157125244-LAPORAN-AMALI-AWAN
-
Upload
thaatchayani-muralle -
Category
Documents
-
view
41 -
download
0
description
Transcript of 157125244-LAPORAN-AMALI-AWAN
-
Tajuk : Amali 1 (Awan)
Tujuan Amali :
Untuk mengkaji hubungan antara perbezaan bentuk dan jenis awan dengan cuaca
yang berlaku ketika pemerhatian dijalankan.
Hipotesis :
Bentuk dan jenis awan mempengaruhi cuaca persekitaran
Kemahiran Proses Sains :
1. Memerhati
2. Mengelas
3. Meramal
4. Membuat inferens
5. Komunikasi
6. Mentafsir data
7. Membuat hipotesis
Alat / Radas : Kamera Digital, Pen, Kertas
-
Prosedur Amali :
1) Sebelum pemerhatian awan dilakukan, maklumat mengenai awan telah dicari
dan dikumpulkan sebagai rujukan amali. Rujukan diambil daripada mana-
mana sumber bahan bacaan.
2) Lokasi pemerhatian awan dipilih. Pemerhatian telah dijalankan selama 2
minggu berturut-turut.
3) Pemerhatian dijalankan pada waktu yang sama setiap hari di lokasi yang
sama.
4) Gambar pemerhatian awan diambil menggunakan kamera digital.
5) Pemerhatian awan direkodkan. Rekod pemerhatian termasuklah perubahan
cuaca pada hari tersebut samada hujan atau tidak.
6) Data yang dikumpulkan dianalisis dan ditafsirkan.
7) Laporan lengkap amali disediakan.
8) Laporan lengkap amali turut disertakan bersama jadual, gambar dan carta
sebagai bahan sokongan pemerhatian.
9) Kepentingan dapatan amali dibincangkan.
-
Keputusan :
Jadual di bawah menunjukkan hasil pemerhatian terhadap awan selama 2 minggu.
Bil
Tarikh
Masa
&
Keadaan
Cuaca
Gambar
Jenis Awan
1.
28 Mac 2012
5
Jamadilawwal
1433 H
10.15 am
Cuaca
cerah.
(Tidak
hujan)
Awan Sirus.
2.
29 Mac 2012
6
Jamadilawwal
1433 H
10.25 am
Cuaca
cerah &
redup
(tidak
hujan)
Awan Kumulus
Tarikh mula : 28 Mac 2012
Tarikh akhir : 10 April 2012
Lokasi : Di hadapan Sekolah Kebangsaan Malim, Melaka.
Penanda : Tangki air di atas bukit dan jejantas laluan pejalan kaki.
-
3.
30 Mac 2012
7
Jamadilawwal
1433 H
10.10 am
Cuaca
redup &
mendung
(selepas
hujan)
Awan Altostratus
4.
31 Mac 2012
8
Jamadilawwal
1433 H
11.00 am
Cuaca
mendung
(Sebelum
hujan)
Awan Nimbostratus
5.
1 April 2012
9
Jamadilawwal
1433 H
11.00 am
Cuaca
cerah &
tidak
hujan
Awan Kumulus
-
6.
2 April 2012
10
Jamadilawwal
1433 H
10.40 am
Cuaca
mendung
&
selepas
hujan
Awan Altostratus
7.
3 April 2012
11
Jamadilawwal
1433 H
10.20 am
Cuaca
cerah &
tidak
hujan
Awan Kumulus
8.
4 April 2012
12
Jamadilawwal
1433 H
10.20 am
Cuaca
cerah &
tidak
hujan
Awan Sirostratus
-
9.
5 April 2012
13
Jamadilawwal
1433 H
10.40 am
Cuaca
mendung
&
sebelum
hujan
Awan Nimbostratus
10.
6 April 2012
14
Jamadilawwal
1433 H
10.40 am
Cuaca
cerah &
tidak
hujan
Awan Kumulus
11.
7 April 2012
15
Jamadilawwal
1433 H
10.30 am
Cuaca
mendung
&
selepas
hujan
Awan Altostratus
-
12.
8 April 2012
16
Jamadilawwal
1433 H
11.00 am
Cuaca
cerah &
tidak
hujan
Awan Sirostratus
13.
9 April 2012
17
Jamadilawwal
1433 H
10.15 am
Cuaca
cerah &
tidak
hujan
Awan Kumulus
14.
10 April 2012
18
Jamadilawwal
1433 H
10.30 am
Cuaca
mendung
&
sebelum
hujan
Awan Nimbostratus
-
Perbincangan :
Tugasan berkenaan awan dan cuaca memberi pengalaman dan pengetahuan baru
kepada kami. Selama ini kami sekadar mengetahui tentang cuaca mendung, cerah
dan hujan sahaja. Kini kami mengenali nama-nama awan dan cuaca yang berlaku
seiring dengan perubahan bentuk awan itu sendiri. Rupa-rupanya kita boleh
mendapat maklumat tentang cuaca melalui pemerhatian terhadap bentuk atau jenis
awan.
Melalui pemerhatian kami selama dua minggu, iaitu bermula pada 28 Mac 2012
hingga 10 April 2012, saya dapati terdapat 6 jenis awan yang kelihatan sepanjang
tempoh pemerhatian itu. Antaranya ialah awan alto stratus, nimbo stratus, sirro
stratus, cumulus dan awan sirus.Berikut ini ialah jadual kekerapan awan dan carta
pai , sepanjang tempoh pemerhatian kami itu.
BIL JENIS AWAN PERINGKAT AWAN KEKERAPAN JENIS AWAN
SEPANJANG PEMERHATIAN
1. Sirus Tinggi 1
2. Altostratus Sederhana 2
3.
Kumulus
TInggi
(Kumpulan Awan
Tegak)
5
4. Nimbostratus Rendah 3
5. Sirostratus Tinggi 2
6. Altokumulus Sederhana 1
Jadual 1 : Jadual Kekerapan Jenis Awan
-
Rajah 2 : Carta Pai Kekerapan Pemerhatian terhadap Jenis Awan
Berdasarkan kepada jadual kekerapan jenis awan pada jadual dan carta pai
di atas, terdapat perbezaan yang ketara dapat dilihat pada kekerapan jenis awan
yang kelihatan. Jenis awan Kumulus mencatatkan kekerapan paling tinggi sebanyak
36% sebanyak 5 kali pemerhatian. Awan Kumulus ini ialah jenis awan yang berada
di peringkat tinggi yang sedang dalam peringkat menaik ataupun Awan Tegak. Awan
cumulus ini merupakan awan yang berkepul-kepul warna putih kapas. Awan ini
menggambarkan keadaan cuaca yang cerah dan baik.
Awan nimbostratus dan awan altostratus pula dilihat sebagai awan yang
berada pada kekerapan kedua tertinggi iaitu sebanyak 22% dengan 3 kali
pemerhatian. Awan nimbo stratus ialah awan peringkat sederhana. Awan nimbo
stratus berbentuk seperti lapisan-lapisan yang tebal dan gelap. Jenis awan ini sering
menimbulkan hujan lebat. . Awan alto stratus adalah awan berbentuk jalur-jalur
berwarna kelabu kebiru-biruan. Jenis awan ini sering menimbulkan hujan yang
meluas dan berterusan.
Awan Sirus 7%
Awan Kumulus 36%
Awan Altostratus 22%
Awan Nimbostratus
22%
Awan Sirostratus
14%
Kekerapan Pemerhatian terhadap Jenis Awan
-
Awan sirostratus pula mempunyai jumlah kekerapan sebanyak 14 % daripada
jumlah kekerapan kemunculannya pada hari-hari kajian dijalankan dengan
pemerhatian sebanyak 2 kali Seterusnya, awan sirostratus adalah awan yang
berbentuk nipis dan halus. Bentuknya juga seperti berjalur halus dan berserabut.
Awan ini memberi petanda cuaca cerah jika susunannya tidak teratur. Namun, jika
sususan awan sirostratus ini tersusun, cuaca menunjukkan kurang baik.
Kemudian, awan yang paling sedikit kekerapannya muncul sepanjang tempoh
pemerhatian kami ialah awan sirus. Awan sirus hanya mencatat kekerapan
sebanyak 7% sahaja sepanjang tempoh pemerhatian dengan pemerhatian sebanyak
sekali sahaja dalam tempoh dua minggu. Awan sirus ini merupakan awan pada
peringkat tinggi.
Berdasarkan hasil pemerhatian kami, kebanyakan awan yang muncul ketika
waktu pemerhatian kami ialah awan yang menunjukkan cuaca yang baik dan cerah.
Ini terbukti kerana kekerapan jenis awan cumulus iaitu awan yang menunjukkan
cuaca cerah dapat dilihat sepanjang pemerhatian kami. Namun, pola kekerapan
awan cumulus ini dapat dilihat selang sehari atau dua hari. Di antara hari awan
kumulus ini dapat diperhatikan jenis awan seperti awan nimbostratus dan awan
altostratus. Jenis awan nimbostratus memberi petanda hujan akan turun manakala
awan altostratus menunjukkan bahawa hujan telah turun dan cuaca mulai cerah.
Ini menunjukkan bahawa pada bulan Mac-April ini cuaca di negeri Melaka ini
mengalami musim hujan yang tidak sekata. Dalam seminggu hujan pasti akan turun,
namun kuantiti hujan tidak sebanyak ketika musim hujan pada penghujun tahun.
Apabila kami merujuk pada Jabatan Meteorologi Malaysia mengenai ramalan kaji
cuaca di Melaka ini, hampir kesemua ramalan cuaca itu tepat pada hari tertentu.
Sesungguhnya, tidak dapat disangkal lagi bahawa awan sangat membantu manusia
untuk meramal dan mengenal pasti cuaca persekitaran kita. Penyataan ini juga
disokong melalui pembacaan di Majalah Estidotmy yang mengatakan bahawa
sistem ramalan kaji cuaca di Malaysia ini boleh dipercayai 80%-90% kebenarannya.
-
Berdasarkan amali ini, kami telah dapat mengenal pasti kepentingannya
dalam kehidupan seharian kita. Melalui perubahan bentuk dan jenis awan, manusia
dapat meramal keadaan cuaca sehingga dalam tempoh seminggu akan datang.
Apabila pihak berkenaan dapat membuat ramalan cuaca, mereka akan
bertanggungjawab untuk menyebarkan maklumat kepada orang ramai. Seterusnya,
melalui maklumat itu, manusia dapat merancang aktiviti kehidupan seharian agar
factor cuaca tidak menjadi penghalang untuk meneruskan aktiviti. Ramalan cuaca
bukan sahaja penting kepada masyarakat di sesebuah tempat, tetapi juga memberi
kemudahan kepada sektor penerbangan, industry cari gali, perkapalan, ketenteraan
termasuk marin dan tentera udara. Tambahan lagi, dengan ramalan cuaca, pihak
berwajib dapat mengeluarkan amaran berjaga-jaga lebih awal kepada masyarakat
sekiranya bencana alam seperti banjir kilat dijangka akan berlaku.
Secara keseluruhannya, apa yang kami dapati hasil daripada pemerhatian ini
menunjukkan pembentukan awan merupakan antara faktor yang mempengaruhi
cuaca selain daripada suhu, kelembapan, hujan, angin dan sebagainya.
Kesimpulan :
Hipotesis diterima. Bentuk dan jenis awan mempengaruhi cuaca persekitaran.
Kesimpulannya, pembentukan awan dan pengenalpastian jenis awan merupakan
salah satu factor utama yang diambil kira untuk membuat ramalan cuaca.
-
Cadangan Penambahbaikan :
Setelah selesai menjalani amali ini, kami ingin mencadangkan agar dapat
menjalankan amali lain yang berkaitan dengan factor yang diambil kira untuk
membuat ramalan cuaca. Contohnya, factor kelajuan angin turut termasuk dalam
ramalan cuaca. Mungkin kami, guru pelatih boleh didedahkan dengan anemometer
yang sememangnya digunakan untuk mengukur kelajuan dan arah angin di atas
permukaan bumi.
Selain itu, mungkin pembelajaran akan lebih menarik jika guru pelatih dapat
mempelajari kaedah manual yang ringkas untuk meramal cuaca selain daripada
membuat pemerhatian terhadap awan. Peralatan asas untuk meramal cuaca seperti
tolok hujan, perakam sinaran matahari dan tangki sejatan boleh dipelajari untuk
mendalami ilmu ramalan kaji cuaca ini.