sosial, dan

    jasmani secara menyeluruh dan seimbang. Selain itu juga, aktivitiaktiviti

    budaya di sekolah telah mengalami perubahan bagi memupuk nilainilai

    murni dalam jiwa para pelajar. Perubahan iklim di sekolah secara kondusif

    bagi melahirkan pelajarpelajar yang amat mencintai ilmu dan seterusnya

    memupuk budaya membaca dalam kalangan mereka.

    13. Huraikan secara kritis implikasi Laporan Rahman Talib kepada

    sisitem pendidikan kita.

    JAWAPAN:Laporan Talib yang diperakukan dalam Akta Pendidikan 1961 telah

    mengabdikan cita-cita yang terkandung dalam Laporan Razak dan menggariskan

    hasrat sistem pendidikan Kebangsaan yang terdapat sekarang. Terdapat empat aspek

    penting dalam laporan ini iaitu:-

    Menjadi titik permulaan ke araH pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai bahasa

    pengantar utama dan proses penukaran bahasa pengantar.

    Mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang sarna walaupun berlainan

    bahasa di peringkat rendah, menengah,dan menengah atas.

    Memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional untuk keperluan

    tenaga mahir.

    Memberi penekanan kepada pendidikan moral dan keagamaan untuk keperluan

    kerohanian sebagai teras.

    Di antara beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat dari Laporan Razak yang

    dikenali dengan Laporan Rahman Talib ialah:

    Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma

    Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan.

    Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15

    tahun.

    Murid naik darjah secara otomatik

    Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurannya 15

    orang.

    Pendidikan akhlak dititikberatkan.

    Selepas itu Sistem Pendidikan Anika Jurusan ditubuhkan pada 1965 bagi SekolahMenengah Rendah menggantikan Sistem Pelajaran Lanjutan yang dihapuskan. Mata

    pelajaran aneka jurusan di sekolah menengah pada waktu itu ialah Seni Perusahaan,

    Sains Rumah tangga, Sains Pertanian dan Perdagangan.

    Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum

    yang ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat

    itu memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan. Misalnya orang Melayu

    tinggal di kampung-kampung dan pinggir pantai, kaum Cina tiggal di kawasan

    perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah

    amat sukar untuk menyatukan mereka.

  • 8/12/2019 142662146 Soalan Ulangkaji Edu 3101

    15/18

    15

    Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula laporan-laporan seperti

    Laporan Hussein Onn (1971) dan Laporan Mahathir 1976. Kedua-dua Laporan ini

    adalah untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara yang sebelumnya

    berdasarkan Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib.

    14. Bincangkan peranan guru dari perspektif agama-agama besar yang

    terdapat di tempat anda.

    JAWAPAN:

    AGAMA ISLAM

    Peranan guru dalam perspektif Islam adalah sangat meluas. Guru adalah penyampai

    ilmu, penggerak dan penasihat. Ini bermaksud, guru atau pendidik mempunyai tugas

    dan tanggungjawab yang mencabar.

    Peranan pendidik di dalam perspektif Islam bukanlah terhad kepada guru

    sahaja,tetapi juga kepada ibubapa, tok guru, tok imam, tok bilal dan siapa sahaja

    yang mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran,mereka adalahpendidik.

    Peranan guru dalam mendidik masyarakat amatlah besar dan luas. Antaranya ialah

    menyampaikan aqidah dan keimanan yang tulen untuk menghidupkan hati dan

    menghubungkan manusia dengan Allah, meyakinkan pertemuan dengan Allah,

    mengharapkan rahmatNya dan takutkan siksaanNya, menyampaikan ilmu

    pengetahuan dan kemahiran meliputi fardhu ain dan fardhu kifayah yang menjadi

    asas ubudiyah (pengabdian diri kepada Allah), hubungan harmoni sesama manusia

    dan alam, serta membentuk akhlak atau peribadi mulia supaya menjadi contoh

    tauladan kepada orang lain.

    Seorang pendidik haruslah memahami bahawa Islam adalah ad-Din bukan sekadaraqidah dan peribadatan tetapi suatu sistem hidup nizam al -hayat. Pendidik bukan

    sahaja berperanan untuk memberi kesedaran kepada diri sendiri, malahan juga untuk

    masyarakat tentang hubungan, komitmen dan hubungannya dengan hukum Allah

    s.w.t. Seorang pendidik mestilah menyedari hakikat bahawa pengajaran itu

    merupakan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan

    Kerja mendidik adalah sebahagian amal soleh manakala enggan menyampaikannya

    dosa yakni siksaan api neraka. Dari sudut sejarah menunjukkan hubungan di antara

    istana dengan tuan guru di mana ulama dan guru adalah rapat dan dimuliakan

    berbanding dengan jawatan-jawatan lain. Dari sudut budaya, konsep berguru amat

    diutamakan. Belajar bukan setakat untuk mendapatkan ilmu, apa yang lebih penting

    ialah berguru untuk membina akhlak dan adab berilmu.

    PERSPEKTIF KRISTIAN

    Antara ciri-ciri personaliti yang terdapat dalam guru-guru mereka ialah

    membimbing dan membantu muridmurid mereka untuk melengkapi diri dengan

    ilmu-ilmu yang terdapat di dalam kitab suci. Murid-murid pula perlu lah berusaha

    untuk membuat rujukan yang sesuai berdasarkan sumber bahan disyorkan oleh guru

    kerana guru tidak akan membekalkan semua ilmu yang akan dipelajari.

    Guru juga seorang yang bertanggungjawab untuk melindungi murid-murid daripada

    pengaruh-pengaruh negatif atau ajaran sesat. Seorang guru yang baik akan

    menunjukkan jalan yang benar dan tepat kepada murid-murid dengan berpandukan

    kitab-kitab suci

    Seorang guru akan memberi dorongan yang wajar kepada murid-murid agar dapat

    meningkatkan prestasi murid-murid dalam menuntut ilmu yang lebih meluas.

    PERSPEKTIF BUDDHA

    Agama Buddha merupakan agama yang mempunyai penganut yang paling ramai di

    negara China. Agama ini sangat mementingkan ilmu dan disiplin yang tinggi.

    Tempat untuk belajar ajaran Buddha dinamakan Rumah Rahib atau disebut Sangha.

    Kemasukan bukan sahaja kepada rahib dan rahib perempuan sahaja tetapi kepada

    sesiapa sahaja yang berminat, termasuk mereka yang bukan penganut Buddha.

    Kaedah penyampaian adalah secara lisan sahaja. Oleh itu, murid-murid dikehendaki

    menghafal segala yang terkandung dalam dhamma, iaitu kebenaran dan vinaya ,

    iaitu disiplin atau peraturan.

    Rahib dan rahib perempuan buddha juga amat dihormati oleh penganutnya. Mereka

    dianggap sebagai role model kerana mereka mempunyai ilmu yang lengkap dan

    mendalam mengenai doktrin dan disiplin Buddha. Mereka sebagai sumber di mana

    penganut memperoleh pahala melalui pemberian hadiah (berbentuk wang tunai atau

    barangan) dan sokongan moral. Sebagai balasan, rahib dan rahib perempuan

    dikehendaki menumpukan perhatian sepenuh kepada pengajian doktrin Buddha,

    bertafakur dan berhemah tinggi.

    PERSPEKTIF HINDU

  • 8/12/2019 142662146 Soalan Ulangkaji Edu 3101

    16/18

    16

    Menurut agama Hindu, guru merupakan wakil yang dihantar oleh Tuhan ke dunia

    ini. Justeru, guru merupakan pekerjaan yang mulia dan dipandang tinggi oleh

    masyarakat Hindu. Hal ini dapat dilihat melalui hieraki sosial masyarakat hindu,

    guru diberi penghormatan yang amat tinggi.

    Murid-murid amat menghormati guru mereka dan tetap mengikuti segala a jaran

    yang disampaikan agar memperoleh ilmu dan pengetahuan sama ada yang

    melibatkan akademik, sosial dan keagamaan yang sempurna. Tanggungjawab ibu

    bapa hanyalah kepada kebajikan fizikal anak-anak, sementara guru

    bertanggungjawab terhadap kebajikan kerohanian anak mereka. Mereka

    menggunakan cara hafalan. Mereka juga menghabiskan masa untuk memahami

    setiap ayat yang terkandung dalam kitab berkenaan. Apabila guru sudah berpuas

    hati, barulah mereka dikatakan sudah menamatkan pengajian mereka, lalu

    dibenarkan meninggalkan guru mereka.

    AGAMA SIKH

    Menurut agama Sikh, guru merupakan jambatan yang menghubungkan manusia

    dengan Tuhan. Betapa mulianya profesion keguruan kerana guru dikaitkan dengan

    Tuhan bagi perspektif agama Sikh. Guru Nanak adalah pengasas agama Sikh dan

    dikenali sebagai guru pertama dalam rantaian 10 orang guru. Guru yang terakhir

    dalam rantaian itu ialah Guru Gobind Singh.

    Guru merupakan orang yang sangat penting dalam masyarakat Sikh kerana mereka

    dianggap sebagai pelita jalan yang akan menunjukkan jalan yang benar kepada

    murid-muridnya. Mereka juga mempunyai budi pekerti beliau yang baik dan ramah-

    tamah. Oleh itu, murid-murid mereka akan menjadi sempurna, berupaya mengatasi

    sebarang masalah yang dihadapi, menjadi senang hati dan bercantum menjadi satu

    dengan kebanaran.

    15. Bagaimana guru boleh melahirkan modal insan dalam amalan pengajaran

    dan pembelajaran di bilik darjah

    JAWAPAN:

    Guru sebagai pendorong pemikiran kritis dan kreatif

    Guru berperanan menggilap potensi murid-murid

    Guru bertindak sebagai pembentukan nilai/role model

    Guru berperanan sebagai pembimbing

    16. Sejauhmanakah KBSR dapat melahirkan modal insan yang seimbang dan

    harmoni bagi menghadapi cabaran globalisasi

    JAWAPAN:

    mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran tinggi bagi penyediaan

    guna tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan.

    dilengkapkan dengan kemahiran, komunikasi berkesan, kebolehan

    menggunakan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dengan baik.

    berupaya berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak secara

    rasional, mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai nilai tinggi

    serta berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat.

    dapat melahirkan modal insan yang berpengetahuan, kuat fizikal dan cerdik

    minda tetapi juga mempunyai nilai-nilai yang sempurna dan murni untuk

    memikul amanah bagi membantu memajukan negara.

    17. Bincangkan rasional transformasi sistem pendidikan negara melalui

    pelaksanaan KSSR.

    JAWAPAN:

    memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang

    relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21.

    memfokuskan kurikulum persekolahan rendah kepada kemahiran membaca,

    menulis dan mengira (3M), sebaliknya mengambil kira kemahiran penaakulan,

    kreativiti dan inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta

    elemen keusahawanan.

    untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif

    melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal

    dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai

    18. Bagaimanakah falsafah pendidikan timur mempengaruhi pembentukan

    kurikulum pendidikan di negara kita.

    JAWAPAN:

    Ilmu pengetahuan merupakan salah satu aspek yang dipandang tinggi oleh ahli

    falsafah Timur kerana mereka sentiasa beranggapan bahawa ilmu akan

    membolehkan seseorang mencapai kebijaksanaan, mengekalkan struktur

    kekeluargaan, menggubal undang-undang serta mencapai kehendak ekonomi dan

  • 8/12/2019 142662146 Soalan Ulangkaji Edu 3101

    17/18

    17

    sosial. Demi kecintaan terhadap ilmu, terdapat beberapa ahli alsafah yang tampil

    membuat ajaran untuk dijadikan panduan untuk pengikut mereka. Sebagai contoh

    ialah Kung Fu Tze yang terkenal dengan Confucius. Confucius membawa ajaran

    yang diikuti oleh penganutnya selama beribu tahun lamanya. Malaysia tidak

    terkecuali daripada negara yang mencedok sedikit sebanyak falsafah pendidikan

    Confucius.

    a) Kurikulum

    Falsafah pendidikan Confucius amat menekankan pengajaran pendidikan Moral.

    Banyak nila-nilai yang ditekankan dalam aspek moral seperti :

    1. Menghormati ibu bapa2. Hormat orang yang lebih tua

    3. Ketekunan

    4. Kesetiaan

    5. Jimat cermat

    6. Tolak ansur

    7. Kebijaksanaan8. Keberanian

    Nilai-nilai ini amat penting dalam kehidupan seharian memandangkan seorang

    manusia yang mampu mengamalkan nilai-nilai murni akan mendapat rasa dihormati

    dalam kalangan penduduk setempat. Disebabkan itulah, kurikulum di Malaysia juga

    menekankan aspek nilai-nilai murni diterapkan dalam proses pengajaran dan

    pembelajara. Seawal dari darjah satu lagi, murid-murid diperkenalkan dengan

    pendidikan Moral bagi murid-murid bukan Islam dan pendidikan Agama Islam bagi

    murid-murid beragama Islam. Hal ini amat jelas bahawa Kementerian Pelajaran

    Malaysia bukan sekadar mahu melahirkan ilmuan yang bijak pandai sahaja, tetapi

    mereka mahu melahirkan individu yang berakhlak mulia dan berbudi bahasa.

    Sesuai dengan tunjang kemanusiaan yang ditekankan dalam KSSR, nilai murni

    mengenai kemasyarakatan ditekankan supaya murid-murid mempunyai penghayatan

    terhadap ilmu akademik dan ilmu kemasyarakatan. Tunjang keterampilan diri dalam

    KSSR juga menekankan murid terdidik dan dibimbing untuk mempunyai daya

    kempimpinan dan sahsiah yang tinggi melalui kurikulum dan aktiviti kokurikulum

    supaya modal insan kelas pertama dapat dilahirkan.

    19. Bincangkan pro dan kontra perlaksanaan sekolah integrasi atau sekolah

    kluster di dalam sistem pendidikan negara kita.

    JAWAPAN: -sekolah kluster-

    a. Pembahagian tugas : Guru bilik darjah biasa tidak memberi sokongan dan

    kerjasama kepada pengajaran pemulihan dan murid-murid berpendidikan khas yang

    diletakkan dalam kelas inklusif.

    b. Penyelarasan pengajaran: Terdapat jurang perhubungan antara guru bilik darjah

    biasa dengan guru Pendidikan Khas. Guru Pendidikan Khas memisahkan diri dan

    pengajaran daripada kurikulum biasa. Tidak ada penyelarasan antara isi kurikulum

    kelas biasa dengan kelas pemulihan. Keadaan ini menjejaskan pembelajaran murid.

    c. Tanggungjawab : Guru kelas biasa menjauhkan diri dari terlibat dengan program

    khas pemulihan. Banyak kajian menunjukkan bahawa terdapat kurang kerjasama

    yang ditunjukkan oleh guru kelas biasa ini dan ini didapati salah satu yang menjadi

    faktor murid-murid menghadapi masalah dalam pembelajaran.

    d. Beban tugas : Guru Pendidikan Khas banyak diberikan tugas ko-kurikulum dan

    lain-lain apabila mereka tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna, ia

    memberi gambaran yang negatif kepada guru lain sebagai tidak bertanggungjawab

    dan tidak bekerjasama.

    e. Alatan / Kelengkapan : Keadaan bilik darjah untuk murid-murid Pendidikan Khas

    yang jauh terasing, atau ditempat yang tidak sele sa seperti dibawah tangga, dekat

    dengan kantin, dan bilik yang terlalu kecil. Kelengkapan asas juga tidak ada, atau

    tidak mencukupi.

    f. Hubungan dengan guru besar dalam program Pendidikan Khas : Guru besar

    kurang mendapat pendedahan mengenai program pemulihan atau kelas Pendidikan

    Khas. Keadaan ini ada kalanya menjadikan guru besar menganggap kerja dan

    tanggungjawab guru Pendidikan Khas senang dan ringan. Oleh itu mereka diberikan

    tugas lain seperti menjadi Guru Sumber atau bilik sumber, atau jawatan-jawatan

    lain.

    g. Hubungan dengan ibubapa yang mempunyai anak istimewa: Ibubapa kurang

    menunjukkan minat dalam pembelajaran anak-anak istimewa ini. Sebagai contoh,

    tidak datang berjumpa guru walaupun diminta untuk datang berjumpa dengan guru.

    Hal ini adalah disebabkan ibubapa tidak diberi penerangan tentang fungsi kelas

    pemulihan atau kelas khas yang dijalankan untuk anak-anak mereka.

  • 8/12/2019 142662146 Soalan Ulangkaji Edu 3101

    18/18

    18

    Pembaharuan perlu dibuat bagi memastikan kejayaan pendidikan inklusif dan di

    akui untuk mengubah sikap itu untuk menerima pendidikan inklusif bukannya

    mudah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berpendidikan khas. Untuk kelas

    inklusif yang berjaya, guru biasa dan guru Pendidikan Khas perlu memberi

    penekanan terhadap komunikasi semua guru yang terlibat dalam program ini mesti

    bersikap jujur dan terbuka dalam menangani segala masalah dan peranan yang

    timbul. Guru-guru yang terlibat dalam kelas inklusif hendaklah bersedia untuk

    menghadapi sebarang rintangan dan halangan yang mendatang. Mereka juga perlu

    belajar untuk berkompromi dan juga membuat sesuatu yang berlainan sama sekali

    daripada yang dirancangkan. Disamping itu juga guru kelas biasa dan guru kelas

    Pendidikan Khas perlu bekerjasama dan menerima kanak-kanak berpendidikan khas

    yang mempunyai berbagai-bagai perbezaan individu. Pelaksanaan Pendidikan

    Inklusif memerlukan kerjasama semua pihak agar keberkesanan program yang

    dilaksanakan dapat dihasilkan. Pendidikan Inklusif memberi peluang ke arah

    pemantapan sistem pendidikan untuk golongan bekeperluan khas di Negara kita

    sekaligus mengangkat martabat pendidikan Malaysia dipersada dunia.