1.Definisi Perkembangan Kjaya

24
NUR FADHILAH BT ABDULLAH FAUZI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SULTAN AZLAN SHAH PERKEMBANGAN KERJAYA KSL 3072

description

Silibus perkembangan kerjaya

Transcript of 1.Definisi Perkembangan Kjaya

NUR FADHILAH BT ABDULLAH FAUZI

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SULTAN AZLAN SHAH

PERKEMBANGAN KERJAYAKSL 3072

DEFINISI KERJAYA• Kerjaya (career) merujuk kepada bagaimana

individu melihat diri mereka dan hubungannya dengan apa yang mereka lakukan (Sharf, 1997)

• Kerjaya menurut Super (1957, 1972) adalah persedian-persedian yang dilakukan olh seorang individu sebelum bekerja dan juga peranan-peranan lain yang dilakukan olehnya selepas bersara.

• Super (1957, 1971, 1972) menjelaskan bahawa kerjaya adalah satu siri keadaan yang berlaku secara berturutan dalam kehidupan seseorang yang berkaitan dengan pemilihan kerjaya, peranan yang dimainkan serta status seseorang itu sepanjang kehidupannya.

• Ivey dan Morril (1968) menyatakan bahawa proses kerjaya merupakan satu proses yang berterusan dengan seseorang itu melibatkan diri dalam siri tugas perkembangan yang perlu bagi perkembangan peribadi dalam dunia pekerjaan.

Definisi Perkembangan Kerjaya

Perkembangan kerjaya adalah satu proses yang formal, tersusun serta suatu usaha yang dirancang untuk mencapai keseimbangan antara keperluan kerjaya dan kehendak tenaga kerja. Ia juga merupakan satu mekanisme bagi memenuhi keperluan sumber manusia dalam suatu organisasi untuk masa kini dan masa datang.

Kaunseling Kerjaya (career counseling)• Brown dan Brook (1986)- kaunseling

kerjaya sebagai satu proses interpersonal yang direka bentuk untuk membantu individu-individu yang mengalami masalah perkembangan kerjaya.

• Kaunseling kerjaya merupakan satu proses psikologi sepanjang hayat yang berinteraksi secara dinamik dengan peranan lain dalam kehidupan.

Bimbingan KerjayaMerupakan proses mendidik yang melibatkan

maklumat-maklumat diberikan kepada pelajar dalam usaha untuk membantu pelajar bergerak maju secara progresif ke arah matlamat yang dicita-citakan (Myrick, 1997).

Biasanya diberi oleh pendidik profesional seperti guru dan kaunselor dan dibantu oleh sistem sokongan yang lain.

Jadi bimbingan kerjaya merupakan sebahagian daripada program bimbingan yang direka untuk menolong pelajar di dalam perkembangan kerjaya dan kaunseling kerjaya membabitkan sebahagian daripada program bimbingan yang melibatkan memberikan kaunseling kepada pelajar berkaitan perkembangan kerjaya.

Masalah Pemilihan KerjayaPemilihan bidang pendidikan dan kerjaya

menjadi semakin rumit dan kompleks disebabkan terdapatnya berbagai-bagai kebolehan dan keinginan manusia.

Keputusan individu untuk memilih bidang pengajian atau kerjaya bolej jadi tepat atau sebaliknya. Ianya bergantung kepada bimbingan yang diterima dan kematangan seseorang untuk membuat keputusan.

Sistem pemilihan yang tidak berkesan akan menerima campuran calon yang sesuai dan tidak sesuai

Parson (dlm. Crites 1981) menyatakan bahawa pemilihan kerjaya ialah satu proses membuat keputusan yang paling penting dalam kehidupan seseorang individu apabila mula memikirkan untuk memasuki dunia pekerjaan yang sebenar.

Masalah pemilihan kerjaya adalah satu kategori masalah besar yang dihadapi oleh pelajar.

Amir Awang (1983) menyatakan 3 sebab utama kesukaran untuk membuat pemilihan kerjaya dikalangan pelajar:

1.Masalah tidak boleh membuat keputusan disebabkan seseorang itu mempunyai minat dalam pelbagai bidang, minat tidak jelas atau tidak mempunyai minat langsung terhadap apa-apa sahaja kerjaya.

2. Ketiadaan kesempurnaan semasa membuat pilihan, iaitu pelajar tidak dapat mengagak minatnya, kebolehannya dan personalitinya dengan baik dan kerana itu pilihan kerjaya yang dibuat tidak setimpal dengan sifat-sifat peribadinya.

3. Kekurangan pengetahuan dan maklumat tentang pekerjaan dan atau kerjaya yang akhirnya menimbulkan masalah identiti.

Lockwood (dlm. Amir Awang 1983) menyatakan bahawa dalam konteks pemilihan kerjaya, pilihan yang dibuat oleh pelajar lebih memberatkan pencapaian kemajuan sosial tanpa memikirkan kesesuaiannya serta kesetimpalannya dengan kebolehan, minat serta keupayaan mereka.

Suradi (2004) menyatakan dua sebab utama mengapa berlaku kesukaran apabila membuat pemilihan kerjaya dikalangan pelajar. Antaranya ialah :-

i. Pelajar bermasalah dalam mencari maklumat,ketiadaan sumber tentang pekerjaan atau kerjaya yang boleh digunakan sebagai rujukan

ii.Kekurangan kemahiran atau motivasi untuk mendapatkan maklumat tentang pekerjaan atau kerjaya yang akhirnya menimbulkan masalah identiti kpd seseorang pelajar

Tiga peringkat asas dalam merancang kerjaya menurut Harris adalah :-

- Mendapatkan kefahaman berkaitan diri sendiri:cara membuat keputusan,matlamat peribadi,konsep kendiri,minat,kemahiran dan pengalaman

- Mendapatkan kemahiran berkaitan kemahiran persekitaran di mana dia hidup (organisasi dunia kerjaya,pilihan-pilihan kerjaya dan maklumat ttg kerjaya

- Mengintegrasikan antara maklumat diri dan maklumat dunia pekerjaan:membuat keputusan yg tepat-mengambil tindakan untuk melaksanakan keputusannya

KAJIAN BERKAITAN DENGAN PEMILIHAN KERJAYAKajian yang dilakukan oleh Ishak

Yusoff,Rahmah Ismail dan Robiah Sidin mengkaji tentang graduan dan alam pekerjaan menyatakan bahawa pengangguran dan kedesakan hidup selepas memperolehi ijazah menyebabkan pelajar menerima apa sahaja kerja yang ditawarkan oleh majikan tanpa mempunyai keinginan yg khusus

Keselarasan KerjayaLazarus (1970) mendefinisikan keselarasan

sebagai satu usaha yang dilakukan untuk menyesuaikan, memadankan dan menyamakan nilai-nilai yang sedia ada dengan satu yang baru diterima.

Plato menyatakan: pertama sekali, tiada dua manusia yang dilahirkan serupa, setiap seseorang berbeza antara satu sama lain dari segi pembawaan semula jadinya; seorang sesuai untuk satu pekerjaan, sementara yang seorang lagi sesuai untuk pekerjaan yang lain

KENAPA PERLU WUJUDNYA KESELARASANSUPAYA INDIVIDU PRODUKTIF DAN

MENGHASILKAN KERJAYA YANG BERKUALITISUPAYA INDIVIDU DAPAT MENCAPAI

KEPUASAN KERJA DAN HIDUPNYASUPAYA INDIVIDU MAMPU MENYUMBANG

DENGAN BAIK MENCAPAI MATLAMAT ORGANISASI

Isu-isu Keselarasan KerjayaKlien dan Wiener- Tret dan Faktor-

menyatakan bahawa untuk berjaya dalam sesuatu perkerjaan seseorang perlu memiliki tret-tret tertentu.

Semakin hampir keselarasan antara ciri-ciri personal dengan keperluan-keperluan dalam sesuatu pekerjaan, maka semakin besar kemungkinan untuk berjaya.

Holland (1985,1997) berpendapat bahawa pemilihan kerjaya mestilah selaras dgn ciri-ciri individu. Pemilihan kerjaya yang sesuai akan dapat mengurang dan mengelak daripada berlakunya pertukaran kerja

Ginzberg menyatakan proses pemilihan kerjaya akan berakhir apabila wujud kompromi antara minat, nilai, kebolehan dan peluang-peluang perkerjaan yang ada.

Jahoda (dlm. Pervin 1968)- satu padanan atau keselarasan terbaik antara individu dengan persekitaran dilihat sebagai sesuatu yang menunjukkan perlaksanaan tinggi, kepuasan dan kurang ketegangan dalam sistem; sementara ketidakselarasan dilihat sebagai menghasilkan perlaksanaan rendah, ketidakpuasan dan ketegangan sistem

Super (dlm. Weinrach 1979: 151)- kepuasan kerja dan kepuasan hidup bergantung kepada sejauh mana seseorang individu itu mendapat jalan keluar yang mencukupi untuk menyalurkan kebolehan, minat, trait-trait personaliti, serta nilai-nilainya

Konsep kepuasan bekerja berbeza antara seorang dengan yang lain. Pekerja yang mempunyai kepuasan kerja yang tinggi dikatakan dapat menghasilkan kerja yang bermutu dan produktif

Antara faktor kepuasan kerja ialah keadaan kerja,gaji,peluang kenaikan pangkat,perhubungan dengan rakan sekerja,faedah sampingan dll.

KEJAYAAN TIDAK DATANG BERGOLEK…JIKA PERNAH GAGAL JANGAN JADIKAN IA

ALASAN UTK GAGAL LAGI

Sekian terima kasih

TUGASAN

PILIH SATU (1) KERJAYA YANG ANDA IMPIKAN DAN BINA SIJIL CITA-CITA MENGIKUT KEKREATIFAN MASING-MASING