19. Penggunaan ICTbagi Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid (Pei Tong)
-
Upload
khoirulnizam-nizam -
Category
Documents
-
view
246 -
download
0
Transcript of 19. Penggunaan ICTbagi Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid (Pei Tong)
-
7/27/2019 19. Penggunaan ICTbagi Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid (Pei Tong)
1/14
265
19PENGGUNAAN ICT BAGI MENINGKATKAN
KEMAHIRAN MEMBACA MURID
Nor Zakiah ArifNurhani Idris
Sekolah Rendah Pei Tong
Abstrak
Keupayaan untuk meningkatkan kefahaman danpenguasaan murid terhadap pembelajaran bahasaMelayu sering menjadi cabaran bagi para guru.Kemahiran membaca merupakan kemahiran asasbagi murid sekolah rendah. Dengan itu, kajian inibertujuan untuk mengenal pasti akan keberkesanan
Portal Web AKSARA dalam meningkatkan potensimurid dalam kemahiran membaca dalam keadaanpembelajaran dan persekitaran yang santai danmenyeronokkan. Dengan lebih ramai murid yang celikICT, penggunaan portal web dalam pengajaran untukmenilai kemahiran membaca serta mengujipemahaman murid tentang kandungan maklumatdalam teks bacaan amat bersesuaian dan penting.Dapatan kajian menunjukkan bahawa pencapaian
murid dalam kemahiran membaca amat positif.
-
7/27/2019 19. Penggunaan ICTbagi Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid (Pei Tong)
2/14
266
Pengenalan
Membaca merupakan kemahiran penting yang perludimiliki murid pada peringkat awal usia lagi. Mereka yangmenunjukkan kebolehan membaca ayat-ayat mudah denganlancar serta memahami sekumpulan perbendaharaan kataasas akan berada dalam kedudukan meyakinkan jikadibandingkan dengan murid-murid yang belum menguasainya.
Membaca juga dilihat sebagai kebolehan seseorangmengenalpasti bentuk visual dan menjalinkan hubungan antarabentuk dengan bunyi dan melalui pengalaman serta berupaya
menilai maksudnya.
Menurut Jean Piaget (Berk, 2006), dalam lingkungan usiadua hingga tujuh tahun, perkembangan kebolehan mentalkanak-kanak akan menjadi lebih sempurna jika dididik denganbetul. Tidak hairanlah jika ibu bapa bertungkus-lumusmengajar kemahiran membaca kepada anak-anak mereka.Kebolehan membaca pada peringkat awal ini sering dijadikan
kayu ukur untuk menguji kecerdikan seseorang murid.
Sealiran dengan inisiatif-inisiatif baharu KementerianPendidikan Singapura (MOE), pedagogi yang diusulkan inimewujudkan peluang bagi penggabungjalinan kemahiran-kemahiran bahasa serta penerapan kemahiran abad ke-21dalam diri murid. Masa yang diperuntukkan untuk murid belajarsecara kendiri ditingkatkan. Para guru digalakkan untuk
memanfaatkan penggunaan ICT untuk meningkatkan minatmurid terhadap pembelajaran bahasa Melayu serta kemahiranbahasa mereka dalam sekitaran Web 2.0. Pelantar-pelantaryang diperkenalkan menyajikan bahan-bahan relevan yangmembenarkan pembelajaran, pengayaan dan penilaian formatifdijalankan selaras dengan prinsip-prinsip kurikulum bahasaMelayu di Singapura. Penerapan kemahiran hidup dan insaniah
juga dapat disisipkan dalam setiap pelajaran yang
menggalakkan pembelajaran secara kendiri dan kolaboratif.
-
7/27/2019 19. Penggunaan ICTbagi Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid (Pei Tong)
3/14
267
Tujuan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti manfaat portal10M Aksara sebagai wadah untuk murid menggunakanbahasa Melayu secara autentik dan interaktif dalam sekitaranweb 2.0. bahasa Melayu di peringkat darjah rendah.Khususnya, kajian ini dijalankan untuk melihat:
a. keberkesanan 10M Aksara dalam pengajaran bacaanuntuk murid tahap 1 dan murid tahap 3
b. keberkesanan 10M Aksara sebagai bahan pengajaranasas yang digandingkan dengan bahan MEKAR untuk
meningkatkan kemahiran mendengar dan membaca
Permasalahan Kajian
Dengan kewujudan pelbagai teknologi yangmenggalakkan para guru menerapkan kemahiran ICT dalampengajaran bahasa Melayu bagi menyokong pembelajaranmurid, tumpuan utama dalam pengajaran dan pembelajaran,
iaitu pemerolehan kemahiran mendengar dan membaca dalamkalangan murid peringkat awal sekolah rendah perludilaksanakan dan tidak boleh diabaikan dengan sewenang-wenangnya.
Penilaian yang tidak melibatkan murid secara aktif sertapengendalian aktiviti-aktiviti di dalam bilik darjah yangberpusatkan guru, akan menghambat proses penyampaian
ilmu kepada murid dan menunjukkan ketidakrelavenan ICTdalam pengajaran dan pembelajaran.
Kajian Lepas
Caladine (2008) menyarankan lima kategori aktiviti yangdapat dijalankan untuk menentukan kemudahan ICT yangberkesan untuk proses penyampaian ilmu. Pengkaji
-
7/27/2019 19. Penggunaan ICTbagi Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid (Pei Tong)
4/14
268
menitikberatkan beberapa faktor yang merangkumi kelima-limakategori iaitu:
1. penyampaian bahan pengajaran (oleh guru);2. penggunaan bahan pengajaran dengan berkesan (oleh
murid);3. interaksi dengan guru (oleh murid);4. interaksi antara murid; dan5. pembelajaran secara kooperatif (oleh murid).
Sebuah rangka kerja yang mendasari The Six Elementsof a Quality Learning Experience (SEQLE) atau enam unsur
yang membentuk pengalaman pembelajaran yang berkualiti,jika dijalankan, akan mewujudkan suasana pembelajaran yangmenawan, autentik dan menggalakkan pemerolehan ilmupengetahuan secara kendiri serta pembelajaran sepanjanghayat. Keenam-enam elemen ini harus diberikan penekananyang seimbang untuk menghasilkan pengalaman pembelajaranyang memuaskan.
Lewis dan Lindsay (2000) merujuk kepada tinjauan lisanyang dibuat ke atas murid-murid sekolah rendah di negara-negara barat dan mendapati bahawa sikap mereka terhadapmembaca menjadi semakin negatif apabila usia meningkat. Inidikaitkan dengan kelemahan menguasai kemahiran membaca,yang menjadikan murid berasa rendah diri dan menghambatminat masing-masing untuk terus membaca.
Margaret Meek (1987) mengesahkan bahawa untukmemperoleh pengalaman membaca yang menyeronokkan,seorang kanak-kanak itu memerlukan tiga perkara penting iaitubahan bacaan, seseorang yang dapat meluangkan masamembaca dan kenikmatan yang dikongsi bersama-sama.Selain itu, proses ini perlu dimulakan pada peringkat usia yangawal dan diteruskan sehinggalah murid itu meninggalkanbangku sekolah.
-
7/27/2019 19. Penggunaan ICTbagi Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid (Pei Tong)
5/14
269
Kaedah Kajian
Kajian ini menggunakan kaedah gabungan kuantitatif dankualitatif. Guru mengumpul data kajian melalui penilaianberterusan, tugasan yang diberikan kepaa murid dan kaedahpenilaian. Tugasan dan kaedah ini termasuklah sesi bacaanyang dijalankan mengikut jadual dan dalam situasi formal,rakaman bacaan dan rakaman lisan dalam talian
Subjek Kajian
Subjek kajian terdiri daripada 20 orang murid Darjah Dua
yang mempunyai pencapaian yang berbeza. Sebanyak 25%daripada murid agak lemah dalam kemahiran membacamanakala 55% murid berada di tahap sederhana. Murid dalamgolongan sederhana ini dapat menyebut susunan rangkai katadengan gaya yang betul hampir setiap masa. Selebihnya iaitu20% orang murid merupakan murid-murid yang sudah lancarmembaca ayat-ayat kompleks menggunakan intonasi yangsesuai. Namun begitu, keupayaan mereka masih boleh
dipertingkat dengan mendedahkan mereka kepada pelbagaijenis teks.
Instrumen Kajian
Berpandukan inisiatif MOE Kurangkan Mengajar,Lebihkan Belajar yang ingin meningkatkan keupayaan muridbelajar secara kendiri di bilik darjah serta menggalakkan
penggunaan ICT untuk membolehkan pembelajaran berlakupada bila-bila masa dan di mana sahaja, sebuah web portaltelah dibina dan disediakan oleh pihak Educational TechnologyDivision (ETD) untuk memastikan penerapan ICT berlakudalam pengajaran dan pembelajaran.
Portal 10M Aksara direka agar para guru dapatmenyesuaikan pengajaran mengikut konteks kurikulum C2015
yang ingin membentuk individu yang berkeyakinan, murid
-
7/27/2019 19. Penggunaan ICTbagi Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid (Pei Tong)
6/14
270
terarah kendiri dan penyumbang yang aktif di kalanganindividu-individu yang masih berada di bangku sekolah.
Program pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayuyang berteras ICT ini merangkumi 50% aktiviti berpandukanguru waktu bilik darjah, 25% bacaan ekstensif waktu bilikdarjah dan 25% aktiviti menulis atau bertutur waktu bilik darjah.Setiap murid mempunyai akaun sendiri. Pada setiap pelajaran,murid akan mengklik ikon Tong Kerja di lelaman individu danmemilih bahan bacaan yang telah ditetapkan guru.
Dalam kajian ini, guru telah menggunakan bahan bacaan
ekstensif yang terdiri daripada pelbagai jenis petikan bacaanyang bertemakan topik-topik yang terdapat di dalam buku teksdan buku aktiviti MEKAR dan fungsi rakaman lisan dalam talian.Fungsi ini membenarkan murid untuk merakamkan bacaanmereka seperti yang ditugaskan oleh guru. Murid-muridkemudian dapat mendengar rakaman rakan-rakan sedarjahmereka dan memberikan komen menerusi portal tersebut.Untuk membantu mereka yang mempunyai tahap pencapaian
rendah dalam kemahiran membaca, bahan bacaan itumempunyai fungsi yang memberikan peluang untuk muridmenyebutkan perkataan mengikut suku kata. Suku kata akanbertukar warna ala karaoke untuk murid jadikan sebagaipanduan membaca.
Pengumpulan data dijalankan mengikut skala ukuranglobal 5 mata untuk menentukan profil dan tahap murid dalam
kemahiran membaca. Pada setiap pengajaran ICT ini, guruakan mencatatkan gred berdasarkan kebolehan muridmembaca bahan bacaan yang diperuntukkan. Guru jugamengisi borang anekdotal untuk murid yang menghadapimasalah membaca bahan bacaan yang terdapat di portal itu,bagi mereka yang menunjukkan pencapaian yang cemerlangdari masa ke semasa.
-
7/27/2019 19. Penggunaan ICTbagi Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid (Pei Tong)
7/14
271
Borang penilaian kendiri juga digunakan oleh muridsupaya mereka dapat membuat refleksi berdasarkan bacaanmereka. Pada setiap tiga atau empat minggu, gurumemerhatikan kesemua strategi yang diperincikan dalamprogram pembelajaran dan pengajaran ini dan menggunakansenarai semak untuk mengetahui pencapaian setiap muridsetelah menjalani latihan ekstensif ini.
Prosedur Kajian
Kajian ini dijalankan selama sepuluh minggu pada waktukurikulum bahasa Melayu. Ujian diagnostik telah dijalankan
sebelum program ini dimulakan. Semua murid diberikanpetikan bacaan yang sama dan mereka dikehendaki membacaayat-ayat yang terdapat di dalam petikan itu berdasarkankemahiran membaca yang telah diterapkan dalam diri masing-masing sepanjang masa ketika berada dalam darjah satu. Ujianini dijalankan untuk melihat sejauh mana kemampuan merekadalam membaca dengan menggunakan sebutan yang tepatserta intonasi dan nada yang sesuai.
Pelajaran-pelajaran yang dijalankan dalam jangka masasepuluh minggu ini melibatkan murid dalam aktiviti-aktivitiberpandukan guru dan juga berpusatkan murid.
Dengan adanya pelbagai jenis teks bacaan yangdisediakan mengikut unit-unit di dalam buku MEKAR, guru jugadapat menjalankan pengajaran pembezaan. Seperti yang sedia
maklum, hasil pembelajaran yang bertahap menggalakkanpelibatan murid secara aktif demi memaksimumkan potensimereka dalam kemahiran yang ingin diuji. Melalui portal 10M
Aksara ini, guru telah memberi tugasan yang berbeza kepadamurid mengikut tahap kebolehan mereka.
Aktiviti berpandukan guru dikendalikan dengan beberapatujuan iaitu untuk mencapai objektif pembelajaran tertentu,
menukil pengetahuan sedia ada murid dan menyajikan bahan-
-
7/27/2019 19. Penggunaan ICTbagi Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid (Pei Tong)
8/14
272
bahan yang relevan dengan pengalaman murid. Oleh sebabhampir 50% masa diperuntukkan untuk guru menjalankanaktiviti-aktiviti ini, murid tidak akan tersasar daripada matlamatpembelajaran mereka. Pada waktu ini, murid menimbaseberapa banyak ilmu pengetahuan dan nilai-nilai moral yangcuba disisipkan dalam pembelajaran yang disampaikan.
Bagi aktiviti berpusatkan murid, murid membaca petikanyang telah ditugaskan kepada mereka mengikut tahap. Portalini menyediakan fungsi yang membenarkan murid untukmendengar rakaman bacaan supaya dapat dijadikan contohkepada murid. Fungsi ini amat berkesan terutama sekali untuk
mereka yang lemah dalam kemahiran membaca dan tidak pasticara-cara untuk menyebut rangkai kata yang tertentu. Murid
juga dapat memainkan rakaman itu semula mengikutkeselesaan sendiri.
Bagi murid yang lemah, guru telah mendapatkan bantuanrakan yang berada di Tahap 2 atau Tahap 3 untukmembimbing mereka mengenal pasti cara menyebut
perkataan-perkataan dengan betul. Selain itu, murid juga telahberpeluang untuk melalui beberapa sesi rakaman lisan dalamtalian. Rakan-rakan sedarjah berpeluang untuk mendengar danmemberi komen kepada murid yang membuat rakaman itu.Rakaman yang dihasilkan itu telah digunakan sebagai bahanpenilaian untuk guru memberikan gred dan maklum balasberdasarkan pencapaian murid dalam jangka masa tersebut.
Pada akhir pembelajaran, murid akan menilai diri masing-masing setelah melalui proses pembelajaran pada hari itu.Mereka telah diterangkan cara untuk menggunakan borangpenilaian kendiri yang telah disiapkan itu dan diberitahu untukmenilai dengan jujur agar guru dapat mengenal pasti muridyang memerlukan lebih perhatian supaya dapat membantunya.
-
7/27/2019 19. Penggunaan ICTbagi Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid (Pei Tong)
9/14
273
Gambar 1: Bahan Bacaan Mengikut Topik di Dalam Buku
Gambar 2: Ilustrasi yang Berwarna-warni MEKAR.
Gambar 3: Guru Dapat Menentukan Arahan Berbeza-beza
-
7/27/2019 19. Penggunaan ICTbagi Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid (Pei Tong)
10/14
274
Gambar 4: Tugasan Diberikan Mengikut TahapKemampuan Murid
Gambar 5: Setiap Murid Mempunyai Akaun Sendiri.
Gambar 6: Membaca Mengikut Suku Kata
-
7/27/2019 19. Penggunaan ICTbagi Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid (Pei Tong)
11/14
275
Dapatan Kajian
Berdasarkan penilaian yang dibuat oleh guru secaraeksplisit dan penilaian kendiri murid menunjukkan kesan yangpositif terhadap perkembangan kemahiran membaca murid.Dari masa ujian diagnostik pertama dijalankan untuk mengenalpasti pencapaian murid dalam kemahiran membaca,sehinggalah berakhirnya sepuluh minggu yang diperuntukkanuntuk kajian ini dijalankan, dapat dilihat peningkatan yangkonsisten dari segi kebolehan murid membaca ayat-ayatdengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul. Selainitu, guru dapati bahawa pendedahan murid kepada berlainan
jenis prosa berbentuk cerita pendek, prosa fakta, cerita teladanserta bahan bacaan yang merupakan pantun, meningkatkanminat mereka untuk membaca dengan lebih lanjut supayadapat mengetahui kesudahannya.
Semangat gigih murid-murid ini amat membanggakankerana mereka menumpukan perhatian sepenuhnya kepadatugasan yang diberikan. Bahan bacaan ekstensif itu juga
mengandungi gambar-gambar yang menarik dan berwarna-warni dan telah berjaya memikat hati para murid.
Bahan bacaan ekstensif ini juga dijadikan bahan asasuntuk mengukuhkan pengetahuan mereka tentang konsep-konsep yang terdapat di dalam sukatan pengajaran bahasaMelayu peringkat darjah dua. Petikan-petikan yang terdapat didalam portal ini dapat menarik mereka dan menambahkan
lebih ilmu pengetahuan. Melalui pemerhatian guru, murid lebihyakin menjawab latihan-latihan di dalam buku aktiviti MEKARberbanding sebelum ini. Bahan yang terdapat di dalam portalini telah membina pengetahuan asas murid dan membuatpelajaran lebih bermakna.
Berdasarkan data yang dikumpul pada awal program itudimulakan, murid-murid Tahap 1 masih mengalami kesukaran
membaca dengan lancar. Ini menghambat minat dan keyakinan
-
7/27/2019 19. Penggunaan ICTbagi Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid (Pei Tong)
12/14
276
mereka untuk terus mengalami keseronokan dalam membaca.Murid-murid Tahap 2 juga masih belum dapat menyesuaikandiri dengan tahap kesukaran bahan bacaan ekstensif yangdiberikan.
Namun pada minggu keempat berikutnya, apabila muridsudahpun selesa bekerjasama dengan pasangan masing-masing (untuk murid Tahap 1) dan semakin biasa dengangenre teks yang dikemukakan, murid menunjukkan kemajuanyang progresif. Murid-murid juga lebih berkeyakinan untuk cubamembaca petikan dan tidak lagi berasa ragu-ragu.
Pada minggu yang keenam, murid-murid Tahap 1 sudahdapat membaca dengan lancar hampir kesemua perkataanyang terdapat di dalam sepotong ayat itu, berbanding empatminggu sebelumnya. Murid-murid Tahap 2 yang sebelum iniberkebolehan membaca dengan lancar, kini sudah yakin untukmenggunakan nada yang bervariasi bergantung kepada temapetikan yang diberikan. Selain itu, mereka juga menunjukkanpeningkatan daripada segi pemahaman teks dan telah berjaya
mengenal pasti isi-isi utama dengan mudah.
Manakala itu, terdapat perbezaan yang ketara dalamkalangan murid Tahap 3. Hampir kesemua sudah dapatmembaca dengan lancar pelbagai jenis teks termasuk prosafakta, cerita rakyat dan pantun empat kerat yang terdapat diperpustakaan sekolah. Tambahan pula, pembelajaran danpengajaran ICT yang mereka lalui selama sepuluh minggu itu
telah mendedahkan mereka kepada berbagai-bagai jenis ceritayang mengandungi nilai-nilai moral tinggi seperti kasih sayang,kejujuran, kerajinan, sikap toleransi dalam masyarakat danberhemah tinggi. Murid-murid kini lebih berilmu dalampendidikan moral dan mengamalkan tatalaku yangmencerminkan seorang individu yang berpendirian positif
-
7/27/2019 19. Penggunaan ICTbagi Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid (Pei Tong)
13/14
277
Rajah 1: Peratusan Murid pada Awal Program
Rajah 2: Peratusan Murid Setelah Menjalani ProgramSelama 8 Minggu
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, objektif kajian ini telah berjayadicapai, iaitu melihat keberkesanan portal 10M Aksara sebagai
bahan bacaan untuk murid bahasa Melayu Tahap 1 dan Tahap3 memaksimumkan potensi mereka dalam bacaan. Peluanguntuk bertukar-tukar komen berdasarkan hasil kerja rakansedarjah meletakkan mereka dalam keadaan yang senantiasaingin melakukan yang lebih baik lagi untuk tugasan yang akandatang.
Selain itu, bahan-bahan bacaan yang terdapat di dalam
portal ini telah berjaya untuk menjadi bahan asas pengajaran
-
7/27/2019 19. Penggunaan ICTbagi Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid (Pei Tong)
14/14
278
untuk kurikulum bahasa Melayu bagi guru dan murid. Meskipunbukan bahan pelengkap untuk pakej bahasa Melayu pagisekolah rendah, portal ini dilihat sebagai satu platfom yangdapat meningkatkan prestasi mereka dalam kemahiranmembaca dan mendengar dan memberi murid lebih keyakinandiri untuk membaca bahan-bahan bercetak dan bukan cetakyang lain.
Rujukan
Berk, L. E. (2006). Child Development. (7th ed.). United Statesof America, USA: Pearson International Edition.
Caladine R. (2006). Enhancing E-Learning with Media-RichContent and Interactions. IGI Global. UK.
Lewis, A. dan Lindsay, G. (2000). Researching childrensperspectives. United Kingdom, UK: Open University Press.
Margaret Meek (1987). How Texts Teach What Readers Learn.Thimble Press. UK.
Martin, A. dan Madigan, D. (Eds.). (2006). Digital literacies forlearning. United Kingdom, UK: Facet Publishing.