1.5 kelab sukan professional

21
Kelab Sukan Professional

Transcript of 1.5 kelab sukan professional

Page 1: 1.5 kelab sukan professional

Kelab Sukan Professional

Page 2: 1.5 kelab sukan professional

Sukan professional

Sukan pesertanya mendapat bayaran untuk bermain disebabkan prestasinya

Ia bertentangan dengan sukan amatur.Professionalisme telah meningkat melaluii. Perkembangan media massaii. Pertambahan kelapangan masa masyarakat Kedua-dua faktor ini telah menghasilkan penonton

yang lebih ramai yang membolehkan persatuan sukan atau kelab mendapatkan tajaan yang lebih besar.

Page 3: 1.5 kelab sukan professional

Kesan:1. Lebih ramai ahli sukan berupaya menjadikan

bersukan sebagai kerjaya.2. Mengekalkan status masyhur.Kebaikan:3. Meningkatkan tahap kecekapan sukan

tersebut.4. Meningkatkan kepopularan sesetengah sukan.5. Mengasingkan peserta amatur daripada sukan

professional.

Page 4: 1.5 kelab sukan professional

Kelab badminton Nusa Mahsuri Ia merupakan sebuah kelab badminton pertama yang

ditubuhkan di Malaysia.Visi dan objektif:a. Ia bertujuan untuk menjadi pusat atau akademi

badminton professional dalam me berlatih pemain-pemain baik dari dalam mahupun luar negara sebagai pemain badminton bertaraf dunia.

b. Sebagai pusat latihan di kalangan pemain-pemain professional

c. Sebagai perunding kepada mana-mana kelab,sekolah,universiti atau pertubuhan sukan yang memerlukan khidmat runding.

Page 5: 1.5 kelab sukan professional

d.Sebagai penyambung wadah dalam pencungkilan bakat-bakat baru selain menyumbang sesuatu dalam membantu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ke arah pembangunan badminton itu sendiri atas semangat jati diri dan daya juang memartabatkan imej badminton

e.Kelab ini telah,sedang dan akan membuat pelbagai program dalam menyemarakkan minat serta pendedahan terhadap kaedah permainan badminton yang betul sehingga ke peringkat akar umbi.

Page 6: 1.5 kelab sukan professional

Kelab sukan ragbi

• Kelab ini telah ditubuhkan atas usaha pemuda-pemuda di dalam Pemuda IKS.

• Idea dan konsep kelab ini adalah hasil cetusan oleh Saudara Shahir Omar (Hans),yang merupakan Pengerusi Biro Pendidikan &Latihan Pemuda IKS.

• Sukan regbi kebiasaannya popular di peringkat sekolah dan universiti.

• Setelah tamat pengajian,kebanyakan pemain ragbi jarang meneruskan tradisi sukain ini.

Kelab Sukan Ragbi

Page 7: 1.5 kelab sukan professional

• Anak-anak zaman muda hari ini juga lebih gemar bermain futsal dan badminton.

• Ini mungkin disebabkan oleh kemudahan yang disediakan (fasiliti,lokasi) untuk sukan-sukan ini.

• Saudara Hans berpendapat bahawa tidak salah untuk mewujudkan kembali budaya bermain ragbi di kalangan pemuda hari ini,

• Tujuan:I. Ia boleh menjadi satu aktiviti sukan alternatif selain

futsal dan badminton.II. Budaya bersukan sebegini dapat mengelakkan anak-

anak muda daripada terjebak dengan gejala-gejala tidak sihat.

Page 8: 1.5 kelab sukan professional

Kelab olahraga professional• Bekas pelari 400 meter kebangsaan,Nordin Jadi pernah menang

pingat emas 400 meter Sukan SEA yang kini merupakan pengarah urusan kelab sukan Nordin Jadi Ahletic Club (NJAC) berkata,olahraga seumpama itu mampu mengembalikan era kegemilangan sukan olahraga negara.

• Beliau sendiri menubuhkan kelab olahraga ketika dihantar berlatih di Jerman dan Amerika Syarikat.

• Beliau mahu lebih banyak kelab olahraga professional ditubuhkan di negara ini.

• Tujuan: Ia menjadi saluran untuk dapat mencungkil bakat baru untuk

diketengahkan di dalam sukan olahraga. Ia juga mengelak kita daripada terlalu bergantung kepada sekolah-

sekolah.

Kelab Olahraga Profesional

Page 9: 1.5 kelab sukan professional

• Menurut Nordin,kelab olahraga yang diuruskan secara professional tumbuh bak cendawan di negara-negara terbabit dan tahap persaingan antara kelab-kelab berkenaan adalah amat tinggi.

• Beliau yang pernah mewakili negara pada Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles berkata,di Eropah dan Amerika Syarikat kelab-kelab olahraga merupakan kilang dalam menghasilkan atlet berprestasi tinggi bagi mewakili negara.

Page 10: 1.5 kelab sukan professional

• Ia telah ditubuhkan awal 2007 dan menjalani latihan harian diPusat Akuatik Darul Ehsan,Shah Alam.

• Kelab sukan air ini merupakan salah satu kelab yang berdaftar.• Perenang-perenang kelab ini terdiri daripada perenang-perenang

muda dari umur lingkungan 5-16 tahun.• Perenang-perenang ini telah menunjukkan bakat mereka dengan

menyertai beberapa kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Renang Amatur Selangor dan juga Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM).

• Perenang-perenang juga dilatih oleh jurulatih-jurulatih yang bertauliah dari peringkat awal hinggalah peringkat dimana perenang-perenang boleh memasuki mana-mana pertandingan yang dianjurkan oleh mana-mana badan sukan.

Kelab Renang Ombak (ASUM)

Page 11: 1.5 kelab sukan professional

• Berenang dapat membina keyakinan diri di samping mempelajari teknik-teknik keselamatan ketika berada di dalam air.

• “Mari Belajar Berenang” merupakan satu program yang dijalankan untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat bahawa berenang adalah salah satu asas keselamatan yang penting di dalam keluarga.

• Setiap perenang baru dikehendaki bermula dari tahap permulaan kecuali mereka yang telah diuji oleh jurulatih-jurulatih untuk diserapkan ke tahap seterusnya.

• Perenang-perenang dikehendaki menghabiskan tahap 1-3 dengan mempelajari asas gaya bebas,kuak lentang,kuak kupu-kupu dan kuak dada.

• Setelah selesai tahap-tahap ini,perenang-perenang (kanak-kanak&remaja) akan diberi peluang untuk mangembangkan minat mereka dengan menyertai program lanjutan seterusnya.

Program:

Page 12: 1.5 kelab sukan professional

Peralatan/pakaian

• Para perenang dikehendaki menyediakan pakaian renang yang selesa/sesuai,peralatan renang seperti goggles renang,topi renang (bagi yag berambut panjang) dan juga kickboard.Peralatan-peralatan ini diperlukan untuk kelas permulaan-lanjutan.

• Sekiranya perenang ingin meneruskan cabaran ke peringkat seterusnya selepas melepasi ketiga-tiga tahap,peralatan tambahan diperlukan seperti fins (kaki itik),pullbouy dan hand paddle.

Page 13: 1.5 kelab sukan professional

• Pusat Akuatin Darul Ehsan (PADE) sebuah pusat akuatik antarabangsa yang mempunyai kolam renang bersaiz olimpik dan juga mempunyai kolam untuk kanak-kanak.Para perenang di peringkat pelapis dan pertandingan akan menjalani latihan renang di pusat.

• Kolam Renang Pandamaran merupakan sebuah kolam renang yang bersaiz sederhana dan digunakan untuk perenang diperingkat permulaan.

Kemudahan renang

Page 14: 1.5 kelab sukan professional

Mengilat bakat perenang-perenang muda untuk ke peringkat yang lebih baik.

Menanam sikap tanggungjawab,bekerjasama dan disiplin diri.

Mengukuhkan jalinan kekeluargaan di kalangan perenang dan juga ibu bapa

Penjagaan kesihatan yang sihatSemangat kesukanan dalam menyahut cabaran demi

memajukan sukan renang.Mengukuhkan jati diri dan keyakinan.

Objektif:

Page 15: 1.5 kelab sukan professional

Pengenalan: Kelab Bowling Kolej Yayasan Melaka telah mendapat

persetujuan daripada Golden BoBowwl Mahkota Parade dan juga Plaza Bowling Centre untuk mengadakan sebarang aktiviti pertandingan dan juga latihan bowling dari semasa ke semasa dengan harga yang telah ditetapkan oleh Pengurusan Mahkota Parade,Plaza Bowling Centre dan juga Kelab Bowling Kolej Yayasan Melaka.

Pihak pengurusan Golden Bowl dan juga Plaza Bowling Centre serta Kelab Bowling Kolej Yayasan Melaka telah menetapkan dan bersetuju dengan bayaran untuk ahli-ahli kelab untuk bermain dengan harga yang rendah bagi satu permainan (1 game) kepada pelajar-pelajar,pensyarah dan juga kakitangan Kolej Yayasan Melaka.

Kelab Bowling Kolej Yayasan Melaka

Page 16: 1.5 kelab sukan professional

• Di samping itu,juga kepada warga pelajar,kakitangan dan pensyarah Kolej Yayasan Melaka,mereka akan mendapat banyak keistimewaan sekiranya menjadi ahli kelab ini.

• Mereka akan menjalani latihan setiap minggu dengan bayaran sewaan yang berpatutan dan latihan yang berjadual.

• Mendapat potongan harga bagi setiap pertandingan tertutup bagi setiap perlawanan “Champion’s of the month” dan juga “Bowler’s of the month.”Selain daripada sijil dan juga kad keahlian.

• Di samping itu,juga kepada warga pelajar,kakitangan dan pensyarah,mereka boleh menjalani latihan bowling di Plaza Bowling Centre pada setiap hari Sabtu dengan menyertai ahli kelab bowling Kolej Yayasan Melaka dengan bayaran pendaftaran RM16.00 dan juga bayaran latihan RM5.00 untuk 3jam sekali latihan.

Page 17: 1.5 kelab sukan professional

Sejarah • Kelab Bowling Kolej Yayasan Melaka telah ditubuhkan pada tahun 2001

oleh Mohd Khairul Izwan B Selamat selaku Penasihat dan Penyelaras Kelab Bowling dan ditubuhkan di bawah pentadbiran Hal Ehwal Pelajar Kolej Yayasan Melaka.

Majlis perasmian serta pembukaan kelab bowling ini telah dirasmikan oleh yang berbahagia Dr Hamzaid B Hj Yahya , Ketua Eksekutif Kolej Melaka dan Tn Hj Hanafiah B Hj Abdullah selaku Pengurus Kegiatan Pelajar / Rakan Muda.

Majlis perasmian tersebut di adakan di Golden Bowl Mahkota Parade pada 11 September 2001 dengan mengadakan perlawanan untuk pertama kalinya iaitu perlawanan tertutup First Strike Bowling Tournament dengan di sertai hampir 200 orang pelajar dan kakitangan Kolej Yayasan Melaka.

Page 18: 1.5 kelab sukan professional

Objektif:• Untuk mempromosikan Kelab Bowling Kolej Yayasan Melaka

kepada semua pelajar,kakitangan dan pensyarah Kolej Yayasan Melaka serta juga masyarakat semua.

• Melahirkan pelajar,kakitangan dan juga pensyarah yang berbakat untuk diketengahkan menjadi pemain bowling yang berstatus professional.

• Melahirkan pelajar-pelajar, kakitangan dan pensyarah yang sihat dalam menceburi bidang sukan atau riadah bagi membentuk generasi yang sihat dan berwawasan tinggi.

• Menghubungkan tali silatulrahim di kalangan ahli kelab,pelajar,kakitangan,dan juga pensyarah Kolej Yayasan Melaka .Selain menengahkan sukan bowling sebagai satu sukan yang sihat,elit dan professional.

Page 19: 1.5 kelab sukan professional

Kelab futsal Putrajaya

Ditubuhkan pada bulan Oktober 2008Oleh Saudara Rusmizi Majid dan rakan-rakan dari presint

9.

Objektif diletakkan di bawah Kumpulan Yayasan:

lebih banyak aktiviti diselaraskan.Dilaksanakan dengan lebih teratur.

Page 20: 1.5 kelab sukan professional

• Program pertama yang dianjurkan oleh Kelab Futsal Putrajaya adalah Pertandingan Futsal Tertutup Piala Y.B. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan dijadualkan akan dilaksanakan pada 8 Februari 2009 di Gelanggang Futsal Kelab Komuniti Cyberjaya.

• Bermula pada pukul 9 pagi dan tamat pada 10 malam, acara penyampaian piala pusingan pertandingan ini dijangka akan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Y.B. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Page 21: 1.5 kelab sukan professional

• Dianggarkan jumlah kehadiran pemain dan penonton adalah sekitar 700 orang dan dilaporkan bahawa tiada sebarang insiden pergaduhan di sepanjang tempoh pertandingan. Setiap perlawanan berlangsung dengan licin tanpa banyak pertikaian daripada sebarang pasukan.

• Sebanyak 56 pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan yang dijalankan secara kumpulan dalam pusingan pertama seterusnya secara kalah mati dalam pusingan kedua. Pertandingan ini telah bermula seawal 9 pagi dan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Y.B. Datuk Seri Tengku Adnan

• Johan bagi pertandingan ini telah menerima Piala Pusingan Y.B. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, medal dan hadiah wang tunai sebanyak RM 1,000. Bagi naib johan, tempat ketiga dan keempat, setiap pasukan menerima medal dan wang tunai sebanyak RM 700 bagi naib johan, RM 500 bagi tempat ketiga dan RM 300 bagi tempat keempat.