17 April 2015 MESEJ KETUA PEGAWAI · PDF file ... CMSB dijangka untuk melakukan beberapa...

7
17 April 2015 MESEJ KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF GANJARAN PENGARAH Di pasaran maju di seluruh dunia sejak kebelakangan ini, jumlah ganjaran bagi pengarah eksekutif dan bukan eksekutif diteliti rapi oleh pemegang saham. Perkembangan ini adalah berikutan berlakunya penyalahgunaan semasa krisis perbankan di Amerika Syarikat dan Eropah dan kini Malaysia pula menunjukkan tanda-tanda mungkin menjurus kepada keadaan sedemikian sekiranya lembaga pengarah dan pemegang saham mengabaikan isu ganjaran berlebihan kepada pengarah. Oleh yang demikian, adalah penting untuk isu ini diperbincangkan walaupun ia merupakan pekara yang sensitif. Di musim Mesyuarat Agung Tahunan kali ini, MSWG telah menyaksikan beberapa keadaan di mana jumlah ganjaran pengarah yang dicadangkan telah meningkat dengan kuantum yang tinggi. Daripada statistik yang dikumpul oleh MSWG, purata jumlah ganjaran lebih 800 syarikat tersenarai awam bagi pengarah bukan eksekutif adalah di antara RM90,000 hingga RM100,000 setahun bagi dua tahun yang lalu. Industri kewangan menunjukkan purata tertinggi, kira-kira RM200,000 setahun. Angka ini nampak munasabah dan setanding dengan angka purata serantau. Bagaimanapun, kami dapati pada tahun ini angka untuk syarikat perbankan telah mejangkau RM600,000 tanpa justifikasi yang jelas. Ada yang mencatat hingga setinggi RM800,000 setahun untuk pengarah bukan eksekutif. Kebiasaannya di dalam industri kewangan, pengarah bukan eksekutif akan menumpukan 60 hari setahun secara kasar kepada syarikat. Ini dengan andaian terdapat 15 mesyuarat lembaga pengarah setahun dan kira-kira 4 hari diperuntukkan untuk membaca kertas-kertas Lembaga Pengarah bagi setiap mesyuarat. Ini menjadikan ganjaran setahun melebihi RM3 juta apabila dipuratakan secara tahunan. Kami berpandangan ganjaran sebegini berpatutan bagi para eksekutif yang mempunyai peranan antaranya, untuk melaksanakan operasi harian perniagaan merangkumi pemasaran untuk membawa masuk perolehan serta keuntungan syarikat terutamanya dalam persekitaran saingan yang hebat. Pengarah bukan eksekutif tidak diperlukan untuk memainkan peranan ini. Mereka dilantik sebagai pengarah untuk memainkan peranan pengawasan syarikat serta fungsi ‘check and balance’.

Transcript of 17 April 2015 MESEJ KETUA PEGAWAI · PDF file ... CMSB dijangka untuk melakukan beberapa...

Page 1: 17 April 2015 MESEJ KETUA PEGAWAI  · PDF file  ... CMSB dijangka untuk melakukan beberapa peruntukan kos ... Apakah anggaran pendapatan berulang dan

17 April 2015

MESEJ KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF GANJARAN PENGARAH

Di pasaran maju di seluruh dunia sejak kebelakangan ini, jumlah ganjaran bagi pengarah eksekutif dan

bukan eksekutif diteliti rapi oleh pemegang saham.

Perkembangan ini adalah berikutan berlakunya penyalahgunaan semasa krisis perbankan di Amerika

Syarikat dan Eropah dan kini Malaysia pula menunjukkan tanda-tanda mungkin menjurus kepada

keadaan sedemikian sekiranya lembaga pengarah dan pemegang saham mengabaikan isu ganjaran

berlebihan kepada pengarah. Oleh yang demikian, adalah penting untuk isu ini diperbincangkan

walaupun ia merupakan pekara yang sensitif.

Di musim Mesyuarat Agung Tahunan kali ini, MSWG telah menyaksikan beberapa keadaan di mana

jumlah ganjaran pengarah yang dicadangkan telah meningkat dengan kuantum yang tinggi.

Daripada statistik yang dikumpul oleh MSWG, purata jumlah ganjaran lebih 800 syarikat tersenarai

awam bagi pengarah bukan eksekutif adalah di antara RM90,000 hingga RM100,000 setahun bagi dua

tahun yang lalu. Industri kewangan menunjukkan purata tertinggi, kira-kira RM200,000 setahun. Angka

ini nampak munasabah dan setanding dengan angka purata serantau.

Bagaimanapun, kami dapati pada tahun ini angka untuk syarikat perbankan telah mejangkau RM600,000

tanpa justifikasi yang jelas. Ada yang mencatat hingga setinggi RM800,000 setahun untuk pengarah

bukan eksekutif.

Kebiasaannya di dalam industri kewangan, pengarah bukan eksekutif akan menumpukan 60 hari setahun

secara kasar kepada syarikat. Ini dengan andaian terdapat 15 mesyuarat lembaga pengarah setahun

dan kira-kira 4 hari diperuntukkan untuk membaca kertas-kertas Lembaga Pengarah bagi setiap

mesyuarat. Ini menjadikan ganjaran setahun melebihi RM3 juta apabila dipuratakan secara tahunan.

Kami berpandangan ganjaran sebegini berpatutan bagi para eksekutif yang mempunyai peranan

antaranya, untuk melaksanakan operasi harian perniagaan merangkumi pemasaran untuk membawa

masuk perolehan serta keuntungan syarikat terutamanya dalam persekitaran saingan yang hebat.

Pengarah bukan eksekutif tidak diperlukan untuk memainkan peranan ini. Mereka dilantik sebagai

pengarah untuk memainkan peranan pengawasan syarikat serta fungsi ‘check and balance’.

Page 2: 17 April 2015 MESEJ KETUA PEGAWAI  · PDF file  ... CMSB dijangka untuk melakukan beberapa peruntukan kos ... Apakah anggaran pendapatan berulang dan

Adalah diakui bahawa menjadi pengarah terutamanya dalam sektor kewangan adalah tugas yang

kompleks, oleh itu proses pencarian bakat adalah sukar dan ganjaran pengarah yang berpatutan adalah

kritikal untuk menarik minat, mengekalkan serta memotivasikan pengarah supaya mereka bekerja keras

untuk memajukan syarikat.

Juga pakej ganjaran perlu mencerminkan tahap tanggungjawab, kepakaran yang diperlukan dan

kefahamam mengenai isu teknikal yang kompleks yang dapat disumbangkan oleh pengarah tersebut

apabila memainkan peranannya.

Subjek mengenai kesesuaian tahap ganjaran adalah juga melibatkan keperluan untuk menzahirkan

jumlah ganjaran bagi setiap pengarah.

Alasannya mudah. Pemegang saham syarikat akan dapat membuat keputusan sama ada para pengarah

mendapat ganjaran yang setimpal dengan peranan yang dimainkan.

Dalam kes di mana khidmat perunding luar digunakan untuk menguruskan fungsi utama ini, syor mereka

dan justifikasi sewajarnya bagi yuran perlu diberikan. Rasional bagi ganjaran perlu diterangkan, dengan

maklumat terperinci mengenai parameter dan penanda aras dalam penentukan keputusan mereka

mengenai pakej pengarah.

Pertimbangan khas perlu diberikan kepada Pengerusi syarikat bagi peranan kepimpinannya dalam

lembaga pengarah dan syarikat. Lebih-lebih lagi jika berada dalam sektor kewangan di mana pada

kebiasaannya beliau dikehendaki memberi tumpuan kepada hanya sebuah institusi kewangan.

Pertimbangan khas juga diberikan kepada para pengarah yang menjadi ahli lembaga subsidiari

kumpulan atau jawatankuasa di dalam syarikat, yang mana mereka berhak mendapat ganjaran yang

lebih tinggi bagi tugas-tugas tambahan ini.

Bagaimanapun, selaras dengan amalan tadbir urus yang baik, jumlah ganjaran pengarah terutamanya

pengarah bebas perlu dibentangkan untuk kelulusan pemegang saham setiap tahun dan bukan hanya

jumlah yuran pengarah di dalam syarikat pegangan sebagaimana yang berlaku pada masa ini. Kami

mendapati bahawa di dalam beberapa kes, sebahagian besar daripada jumlah ganjaran adalah dibayar

oleh syarikat subsidiari, di mana kelulusan pemegang saham tidak diperlukan.

Ganjaran bonus dan skim opsyen saham (ESOS) tidak sepatut diberikan kepada pengarah bukan

eksekutif sama ada di dalam syarikat utama mahupun subsidiarinya.

Alasannya mudah.

Pengarah bebas bukanlah eksekutif syarikat dan bonus atau ESOS diberi kepada eksekutif untuk tugas-

tugas yang melebihi KPI. Tambahan, mereka perlulah bebas daripada sebarang motivasi yang boleh

memesung pendirian mereka.

Kehadiran pengarah bebas adalah untuk mengawasi aspek tadbir urus syarikat dan oleh itu perlu kekal

bebas, dan pada masa yang sama perlu menangani sebarang konflik kepentingan yang mungkin timbul.

Kami ingin menekankan bahawa pengarah bebas perlu dibayar yuran yang setimpal dengan peranan dan

tanggungjawab mereka serta juga mengambilkira saiz dan kesukaran mengendalikan operasi syarikat. Ia

boleh ditentukan sekiranya penzahiran ganjaran pengarah dan justifikasi yang mencukupi bagi setiap

kenaikan yang ketara supaya pemegang saham dapat memahami sebab dan kepatutan kenaikan

tersebut.

Page 3: 17 April 2015 MESEJ KETUA PEGAWAI  · PDF file  ... CMSB dijangka untuk melakukan beberapa peruntukan kos ... Apakah anggaran pendapatan berulang dan

Akhir kata, satu keseimbangan yang munasabah perlu dicapai antara membayar ganjaran yang adil dan

yang cukup menarik agar dapat mengekalkan dan menarik minat pengarah pada masa yang sama dapat

mengelakkan mereka daripada berundur ke “zon selesa” yang boleh menjejaskan pendirian yang bebas

atau dilihat oleh pemegang saham sebagai boleh menjejaskan kebebasan mereka.

Rita

KEMASKINI MAKLUMAT PASARAN DAN KAWAL SELIA

SC PELAWA PERMOHONAN DARIPADA BAKAL PENGENDALI PENGUMPULAN DANA MASYARAKAT

BERASASKAN EKUITI

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan bahawa pengendali yang berminat untuk

menubuhkan dan menjalankan platform pengumpulan dana masyarakat berasaskan ekuiti (Equity

crowdfunding – ECF) atau platform ECF patuh Syariah kini boleh mengemukakan permohonan mereka

kepada SC.

Pada 10 Februari 2015 lalu, SC telah mengeluarkan Guidelines on Regulation of Markets under Section

34 of the Capital Markets and Services Act 2007 (Garis Panduan) yang memperkenalkan keperluan-

keperluan bagi pendaftaran platform ECF. Platform ini akan membolehkan perniagaan peringkat

permulaan, kecil dan sederhana memperoleh modal melalui pelaburan ekuiti kecil daripada sebilangan

besar pelabur, menggunakan platform dalam talian.

Garis Panduan tersebut menyediakan satu rangka kerja bagi pengawalseliaan ke atas Platform ECF

yang berdaftar, tugas dan tanggungjawab pengendali ECF dan jenis penerbit dan pelabur yang boleh

mengambil bahagian dalam ECF. Garis Panduan dan borang permohonan boleh didapati di laman web

SC.

[Sumber: Siaran Akhbar di laman web SC bertarikh 10 April 2015]

PANDANGAN RINGKAS MSWG MENGENAI TRANSAKSI KORPORAT SEMASA

LAY HONG BERHAD (LHB)

Pada 14 April 2015 LHB mengumumkan bahawa Bursa Malaysia telah, menerusi suratnya yang bertarikh

13 April 2015, memutuskan untuk meluluskan perkara-perkara berikut:

(i) Penyenaraian dan sebutharga sehingga 7,624,000 Saham Penempatan yang akan diterbitkan

berikutan Cadangan Penempatan Persendirian; dan

(ii) Penyenaraian sejumlah bilangan Saham LHB yang baharu, mewakili sehingga lima belas peratus

(15%) daripada modal saham yang diterbitkan dan berbayar LHB (tidak termasuk saham

perbendaharaan, jika ada), yang akan diterbitkan berikutan pelaksanaan opsyen di bawah

Cadangan SIS.

Kelulusan Bursa adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

Page 4: 17 April 2015 MESEJ KETUA PEGAWAI  · PDF file  ... CMSB dijangka untuk melakukan beberapa peruntukan kos ... Apakah anggaran pendapatan berulang dan

Cadangan Penempatan Persendirian

(i) Saham Penempatan hanya boleh diberikan kepada pelabur institusi;

(ii) TA Securities perlu menyerahkan senarai penerima yang telah dikenalpasti bagi pelepasan

Bursa sebelum saham-saham tersebut diberikan kepada pelabur institusi;

(iii) LHB dan TA Securities perlu mematuhi sepenuhnya peruntukan yang berkenaan di bawah

Keperluan Penyenaraian berkaitan dengan pelaksanaan Cadangan Penempatan Persendirian;

(iv) LHB dan TA Securities perlu memaklumkan kepada Bursa apabila Cadangan Penempatan

Persendirian telah dimuktamadkan;

(v) LHB perlu memberikan kepada Bursa pengesahan bertulis mengenai pematuhan terhadap

terma-terma dan syarat-syarat kelulusan yang dikenakan oleh Bursa apabila Cadangan

Penempatan Persendirian telah dimuktamadkan; dan

(vi) Komen-komen Bursa dimasukkan di dalam pekeliling kepada pemegang saham.

Cadangan SIS

(i) TA Securities perlu menyerahkan pengesahan kepada Bursa mengenai pematuhan penuh

terhadap Cadangan SIS menurut Perenggan 6.43(1) Keperluan Penyenaraian dan menyatakan

tarikh efektif pelaksanaan beserta salinan resolusi Cadangan SIS yang diluluskan oleh pemegang

saham pada mesyuarat pemegang saham yang disahkan benar;

(ii) TA Securities perlu memberikan kepada Bursa pada setiap suku tahunan ringkasan jumlah

bilangan saham yang disenaraikan berikutan pelaksanaan opsyen di bawah Cadangan SIS pada

penghujung setiap suku beserta pengiraan terperinci yuran penyenaraian yang perlu dibayar;

dan

(iii) Komen-komen Bursa dimasukkan di dalam pekeliling kepada pemegang saham.

[Sumber: Pengumuman LHB di laman web Bursa pada 14 April 2015]

KOMEN MSWG:

Kami percaya dengan pindaan yang dilakukan oleh LHB untuk mengurangkan bahagian penempatan

saham daripada 30% kepada 15% daripada jumlah saham berbayar LHB beserta syarat-syarat yang

dikenakan oleh Bursa ke atas Cadangan Penempatan Persendirian dan Cadangan SIS, ini dapat

mengawal kesan dilutif kepada pemegang saham yang sedia ada pada tahap yang munasabah. Pada

awalnya apabila terbitan saham baharu mula-mula dicadangkan, terdapat kebimbangan bukan sahaja

mengenai kesan dilutif yang besar kepada pemegang saham sedia ada, malah juga sama ada terdapat

keperluan yang mendesak dan justifikasi yang kukuh bagi jumlah terbitan saham yang sangat besar

tersebut. Kami berharap untuk melihat senarai pelabur institusi yang dikenalpasti untuk menjadi

penerima saham penempatan tersebut dan nilai tambah yang dapat diberikan oleh mereka kepada LHB.

Page 5: 17 April 2015 MESEJ KETUA PEGAWAI  · PDF file  ... CMSB dijangka untuk melakukan beberapa peruntukan kos ... Apakah anggaran pendapatan berulang dan

CAHYA MATA SARAWAK BERHAD (CMSB)

Pada 2 April 2015 Lembaga Pengarah CMSB telah mengumumkan bahawa CMSB telah pada 2 April 2015

memeterai perjanjian pembelian saham bersyarat dengan Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak (SFS)

bagi cadangan pengambilalihan sebanyak 42,435,817 saham biasa bernilai RM1.00 sesaham di dalam

Sacofa Sdn. Bhd. (Sacofa), mewakili 50.0% daripada modal saham yang diterbitkan dan berbayar Sacofa

bagi jumlah pertimbangan pembelian sebanyak RM186,790,429 yang akan dibayar sepenuhnya secara

tunai (Cadangan Pengambilalihan).

Berikutan pengumuman tersebut, Bursa telah mengajukan pertanyaan kepada CMSB pada 3 April 2015

mengenai Cadangan Pengambilalihan dan CMSB telah memberikan jawapan kepada pertanyaan tersebut

pada 7 April 2015 mengenai antaranya, waran CP yang masih belum dilaksanakan dan kesan dilutifnya

serta penilaian bagi jumlah pertimbangan pembelian tersebut.

CMSB menekankan di dalam jawapannya bahawa tidak terdapat perbandingan terus dengan transaksi

sebelum ini yang melibatkan syarikat yang mempunyai perniagaan yang sama dengan Sacofa di

Malaysia. CMSB telah mempertimbangkan dan menilai nisbah harga-pendapatan dan nisbah harga-buku

bagi transaksi-transaksi sebelum ini yang melibatkan pengambilalihan tunai bagi pelbagai syarikat

tempatan dalam tempoh satu (1) tahun yang lalu di mana purata nisbah harga-pendapatan adalah 15.07

kali dan julatnya berada di antara 4.83 kali dan 33.33 kali manakala purata nisbah harga-buku adalah

1.61 kali dan julatnya berada di antara 0.57 kali dan 4.40 kali.

Pertimbangan pembelian bagi Cadangan Pengambilalihan tersebut mewakili nisbah harga-pendapatan

sebanyak 7.23 kali dan nisbah harga-buku sebanyak 1.08 kali atas keuntungan selepas cukai teraudit

bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013. Selain daripada penilaian di atas dan juga setelah

mempertimbangkan potensi kesan daripada pelaksanaan waran, CMSB berpandangan bahawa jumlah

pertimbangan penilaian tersebut adalah wajar.

Selain itu, CMSB juga telah mempertimbangkan beberapa faktor, antaranya, baki tempoh konsesi di

bawah perjanjian konsesi dan prestasi kewangan Sacofa yang lalu dalam pengiraan jumlah

pertimbangan pembelian.

[Sumber: Pengumuman CMSB di laman web Bursa pada 7 April 2015] http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/1926749

KOMEN MSWG:

Pemegang saham CMSB boleh bertanya lebih lanjut mengenai justifikasi bagi jumlah pertimbangan

pembelian pada Mesyuarat Agung Tahunan CMSB yang akan datang. Kami berharap Lembaga Pengarah

CMSB akan memberikan penerangan yang jelas sama ada pembelian ini akan memberikan pendapatan

yang positif, potensi keuntungan masa hadapan dan juga risiko yang terbabit.

Pemegang saham juga mungkin mahu mengajukan soalan mengenai jumlah perbelanjaan modal yang

akan diperuntukkan memandangkan perniagaan tersebut memerlukan modal yang besar, terutamanya

untuk membina dan menguruskan menara dan struktur telekomunikasi di Sarawak dan juga kelebihan

kompetitif CMSB dalam menerajui mandat Kerajaan Negeri Sarawak memandangkan ini merupakan

usaha pertama CMSB dalam industri telekomunikasi setelah mempelbagaikan perniagaannya sejak 40

tahun yang lepas.

Selain daripada modal perbelanjaan, memandangkan Sacofa telah diberikan status “deemed native”

yang membolehkan ia mengambilalih tanah penduduk asal yang terletak dalam kerajaan Sarawak bagi

Page 6: 17 April 2015 MESEJ KETUA PEGAWAI  · PDF file  ... CMSB dijangka untuk melakukan beberapa peruntukan kos ... Apakah anggaran pendapatan berulang dan

tujuan membina kemudahan telekomunikasi, CMSB dijangka untuk melakukan beberapa peruntukan kos

awal setelah pengambilalihan 50% kepentingan di dalam Sacofa dimuktamadkan.

Memandangkan pengambilalihan Sacofa telah menimbulkan sedikit kebimbangan di kalangan awam

termasuklah Bursa yang telah mengajukan beberapa pertanyaan mengenai cadangan tersebut, kami

nyatakan semula pertanyaan-pertanyaan yang diajukan oleh Bursa dan juga soalan-soalan kami

mengenai perkara ini.

Antaranya adalah seperti berikut:

Sama ada sebarang penilaian bebas telah dilakukan ke atas aset Sacofa dan bagaimanakah harga

jumlah pertimbangan pembelian dicapai.

Bagaimanakah pengambilalihan Sacofa akan dapat masuk ke dalam visi CMSB, juga mengambilkira

konsesi Sacofa yang cuma tinggal hanya tujuh tahun lagi sebelum tamat tempoh? Apakah

kebarangkalian konsesi ini akan diperbaharui setelah tamat tempohnya?

Apakah rancangan Lembaga Pengarah selepas tahun 2022 berkaitan dengan pembinaan lebih

banyak menara telekomunikasi?

Apakah anggaran pendapatan berulang dan sumbangan peratusan kepada jumlah pendapatan

tahunan Kumpulan?

Penganalisa MSWG

Lya Rahman, Pengurus Besar, Khidmat Korporat, [email protected]

Chong Chee Fern, Pengurus Besar, Pemantauan Korporat [email protected]

Rebecca Yap, Ketua, Pemantauan Korporat [email protected]

Quah Ban Aik, Ketua, Pemantauan Korporat [email protected]

Norhisam Sidek, Pengurus, Pemantauan Korporat [email protected]

Shahnul Niza Bin Dato’ Dr. Mohd Yusof, Pengurus, Pemantauan Korporat [email protected]

Lee Chee Meng, Pengurus, Pemantauan Korporat [email protected]

Wong Kin Wing, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]

Nor Khalidah Khalil, Penganalisa, Pemantauan Korporat [email protected]

Vinodth Ramasamy, Penganalisa, Pemantauan Korporat [email protected]

PENZAHIRAN KEPENTINGAN

• Sehubungan dengan syarikat-syarikat yang dinyatakan, MSWG memegang jumlah saham yang minima di dalam syarikat-

syarikat yang dinyatakan di dalam surat berita ini.

Maklumbalas Kami mengalu-alukan maklumbalas anda mengenai surat berita dan khidmat kami. Sila e-mel komen dan cadangan anda ke [email protected]

PENOLAKAN TUNTUTAN

Page 7: 17 April 2015 MESEJ KETUA PEGAWAI  · PDF file  ... CMSB dijangka untuk melakukan beberapa peruntukan kos ... Apakah anggaran pendapatan berulang dan

Surat berita ini dan isi kandungannya berserta semua hak-hak berkaitan dengannya termasuk hak cipta dimiliki oleh Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Berhad, juga dikenali sebagai Minority Shareholder Watchdog Group (MSWG). Isi kandungan dan pendapat yang dinyatakan di dalam surat berita ini adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada domain awam dan bertujuan untuk memberikan maklumat umum kepada pengguna dan adalah untuk rujukan sahaja. Usaha terbaik telah dilakukan untuk memastikan maklumat yang terkandung di dalam surat berita ini adalah tepat dan terkini pada tarikh penerbitan. Walaubagaimanapun, MSWG tidak membuat sebarang waranti nyata atau tersirat atas ketepatan atau kelengkapan maklumat dan pendapat yang terkandung di dalam surat berita ini. Tiada maklumat di dalam surat berita ini yang bertujuan atau patut dianggap sebagai syor untuk membeli atau menjual atau jemputan untuk melanggan sekuriti tertentu, pelaburan yang berkaitan atau mana-mana instrumen kewangan. MSWG perlu diberikan perakuan bagi mana-mana bahagian surat berita ini yang diterbitkan semula. MSWG tidak akan bertanggungjawab atau menanggung sebarang liabiliti atas kebergantungan kepada sebarang maklumat atau komen yang terkandung di dalam surat berita ini atau jika ianya diterbitkan semula oleh pihak ketiga. Semua pembaca atau pelabur dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat perundangan atau nasihat profesional yang lain sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan surat berita ini.