1

6
1.1 STRATEGI Menurut Kamus Dewan edisi ketiga (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai maklamat atau kejayaan. Strategi merupakan satu perancangan yang melibatkan satu operasi dan aktiviti pengurusan kaedah yang digunakan untuk mencapai matlamat tertentu. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, strategi merujuk kepada satu set aksi pengajaran yang bertujuan untuk mencapai objektif yang diharapkan. Strategi merujuk kepada cara-cara bagaimana guru mengendalikan sesuatu aktiviti pembelajaran dengan sistematik dan bukan dengan caracuba jaya. Strategi merupakan tindakan-tindakan spesifik yang dilakukan dengan sengaja oleh guru untuk mencapai matlamat-matlamat khusus dalam proses pembelajaran. Guru memerlukan kemahiran untuk merancang dan menguruskan kaedah dan teknik pengajaran supaya dapat disampaikan kepada murid-murid untuk memperoleh hasil pembelajaran maksimum. Aspek yang perlu diambil kira oleh guru semasa menentukan strategi pengajaran yang sesuai ialah objetif pengajaran, proses pengajaran, isi kandungan, persediaan dan kebolehan mengajar, gaya pengajaran dan persekitaran di dalam bilik darjah. Dalam bidang pendidikan, konsep strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Dengan perkataan lain, strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada teknik perancangan kaedah serta teknik mengajar berdasarkan sesuatu pendekatan untuk tujuan mencapai objektif pelajaran dengan berkesan. Dalam sesuatu waktu pelajaran, strategi pengajaran dan pembelajaran merangkumi pertimbangan-pertimbangan seperti penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran, pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan yang ditentukan penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan teori pembelajaran. Selain itu,

description

pendekatan

Transcript of 1

Page 1: 1

1.1 STRATEGI

            Menurut Kamus Dewan edisi ketiga (1998), strategi merupakan rancangan yang

teratur untuk mencapai maklamat atau kejayaan. Strategi merupakan satu perancangan

yang melibatkan satu operasi dan aktiviti pengurusan kaedah yang digunakan untuk

mencapai matlamat tertentu. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, strategi

merujuk kepada satu set aksi pengajaran yang bertujuan untuk mencapai objektif yang

diharapkan. Strategi merujuk kepada cara-cara bagaimana guru mengendalikan sesuatu

aktiviti pembelajaran dengan sistematik dan bukan dengan caracuba jaya. Strategi

merupakan tindakan-tindakan spesifik yang dilakukan dengan sengaja oleh guru untuk

mencapai matlamat-matlamat khusus dalam proses pembelajaran.

            Guru memerlukan kemahiran untuk merancang dan menguruskan kaedah dan teknik

pengajaran supaya dapat disampaikan kepada murid-murid untuk memperoleh hasil

pembelajaran maksimum. Aspek yang perlu diambil kira oleh guru semasa menentukan

strategi pengajaran yang sesuai ialah objetif pengajaran, proses pengajaran, isi kandungan,

persediaan dan kebolehan mengajar, gaya pengajaran dan persekitaran di dalam bilik

darjah.

            Dalam bidang pendidikan, konsep strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih

pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam pengajaran dan

pembelajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Dengan perkataan lain,

strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada teknik perancangan kaedah serta

teknik mengajar berdasarkan sesuatu pendekatan untuk tujuan mencapai objektif pelajaran

dengan berkesan.

            Dalam sesuatu waktu pelajaran, strategi pengajaran dan pembelajaran merangkumi

pertimbangan-pertimbangan seperti penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran,

pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan yang ditentukan

penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan

teori pembelajaran. Selain itu, pertimbangan-pertimbangan lain seperti pengagihan masa

untuk setiap langkah mengajar dirancang secara optimum, penggunaan bahan pelajaran

Page 2: 1

mengikut keperluan untuk setiap kaedah dan teknik mengajar dan pengurusan kelas

mengikut pendekatan dan strategi yang sesuai dipilih.

            Strategi pengajaran dan pembelajaran menegaskan kepandaian memilih, menyusan

dan mengurus sesuatu rancangan dengan tujuan menghasilkan pencapaian yang optimum.

Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh diperhatikan daripada beberapa contoh seperti

strategi penggabungjalin kemahiran bahasa, misalnya pertuturan, membaca dan menulis.

Selain itu, strategi pengajaran dan pembelajaran juga boleh dilihat seperti strategi

penyerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran, strategi integrasi

fakta-fakta dalam berbagai-bagai mata pelajaran, strategi penggabungjalinan kaedah

keseluruhan kelas dengan kaedah kumpulan dan strategi penggabungjalinan kemahiran-

kemahiran pelajaran dalam kelas bercantum.

            Ringkas kata, pemilihan strategi haruslah berdasarkan pertimbangan teori

pembelajaran, pendekatan, kaedah dan teknik mengajar. Penentuan dan pelaksanaan

strategi yang sesuai akan menghasilkan pencapaian objektif yang berkesan.

1.2   PENDEKATAN

            Pendekatan merupakan satu penyusunan prosedur yang membezakan pengajaran

seseorang guru dengan seorang yang lain. Mengikut Kamus Dewan (1998), pendekatan

merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan

sesuatu tugas. Di dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara mendekati

sesuatu, misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran dan pembelajaran.

Dengan kata lain, pendekatan kepadacara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar untuk

mencapai objektifnya.

            Kamarudin Husin (1998), menjelaskan pendekatan ialah satu kumpulan andaian

yang saling berkaitan, yang mencerminkan suatu pandangan atau falsafah yang berkaitan

dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ditentukan oleh cara sesuatu

kandungan mata pelajaran diolah oleh guru dan juga ditentukan oleh kriteria sejauh mana

Page 3: 1

murid-murid terlibat dalam proses pengajaran dan pembelaran. Mengikut Kamaruddin Hj.

Husin ( 2004) mengatakan pendekatan dalam suatu pengajaran dan pembelajaran adalah

satu kumpulan andaian yang saling berkait tentang sesuatu bentuk pengajaran dan

pembelajaran. Setiap pendekatan mencerminkan satu pandangan, atau falsafah atau teori.

Menurut Edward M. Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait

dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik.

            Gestalt ( 2004) pula mengatakan bahawa, dalam pendekatan, kita mempelajari

sesuatu perkara atau sesuatu situasi secara keseluruhan dan kemudiannya mempelajari

elemen-elemen perincian situasi itu. Jika kita menerima sebagai satu teori pembelajaran,

maka kita boleh dijadikan sebagai satu pendekatan dan pengajaran.

1.2.1   PENDEKATAN DEDUKTIF

            Menurut Kamarudin Hj. Husin(2002 ; 178), pendekatan deduktif bermula daripada

sesuatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan diikuti dengan

aplikasinya ke atas contoh-contoh yang khusus. Rumus, prinsip atau hukum yang telah

dipelajari daripada kaedah deduktif boleh digunakan untuk mendapatkan rumus-rumus,

prinsip-prinsip, teorem-teorem atau hukum-hukum yang baru.

            Dalam pengajaran deduktif, guru akan mengajar sesuatu konsep (sebagai

contoh:konsep hujan ) terlebih dahulu sebelum meminta murid-murid untuk mengemukakan

contoh-contoh. Dalam pendekatan deduktif ini, guru akan menjelaskan bagaimana proses

hujan itu berlaku terlebih dahulu dan guru akan meminta murid menyenaraikan unsur-unsur

yang terlibat dalam proses hujan tersebut. Guru dan murid akan bersoal jawab tentang

konsep hujan yang dibincangkan dan disusuli dengan aktiviti pengukuhan murid-murid

menjawab soalan latihan daripada buku teks dan memberikan contoh-contoh sendiri

mengenai konsep hujan. Pendekatan deduktif ini berasaskan kepada kenyataan bahawa

setiap orang murid adalah berbeza daripada segi intelek, minat, kecekapan, dan daya cipta.

1.2.2   PENDEKATAN INDUKTIF

Page 4: 1

            Dalam pendekatan induktif, guru akan memulakan pengajaran dengan memberikan

contoh-contoh yang khusus berdasarkan satu prinsip yang sama. Guru perlu mengenal pasti

maklamat pengajaran dan pembelajaran dan menyediakan contoh-contoh yang berkaitan

dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam langkah seterusnya, guru perlu

memberi contoh-contoh tambahan supaya murid memahami dan melihat persamaan

daripada contoh-contoh tersebut. Daripada contoh-contoh tadi, murid akan membuat satu

kesimpulan serta membuat generalisasi mengenai konsep yang diajar oleh guru. Guru akan

membuat penyoalan serta membimbing murid dalam mengukuhkan kesimpulan konsep.

Murid dibimbing melalui aktiviti penyoalan oleh guru supaya mereka dapat membuat

kesimpulan yang tepat.

            Dalam pendekatan ini, guru perlu menyediakan alat bantu mengajar yang

bersesuaian. Dalam model induktif, guru perlu merancang aktiviti, membuat perlaksanaan

dan penilaian sendiri. Mengikut laman webhttp//www.potralpendidikan.com (1998),

pendekatan induktif dapat dirumuskan sebagai satu pendekatan di mana guru memberikan

contoh-contoh khusus dan murid-murid memerhati, mentafsir dan mengkaji serta

generalisasi. Pendekatan ini sesuai untuk pelbagai mata pelajaran seperti Bahasa, Sains dan

Matematik

1.2.3   PENDEKATAN ELEKTIF

            Menurut laman web http//www.potralpendidikan.com, elektif berasal daripada istilah

bahasa Inggeris “elective” bermakna pemilihan. Ia merupakan gabungan pendekatan

induktif dan deduktif dan digunakan sebagai strategi untuk mengajar rumus, prinsip, hukum,

konsep dan teorem. Pendekatan ini juga sesuai digunakan sebagai strategi pengajaran

dalam aktiviti kumpulan (aktiviti pengayaan dan pemulihan). Guru boleh menggunakan

pendekatan ini dalam strategi berpusatkan bahan (sebagai aktiviti pengayaan).

            Dalam pendekatan ini terdapat beberapa ciri-ciri iaitu pendekatan ini sesuai untuk

murid pelbagai kecerdasan dan kebolehan. Ciri yang kedua ialah murid-murid dilibatkan

secara aktif dalam pembelajaran sama ada dalam tugas mengasas rumusan atau

memberikan contoh. Dalam pendekatan ini, guru memberi input terlebih dahulu kerana ini

Page 5: 1

akan memudahkan murid-murid untuk memberi contoh dan membuat rumusan. Guru akan

menggunakan kreativiti sendiri dan tidak terikat kepada mana-mana pendekatan

(induktif/deduktif) yang khusus. Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru akan mengajar

mengikut kemampuan dan kebolehan murid. Kebiasaannya, pendekatan ini banyak

digunakan dalam pengajaran sains dan matematik. 

1.2.4   PENDEKATAN KOMUNIKATIF

            Bahagian Pendidikan Guru (2004) menunjukkan pendekatan ini mengutamakan

kecekapan berkomunikasi. Pengajaran bahasa mestilah merangkumi kecekapan bahasa

yakni penguasaan sistem tatabahasa serta kecekapan berkomunikasi. Kecekapan yang

pertama membolehkan seorang murid menguasai struktur bahasa yang tepat bagi

menyampaikan mesej kepada khayalaknya. Kecekapan yang kedua membolehkan murid

tersebut menggunakan bahasa yang sesuai dengan khalayak yang dihadapinya.

            Pengajaran ini dimulakan dengan latihan menggunakan struktur bahasa yang tepat

dan sesuai dengan sesuatu aktiviti komunikasi yang dipilih oleh guru. Ragbir Kaur (1998)

mengatakan bahawa pendekatan induktif dan deduktif digunakan dalam latihan ini dan

murid-murid akan melibatkan diri dalam aktiviti berkomunikasi atau berinteraksi bagi

membolehkan mereka menggunakan struktur ayat yang dilatih. Pedekatan pengajaran ini

lebih bepusatkan murid.