16 panduan pendaftaran perniagaan francais

10
BORANG INI DIBERI PERCUMA PANDUAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN FRANCAIS Bahagian Pembangunan Francais Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan "KUASA PENGGUNA: 1PENGGUNA 1SUARA" KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN BPF NO. PANDUAN

Transcript of 16 panduan pendaftaran perniagaan francais

Page 1: 16 panduan pendaftaran perniagaan francais

BORANG INI DIBERI PERCUMA

PANDUAN

PENDAFTARAN PERNIAGAAN FRANCAIS

Bahagian Pembangunan Francais Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan

"KUASA PENGGUNA: 1PENGGUNA 1SUARA"

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN

KEPENGGUNAAN

BPF NO. PANDUAN 

Page 2: 16 panduan pendaftaran perniagaan francais

PANDUAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN FRANCAIS

1. UNDANG-UNDANG YANG BERKUAT KUASA

(a) Akta Francais 1998

2. PEMAKAIAN 2.1. Akta ini terpakai di seluruh Malaysia bagi penjualan apa-apa francais

di dalam Malaysia. Akta ini juga mengkehendaki syarikat yang telah

mendaftar dengan Jabatan Perdana Menteri atau Kementerian

Pembangunan Usahawan Dan Koperasi terdahulu supaya membuat

pendaftaran semula dan memenuhi syarat-syarat seperti yang

dikehendaki di bawah Akta Francais.

2.2. Penjualan sesuatu francais adalah disifatkan di dalam Malaysia jika:

(a). sesuatu tawaran untuk menjual atau membeli francais ini:

i) dibuat di dalam Malaysia dan diterima di dalam atau di luar

Malaysia, atau

ii) dibuat di luar Malaysia dan diterima di dalam Malaysia; dan

(b). perniagaan yang difrancaiskan itu dikendalikan di dalam

Malaysia.

Page 3: 16 panduan pendaftaran perniagaan francais

3. TAFSIRAN

3.1. 'pemberi francais' ertinya orang yang memberikan francais kepada

pemegang francais dan termasuk pemegang francais induk

berkenaan dengan hubungannya dengan pemegang subfrancais.

3.2. 'pemegang francais induk' ertinya seseorang yang diberi hak oleh

pemberi francais untuk mengsubfrancaiskan kepada orang lain, atas

perbelanjaannya sendiri, francais kepunyaan pemberi francais itu.

3.3. 'pemegang francais pemberi francais asing' ertinya seseorang

yang diberi hak oleh pemberi francais asing tetapi tidak

mengsubfrancaiskannya kepada orang lain.

3.4. 'broker francais' ertinya seseorang yang menjalankan perniagaan

sebagai agen atau wakil kepada mana-mana pemberi francais untuk

menjual francais kepada mana-mana orang dengan balasan yang

tertentu tetapi tidak termasuk mana-mana pengarah, pegawai atau

pemegang francais.

3.5. 'pemberi francais asing' ertinya orang asing yang bercadang

menjual francaisnya di Malaysia atau kepada mana-mana

warganegara Malaysia hendaklah mengemukakan permohonan

kepada Pendaftar.

Page 4: 16 panduan pendaftaran perniagaan francais

4. CARA-CARA MEMOHON PENDAFTARAN 4.1. Tiap-tiap permohonan hendaklah mengandungi tiap-tiap satu salinan

perkara berikut:

(a). Dokumen Penzahiran (Borang BAF 1)

(b). Borang Permohonan (Borang BAF 2)

(c). Perjanjian Francais

(d). Manual Operasi

(e). Manual Latihan

(f). Sijil Perbadanan, borang 8 atau 9

(g). Borang 24 dan 49

(h). Borang penyata tahunan sesuatu syarikat yang mempunyai

modal syer (menurut seksyen 165 Akta Syarikat 1965)

(i). 3 tahun laporan akaun teraudit, kunci kira-kira teraudit dan

akaun untung rugi yang terbaru

(j). Unjuran 3 tahun untung rugi francaisor dan francaisi

(k). Carta organisasi syarikat berserta nama-nama kakitangan yang

memegang jawatan-jawatan penting

(l). Brosur perniagaan syarikat

4.2. Borang Permohonan (borang BAF 2) dan Dokumen Penzahiran

(Borang BAF 1) boleh didapati di Kementerian Perdagangan Dalam

Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan secara percuma.

Page 5: 16 panduan pendaftaran perniagaan francais

5. PENDAFTARAN BROKER FRANCAIS 5.1. Tiap-tiap permohonan hendaklah mengandungi satu salinan tiap-tiap

satu perkara-perkara berikut:

Permohonan Daripada Syarikat (a). Borang Permohonan (borang BAF 5)

(b). Profil syarikat/perkhidmatan

(c). Borang 9

(d). Borang 49 & 24

(e). Surat akuan broker syarikat

(f). Latarbelakang Lembaga Pengarah dan Eksekutif utama

(kelulusan tertinggi, pengalaman di bidang Francais dan lain-

lain maklumat)

(g). Salinan sijil-sijil akademik kakitangan utama

(h). Ijazah - pengalaman tidak kurang 3 tahun

Diploma - pengalaman tidak kurang 5 tahun

Tiada kelayakan - pengalaman tidak kurang 10 tahun

Permohonan Daripada Orang Perseorangan

(a). Borang BAF 5

(b). Salinan kad pengenalan

(c). Salinan sijil-sijil akademik

(d). Surat perakuan majikan

(e). Surat akuan broker perseorangan

(f). Ijazah - pengalaman tidak kurang 3 tahun

Page 6: 16 panduan pendaftaran perniagaan francais

Diploma - pengalaman tidak kurang 5 tahun

Tiada kelayakan - pengalaman tidak kurang 10 tahun

5.2. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Francais

seperti alamat di para 13.

6. NOTIS BERTULIS KEPUTUSAN/PENDAFTAR, DAN TARIKH KUATKUASA PENDAFTARAN

6.1. Keputusan mengenai kelulusan pendaftaran (Borang BAF 3) akan

dikeluarkan oleh Pendaftar Francais berserta tarikh kuatkuasa

pendaftaran.

6.2. Pemberitahuan mengenai penolakan pendaftaran (Borang BAF 3)

akan dikeluarkan oleh Pendaftar Francais dan rayuan boleh

dikemukakan kepada Menteri dalam tempoh satu bulan daripada

tarikh penerimaan notis.

7. PINDAAN KEPADA DOKUMEN PENZAHIRAN 7.1. Pindaan atau tambahan terhadap maklumat di dalam Dokumen

Penzahiran boleh dibuat dan Pendaftar Francais akan mengeluarkan

notis. Pindaan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 2 minggu

daripada tarikh penerimaan notis tersebut.

8. NOTIS TENTANG PENGGANTUNGAN, PENAMATAN LARANGAN ATAU PENOLAKAN PENDAFTARAN FRANCAIS

Page 7: 16 panduan pendaftaran perniagaan francais

8.1. Pendaftar berhak menggantung, menamat, melarang atau menolak

sesuatu pendaftaran (Seksyen 12 Akta Francais) apabila didapati

sesuatu kesalahan telah dilakukan (Borang BAF 4).

8.2. Sekiranya terkilan dengan keputusan Pendaftar tersebut rayuan

boleh dikemukakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis

dikeluarkan dengan menggunakan (Borang BAF 7).

9. LAPORAN TAHUNAN 9.1. Laporan tahunan adalah maklumat-maklumat yang wajib

dikemukakan oleh syarikat pemberi francais/pemegang francais

induk dan pemegang francais pemberi francais asing kepada

Pendaftar Francais 30 hari selepas ulang tahun pendaftaran.

Laporan tahunan ini hendaklah benar dan lengkap serta

mengandungi satu salinan tiap-tiap satu maklumat-maklumat berikut:

(a). Borang BAF 6

(b). Bilangan kedai perniagaan francais

• Kedai syarikat

• Kedai francais Bumiputera

• Kedai francais bukan Bumiputera

• Kedai francais luar Negara

Nama dan alamat semua kedai perniagaan di atas hendaklah disertakan.

(c). Nilai jualan tahunan perniagaan

(d). Dokumen Penzahiran terkini

Page 8: 16 panduan pendaftaran perniagaan francais

(jika ada perubahan daripada dokumen yang telah dihantar

semasa membuat pendaftaran)

(e). Penyata kewangan syarikat yang telah diaudit

9.2. Laporan tahunan yang dikemukakan ini hendaklah ditandatangani

dan diletakkan meterai syarikat pemberi francais/pemegang francais

induk/pemegang francais pemberi francais asing.

10. TEMPOH KUATKUASA PENDAFTARAN 10.1. Tempoh kuatkuasa pendaftaran bagi pemberi francais, pemegang

francais induk dan pemegang francais pemberi francais asing adalah

sekali pendaftaran dan terus berkuatkuasa melainkan Pendaftar

mengeluarkan suatu perintah penggantunggan, penamatan atau

penolakan pendaftaran.

10.2. Tempoh kuatkuasa pendaftaran bagi broker francais ialah 1 tahun

dari tarikh kelulusan pendaftaran hendaklah dibuat sebelum habis

tempoh tarikh tamat pendaftaran dan bayaran seperti yang

ditetapkan oleh Pendaftar Francais akan dikenakan.

11. IKLAN 11.1. Iklan yang menawarkan untuk menjual atau membeli francais

hendaklah difailkan 1 salinan kepada Pendaftar sekurang-kurangnya

5 hari sebelum penerbitan atau penggunaan yang pertama iklan

tersebut.

Page 9: 16 panduan pendaftaran perniagaan francais

11.2. Pendaftar boleh melarang penggunaan apa-apa iklan jika disifatkan

ia palsu, mengelirukan atau memperdayakan.

12. BAYARAN-BAYARAN 12.1. Bayaran-bayaran yang dikenakan bagi urusan-urusan membuat

pendaftaran dan meminda dokumen adalah seperti berikut:

Bil Perkara Bayaran (RM)

i) Permohonan mendaftarkan perniagaan

francais (sekali pendaftaran)

1,000.00*

ii) Bayaran proses permohonan

pendaftaran

50.00*

iii) Permohonan meminda dokumen (setiap

kali pindaan)

50.00*

*Nota: Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

12.2. Semua bayaran hendaklah menggunakan Wang Kiriman Pos atau

Postal Order atas nama Pendaftar Francais dan dialamatkan seperti

alamat di para 13 (Bayaran secara tunai atau cek tidak dibenarkan).

12.3. Borang-borang permohonan dan lain-lain borang termasuk buku

panduan ini adalah diberikan secara percuma dan boleh didapati

daripada pihak Pendaftar seperti alamat di para 13.

Page 10: 16 panduan pendaftaran perniagaan francais

13. PERTANYAAN DAN ALAMAT PENDAFTARAN 13.1. Semua pertanyaan berhubung dengan pendaftaran ini hendaklah

dialamatkan atau datang sendiri ke Pejabat Pendaftar:

Pendaftar Francais,

d/a Bahagian Pembangunan Francais

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,

Koperasi dan Kepenggunaan,

No. 13, Persiaran Perdana

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62623 PUTRAJAYA

No. Tel : 03-8882 5585

No.Faks: 03-8882 5583