1

65
1.0 Falsafah Pendidikan Guru (FPG) 1.1 Pengenalan Pertama-tamanya eloklah jika kita memahami apa yang dimaksudkan dengan falsafah pendidikan guru itu sendiri. Menurut laman web ensaiklopedia bebas, wikipedia, falsafah ialah satu disiplin ilmiah yang mengusahakan kebenaran yang umum dan asas. Manakala perkataan pendidikan bermaksud usaha sistematik yang disengajakan,yang dibuat oleh sesuatu masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada ahlinya, usaha memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku dalam diri manusia. Seterusnya, menurut Noor Jamaluddin (1978: 1) guru adalah pendidik, yaitu orang dewasa yang bertanggungjawab memberi bimbingan atau bantuan kepada anak didik dalam perkembangan jasmani dan rohaninya agar mencapai kedewasaannya, mampu berdiri sendiri dapat melaksanakan tugasnya sebagai makhluk Allah khalifah di muka bumi, sebagai makhluk sosial dan individu yang sanggup berdiri sendiri. Berdasarkan kepada dasar yang telah digubal oleh kerajaan, Falsafah Pendidikan Guru adalah seperti berikut: Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu-padu, demokratik, progresif dan berdisiplin1.2 Matlamat Falsafah Pendidikan Guru Matlamat falsafah pendidikan guru adalah untuk melahirkan guru yang berkualiti dari segi peribadi, professional, sosial, menguasai ilmu dan kemahiran serta amalan keguruan. Seseorang guru cemerlang perlu mempunyai ciri-ciri dalaman iaitu peribadi yang seimbang terlebih dahulu. Ianya sangat penting kerana seseorang guru perlulah mempunyai emosi yang stabil untuk membolehkan mereka membentuk generasi yang positif pula. Guru juga akan menjadi contoh teladan kepada murid-murid. Justeru, guru harus menjadi ikon yang terbaik kepada murid-murid. Seterusnya, guru perlulah professional tentang karier mereka. Seseorang bakal guru perlulah berusaha sehabis mungkin untuk mendalami ilmu berkaitan keguruan ketika masih dalam tempoh latihan agar mereka tidak kekok ketika bertugas di kemudian hari. Disamping itu, falsafah pendidikan guru juga adalah untuk melahirkan guru yang berkualiti dari segi sosial. Guru perlulah mempunyai bijak bergaul dengan semua masyarakat sekeliling tidak kira dalam kawasan sekolah mahupun dengan masyarakat luar. Ini kerana, ke mana sahaja seseorang guru itu pergi dia akan membawa imej seorang guru. Guru juga perlu mempunyai penguasaan terhadap ilmu dan kemahiran keguruan.

description

qq

Transcript of 1

1.0 Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

1.1 Pengenalan

Pertama-tamanya eloklah jika kita memahami apa yang dimaksudkan dengan falsafah pendidikan guru itu sendiri. Menurut laman web ensaiklopedia bebas, wikipedia, falsafah ialah satu disiplin ilmiah yang mengusahakan kebenaran yang umum dan asas. Manakala perkataan pendidikan bermaksud usaha sistematik yang disengajakan,yang dibuat oleh sesuatu masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada ahlinya, usaha memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku dalam diri manusia.

Seterusnya, menurut Noor Jamaluddin (1978: 1) guru adalah pendidik, yaitu orang dewasa yang bertanggungjawab memberi bimbingan atau bantuan kepada anak didik dalam perkembangan jasmani dan rohaninya agar mencapai kedewasaannya, mampu berdiri sendiri dapat melaksanakan tugasnya sebagai makhluk Allah khalifah di muka bumi, sebagai makhluk sosial dan individu yang sanggup berdiri sendiri.

Berdasarkan kepada dasar yang telah digubal oleh kerajaan, Falsafah Pendidikan Guru adalah seperti berikut:

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu-padu, demokratik, progresif dan berdisiplin

1.2 Matlamat Falsafah Pendidikan Guru

Matlamat falsafah pendidikan guru adalah untuk melahirkan guru yang berkualiti dari segi peribadi, professional, sosial, menguasai ilmu dan kemahiran serta amalan keguruan. Seseorang guru cemerlang perlu mempunyai ciri-ciri dalaman iaitu peribadi yang seimbang terlebih dahulu. Ianya sangat penting kerana seseorang guru perlulah mempunyai emosi yang stabil untuk membolehkan mereka membentuk generasi yang positif pula. Guru juga akan menjadi contoh teladan kepada murid-murid. Justeru, guru harus menjadi ikon yang terbaik kepada murid-murid.

Seterusnya, guru perlulah professional tentang karier mereka. Seseorang bakal guru perlulah berusaha sehabis mungkin untuk mendalami ilmu berkaitan keguruan ketika masih dalam tempoh latihan agar mereka tidak kekok ketika bertugas di kemudian hari.

Disamping itu, falsafah pendidikan guru juga adalah untuk melahirkan guru yang berkualiti dari segi sosial. Guru perlulah mempunyai bijak bergaul dengan semua masyarakat sekeliling tidak kira dalam kawasan sekolah mahupun dengan masyarakat luar. Ini kerana, ke mana sahaja seseorang guru itu pergi dia akan membawa imej seorang guru. Guru juga perlu mempunyai penguasaan terhadap ilmu dan kemahiran keguruan. Seseorang guru itu bukan hanya perlu memberikan didikan akademik, tetapi dia juga perlu menyelitkan nilai-nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran seharian.

1.3 Konsep Falsafah Pendidikan Guru

Bagi memahami sesuatu perkara kita terlebih dahulu perlu memahami konsep perkara atau tajuk itu. Justeru sama seperti falsafah pendidikan guru ini, kita perlu memahami konsep yang ingin disampaikan menerusi falsafah ini terlebih dahulu. Di Malaysia, falsafah pendidikan guru ini digubal berasaskan model konseptual pendidikan guru.

Berdasarkan model tersebut, karakter seorang guru berkait rapat dengan tiga dimensi utama iaitu ketuhanan, kemasyarakatan dan kendiri. Bagi elemen ketuhanan, ia berkaitan peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama. Seterusnya menerusi kemasyarakatan, model ini memberi penekanan mengenai peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan agen perubahan. Manakala aspek kendiri memberi penekanan pembinaan daya kefahaman dan patriotisme, pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah murni dan berpekerti mulia.

Dalam hal ini, seorang guru itu harus terlebih dahulu melengkapkan tiga elemen asas mengikut model konseptual guru ini iaitu pengetahuan, nilai serta kemahiran tentang keguruan. Pengetahuan yang dimaksudkan ialah yang berhubung dengan perkembangan dan kepentingan pendidikan dalam kehidupan. Manakala kemahiran menekankan tentang kemahiran menggunakan bahan-bahan pelajaran dengan tujuan meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Nilai pula merujuk kepada amalan nilai-nilai murni, perlakuan seorang guru, berdaya tahan, patriotik dan patuh terhadap profession keguruan. Guru pada peringkat rendah harus memberi contoh yang sesuai yang melambangkan ciri-ciri kesempurnaan dari segi jasmani dan rohani. Selain itu, guru perlu mengamalkan dan menghayati nilai-nilai yang diajar. Ini kerana, nilai-nilai yang dihayati oleh guru akan tercermin dalam amalan-amalan sehariannya.

Berhubung model konseptual pendidikan guru ini juga, ia turut menekankan matlamat mengembangkan potensi guru secara seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Keempat-empat aspek ini juga adalah selaras dengan matlamat falsafah pendidikan kebangsaan. Aspek yang dititikberatkan ini adalah penting kerana seorang pendidik itu haruslah terlebih dahulu mempunyai unsur dalaman yang stabil agar berupaya pula melahirkan generasi seimbang jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan falsafah pendidikan negara kita.

Justeru, dapatlah disimpulkan disini mengikut model konseptual guru ini bahawa seseorang guru itu perlulah mengukuhkan terlebih dahulu aspek dasar iaitu ketuhanan, kemasyarakatan dan kendiri. Langkah seterusnya ialah memantapkan unsur rohani, jasmani, intelek dan nilai. Selepas itu, memupuk serta mengekalkan aspek kemahiran, pengetahuan serta nilai seorang guru. Bersatunya kesemua unsur-unsur dalam model konseptual ini dapat memantapkan lagi unsur akauntabiliti seorang guru.

1.4 Ciri-Ciri Guru Yang Berkesan

Ciri-ciri guru yang berkesan sangat ialah guru yang dapat melahirkan unsur kecindan yakni dapat menghidupkan suasana di dalam kelas. Unsur kecindan adalah unsur-unsur lucu yang diselitkan dalam proses pengajaran.

Selain itu, guru juga perlulah mempunyai daya kepimpinan yang tinggi agar mampu mengawal kelasnya. Ini kerana, walaupun guru itu bertugas di sekolah rendah, ia bukanlah satu tugas yang boleh dipandang enteng kerana kanak-kanak lebih banyak kerenahnya.

Seterusnya, guru juga perlulah berdedikasi dan berwibawa terhadap professionnya. Dedikasi merupakan asas kepada kejayaan yang cemerlang. Guru perlulah komited terhadap kerjayanya supaya semua aktiviti yang dirancang dalam proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.

Ciri-ciri ini haruslah dicapai oleh semua guru-guru agar hasrat falsafah pendidikan guru Malaysia dapat dicapai dengan jayanya.

2.0 Implikasi Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

2.1 Pengenalan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah dilancarkan secara rasmi pada tahun 1988 telah dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu faktor agama, sosial, ekonomi, politik individu dan faktor faktor sejagat. Berdasarkan faktor faktor ini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah dilaksanakan bagi mencapai matlamat matlamat yang diharap-harapkan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru telah membawa beberapa implikasi terhadap sistem kurikulum sekolah, pendidik dan institusi pendidikan.

2.2 Implikasi terhadap sistem kurikulum sekolah

Implikasi terhadap kurikulum sekolah telah membawa perubahan sukatan subjek pelajaran yang diorientasikan kepada program bersepadu seperti Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Selain itu, perubahan dari segi bahan bahan pengajaran dan pelajaran yang hanya mengutamakan nilai nilai murni akan diserap dalam semua subjek. Hal ini bertujuan untuk melaksanakan perubahan program pendidikan bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis. Tambahan pula, perubahan kurikulum sekolah juga dapat dilihat melalui sistem pendidikan negara yang mula berorientasikan ke arah pendidikan umum. Perubahan sukatan pelajaran yang sesuia juga telah dibuat untuk melatih pelajar pelajar agar mempunyai kemahiran teknologi dan vokasional.

2.3 Implikasi terhadap pendidik

Implikasi yang kedua yang telah tercetus ialah terhadap pendidik. Implikasi ini telah membawa perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan sejajar dengan tujuan dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Di samping itu, sikap peribadi pendidik perlulah diubah kepada pandangan dan visi yang positif terhadap tugas demi merealisasikan matlamat dan cita cita Falsafah Pendidikan Negara. Perubahan positif secara profesional dengan mengubah strategi dan teknik pengajaran yang sesuai diharap mampu melahirkan pendidik yang inovatif, berpengetahuan luas, berakhlak mulia dan berketrampilan yang cemerlang.

2.4 Implikasi terhadap institusi pendidikan

Implikasi yang terakhir ialah implikasi terhadap institusi pendidikan. Di dalam institusi pendidikan pada zaman ini kita dapat melihat perubahan yang amat ketara berbanding dengan institusi pendidikan pada zaman dahulu. Perubahan yang amat ketara dapat dilihat melalui perkembangan infrasturktur yang dibina di sekolah. Hal ini bertujuan untuk memberi peluang terhadap para pelajar bagi mengembangkan lagi potensi yang ada dalam diri para pelajar dari segi intelek, rohani, emosi, sosial, dan jasmani secara menyeluruh dan seimbang. Selain itu juga, aktiviti aktiviti budaya di sekolah telah mengalami perubahan bagi memupuk nilai nilai murni dalam jiwa para pelajar. Perubahan iklim di sekolah secara kondusif bagi melahirkan pelajar pelajar yang amat mencintai ilmu dan seterusnya memupuk budaya membaca dalam kalangan mereka.Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan MelayuDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.IPG Kampus Perempuan Melayu MelakaInstitute of Teacher Education, Perempuan Melayu Campus

Iman Ilmu Integriti

Lokasi

Durian Daun, Melaka

Maklumat

Ditubuhkan31 Januari 1935

PelajarKursus persediaan, Ijazah Sarjana Muda & Kursus Sijil Perguruan Khas

PengarahPuan Hjh. Noor Hayatee Bt. Md. Noor

Timbalan PengarahDatin Siti Hanifah Bt Madarsa

Hal Ehwal PelajarDr. Hj. Mihat bin Dolah

Laman webwww.ippm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu (IPGKPM), dahulu dikenali sebagai Maktab Perguruan Perempuan Melayu (MPPM) dan asalnya dahulu dikenali sebagai Malay Women's Training College (MWTC) ialah sebuah Institut Pendidikan Guru di Malaysia. Institut ini dianggap unik, dalam erti kata institut ini satu-satunya pusat latihan perguruan yang melatih bakal guru-guru perempuan, berbangsa Melayu dan beragama Islam.Isi kandungan 1 Sejarah 1.1 Falsafah 1.2 Visi 1.3 Misi 1.4 Moto 1.5 Logo Kampus 1.6 Matlamat 1.7 Piagam Pelanggan 1.8 Teras kecemerlangan 2 Pautan luarSejarahSejarah institut ini bermula pada 1934 apabila Kerajaan Negeri Selat mencetuskan idea penubuhan MWTC. MWTC telah direncanakan bagi melahirkan guru-guru wanita Melayu untuk mengajar di sekolah-sekolah rendah di seluruh negara. Pada 31 Januari 1935, penubuhan MWTC diisytiharkan, setelah dilakukan pengubahsuaian blok-blok bangunan lama Hospital Melaka.Terletak di lokasi seluas 38.9 hektar, institut yang berada dalam lingkungan pentadbiran Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah, kini terus berkembang, sejajar dengan perkembangan prasarana yang berlaku di sekelilingnya. Gabungan bangunan lama, yang masih digunakan sehingga kini, dengan bangunan baru, menjadikan IPG Kampus Perempuan Melayu begitu unik kepada warganya.IPGKPM kini sudah melangkah ke era globalisasi dengan pelancaran Laman IPGKPM, yang disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan Guru, Tuan Haji Sa'ari Hassan pada 28 Jun 1997. Pelan Strategik IPGKM (2005 2009) sedang giat dilaksanakan bagi mencapai ISO 9002, seterusnya menuju ke arah merealisasikan konsep "Institut Bestari". Terkini, IPGKPM sedang giat melaksanakan program integrasi teknologi maklumat (TM) dalam pengajaran dan pembelajaran, dengan berpaksikan Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.FalsafahIPGKPM berazam untuk terus berjuang ke arah penghayatan dan pembinaan semangat keintelektualan dan profesionalisme pendidikan perguruan berlandaskan FPK sesuai dengan ajaran Islam dan Kebudayaan Melayu.VisiVisi IPGKPM ialah menjadi pusat kecemerlangan pendidikan guru menjelang 2010MisiMelengkapkan dan menggunakan sumber dan kepakaran secara optimum untuk melahirkan guru yang berkemahiran masa kini dan masa akan datang.MotoIMAN ILMU INTEGRITIIPGKPM mengutamakan pemantapan iman, penguasaan dan penghayatan ilmu, kebijaksanaan berfikir dan kecekapan bertindak ke arah pembentukan jati diri insan guru yang berintegriti.

IPGKPM Melaka.Logo KampusLogo IPGKPM membawa pengertian yang berikut: Bintang berbucu lima melambangkan Rukun Islam yang lima dan juga Rukun Negara; Bulan sabit berwarna kuning melambangkan kesucian Agama Islam; Daun mengambil sempena nama tempat terletaknya Institut ini iaitu di Durian Daun. Nama IPGKPM dalam tulisan Jawi Nasakh melambangkan Institut mendukung keperibadian Melayu-lslam. Warna kuning dan biru melambangkan warna Institut, yang juga selari dengan pengertian warna-warna pada bendera Malaysia, disebabkan Institut ini merupakan sebuah institusi di bawah Kerajaan Persekutuan; Moto IPGKPM ialah Iman Ilmu IntegritiMatlamat Melahirkan guru yang reflektif, bersepadu dalam pelbagai disiplin ilmu, berupaya mengamalkan dan menyebarluaskan ilmu dan kemahiran; Membentuk watak guru peteladan dari segi kecerdasan pemikiran, kemantapan rohani, kestabilan emosi, ketangkasan jasmani, penampilan diri dan berkemahiran interpersonal; Mewujudkan iklim organisasi yang kondusif bagi menyuburkan dan meningkatkan profesionalisme keguruan; Membina pasukan kerja yang cekap, jelekit dan beriltizam dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan; Mewujudkan rangkaian kerjasama antara IPG dengan institusi pendidikan, masyarakat, dan agensi-agensi lain untuk memahami senario pendidikan dan menangani isu pendidikan semasa; Menjadikan IPGKPM pusat rujukan pendidikan dan menyediakan perkhidmatan konsultasi dari segi pedagogi, pengurusan pendidikan, pembangunan sumber manusia, penyelidikan dan pembangunan, dan prasaranaPiagam PelangganIPGKPM sentiasa memberi perkhidmatan pendidikan keguruan yang dapat memenuhi kepuasan pelanggan dan mencapai aspirasi negara dengan memastikan: Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan pada hari pertama sesi interaksi bermula; Semua aduan pelanggan diberi perhatian dan diambil tindakan dalam tempoh 7 hari bekerja selepas aduan diterima; Elaun pelajar dibayar dalam tempoh sepuluh hari bekerja pertama bulan tersebut dengan syarat peruntukan diterima; Pelajar IPGKPM menguasai ilmu dan kemahiran keguruan dan memiliki jati diri serta sahsiah yang unggul; Semua maklumat pelajar adalah sahih dan sentiasa kemas kini untuk tujuan rekod dan rujukan; Maklumat pelajar semester akhir yang lengkap disediakan 6 bulan sebelum penempatan dan dihantar ke bahagian-bahagian berkenaan 3 bulan sebelum sesi persekolahan bermula; Keputusan peperiksaan diumumkan dalam tempoh 3 hari bekerja selepas surat pengumuman keputusan peperiksaan diterima daripada BPG; IPGKPM sedia memberi khidmat konsultasi dan rujukan pendidikan kepada masyarakat pendidik khususnya. Lihat juga Standard Guru MalaysiaTeras kecemerlangan Menyediakan latihan guru yang berasaskan sekolah ke arah memperkasakan sekolah kebangsaan dan merapatkan jurang perbezaan pendidikan dalam kalangan pelajar. Menjana kecemerlangan pendidikan dalam bidang TMK dan pintar cerdas. Memartabatkan profesion keguruan melalui penghayatan dan amalan budaya IPG. Membudayakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Meningkatkan kualiti dan memantapkan sistem penyampaian latihan perguruan. Meningkatkan kualiti dan memantapkan sistem penyampaian pengurusan dan pentadbiran. PENUTUPAN MAKTAB PERGURUAN MATANGPosted by on 14/11/2008 10:43:40 Maktab Perguruan Melayu Matang telah dibuka pada 11 Oktober 1913. Maktab itu terletak kira-kira enam batu dari Bandar Taiping iaitu di sebuah bangunan bekas Istana Long Jaafar. Walaubagaimanapun pada hari ini 26 Oktober 1922, Maktab Perguruan Matang telah ditutup setelah beroperasi selama lebih kurang sembilan tahun. Penutupan itu adalah atas cadangan R.O. Winstedt kepada kerajaan pada tahun 1917, supaya kerajaan menubuhkan hanya sebuah maktab perguruan bagi Tanah Melayu. Walaubagaimanapun maktab itu tidak terus ditutup pada tahun tersebut kerana Maktab Perguruan Sultan Idris masih lagi dalam proses pembinaan. Pembinaan Maktab Perguruan Matang adalah atas daya usaha DYMM Sultan Perak, Sultan Idris. Penubuhan maktab tersebut membuktikan kesedaran baginda Sultan untuk melihat kemajuan di bidang pelajaran bagi orang-orang Melayu. Pada peringkat awalnya hanya penuntut dari negeri Perak sahaja yang diambil untuk belajar di maktab itu iaitu kira-kira 25 orang pelajar. Menjelang penutupannya pada hari ini dalam tahun 1922 maktab itu telah berjaya melatih seramai 200 orang guru. Pengetua Maktab Perguruan Melayu Matang yang pertama ialah Mr. A. Keir. Antara mata pelajaran yang diajar ketika itu ialah Bahasa Melayu, pertanian, pelajaran Al-Quran, lukisan, tulisan dan latihan kawad.Penutupan Maktab Perguruan Matang pada hari ini dalam tahun 1922, telah digantikan dengan sebuah maktab perguruan yang baru iaitu Maktab Perguruan Sultan Idris, di Tanjung Malim, Perak (yang masih kekal hingga ke hari ini). Pendahuluan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi awam yang penting dalam lipatan sejarah pendidikan negara. Institusi ini berkembang secara bertahap dari sebuah kolej ke sebuah universiti. Agak menarik apabila meneliti tahap perkembangan institusi ini, kerana ia meniti satu landasan sejarah yang sama, mendukung falsafah penubuhan yang sama dan mekar dalam taman yang sama. Secara kronologi, perkembangan UPSI melalui tiga era, iaitu era SITC (29 November 1922 - 1957), era MPSI (1957 - 1987) dan era IPSI (21 Februari 1987 - April 1997). Tiga era ini juga memperlihatkan wadah generasi pendidik yang dilahirkan oleh institusi ini dalam tempoh 75 tahun. Tanggal 1 Mei 1997 bermulalah lembaran barunya sebagai sebuah universiti, apabila universiti ini diperbadankan di bawah Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997 menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 132 & 133 yang bertarikh 24 Februari 1997.

Maktab Latihan Guru Peranan R.O. Winstedt tercatat dalam sejarah SITC sebagai tokoh terawal yang mengilhamkan cadangan agar ditubuhkan sebuah maktab pusat bagi melatih guru dan bagi meluaskan skop pendidikan pada ketika itu. Ilham ini timbul setelah kepulangan beliau dari lawatan ke Tanah Jawa dan Filipina. Cadangan ini dibawa ke Persidangan Residen-Residen pada 10 Mei 1917. Beliau juga turut menyarankan supaya tapak tempat maktab yang bakal didirikan itu mestilah mempunyai tanah yang subur, bagi menampung keperluan kurikulum yang banyak berteraskan kepada kemahiran dalam bidang pertanian. Tempat yang dipilih juga seharusnya berdekatan dengan rangkaian kereta api, jalan raya dan berhampiran dengan sungai. Satu lagi aspek yang difikirkan ialah komposisi penduduknya haruslah sederhana ramai.

Lokasi

Dalam proses mencari tempat yang sesuai itu, Tanjong Malim dilihat sebagai satu-satunya tempat yang paling menepati ciri-ciri lokasi dan faktor geografi sebagaimana yang dihasratkan oleh Winstedt. Pada 26 Mei 1917, Tanjong Malim secara rasmi dipilih sebagai tempat pembinaan maktab. Tanah seluas 64 hektar telah dibeli di Tanjong Malim dengan harga $49,000.00 untuk dijadikan kampus dan kerja-kerja pembinaan bermula pada bulan Ogos 1919. Reka bentuk bangunannya berunsur seni bina ala-Gothic Zaman Pertengahan. Pada tahun 1922, pembinaan maktab siap sepenuhnya. Pada 29 November 1922 SITC dirasmikan oleh Sir W. George Maxwell, Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Sultan Idris Training College (SITC)

Pada tarikh yang sama juga cadangan untuk memberikan nama maktab ini sebagai Sultan Idris Training College (SITC) telah dimaklumkan kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Abdul Jalil Shah. Cadangan ini diperkenankan baginda Sultan. Nama Almarhum Sultan Idris Shah diabadikan pada nama maktab ini sebagai mengenang jasa dan sumbangan besar Almarhum dalam bidang pendidikan. Almarhum DYMM Paduka Seri Sultan Idris Mursyidul Adzam Shah ialah Sultan Perak yang ke-28 yang memerintah negeri Perak antara tahun 1889 - 1916. Penubuhan SITC dianggap sebagai satu era baru yang menyemarakkan alam pemikiran dan pendidikan bangsa Melayu. Pengarah Pelajaran Negeri-Negeri Selat, Tuan Wolffe dalam ucapannya sewaktu perasmian SITC menyatakan bahawa, hari tersebut menandakan titik bersejarah bagi orang Melayu kerana ia (penubuhan SITC) merupakan titik tolak dalam perkembangan pendidikan vernakular Melayu. Menurutnya lagi, orang Melayu merasakan suatu pengiktirafan besar serta penghargaan yang tidak ada tolok bandingnya bagi peningkatan taraf pelajaran anak-anak Melayu. SITC berkembang pantas. Kemasukan pelatihnya pula tidak terbatas hanya kepada orang Melayu di Tanah Melayu, malah meluas hingga ke Brunei, British Borneo dan Singapura. Pada bulan Mac 1924, SITC mengeluarkan guru terlatihnya yang pertama seramai 58 orang. Jumlah guru terlatih yang dikeluarkan terus meningkat dari setahun ke setahun. Dalam era ini jugalah bermulanya usaha membina peradaban bangsa menerusi bahasa Melayu. Pejabat Karang-Mengarang menjadi lidah rasmi yang memartabatkan dan meninggikan bahasa ibunda. Usaha ini berkembang subur di tangan Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Pendeta Zaba. Kurikulum latihan perguruan di SITC tertumpu kepada pengetahuan asas keguruan di samping kraf tangan dan pertanian. Sejak ditubuhkan, institusi ini terus unggul berbakti kepada bangsa dan negara. Ia disifatkan sebagai universiti yang unggul bagi melatih guru-guru Melayu. Pengambilan Pelajar SITC

Bermula 19 November 1922, pengambilan kumpulan pertama pelatih lelaki berjumlah 115 orang telah mendaftar. Beberapa hari selepas pendaftaran itu, sejumlah lima orang pelatih lagi diterima masuk yang membawa jumlah keseluruhannya 120 orang. Kumpulan pertama guru pelatih ini sebenarnya terdiri daripada 70 orang dari Maktab Perguruan Melayu Melaka dan 50 orang lagi dari Maktab Perguruan Matang. Jumlah tenaga pengajarnya pula adalah seramai empat orang berbangsa Eropah, tujuh orang guru Melayu, seorang guru anyaman dari Manila dan seorang guru al-Quran dari Matang. Mereka ialah O.T. Dussek (Pengetua), M.R. Holgate, W.B.O. Sir Williams, D.H. Ghrist, Mohammad Hashim Hj Taib, Noordin Hj Harun, Ibrahim Dato Muda Linggi, Abdul Rahman Hj Muhyiddin, Hanafiah Md Saman, Mohamad Said Hj Hussin, Abdul Hadi, Mr. W. Olaguera (Manila) dan Lebai Jaafar Abdul Rashid (guru al-Quran). O.T. Dussek dilantik sebagai Pengetua SITC yang pertama. Pada tahun 1923 jumlah tenaga pengajar bertambah. Pertambahan ini melibatkan sepuluh orang guru berbangsa Melayu dan seorang berbangsa Filipina. Guru-guru ini pada asalnya merupakan tenaga pengajar dari Maktab Perguruan Matang yang telah ditutup dan sebahagiannya dari Maktab Perguruan Melaka.

Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) Pada tahun 1957 nama SITC ditukarkan kepada nama Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI). Langkah ini dilakukan bagi memenuhi tuntutan Laporan Razak. Dari tarikh ini bermulalah era MPSI yang membawa wajah, watak dan keperibadian Melayu, apabila pentadbiran SITC yang selama ini diketuai orang Eropah beralih tangan kepada cendekiawan Melayu. Meskipun berubah pada nama, namun tradisi SITC menjadi akar yang menumbuhkan kecemerlangan institusi ini dalam era MPSI dan era-era seterusnya. Peranan MPSI tidak setakat melatih dan mendidik bakal guru, namun menjadi medan pengungkap bicara dan suara hati para cerdik pandai dan nasionalis Melayu. Pembinaan bahasa Melayu sebagai satu korpus dikukuhkan lagi dengan kemunculan tradisi penulisan kreatif dalam kalangan guru pelatih dan tenaga pengajar. Tradisi ini sudah bermula pada era SITC di tangan Harun Aminurrashid dan Punggok, tetapi berkembang luas dalam era MPSI. Pada waktu inilah munculnya beberapa tokoh besar penyair, cerpenis dan novelis Melayu. Antaranya ialah A. Wahab Ali, Ali Majod, Kasmani Haji Arif, Awang Had Salleh, Hassan Ali, Othman Puteh, Dharmawijaya, Kemala, Suhaimi Haji Mohammad, Shahnon Ahmad, Suratman Markasan, Masuri S.N., Yura Halim dan lain-lain lagi. Pada 13 Januari 1975, MPSI memecah tradisinya apabila menerima 140 orang penuntut perempuan. Perkembangan baharu ini telah mewujudkan senario baru dalam tradisi MPSI. Meskipun penuntut perempuan diterima masuk, namun MPSI terus ke hadapan sebagai sebuah institusi perguruan yang cemerlang dan terunggul tanpa membezakan taraf dan jantina. Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI)

Era MPSI berakhir pada 21 Februari 1987 apabila tarafnya sebagai sebuah maktab ditingkatkan menjadi sebuah institut dengan nama Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI). Era IPSI merupakan satu zaman mencabar, kerana kedudukannya sebagai sebuah institusi tidaklah hanya meninggikan nama semata-mata, tetapi turut melonjakkan harapan anak bangsa dan masyarakat Melayu serta kerajaan yang mentadbir untuk melihat IPSI benar-benar menjadi tonggak harapan bagi mempertingkatkan taraf pendidikan rakyat, khususnya orang-orang Melayu. Justeru, IPSI mengorak langkah panjang dengan memperkenalkan pelbagai rancangan. Antaranya ialah mengadakan Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) pada tahun 1987 dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) bermula pada tahun 1988. Pada tahun 1993 Kursus Kembaran dengan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pula diadakan dalam bidang Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani. Peranan SITC dan MPSI telah diperkasakan dalam era IPSI menerusi rangkaian kerjasama pengajian yang diadakan dengan pihak-pihak lain di luar IPSI. Ruang lingkup dan sempadan jangkauan IPSI merentas tembok itu sendiri. IPSI bergerak seiring dengan kemajuan institusi-institusi pengajian tinggi awam lain dalam konteks merealisasikan matlamat kerajaan untuk menghasilkan tenaga pengajar yang berwibawa dan bermanfaat demi kesejahteraan masyarakat dan negara. Peranan IPSI berterusan hingga ke tahun 1993 apabila pada masa itu sistem latihan perguruan mengamalkan sistem bersepadu, iaitu sesebuah maktab perguruan melatih guru-guru untuk sekolah rendah dan menengah.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Genap usia sepuluh tahun, IPSI memasuki era barunya pada tahun 1997 dengan langkah yang penuh bergaya apabila institusi ini secara rasmi dinaikkan taraf sebagai sebuah universiti. Bagi menjalankan perintah kerajaan menerusi Warta Kerajaan P.U. (A) 132 & 133 bertarikh 24 Februari 1997, maka bermula 1 Mei 1997, tertubuhlah Universiti Pendidikan Sultan Idris yang dikenali hari ini dengan nama singkatannya UPSI. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mula beroperasi pada 2 Mei 1997 dengan pelajarnya seramai 350 orang. Datuk Dr. Ashari Che Mat telah dilantik sebagai Naib Canselor Pertama manakala Profesor Dr. Abu Bakar Nordin (kini bergelar Dato) sebagai Timbalan Naib Canselor Akademik. Mereka dibantu oleh Encik Sayuti Sahlan, Encik Yusof Semahil dan Encik Rusley Taib untuk membangunkan UPSI dalam serba kekurangan. Berbekalkan enam orang kakitangan pentadbiran dan 29 orang tenaga akademik yang kebanyakannya dipinjamkan dari pelbagai agensi Kementerian Pendidikan Malaysia, UPSI mengorak langkah ke gelanggang pendidikan dengan semangat dan cita-cita murni. Ternyata, tidak mudah bagi UPSI menarik nafas lega, kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran. Kekentalan semangat dan iltizam beserta dorongan Kementerian Pendidikan, UPSI menapak langkah demi langkah membina kekuatan diri berdiri atas kemampuan sendiri yang akhirnya berjaya menempatkan dirinya seiring dengan perkembangan institusi pengajian tinggi yang lain waktu ini. Pembangunan infrastruktur bermula dengan pembinaan Bangunan Canselori pada tahun 1999 dan Kompleks Kediaman Siswa di Behrang Ulu. Pada awal tahun 2001, pembangunan semakin rancak dilaksanakan dengan pembinaan Gimnasium, Perpustakaan, Auditorium, Kompleks Pendidikan Muzik, dewan-dewan kuliah dan lain-lain. Beberapa kemudahan sedia ada yang merupakan warisan SITC-MPSI-IPSI dibaik pulih dengan beberapa pembaharuan, sesuai dengan kemajuan teknologi di samping mengekalkan struktur asalnya. Pembangunan yang rancak ini telah menampilkan imej UPSI sebagai sebuah institusi pengajian tinggi. Nama UPSI terpancar sebagai simbol keunggulan institusi ini sebagai sebuah universiti yang sepenuhnya menawarkan program pengajian pendidikan baik di peringkat ijazah sarjana muda mahupun lanjutan. Pada awal penubuhannya, terdapat hanya empat buah fakulti yang menawarkan sepuluh program pengajian. Fakulti-fakulti tersebut adalah Fakulti Bahasa, Fakulti Sains Sosial dan Kesenian, Fakulti Sains dan Teknologi, dan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia. Jumlah program pengajian bertambah dari tahun ke tahun. Pada tahun 2002, dua buah fakulti baharu ditubuhkan, iaitu Fakulti Perniagaan dan Ekonomi dan Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, menjadikan jumlah fakulti sehingga itu enam buah dengan jumlah 19 kursus pengajian di peringkat ijazah sarjana muda. Peningkatan ini menggambarkan perubahan besar yang dilakukan bagi menampung keperluan akademik dan jumlah pelajar yang kian bertambah.

Sehingga kini, sebanyak sembilan buah fakulti sudah ditubuhkan dan fakulti tersebut adalah Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia (FPPM), Fakulti Sains dan Matematik (FSMT), Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE), Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSK), Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP), Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSK), Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), dan Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK). UPSI juga sudah mempunyai 54 program pengajian ( 7 Program Diploma, 35 Program Sarjana Muda Pendidikan, 4 Program Sarjana Muda Dengan Pendidikan, dan 8 Program Ijazah Sarjana Muda). Selain itu, Institut Pengajian Siswazah (IPS) menawarkan 173 Program Pengajian (103 Program Sarjana dan 70 Program Doktor Falsafah). Hari ini terdapat 27 buah Institut Pendidikan Guru (IPG) yang dahulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan di seluruh Malaysia, tapi tahukah kita dimanakah terletaknya Maktab Kirkby?. Cuba tanya kepada warga pendidik generasi baru, adakah mereka mengenali Maktab Kirby?. Sudah pasti ramai tidak mengetahuinya dan sekiranya tahu sekalipun, mereka tidak mengenali secara terperinci Maktab Kirkby.

Sebenarnya Maktab Kirby beroperasi di Kirkby, Liverpool England. Maktab Kirkby atau The Malayan Teacher's Training College Kirkby Liverpool, England merupakan maktab pertama yang beroperasi diluar Malaya dan ini merupakan satu eksperimen pendidikan yang unik kerana ia merupakan maktab negara asing yang dibenarkan beroperasi di England. Maktab ini hanya bertahan selama 11 tahun (1951-1962) kerana Kerajaan British mengambil semula tapak maktab ini setelah kontrak maktab ini berakhir.

Tapak maktab ini sebenarnya adalah bekas kem tentera British dan apabila bertukar fungsi sebagai maktab,susun atur maktab ini seakan kem tentera menyebabkan guru pelatih yang mendaftarkan diri di Maktab Kirkby pada masa itu tergamam. Ini kerana pada awal pemikiran mereka, bangunan dan suasana maktab ini sama seperti institusi pendidikan yang lain di England.

Maktab ini juga merupakan Maktab Bahasa Inggeris pertama Malaya dan tujuan penubuhannya adalah untuk menghasilakan guru bahasa inggeris yang berkualiti untuk sekolah-sekolah di Malaya. Maktab Kirkby mendapat bantuan kepakaran daripada Institute of Education, University of Liverpool dimana kurikulum dan kokurikulum maktab ini digubal khas untuk guru Malaya menggunakan silibus moden. Guru pelatih juga diberikan latihan peraktikum di sekolah inggeris sekitar Liverpool.

Perpaduan rakyat Malaya pada masa itu mula terbentuk dikalangan guru pelatih Kirkby kerana pada waktu itu mereka mula mengenali perbezaan antara mereka kerana bukan sahaja pelajar berkuturunan melayu, tetapi pelajar berketurunan india dan cina juga diambil mengikuti kursus yang ditawarkan. Di situ mereka mula mewujudkan Bangsa Malaya dihati mereka, hubungan mereka semakin akrab dan perayaan disambut bersama-sama tanpa mengira perbezaan kaum dan agama.

Di sini jugalah Almarhum Tunku Abdul Rahman telah mengistiharkan bahawa Malaya akan merdeka. pengumuman ini dibuat semasa lawatan Tunku ke Maktab Kirkby setelah proses rundingan kemerdekaan telah berjaya mendapat persetujuan kerajaan British untuk memperolehi kemerdekaan

Walaupun Maktab Kirkby beroperasi selama 11 tahun tetapi banyak memori terpahat dalah hati 1500 guru pelatih dan 405 tenaga pengajar yang pernah terlibat dalam lipatan sejarah Maktab Kirby.

Institut Pendidikan Guru MalaysiaDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Institut Pendidikan Guru Malaysia

IPG - Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru

Lokasi

Cyberjaya, Malaysia

Maklumat

Ditubuhkan2009 (selepas perasmian IPGM Kampus Dato' Razali Ismail)

PelajarKursus Persediaan, Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah & Kursus Sijil Perguruan Khas

RektorSulaiman b. Wak

Timbalan RektorDr. Lee Boon Hua

Laman webwww.moe.gov.my/ipgm

Institut Pendidikan Guru Malaysia merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang melatih bakal-bakal guru sekolah rendah dan menengah. Di Malaysia, semua Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) ini dikelolakan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia (IPGM KPM) yang bertempat di Cyberjaya. [1] Institut Pendidikan Guru Malaysia ini bakal mempunyai kampus induk seperti UiTM yang kini masih lagi dalam proses pembinaan. [2]Isi kandungan 1 Pengenalan 2 Sejarah 3 Senarai IPG Kampus yang dinaiktaraf 4 Kampus 4.1 B 4.2 D 4.3 G 4.4 I 4.5 K 4.6 P 4.7 R 4.8 S 4.9 T 5 Lagu IPG 5.1 IPG Malaysia 6 Visi 7 Misi 8 Objektif dan Fungsi 9 Budaya IPG 10 Struktur Organisasi 11 Alamat Kampus Induk 12 Lihat juga 13 Rujukan 14 Pautan luarPengenalanInstitut Pendidikan Guru yang dahulunya dikenali sebagai maktab perguruan merupakan sebuah institusi pendidikan yang melatih bakal - bakal guru. Bakal - bakal guru ini terdiri daripada pelajar Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM), Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK), Kursus Dalam Cuti (KDC), Kursus dalam Perkhidmatan (KDP), Program Pensiswazahan Guru (PPG), Open University Malaysia (OUM) dan Kursus Pendek Kelolaan Institut (KPKI). Pelajar KPLSPM yang dipilih oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) untuk kemasukan ke IPG ini telah dipilih berdasarkan beberapa temuduga dan ujian.Pelajar KPLSPM yang lulus peringkat persediaan sahaja akan ditawarkan untuk menyambung Ijazah Sarjana Muda Perguruan di IPG yang telah mendapat kelulusan daripada Agensi Kelayakan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Suruhajaya Perkhidmatan Pelajaran. Pemisahan fungsi antara IPGM dengan BPG dimana IPGM akan memberi fokus kepada latihan pra perkhidmatan manakala BPG akan menumpukan fokus kepada urusan latihan dalam perkhidmatan. IPGM juga diletakkan di bawah penyeliaan terus KPM manakala BPG kekal di bawah penyeliaan TKPPM(Profesional Keguruan. [3]SejarahSejarah pendidikan guru di tanah air bermula dengan penubuhan institusi berikut;1. 1878 - The Malay High School, Singapura2. 1922 Sultan Idris Training College, Tanjung Malim melatih guru-guru Sekolah Melayu. Kini, maktab perguruan ini telah bertukar kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris atau lebih dikenali dengan singkatan UPSI.3. 1935 Women Teachers Training College, Melaka: maktab ini telah melatih guru-guru perempuan terutamanya dalam bidang Sains Rumah Tangga. Kini, maktab perguruan ini telah ditukar kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Perempuan Melayu, Melaka.4. 1951 Malayan Teachers Training College, Kirkby, Liverpool, England: Kerajaan Malaysia (Malaya) telah mengambil alih sebuah pusat latihan guru British untuk melatih guru Tanah Melayu di England dengan hasrat untuk melahirkan tenaga pengajar tempatan yang mantap dari segi latihan guru dan fasih berbahasa Inggeris. Maktab ini telah ditutup pada tahun 1962 apabila kerajaan Britain mengambil semula tapak maktab ini kini ia merupakan kawasan perumahan dan pusat komersial. Maktab ini telah melatih 1500 guru antara 1952 hingga 1962. Salah satu peristiwa bersejarah yang berlaku di tempat ini adalah peristiwa pengisytiharan kemerdekaan Malaya oleh Y.A.M Tuanku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.5. 1955 Malaysian Teacher Training College (MTT), Brinsford Lodge,Wolverhampton, England: Bekas sebuah kilang di Britain ini pernah menjadi sebuah kolej latihan untuk guru Malaysia pada 1955 hingga 1964. Pusat latihan perguruan ini telah melatih 300 guru dalam pelbagai matapelajaran.Perkembangan maktab perguruan di Malaysia berlaku dengan pesat apabila ia mengalami perubahan besar pada abad ke 21 dan melalui peristiwa berikut;1. 2004 - 27 maktab perguruan dan 1 English Language Teaching Centre telah ditubuhkan. Nama maktab perguruan kemudiannya telah ditukar kepada Institut Pendidikan Guru selepas ia dinaik taraf.2. 2005 - Jemaah Menteri telah meluluskan 27 Maktab Perguruan dinaik taraf kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) yang boleh menganugerahkan ijazah Sarjana Muda Perguruan dan B.Ed. pada 13 Julai 20053. 2006 - Pengisytiharan naik taraf Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru. Pengisytiharan ini memberikan satu perubahan besar kepada institusi keguruan dengan bermulanya Program Pensiswazahan Guru yang dijalankan di IPG seperti Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR). Selain itu, IPG juga mula menjalankan latihan praperkhidmatan yang boleh memberi pengiktirafan ijazah Sarjana Muda kepada guru sekolah rendah melalui Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSM) seperti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan B.Ed TESL.4. 2008 - Pindaan Akta Pendidikan 1996, yang membenarkan maktab perguruan dinaik taraf ke Institut Pendidikan Guru Malaysia telah diluluskan oleh Dewan Rakyat 25 Ogos 20085. 2008 - Dewan Negara telah meluluskan pindaan Akta Pendidikan 1996, Bab 9 Seksyen 42- 49 tersebut pada 4 Disember 2008.6. 2009 Y.A.B Menteri Pelajaran, Dato Hishamuddin Tun Hussein telah mengisytiharkan secara rasmi semua Institut Perguruan di Malaysia dikenali dengan nama Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan IPG Kuala Terengganu ditukar nama kepada IPGM Kampus Dato Razali Ismail pada 16 Januari 2009, sempena memperingati mantan Timbalan Menteri Pelajaran, Dato Razali Ismail yang telah meninggal dunia pada 28 November 2008.7. 2010 - Pentadbiran Institut Pendidikan Guru diasingkan daripada Bahagian Pendidikan Guru dan IPG Kampus diselenggara sepenuhnya oleh Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia di Cyberjaya.[4]Senarai IPG Kampus yang dinaiktarafTerdapat 27 Institut Pendidikan Guru Kampus yang dinaiktaraf daripada maktab perguruan. Berikut merupakan senarai maktab perguruan yang dinaik taraf;1. Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka (MPPMM) kini IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka2. Maktab Perguruan Kota Bharu (MPKB) kini IPG Kampus Kota Bharu3. Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang (M4P) kini IPG Kampus Pulau Pinang4. Maktab Perguruan Kuala Terengganu (MPKTBR) kini IPG Kampus Dato' Razali Ismail5. Maktab Perguruan Raja Melewar (MPRM) kini IPG Kampus Raja Melewar6. Maktab Perguruan Batu Lintang (MPBL) kini IPG Kampus Batu Lintang7. Maktab Perguruan Tuanku Bainun (MPTB) kini IPG Kampus Tuanku Bainun8. Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim (MPSAH) kini IPG Kampus Sultan Abdul Halim9. Institut Bahasa Melayu Malaysia kini IPG Kampus Bahasa Melayu10. Institut Perguruan Bahasa - bahasa Antarabangsa kini IPG Kampus Bahasa Antarabangsa11. Institut Perguruan Darulaman (IPDA) kini IPG Kampus Darulaman12. Maktab Perguruan Persekutuan Perlis (MP3P) kini IPG Kampus Perlis13. Maktab Perguruan Ipoh (MPIPOH) kini IPG Kampus Ipoh14. Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) kini IPG Kampus Ilmu Khas15. Maktab Perguruan Sultan Mizan (MPSMB) kini IPG Kampus Sultan Mizan16. Maktab Perguruan Islam (MPI) kini IPG Kampus Pendidikan Islam17. Maktab Perguruan Teknik (MPT) kini IPG Kampus Pendidikan Teknik18. Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim (MPTI) kini IPG Kampus Temenggong Ibrahim19. Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan (MPTAA) kini IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan20. Maktab Perguruan Tun Hussien Onn (MPTHO) kini IPG Kampus Tun Hussien Onn21. Maktab Perguruan Rajang (MPRAJANG) kini IPG Kampus Rajang22. Maktab Perguruan Sarawak, Miri (MPSM) kini IPG Kampus Sarawak23. Maktab Perguruan Tun Abdul Razak (MPTAR) kini IPG Kampus Tun Abdul Razak24. Maktab Perguruan Tawau (MPTAWAU) kini IPG Kampus Tawau25. Maktab Perguruan Gaya (MPGAYA) kini IPG Kampus Gaya26. Maktab Perguruan Keningau (MPK) kini IPG Kampus Keningau27. Maktab Perguruan Kent (MPKENT) kini IPG Kampus KentTerdapat juga beberapa maktab perguruan yang ditutup kerana lokasinya yang berada ditengah bandar, kemudahan infrastruktur yang terbatas dan keluasan kawasan maktab yang terhad untuk pembangunan. Berikut merupakan senarai maktab perguruan yang ditutup;1. Maktab Perguruan Teruntum (kini diambil alih oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan)2. Maktab Perguruan Mohd. Khalid kini menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Mohd. Khalid3. Maktab Perguruan Pasir Panjang kini menjadi Sekolah Menengah Sains Terengganu (SESTER)4. Maktab Perguruan Seri Pinang kini dibiarkan kosong5. Maktab Perguruan Seri Kota kini menjadi sebahagian daripada SK Jalan Kuantan 2 (pernah berkongsi padang)6. Maktab Perguruan Kinta, Ipoh kini diambil alih Politeknik Ungku Omar7. Maktab Perguruan Sains Bintulu kini diambil kembali oleh UPM Kampus Bintulu8. Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuantan (berpindah ke kampus tetap di Kuala Lipis) kini diambil alih oleh Politeknik Sultan Haji Ahmad ShahVisiIPG Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru [6]MisiIPG melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia [7]Objektif dan Fungsi1. Meningkatkan penguasaan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pengajaran pembelajaran pendidik guru;2. Memperteguhkan penyelidikan, pembangunan dan inovasi;3. Memperkasa program pendidikan guru secara berterusan;4. Mengamalkan nilai profesional perguruan melalui domain diri, profesional dan sosial;5. Memantapkan pengurusan dam pembangunan sumber manusia;6. Memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan yang memenuhi kepuasan pelanggan;7. Menyediakan infrastruktur dan infostruktur yang memenuhi standard SOA IPG;8. Memperkaya dam mempelbagaikan pengalaman pelajar; dan9. Meningkatkan penglibatan pendidik guru dalam aktiviti komunitiBudaya IPGBudaya IPG adalah suatu jenama untuk membentuk dan melahirkan guru yang mengamalkan tujuh dimensi budaya berikut [8]: Budaya Ilmu1. Pembelajaran sepanjang hayat2. Berilmu pengetahuan luas, mendalam dan terkini (syumul)3. Menguasai, mengamal, menghayati, dan berkongsi ilmu4. Menjana, mencetus, mengembang dan menyumbang ilmu5. Mengamalkan penyelidikan Budaya Kepimpinan1. Kebolehan membuat keputusan2. Pemikiran reflektif3. Menghayati Visi dan Misi IPG serta aspirasi negara4. Mempunyai idea-idea yang bernas5. Bermotivasi tinggi untuk menggerakkan perubahan6. Berupaya menyelesaikan masalah7. Menjalin kejelekitan di antara warga IPG8. Membimbing warga IPG ke arah pengurusan kendiri yang berkesan9. Menjadikan pembelajaran sebagai keutamaan10. Menetapkan ekspektasi dan pencapaian yang tinggi11. Mengorientasikan kurikulum dengan piawai pencapaian12. Mewujudkan komuniti belajar sepanjang hayat13. Menyediakan pelbagai cara untuk mentafsir dan menilai pembelajaran14. Menyediakan sumber dan sistem untuk membantu dan menyokong pembelajaran15. Kesetiaan kepada organisasi Budaya Kerja Profesional1. Mendokong Visi dan Misi organisasi2. Meletakkan kerja sebagai amanah dan ibadah3. Bersikap proaktif, kritis, kreatif, dan inovatif4. Optimis dan komited dalam pekerjaan5. Mementingkan kualiti dan menepati piawaian yang ditentukan6. Kepuasan pelanggan sebagai sasaran utama kerja7. Menepati masa, cekap, tepat, dan mematuhi prosedur8. Menitikberatkan kerja sepasukan dalam menjayakan aktiviti organisasi Budaya Akhlak dan Moral1. Sentiasa bersyukur2. Merendah diri (tawadhuk)3. Redha dengan Qada dan Qadar4. Taqwa5. Ikhtiar dan Doa6. Mematuhi etika Budaya Penyayang1. Keprihatinan dengan makhluk2. Sayang akan diri, keluarga, dan masyarakat3. Sayang akan profesion4. Sayang akan warga dan organisasi5. Sayang akan alam sekitar6. Sayang akan negara Budaya Hidup Sihat1. Kesihatan dan kecergasan fizikal2. Kematangan emosi3. Ketenangan rohani dan bertaqwa4. Keterbukaan minda, positif, matang, dan rasional5. Persekitaran mesra Budaya Estetika1. Kehalusan budi2. Keunggulan peribadi3. Kesempurnaan kerja4. Kecantikan dan keindahan seni dan karya5. Keindahan kebudayaan dan bangsa6. Keindahan persekitaranUniversiti MalayaDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Universiti Malaya

Maklumat am

MotoIlmu Puncha Kemajuan

Ditubuhkan3 Julai 1905

JenisAwam

PenggabunganASAIHL, ASEAN University Network

Laman sesawangwww.um.edu.my

Pentadbiran

CanselorDuli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah

Timbalan canselorProfesor Tan Sri Datuk Dr. Ghauth Jasmon

Lokasi

LokasiKuala Lumpur

NegaraMalaysia

sunting

Universiti Malaya ialah universiti yang pertama ditubuhkan di Malaysia. Universiti ini terletak di pinggir bandaraya Kuala Lumpur. Kampus Universiti Malaya (UM) meliputi kawasan seluas 309 hektar.Isi kandungan 1 Sejarah 2 100 Tahun UM 3 Lagu Universiti 4 Senarai fakulti, pusat dan akademi 5 Senarai Naib Canselor UM 6 Alumni terkenal 7 Profesor Emeritus 8 Ahli fakulti terkenal 9 Kedudukan universiti 10 Rujukan 11 Lihat juga 12 Pautan luarSejarahSejarah universiti ini boleh dikesan ke Singapura, dari Kolej Perubatan King Edward VII (ditubuhkan pada 1905) dan Kolej Raffles (ditubuhkan pada 1929). Kedua-dua kolej ini bergabung menjadi Universiti Malaya pada 8 Oktober 1949. Kemudian pada tahun 1959, universiti ini mengambil keputusan berpecah kepada dua bahagian, satu di Singapura (kemudiannya menjadi Universiti Nasional Singapura) dan satu lagi di Kuala Lumpur (mengekalkan nama Universiti Malaya). Maka secara rasminya Universiti Malaya yang sekarang ini ditubuhkan pada 1 Januari 1962. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan Canselor pertama Universiti MalayaEvolusi Universiti Malaya

Terdapat 2 akademi di UM, 12 fakulti dan 4 institut. UM juga mempunyai 11 buah kolej di dalam kampus iaitu Kolej Kediaman Pertama hingga Kolej Kediaman Kelapan, dan Kolej Kediaman Kesepuluh hingga Kolej Kediaman Keduabelas. Manakala di luar kampus terdapat 4 kolej kediaman iaitu Kolej Kediaman Kesembilan, Yayasan Pelajaran Mara, Kolej Kediaman Seksyen 17 dan Kolej Kediaman Pantai Puteri. UM juga mempunyai sebuah hospital iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).Moto Universiti Malaya adalah "Ilmu Punca Kemajuan".100 Tahun UMPada 16 Jun 2005, Universiti Malaya telah mengadakan "Majlis Pelancaran 100 Tahun Unversiti Malaya" yang mana akan menyaksikan Universiti Malaya mengekalkan kedudukan sebagai universiti yang terulung di Malaysia dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.Tarikh 16 Jun dipilih sebagai tarikh untuk melangsungkan Majlis Pelancaran Sambutan 100 Tahun Universiti Malaya kerana pada tarikh yang sama 100 tahun yang lalu, Pentadbiran Inggeris telah meluluskan rang undang-undang Sekolah Perubatan bagi Negeri-negeri Selat. Bertitik tolak dari itulah tertubuhnya King Edward Medical College di Singapura sehingga ia digabungkan dengan Kolej Raffles seterusnya menjadi warisan kepada tertubuhnya Universiti Malaya dan Universiti Nasional Singapura.Lagu Universiti

Dewan Tunku CanselorUniversiti MalayaKebanggaan kita semuaBertambah para ilmuanDi pelbagai lapanganKami bertekad di hatiMencapai cita murniTradisi kecemerlanganMenepati wawasanDi sini kami sedia berbaktiTerus berinovasiKami harapan generasi mukaTeras nusa dan bangsaVarsiti kesayangankuSungguh banyak jasamuMembentuk insan muliaBerilmu berbudayaSenarai fakulti, pusat dan akademi Fakulti Alam Bina Fakulti Sains Fakulti Kejuruteraan Fakulti Pergigian Fakulti Pendidikan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Fakulti Perubatan Fakulti Bahasa dan Linguistik Fakulti Undang-undang Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat[1] Akademi Pengajian Melayu Akademi Pengajian Islam Pusat Sukan[2] Pusat Kebudayaan Pusat Dialog Peradaban Pusat Penyambungan Pendidikan (UMCCed) Pusat Asasi Sains Pusat Pembangunan Keluarga Universiti Malaya Pusat Penyelidikan Bioteknologi Agrikultur (CEBAR) Institut Penyelidikan, Pengurusan dan Syarikat (IPPP) Institut Pengajian Pasca Siswazah Institut Asia-Eropah Institut Polisi Awam dan Pengurusan Antarabangsa (INPUMA) Institut Pengajian Kepengetuaan Institut Pengajian China (ICSUM)Senarai Naib Canselor UM1. Professor A. Oppenheim (1956 - 1965)2. Dr. JHE. Griffiths (1967 - 1968)3. Professor Diraja Dr. Ungku A.Aziz (1968 - 1988)4. Professor Dr. Syed Hussein Alatas (1988 - 1991)5. Professor Emeritus Datuk Dr. Taib Osman (1991 - 1994)6. Allahyarham Tan Sri Abdullah Sanusi Ahmad (1994 - 2000)7. Professor Dato' Dr. Anuar Zaini Md Zain ( 2000 - 2003 )8. Professor Datuk Dr. Hashim Yaacob (2003 - 2006)9. Datuk Rafiah Salim (2006 - 2008 )10. Profesor Datuk Dr. Ghauth Jasmon (2008 - 2013 )11. Profesor Dato' Dr. Mohd. Amin bin Jalaludin (2013 - kini)Alumni terkenal YAB Dato' Abdul Ghani Othman Tun Abdullah Ahmad Badawi Dato' Sri Adnan Yakoob Dato' Seri Anwar Ibrahim Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Anwar Ridhwan YB Dato' Sri Azalina Othman Said Dato' Seri Dr. Chua Soi Lek Karpal Singh Kassim Ahmad YB Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo Tan Sri Isa Abdul Samad Dato' Seri Mohd. Khaled Nordin Tun Datuk Seri Utama Khalil Yaakob Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin Nga Kor Ming Dato' Seri Ng Yen Yen Dato' Ngeh Koo Ham Tan Sri Ong Ka Ting Tan Sri Rafidah Aziz Sellapan Ramanathan Teresa Kok Sudirman Haji Arshad Aznil Haji NawawiProfesor Emeritus Profesor DiRaja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid Profesor Emeritus Datuk Dr. Hj. Mohd. Taib Osman Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Ismail Hussein Profesor Emeritus Dato' Ahmad Nawawi Hj. Ayob Profesor Emeritus Dato' Dr. Asmah Hj. Omar Profesor Emeritus Dato' Dr. Khoo Kay Kim Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Hj. Abdul Karim Profesor Emeritus Puan Sri Datin Dr. Fatimah Hamid Don Profesor Emeritus K.T. Joseph Profesor Emeritus Dr. Mohamed Ariff Abdul Kareem Profesor Emeritus Dato' Isahak Haron Profesor Emeritus Dato' Dr. Osman Bakar Profesor Emeritus Dr. C.S. Hutchison Profesor Emeritus Dr. Stephen Chee Hong Chye Profesor Emeritus Dr. S.Singaravelu Profesor Emeritus Umapati Prasad Profesor Emeritus Datuk Delilkan Alexius Ernald Profesor Emeritus Dr. Ng Soon Profesor Emeritus Dr. Lam Khuan Leng Profesor Emeritus Dato' Dr. Khairuddin Mohamed Yusof Profesor Emeritus Datuk Abu Bakar Abd. Hamid Profesor Emeritus Dato' Dr. Lam Sai Kit Profesor Emeritus Dato' Dr. Mohd Yusoff bin Hashim Profesor Emeritus Dr. Lloyd Fernando Profesor Emeritus Y.M. Dato' Tengku Shamsul Bahrin bin Raja Ali Profesor Emeritus Dr. Low Kum Sang Profesor Emeritus Dr. Yong Hoi SenAhli fakulti terkenal Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid Wang Gungwu, bekas Professor Sejarah di Jabatan Sejarah (meninggalkan UM pada 1968). Prof. Wang ketika ini memegang jawatan sebagai Pengarah di East Asian Institute, National University of Singapore. Khairuddin Mohamed Yusof, bekas Professor di Universiti Malaya and juga bekas Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi di Universiti Hospital. Beliau bersara pada 1997 dan dianugerahkan kehormatan Emeritus oleh Universiti Malaya. Professor Emeritus Dato Paduka Dr. Khairuddin bin Mohamed Yusof ketika ini memegang jawatan sebagai Pengarah Telemedicine Malaysia (World Care Inc) Khoo Kay Kim, bekas Professor Sejarah di Jabatan Sejarah. Bersara pada tahun 2001, dan dianugerahkan kehormatan Emeritus oleh Universiti Malaya. Jomo Kwame Sundaram, bekas Professor di Fakulti Economi dan Pentadbiran (meninggalkan UM pada 2004). Prof. Jomo ketika ini memegang jawatan sebagai Penolong Ketua Setiausaha untuk pembangunan ekomomi di PBB. Ho Peng Yoke, bekas Professor di Jabatan Pengajian China. Prof. Ho ketika ini memegang jawatan sebagai Pengarah Emeritus di Needham Research Institute, Cambridge. Terence Edmund Gomez, Professor Madya di Fakulti Economi dan Pentadbiran. Ketika ini beliau ialah antara 6 penyelaras penyelidik di United Nations Research Institute for Social Development (UNRISD). Sutan Takdir Alisyahbana, bekas Profesor dan Ketua Jabatan Pengajian Melayu (1963-1968), seorang ahli tata bahasa dan sasterawan ternama Indonesia angkatan Pujangga Baru.Universiti Sains MalaysiaDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Universiti Sains Malaysia

Maklumat am

MotoKami Memimpin

Ditubuhkan1969

JenisAwam

PenggabunganASAIHL

Laman sesawangusm.my

Pentadbiran

CanselorDYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalulail

Timbalan canselorProfesor Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak

Lokasi

LokasiGeorge Town

NegaraMalaysia

KampusKampus Induk (Georgetown, Pulau Pinang),Kampus Kesihatan (Kubang Kerian, Kelantan),Kampus Kejuruteraan (Nibong Tebal, Pulau Pinang)

sunting

Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan sebuah universiti awam di Malaysia. Kampus utamanya terletak di George Town,Pulau Pinang. Terdapat tiga kampus lain iaitu satu di Seberang Perai dan satu lagi di Kelantan dan satu "offshore" kampus yang menawarkan kursus sains perubatan di Uttar Pradesh, India.[1][2] USM mempunyai jumlah pelajar sekitar 29,789 orang pada 2006.[3] Ini menjadikannya ia sebuah universiti terbesar di Malaysia dari segi bilangan pelajar.Universiti Sains Malaysia merupakan salah sebuah daripada lima universiti yang bertaraf universiti penyelidikan intensif di Malaysia.[4] Ini jelas mencapai misi dan visinya menjadi universiti bertaraf dunia melalui program penyelidikan bertaraf dunia dengan perancangan dan pelaksanaan aktiviti R&D. Universiti ini mendapat sokongan daripada kakitangan akademik dan sumber manusia yang cemerlang untuk menjayakan misinya. Pada 2006, USM mempunyai kira-kira 30,000 pelajar termasuk 7,000 orang bertaraf pascasiswazah.[5] Jumlah pensyarah seramai 1,600 orang. Ini bererti nisbah pensyarah-pelajar ialah 1:23.Isi kandungan 1 Sejarah 2 Kampus 3 Penyelidikan 3.1 Kawasan penyelidikan 4 Pendidikan 4.1 Graduan 4.2 Prasiswazah 4.3 Program kursus lain 5 Pusat pengajian 6 Desasiswa 7 Aktiviti di USM 8 Kedudukan 9 Filem dan televisyen 10 Rujukan 11 Pautan luarSejarah

Pintu utama di kampus utama USMUSM telah ditubuhkan sebagai universiti kedua di Malaysia pada 1969 dan pertama kali dikenali sebagai Universiti Pulau Pinang. Pada masa yang sama, ia beroperasi di Bukit Gelugor, Pulau Pinang. Pada 1971, kampus USM dialihkan ke kawasan yang berkeluasan 239.4 hektar, yang mana ia merupakan bekas kawasan berek tentera.[6]Dari sudut lain, Universiti Sains Malaysia diberikan mandat untuk menjaga, mempromosi, dan menguruskan pendidikan tinggi dalam bidang yang mencakupi sains tulen, sains aplikasi, sains farmasi, sains bangunan dan teknologi, sains masyarakat, kemanusiaan, dan pendidikan dalam bentuk penyelidikan, kemajuan, dan penyebaran ilmu pengetahuan.KampusDi samping kampus utama terletak di Minden, USM mempunyai dua kampus lain; Kampus Kejuruteraan di Seri Ampangan, Nibong Tebal, Seberang Perai dan Kampus Kesihatan di Kubang Kerian, Kelantan.Kampus Kesihatan mula beroperasi sebagai Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada Ogos 1983. Kampus ini berkembang setelah Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) dipindahkan dari kampus induk ke lokasi sekarang seluas 72.84 hektar. Keseluruhan PPSP berpindah dari kampus induk pada Jun 1990. Setelah itu, dua buah pusat pengajian baru ditubuhkan iaitu Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG) dan Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK).Kampus Kejuruteraan yang juga asalnya terletak di kampus induk sebelum dipindahkan ke Tronoh, Negeri Perak, berpindah ke Nibong Tebal pada 1997 secara berperingkat-peringkat.[7] Tapak itu kini digunakan oleh Universiti Teknologi Petronas.Penyelidikan

Dewan Tuanku Syed Putra.USM menawarkan kemudahan yang cemerlang bagi menjayakan penyelidikan dan pendidikan sama ada penyelidikan tempatan ataupun luar negeri. Tugas universiti ini mengutamakan pengajaran, penyelidikan, dan pengelolaan, yang mana ia memberi penekanan kepada pembangunan sumber manusia dan kapasiti bangunan, pengetahuan dan industri yang kompetitif. Tujuan utama R&D ialah memfokuskan kepada minat dalam pencapaian akademik dan kerelevanan latihan. IRPA merupakan sumber penting kepada R&D di USM. Walau bagaimanapun, mengikut tahap penyelidikan, universiti menyediakan sejumlah dana untuk perbelanjaan operasi tahunan seperti latihan insentif dan penyelidikan jangka pendek. Dana tambahan sering merujuk kepada penyelidikan besar, anugerah, dan perundingan yang dimenangi oleh anggota kakitangan akademik.Kawasan penyelidikanKawasan penyelidikan merupakan kekuatan istimewa di USM yang melibatkan sains kaji otak,saraf dan minda(neurosains), persekitaran yang bertemakan sains kehidupan, budaya, perubatan dan farmasi, pemprosesan bahasa semula jadi dan bantuan terjemahan komputer, teknologi maklumat, teknologi makanan, sains polimer dan teknologi, bioteknologi, pendidikan jarak jauh, sistem informasi geografikal, struktur analisis, sains bahan, kejuruteraan, permukaan kimia, dan visi robotik. Pulau Pinang mempunyai kemudahan penyelidikan yang cemerlang untuk pencarian usaha sama, yang meliputi pencemaran pantai, ekosistem bakau, dan pengairan marin.PendidikanGraduan

Pejabat antarabangsa USMUSM menawarkan tiga jenis cara belajar melalui program graduasi, melalui penyelidikan, ataupun kombinasi antara kerja khusus dan penyelidikan, ataupun kerja khusus. Pada 2007, terdapat 6,687 pelajar dari pelbagai program pendidikan pada tahap sarjana dan kedoktoran. Sebanyak 1,424 daripada mereka merupakan penuntut luar negeri daripada lebih 40 buah negara.[5] Majoriti penuntut luar negeri berasal dari Asia Tenggara.PrasiswazahSemua pelajar prasiswazah program ijazah di USM memerlukan minimum tempoh belajar sepenuh masa selama tiga tahun. Ijazah kejuruteraan, sains kesihatan, farmasi, perubatan, dan pergigian memerlukan minimum tempoh belajar selama 4-5 tahun. Kebanyakan prasiswazah diajar dalam Bahasa Malaysia tetapi golongan prasiswazah yang baru diajar dalam Bahasa Inggeris, terutama kursus melibatkan sains. Pelajar antarabangsa akan ditunjukkan tahap kemahiran bahasa kebangsaan (bahasa Malaysia) untuk memenuhi kriteria kemasukan pelajar.Program kursus lainUSM menawarkan program kursus khas untuk pelajar luar negeri, dan mereka boleh mengambil satu atau dua semester. Para pelajar akan ditimbangkan sebagaimana pelajar sepenuh masa dan akan menikmati kelebihan dalam akademik mahupun kemudahan fizikal. Universiti dan komuniti akan memberikan kelebihan yang sama-rata walaupun berbeza budaya untuk menjadikan ia sesuai dalam peringkat antarabangsa.USM juga mempunyai pelbagai pusat pengajian. Ia ditubuhkan pada 1971 untuk memberi peluang kepada seorang dewasa yang bekerja untuk memperoleh kelayakan daripada universiti ini. Kebanyakan pelajar mampu membahagikan masa antara kursus graduasi dan waktu bekerja. Ia mempunyai empat program graduasi untuk dipelajari seperti Ijazah Sains, Ijazah Sains Sosial, Ijazah Seni, dan Ijazah Pengurusan.Pusat pengajian

Kampus Matematik dan Sains Komputer USMPusat Pengajian Berdasarkan Teknologi Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan Pusat Pengajian Teknologi Industri Pusat Pengajian Sains Perubatan Pusat Pengajian Sains Pergigian Pusat Pengajian Sains Kesihatan Pusat Pengajian Sains FarmasiPusat Pengajian Seni Liberal Pusat Pengajian Seni Pusat Pengajian Komunikasi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Pusat Pengajian PengurusanPusat Pengajian Sains Tulen Pusat Pengajian Sains Kajihayat Pusat Pengajian Sains Kimia Pusat Pengajian Sains Matematik Pusat Pengajian Sains Komputer Pusat Pengajian FizikPusat Pengajian Sains Perubatan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT)DesasiswaKampus Utama: Aman Damai Bakti Permai Cahaya Gemilang Fajar Harapan Indah Kembara Restu Tekun Saujana Rumah AntarabangsaKampus Kejuruteraan: Jaya Lembaran UtamaKampus Kesihatan: Murni NuraniAktiviti di USM

Padang bola sepak di kampus utama USMUSM mempunyai kemudahan kepada pelajar seperti perpustakaan, penginapan, sukan, dan aktiviti rekreasi. Universiti ini menawarkan asrama kepada sekurang-kurangnya 75% daripada bilangan keseluruhan pelajar. Tempat penginapan itu dikenali sebagai perkampungan pelajar atau asrama (Desasiswa), dan ia terletak berhampiran kawasan kampus. Kafeteria turut menawarkan harga berpatutan dan boleh ditemui di sekitar kawasan universiti.USM menyediakan kemudahan sukan seperti padang bola sepak, gelanggang badminton, gelanggang tenis, padang hoki, padang ragbi, padang sofbol, gelanggang skuasy, dan gelanggang bola keranjang. Aktiviti kebudayaan turut dijayakan di universiti ini.Pada 2010, USM mencatat sejarah apabila pasukan kelab bola sepak kakitangannya, USM FC menjadi pasukan universiti pertama bermain dalam Liga Perdana Malaysia.Universiti Kebangsaan MalaysiaDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Universiti Kebangsaan Malaysia

Maklumat am

Moto"Mengilham Harapan,Mencipta Masa Depan"

Ditubuhkan1970

JenisAwam

PenggabunganACU, ASAIHL, AUN, AUAP

Laman sesawanghttp://www.ukm.my

Pentadbiran

CanselorDYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku MunawirYang di Pertuan Besar Negeri Sembilan

Timbalan canselorProfesor Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali

Perangkaan

Siswa17,500 (2006-07)

Lepasan ijazah/sarjana5,105 (2006-07)

Lokasi

LokasiBandar Baru Bangi, Selangor

NegaraMalaysia

KampusKampus utama di BangiHospital latihan di Kuala LumpurCawangan yang menempatkan Fakulti Perubatan, Pergigian, Sains Bersekutu dan Farmasi di Kuala Lumpur

sunting

Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan salah sebuah universiti yang terdapat di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan secara rasmi pada 18 Mei 1970. Kampus sementaranya dibuka di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Kini, kampus utama Universiti Kebangsaan Malaysia terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor. Terdapat juga sebuah hospital pengajar, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Cheras, Kuala Lumpur dan sebuah kampus cawangan, juga di Kuala Lumpur.Keperluan pendidikan tinggi untuk orang Melayu mula dibangkitkan pada 1903 dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja. Pada tahun 1917, Za'ba, seorang cendekiawan membangkitkannya dalam akhbar Lembaga Melayu. Ini diikuti pada tahun 1923, seorang tokoh pendidik A. Kadir Adabi, mengemukakan memorandum gagasan tersebut kepada DYMM Sultan Kelantan. Selepas merdeka, masalah perlanjutan pelajaran bagi pelajar sekolah menengah aliran Melayu dan sekolah agama Islam menyemarakkan lagi idea ini.Kini UKM telah berkembang pesat dan mempunyai 13 buah fakulti,14 buah institut, 12 buah pusat, dan sebuah sayap swasta UKM Holdings Sdn Berhad. UKM merupakan salah sebuah daripada 4 universiti di Malaysia yang bertaraf universiti penyelidikan.Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menduduki tangga ke-31 dalam ranking Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings tahun 2012 bagi universiti di bawah 50 tahun penubuhannya dan menduduki tangga ke-53 (2011) dan ke-58 (2012) dalam ranking QS Top 500 Asian University Rankings. [1]Isi kandungan 1 Asas penubuhan UKM 2 Sejarah penubuhan 3 Senarai Fakulti, Institut dan Pusat 3.1 Fakulti 3.1.1 Institut 3.1.2 Pusat 4 Senarai Kolej Kediaman UKM 5 Perkembangan UKM 6 Organisasi pentadbiran 7 Kedudukan universiti 8 Rujukan 9 Pautan luarAsas penubuhan UKM Penubuhan UKM adalah pendaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu UKM dilihat sebagai kemuncak memperkukuhkan sistem pelajaran kebangsaan. UKM dapat menampung lulusan sekolah menengah aliran Melayu. Melahirkan warganegara yang setianya kepada negara ini. Mengeluarkan siswazah yang sihat, berpandangan serta berfikiran luas.Sejarah penubuhan Tahun 1930-an lagi cendekiawan dan politikus Melayu mendesak Kerajaan British menyediakan kemudahan pendidikan tinggi kepada anak-anak Melayu. Antara tokoh tersebut ialah Abdul Kadir Adabi. Persatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung pula mahukan pendaulatan Bahasa Melayu di peringkat universiti. 1963 Seminar Bahasa dan Sastera telah diadakan . Hasil seminar ini mahukan universiti yang benar-benar bercorak kebangsaan. Sebuah universiti Islam turut dibincangkan. 25 Ogos 1968, penubuhan Jawatankuasa Penganjur Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia. Tokoh yang terlibat ialah Zainal Abidin Wahid, Abu Bakar Hamid, Tunku Shamsul Bahrin, Syed Husin Ali dan lain-lain. 18 Mei 1970 Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan secara rasmi. Kampus sementaranya terletak di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Universiti ini hasil citarasa kebangsaan dan Islam. Pelajar sulungnya seramai 192 orang. Ada 3 fakulti iaitu Fakulti Sastera, Fakulti Sains dan Fakulti Islam. Ramai tenaga pengajar diambil dari Indonesia.Senarai Fakulti, Institut dan PusatFakulti Fakulti Ekonomi & Pengurusan Fakulti Farmasi Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Fakulti Pendidikan Fakulti Pengajian Islam Fakulti Pergigian Fakulti Perubatan Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan Fakulti Sains & Teknologi Fakulti Teknologi & Sains Maklumat Fakulti Undang-Undang Graduate School of BusinessInstitut Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN) Institut Perubatan Biologi Molekular (UMBI) Institut Kajian Oksidental (IKON) Institut Biologi Sistem (INBIOSIS) Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) Institut Sains Angkasa (ANGKASA) Institut Islam Hadhari Institut Sel Fuel Institut Kajian Etnik (KITA) Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB) Institut Kajian Perubahan IklimPusat Pusat Perancangan Korporat dan Kepimpinan(PPKK) Pusat Pengajian Umum Pusat Pembangunan Akademik Pusat Jaminan Kualiti Pusat Komunikasi Korporat Pusat Pengurusan Siswazah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi Pusat Akreditasi Pembelajaran Pusat Teknologi Maklumat Pusat Kepimpinan Wanita Pusat PERMATApintar Negara Pusat Pemerkasaan Remaja Pusat Kembangan Pendidikan Penerbit UKM Pejabat Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Pejabat Pengurusan Risiko Pusat Islam UKMSenarai Kolej Kediaman UKM Kolej Ibrahim Yaakub Kolej Dato' Onn Kolej Aminuddin Baki Kolej Ungku Omar Kolej Burhanuddin Helmi Kolej Rahim Kajai Kolej Ibu Zain Kolej Idris Al Marbawi Kolej Tun Syed Nasir Kolej Tun Dr. Ismail Kolej Keris Mas Kolej Tun Hussein Onn Kolej Pendeta Za'baPerkembangan UKMUKM telah mengeluarkan: 113,975 (sehingga 2009) graduan peringkat pra-siswazah[2] 15,895 (sehingga 2009) peringkat sarjana 1,389 (sehingga 2009) peringkat doktor falsafah Daripada 3 fakulti kepada 13 fakulti dan 14 institut 1494 tenaga pengajar termasuk dari Indonesia, Britain, Amerika Syarikat, Thailand, Kanada, Jerman, Belanda, Mesir dan Australia. Lebih 30,000 pelajar berdaftar Penuntutnya dari 55 negara termasuk Jepun, Amerika Syarikat, Jerman, Mali, Filipina, Indonesia, Jordan, Libya, Perancis, Brunei, China, Korea, Kenya, Singapura dan Thailand. Cawangan UKM di Sabah ditubuhkan pada tahun 1974. Pengukuhan penggunaan Bahasa Melayu di Malaysia dan dunia.Organisasi pentadbiranAsasnya penubuhan sebuah Universiti adalah diketuai oleh DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan DYMM Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Baginda merupakan Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia ketiga. Sebagai jawatan kehormat yang tertinggi peranan utama baginda adalah sebagai lambang pengiktirafan sesebuah universiti ini.Terdapat 3 orang Pro Canselor iaitu Tengku Tan Sri Dato Seri Ahmad Rithaudeen Al Haj bin Tengku Ismail, YAM Tunku Laxamana Tunku Dato' Seri Utama Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar dan Tun (Dr.) Ahmad Sarji Abdul Hamid. Yang Teramat Mulia Tengku Panglima Besar Kedah, Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah.UKM mempunyai Lembaga Pengarah Universiti yang dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato Dr. M. Zawawi bin Ismail. Diperingkat pengurusan universiti, UKM diketuai oleh Naib Canselor yang dilantik oleh Menteri Pengajian Tinggi, dan dibantu oleh 4 orang Timbalan Naib Canselor (TNC), iaitu TNC Hal-ehwal Akademik &Antarabangsa, TNC Hal-ehwal Penyelidikan & Inovasi, TNC Hal-ehwal Pelajar & Alumni, dan TNC Hal-ehwal Jaringan Industri & Masyarakat. Selain itu terdapat 3 pegawai pengurusan utama iaitu Pendaftar, Bendahari dan Ketua Pustakawan. Dalam hal-ehwal pembangunan akademik ia dibawah tanggungjawab Senat Universiti.Universiti Putra MalaysiaDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Universiti Putra Malaysia

Maklumat am

MotoBerilmu Berbakti

Ditubuhkan1971

JenisAwam

PenggabunganASAIHL

Laman sesawangwww.upm.edu.my

Pentadbiran

CanselorDYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-HajSultan Selangor

Timbalan canselorYBhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi Hj. Ramlan

Lokasi

LokasiSerdang, Selangor

NegaraMalaysia

KampusKampus utama di SerdangKampus cawangan di Bintulu

sunting

Universiti Putra Malaysia (UPM, dahulu dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia) telah ditubuhkan pada 29 Oktober 1971, melalui penggabungan antara Fakulti Pertanian Universiti Malaya dan Kolej Pertanian Malaya Serdang. Universiti ini bermula dengan tiga buah fakulti iaitu Fakulti Pertanian, Perhutanan, dan Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan. Ia terus kekal sebagai sebuah universiti tradisional yang memberikan tumpuan terutama kepada pendidikan ijazah pertama, penyelidikan dalam bidang pertanian dan bidang yang berkaitan.UPM mempunyai dua kampus, iaitu sebuah kampus utama terletak di Serdang, Selangor, menawarkan pendidikan peringkat ijazah sarjana muda, sarjana, dan kedoktoran, manakala sebuah lagi adalah kampus cawangan terletak di Bintulu, Sarawak, menawarkan pendidikan peringkat diploma.Pada 3 April 1997 Universiti Pertanian Malaysia ditukar nama kepada Universiti Putra Malaysia.UPM merupakan salah sebuah daripada 5 universiti di Malaysia yang bertaraf universiti penyelidikan. Lagu rasmi UPM ialah "Putra Gemilang".Isi kandungan 1 Sejarah 2 Perkembangan UPM 2.1 Senarai fakulti 2.2 Senarai pusat 2.3 Senarai institut 2.4 Senarai taman, sekolah dan akademi 2.5 Senarai kolej kediaman UPM Serdang 2.6 Entiti perniagaan UPM 3 UPM Kampus Bintulu, Sarawak 4 Logo 5 Lagu 6 Rujukan 7 Pautan luarSejarahPenubuhan UPM mula dikesan sejak penubuhan Sekolah Pertanian pada 21 Mei 1931 yang memberi tumpuan dan penekanan kepada bidang pertanian di Tanah Melayu. John Scott, Pegawai Pentadbir Kerajaan negeri-negeri Selat merangkap Pesuruhjaya Tinggi 'Ex-Officio' Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada masa itu, merupakan orang yang bertanggungjawab mengasaskan penubuhan Sekolah Pertanian yang berkeluasan 8.8 hektar di kawasan Serdang, Selangor. Sekolah ini bertujuan menyediakan pegawai-pegawai bagi Jabatan Pertanian telah beroperasi selama 10 tahun sehinggalah Sir Edward Gent, Gabenor Malayan Union telah mengisytiharkan bahawa Sekolah Pertanian tersebut dinaik taraf menjadi Kolej Pertanian Malaya pada 23 Jun 1947. Bermula dengan naik taraf ini, kecermelangan kolej semakin mendapat perhatian sehingga timbul cadangan untuk menaikkan taraf kolej ini menjadi sebuah universiti. Namun, hasrat ini tertangguh berikutan meletusnya darurat pada pertengahan tahun 1948. Pada tahun 1960, Fakulti Pertanian Universiti Malaya telah ditubuhkan dan pada 1 Januari 1962 satu status telah diluluskan untuk menjadikan Majlis Kolej Pertanian Malaya sebagai satu pihak berkuasa Universiti Malaya.Selaras dengan kepentingan sektor pertanian kepada ekonomi negara, peranan kolej ini adalah sangat penting. Justeru, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 7.9 juta bagi melaksanakan pembangunan dalam Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970). Peruntukan yang diterima digunakan bagi mempertingkatkan pengambilan pelajar, membina dewan kuliah, meluaskan kawasan bagi perkembangan kolej, menambah makmal sains serta menambah bilangan pegawainya. Hasrat menubuhkan sebuah universiti pertanian yang menawarkan program pengajian di peringkat ijazah semakin cerah apabila hasrat tersebut diutarakan oleh Tun Abdul Razak Hussein, Timbalan Perdana Menteri semasa merasmikan bangunan tambahan Kolej Pertanian Malaya di Serdang pada 31 Mac 1969. Penubuhan Universiti Pertanian Malaysia ini akhirnya menjadi kenyataan dan telah diaktakan sebagai satu Perintah Perbadanan yang ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, dan disiarkan menerusi Warta Kerajaan P.U. (A) 387 pada 29 Oktober 1971.[1]Dr. Mohd Rashdan Baba menjadi Naib Canselor yang pertama. Sebelum itu, Dr. Mohd Rashdan Baba merupakan Pengetua Kolej Pertanian Malaya dari tahun 1965 hingga 1969. Bermula 23 Julai 1973, UPM telah memulakan sesi akademiknya dengan pengambilan seramai 1,559 pelajar. Pelajar-pelajar tersebut memulakan pengajian di tiga buah fakulti pengasas, iaitu Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan, Fakulti Pertanian dan Fakulti Perhutanan. UPM telah mengeluarkan graduan pertamanya pada Majlis Konvokesyen pertamanya pada 30 Julai 1977. Pada awal tahun 1980-an, skop pengajian UPM telah dikembangkan dengan memperkenal bidang sains dan teknologi dalam bidang pengajian yang ditawarkan. Sebagai sebuah universiti yang dinamik dan sensintif kepada tuntutan semasa dan peningkatan pembangunan, UPM menambahkan bidang baru dalam program pengajian seperti sains sosial dan kesenian, teknologi maklumat dan perubatan sebagai persediaan untuk menjadi universiti abad ke-21.Pada tahun 1994, UPM memulakan satu rancangan yang bercita-cita tinggi untuk membina Universiti Masa Hadapan yang menyediakan sistem-sistem penyampaian yang lebih baik dan terkini dalam pendidikan sains dan teknologi dengan memanfaatkan bidang teknologi maklumat (IT) yang sedang pesat berkembang. UPM telah bertukar dengan pesatnya menjadi kampus tanpa sempadan yang melampaui sempadan kebangsaan.Kemuncak dari itu, berlakulah penukaran nama Universiti Pertanian Malaysia kepada Universiti Putra Malaysia pada 3 April 1997 oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad pada ketika itu. la adalah merupakan satu langkah strategik untuk mencerminkan kedudukan UPM sebagai sebuah pusat pengajian tinggi yang berupaya menawarkan pelbagai program pengajian dan secara langsung tidak menjadikan pertanian lagi sebagai teras utama UPM dalam membentuk sistem kajian dan pendidikannya.Perkembangan UPMUniversiti Putra Malaysia memulakan program akademiknya pada bulan Julai 1973 di Serdang, Selangor dengan tiga fakulti asas iaitu Fakulti Pertanian, Fakulti Perhutanan, Fakulti Kedoktoran Veterinar dan juga Bahagian Sains Asasi. Kini UPM menawarkan 73 program Sarjana Muda, 8 program Diploma termasuk program-program diploma yang ditawarkan di Kampus UPM Cawangan Bintulu dan 12 program pengajian siswazah di peringkat sarjana (M.Sc./M.A.) dan falsafah kedoktoran (Ph.D.). Setakat ini Universiti Putra Malaysia mempunyai 15 fakulti, 8 pusat, 6 institut, 2 sekolah, 2 akademi, sebuah taman dan sebuah kampus cawangan iaitu:Senarai fakulti Fakulti Pertanian Fakulti Perhutanan Fakulti Perubatan Veterinar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Fakulti Kejuruteraan Fakulti Pengajian Pendidikan Fakulti Sains Fakulti Sains dan Teknologi Makanan Fakulti Ekologi Manusia Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Fakulti Rekabentuk dan Senibina Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul Fakulti Pengajian Alam Sekitar Fakulti Sains Pertanian dan Makanan (UPMKB)Senarai pusat Pusat Alumni, UPM Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti (RMC) UPM Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC) UPM - pusat pemindahan teknologi universiti Pusat Pendidikan Luar, UPM Pusat Islam, UPM Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM Pusat Pembangunan Akademik (CADe), UPM Pusat Asasi Sains Pertanian, UPM Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), UPM Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Pemajuan Profesional, UPMSenarai institut Institut Biosains (IBS) Institut Teknologi Maju (ITMA) Institut Gerontologi (IG) Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM) Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP) Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan (IKDPM) Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Institut Pertanian Tropika (ITA)Senarai taman, sekolah dan akademi Putra Science Park (PSP) Taman Pertanian Universiti, UPM Sekolah Pengajian Siswazah, UPM Sekolah Pengajian Siswazah Pengurusan, UPM Akademi Sukan, UPMSenarai kolej kediaman UPM Serdang Kolej Mohamad Rashid Kolej Kedua Kolej Tun Dr. Ismail Kolej Canselor Kolej Kelima Kolej Keenam Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah Kolej Tun Perak Kolej Pendeta Zaba Kolej Ke Sepuluh Kolej Ke Sebelas Kolej Kedua Belas Kolej Ketiga Belas Kolej Keempat Belas Kolej Kelima Belas Kolej Keenam Belas Kolej Ketujuh BelasKolej Kedua Belas, Keempat Belas, Kolej Kelima Belas dan Kolej Keenam Belas diletakkan di bawah pengurusan bersama pihak UPM dan pihak swasta, manakala kolej-kolej yang lain diuruskan oleh pihak UPM secara keseluruhannya.Entiti perniagaan UPM* UPM Holdings Sdn. Bhd.UPM Kampus Bintulu, SarawakAntara kursus yang ditawarkan oleh UPM Kampus Bintulu adalah seperti berikut: Diploma Pertanian Diploma Perhutanan Diploma Perikanan Bacelor Sains Bio Industri Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan Diploma Pengurusan Perladangan Makanan Diploma Kejuruteraan Pertanian Diploma PerniagaantaniLogoLogo UPM yang ringkas melambangkan tradisi, falsafah dan visi baru universiti.Asas logo terbina daripada bentuk perisai yang secara tradisinya melambangkan prinsip, kemantapan dan penjagaan martabat ilmu untuk kebahagiaan dan kesejahteraan sejagat.Bentuk titisan air merupakan simbolik kepada komitmen universiti untuk memelihara alam sekitar. Air juga adalah sebagai asas kehidupan sebagaimana juga ilmu adalah sebagai asas untuk mencapai kemajuan manusia.Garisan kecil di tengah melambangkan wawasan universiti yang sentiasa ke hadapan. Tiga garisan di kiri dan di kanan ialah simbol dahan yang melambangkan kepentingan pertanian dalam kelangsungan kehidupan dan kemakmuran manusia yang merupakan tumpuan dan kekuatan UPM. Tiga garisan itu juga membawa maksud tiga fungsi utama Universiti iaitu pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan.Buku yang berada di sebelah atas melambangkan keunggulan Universiti sebagai gapura yang menjunjung, menjana dan meneroka ilmu untuk kebahagian dan kesejahteraan sejagat.Warna merah melambangkan dinamisme kepada tradisi perjuangan ilmu dan juga semangat perintis, keberanian dan ketahanan menghadapi cabaran. Warna putih melambangkan keikhlasan dan ketelusan. Warna kelabu melambangkan keneutralan, keluwesan dan ketekalan.Kombinasi warna merah, kelabu dan putih bermaksud keharmonian, kestabilan, keceriaan, kematangan dan dinamisme.Konsep bentuk perisai ini diperkukuh lagi dengan huruf 'UPM' yang menjadi singkatan kepada Universiti Putra Malaysia.Universiti Teknologi MARADaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Maklumat am

MotoUsaha Taqwa Mulia

Ditubuhkan1956

Laman sesawangwww.uitm.edu.my

Pentadbiran

CanselorDuli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah

Timbalan canselorYg Bhg Dato' Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar

Perangkaan

Pelajar80,000 di kampus utama dan 400,000 di seluruh negara, jadi ia merupakan sebuah universiti awam terbesar di Malaysia.

Lokasi

LokasiShah Alam

NegaraMalaysia

Kampus18 cawangan di Malaysia

sunting

Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan salah sebuah universiti awam di Malaysia.Isi kandungan 1 Sejarah 2 Kampus 3 Fakulti 4 Kolej Kediaman 5 Lagu Universiti 5.1 UiTM Di Hatiku 5.2 Wawasan Setia Warga UiTM 6 Pencapaian 7 Pautan luarSejarahSejarah Universiti Teknologi MARA bermula sebagai Dewan Latihan RIDA yang beroperasi mulai November 1956 di Petaling Jaya, Selangor. Dewan Latihan ini ditubuhkan bertujuan sebagai pusat percubaan menawarkan kursus persediaan untuk remaja luar bandar aliran Inggeris. RIDA yang merupakan singkatan bagi Rural and Industrial Development Authority, dibentuk pada tahun 1950 untuk membantu menaik taraf ekonomi penduduk bumiputera. Dewan Latehan ini merupakan inspirasi Dato' Onn bin Ja'afar, hasil dari lawatannya ke Ceylon (sekarang Sri Lanka), pada tahun 1951.Tidak lama kemudian, iaitu pada bulan Jun 1965, Dewan Latehan RIDA diletakkan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA), dan namanya ditukar kepada Maktab MARA. Maktab ini terus berkembang hingga menjadi unit terpenting dalam Bahagian Latihan MARA, hinggalah pada 14 Oktober 1967, Maktab MARA ini mendapat nama baru Institut Teknologi MARA (ITM).Seterusnya pada tahun 1996, ITM telah dinaik taraf menjadi sebuah universiti. Namun begitu, namanya tidak ditukar hinggalah pada 26 Ogos 1999, Institut Teknologi MARA dengan rasminya dinamakan Universiti Teknologi MARA (UiTM).UiTM mempunyai 2 buah lagu iaitu "UiTM Di Hatiku" dan "Wawasan Setia Warga UiTM".Kampus

Universiti Teknologi MARASelain kampus utamanya di Shah Alam, Selangor, UiTM mempunyai 3 buah kampus satelit, 12 kampus cawangan dan 9 kampus bandar. Boleh dikatakan UiTM mempunyai cawangan di semua negeri di Malaysia kecuali Wilayah Persekutuan. Kampus-kampus tersebut adalah:-Kampus Satelit1. Kampus UiTM Seksyen 17 (INTEC), Shah Alam, Selangor2. Kampus UiTM Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor3. Kampus UiTM Jalan Othman, Petaling Jaya, Selangor4. Kampus UiTM Puncak Alam, Shah Alam,5. Kampus UiTM Hospital Selayang & Hospital Sungai Buloh, Selangor (hospital pengajar untuk Fakulti Perubatan UiTM)Kampus Cawangan (Branch Campus)1. Kampus UiTM Arau, Perlis2. Kampus UiTM Dungun, Terengganu3. Kampus UiTM Sri Iskandar, Perak4. Kampus UiTM Samarahan, Sarawak5. Kampus UiTM Sungai Petani, Kedah6. Kampus UiTM Bukit Mertajam, Pulau Pinang7. Kampus UiTM Kuala Pilah, Negeri Sembilan8. Kampus UiTM Alor Gajah, Melaka9. Kampus UiTM Segamat, Johor10. Kampus UiTM Jengka, Pahang11. Kampus UiTM Machang, Kelantan12. Kampus UiTM Kota Kinabalu, Sabah

Kampus Bandar (City Campus)1. Kampus UiTM Mukah, Sarawak2. Kampus UiTM Tawau, Sabah3. Kampus UiTM Johor Bahru, Johor4. Kampus UiTM Raub, Pahang5. Kampus UiTM Kuantan, Pahang6. Kampus UiTM Alor Setar, Kedah7. Kampus UiTM Kota Bharu, Kelantan8. Kampus UiTM Bandaraya Melaka, Melaka9. Kampus UiTM Seremban 3, Negeri Sembilan10. Kampus UiTM Tapah, PerakFakultiKluster Sains & Teknologi

Fakulti Perladangan & Agroteknologi (AT) Fakulti Sains Gunaan (AS) Fakulti Sains Matematik & Komputer (CS) Fakulti Sains Sukan & Rekreasi (SR) Fakulti Seni Bina, Perancangan & Ukur (AP)

Kluster Sains Perubatan Fakulti Farmasi (PH) Fakulti Pergigian (DS) Fakulti Perubatan (MD) Fakulti Sains Kesihatan (HS)Kluster Kejuruteraan Fakulti Kejuruteraan Awam (EC) Fakulti Kejuruteraan Elektrik (EE) Fakulti Kejuruteraan Kimia (EH) Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (EM)Kluster Sains Sosial & Kemanusian Fakulti Komunikasi & Pengajian Media (MC) Fakulti Muzik (MU) Fakulti Pendidikan (ED) Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi (AM) Fakulti Seni Rekaan (AD) Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik (CT) Fakulti Undang-Undang (LW)Kluster Ekonomi & Pengurusan Fakulti Perhotelan & Pengurusan Pelancongan (HM) Fakulti Pengurusan Maklumat (IS) Fakulti Pengurusan Perniagaan (BM) Fakulti Pengurusan Pejabat & Teknologi (OM) Fakulti Perakaunan (AC)Pusat Pengajian & Penyelidikan Akademi Pengajian Bahasa (APB) Pusat Antarabangsa UiTM (INTEC) Pusat Kefahaman & Pemikiran Islam (CITU)Kolej KediamanTerdapat 7 kolej terdapat di kampus induk sementara 6 kolej yang terletak di luar kampus.Kolej yang terdapat dalam kampus ialah: Kolej Perindu Kolej Seroja Kolej Delima Kolej Melati Kolej Mawar Kolej Anggerik Kolej TerataiKolej yang terletak di kawasan luar kampus ialah: Kolej Akasia Kolej Cemara Kolej Jati Kolej Meranti Kolej Cendana Kolej Kristal - untuk pelajar antarabangsaKolej kampus satelit: Kolej Alamanda Kolej Puncak Perdana Kolej Reflesia / Angsana - UiTM Kampus Puncak Alam Kolej Perubatan Hospital Selayang & Hospital Sungai Buloh - untuk pelajar perubatan fasa klinikalLagu UniversitiUiTM Di HatikuWujudmu di siniDi tanah anak merdekaBagai obor ilmuMemayungi putera-puteri nyaPelopor hidup,budaya bangsa,agama,negaraPembentuk akhlak manusiaAgar jadi sempurnaKu yang melangkah ke sini ingin mempelajariRahsia di muka bumi dengan cara hakikiTunjukkan aku jalan ilmumu untukku menujuDestinasi cita-cita negara dan bangsakuMajulah bangsaMaju negaraBerkat usaha jaya MARAKami berikrar akan berjasaHingga kita berjayaDemi bangsaWatikah yang ku miliki kan ku semat dihatiJanji ku pada pertiwi untuk menabur baktiKu sempurnakan seikhlas hati membela negaraDoa restu ayah bonda ku untuk mu semuaUiTM...USAHA, TAQWA, MULIAKomposer & Lirik: Osman MohamedWawasan Setia Warga UiTMBersatu kita warga UiTMKita bangsa perkasaTaat dan setiaku untuk negaraPenuh semangat wajaKita...jangan mudah terlupapengorbanan, perjuangan anak bangsaKita...jangan mudah terlekakemajuan,keamanan yang adaKita...berterima kasihpada pemimpin-pemimpin negaraKita rasa penuh bersyukurkerahmatan, kemuliaan darinyaKamilah pendokong, pewaris bangsaKamilah pendaulat, bangsa MalaysiaKamilah warga berwawasanUntuk Negaraku.Komposer: Sahar Sadi HashimLirik: Dato Prof. Dr. Ahmad. Hj. ZainuddinPencapaian

Kedua-dua pendaki muda negara, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin (kiri) dan Ahmad Reduan Rozali dalam perjalanan ke puncak Everest setinggi 8,848 meter - Gambar ihsan Sekretariat Demi Negara Ke Everest 2004.Dua pelajar UiTM, Ahmad Reduan Rozali dan Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin merupakan antara pendaki Malaysia yang berjaya tiba di puncak Gunung Everest pada 10.50 pagi waktu Malaysia, Ahad 22 Mei 2004.Ahmad Reduan, 22, adalah pelajar kursus Diploma Sains Gunaan manakala Muhammad Muqharabbin, 22, pelajar kursus Diploma Kesihatan dan Kecergasan di UiTM. Mereka pernah berlatih di Wanaka, New Zealand dari 30 Julai hingga 20 Ogos tahun 2004. Mereka turun dari Gunung Everest dan tiba di base camp pada 23 Mei 2004.IPTS

IPTS atau lebih dikenali sebagai Institusi Pengajian Tinggi Swasta telah diperkenalkan sejajar dengan permintaan pihak kerajaan dalam meningkatkan lagi kualiti pendidikan negara memandangkan negara Malaysia memerlukan tenaga mahir yang ramai dalam menuju masa hadapan kelak.Disamping itu juga institusi ini juga membantu institusi pengajian awam dalam menghasilkan tenaga-tenaga pakar yang bakal menerajui kepimpinan negara.Kelebihan-kelebihan yang terdapat pada IPTS ialah ia menawarkan program-program yang lebih khusus tentang sesebuah kerjaya. Sebagai contoh, Universiti Tenaga Nasional menawarkan program ijazah dan diploma dalam bidang kejuruteraan danjuga perniagaan.Di samping itu juga kualiti pendidikan bagi IPTS lebih terjamin berbanding IPTA yang disebabkan oleh jumlah penuntut di dalam sesebuah universiti. Kemudahan infrastruktur yang disediakan juga amat berbeza dengan apa yang tersedia di IPTA yang lain.Sebagai contoh , Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) dan Universiti Multimedia (MMU). Kesemua universiti ini secara amnya dapat menjamin kejayaan siswa dan siswi secara tidak langsung dapat mewujudkan masyarakat yang berpendidikan , bermoral dan berfikiran tinggi dan jauh.Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) telah ditubuhkan pada 10 Januari 1997 apabila Petronas telah dijemput untuk menubuhkan sebuah universiti . Sebelum ini ia dikenali sebagai Institut Teknologi Petronas (ITP) dan dimiliki sepenuhnya oleh PETRONAS. Universiti ini telah didaftarkan dibawah Kementerian Pendidikan pada 26 April 1995 dan mendapat pengiktirafan oleh Essential Higher Education Institute Regulation 1996". ITP telah memulakan operasinya di PERMATA, Bangi , Selangor pada 3 Julai 1995.Pada 26 Julai 1995 ITP didaftarkan dibawah sebuah syarikat swasta dan berpindah ke bandar Seri Iskandar Perak Darul Ridzuan pada 1 Julai 1996.Konsep Dan Pelaksanaan Sekolah Wawasan Pendahuluan

Kementerian Pendidikan kini giat merancang dan melaksanakan program Sekolah Wawasan. Namun, pelaksanaan program ini telah mendapat reaksi daripada pelbagai pihak terutamanya reaksi negatif daripada pihak pembangkang.

Dalam hal ini, kerajaan tidak mempunyai sebarang agenda untuk menghapuskan ciri-ciri sekolah vernakular dalam pelaksanaan Sekolah Wawasan melainkan mahu mengelakkan prejudis kaum di kalangan golonga