195 Perkara Asas Dalam Sembahyang

9
195 PERKARA ASAS DALAM SEMBAHYANG KEDUDUKANNYA DALAM AGAMA ISLAM i. Solat adalah tiang agama. Sabda Rasulullah SA W. “Solat adalah tiang agama. Barangsiapa yang mendirikannya bermakna dia telah mendirikan agamanya. Barangsiapa yang meninggalkannya, sesungguhnya dia telah meruntuhkan agamanya” ii. Amalan yang pertama akan dihisab di akhirat. Sabda Rasulullah s.a.w. : “ Perhitungan yang mula-mula sekali dilakukan keatas seorang hamba di akhirat nanti ialah solat. Jika baik solat, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika rosak solat maka rosaklah segala amalan yang lain” iii. Meninggalkan solat akan mebawa kepada kekufuran. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Barangsiapa yang meninggalkcm solat dengan sengaja, maka dia telah melakukan perbuatan kufur yang nyata dan jelas ‘: “ Batas pemisahan antara seseorang itu dengan kufur ialah meninggalkan So/at ‘: Imam-Imam mazhab berpendapat bahawa ‘orang yang meninggalkan solat wajib dibunuh setelah disuruh bertaubat dan menunaikan solat tapi masih engkar. Oleh itu setiap muslim wajib menunaikan solat dengan betul dan tepat berkait dengan rukun dan syarat-syaratnya, sah batalnya, muafiq masbuqnya, syarat dan peraturan menjadi imam dan makmum dan lain-lain. Kegagalan mereka menepatinya boleh mengakibatkan sembahyang mereka tidak sah atau tidak diterima oleh Allah S.W.t. Di antara salah satu syarat sah solat ialah mengetahui kaifiat (cara) sembahyang dari segi rukun syarat, sunat wajib dan sebagainya. Kegagalan membezakan perkara sunat dan wajib sahaja pun, boleh menyebabkan solat terbatal atau tidak sah. Mengetahui kaifiat solat itu boleh diterjemahkan di dalam 6 perkara yang merupakan asas solat umpamanya. 1. Syarat wajib solat 2. Syarat sah solat 3. Rukun solat 4. Perkara Sunat dalam solat 5. Perkara Makruh dalam solat 6. Perkara yang Membatalkan solat

description

Fiqh

Transcript of 195 Perkara Asas Dalam Sembahyang

Page 1: 195 Perkara Asas Dalam Sembahyang

195 PERKARA ASAS DALAM SEMBAHYANGKEDUDUKANNYA DALAM AGAMA ISLAM

i. Solat adalah tiang agama. Sabda Rasulullah SA W.“Solat adalah tiang agama. Barangsiapa yang mendirikannya bermakna dia telah mendirikan agamanya. Barangsiapa yang meninggalkannya, sesungguhnya dia telah meruntuhkan agamanya”

ii. Amalan yang pertama akan dihisab di akhirat. Sabda Rasulullah s.a.w. :

“ Perhitungan yang mula-mula sekali dilakukan keatas seorang hamba di akhirat nanti ialah solat. Jika baik solat, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika rosak solat maka rosaklah segala amalan yang lain”

iii. Meninggalkan solat akan mebawa kepada kekufuran. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Barangsiapa yang meninggalkcm solat dengan sengaja, maka dia telah melakukan perbuatan kufur

yang nyata dan jelas ‘:

“ Batas pemisahan antara seseorang itu dengan kufur ialah meninggalkan So/at ‘:

Imam-Imam mazhab berpendapat bahawa ‘orang yang meninggalkan solat wajib dibunuh setelah disuruh bertaubat dan menunaikan solat tapi masih engkar.

Oleh itu setiap muslim wajib menunaikan solat dengan betul dan tepat berkait dengan rukun dan syarat-syaratnya, sah batalnya, muafiq masbuqnya, syarat dan peraturan menjadi imam dan makmum dan lain-lain. Kegagalan mereka menepatinya boleh mengakibatkan sembahyang mereka tidak sah atau tidak diterima oleh Allah S.W.t.

Di antara salah satu syarat sah solat ialah mengetahui kaifiat (cara) sembahyang dari segi rukun syarat, sunat wajib dan sebagainya. Kegagalan membezakan perkara sunat dan wajib sahaja pun, boleh menyebabkan solat terbatal atau tidak sah. Mengetahui kaifiat solat itu boleh diterjemahkan di dalam 6 perkara yang merupakan asas solat umpamanya.

1. Syarat wajib solat2. Syarat sah solat3. Rukun solat4. Perkara Sunat dalam solat5. Perkara Makruh dalam solat6. Perkara yang Membatalkan solat

SYARAT WAJIB ( 5 PERKARA)

1. Islam2. Beraqal3. Baligh4. Suci daripada Haid dan nifas5. Masuk waktu

SYARAT SAH (9 PERKARA)

1. Islam

Page 2: 195 Perkara Asas Dalam Sembahyang

2. Beraqal3. Suci dari hadas besar dan kecil4. Suci badan, pakaian dan tempat solat dari najis yang tidak dimaafkan5. Menutup aurat6. Masuk waktu dengan yakin atau sekurang-kurangnya ‘dzan’7. Menghadap kiblat dengan yakin atau sekurang-kurangnya ‘dzan’8. Mengetahui ‘kaifiat’ (cara) sembahyang9. Meninggalkan perkara yang membatalkan sembahyang

RUKUN (13 perkara)

1. Niat ( 3 syarat )

i. Tempatnya di dalam hati (sunat dilofazkan dengan lidah)ii. Masanya ialah ketika mulut menyebut (Allahuakbar ) dalam (Takbiratul Ihram )iii. Ada muqaranah ( ) dalam Takbiratul Ihram ( ):

a. Ada Qasad, Taarudh, Taayin, Taayin Nafsih - solat Jumaat & Qasar b. Qasad, Taarudh, Taayin - solat Fardhu biasac. Qasad, Taayin - solat Sunat berwaktu/bersebabd. Qasad - solat Sunat mutlak

2. Takbiratul Ihram ( ) - ( 21 syarat)

1. Dengan Bahasa Arab2. Dengan lafaz 'Allah' ( )3. Dengan lafaz 'Akbar' ( )4. Dengan tertib sebutan dua kalimah tersebut (Allah dan Akbar)5. Ketika berdiri ( bagi Solat Fardhu )6. Tiada dimadkan huruf Hamzah ( ) pada lafaz 'Allah'7. Tiada digugurkan huruf Hamzah ( ) pada lafaz 'Akbar' 8. Tiada dimadkan huruf ( ) pada lafaz 'Akbar'9. Tiada men'tasydid'kan mana-mana huruf yang tidak bertasydid10.Tiada menambah wau (J ) yang sakin (mati) I berberis antara duo kalimah11.Tiada wau ( ) dahului daripada lafaz Allah ( )12.Tiada menukar sebutan huruf Hamzah ( ) pada kalimah Akbar dengan huruf Wau ( )13.Tiada menukar sebutan huruf Kaf ( ) pada kalimah 'Akbar' dengan huruf Hamzah ( )14.Tiada memanjang hukum mad pada kalimah 'Allah' melebihi 14 harakat 15 Tiada diam yang panjang antara 2 kalimah itu lebih dari kadar masa bernafas16. Atau diam yang pendek tetapi diqasadkan dengan memutuskan Takbiratul Ihram itu17. Sebutannya dapat didengar oleh dirinya dengan sekalian hurufnya18. Dimulakan setelah yakin/dzan sudah masuk waktu19. Dalam keadaan mengadap kiblat 20. Ditakbirkannya kemudian daripada takbir Imam bagi Makmum21. Tiada memalingkannya daripada Takbiratul Ihram kepada takbir yang lain daripadanya

3. Qiam ( ) -berdiri betul ( 3 syarat)

1. Disyaratkan bagi sembahyang Fardhu2. Disyaratkan bagi yang mereka yang berkuasa berdiri. 3. Membetulkan belakang sekadar berkuasa dalam qiam.

Page 3: 195 Perkara Asas Dalam Sembahyang

4. Membaca AI Fatihah ( 11 syarat)

1. Dibaca dengan bahasa Arab2. Dengan tertib antara segala kalimah3. Dengan mualat padanya ( kalimah )4. Memelihara akan segala hurufnya ( 141 huruf ) - tidak mengurangkan atau menambah hurufnya 5. Memelihara segala tasydid ( 14 tasydid ) - tidak mengurangkan atau menambah tasydidnya6. Tiada diam yang panjang dengan tiada uzur - lebih kadar bernafas atau diam yang pendek dengan niat

memutuskan bacaan7. Tiada kesilapan atau 'lahn ( ) yang boleh mencederakan maknanya mengikut Bahasa Arab8. Dibaca dalam keadaan berdiri atau gantinya (spt duduk dsb) ketika dalam keadaan uzur9. Dapat diperdengarkan pada dirinya sekelian hurufnya10.Tiada diselangi antara segala kalimahnya oleh zikir ajnabi (asing) yang tiada hubungan dengannya 11.Membaca semua ayatnya termasuk Bismillah pada setiap rakaat kecuali makmum yang masbuq

5. Rukuk (4 syarat)

1. Selepas tamam (sempurna ) Fatihah ( bagi lain daripada masbuq ) 2. Tunduk ke hadapan sekira-kira sampai dua tapak tangan ke lutut3. Tunduk dengan niat rukuk4. Tama’ ninah dalam rukuk (sekadar masa menyebut Subhanallah)

6. I’tidal ( ) ( 5 syarat )

1. Selepas tamam (sempurna) rukuk2. Bangkit kembali (qiam) ke tempat asal sebelum rukuk 3. Bangkit dengan niat i’ tidal4. Tidak melebihkannya lebih dari qadar masa membaca Fatihah5. Tama’ ninah

7. Sujud (8 syarat)

1. Selepas tamam (sempurna ) i’tidal2. Menghantarkan 7 anggotanya ke tempat sujud

iaitu dua belah tapak tangan/perut anak jari, dua kaki, dua lutut dan dahi3. Terbuka dahinya4. Ditekan kepala ke tempat sujud5. Tidak niat lain dari sujud6. Tidak sujud di atas sesuatu yang ditanggungnya - yang bergerak dengan geraknya 7. Meninggikan punggung dari kepalanya8. Tama’ ninah

8. Duduk antara dua sujud (5 syarat )

1. Selepas tamam (sempurna ) sujud pertama2. Tidak diqasadkan bangkit itu selain daripada untuk duduk antara dua sujud3. Membetulkan duduknya sekadar kuasanya4. Tiada memanjangkannya lebih dari kadar masa sekurang-kurang tahiyyat5. Tama’ ninah

9. Duduk Tahiyyat Akhir ( 3 syarat)

Page 4: 195 Perkara Asas Dalam Sembahyang

1. Selepas tamam sujud terakhir2. Tidak diqasadkan bangkit itu kecuali untuk duduk tahiyyat akhir3. Membetulkan duduknya sekadar kuasanya

10. Membaca Tahiyyat Akhir (8 syarat)

1. Memelihara akan sekelian hurufnya dari gugur2. Memelihara akan segala tasydidnya3. Tidak bertukar huruf-hurufnya itu dengan huruf yang lain4. Tidak ada kesilapan sebutan yang boleh mengubah makna 5. Dapat didengar oleh telinga sendiri6. Dibaca dalam bahasa Arab7. Muwalat segala kalimahnya8. Dibaca dalam keadaan duduk

11. Membaca Selawat Nabi s. a. w. dalam Tahiyyat Akhir (4 syarat)

1. Dibaca dalam Bahasa Arab2. Dengan lafaz Muhammad s.a.w.3. Memadai dengan ‘Rasulnya’ atau ‘Nabi’4. Dapat didengar oleh telinga sendiri

 12. Memberi Salam (11 syarat)

1. Diberi salam itu dalam Bahasa Arab2. Ditakrif dengan Alif dan Lam ( JI )3. Dengan khitab jamak ( )4. Dengan mim jamak ( )5. Memperdengarkan sekelian huruf kepada dirinya6. Berturut-turut segala kalimahnya7. Tiada qasad lain daripada salam8. Ketika duduk atau gantinya9. Dalam keadaan mengadap kiblat dari awal hingga akhir10.Tidak menambah sesuatu huruf / kalimah yang boleh mengubah makna/ayat 11.Tidak mengurangkan sesuatu hurut / kalimah yang boleh mengubah makna/ayat

13. Tertib 

PERKARA-PERKARA SUNAT (2 perkara)

1. Sunat Ab'adh (8 perkara)

1. Membaca Tahiyyat Awal2. Membaca Selawat ke atas Nabi s.a.w. di dalam Tahiyyat Awal3. Membaca Selawat ke atas keluarga Nabi s.a.w. di dalam Tahiyyat Akhir4. Duduk bagi membaca Tahiyyat Awal5. Berdiri membaca qunut di dalam Solat Subuh6. Membaca qunut 7. Membaca Selawat ke atas Nabi s.a.w., Keluarga serta Sahabat di dalam qunut 8. Membaca Salam ke atas Nabi s.a.w., Keluarga serta Sahabat di dalam qunut

Page 5: 195 Perkara Asas Dalam Sembahyang

2. Sunat Hai’ah ( )

1. Mengangkat kedua tangan ketika Tabiratul Ihram, ketika rukuk, iktidal dan bangkit dari Tahiyyat Awal2. Meletakkan tangan kanan di atas pergelangan tangan kiri ketika qiam3. Memandang tempat sujud sahaja kecuali ke jari telunjuk ketika menyebut ( ) dalam Tahiyyat Awal 4. Membaca doa Iftitah5. Membaca 'Auzubillah ( ) sebelum AI Fatihah6. Diam seketika sebelum dan sesudah sesuatu bacaan7. Membaca Amin sehabis AI Fatihah dengan nyaring atau perlahan menurut masanya8. Membaca sebarang ayat atau surah sesudah AI Fatihah dalam rakaat pertama dan kedua9. Memanjangkan ayat rakaat pertama lebih dari rakaat kedua10.Menyaringkan bacaan dalam solat Subuh, Hari Raya, Terawih, witir dan 2 rakaat pertama Maghrib serta Isya 11.Membaca takbir ketika berpindah dari satu rukun ke rukun yang lain kecuali ketika iktidal 12.Meletakkan tapak tangan di atas lutut ketika rukuk13.Menjarangkan jari-jari serta mengadapkannya ke arah kiblat14.Membaca tasbih 3 kali dalam rukuk dan sujud15.Meletakkan tangan sejajar dengan bahu ketika sujud16.Menjarangkan kaki lebih kurang sejengkal ketika sujud17.Membaca doc ( Rabbigh firli ) hingga seterusnya ketika duduk antara 2 sujud18.Duduk bersimpuh (iftirasy ) kecuali ketika duduk Tahiyyat Akhir 19.Duduk istirehah sebelum qiam untuk ke rakaat yang ke 220.Bertekan di tanah sewaktu hendak bangkit qiam 21.Memberi salam ke kiri22.Berpaling hingga kelihatan pipi orang di sisinya sewaktu memberi salam ke kiri dan kanan

5. PERKARA-PERKARA MAKRUH

1. Berpaling muka kanan atau kiri2. Berdiri di atas sebelah kaki3. Mendahulukan sebelah kaki atau merapatkan kedua kaki4. Menyimpul rambut, kain, serban, menyingsing lengan tangan baju5, Berludah dalam sembahyang atau di luar sembahyang ke hadapan kiblat6. Merendahkan kepala dari punggung ketika rukuk7. Menahan diri dari qada’ hajat besar atau kecil8. Bersolat ketika makanan sudah terhidang yang sekira-kira ianya boleh mengganggu kekhusyukan 9, Meninggalkan bacaan surah dua rakaat pertama10.Memanjangkan masa istirehat lebih dari duduk antara dua sujud11.Bersandar kepada sesuatu yang sekira-kira jatuh ia dengan jatuhnya tempat bersandar itu 12. Melanjutkan tasyahud awal clan membaca doc13.Meninggalkan doc dalam tasyahud akhir14.Membiarkan tempat kosong di dalam sat di hadapannya15.Berdiri seorang diri di luar saf ketika solat berjemaah

Page 6: 195 Perkara Asas Dalam Sembahyang

16.Tempat solat makmum lebih tinggi dari imam17.Sembahyang dalam bilik mandi18.Sembahyang di tempat sembelihan19.Sembahyang di dalam gereja20.Sembahyang dalam kandang haiwar.21.Sembahyang di tanah perkuburan22.Sembahyang di etas Kaabah23.Sembahyang di tempat tawaf24.Sembahyang di laluan orang ramai25.Mendongak ke langit26.Mengadap tempat yang bertulis clan bergambar27.Mengadap atau bertentang muka dengan manusia28.Ketika terlalu mengantuk29.Menguap’- apabila menguap sunat menahan diri sekadar berkuasa30.Menutup mulut kecuali menutupnya ketika terpaksa menguap

6. PERKARA-PERKARA MEMBATALKAN SEMBAHYANG (21 PERKARA)

1. Berkata-kata dengan sengaja dengan 2 huruf atau hanya dengan 1 huruf yang memberi faham2. Bergerak-gerak lebih dari 2 kali berturut-turut3. Kedatangan hadas kecil atau besar4. Kedatangan najis yang tidak dimaafkan5. Syak pada niat atau takbiratul ihram 6. Syak pada satu-satu syarat solat dan berkekalan pada syak itu 7. Syak pada apa sembahyang yang diniatkan8. Niat hendak memutuskan solatnya9. Digantungkan memutuskan solatnya dengan sesuatu10.Mengubah solatnya kepada solat yang lain11.Mengerjakan satu rukun feeli ( ) bukan pada tempatnya12.Berpaling dada dari kiblat13.Memberi salam bukan pada tempatnya14.Terbuka aurat15.Mengerjakan sesuatu yang membatalkan puasa seperti mengorek hidung dan lain - lain ... tak cukup lagi ni...

Page 7: 195 Perkara Asas Dalam Sembahyang

Kitab RujukanHidayatus SibyanTanwirul QulubSabilal MuhtadinMuniyatul MusolliSirus Salikin