1

2
Laporan Sesi Mentor Mentee Kali I/2015 PISMP Bahasa Melayu (SJKT) Ambilan Januari 2012 Perjumpaan mentor dan mentee pada kali pertama ini sangat memberi erti kepada Unit PISMP Bahasa Melayu (SJKT) Ambilan Januari 2012. Hal ini demikian kerana tahun 2015 merupakan tahun akhir pengajian kepada unit ini. Perjumpaan yang diadakan di kelas PISMPT BM (SJKT) ini dihadiri oleh mentor iaitu Puan Sarimawathy Binti Jumanie bersama Encik Joslan serta 19 orang guru pelatih Bahasa Melayu (SJKT). Penglibatan selama satu jam daripada guru pelatih amat memuaskan. Kami telah mengadakan perbincangan tentang lawatan penanda aras ke Universitas Padjajaran Bandung. Antara pengisian perbincangan ialah penerangan berkaitan lawatan bersama mentor dan Encik Joslan (agen pelancongan) dan pembahagian tugas-tugas mengikut ajk masing-masing. Selain itu, mentor juga turut memberi peringatan agar segala urusan berkaitan lawatan seperti surat menyurat dapat diselesaikan dengan cepat agar memudahkan perjalanan. Perbincangan kami ditangguhkan dan akan disambung pada sesi mentor mentee seterusnya. 1

description

k

Transcript of 1

Page 1: 1

Laporan Sesi Mentor Mentee Kali I/2015

PISMP Bahasa Melayu (SJKT) Ambilan Januari 2012

Perjumpaan mentor dan mentee pada kali pertama ini sangat memberi erti kepada

Unit PISMP Bahasa Melayu (SJKT) Ambilan Januari 2012. Hal ini demikian kerana

tahun 2015 merupakan tahun akhir pengajian kepada unit ini. Perjumpaan yang

diadakan di kelas PISMPT BM (SJKT) ini dihadiri oleh mentor iaitu Puan

Sarimawathy Binti Jumanie bersama Encik Joslan serta 19 orang guru pelatih

Bahasa Melayu (SJKT). Penglibatan selama satu jam daripada guru pelatih amat

memuaskan.

Kami telah mengadakan perbincangan tentang lawatan penanda aras ke

Universitas Padjajaran Bandung. Antara pengisian perbincangan ialah penerangan

berkaitan lawatan bersama mentor dan Encik Joslan (agen pelancongan) dan pembahagian

tugas-tugas mengikut ajk masing-masing.

Selain itu, mentor juga turut memberi peringatan agar segala urusan

berkaitan lawatan seperti surat menyurat dapat diselesaikan dengan cepat agar

memudahkan perjalanan.

Perbincangan kami ditangguhkan dan akan disambung pada sesi mentor

mentee seterusnya.

Foto 1: Perbincangan Bersama Encik Joslan

1

Page 2: 1

Perjumpaan pada kali ini sangat memberi semangat dan iltizam yang baharu

kepada para guru pelatih. Walaupun perjumpaan yang singkat, namun banyak

perkara yang dibincangkan bersama. Semoga guru pelatih PISMP Bahasa Melayu

(SJKT) terus maju ke hadapan untuk tahun 2015 ini.

Disediakan oleh,

_______________

(PEYONA BINTI MOKHTAR)

Setiausaha,

Unit PISMP Bahasa Melayu (SJKT) Ambilan Januari 2012,

IPG Kampus Kent, Tuaran.

2