17 - core.ac.uk · "Selain dap at mengim bau kembali memori dan kenangan bersama alumni yang lain...

5
USM, PULAU PINANG, 17 September 2016 - Nostalgia 30 Tahun Palapes '86 USM disambut meriah dengan kehadiran 40 orang Alumni Palapes USM tahun 1986 berkumpul kembali di Universiti Sains Malaysia (USM). Majlis anjuran Pusat Perhubungan Alumni (PPA) USM dengan sekumpulan pegawai kadet Palapes USM yang ditauliahkan pada 1986 dipengerusikan Mohd Johari Mohd Sharif, merupakan antara program julung kali diadakan bagi mengeratkan kembali ikatan ukhwah dan mengimbau kenangan manis sewaktu menuntut di USM. Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dato' Dr. Omar Osman berkata, program seperti ini perlu diteruskan kerana ia banyak memberi manfaat kepada universiti dan alumni itu sendiri. (https://news.usm.my) Berita Mutakhir search... NOSTALGIA 30 TAHUN PALAPES ‘86 USM DISAMBUT MERIAH 17 SEP

Transcript of 17 - core.ac.uk · "Selain dap at mengim bau kembali memori dan kenangan bersama alumni yang lain...

Page 1: 17 - core.ac.uk · "Selain dap at mengim bau kembali memori dan kenangan bersama alumni yang lain sepanjang menjadi pelajar di USM, pertemuan ini menjadi titik tolak kepada pengukuhan

USM, PULAU PINANG, 17 September 2016 - Nostalgia 30 Tahun Palapes '86 USM disambut meriahdengan kehadiran 40 orang Alumni Palapes USM tahun 1986 berkumpul kembali di Universiti SainsMalaysia (USM).

Majlis anjuran Pusat Perhubungan Alumni (PPA) USM dengan sekumpulan pegawai kadet Palapes USMyang ditauliahkan pada 1986 dipengerusikan Mohd Johari Mohd Sharif, merupakan antara programjulung kali diadakan bagi mengeratkan kembali ikatan ukhwah dan mengimbau kenangan manissewaktu menuntut di USM.

Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dato' Dr. Omar Osman berkata, program sepertiini perlu diteruskan kerana ia banyak memberi manfaat kepada universiti dan alumni itu sendiri.

(https://news.usm.my)

Berita Mutakhir

search...

NOSTALGIA 30 TAHUN PALAPES ‘86 USM DISAMBUTMERIAH17

SEP

Page 2: 17 - core.ac.uk · "Selain dap at mengim bau kembali memori dan kenangan bersama alumni yang lain sepanjang menjadi pelajar di USM, pertemuan ini menjadi titik tolak kepada pengukuhan

"Selain dapat mengimbau kembali memori dan kenangan bersama alumni yang lain sepanjang menjadipelajar di USM, pertemuan ini menjadi titik tolak kepada pengukuhan semangat kerjasama yangberterusan sesama Alumni Palapes USM."

Pada Majlis Nostalgia tersebut, Omar berharap bilangan Palapes USM dapat ditingkatkan pada masamendatang.

"Universiti merancang untuk meningkatkan penyertaan pelajar USM di dalam Palapes kepada 1,000orang kerana kita memerlukan lebih ramai 'Nation Builders' yang datangnya dari Palapes itu sendiri."

Selain itu, Omar turut menambah universiti kini bergerak kepada pembangunan kampus melaluikaedah berkolaborasi dengan institusi dalam dan luar negara."

Page 3: 17 - core.ac.uk · "Selain dap at mengim bau kembali memori dan kenangan bersama alumni yang lain sepanjang menjadi pelajar di USM, pertemuan ini menjadi titik tolak kepada pengukuhan

"USM memfokuskan kepada kolaborasi program akademik, penyelidikan dan perkongsian kepakaranbersama institusi dalam dan luar negara dengan memperuntukkan perbelanjaan tinggi untukmeningkatkan keupayaan tersebut," katanya.

Turut hadir adalah Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USM, Prof. Dato' Dr. MuhamadJantan; Pengarah Pusat Perhubungan Alumni USM, Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya;dan Pengerusi Program Nostalgia 30 Tahun Palapes '86 USM, Mohd Johari Mohd Sharif.

Page 4: 17 - core.ac.uk · "Selain dap at mengim bau kembali memori dan kenangan bersama alumni yang lain sepanjang menjadi pelajar di USM, pertemuan ini menjadi titik tolak kepada pengukuhan

Di majlis yang sama, Mohd Johari berkata bukan mudah untuk mengumpulkan semua alumni PalapesUSM 1986 setelah sekian 30 tahun meninggalkan universiti.

"Kita berusaha membuat persiapan sebaik mungkin bagi mendapatkan alumni berkumpul pada malamini, dan masa mendatang kita mengharapkan lebih ramai penglibatan alumni Palapes 1986dianggarkan seramai 100 orang."

Di akhir kata, beliau berharap semoga pertemuan pada hari ini menjadi kenangan manis dan titikpermulaan untuk terus mengeratkan silaturrahim pada masa akan datang.

Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar / Foto: Zamani Abdul Rahim

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia

Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : [email protected] (mailto:[email protected])

Page 5: 17 - core.ac.uk · "Selain dap at mengim bau kembali memori dan kenangan bersama alumni yang lain sepanjang menjadi pelajar di USM, pertemuan ini menjadi titik tolak kepada pengukuhan

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015