1

download 1

of 24

description

n

Transcript of 1

1.0 LAPORAN LAWATAN BENCHMARKING KE SJK(C) FOON YEW 2MASAAKTIVITIBUTIRAN

9.15 a.m.Berkumpul di Kelas DC2Kita telah berkumpul di kelas untuk naik kereta menuju ke destinasi lawatan, iaitu SJK(C) Foon Yew 2.

9.40 a.m.Tiba di SJK(C) Foon Yew 2Kita sampai ke SJK(C) Foon Yew 2 kira-kira pada masa yang dijangka ini. Kita telah disambut mesra oleh GPK Hem Iaitu Pn.Lim Ah Lan

10.00a.m.Penyampaian hadiah dan cenderamataKetua Opsyen kita telah menyampaikan cenderahati kepada pihak sekolah sebagai tanda penghargaan.

Pihak Sekolah juga menyampaikan cenderahati kepada semua guru pelatih sebagai tanda kenangan bagi melawatkan sekolah Foon Yew 2.

10.15 a.m.Taklimat di Bilik GerakanPihak sekolah sangat mengalu-alukan kedatangan kita melawat ke sekolah ini. Taklimat telah disampaikan kepada kita menggunakan Microsoft PowerPoint (PPT). Satu sesi taklimat dan perkongsian maklumat telah diberi dan merangkumi aspek-aspek seperti yang berikut:

Profil sekolah

Visi dan Misi sekolah

Visi: Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.

Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

Moto Sekolah: USAHA JAYA BAKTI

Warga SJK(C) FOON YEW 2 hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan .Mereka hendak berbakti kepada bangsa, agama dan negara setelah mencapai kejayaan.

Pentadbir sekolah

Guru Besar: Pn. Wong Wei Choon

Amalan hidup

Anugerah dan Pengiktirafan (Majlis)

Anugerah Pelbagai

Bilik Operasi Cemerlang 2014, Daerah Johot Bahru.

Anugerah Cemerlang UPSR 2014 Pencapaian Terbaik UPSR 2014 Pengiktirafan sekolah berprestasi tinggi kohort 3 KPM 2012

Anugerah tawaran baru guru besar tahun 2010, 2012

Progran Intervensi Akademik

-Garapan Semarak Minda Penghasilan Panitia Bahasa Melayu

-Modules For English Language

-Modules Bahasa Cina (KSSR)Tahun1-5

-Program Gerakan Membaca pada setiap pagi jam 7.00

Program bestari UPSR untuk subjek kritikal

Program Titian Kasih

-Program Citra Bestari

-Program anak wawasan

-Program gemilang berbahasa

-Program teguh cemerlang

-Program EW20

-Module bestari bahasa inggeris

-Program bijak Kamus bagi BM dan BI

Latihan dalam perkhidmatan Program Peningkatan Profesionalisme Guru. Kursus Pengurusan Penyelidikan pembanguanan dan Inovasi peringkat Antarabangsa 2014

2014 Malaysia international mathematics olympiad competition got 2 gold , 2 sliver and 1 bronze.

Lawatan ke china untuk berinteraksi dengan murid china.

Penerangan mengenai seluruh sekolah adalah sangat jelas menerusi PPT. Ia juga menarik dan audio pun baik sehingga kita dapat mengekalkan tumpuan menonton tayangan PPT tanpa merasa bosan.

11.00 a.m.Sesi soal jawabGPK Hem Pn. Lim menjawab pertanyaan daripada kita. Kita dapat memahami dengan mendalam tentang sekolah ini.

12.00 a.m.Sesi Lawatan : Melawat ke venue-venue sekeliling sekolah dengan iringan GPK HEM, Pn. LimSebaik sahaja kita tiba ke suatu venue, Pn. Lim akan memberi penerangan kepada kita tentangnya. Kita juga mengambil gambar sambil melawat. Tempat-tempat yang kita telah melawat termasuk:

-Etos dan watak sekolah matematik dan bahasa

-The Green Park

- Bilik Pemulihan

-Kantin

-Kelas

(Sijil pengiktirafan, keratan akhbar, foto majlis dan aktiviti dahulu, fail buletin sekolah, alatan media dll)

12.45 p.m.Menerokai kawasan sekolah dengan sendiriKita menerokai kawasan sekolah yang lain seperti padang dan gelanggang sukan, yang amat cantik dll.

1.00 p.m.Bertolak balik ke IPG Kampus Temenggong Ibrahim (IPTI)Balik Ke IPGKTI Lawatan ini banyak mendatangkan manfaat kepada kita dan memang menyeronokkan kerana dapat menimba ilmu dari segi pendidikan di sekolah berprestasi tinggi ini.

1.1 ANALISIS SWOT(PROGRAM LAWATAN KE SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI)KEKUATAN:

1. Tenaga pengajar yang berpengalaman

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Foon Yew 2 mempunyai tenaga pengajar yang berpengalaman dalam membantu murid-murid menguasai tahap kemahiran yang dipelajari. Antara tenaga pengajar yang dimaksudkan adalah terdiri daripada Guru Cemerlang Bahasa Inggeris. Guru ini mempunyai kepakaran dalam bidang beliau.

2. Peningkatan akedemik 100%

Sekolah ini mempunyai peningkatan akademik yang tinggi pada tahun 2014 iaitu UPSR 100%. Ini merupakan usaha yang di buat melalui program gerakan membaca yang bermula seawal 7.00 pagi dimana sesi persekolahan belum bermula. Daripada usaha ini GPS 1.77adalah pada keputusan yang cemerlang pada tahun tersebut. Manakala pencapaian UPSR dalam tahun 2014 mempunyai 34 orang mendapat 7A iaitu GPS 15.04%.3. Komitmen pihak luar

Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) memberi kerjasama dalam setiap program yang dijalankan. Terdapat juga antaranya ibu bapa yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing memberi sumbangan kepada pihak sekolah.

4. Banyak kejayaan yang diperolehi

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Foon Yew 2telah menempah banyak kejayaan untuk mendapat gelaran sekolah berprestasi tinggi.Kejayaan yang diperolehi adalah dari semua sudut iaitu dari segi kurikulum mahupun kokurikulum.5. Lokasi lawatan yang dekat

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Foon Yew 2 berada di kawasan yang agak dekat dan majoriti tempat bertugas adalah sama. Ini agak mudah bagi kami mencari lokasi sekolah tersebut.

KELEMAHAN:1. Kriteria bagi Lawatan BIG.

Bagi mengadakan lawatan ini, kami perlu mengkaji kriteria sekolah yang hendak dipilih sama ada Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Seperti yang sedia maklum sekolah dalam ketegori ini tidak banyak di negeri Johor. Kebanyakkan sekolah ini berada di kawasan yang agak jauh dari tempat kami belajar. Oleh itu agak sukar memilih sekolah yang berhampiran dengan kawasan IPG kami.2. Jadual yang padat

Sekolah berprestasi tinggi kebiasaannya mempunyai jadual tugas yang padat. Ini kerana program yang dirancang harus dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Begitu juga dengan program lawatan ini, kami perlu membuat perancangan dengan teliti bagi menetapkan tarikh yang sesuai dan tidak mengganggu program sekolah tersebut. Ini kerana kami perlu menunda kepada tarikh yang lain sebanyak dua kali. Ini disebabkan masa yang padat bagi sekolah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Foon Yew 2dengan program yang telah diatur.

PELUANG:1. Mengetahui prosedur sekolah berprestasi tinggi

Lawatan BIG yang dilaksanakan oleh kami, secara tak langsung mendedahkan kepada kami kriteria-kriteria yang perlu diambil oleh guru apabila sesebuah sekolah dicalonkan sebagai sekolah berprestasi tinggi. Ini memudahkan kami membuat persediaan apabila sekolah kami dicalonkan sebagai sekolah berprestasi tinggi kelak.

2. Mendapat maklumat mengenai program yang dianjurkan olehSekolah Jenis Kebangsaan Cina Foon Yew 2

Apabila kami melaksanakan lawatan BIG , maka kami dapat maklumat dan pengalaman mengenai program yang dianjurkan olehSekolah Jenis Kebangsaan Cina Foon Yew 2. Antara program yang dianjurkan oleh Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Foon Yew 2ialah program peningkatan akademik UPSR, program pusat sumber sekolah, program peningkatan sahsiah, program peningkatan kokurikulum, program inovasi dan sebagainya.3. Kecekapan pentabdiran

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Foon Yew 2mempunyai pentadbiran yang cekap dan dibantu dengan guru-guru, staf sokongan dan pekerja bagi mendapat anugerah sekolah berprestasi tinggi. Kecekapan ini merupakan satu peluang yang baik kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Foon Yew 2untuk menjadi cemerlang dalam akademik dan kokurikulum

.

4. Kerjasama dengan pihak sekolah

Semasa lawatan BIG yang dilaksanakan oleh kami ini telah mendapat kerjasama yang baik daripada pihak pentadbiran sekolah ini. Ini kerana semasa kami mengadakan lawatan penolong kanan telah menunggu untuk menyambut ketibaan kami. Selepas itu, diadakan sesi perjumpaan dengan guru besar. Kami berasa berbesar hati kerana pihak sekolah sanggup meluang masa mereka untuk program yang kami jalankan.

5. Kerjasama yang baik antara rakan sekelasUntuk melaksanakan lawatan BIG, kami telah bergerak dalam satu kumpulan. Oleh itu, kami telah mengagihkan tugasan sama rata antara ahli-ahli kami. Tanpa kerjasama dan komitmen antara ahli kumpulan menyukarkan kami untuk melaksanakan lawatan BIG ini. ANCAMAN:1. Kesukaran melihat bilik-bilik khas

Oleh kerana lawatan BIG ini dilaksanakan pada waktu yang tidak sesuai, maka menjadi kesukaran kepada kami untuk melihat bilik-bilik khas kerana pada masa tersebut guru tersebut telah membawa murid pergi lawatan. Selain itu pada masa lawatan kami,banyak bilik khas telah dikunci..

2. Tidak berpeluang bertemu dengan guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Foon Yew 2 sepenuhnyaAncaman yang dihadapi ialah kami tidak berpeluang untuk menemuramah guru-guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Foon Yew 2kerana semasa kami tiba kebanyakan guru sibuk. Oleh itu ini merupakan satu ancaman untuk kami mendapat maklumat melalui guru-guru sekolah ini.1.2 LAMPIRAN (GAMBAR BENCH MARKING)

Sesi Taklimat Dan Sesi Penyampaian Hadiah

Taklimat Diberikan Oleh Guru Besar

Lawatan Sekeliling Sekolah

Lawatan Ke Bilik Yang Menyimpankan Sijil dan Piala Sekolah

The Green Park

Bilik Pemulihan

Tempat Permainan Kanak-Kanak

Sesi Bergambar dengan Guru Besar dan GPK Hem1.3 REFLEKSI BINA INSAN GURU FASA 5 ( BENCH-MARKING)NAMA

: LIEW HUI HUI (890912-07-5820)

OPSYEN : 5 PISMP PML/BC/ RBT

Sebelum lawatan Benchmarking ke SJK(C) FOON Yew 2 dijalankan, saya berasa sangat gembira kerana saya berpeluang untuk melawat ke sekolah yang berprestasi tinggi yang tidak pernah saya lawati sebelum ini. Saya amat menanti-nanti saat ke sekolah ini tanpa mengira keletihan yang akan saya rasai dalam lawatan ini.

Kami berkumpul di kelas pada pukul 9:00 pagi dan bertolak ke SJK(C) Foon Yew 2 tepat pada pukul 9.15 pagi dengan iringan Tutor, Pn. Norfazillah. Sebaik sahaja sampai ke SJK(C) Foon Yew 2, kami dijemput untuk mengambil gambar bersama beberapa guru pengurusan sekolah sebagai kenangan manis lawatan kita ke sekolah ini.Selepas itu, taklimat telah diberi oleh guru Besar di Bilik Gerakan. Taklimat telah disampaikan kepada kita menggunakan Microsoft PowerPoint (PPT). Penerangan mengenai butir-butir seluruh sekolah adalah sangat jelas menerusi PPT. Video korporat yang ditayangkan amat menarik dan mencuit hati kami. Saya berasa amat kagum dengan anugerah dan pengiktirafan yang didapat oleh warga SJK(C) Foon Yew 2. Di samping itu, gambar jaringan luar warga sekolah di China yang ditunjukkan dalam PPT juga amat mengakumkan saya. Taklimat ini diakhiri dengan sajak yang mendorong guru dan kami untuk menjadi lebih baik dalam bidang pendidikan. Saya sebagai wakil guru pelatih telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah yang banyak memberi kerjasama kepada kami dalam lawatan Benchmarking ini.

Selepas itu , kami telah melawat ke venue-venue sekeliling sekolah dengan iringanGPK Hem , Pn. Lim .Sepanjang melawat ke SJK(C) Foon Yew 2, saya berasa sangat gembira dan terharu kerana pihak sekolah melayan kami dengan amat baik walaupun kami hanya pertama kali datang ke sekolah ini. Selain itu, kami memahami bahawa sebagai seorang siswaguru, kami harus merancang dan melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat memanfaatkan masyaraka. Kami perlu sentiasa berkhidmat untuk masyarakat supaya anak murid kami akan mencontohi perbuatan kami yang memanfaatkan masyarakat. Hal ini demikian kerana guru adalah teladan yang baik bagi murid. Mereka akan mencontohi perbuatan kami pada bila-bila masa sahaja. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing kami iaitu En. Nofazillah dan pihak sekolah SJK(C) Foon Yew 2 yang banyak memberi bimbingan dan rela untuk membantu kami untuk menyelesaikan masalah yang kami hadapi sepanjang masa lawatan Benchmarking di SJK(C) Foon Yew 2. Saya juga ingin berterima kasih pihak-pihak yang telah menjalankan lawatan ini dengan lancar dan berjaya. Saya akan menghargai dan mengenang jasa kamu selama-lamanya dalam hidup saya.2.0 LAPORAN AKTIVITI CERAMAH BIG FASA V TAHUN 2015TAJUK CERAMAH :

PERANAN JPN DAN PPD DALAM MEMPERKASA PENDIDIKAN NEGARA

PENCERAMAH :

SITI KHADIJAH BINTI OMAR, KAUNSELOR ORGANISASI NEGERI JPNJ

Pada 12 Ogos 2015, hari Rabu, 2.30 petang hingga 4.30 petang, siswa-siswi yang terdiri daripada kumpulan 5 PISMP. Iaitu opsyen 5 PISMP Pemulihan, 5 PISMP Matematik, 5 PISMP Reka Bentuk Teknologi, 5 PISMP Bimbingan dan Kaunseling dan 5 PISMP Bahasa Melayu telah berkumpul di Dewan Dato Khairuddin Ashari (DDKA) Kampus Temenggong Ibrahim untuk menghadiri satu ceramah yang bertajuk Peranan JPN (Jabatan Pendidikan Negeri) dan PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) dalam memperkasa pendidikan Negara.

Peranan dan fungsi KPM, JPN, PPD telah diperjelaskan menerusi pencapaian PPPM 2013-2015, anjakan ke-6, iaitu mengupayakan JPN,PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.

Pada permulaan ceramah, 11 PPD di negeri johor iaitu Johor Baharu, Pasir Gudang, Kota Tinggi, Mersing, Segamat, Ledang, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai telah diperkenalkan oleh Puan Siti Khadijah Binti Omar, iaitu Kaunselor Organisasi Negeri JPNJ.

Manakala pegawai-pegawai utama JPNJ turut diperkenalkan, iaitu seperti Pengarah, Timbalan, Ketua-ketua sektor, Ketua-Ketua PPD, KKP BTBTN. Seterusnya, peranan-peranan dan fungsi Sektor Jaminan Kualiti, Sektor Pengurusan Sekolah yang mengendali permohonan pemindahan sekolah, Unit-unit SKPP, Unit-unit SPK, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, serta Sektor-sektor Pengurusan Akademik telah diperjelaskan oleh Puan Siti Khadijah Binti Omar.

Pada akhir bengkel, ceramah dilengkapi dengan penyerahan cenderahati kepada penceramah oleh pihak penganjur. Ceramah ini telah memanfaatkan siswa-siswi. Dengan menghadiri ini, setiap siswa-siswi PISMP semester 5, telahpun mencapai objektif yang diingini. Bakal-bakal guru ini menjadi lebih bersedia untuk menghadap apa yang akan datang semasa menjadi seorang guru.

2.1 ANALISIS SWOTI. KEKUATAN

1. Sikap menghormati dan menumpukan perhatian semasa penceramah menyampaikan isi-isi.

2. Membina pemikiran positif dan motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan.

3. Menunjukkan kemahiran dalam pengurusan hubungan dengan komuniti pendidikan dan pihak berkaitan.

4. Memberi gambaran serta pendedahan awal mengenai peranan dan fngsi sesebuah jabatan tersebut.

5. Dapat mempersiapkan diri dalam segala pengetahuan berkenaan dengan jabatan-jabatan yang ada dalam JPN dan PPD.

6. Sedar akan apabila sudah berada di alam pekerjaan, pelbagai urusan-urusan berkaitan dengan bidang keguruan akan banyak berurusan dengan pihak JPN dan PPD, dengan itu, tidak akan mengalami kejutan budaya serta dapat menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan yang berlaku.

7. Dapat berhubung dengan jabatan-jabatan yang berkenaan apabila keadaan memerlukan.

8. Bijak untuk mengurus segala urusan berkaitan dengan pendidikan, segala hal ehwal berkaitan dengan kurikulum pendidikan.9. Mengeratkan hunbungan silaturahim.

II. KELEMAHAN

1. Slaid power point yang disediakan kurang menarik kerana kekurangan unsur-unsur yang menarik perhatian seperti animasi.

2. Masa yang diperuntukkan tidak dirancang dengan baik oleh pihak penganjur kerana terdapat aspek-aspek yang telah ditinggalkan seperti nyanyian lagu Institut Pendidikan Guru tidak dinyanyikan pada hujung ceramah tersebut.III. PELUANG

1. Siswa-siswi berpeluang memperoleh pengalaman dan pengetahuan dalam mengendalikan aktiviti ceramah seperti ini.2. Mendapat sokongan dan kerjasama daripada siswa-siswi lain yang bukan peserta BIG. 3. Siswa-siswi berpeluang melahirkan hasrat tulus semasa menjawab soalan penceramah.4. Siswa-siswi berpeluang meningkatkan penguasaan bahasa siswa-siswi semasa mengutarakan pandangan mereka.IV. ANCAMAN

Siswa-siswi tidak dapat mentafsir maklumat yang disampaikan oleh penceramah dengan sepenuhnya maka akan berlaku salah faham antara satu sama lain.

1