15 TAHUN TERUS Selamat Bertugas CEMERLANG Dipertua MPS Sayang 01.pdfdalam ucapan perasmiannya...

12
buletin MAJLIS Perbandaran Selayang telah menyambut ulangtahun penubuhannya yang ke-15 dengan mengadakan majlis pelancaran dalam satu Majlis Makan Malam pada 30 Mac 2012 bertempat di Ideal Convenction Centre, Taman Prima Selayang. Y.A.B Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Selangor dalam ucapan perasmiannya mengucapkan tahniah atas kejayaan MPS selaku Pihak Berkuasa Tempatan yang bertanggungjawab untuk mentadbir dan mencorak pembangunan Selayang, Beliau juga berasa bangga di atas pencapaian selama 15 MPS tahun yang meliputi kejayaan untuk membangunkan fizikal dan spritual di kawasan pentadbirannya. Kejayaan untuk memajukan Selayang secara tidak lang- sung membantu meningkatkan kemajuan dan kemudahan di Negeri Selangor secara meny- eluruh. Beliau berharap MPS akan terus meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan untuk memastikan yang terbaik untuk penduduk setempat. 15 TAHUN TERUS CEMERLANG MPS telah menerima Timbalan Yang Dipertua yang baru iaitu Tuan Mohamad Zain bin A Hamid yang telah melapor diri pada 3hb Januari 2012. Sebelum ini beliau bertugas sebagai Ketua Penolong Setiausaha (Dasar) Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, SUK. Beliau menggantikan Tuan Mohd Jaid bin Ehsan selaku mantan Timbalan Yang Dipertua MPS yang telah bersara wajib pada 8hb Oktober 2011. Tuan Mohamad Zain merupakan seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik dan mula bertugas sebagai Penolong Pegawai Daerah di Pejabat Tanah Daerah Klang bermula tahun 2003 sehingga tahun 2004. Pada tahun 2003 sehingga tahun 2006, beliau telah bertugas sebagai Penolong Pengarah Seksyen Pembangunan Sosial, di Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor. Beliau juga pernah bertugas sebagai Penolong Pengarah Seksyen Makro d a n Penswastaan, UPEN pada tahun 2006. Manakala, pada tahun 2006 sehingga tahun 2008, beliau bertugas sebagai Ketua Penolong Setiausaha (Kewangan) Bahagian Khidmat Pengurusan, SUK. Seluruh warga Perban- daran Selayang memgucap- kan tahniah dan sedia bekerjasama untuk men- jalankan tugas seharian. Selamat Bertugas Timbalan Yang Dipertua MPS twitter.com/mpselayang www.facebook.com/majlisperbandaranselayang www.flickr.com/photos/selayangcitycouncil/ Bersambung ke ms 3 BIL 1 2012 EDARAN PERCUMA MAMPAN PROGRESIF SEJAHTERA

Transcript of 15 TAHUN TERUS Selamat Bertugas CEMERLANG Dipertua MPS Sayang 01.pdfdalam ucapan perasmiannya...

buletin

MAJLIS Perbandaran Selayang telah menyambut ulangtahun penubuhannya yang ke-15 dengan mengadakan majlis pelancaran dalam satu Majlis Makan Malam pada 30 Mac 2012 bertempat di Ideal Convenction Centre, Taman Prima Selayang.

Y.A.B Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Selangor dalam ucapan perasmiannya mengucapkan tahniah atas kejayaan MPS selaku Pihak Berkuasa Tempatan yang bertanggungjawab untuk mentadbir dan mencorak

pembangunan Selayang, Beliau juga berasa bangga di atas pencapaian selama 15 MPS tahun yang meliputi kejayaan untuk membangunkan fi zikal dan spritual di kawasan pentadbirannya.

Kejayaan untuk memajukan Selayang secara tidak lang-sung membantu meningkatkan kemajuan dan kemudahan di Negeri Selangor secara meny-eluruh. Beliau berharap MPS akan terus meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan untuk memastikan yang terbaik untuk penduduk setempat.

15 TAHUN TERUSCEMERLANG

MPS telah menerima Timbalan Yang Dipertua yang baru iaitu Tuan Mohamad Zain bin A Hamid yang telah melapor diri pada 3hb Januari 2012.

Sebelum ini beliau bertugas sebagai Ketua Penolong Setiausaha (Dasar) Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, SUK. Beliau menggantikan Tuan Mohd Jaid bin Ehsan selaku mantan Timbalan Yang Dipertua MPS yang telah bersara wajib pada 8hb Oktober 2011.

Tuan Mohamad Zain merupakan seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik dan mula bertugas sebagai Penolong Pegawai Daerah di Pejabat Tanah Daerah Klang bermula tahun 2003 sehingga tahun 2004. Pada tahun 2003 sehingga tahun 2006, beliau telah bertugas sebagai Penolong Pengarah Seksyen Pembangunan Sosial, di Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor.

Beliau juga pernah bertugas sebagai Penolong Pengarah Seksyen Makro d a n Penswastaan, UPEN pada tahun 2006. Manakala, pada tahun 2006 sehingga tahun 2008, beliau bertugas sebagai Ketua Penolong Setiausaha (Kewangan) Bahagian Khidmat Pengurusan, SUK.

Seluruh warga Perban-daran Selayang memgucap-kan tahniah dan sedia bekerjasama untuk men-jalankan tugas seharian.

Selamat Bertugas Timbalan Yang Dipertua MPS

twitter.com/mpselayang www.facebook.com/majlisperbandaranselayang www.flickr.com/photos/selayangcitycouncil/

Bersambung ke ms 3

BIL 1 2012 EDARAN PERCUMA MAMPAN PROGRESIF SEJAHTERA

2 S E L A Y A N G K U S A Y A N G B I L 1 / 2 0 1 2

Assalamualaikum W.B.T dan Selamat Sejahtera

Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya kita masih diberi peluang untuk menyambut ketibaan tahun baru 2012 dalam keadaan aman dan selamat. Di sini juga saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan penerbitan Buletin Selayangku Sayang bagi edisi 1/2012 ini.

Penerbitan buletin ini adalah bertujuan untuk menyampaikan berita berkaitan aktiviti-aktiviti serta program-program yang telah dilaksanakan oleh setiap jabatan, bahagian dan unit di Majlis Perbandaran Selayang. Ia amat berguna sebagai perkongsian dan penyebaran maklumat bagi kegunaan dan kebaikan semua lapisan masyarakat serta warga kerja MPS.

MPS telah ditubuhkan pada 1 Januari 1997. Oleh itu, tahun 2012 adalah tahun ke-15 penubuhan MPS. Selaras dengan perkembangan semasa, tugas dan tanggungjawab pihak berkuasa tempatan (PBT) menjadi lebih mencabar. Kita perlu memastikan kita senantiasa berada di landasan yang betul dalam melaksanakan peranan dan fungsi perkhidmatan perbandaran seperti penyediaan prasarana, penyelenggaraan, pembersihan dan pelbagai perkhidmatan yang diperlukan kepada warga perbandaran selaras dengan visi negeri Selangor ke arah Selangor negeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan dilaksanakan sepenuhnya demi untuk kepentingan dan kebaikan warga perbandaran Selayang.

Untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat, Kerajaan Negeri Selangor amat menekankan konsep “selamat dan bersih”. Walaupun menjaga keselamatan bukanlah peranan utama pihak berkuasa tempatan, tetapi pihak Majlis akan membantu dan bekerjasama dengan pihak Polis dalam meningkatkan keselamatan di kawasan pentadbiran MPS. Antaranya ialah dengan menekankan langkah–langkah pencegahan jenayah di bawah program bandar selamat termasuk pemasangan cctv, pencahayaan, pemasangan railing dan cermin keselamatan.

Selain itu, tahun ini juga adalah Tahun Penguatkuasaan di mana MPS telah mempertingkatkan aktiviti serta operasi seperti pelesenan, penambahan bangunan tanpa kebenaran, parkir dan pelekat, bunting, banner tanpa kebenaran. Bagi merealisasikan harapan itu, kolaborasi antara MPS dan agensi kerajaan yang lain dalam menguatkuasakan undang-undang akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Akhir kata, untuk menyahut pelbagai cabaran yang mendatang, MPS beriltizam untuk menjadi penggerak berkesan melalui pendekatan strategik dan halatuju terfokus. Aspirasi yang dirancangkan boleh direalisasikan melalui perubahan sikap, minda dan komitmen kita untuk menghasilkan peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan secara berterusan bersempena kita meraikan ulang tahun MPS ke-15 pada tahun ini.

Sekian, terima kasih.

DATO’ ZAINAL ABIDIN BIN AALA ( D.P.M.S., S.M.S., A.M.N., P.J.C., K.M.N., A.M.S.)Yang DipertuaMajlis Perbandaran Selayang

SIDANGREDAKSI

DARI MEJA YANG DIPERTUA

PENASIHATDato’ Zainal Abidin bin Aala [email protected]

Tuan Mohamad Zain bin A Hamid [email protected]

KETUA PENGARANGEn. Mohamad Zin Bin Masoad [email protected]

PENOLONG KETUA PENGARANGEn. Ahmad Fauzi bin Ishak [email protected]

En. Azhar bin Che Salleh [email protected]

PENGARANGPn. Nor Masliawaty Asmawar binti Baharuddin

[email protected]

JURUFOTOCik Anissapinah bt. Mohd Dan [email protected]

DITERBITKAN OLEHJabatan Korporat

Majlis Perbandaran SelayangMenara MPS, Persiaran 3, Bandar Baru Selayang

68100 Batu Caves,Selangor Darul Ehsan

Penerbit tidak akan bertanggungjawab atas sebarang pelanggaran hak cipta dan masalah dari penerbitan ini.

Sebarang maklum balas atau cadangan boleh dihantar kepada

Jabatan KorporatMajlis Perbandaran Selayang

Menara MPS, Persiaran 3, Bandar Baru Selayang68100 Batu Caves,

Selangor Darul Ehsan

M A M P A N P R O G R E S I F S E J A H T E R A

buletin

3M A M P A N P R O G R E S I F S E J A H T E R A

Sementara itu, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Aala, Yang Dipertua MPS dalam ucapannya menyatakan MPS juga telah menunjukkan kejayaan dalam bidang pembangunan sumber manusia bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada penduduk setempat. Ianya dapat dibuktikan dengan kejayaan MPS mengekalkan pensijilan MS ISO 9002:2008, penubuhan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), dan beberapa lagi aktiviti inovasi. Beliau juga turut menyeru kepada semua warga MPS agar berusaha meneruskan kecemerlangan dan terus memberi perkhidmatan terbaik selain mengambil langkah untuk mendahului orang lain dalam usaha membawa perubahan postif kepada masyarakat setempat

Pada malam tersebut juga, turut diadakan Pelancaran Pelan Strategik MPS 2011-2015. Pelan strategik ini disediakan berdasarkan Visi, Misi, dan Objektif Strategik MPS yang disenaraikan untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang. Yang Dipertua MPS, Dato Zainal Abiddin bin Aala dalam ucapannya mengharapkan dengan adanya pelas strategik MPS ini, MPS akan terus kekal sebagai sebuah pihak berkuasa tempatan yang mampan dan progresif serta mampu memenuhi ekspektasi masyarakat tempatan terhadap pembangunan terhadap pembangunan di kawasan Selayang.

Majlis telah dimeriahkan oleh pelawak undangan iaitu Angah Raja Lawak dan Mie. Kakitangan juga turut menunjukkan bakat masing-masing dalam bidang nyanyian dengan membuat persembahan dalam pertandingan akhir “MPS Pop Yeh Yeh Talent 2012”. Bersesuaian dengan Pop Yeh Yeh sebagai tema majlis makan malam, para hadirin telah turut dihiburkan artis jemputan iaitu Datuk A. Rahman Hassan dan Datin Azizah Muhamad serta orkes Nirwana.

Seramai 800 orang tetamu telah hadir dalam majlis makan malam tersebut.

Imbas kod QR ini dengan telefon pintar anda untuk lebih banyak gambar!

4 S E L A Y A N G K U S A Y A N G B I L 1 / 2 0 1 2

www.mps.gov.my

Majlis Lafaz Terima Akuan Jawatan Ahli Majlis MPS Sesi 2012-2013

SERAMAI 21 orang Ahli Majlis MPS telah melakukan lafaz akuan terima jawatan sebagai Ahli Majlis MPS yang baru bagi penggal 2012-2013. Majlis ini telah diadakan pada 9 Mac 2012 di Bilik Siantan, Bangunan Lama, MPS.

Majlis disaksikan oleh Yang Berusaha Tuan Mohamad Zain bin A Hamid, selaku Pemangku Yang Dipertua MPS. Dalam majlis tersebut, seramai 4 orang muka baru telah

Imbask kod QR ini untuk profil penuh ahli majlis MPS Sesi 2012-2013

dilantik manakala seramai 17 orang dikekalkan. Mereka yang baru dilantik ialah Tuan Juzarim Isma b. Junaidi, Tuan Ng Kok Chuan, Puan Salasiah bt. Disa dan Puan Zailah bt. Kamaruddin.

Majlis Lafaz Akuan Terima Jawatan sebagai Ahli Majlis telah dimulakan oleh Tuan Abdul Rahim bin Ahmad Kasdi selaku Ketua Ahli Majlis MPS.

M A M P A N P R O G R E S I F S E J A H T E R A

buletin

5

Program Hijaukan Bumi KitaPROGRAM penanaman pokok telah diadakan pada 12 Februari 2012 (Ahad) bermula jam 8:30 pagi bertempat di Taman Bukit Indah, Sungai Buloh. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat di pelbagai peringkat umur dan taraf pendidikan mengenai kepentingan pokok serta impak penanaman pokok terhadap alam sekitar.

Program anjuran bersama Persatuan Kuari Malaysia ini telah berjaya menanam sebanyak 200 pokok kelat paya di sepanjang jalan utama taman tersebut.

Majlis yang telah dirasmikan oleh Dato’ YDP telah turut dihadiri oleh AJK Persatuan Kuari Malaysia serta 150 orang ahli persatuan, persatuan penduduk dan kakitangan MPS.

PROGRAM Gotong Royong Perdana APB 5S telah diadakan pada 18 Februari 2012. Acara dimulakan dengan senamrobik oleh semua kakitangan yang hadir pada hari tersebut.

Aktiviti gotong royong meliputi pembersihan persekitaran kerja, bilik fail, bilik setor dan persekitaran bangunan. Objektif program adalah untuk menjadikan Amalan 5S sebagai budaya kerja berterusa dan memupuk kerjasama dan setiakawan dikalangan warga MPS.

Seramai lebih kurang 450 orang kakitangan telah menyertai program ini.

Imbas kod QR ini untuk tips memelihara alam sekitar

MAJLIS pelancaran Tol Free Aduan MPS (1 800 222 677) telah diadakan pada 17 Januari 2012 di Lobi Menara MPS.

Dalam ucapan perasmiannya, Dato’ YDP menyatakan bahawa objektif penggunaan Tol Free telah memberi satu lagi kemudahan kepada orang ramai untuk menyampaikan aduan di samping maklumat-maklumat lain. Ia juga bermatlamat untuk melayani dan menguruskan aduan dengan lebih berkesan dan efektif memberi maklumat terhadap perkara berkaitan perkhidmatan kepada orang ramai.

Talian Aduan Bebas Tol ini adalah merupakan satu lagi kemudahan orang ramai untuk membuat aduan selain beberapa perkhidmatan yang telah sedia ada.

Majlis pelancaran yang diadakan serentak dengan perhimpunan bulanan MPS telah turut memperkenalkan Timbalan YDP yang baru iaitu Tuan Mohammad Zain b. A Hamid.

Turut hadir dalam perhimpunan pada kali ini ialah Ahli-Ahli Majlis serta kakitangan MPS.

Pelancaran Talian Aduan Bebas Tol MPS

Program Gotong-Royong Perdana

6 S E L A Y A N G K U S A Y A N G B I L 1 / 2 0 1 2

MAJLIS Sambutan Perayaan Thaipusam anjuran Kerajaan Negeri ini telah diadakan pada 06 Feb 2012 (Ahad), jam 9:00 malam di Batu Caves, Selangor. Sambutan ini dijalankan dengan penuh warna-warni dengan pelbagai acara diadakan seperti perarakan kavadi, petunjukkan bunga api, persembahan tarian, dan banyak lagi.

Batu Caves turut dimeriahkan dengan kehadiran pelancong luar yang tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama masyarakat India meraikan perayaan tersebut. Majlis sambutan itu turut dihadiri Dato’ Menteri Besar Selangor, EXCO Kerajaan Negeri Selangor dan pemimpin setempat. Dato’ Menteri Besar dalam ucapannya turut melahirkan kegembiraan dengan kehadiran orang ramai bagi memeriahkan sambutan tersebut kerana ia tanda penerimaan rakyat terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Anjuran Kerajaan Negeri SelangorSAMBUTAN THAIPUSAM

SAMBUTAN Ponggal peringkat MPS pada tahun ini telah diadakan pada 30 Januari 2012. Sambutan ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam, EXCO Kerajaan Negeri Selangor. Objektif majlis ini adalah untuk meraikan sambutan kebudayaan Ponggal, memperkenalkan budaya dan tradisi agama hindu dan menjalinkan hubungan kemesraan antara kakitangan India. Seramai lebih kurang 200 orang yang telah hadir dalam majlis ini termasuk YDP, Ahli Majlis dan Kakitangan MPS.

SAMBUTAN Tahun Baru Cina peringkat Majlis Perbandaran Selayang telah diadakan pada 5 Februari 2012 (Ahad), 8:00 mlm bertempat di Taman Selayang Jaya.

Majlis telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Zainal Abidin bin Aala, Yang Dipertua, MPS, YB Tuan William Leong Jee Keen, Ahli Parlimen Selayang, Ahli-ahli Majlis, MPS, Pengarah-pengarah Jab. MPS, JKP dan penduduk sekitar. Hadirin turut dihiburkan dengan pelbagai hiburan lain termasuk tarian dan nyanyian tradisional cina serta moden.

SAMBUTAN TAHUN BARU CINAPERINGKAT NEGERI SELANGOR

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA PERINGKAT MPS

SAMBUTAN Tahun Baru Cina anjuran Kerajaan Negeri Selangor yang telah diadakan pada 6 Februari 2012, jam 7:30 malam bertempat di Jalan Maxwell, Rawang. Kemeriahan sambutan ini amat dirasai apabila rakyat negeri selangor daripada pelbagai bangsa dan agama serta lapisan usia hadir dalam majlis tersebut.

Hadirin turut dihiburkan dengan persembahan tarian naga dan pelbagai hiburan lain termasuk tarian dan nyanyian tradisional cina serta moden. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Dato’ Menteri Besar Selangor, Y.A.B Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim dan isteri, Puan Sri Salbiah Tunut. Turut serta ialah

Speaker DUN Selangor, YBhg. Datuk Teng Chang Khim, EXCO Kerajaan Selangor YB Tuan Ronnie Liu Thian Khiew, YB Puan Teresa Kok Suh Sim, YB Puan Elizabeth Wong, YB Tuan Dr. Xavier Jayakumar, YB Tuan Yaakob Bin Sapari, YB Tuan IR. Iskandar Bin Abdul Samad dan YB Tuan Dr. Ahmad Yunus bin Hairi

Turut hadir juga Ahli Parlimen Selayang, YB Tuan William Leong Jee Keen, Adun Rawang, Puan Gan Pei Nei, Yang Dipertua, MPS. YBhg. Dato’ Zainal Abidin bin Aala dan Tuan Pegawai Daerah dan Tanah Gombak selaku tuan rumah.

Salbiah Tunut. Turut serta ialah Salbiah Tunut. Turut serta ialah

www.mps.gov.my

Sambutan Perayaan Ponggal Peringkat MPS

Imbas Kod QR ini untuk gambar sambutan Ponggal peringkat MPS

M A M P A N P R O G R E S I F S E J A H T E R A

buletin

7

SAMBUTAN TAHUN BARU CINAPERINGKAT NEGERI SELANGOR

Peringkat Negeri Selangor

Peringkat Majlis Perbandaran Selayang

KEMERIAHAN SAMBUTAN MAULIDURASUL

MPS GONDOL HADIAH DI SAMBUTAN Maulidurasul Peringkat Daerah Gombak

SAMBUTAN MAULIDURASUL

SAMBUTAN Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor tahun ini telah diadakan pada 5 Februari 2012 (Ahad), 8:30 pagi bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam.

Majlis dimulakan dengan barisan perarakan yang diketuai Dato’ Menteri Besar Selangor, Y.A.B Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim, yang berjalan sejauh 1.6 kilometer bermula di Stadium Mini dan berakhir di Stadium Melawati.

Perarakan itu disertai 120 kontijen daripada wakil Badan-Badan Berkanun dan Swasta, IPTA dan IPTS, Masjid-Masjid dan NGO Islam serta Wakil-Wakil Sekolah sekitar Selangor. Majlis yang dihadiri hampir 10,000 orang ini dimeriahkan lagi dengan persembahan pentas yang menampilkan kumpulan nasyid Hijjaz dan In-Team. Manakala tazkirah ringkas oleh Dr. Zaharan Mohamad dengan tajuk “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah”

PERARAKAN Sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Gombak telah diadakan pada 11 Februari 2012 jam 7:30 pagi bermula dari Kompleks Sri Siantan, MPS ke Masjid Al-Amaniah, Taman Selayang. Seramai 40 orang kakitangan Majlis telah menyertai perarakan tersebut dan MPS berjaya mendapat tempat pertama untuk kategori sepanduk tercantik dan tempat keempat kategori perbarisan sempena sambutan tersebut.

MAJLIS Sambutan Maulidur Rasul 1433H/2012M Peringkat MPS telah diadakan pada 10 Februari 2012 bersamaan 17 Rabiulawal 1433H iaitu pada hari Jumaat bermula dari jam 08:15 pagi bertempat di Lobi, Menara MPS. Pada tahun ini majlis tersebut dimulakan dengan bacaan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Kemudian disulami dengan bacaan Al-Quran oleh adik Muhammad Izhar bin Mohd. Isa, anak yatim daripada Sekolah Tahfi z Al-Habbah Sungai Tua. Majlis tersebut juga turut diserikan dengan Ceramah Agama dari Al-Fadil Ustaz Kamal bin Ashaari.

MAJLIS ini telah diadakan pada 27hb Jan 2012 sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-15 MPS, bertempat di Dewan Keraian, Menara MPS. Seramai lebih kurang 200 orang kakitangan serta Pengarah-Pengarah telah hadir ke majlis tersebut. Bacaan Yassin ini telah diketuai oleh Ustaz Hasbullah bin Mohd Ridzwan , Ahli Majlis MPS. Pengisian dalam majlis tersebut telah disulami dengan tazkirah pendek yang disampaikan oleh Al-Fadil Ustaz Hasbullah bin Mohd Ridzwan.

Bacaan Yassin Perdana

8 S E L A Y A N G K U S A Y A N G B I L 1 / 2 0 1 2

MAJLIS Perbandaran Selayang dengan kerjasama Biro Rekreasi, Kelab Sukan dan Kebajikan MPS telah menganjurkan MPS Treasure Hunt 2012 pada 24 Mac 2012.

Dato YDP telah melakukan acara pelepasa peserta di perkarangan Dataran MPS. Dalam ucapan aluannya beliau berharap program seperti ini akan dapat meningkatkan semangat kerjasama dan mengerat hubungan silaturrahim di

Pertandingan mewarna ini telah diadakan pada 24 Mac (Sabtu) pada jam 9:00 pagi bertempat di Lobi, Menara MPS. Pertandingan mewarna ini terbuka kepada anak-anak kakitangan MPS, ia adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi tali persaudaraan di kalangan kakitangan dan boleh bertukar-tukar pendapat serta buah fi kiran dalam menghadapi kehidupan seharian yang semakin mencabar terutama dalam mendidik dan membentuk keperibadian anak-anak.

MPS Treasure Hunt 2012Saingan sengit di

Pertandingan Mewarna Peringkat MPSSi Cilik Pamer Bakat Terpendam!

www.mps.gov.my

Pertandingan ini dianjurkan oleh Biro Pendidikan, Kelab Sukan Dan Kebajikan, MPS. Pertandingan ini dibahagikan kepada 6 kategori iaitu peringkat Sekolah Menengah dari tingkatan 1-3, Tingkata 4 ke atas, manakala peringkat Sekolah Rendah pula iaitu daripada darjah 1-3 dan darjah 4-6. Peringkat kanak-kanak Pra-Sekolah berumur 4,5 & 6 tahun dan 3 tahun kebawah. Hadiah tempat pertama RM50, tempat kedua RM45, tempat ketiga RM40, tempat keempat RM 35 dan tempat kelima RM25.

kalangan kakitangan MPS di samping objektif untuk memenangi pertandingan.

Pertandingan MPS Tresure Hunt ini telah dimenangi oleh Jabatan Khidmat Pengurusan dengan membawa hadiah kemenangan berupa wang tunai RM1000 diikuti Jabatan Kejuruteraan sebagai Naib Johan, membawa pulang RM700 manakala tempat ketiga dimenangi oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta dengan membawa pulang RM400.

Hadiah saguhati sebanyak RM100 pula telah diberikan kepada pemenang tempat keempat hingga kesepuluh.

Penyertaan yang dibuka kepada semua kakitangan MPS telah disertai seramai 200 orang peserta dengan melibatkan sejumlah 50 buah kereta.

Program diakhiri dengan acara cabutan bertuah.

Kebajikan, MPS. Pertandingan ini dibahagikan kepada 6 kategori iaitu peringkat Sekolah Menengah dari tingkatan 1-3, Tingkata 4 ke atas, manakala peringkat Sekolah Rendah pula iaitu daripada darjah 1-3 dan darjah 4-6. Peringkat kanak-kanak Pra-Sekolah berumur 4,5 & 6 tahun dan 3 tahun kebawah. Hadiah tempat pertama RM50, tempat kedua RM45, tempat ketiga RM40, tempat keempat RM 35 dan tempat kelima RM25.

M A M P A N P R O G R E S I F S E J A H T E R A

buletin

9

Penjualan Permit Sementara ThaipusamBERSEMPENA Sambutan Perayaan Thaipusam, Majlis Perbandaran Selayang telah mengeluarkan borang permit penjaja sempena Thaipusam. Penjualan tersebut telah diadakan pada 31 Januari 2012, bermula jam 9:30 pagi di Dewan Beringin, Taman Sri Gombak.

Proses permohonan akan berjalan dalam satu hari di mana ianya melibatkan jualan borang, pendaftaran dan undian tapak.

Bayaran bagi permit tapak perniagaan adalah RM250.00 sepetak untuk aktiviti gunting rambut dan RM200.00 sepetak untuk lain-lain aktiviti. Bayaran tersebut adalah termasuk bayaran untuk permit khemah.

Pelancaran Zon BersihPELANCARAN Zon Bersih peringkat MPS telah diadakan pada 8 April 2012 (Ahad), bertempat di Taman Tasik Bandar Country Homes, Rawang.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Ronnie Liu Tian Khiew, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Negeri Selangor.

Dalam ucapan perasmiannya beliau berkata tujuan program ini diadakan adalah untuk menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri yang paling bersih berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Beliau juga menyeru komuniti untuk memastikan kawasan mereka sentiasa berada dalam keadaan bersih dan menggalakkan masyarakat dalam komuniti berganding bahu dalam menjaga kebersihan persekitaran serta memastikan komuniti hidup dalam keadaan sihat sejahtera, kesinambungan dari persekitaran yang bersih.

Upacara pelancaran diisi dengan acara menanam pokok dan melepaskan anak-anak ikan ke dalam tasik. Selain itu para hadiran telah dihiburkan persembahan daripada tadika-tadika tempatan iaitu Tadika Talian Kasih, Taman Desa Mas, Tadika Sri Pelita, Bandar Country Homes dan Tadika New Castle, Bandar Country Homes.

Program ini juga telah mendapat sokongan beberapa pemaju perumahan yang telah menyumbangkan kerusi taman, pokok-pokok dan beberapa kemudahan taman.

Kehadiran lebih kurang 300 orang yang melibatkan PBT Selangor, Ketua Jabatan Daerah, Ahli-ahli Majlis dan JKP serta JKKK Zon.

M A M P A N P R O G R E S I F

Imbas kod QR ini untuk maklumat lebih lanjut tentang Zon Bersih!

1 0 S E L A Y A N G K U S A Y A N G B I L 1 / 2 0 1 2

PADA 2 Februari 2012, MPS telah mengenalpasti sebanyak sepuluh lokasi di sekitar Kuil Batu Caves disahkan positif tempat pembiakan nyamuk aedes berikutan penemuan jentik-jentik di dalam takungan air di kawasan kuil tersebut. Dua daripada sepuluh tempat adalah di dalam kawasan kuil dan MPS telah mengarahkan pengurusan kuil untuk membersihkan kolam takungan tersebut walaupun kawasan tersebut belum ada kes denggi.

Langkah proaktif ini bertujuan untuk mengelakan kes denggi berlaku di kawasan tersebut dan bersempena sambutan Perayaan Thaipusam yang telah diadakan pada 6 hingga 8 Februari 2012.

Operasi Denggi Sempena Sambutan Perayaan Thaipusam

Lawatan YDP MPS ke gerai terbakar di Taman Bolton

Lawatan Tapak Projek Menaiktaraf Produk Pelancongan Tahun 2012

SEBANYAK tujuh buah bengkel di Taman Bolton, Batu Caves telah terbakar pada 20 Januari 2012.

Dato’ YDP bersama Timbalan YDP, para Pegawai MPS dan wakil dari Pejabat Tanah Daerah Gombak telah melakukan lawatan ke bengkel yang terbakar.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 2.30 pagi tersebut telah menyebabkan tujuh buah premis daripada jumlah keseluruhan 11 unit musnah.

Kos kerugian yang dialami adalah dianggarkan sebanyak RM105,000.00.

PIHAK Seksyen PBT, UPEN bersama Tourism Selangor telah melakukan lawatan ke Pekan Batu Arang pada 15 Mac 2012.

Tujuan lawatan ini adalah bagi mengenal pasti tempat atau kawasan yang strategik bagi membina papan tanda dan maklumat pelancongan di kawasan Pekan Batu Arang yang akan dijadikan sebagai kawasan warisan sebagai daya tarikan baru pelancongan di Negeri Selangor.

Pihak UPEN melalui jawatankuasa Induk Stanco Pelancongan telah bersetuju memberi peruntukan sebanyak RM100,000 untuk menaik taraf produk pelancongan di situ. Dalam lawatan tersebut juga pihak UPEN dan Tourism Selangor telah dibawa melawat beberapa tempat seperti tasik bekas lombong arang batu, terowong arang batu, SRJK (C) Chap Kuan dan kuaters bekas pekerja lombong.

Dua daripada sepuluh tempat adalah di dalam kawasan kuil dan MPS telah mengarahkan pengurusan kuil untuk membersihkan kolam takungan tersebut walaupun kawasan tersebut belum ada kes denggi.

Langkah proaktif ini bertujuan untuk mengelakan kes denggi berlaku di kawasan tersebut dan bersempena sambutan Perayaan Thaipusam yang telah diadakan pada 6 hingga 8 Februari 2012.

www.mps.gov.my

Imbas kod QR ini untuk maklumat lanjut tentang Nyamuk Aedes dan Penyakit Denggi

M A M P A N P R O G R E S I F S E J A H T E R A

buletin

1 1

BIL TARIKH LANTIKAN NAMA JAWATAN/JABATAN

1 3 Januari 2012 Mohamad Zain bin A Hamid Timb. Yang Dipertua/Setiausaha M52 / Pejabat Yang Dipertua

2 1 Februari 2012 Nurul Syazwani binti Sabaruddin Pen. Pegawai Undang-undang L29 / Jabatan Undang-undang

3 1 Februari 2012 Iskandar Zulkarnain bin Abdil Malek Pembantu Tadbir N17 / Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta

4 1 Februari 2012 Mohd Zamhuri bin Mohd Som Pembantu Tadbir N17 / Jabatan Khidmat Pengurusan

5 1 Februari 2012 Erni Yusliza binti Zainuddin Pembantu Tadbir N17 / Jabatan Korporat

6 1 Februari 2012 Noridah binti Zainuddin Pembantu Tadbir N17 / Jabatan Bangunan

7 1 Februari 2012 Khairul Azman bin Ismail Pekerja Awam R1 / Jabatan Kesihatan

8 1 Februari 2012 Tashrull Ariffin bin Mazlan Pekerja Awam R1 / Jabatan Kesihatan

9 1 Februari 2012 Logeeswaran a/l Bhaskar Pekerja Awam R1 / Jabatan Kesihatan

10 1 Februari 2012 Mohd Izuan bin Subtu Pekerja Awam R1 / Jabatan Kesihatan

11 1 Februari 2012 Muhammad Ali bin Osman Penyelamat N1 / Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta

12 1 Februari 2012 Abdul Hafiz bin Mohamed Isa Penyelamat N1 / Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta

13 16 Februari 2012 Amirah binti Zulkifli Pembantu Tadbir N4-1 / Bahagian Pusat Setempat

14 16 Februari 2012 Zhafrizan bin Abu Bakar Pembantu Awam H5-1 / Jabatan Kesihatan

15 1 Mac 2012 Rezuan bin Abdul Manaf Pekerja Rendah Awam R-1 / Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta

MAJLIS Pemberian Watikah Lantikan kepada Pengerusi PeBT Bagi Sesi 2012/2013 telah diadakan di Hotel Grand Bluewave,Shah Alam pada 4 Mac 2012 yang telah disampaikan oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor. Majlis ini turut dihadiri oleh Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Selayang.

Antara peranan Pengerusi Penggerak Belia Tempatan adalah mempengerusikan mesyuarat penggerak belia tempatan peringkat zon, melantik ahli jawatankuasa kerja penggerak belia tempatan peringkat zon, merancang program yang bermanafaat kepada belia setempat, menyampaikan maklumat kepada belia akan segala pengumuman, pelaksanaan projek dan aktiviti kerajaan, membentuk jaringan serta perkongsian pintar dengan belia setempat, persatuan dan badan-badan yang berkaitan, menghadiri mana-mana mesyuarat/kursus/program yang diwajibkan ke atasnya.

Majlis Pelantikan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Majlis Perbandaran Selayang Sesi 2012-2013

Senarai Nama Kakitangan Lantikan Baru MPS dari Januari - Mac 2012

Hubungi untuk aduan atau pertanyaan mengenai :

SampahCukai TaksiranAlam SekitarKemudahan AwamPermohonan LesenPenyelenggaraan

PenguatkuasaanLanskap / PokokHaiwanBencana AlamJalanLain-lain

Bahagian Pengaduan AwamJabatan Korporat

Majlis Perbandaran Selayang Menara MPS, Persiaran 3, Bandar Baru Selayang

68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan Tel: 603-6126 5800 Fax: 603-6138 8933

e-Mel: [email protected]