18-Surah Al Kahf the Cave 18-Nouman-Ali Khan-linguisticmiracle
18. GASING.docx
Transcript of 18. GASING.docx
PESTA PSKPP SARAWAK KE-35 2015
PESTA PSKPP PERINGKAT NEGERI SARAWAKKALI KE-35 TAHUN 2015
Gasing Pangkah
PERTANDINGAN GASING PANGKAH BORNEO PSKPPPERINGKAT NEGERI SARAWAK
PSKPP CAWANGAN MIRI 1
PESTA PSKPP SARAWAK KE-35 2015
1. PENGELOLAAN
1.1. Pesta ini akan dikelolakan oleh Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan Cawangan Miri
2. PERATURAN PERMAINAN
2.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut peraturan permainan Gasing Pangkah Borneo.
3. JENIS PERTANDINGAN
3.1 Pertandingan sukan antara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Peringkat Negeri.
4. OBJEKTIF PERTANDINGAN4.1 Melahirkan guru dan kakitangan awam yang cergas dan sihat.4.2 Mencungkil bakat yang sedia ada serta melatih supaya peserta bedisiplin serta mempunyai
semangat kesukanan yang tinggi.4.3 Melibatkan golongan penjawat awam dalam acara sukan secara menyeluruh.4.4 Penyertaan berbilang kaum dalam acara ping pong dapat mengeratkan perpaduan kaum serta
merapatkan silaturrahim antara penjawat awam.4.5 Memupuk minat penjawat awam dalam amalan hidup sihat.4.6 Mengekalkan permainan tradisional dalam kehidupan seharian.
5. PENDAFTARAN PEMAINAN / PEMBENTUKAN PASUKAN5.1 Setiap pasukan perlu membayar RM50.00 untuk yuran penyertaan.
5.2 Setiap pasukan dikehendaki mempunyai 6 peserta lelaki sahaja.
5.3 Setiap kumpulan wajib mempunyai satu regu dan satu beregu.
5.4 Setiap pasukan perlu menyerahkan senarai pemain untuk pendaftaran sebelum kejohanan dimulakan sebagai pengesahan menyertai pertandingan.
5.5 Senarai pemain untuk setiap perlawanan perlu diserahkan kepada pengadil 15 minit sebelum setiap perlawanan bermula.
5.6 Hanya pemain yang didaftarkan dalam borang layak untuk bertanding.
6 SUSUNAN PERTANDINGAN SEPERTI BERIKUT :
7 Setiap pasukan perlu bermain dalam semua acara yang dipertandingkan.
8. Sekiranya pasukan gagal untuk menghadirkan diri dalam tempoh 15 minit. Pasukan tersebut dikira kalah dan kemenangan 5-0 akan diberikan kepada pihak lawan.
PSKPP CAWANGAN MIRI 2
SUSUNAN SETIAP ACARA DALAM BERPASUKAN6.1 REGU - 16.2 BERGU - 1
PESTA PSKPP SARAWAK KE-35 2015
9. Segala keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang bantahan akan dikenakan denda sebanyak RM200.00. Wang cagaran tersebut akan dikembalikan sekiranya bantahan tersebut betul dan mempunyai bukti yang kukuh.
10. Semua pasukan perlu memberi kerjasama dan semangat kesukanan yang tinggi perlu ditonjolkan supaya acara ini berjalan lancar dan teratur.
11. Peraturan Peralatan11.1 Tubuh gasing diperbuat daripada kayu atau bahan-bahan yang seumpama dengannya yang
diiktiraf oleh PENGAMA dan LEMBAGA PENGADIL GASING MALAYSIA (LPGM).11.2 Besar (diukur pada Labu) Lilitan / ukur keliling minimum 36 cm dan maksimum 46 cm11.3 Tinggi (Dari tapak paksi ke turap) minimum 8 cm dan maksimum 12 cm11.4 Berat maksimum 800 g11.5 Gasing mesti berpaksi yang berbentuk selinder berukuran panjang tidak melebihi 0.5 cm11.6 Tapak paksi / garis pusat / diameter minimum 0.3 cm dan maksimum 1 cm11.7 Temin boleh dipasang di patak saja dengan tinggi maksimumnya ialah 5 cm dan mesti kemas
serta lelas.11.8 Turap. kepala gasing boleh diturap dan ia hendaklah kemas dan lelas.11.9 Gasing TIDAK BOLEH disimpai / dibingkai sama sekali dan apa-apa yang bersifat simpai atau
bingkai atau seumpamanya TDAK BOLEH digunakan di mana-mana bahagian gasing.11.10 Tali gasing diperbuat daripada benang atau tali terap atau bahan-bahan yang seumpamanya
tanpa dijalin dengan dawai-dawai halus bagi menguatkannya.12. Peraturan Gelanggang
12.1 Bentuk segiempat sama. Mengandungi empat bulatan dan empat lorong pangkah dan empat lorong pangkah dan empat petak bela uri.
12.2 Saiz gelanggang pemain hendaklah berukuran 8m X 8m12.3 Dibuat empat bulatan yang jejarinya 0.75 m setiap satu.12.4 Lorong Pemangkah. Dibuat satu lorong pemangkah pada tiap-tiap bulatan dengan membina
garisan.
12.5 Petak Bela Uri. Empat petak berukuran 1X0.5 m dibina di antara setiap lorong pemangkah, dengan jarak 2 meter dari sudut gelaanggag permainan. Dua petak terdekat buatan permainan untuk pemusing dan 2 lagi untuk pemangkah
12.6 Tapak. Tapak diperbuat daripada tanah keras dan rata atau gentian yang sesuai.
12.7 Garisan.12.7.1 garisan-garisan hendaklah dicat dengan warna yang terang12.7.2 semua garisan diukur dari bahagian luar12.7.3 ukuran lebar garisan di antara 3 cm ke 5 cm12.7.4 semua ukuran garisan hendaklah seragam
PSKPP CAWANGAN MIRI 3
AB = BC 1.5 MBD = 1.5MEF = EG ED = 0.75MLABE = LCBE = 90◦
PESTA PSKPP SARAWAK KE-35 2015
13. Sistem Permainan13.1 Pasukan / Regu
Dibentuk satu pasukan / regu Pemangkah dan satu regu / pasukan Pemusing13.1.1 Satu pasukan mengandungi 8 orang pemain dan 2 orang pemain simpanan
bagi membentuk 2 regu tetap.13.1.2 Satu regu mengandungi 4 orang pemain dan seorang pemain simpanan.13.1.3 Tiap-tiap pemain dibenarkan bermain hanya dalam regunya sahaja.13.1.4 Pemain simpanan boleh bermain bagi menggantikan rakan-rakan seregu
dengan nya pada bila-bila masa setelah mendapat kebenaran pengadil.13.1.5 pemain yang telah keluar boleh masuk semula menggantikan rakan
seregunya.
14. Masa BermainSatu perlawanan berlangsung selama 30 minit
15. Cara Bermain15.1 Pemusing diberi masa 10 saat untuk memusing keempat-empat biji gasing dalam
bulatan dan pemangkah diberikan 12 saat untuk memangkah gasing masing-masing15.2 Setelah dipangkah keempat-empat gasing , Uri Sah hendaklah dipindahkan ke dalam
Petak Bela Uri dalam tempoh satu minit selepas wisel dibunyikan. Regu yang mempunyai uri sah yang lebih diisytihar menang.
15.3 Sekiranya terdapat sama banyak Uri Sah bagi kedua-dua regu dalam Petak Bela Uri, Berlegai Uri diteruskan hingga tempoh 2 minit selepas wisel memangkah dibunyikan. Regu yang mempunyai uri yang lebih dikira menang. Sama banyak uri sah bagi kedua-dua regu adalah dikira seri.
15.4 Sekiranya Uri Sah dialih tersalah Petak Bela Uri (regu pemusing mengalih Uri Sahnya ke Petak Bela Uri regu pemangkah atau sebaliknya) uri itu dikira batal.
15.5 Pengadil boleh member keputusan setelah didapati satu pihak yang mempunyai uri lebih sempat dimasukan ke dalam petak uri dahulu. (Walaupun pihak lawan belum lagi masukkan gasing atau gasing –gasing mereka dalam petak uri)
15.6 KeputusanJika pemangkah menang, ia mendapat 3 mata dan memangkah lagi. Jika pemusing menang maka “tukar pusing”. Jika seri maka pemangkah memangkah semula.
15.7 Pemberian Mata Kepada Pemangkah15.7.1 Pemangkah diberi 3 mata jika menang uri, 2 mata jika pemusing “batal” dan
dalam kedua-dua hal pemangkah memangkah lagi.15.7.2 Mata tidak diberi jika gasing pemangkah dan gasing pemusing seri uuri.
16. Kemenangan16.1 Regu
Regu yang mendapat jumlah mata yang lebih dikira “menang” dalam permainan.
16.2 PasukanDalam satu-satu perlawanan, pasukan dikira menang jika ;16.2.1 Menang kedua-dua regu16.2.2 Menang satu regu dan seri satu regu
PSKPP CAWANGAN MIRI 4
PESTA PSKPP SARAWAK KE-35 2015
16.3 Seri pasukan dan cara menang16.3.1 Jika berlaku seri pasukan dalam perlawanan, kemenangan
diberikan kepada pasukan yang mendapat jumlah “mata bersih” (3 mata) yang terbanyak.
16.3.2 Jika masih seri, maka salah seorang pemain dari kedua-dua pasukan akan memusing gasing di dalam gelanggang, dalam masa 4 saat untuk berlegai uri. Hanya pemain tersebut dibenarkan untuk membela gasing itu. Gasing pasukan yang akhir sekali mati urinya dikira menang.
16. Undian16.1 Undian dijalankan sebelum permainan bermula untuk menentukan pemusing
dan pemangkah.16.2 Pasukan yang mula memangkah dalam permainan Regu Pertama, akan
memusing untuk memulakan permainan Regu Kedua.
17. Memusing17.1 Memusing gasing setelah pengadil membunyikan wisel.17.2 Memusing gasing dari luar bulatan.
18. Memangkah18.1 Pemangkah dikehandaki memangkah dari dalam lorong pemagkah.18.2 Boleh memangkah mana-mana gasing dalam bulatan yang belum
dipangkah.18.3 Pemangkah tidak boleh memangkah menghala lorong pemangkah.
19. Bela Uri19.1 Uri gasing boleh diangkat ke petak uri.19.2 Angkat uri dibenarkan selepas keempat-empat gasing dipangkah dengan
hanya menggunakan tali gasing.19.3 Setelah gasing diletakkan di kotak, pemain-pemain dikehenadki keluar dari
gelanggang permainan apabila wisel tempoh seminit ditiup oleh pengadil.19.4 Uri gasing hendaklah dibawa ke petak bela uri.
20. Uri Sah20.1 Gasing pemusing berada dalam bulatan sebelum dipangkah20.2 Gasing pemusing berada di dalam gelanggang permainan setelah di
pangkah.
20.3 Gasing yang dipusing itu tercecah di luar bulatan dan serta merta tertarik ke dalam bulatan dengan pusingan itu juga, maka gasing itu dikira uri sah.
20.4 Gasing pemangkah berada di dalam gelanggang permainan setelah memangkah.
20.5 Gasing uri sah bergerak dan dengan tidak sengaja kena pada anggota pemain pasukan lawan.
21. Uri BatalUri Batal atau Tidak Sah jika :21.1 Gasing pemusing berada diluar bulatan sebelum dipangkah.21.2 Gasing pemusing atau gasing pemangkah keluar dari gelanggang
permainan. 21.3 Uri yang dibela sebelum keempat-empat gasing dipangkah.
PSKPP CAWANGAN MIRI 5
PESTA PSKPP SARAWAK KE-35 2015
21.4 Uri gasing yang kena pada anggota pemain pasukan sendiri.
21.5 Uri gasing tidak dialih setelah diarahkan oleh Pengadil.
22. Gangguan22.1 Jika Pengadil terusik, terlanggar atau terpijak gasing, maka permainan
dijalankan terus.22.2 Apablia berlaku gangguan luar jangka sama ada binatang, manusia atau
alat-alat maka tindakan bagi situasi itu adalah seperti berikut :22.2.1 Dalam jangka masa memusing maka pusing semula22.2.2 Dalam jangka masa memangkah maka pangkah semula.
23. Tamat Permainan23.1 Pengadil akan membunyikan wisel untuk menamatkan permainan.23.2 Mata tidak diberi kepada pemangkah sekiranya masa telah tamat.
24. Pengadil24.1 Di dalam sesuatu perlawanan mesti diadili oleh dua orang pengadil dan
seorang pengadil garisan selaku pencatat papan tanda.24.2 apabila berlaku gangguan luar jangka sama ada binatang, manusia atau
alat-alat maka tindakan-tindakan bagi situasi itu adalah seperti berikut :24.2.1 Dalam jangka masa memusing maka pusing semula.24.2.2 Dalam jangka masa memangkah pangkah semula.
25. Penggunaan gasing atau tali gasingPemain hendaklah menggunakan gasing dan tali gasing yang sah.
26. Pakaian26.1 Pakaian bagi pasukan hendaklah seragam, kemas dan sesuai untuk sukan
Gasing.26.2 Jersi dengan nombor bersiri di bahagian belakang berukuran 10 cm X 8 cm.26.3 Seluar panjang.26.4 Kasut bertapak getah.
BORANG PENDAFTARAN PERTANDINGAN GASING
NAMA PASUKAN ; ____________________________________________
NAMA JURULATIH : ____________________________________________
NOMBOR TELEFON : ___________________________________________
PSKPP CAWANGAN MIRI 6
PESTA PSKPP SARAWAK KE-35 2015
BIL PESERTA KATEGORI NO KP
1
REGU2
3
4
5BERGU
6
*Satu Pasukan untuk setiap Kontinjen*Pemain regu boleh bermain dalam pasukan beregu.*Penentuan warna Gasing setiap kontinjen akan dimaklumkan kemudian.
_____________________________________ Pengurus Pasukan : _____________________
Pejabat / Sekolah : ______________________ Nombor telefon : _______________
COP DAN TANDATANGAN SETIAUSAHA PSKPP BAHAGIAN :
PSKPP CAWANGAN MIRI 7