1

download 1

of 2

description

rahsia

Transcript of 1

Bismillahirahman nir rahimPERLAJARAN TAUHID BAHAGIAN KEDUA

Wajib hukum suruhan dari Allah atau tegahan yang tidak boleh tidak di kerjakan dan jikalau di tinggal kan mendapat dosa seperti meninggalkan sembahyang lima waktu dan tidak berpuasa ,tiada mengeluarkan zakat dan fitrah dan menunaikan haji apabila ada berlanja dan aman jalan nya.Murkalap ertinya orang yang sudah sempurna akal dan cukup umurnya lima belas tahun bagi lelaki ,jika tidak cukup umur nya lima belas tahun tapi telah bermimpi dengan perempuan.Bagi perempuan tidak cukup umur nya lima belas tahun tetapi telah bermimpi dengan lelaki atau pon telah datang haid ini telah menunjukkan telah cukup umur nya.dan tidak kafir atau islam kerana dia telah sampai seruan nabi.Iktikad adalah maknanya perkerjaan hati yang kuat bagi mengesakan Allah mengikut hadis al quran dan sunah rasulullah dan ijma Ulama.. Soal..Bertanya orang kepada kamu adakah Allah tuhanmu dan Nabi Muhammad itu rasul pesuroh Allah ? jawab nya Bahawa senya aku mengiktikad kan Allah itu tuhan ku yanag maha besar dan nabi Muhammad itu nabi dan rasul nya dengan tidak aku Syak, Zan dan Walham pada sebenarnya.

Soal : Apakah makna makrifat ? Jawab : Makna makrifat itu ialah iktikad yang putus sepakat dengan yang sebenar benar syarat dalil .

soal : Apakah maksudnya sepakat yang sebenar benar itu.? Jawapnya : Ialah sepakat oleh Ahli sunnah wal jemaah .

Soal : Apa lagi Dalilnya ?Jawap : Dalil itu barang yang menunjukkan sesuatu dan dalil itu terbahagi kepada dua iaitu dalil Akli (akal) dan dalil Nakli ( al quran dan hadis)

Soal : bagaimana kah maksud misal dalil akal..? Jawap : Misal dalil akal itu apabila kamu melihat sesuatu seperti alam ini kamu boleh melihat dan nampak dan kamu berfikir dengan akal siapakah yang menjadikan alam ini.

Soal : Bagaimana Dalil Nakli ? Jawap : Dalil nakli adalah Alquran dan hadis apabila akal sudah tidak dapat berfikir lagi dengan yang menjadikan sesuatu seperti alam maka datanglah alquran kata atau firman tuhan di dalam al quran

" ALLAH HU LAZI HALAKAL SAMA WATI WAL ARDHA WA MA BAINA HUMA

ertinya akulah yang menjadikan langit dan bumi serta seisi semuanya.

Soal : Apakah erti makrifat..?Jawab : erti makrifat itu kenal seperti mengenal dalil yang dijadikan Allah itu dan putus iktikad Allah yang sebenarnya iktiraf ulama iaitu disah kan oleh ulama kerana firman tuhan seperti di atas tidak syak ,zhan dan walham...

Soal : Apakah bermula hakikat makrifat itu ?Jawab : Bermula hakikat makrifat itu ialah tahu (ilmu) membezakan antara mahadas dan qadim dan keluar daripada :a) Jahilb) syakc) zhand) walham

Jahil terbahagi kepada dua:1) JAHIL BISET - makna jahil biset itu orang yang tidak mengetahui sekelian perkara seperti orang gila..2) JAHIL MARKAB - itu tersusun dua jahil.a) yaitu orang yang tidak mengetahui hakikat sesuatu pon akan tuhan nyab) yaitu orang yang tidak mengetahui akan diri nya tiada tahu

Ijma ulama ini ditubuhkan selepas baginda rasulullah nabi Muhammad wafat.maka dinamakan Ahli Sunnah wal Jamaah iaitu empat imam ya itu imam Hanafi, Imam Maliki , Imam Shafeei dan Imam hambali kerana semasa rasulullah ada mahzab ini tiada di tubuh kan kerana apa jua masaalah ugama maka rasulullah lah yang akan membetulkan .Bila Rasulullah tiada maka ahli sunnah ditubuhkan atas penganggan atau iktikad empat mahzab itu.. maka imam di kumpulkan oleh kulafak rasyidin Khalifah memperbahas kan 73 iktikad bersandar kan al quran dan hadis dari para sahabat dan hanya satu saja yang di iktiraf iaitu AHLI SUNAH WAL JEMAAH..

.