1

2
1. Pemasaran Masalah pemasaran perniagaan kecil timbul akibat persaingan yang hebat dalam pasaran yang dibahagikan mengikut angkubah kaum. Suasana ini menyulitkan lagi jika sesebuah industri itu dianggap sebagai industri yang mudah diceburi. Misalnya kebanyakan usahawan baru dalam industri makanan mampu mengusahakan industri membuat kicap, mee kuning atau roti. Di samping masalah persaingan, ada pula masalah yang berkaitan dengan saluran pemasaran. Masalah sistem saluran pemasaran timbul kerana pertama, peniaga-peniaga kecil khususnya bumiputera tidak mendapat naungan di bawah sistem ini dan kedua, disebabkan sikap ingin menjalankan kerja-kerja pemasaran sendiri. Masalah rantaian saluran pemasaran adalah suatu masalah yang membendung perkembangan kegiatan ekonomi di kalangan bumiputera. Satu lagi masalah pemasaran yang dihadapi oleh peniaga-peniaga kecil bumiputera ialah masalah persaingan harga dengan peniaga-peniaga lain. Maklumat yang diperoleh menunjukkan punca masalah ini timbul daripada harga yang ditawarkan oleh pembekal-pembekal. Masalah ini sudah lama diketahui dan masih wujud hingga ke hari ini. 2. Lokasi perniagaan Masalah ini sering dihadapi oleh usahawan-usahawan baru. Usahawan-usahawan yang baru tidak mempunyai pengalaman dalam soal memilih tapak perniagaan. Lazimnya keputusan yang dibuat berpandukan nasihat serta pengalaman daripada peniaga-peniaga yang sudah lama berniaga. Usahawan-usahawan baru biasanya mengambil kos sewa bangunan atau tapak dahulu apabila menilai dan menentukan lokasi perniagaan. Faktor potensi langganan dan nama baik sesuatu tempat itu dinilai selepas mengkaji kos sewa tapak atau tempat perniagaan yang kurang strategik akan memberikan

description

perniagaan

Transcript of 1

1. PemasaranMasalah pemasaran perniagaan kecil timbul akibat persaingan yang hebat dalam pasaran yang dibahagikan mengikut angkubah kaum. Suasana ini menyulitkan lagi jika sesebuah industri itu dianggap sebagai industri yang mudah diceburi. Misalnya kebanyakan usahawan baru dalam industri makanan mampu mengusahakan industri membuat kicap, mee kuning atau roti.Di samping masalah persaingan, ada pula masalah yang berkaitan dengan saluran pemasaran. Masalah sistem saluran pemasaran timbul kerana pertama, peniaga-peniaga kecil khususnya bumiputera tidak mendapat naungan di bawah sistem ini dan kedua, disebabkan sikap ingin menjalankan kerja-kerja pemasaran sendiri. Masalah rantaian saluran pemasaran adalah suatu masalah yang membendung perkembangan kegiatan ekonomi di kalangan bumiputera.Satu lagi masalah pemasaran yang dihadapi oleh peniaga-peniaga kecil bumiputera ialah masalah persaingan harga dengan peniaga-peniaga lain. Maklumat yang diperoleh menunjukkan punca masalah ini timbul daripada harga yang ditawarkan oleh pembekal-pembekal. Masalah ini sudah lama diketahui dan masih wujud hingga ke hari ini.2. Lokasi perniagaan Masalah ini sering dihadapi oleh usahawan-usahawan baru. Usahawan-usahawan yang baru tidak mempunyai pengalaman dalam soal memilih tapak perniagaan. Lazimnya keputusan yang dibuat berpandukan nasihat serta pengalaman daripada peniaga-peniaga yang sudah lama berniaga.Usahawan-usahawan baru biasanya mengambil kos sewa bangunan atau tapak dahulu apabila menilai dan menentukan lokasi perniagaan. Faktor potensi langganan dan nama baik sesuatu tempat itu dinilai selepas mengkaji kos sewa tapak atau tempat perniagaan yang kurang strategik akan memberikan kesan langsung kepada prestasi sesebuah perniagaan khususnya implikasi kos langganan.3. Prestasi kualiti kerjaAgensi-agensi kerajaan terutama yang terlibat dalam kerja-kerja piawaian dan penyelidikan mempunyai pandangan yang sama dengan institusi-institusi kewangan mengenai kualiti kerja di kalangan sektor pengilang-pengilang kecil. Prestasi kualiti kerja ini adalah akibat daripada keupayaan yang terhad di kalangan pengilang-pengilang kecil bagi menjalankan kerja-kerja penyelidikan yang memerlukan belanja yang besar.4. Pembiayaan modal perniagaanAgensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam bidang keusahawanan khususnya dalam aspek latihan dan runding cara seperti Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC), Pusat Daya Pengeluaran Negara (NPC) dan MARA menimbulkan soal pembiayaan modal perniagaan sebagai punca masalah perniagaan kecil sewaktu atau selepas perniagaan dimulakan. Masalah ini menyebabkan berlaku masalah kekurangan modal pusingan. Kerap kali jumlah keperluan modal yang dikenal pasti dan dirancang oleh usahawan didapati tidak mencukupi semasa perniagaan dimulakan.Masalah pembiayaan modal perniagaan memang menjadi dilema kepada usahawan-usahawan baru. Kekurangan harta-harta yang dapat digunakan sebagai cagaran serta keupayaan meyakinkan penjamin adalah halangan bagi mendapatkan kemudahan pinjaman dari institusi-institusi kewangan. Di samping itu ketiadaan institusi-institusi alternatif yang berpotensi dalam masyarakat sekeliling turut menyebabkan masalah pembiayaan modal dalam perniagaan menjadi suatu dilema.