vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang...

168
KESESUAIAN PENGGUNAAN TEKS CERPEN DALAM KALANGAN MURID ALIRAN SAINS Oleh NUR AINI BT BIDIN Laporan Projek Ilmiah Tahun Akhir 1

Transcript of vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang...

Page 1: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

KESESUAIAN PENGGUNAAN TEKS CERPEN DALAM KALANGAN MURID ALIRAN SAINS

Oleh

NUR AINI BT BIDIN

Laporan Projek Ilmiah Tahun Akhir

Dikemukakan kepada Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia

sebagai memenuhi keperluan untuk kursus FCE4999

Januari 2013

1

Page 2: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

Laporan Projek Ilmiah Tahun Akhir

Dikemukakan kepada Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia

sebagai memenuhi keperluan untuk kursus FCE4999

KESESUAIAN PENGGUNAAN TEKS CERPEN DALAM KALANGAN MURID ALIRAN SAINS

Oleh

Nur Aini Bt Bidin

Januari 2013

Penyelia : Dr. Ramli Bin Basri

Fakulti : Fakulti Pengajian Pendidikan

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesesuaian penggunaan teks cerpen dalam kalangan murid aliran sains yang meliputi tahap minat, kesesuaian dan permasalahan dalam pembelajaran teks cerpen di Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra Kangar, Perlis.

Kajian ini dijalankan kerana terdapat permasalahan yang berkaitan dengan penggunaan teks cerpen yang terlalu banyak untuk dibaca dan sukar untuk memahami perkataan-perkataan, rangkaikata-rangkaikata sastera yang terdapat dalam teks cerpen. Selain itu juga, dari segi pemilihan teks cerpen menjadi sebahagian masalah disebabkan oleh tajuk atau perjalanan cerita dalam teks cerpen tidak sesuai dengan pemikiran dan persekitaran sekeliling murid.

Kajian ini mempunyai 3 objektif iaitu mengenal pasti minat murid menggunakan teks cerpen bagi pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid aliran sains, mengenal pasti kesesuaian penggunaan teks cerpen bagi pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid aliran sains dan mengenal pasti masalah yang wujud bagi penggunaan teks cerpen sebagai bahan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid aliran sains. Antara teks cerpen yang dikaji ialah Ibu dan Ceper, Memori Seorang Tua, Israk, Pemain Catur, Mellisa dan Biarkan Samudera.

Penyelidikan yang dijalankan ini merupakan kaedah kajian deskriptif tinjauan. Seramai 127 orang murid Tingkatan 4 aliran sains terlibat dalam kajian ini. Untuk kajian ini, pengkaji menggunakan satu set instrumen kajian yang merangkumi empat bahagian. Bahagian A adalah mengenai latar belakang murid manakala Bahagian B, C dan D mengandungi item-item berkaitan dengan minat murid, kesesuaian teks cerpen dan masalah yang dihadapi murid dalam pembelajaran teks

2

Page 3: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

cerpen. Dalam kajian ini, borang soal selidik yang dikemukakan adalah soalan bersama respons dan berdasarkan skala Likert yang mengandungi kenyataan seperti sangat setuju, setuju, tidak setuju dan sangat tidak setuju.

Pada keseluruhannya, hasil dapatan menunjukkan murid aliran sains lebih meminati cerpen Ibu dan Ceper kerana cerpen ini mempunyai mesej yang menarik, mudah difahami dan isi cerita yang bersesuaian. Tahap kesesuaian penggunaan teks cerpen adalah pada peringkat sederhana iaitu min = 2.97 manakala bagi min keseluruhan untuk permasalahan yang wujud dalam menggunakan teks cerpen berada pada tahap sederhana iaitu sebanyak 2.39.

Perbincangan kajian menjelaskan bahawa dapatan kajian pengkaji adalah selari dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh Zaini Bt Salleh yang mendapati minat terhadap cerpen dipengaruhi oleh faktor yang mudah difahami dan mempunyai mesej yang menarik. Pengkaji mencadangkan beberapa langkah yang perlu diambil berat oleh pihak guru dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Antaranya ialah guru perlu mengekalkan strategi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik berdasarkan cerpen yang murid minati dan mengambil inisiatif terbaik dalam menarik minat murid terhadap cerpen yang kurang diminati. Selain itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga perlu mengkaji semula cerpen yang kurang diminati oleh murid samada perlu diteruskan atau diubahsuai dari segi pengajaran dan pembelajaran guru agar cerpen tersebut dapat difahami dan diminati oleh murid itu sendiri.

Kesimpulannya, dapatan kajian ini menunjukkan pada keseluruhannya minat, kesesuaian dan masalah murid aliran sains Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra terhadap kesesuaian penggunaan teks cerpen dalam kalangan murid aliran sains berada pada tahap yang sederhana.

3

Page 4: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

Report of Final Year Project Paper

Presented to the Faculty of Educational Studies, University Putra Malaysia,

in partial fulfillment of the requirements for the FCE4999 Course

THE SUITABILITY OF THE USE OF SHORT STORIES AMONG SCIENCE STUDENTS

By

Nur Aini Bt Bidin

January 2013

Supervisor : Dr. Ramli Bin Basri

Faculty : Fakulti Pengajian Pendidikan

This study was regarding the extent of the suitability of the use of short stories among science students which includes the level of interest towards short stories, the suitability of short stories in Malay Language learning, and the problems in learning the short stories are answered in this study Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra Kangar, Perlis.

In this study there are problems associated with the use of story is too much text to read and difficult to understand the words, phrases, literary phrases in the text short stories. In addition, in terms of text selection of short stories become part of the problem is caused by the title or travel story in the short story text does not fit around students' thinking and environment.

This study analyzes has three objectives, namely to identify students interest short story text for learning Malay language among students in the science stream, identify the suitability of the short story for learning Malay language among students in the science stream and identify the problems that exist for the use of text as a short story learning Malay language among students in science. Among the short stories studied texts for this purpose is the “Ibu dan Ceper”, “Memori Seorang Tua”, “Israk”, “Pemain Catur”, “Mellisa” dan “Biarkan Samudera”.

For additional information regarding compatibility use KOMSAS short story text in English learning, as a descriptive survey method used by using instruments. A total of 127 pupils in Grade 4 science involved in the study. For this study, the

4

Page 5: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

researcher uses an instrument set that includes four parts. Part A is to get information about the selected respondents indicate race and gender and Part B, C and D contain items related to student interest, suitability of short story text and problems of students in learning short story text. In this study, the questionnaire responses submitted are common questions and based on the Likert Scale containing statements such as strongly agree, agree, disagree and strongly disagree.

Discussion of the study explained the findings of a study conducted by Zaini Bt Salleh who find interest in short stories influenced by factors that are easily understood and have an interesting message. Study recommended a number of steps need to be taken care of by the teachers and the Ministry of Education. Among them are teachers required to maintain teaching and learning strategy based on the short story the better the students best interest and take the initiative in attracting students to the story is less interesting. In addition, the Ministry of Education should also review the story is less appealing to students either be continued or modified in terms of teaching and learning so that teachers are able to understand short stories and interest by the pupils themselves.

On the whole, the findings of this study show students more interested in science and stories have an interesting message while the story is less appealing to science stream “Ibu dan Ceper” because these stories have an interesting message, easily understood and relevant plot. The suitability of the use of text is a short story in the medium level, mean = 2.97 while the overall mean for the problems inherent in the use of the text short stories are at the medium level of 2:39.

5

Page 6: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

PENGHARGAAN

Pengkaji bersyukur ke hadrat Allah S. W. T kerana dengan limpah dan kurniaNya akhirnya projek ini dapat disempurnakan. Dengan penuh rasa rendah diri, pengkaji ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu, sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan projek ini.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Ramli Bin Basri selaku penyelia projek yang telah banyak memberi bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar sepanjang penyelenggaraan projek ini. Kesabaran dan dedikasi beliau dalam melaksanakan tugas ini sangatlah dihargai oleh pengkaji, semoga Allah membalas segala jasa baik beliau seisi keluarga.

Penghargaan dan ucapan terima kasih ini juga pengkaji tujukan kepada semua tenaga pengajar yang telah memberikan ilmu dan membantu pengkaji sepanjang menuntut di Universiti Putra Malaysia ini. Insya’ Allah segala ilmu yang pengkaji peroleh akan dijadikan panduan dan pegangan bagi meneruskan kehidupan ini.

Akhir sekali penyempurnaan projek ini dapat menjadi kenyataan kerana inspirasi, dorongan, dan sokongan yang berterusan daripada keluarga pengkaji terutama ayahanda dan bonda yang amat dikasihi yang sentiasa mendoakan kejayaan pengkaji. Kepada mereka, pengkaji mengabadikan projek ini. Amin.

Terima kasih.

6

Page 7: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

Saya mengesahkan bahawa Laporan Projek Ilmiah Tahun Akhir bertajuk Kesesuaian Penggunaan Teks Cerpen Dalam Kalangan Murid Aliran Sains oleh Nur Aini Bt Bidin telah dikemukakan dan diperiksa oleh Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Saya memperakukan laporan ini memenuhi keperluan untuk kursus FCE4999.

…………………………………

Dr. Ramli Bin Basri

Jabatan Asas Pendidikan,

Fakulti Pengajian Pendidikan

Universiti Putra Malaysia

Tarikh :

7

Page 8: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

PERAKUAN

Saya memperakui bahawa Laporan Projek Ilmiah Tahun Akhir ini adalah hasil kerja saya yang asli melainkan petikan dan sedutan yang tiap-tiap satunya telah dijelaskan sumbernya. Saya juga memperakui bahawa laporan ini tidak pernah dimajukan sebelum ini, dan tidak dimajukan serentak dengan ini, untuk kursus lain sama ada di Universiti Putra Malaysia atau di institut lain.

……………............................

NUR AINI BT BIDIN

Tarikh :

8

Page 9: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

KANDUNGAN

Halaman

ABSTRAK ……………………………………………………………. ii

ABSTRACT …………………………………………………………… iv

PENGHARGAAN……………………………………………………… vi

PENGESAHAN………………………………………………………… vii

PERAKUAN…………………………………………………………… viii

SENARAI JADUAL…………………………………………………… xii

SENARAI SINGKATAN………………………………………………. xiii

BAB 1 : PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan ……………………………………………………… 1

1.2 Latar Belakang Kajian ………………………………………….. 3

1.3 Pernyataan Masalah …………………………………………….. 9

1.4 Objektif Kajian ………………………………………………… 13

1.5 Persoalan Kajian ……………………………………………….. 14

1.6 Kepentingan Kajian …………………………………………… 14

1.7 Batasan Kajian ………………………………………………… 15

1.8 Definisi Konseptual dan Operasional ………………………… 16

1.9 Rumusan ……………………………………………………… 21

BAB 2 : SOROTAN LITERATUR

2.1 Pengenalan …………………………………………………… 22

2.2 Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu (KOMSAS) …… 249

Page 10: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

2.3 Penggunaan Bahan Kesusasteraan (Teks Cerpen) dalam

Pembelajaran Bahasa Melayu …………………………………… 26

2.4 Matlamat Penggunaan Teks Cerpen dalam KOMSAS ..………… 29

2.5 Kepentingan Pembelajaran Bahasa Menggunakan Teks Cerpen …. 30

2.6 Kesesuaian Penggunaan KOMSAS (Teks Cerpen) ……………… 33

2.7 Minat Murid dalam Pembelajaran Komsas ……………………… 36

2.8 Masalah yang Dihadapi Murid dalam Pembelajaran Teks Cerpen .. 39

2.9 Rumusan …………………………………………………………… 41

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan ………………………………………………………… … 42

3.2 Reka Bentuk Kajian ………………………………………………… 42

3.3 Lokasi Kajian ………………………………………………………. 43

3.4 Populasi dan Persampelan Kajian ………………………………….. 44

3.5 Instrumen Kajian ………………………………………………… … 47

3.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan Alat Kajian ……………………….. 51

3.7 Prosedur Pengumpulan Data ……………………………………….. 53

3.8 Analisisa Data ……………………………………………………. … 54

3.9 Rumusan ……………………………………………………………. 56

BAB 4 : DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan ………………………………………………………… … 57

4.2 Latar belakang Responden …………………………………………… 57

4.3 Maklumat Demografi Responden…………………………………… 58

10

Page 11: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

4.4 Taburan Bangsa ……………………………………………………. 59

4.5 Analisis Dapatan Kajian

4.5.1 Objektif 1………………………………………… … 60

4.5.2 Objektif 2 ………………………………………… 64

4.5.3 Objektif 3 ………………………………………… 68

4.6 Rumusan …………………………………………………………… 70

BAB 5 : KESIMPULAN & CADANGAN

5.1 Pengenalan …………………………………………………………. 72

5.2 Rumusan Kajian Keseluruhan ……………………………………… 73

5.3 Perbincangan Kajian ……………………………………………….. 73

5.4 Minat Murid Menggunakan Teks Cerpen bagi Pembelajaran

Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Aliran Sains ……………….. 74

5.5 Kesesuaian Penggunaaan Teks Cerpen bagi Pembelajaran

Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Aliran Sains ………………… 76

5.6 Masalah-Masalah yang Dihadapi Murid dalam Pembelajaran

Teks Cerpen ………………………………………………………….. 80

5.7 Cadangan …………………………………………………………….. 83

5.8 Cadangan untuk Kajian Selanjutnya ………………………………….. 88

5.9 Rumusan ……………………………………………………………….. 88

RUJUKAN …………………………………………………………………. 90

LAMPIRAN ………………………………………………………………… 94

11

Page 12: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

SENARAI JADUAL

Jadual Halaman

3.1 Penentu Sampel Krejcie dan Morgan 45

3.2 Populasi dan Sampel Kajian 46

3.3 Pemilihan Sampel Secara Rawak Berstrata Mengikut Kadar 47

3.4 Jadual Item Istrumen Kajian Sekolah Menengah 49

3.5 Keputusan Hasil Kajian Rintis ‘Cronbach Alpha’ 52

3.6 Interpretasi Skor Min 55

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 58

4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 59

4.3 Tahap Seronok dan Minat Murid Membaca Teks dalam KOMSAS 60

4.4 Teks Cerpen yang Paling Diminati dalam KOMSAS 61

4.5 Pandangan Murid Terhadap Enam Buah Cerpen 62

4.6 Kesesuaian Teks Cerpen dalam Pembelajaran Bahasa Melayu 64

4.7 Masalah-Masalah yang Dihadapi Murid dalam Pembelajaran

Teks Cerpen 68

12

Page 13: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

SENARAI SINGKATAN

BM Bahasa Melayu

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KOMSAS Komponen Sastera

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia (Kementerian Pelajaran Malaysia)

P&P Pengajaran dan Pembelajaran

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

SPSS Statistical Package for Social Science

UPM Universiti Putra Malaysia

13

Page 14: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sejarah perkembangan sastera dan kesusasteraan memperlihatkan suatu

bentuk pemikiran dan kesusasteraan yang mempunyai pertalian rapat dengan bahasa.

Berdasarkan hakikat tersebut Komponen Sastera (KOMSAS) diterapkan dalam

pengajaran bahasa khususnya dalam pelajaran Bahasa Melayu. Kenyataan ini selaras

dengan pendapat Awang Sariyan (2006) yang menyatakan Bahasa Melayu telah

menjadi bahasa kerajaan, bahasa perdagangan, bahasa pengajian agama, dan lingua

franca serta sekali gus meletakkan Bahasa Melayu mencapai puncak kecemerlangan

sebagai bahasa tamadun bangsa Melayu. Maka, komponen sastera menjadi unsur

terpenting supaya sama-sama berdiri memperkasakan Bahasa Melayu walaupun

menghadapi pelbagai ancaman atau godaan yang melanda.

Kementerian Pendidikan telah memberi kebebasan kepada guru Bahasa

Melayu untuk memilih bahan yang sesuai untuk digunakan dalam pengajaran di

dalam kelas. Kebebasan yang dimaksudkan ini termasuklah pemilihan bahan untuk

diguna pakai dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, kerana kriteria

pendidikan beranggapan guru-guru berupaya untuk mencari, memilih dan

menggunakan bahan-bahan yang sesuai dengan situasi pengajaran mereka. Selaras

14

Page 15: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

dengan ini, Yahya Othman et. al, (2009) menjelaskan teks komsas dipilih dan

digunakan di sekolah bermula dari tahun 2000 kerana kebanyakannya sesuai dengan

usia remaja yang telah melibatkan pelbagai situasi yang memberi ruang kepada

mereka untuk membuat keputusan-keputusan yang munasabah dan boleh

dipertimbangkan oleh guru. Sebagai contohnya dalam konteks pengajaran dan

pembelajaran di kelas tingkatan satu, guru menggunakan teks cerpen “Sehijau Warna

Daun” karya Zaen Kasturi sebagai bahan pengajaran dan teknik penyelesaian

masalah menjadi satu pilihan sebagai teknik pengajaran dan pembelajaran. Peristiwa

dan masalah yang dihadapi oleh watak-watak di dalam cerpen berkenaan boleh

dijadikan forum yang boleh dimanfaatkan oleh murid.

Pada kebiasaanya, teks prosa seperti cerpen, novel, drama dan prosa

tradisional sering menjadi bahan perbincangan murid. Antara kelebihan dan

kewajaran menggunakan bahan sastera dalam pendidikan adalah bertujuan untuk

membantu meningkatkan proses belajar dan mengajar Bahasa Melayu. Antara

kemahiran asas yang diberi penekanan dalam Bahasa Melayu adalah seperti

kemahiran kisan, membaca, bertutur dan menulis yang memerlukan penghayatan dan

pengukuhan dengan bahan sastera (Naffi Mat, 2006). Oleh itu, penggunaan bahan

sastera perlu sesuai dan menarik dalam pendidikan Bahasa Melayu kerana hal ini

akan membuka ruang kepada murid bagi melihat dunia dengan lebih luas. Ia bermula

daripada pengalaman sendiri dan meneroka pengalaman luar hidupnya melalui

hubungan dengan masyarakat dan budayanya.

15

Page 16: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

1.2 Latar Belakang Kajian

Hubungan bahasa dan sastera tidak dapat dipisahkan dan sering diungkapkan

bagai isi dengan kuku yang melambangkan bahawa kesusasteraan mempunyai

pertalian yang rapat dengan bahasa. Karya atau bahan sastera yang dihasilkan

merupakan asal usul daripada pertalian bahasa itu sendiri. Kenyataan ini pernah

disokong oleh Marohaini Yusof (2001), bahawa kesusasteraan mempunyai hubung

kait yang amat rapat dengan bahasa. Sastera dan bahasa bagaikan irama dan lagu

yang merupakan dua perkara yang sukar dipisahkan. Ciri-ciri bahasa dapat

ditonjolkan melalui penghasilan karya sastera, terutama dalam karya yang

melambangkan keunikan sesebuah karya dalam menekankan keupayaan dan potensi

bahasa itu.

Bahan-bahan sastera mempunyai unsur-unsur estetik yang mampu menarik

minat dan perhatian pelajar untuk mempelajari Bahasa Melayu dengan lebih

berkesan. Tanpa bahasa, tidak akan dapat melahirkan kesusasteraan malah dengan

adanya karya-karya yang terdiri daripada teks-teks yang indah akan mampu

menambahkan seri pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Berdasarkan

hakikat tersebut Komponen Sastera (KOMSAS) perlu diterapkan di dalam

pengajaran Bahasa Melayu. Kenyataan ini selaras dengan Kementerian Pendidikan

Malaysia (2001), yang menjelaskan bahawa tujuan memasukkan komponen sastera

dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah untuk meningkatkan dan mengukuhkan

minat murid membaca pelbagai genre sastera. Secara tidak langsung, pengajaran

16

Page 17: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

KOMSAS ini dapat menjayakan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yakni

melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Pengajaran yang menggunakan KOMSAS dalam sukatan pelajaran Bahasa

Melayu bukanlah satu perkara yang baru dalam dunia pendidikan di Malaysia. Walau

bagaimanapun, Naffi Mat (2012), menyatakan bahawa cabaran guru sangat ketara

apabila kombinasi sastera (KOMSAS) dalam Bahasa Melayu di sekolah

diperkenalkan sejak tahun 2000. Kementerian Pendidikan telah memberi kebebasan

kepada guru Bahasa Melayu untuk memilih bahan yang sesuai digunakan dalam

pengajaran di dalam kelas. Guru juga boleh mencari, memilih dan menggunakan

bahan-bahan pengajaran mengikut situasi pengajaran mereka. Penggunaan

komponen sastera dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu cukup jelas

dapat dilihat di dalam buku teks yang dibekalkan oleh sekolah-sekolah. Hal ini jelas

menyatakan bahawa pendidikan Bahasa Malaysia Sekolah Menengah akan terus

meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis

dalam kalangan murid remaja dan memupuk kepekaan terhadap variasi bahasa dalam

pelbagai situasi, sistem bahasa dan gaya bahasa yang indah yang akan menanam

kesedaran terhadap unsur dan nilai kemanusiaan secara menyeluruh melalui

pembacaan bahan ilmu dan hasil kesusasteraan (Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu,

2001).

17

Page 18: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

Kenyataan di atas jelas menunjukkan komponen sastera dalam pengajaran

dan pembelajaran Bahasa Melayu dapat meningkatkan penguasaan kemahiran

mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam kalangan murid sekolah

menengah khususnya. Kesusasteraan mempunyai bahasa-bahasa yang indah, menarik

dan memikat. Berdasarkan ciri-ciri yang terdapat di dalam kesusasteraan ini amat

sesuai digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kerana

kesusasteraan mampu menimbulkan keseronokan kepada murid di samping

memperoleh pengetahuan. Keseronokan yang ditonjolkan di dalam pengajaran dan

pembelajaran mampu memudahkan murid memahami isi pengajaran yang

disampaikan tanpa ada gangguan atau tekanan. Zaini Bt Salleh (2002), mengatakan

bahawa bahasa yang disusun, diatur dan diolah dengan menarik dan indah, akan

menjadi tarikan utama kepada sesebuah karya sastera. Malah, kesusasteraan yang

dibina hasil daripada paparan keindahan yang menarik dan memikat tentu sekali

merupakan alat yang baik untuk membimbing dan membentuk murid.

Abdullah Sani Yahaya (2003), menyatakan KOMSAS menyimpan suatu

khazanah yang berbudaya tinggi kerana nilai-nilai dan kesantunan yang masih

tersembunyi dicelah-celah kehidupan masyarakat yang boleh diguna pakai untuk

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kepelbagaian unsur yang terdapat di

dalam KOMSAS merupakan satu keistimewaan sebagai elemen tarikan yang mampu

menjadikan KOMSAS sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran (P & P) Bahasa

Melayu. Kenyataan ini ditegaskan lagi oleh Zaini Bt Salleh (2002), yang menyatakan

bahawa KOMSAS bukanlah karya sastera yang terpinggir dan dihasilkan oleh

penulis yang terpinggir, malah karya sastera yang diperakukan oleh Kementerian

18

Page 19: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

Pelajaran ini mempunyai nilai-nilai sastera yang tinggi dan penilaian serta pemilihan

terhadapnya juga dilakukan oleh tokoh-tokoh akademik, tokoh bahasa dan tokoh

sastera.

Nik Hassan Nik Ab. Kadir (2007), menyatakan bahawa dengan membaca

karya sastera Melayu mereka dapat menghayati dan menyelami perasaan insan lain

secara kreatif dan kritis seperti yang digambarkan dalam karya yang dibacanya itu,

lebih-lebih lagi apabila bentuk, isi dan mesejnya ialah yang berkaitan dengan perihal

masyarakat dan nilai-nilai kehidupan. Teks sastera yang dipilih juga dapat

menimbulkan rangsangan kepada mata pelajaran yang lain. Kepelbagaian tema di

dalam KOMSAS secara tidak langsung dapat mempertingkat daya kemahiran

berfikir murid.

Menurut Samat Buang (2000), walaupun unsur sastera telah dilaksanakan

dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, namun berdasarkan kajian yang telah

dijalankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum pada tahun 1995 dan 1998, didapati

pelaksanaannya kurang berkesan kerana tidak ada satu teks wajib yang ditetapkan

dan soalan peperiksaan kebanyakannya berdasarkan pemahaman dan lebih

menekankan kemahiran bahasa dan bukan kepada kemahiran sastera.

19

Page 20: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

Kamaruzaman (2002), mengatakan bahawa penekanan nilai murni lebih

tertumpu kepada karya sastera yang digunakan mengikut kesesuaian, keperluan dan

kaitannya dengan setiap peristiwa dan watak yang mengandungi nilai murni atau

nilai kemanusiaan yang boleh dijadikan pengajaran dan pedoman hidup. Di samping

itu, murid juga dapat mengenali penulis serta mengetahui perkembangan seni penulis

sastera di Malaysia berdasarkan hasil karya yang dipilih. Murid juga dapat menilai

dan mengulas karya sastera di samping mendapat pengajaran daripada karya yang

dibaca.

Fokus utama penggunaan komponen sastera adalah melihat atau mengkaji

keindahan bahasanya. Melalui pembacaan karya sastera murid dapat menikmati serta

menghayati nilai-nilai yang terdapat di dalam kesusasteraan Melayu. Melalui karya

sastera, murid dapat memperkembangkan lagi perbendaharaan kata, mendalami

dengan lebih luas struktur tatabahasa, meningkatkan kemahiran mendengar, bertutur,

membaca serta menulis dalam Bahasa Melayu. Matlamat pengajaran bahasa yang

utama dan berterusan ialah untuk memberi kemahiran penguasaan dan

penggunaannya dengan aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Kemahiran ini dapat ditingkatkan lagi melalui proses pengayaan dan penghayatan

bahasa yang terdapat dalam komponen kesusasteraan (Zaini Bt Salleh, 2002).

20

Page 21: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

Kepentingan penggunaan bahan kesusasteraan ini selari dengan objektif

penggunaan komponen kesusasteraan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Ini turut

dijelaskan oleh Lim Swee Tin (2005) terdapat tujuh objekif iaitu :

a) meningkatkan dan mengukuhkan ketrampilan berbahasa

b) memupuk budaya membaca

c) menghayati karya sastera

d) menerapkan nilai dan pengajaran

e) menghasilkan karya sastera

f) mengenal tokoh dan sejarah perkembangan sastera

g) menghayati keindahan bahasa dalam karya dan menggunakannya

dalam penulisan.

S. Othman Kelantan (2000), menyatakan pertumbuhan dan sejarah manusia

seluruh dunia umumnya dan bangsa Melayu khususnya, sastera menjadi lambang

kejiwaan bangsa Melayu. Sastera juga menerapkan disiplin ilmu yang baik kepada

pembaca kerana di dalam komponen kesusasteraan merupakan karya yang relevan

yang mampu diserapkan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran dengan

menonjolkan tema dan persoalan yang sentiasa berhubung kaitnya dengan kehidupan

dunia masyarakat Melayu.

21

Page 22: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

1.3 Pernyataan Masalah

Pendidikan di Malaysia menerapkan komponen sastera sebagai pengajaran

dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu pada peringkat sekolah menengah.

Komponen sastera mengandungi unsur-unsur yang menarik serta dapat menarik

minat murid untuk mempelajari dan menguasai ilmu Bahasa Melayu dengan lebih

baik dan berkesan. Kenyataan tersebut menunjukkan bahawa kesusasteraan itu

penting dalam pengajaran bahasa kerana ini bertepatan dengan langkah Kementerian

Pendidikan yang mengharapkan murid dapat memberi penekanan dan perhatian yang

lebih terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu.

Pelaksanaan KOMSAS di sekolah-sekolah dapat memartabatkan

Kesusasteraan Melayu kerana sebelum ini Kesusasteraan Melayu hanya dipelajari

oleh segolongan kecil murid daripada aliran Kemanusiaan. Hal ini turut dijelaskan

oleh Izzah Abdul Aziz (2000) iaitu dalam pembelajaran KOMSAS murid harus

memahami teks yang dibacanya dan seterusnya murid dapat menilai dan mengkritik

karya tersebut. Ini adalah kerana lazimnya dalam sesuatu teks, pengarang

mengutarakan mesej yang ingin disampaikannya secara tersirat iaitu melalui tema

dan persoalan, gambaran perwatakan, latar masyarakat dan bahasa yang

digunakannya. Selepas pengenalan KOMSAS setiap murid diwajibkan mempelajari

kesusasteraan Melayu termasuk juga aliran sains. Sejajar dengan hasrat perlaksanaan

KOMSAS ini secara langsung memberi peluang kepada setiap murid mempelajari

22

Page 23: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

khazanah Kesusasteraan Melayu di sekolah (Subadrah Nair dan Rajeswari

Arumugam, 2006).

Masalah yang dapat dikesan melalui penggunaan teks cerpen ini ialah dari

segi kesesuaian pemilihan teks cerpen itu sendiri. Kemungkinan besar wujudnya

masalah ini disebabkan oleh tajuk atau perjalanan cerita di dalam teks cerpen tidak

sesuai dengan pemikiran dan persekitaran sekeliling murid. Ini dibuktikan melalui

dapatan kajian oleh Zaitul Azma Zainon Hamzah (2007) yang membuktikan bahawa

peratus murid yang menghadapi kesukaran dalam KOMSAS adalah berdasarkan

genre seperti cerpen sebanyak (6.3%), prosa tradisional (25.0%), novel (16.4%),

petikan umum (14.7%), puisi tradisional (14.3%), drama (12.0%), sajak (11.3%).

Jelaslah di sini menunjukkan bahawa pemahaman murid untuk teks cerpen adalah

sangat rendah. Hal ini mungkin disebabkan oleh murid kurang memberi perhatian

dan sukar memahami perkataan tersirat di dalam teks cerpen. Tajuk dan isi bagi

sesebuah teks cerpen juga memainkan peranan penting dalam menarik tumpuan

murid untuk memulakan pembacaan. Sekiranya tajuk dan isi cerpen tersebut kurang

menarik, ini akan menjejaskan hasrat murid untuk terus membaca teks cerpen

tersebut.

Hal ini jelas bahawa fokus utama murid sebelum memulakan pembacaan

adalah dari segi tajuk dan isi cerpen itu sendiri, iaitu bagaimana tajuk dan isi cerpen

berperanan untuk membangkitkan keinginan murid untuk mengetahui perjalanan

cerita yang ingin disampaikan di sebalik tajuk tersebut. Sekiranya tajuk dan isi

23

Page 24: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

cerpen kurang menarik, murid juga akan menjadi malas dan kurang minat untuk terus

membaca teks cerpen tersebut. Selaras dengan ini, menurut Jumaadi Bin Saunri

(2007), 62.5 % bersetuju dan 8.3% sangat bersetuju bahawa teks KOMSAS sukar

difahami oleh murid kerana di dalam teks sastera terdapat falsafah yang terkandung

di dalam teks yang memerlukan pemikiran yang mendalam untuk memahaminya.

Teks cerpen dianggap sebagai bahan sastera yang agak membosankan oleh

sesetengah murid kerana teks cerpen mempunyai jalan cerita yang agak panjang. Hal

ini menyebabkan murid hilang minat untuk membaca teks cerpen berdasarkan faktor

berikut khususnya kepada murid aliran sains yang banyak terdedah kepada

pembelajaran berasaskan sains berbanding sastera. Permasalahan dari segi minat ini

juga turut dibuktikan oleh Jumaadi Bin Saunri (2007) iaitu sebanyak 60.8% setuju

dan 31.7% bersetuju mengatakan bahawa pelajar kurang minat membaca teks

KOMSAS. Dapatan kajian ini dikukuhkan lagi melalui kajian berdasarkan jantina

iaitu peratus pembacaan tertinggi sebanyak 31.67% adalah murid perempuan

manakala 20.83% adalah murid lelaki. Ini membuktikan bahawa murid perempuan

lebih meminati membaca teks cerpen berbanding murid lelaki. Selaras dengan

analisis ini, dapat dikesan bahawa murid lelaki tidak meminati untuk membaca teks

cerpen yang terdapat di dalam antologi KOMSAS berbanding dengan murid

perempuan.

24

Page 25: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

Selain itu juga, melalui kajian Zailan Bin Shuib (2010) menjelaskan bahawa

sebanyak 50% mempunyai sikap negatif terhadap pembelajaran bahan sastera dalam

Bahasa Melayu. Manakala 47% bersikap positif dan 3% bersikap sangat positif.

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa murid bersikap pasif dan tidak berminat

dalam mempelajari bahan sastera khususnya teks cerpen. Dalam hal ini

mengambarkan bahawa murid tidak menghayati cerpen malah secara tidak langsung

murid juga tidak berminat mempelajari teks cerpen yang melibatkan pembacaaan.

Seperti mana yang kita ketahui bagi murid aliran sains lebih terdedah kepada mata

pelajaran sains sosial dan sains tulen berbanding mata pelajaran sastera yang hanya

didedahkan di dalam KOMSAS sahaja. Hal ini menjadikan sesetengah murid

daripada aliran sains kurang meminati sastera dalam pembelajaran mereka seharian.

Dari segi permasalahan yang berlaku di dalam penggunaan teks cerpen pula

ialah dari segi bilangan teks cerpen yang terlalu banyak untuk dibaca dan sukar untuk

memahami perkataan-perkataan, rangkaikata-rangkaikata sastera yang terdapat

dalam teks cerpen. Dari segi bilangan teks cerpen, masalah ini menjadi beban kepada

murid kerana murid bukan sahaja perlu membaca kesemua teks cerpen malah murid

juga perlu membaca teks-teks KOMSAS lain yang terdapat di dalam antologi “Harga

Remaja’. Selaras dengan ini dibuktikan oleh Jumaadi Bin Saunri (2007) bahawa

69.2% bersetuju manakala 8.3% sangat setuju mengatakan teks KOMSAS menjadi

beban kepada murid dari segi bilangan teks tersebut. Manakala berdasarkan dapatan

kajian lain oleh Zailan Bin Shuib (2010) membuktikan bahawa seramai 22 orang

sampel mewakili 36.6% mengalami masalah ini manakala seramai 14 sampel

mewakili 23.3% menghadapi masalah kerana bahan sastera yang dipilih dan

25

Page 26: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

digunakan adalah sukar difahami kerana murid tidak memahami isi serta pemikiran

yang disampaikan dalam teks cerpen.

Jelaslah bahawa masalah murid perlu dikenalpasti dalam menguasai

komponen sastera khususnya kesesuaian penggunaan teks cerpen agar selaras dengan

objektif mata pelajaran yang ingin dicapai. Oleh itu, untuk mengetahui kesesuaian,

minat dan masalah terhadap penggunaan teks cerpen dalam pembelajaran Bahasa

Melayu dalam mata pelajaran KOMSAS, satu kajian perlu dijalankan untuk melihat

sejauhmana murid-murid aliran sains di sekolah menengah dapat membuktikan

kesesuaian penggunaan teks cerpen KOMSAS dalam pembelajaran mereka di

sekolah.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini akan mengetengahkan beberapa objektif seperti berikut :

1. Mengenal pasti minat murid menggunakan teks cerpen bagi pembelajaran

Bahasa Melayu dalam kalangan murid aliran sains.

2. Mengenal pasti kesesuaian penggunaan teks cerpen bagi pembelajaran

Bahasa Melayu dalam kalangan murid aliran sains.

3. Mengenal pasti masalah yang wujud bagi penggunaan teks cerpen sebagai

bahan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid aliran sains.

26

Page 27: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

1.5 Persoalan Kajian

a) Apakah tahap minat murid menggunakan teks cerpen bagi pembelajaran

Bahasa Melayu dalam kalangan murid aliran sains?

b) Apakah tahap kesesuaian penggunaan teks cerpen bagi pembelajaran Bahasa

Melayu dalam kalangan murid aliran sains?

c) Apakah masalah yang wujud bagi penggunaan teks cerpen sebagai bahan

pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid aliran sains?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian yang dijalankan bertujuan untuk melihat dan menilai kesesuaian

penggunaan teks cerpen dalam pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid

tingkatan empat aliran sains. Kajian ini juga dapat membantu dan memberi

sumbangan kepada pihak yang berkaitan seperti pengetua, guru dan pihak

Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menyediakan bahan-bahan sastera dalam

pelaksanaan Kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Hasil penyelidikan ini juga diharapkan dapat memberikan maklumat yang

berguna kepada pihak tertentu yang terlibat untuk dijadikan sebagai garis panduan

awal kepada pegawai-pegawai di peringkat kementerian, jabatan, dan pejabat

27

Page 28: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

pendidikan bagi mengenal pasti minat murid terhadap penggunaan teks cerpen dalam

mata pelajaran Bahasa Melayu. Di samping itu, kajian ini juga dapat mengesan

sejauh mana keberkesanan pengajaran guru dan mengesan permasalahan yang timbul

dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan teks cerpen yang terdapat dalam

komponen kesusasteraan Melayu dalam kalangan murid tingkatan empat aliran

sains.

Secara rumusannya, diharapkan kajian ini juga dapat membantu pihak yang

terlibat dalam penyediaan teks cerpen bagi mempertingkatkan lagi mutu teks cerpen

pada masa akan datang dengan lebih terperinci dalam membuat pemilihan teks

cerpen yang sesuai dengan minat dan aspirasi murid yang terdiri daripada pelbagai

kaum di Malaysia.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk melihat kesesuaian penggunaan teks cerpen dalam

kalangan murid tingkatan empat aliran sains. Sehubungan itu, teks KOMSAS

bahagian cerpen dalam antologi “Harga Remaja” telah dijadikan sebagai bahan

kajian. Antologi “Harga Remaja” memuatkan enam jenis cerpen antaranya ialah ‘Ibu

dan Ceper’, ‘Memori Seorang Tua’, ‘Israk’, ‘Pemain Catur’, ‘Mellisa’dan ‘Biarkan

Samudera’. Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra

iaitu sekolah berasrama penuh di Kangar yang melibatkan murid aliran sains.

28

Page 29: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

Pemilihan antologi “Harga Remaja” adalah salah satu buku teks yang wajib

digunakan oleh murid tingkatan empat. Antologi ini juga telah dimasukkan ke dalam

komponen sastera iaitu KOMSAS yang diajar di dalam mata pelajaran Bahasa

Melayu di sekolah

1.8 Definisi Konseptual dan Operasional

1.8.1 Persepsi

Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, edisi keempat (2010), persepsi

ialah gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran, pandangan dan tanggapan.

Persepsi membawa maksud kepada pemerhatian terhadap unsur-unsur dalaman dan

luaran seseorang terhadap sesuatu perkara yang boleh membawa kepada ramalan

berbentuk positif atau negatif. Melalui ramalan ini dapat membentuk suatu

pandangan atau tanggapan yang akan menimbulkan persepsi samada positif atau

negatif.

1.8.2 Murid Aliran Sains

Aliran sains ialah aliran atau cabang ilmu pengetahuan yang berdasarkan

kebenaran atau kenyataan semata-mata. Ilmu pengetahuan itu adalah seperti fizik,

29

Page 30: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

kimia dan biologi iaitu ilmu yang teratur secara sistematik yang boleh diuji atau

dibuktikan kebenarannya. Manakala Kementerian Pendidikan Malaysia menjelaskan

secara umumnya terdapat tiga aliran utama dalam sistem persekolahan di peringkat

sekolah menengah di negara ini iaitu aliran sains, sastera dan vokasional. Aliran

sains telah menetapkan murid yang memperoleh keputusan yang baik di peringkat

Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan mendapat pangkat A dalam mata

pelajaran sains, matematik, Bahasa Melayu dan beberapa mata pelajaran yang lain.

Dalam aliran ini, pelajar dikehendaki mempelajari mata pelajaran sains tulen seperti

biologi, kimia, fizik, matematik tambahan di samping beberapa mata pelajaran yang

sesuai sebaliknya bagi aliran sastera dan vokasional. Bagi mata pelajaran Bahasa

Melayu ianya menjadi mata pelajaran wajib yang perlu diambil bagi setiap murid

(Jumaadi Bin Saunri, 2007).

1.8.3 Cerpen

Dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2010), cerpen

ialah singkatan daripada rangkai kata ‘cerita pendek’. Othman Puteh (2002) dalam

bukunya yang bertajuk “ Persediaan Menulis Cerpen” menyatakan cerpen ialah

cerita atau cereka yang ditulis dalam bentuk prosa yang berbentuk relatif pendek.

Kependekkannya pula masih tidak jelas ukurannya dan tidak tetap jumlah

perkataanya. Biasanya cerpen remaja berjumlah 2000 hingga 5000 patah perkataan

manakala sekiranya cerpen yang berjumlah 500 hingga 1000 patah perkataan

tergolong dalam kategori cerpen pendek. Cerpen ditulis berdasarkan imiginasi atau

30

Page 31: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

pengalaman penulis kreatif. Menurut Siti Noor Amyah Khasbullah (2008)

merumuskan sifat cerpen harus mengandungi :

a) Satu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa,

cerita berkembang sehingga menemukan titik akhir atau

penyelesaiannya.

b) Ketunggalan plot yang memungkinkan setiap aksi atau perilaku watak

dapat berkembang wajar mengikut sebuah garis yang berterusan dari

tahap awal hingga ke akhirnya. Jelas cerpen tiada ruang untuk hal-hal

sampingan atau peristiwa-peristiwa yang tidak releven.

c) Jumlah watak yang sedikit terhad dan tidak perlu ramai. Terhad

bilangan watak tidak mustahil satu watak penting sahaja dalam sebuah

cerpen akan mengimbangi ciri-ciri lain di samping memungkinkan

watak itu berperanan dengan lebih wajar, jelas dan menyakinkan.

d) Latar waktu dan tempat yang singkat serta terhad.

Kesemua ciri tersebut menjurus untuk melahirkan kesan yang tunggal dan

unik. Oleh itu, cerpen harus ketat dan padat serta tidak memberi banyak kelonggaran.

Dalam hal ini, pengarang cerpen yang berpengalaman sering berjaya meloloskan diri

daripada perangkap menghurai panjang lebar tentang watak atau latar. Di sini,

pengarang melihat kebijaksanaan menggambarkan secara panorama hal-hal yang

31

Page 32: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

kurang penting dan membabakkan perkara-perkara yang penting (Othman Puteh,

2002).

Antologi “Harga Remaja” dalam bahagian cerpen digunakan dalam kajian

ini antaranya ialah :

i. Ibu dan Ceper

ii. Memori Seorang Tua

iii. Israk

iv. Pemain Catur

v. Mellisa

vi. Biarkan Samudera

1.8.4 Minat

Menurut kamus Dewan Edisi Keempat (2010), minat bermaksud keinginan

sesuatu atau gemar memberi perhatian. Berdasarkan kajian ini, minat merujuk

kepada penggunaan teks cerpen dalam pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu

dalam kalangan murid tingkatan 4 aliran sains. Minat terhadap penggunaan teks

cerpen ini diukur dengan menggunakan instrumen soal selidik yang dibina oleh Zaini

Bt Salleh (2002) dan Jumaadi Bin Saunri (2007) yang telah diubahsuai oleh pengkaji

32

Page 33: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

sendiri. Instrumen soal selidik yang disediakan untuk mengkaji minat murid dalam

kajian ini adalah sebanyak 14 item.

1.8.5 Kesesuaian Penggunaan Komsas (Teks Cerpen)

Kesesuaian penggunaan yang dimaksudkan di dalam kajian ini adalah

berhubung dengan komponen sastera iaitu teks cerpen sebagai bahan pembelajaran

Bahasa Melayu di sekolah. Menurut (Jumaadi Bin Saunri, 2007), kesesuaian

membawa erti keselarasan dan kesamaan. Manakala penggunaan pula bermaksud

cara menggunakan bahan. Ini jelas bahawa, kesesuaian bermaksud bahan yang

digunakan sesuai atau menarik untuk murid mengikut peredaran masa. Kesesuaian

penggunaan teks cerpen ini diukur dengan menggunakan instrumen yang dibina oleh

Zaini Bt Salleh (2002) dan Jumaadi Bin Saunri (2007) yang telah diubahsuai oleh

pengkaji sendiri. Instrumen soal selidik yang disediakan untuk mengkaji kesesuaian

penggunaan teks cerpen dalam kajian ini adalah sebanyak 15 item.

1.8.6 Masalah

Menurut Juriah Long, Noor Ein dan Mohd Noor (1990) dalam Hasnah

Abdullah (2007) masalah bermaksud kesukaran-kesukaran yang wujud semasa

melakukan sesuatu. Berdasarkan kajian ini, masalah yang dikaji ialah kesukaran atau

kekangan yang wujud dalam menggunakan teks cerpen semasa pembelajaran mata

33

Page 34: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

pelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid tingkatan 4 aliran sains. Masalah

terhadap penggunaan teks cerpen ini diukur dengan menggunakan instrumen yang

dibina oleh Zaini Bt Salleh (2002) dan Jumaadi Bin Saunri (2007) yang telah

diubahsuai oleh pengkaji sendiri. Instrumen soal selidik yang disediakan untuk

mengkaji masalah murid dalam kajian ini adalah sebanyak 9 item.

1.9 Rumusan

Kajian lepas menunjukkan bahawa penggunaan KOMSAS penting dalam

pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Sastera merupakan karya bahasa iaitu

bersifat lisan dan tulisan yang mempunyai ciri-ciri istimewa dalam pengkaryaannya,

berbeza dengan penggunaan bahasa sehari-hari. Selaras dengan ini, melalui teks

cerpen juga terdapat penggunaan bahasa-bahasa yang indah, penghayatan nilai-nilai

murni yang berkonsepkan penyampaian pengetahuan kepada murid di samping

menerapkan mesej yang ingin disampaikan dalam setiap karya sastera. Sehubungan

itu, kajian ini mengkaji penggunaan teks cerpen dari segi kesesuaian teks yang

digunakan di samping menarik minat murid dan mengesan masalah yang terdapat

dalam penggunaan teks cerpen di sekolah. Kajian ini juga mengesan adakah

kesesuaian penggunaan teks cerpen di sekolah memberi masalah kepada murid yang

mempelajari KOMSAS dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini juga

bertepatan dengan objektif yang ditetapkan untuk kajian ini bagi murid tingkatan

empat aliran sains di sekolah.

34

Page 35: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

BAB DUA

SOROTAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Kementerian Pendidikan Malaysia (2006), menjelaskan bahawa tujuan

memasukkan komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah untuk

meningkatkan dan mengukuhkan minat murid membaca pelbagai genre sastera,

mengenal, menikmati dan mengapresiasikan karya sastera serta menilai dan

mengulas bahan sastera.

Jumaadi Bin Saunri (2007) menyatakan bahawa KOMSAS membawa

peranan dalam mengukuhkan pembelajaran bahasa. Melalui bahasa dan sastera,

KOMSAS dapat menyediakan murid yang peka terhadap kampung halaman, negara

serta suku bangsa dan jiran tetangga. Semua anekdot dan genre sastera terdapat

dalam KOMSAS. Ini sesuai dengan kata cerdik pandai terdahulu bahawa sastera

adalah cerminan masyarakat.

35

Page 36: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

Pelbagai kaedah dan teknik boleh digunakan oleh guru dan murid menjadikan

proses pengajaran dan pembelajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu berjalan dalam

suasana yang baik. Selaras dengan ini, Juriah Long (2010) menyatakan bahawa guru

perlu memberi fokus kepada pengajaran berbentuk bahasa khusus atau laras bahasa

dalm puisi, drama, cerpen dan lain-lain. Melalui cara ini, murid dapat membuat

interpretasi, mengumpul dan mengelas, membuat ramalan, rumusan dan menilai

bahan sastera yang dibaca.

Sehubungan dengan itu, Rozaiman (2007) menjelaskan bahawa penggunaan

teks KOMSAS (genre cerpen) berperanan sebagai pencetus penjanaan idea dalam

kalangan murid. Hal ini kerana penggunaan bahasa sastera dalam pengajaran bahasa

ibarat lagu dan irama yang tidak boleh dipisahkan kerana kedua-duanya saling

berkaitan.

Jelaslah bahawa sastera dalam Bahasa Melayu mempunyai peranan yang

sangat penting dalam sistem pendidikan negara sejajar dan sama dengan mata

pelajaran yang lain. Ini turut disokong oleh Jumaadi Bin Saunri (2007), mengatakan

bahawa sastera Melayu mempunyai taraf yang sama dengan mata pelajaran yang lain

termasuk mata pelajaran sains.

36

Page 37: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

2.2 Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu (KOMSAS)

Pengenalan komponen sastera (KOMSAS) dalam mata pelajaran Bahasa

Melayu oleh Kementerian Pelajaran telah menjadi pemangkin semula perkembangan

sastera di Malaysia. Sastera sebenarnya telah diperkenalkan dalam sukatan mata

pelajaran sekolah menengah bermula pada tahun 1957. Mulai bulan Mac 2000,

bahan-bahan sastera dimasukkan sebagai salah satu komponen dalam pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Melalui perlaksanaan ini, bermakna

semua murid sekolah tingkatan satu hingga lima wajib mempelajari sastera. Ini

kerana, sastera dijadikan komponen wajib dalam Bahasa Melayu (Jumaadi Bin

Saunri 2007).

Kesusasteraan Melayu sebagai komponen wajib dalam mata pelajaran Bahasa

Melayu kini sudah mula mendapat perhatian dan sedang dilaksanakan pada peringkat

sekolah menengah di seluruh negeri. Pelbagai karya sastera dipilih untuk dijadikan

teks bagi mengisi komponen sastera yang mengandungi kelima-lima genre sastera

iaitu novel, cerpen, drama, prosa dan puisi. Kenyataan ini turut disokong oleh Naffi

Mat (2006), mengatakan bahawa melalui karya sastera dapat melahirkan idea serta

perasaan secara kreatif. Fokus yang lebih kepada keupayaan murid untuk menguasai

aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan bahasa. Bidang sastera ini juga

mementingkan kenikmatan daripada hasil karya yang indah, melahirkan perasaan,

membuat apresiasi dan penghayatan.

37

Page 38: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

Seterusnya penggunaan bahasa bagi bidang maklumat pula merujuk kepada

keupayaan murid memperoleh dan menyampaikan maklumat serta ilmu. Penerokaan

maklumat didapati melalui aktiviti mendengar, berbual, membaca serta mengakses

maklumat daripada multimedia. Murid dijangka akan dapat memproses dan

menyampaikan maklumat. Penggunaan bahasa sebagai bidang estetik pula merujuk

kepada keupayaan murid menikmati karya sastera dan melahirkan idea serta perasaan

secara kreatif. Bidang estetik berfokus kepada keupayaan murid menguasai aspek

kebahasaan, keindahan, dan kehalusan bahasa. Bidang ini juga mementingkan

penikmatan hasil karya yang indah, melahirkan perasaan, membuat aspresiasi dan

penghayatan (Nik Safiah Karim, 2002).

Menurut Abdul Rasid dan Arba’ie (2001), menyatakan bahawa penggunaan

bahan sastera mempunyai banyak kelebihan seperti memberikan keseronokan kepada

murid kerana karya sastera itu mengandungi pelbagai keindahan serta huraian

tentang hal-hal yang aneh dan ajaib yang diselaraskan mengikut peringkat umur

murid. Penerapan nilai-nilai murni dan kemanusiaan yang ada dalam karya sastera

akan membantu pemikiran yang kreatif dan pengolahan ayat yang lebih signifikan

dengan budaya atau persekitaran masyarakat mereka. Ini akan menjurus ke arah

penggunaan laras dan gaya bahasa yang indah dalam kalangan murid-murid.

Othman (2001) mencadangkan, bagi mencapai keberkesanan maksimum

dalam pengajaran dan pembelajaran KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa

Melayu, haruslah wujud perancangan atau strategi yang mantap daripada guru, murid

38

Page 39: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

dan teks yang dipilih. Pelaksanaan KOMSAS yang bermula sejak Mac 2000 antara

lain bertujuan untuk membolehkan murid memberikan pendapat dan hujah yang

kritis dan analitis dalam pelbagai situasi serta dapat membuat tafsiran, penilaian dan

rumusan yang wajar ke atas pelbagai bahan yang dibaca. Antaranya kandungan

sukatan pelajaran yang perlu diajar oleh guru terlalu banyak berbanding peruntukan

waktu mengajar KOMSAS. Penjadualan semula mata pelajaran Bahasa Melayu

sebanyak enam kali seminggu dan dua sahaja diperuntukkan untuk KOMSAS juga

boleh menjejaskan mata pelajaran Bahasa Melayu. Ini kerana untuk memberi

kemahiran yang tinggi kepada murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, masa

untuk empat waktu tidak sesuai (Berita Harian 4 April 2001).

2.3 Penggunaan Bahan kesusasteraan (Teks Cerpen) dalam Pembelajaran Bahasa Melayu

Terdapat kajian yang dilakukan di Malaysia berhubung dengan penggunaan

bahan kesusasteraan (teks cerpen) dalam pendidikan khasnya dalam pengajaran

bahasa. Kajian-kajian ini dibuat oleh tokoh bahasa, tokoh sastera dan tokoh

akademik yang mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang sastera.

Menurut Othman Puteh (2002), dalam bukunya yang bertajuk “Persediaan Menulis

Cerpen” menyatakan cerpen atau cerita pendek ialah cerita rekaan (cereka) berbentuk

prosa yang relatif pendek. Kependekkannya pula masih tidak jelas ukurannya dan

tidak tetap jumlah perkataanya.

39

Page 40: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

Menurut Faziah Sulaiman (2000), pengajaran dan pembelajaran KOMSAS

(teks cerpen) dalam Bahasa Melayu mempunyai peranan seperti berikut:

i. Meningkatkan dan mengukuhkan keterampilan berbahasa

ii. Memupuk budaya membaca

iii. Menghayati karya sastera

iv. Menerapkan nilai pengajaran

v. Dapat menghasilkan karya sastera

vi. Mengenal tokoh dan sejarah perkembangan sastera

vii. Menghayati keindahan bahasa dalam karya dan menggunakan dalam

penulisan

Kenyataan tersebut jelas menunjukkan bahan sastera sangat kaya dengan

unsur-unsur pendidikan khususnya pendidikan bahasa. Oleh itu, adalah wajar bahan

sastera seperti cerpen digunakan sebagai bahan pengajaran bahasa. Ini disokong oleh

Marohaini (2001), berpendapat bahawa penggunaan bahan sastera mampu

membekalkan murid bahan yang mudah difahami, mesej yang menarik dan asli

untuk tujuan bahasa. Abdul Rasid Jamian et. al, (2011) menegaskan bahawa

penggunaan teks KOMSAS, iaitu cerpen memberi kesan yang positif kepada murid-

murid khususnya dalam aspek prestasi karangan keseluruhan dan aspek

pengembangan isi karangan.

40

Page 41: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

Namun begitu, menurut Siti Noor Amyah Khasbullah (2008), lazimnya

cerpen dapat dibaca dalam waktu yang singkat, dalam tempoh sekali duduk, kira-kira

tidak melebihi setengah jam. Di samping itu, cerpen dikatakan pendek kerana

seharusnya mempunyai kesan kesatuan seperti tunggal, watak, plot, dan latar yang

terhad, tidak beragam dan tidak kompleks. Lazimnya cerpen-cerpen yang di cipta di

negara kita termasuk cerpen remaja berjumlah 500 hingga 1000 patah perkataan atau

selebihnya tergolong dalam cerpen pendek. Karya yang berjumlah lebih 10000 patah

perkataan atau selebihnya tergolong sebagai cerpen yang panjang.

Penggunaan teks cerpen amat berguna dalam pembelajaran Bahasa Melayu

dalam konteks masyarakat penuturnya mahupun dalam pengajaran sistem bahasa itu

sendiri. Penggunaan bahan sastera (teks cerpen) itu sendiri mampu menunjukkan

kepelbagaian bentuk bahasa dan kecanggihannya sebagai saluran untuk

mengungkapkan buah fikiran. Lebih daripada itu, teks cerpen amat berkesan untuk

menunjukkan keindahan sesuatu bahasa serta kelincahan pengguna bahasa tersebut

dalam menyusun perkataan dan frasa bagi menyampaikan maksud tertentu (Jumaadi

Bin saunri, 2007).

41

Page 42: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

2.4 Matlamat Penggunaan Teks Cerpen dalam KOMSAS

Penggunaan bahan kesusasteraan atau yang diistilahkan oleh Pusat

Perkembangan Kurikulum (PPK) dalam sukatan pelajaran (2001), penggunaan

KOMSAS dalam pengajaran bahasa adalah berfokus kepada penggunaan buku teks

sastera berdasarkan kepada matlamat dan kepentingannya kepada pendidikan dewasa

kini. Abdul Ghalib Yunus (1996), merumus kepentingan bahan sastera seperti teks

cerpen dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu seperti berikut :

i. Untuk menimbulkan kesedaran kepada murid-murid akan keindahan

bahasa yang terdapat dalam karya sastera yang baik dari segi

pemilihan kata, bunyi, bentuk sastera mahupun ragam ayatnya dan

juga sedar wujud laras dan gaya bahasa.

ii. Murid didedahkan kepada bahasa yang menarik dan boleh

mempertingkatkan penguasaan bahasa murid ke arah yang lebih kritis

dan kreatif dalam menghasilkan karya.

iii. Karya sastera kebanyakkannya mencerminkan dan merakamkan

peristiwa perlakuan manusia, dapat mengenali sistem sosial dan

sosiobudaya di sekitar mereka.

iv. Minat murid dapat dipupuk atau disemai melalui pendedahan bahan-

bahan sastera dan secara tidak langsung akan menanam atau

menimbulkan bakat yang terpendam dalam penulisan.

42

Page 43: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

2.5 Kepentingan Pembelajaran Bahasa Menggunakan Teks Cerpen

Terdapat beberapa kajian dibuat menunjukkan KOMSAS itu penting dan

sesuai digunakan dalam pengajaran bahasa. Jumaadi Bin Saunri (2007), menjelaskan

antara tokoh tersebut ialah Loban, Ryan, Squarie, Mary Elizabert Fowler dan

sebagainya. Tokoh-tokoh ini pernah memperkatakan tentang penggunaan, kesesuaian

dan juga kepentingan bahan kesusasteraan dalam pengajaran bahasa.

Menurut Yahya Othman (2009), menyatakan penggunaan bahan sastera

dalam pengajaran bahasa sudah menjadi amalan yang dominan di semua institusi

pendidikan sebagai satu langkah positif untuk memartabatkan bahasa serta secara

tersirat untuk membina bangsa yang bertamadun. Oleh yang demikian, memahami

apa yang tersurat dan tersirat di dalam bahan sastera seperti teks cerpen menjadikan

seseorang murid itu menguasai Bahasa Melayu dan secara tidak langsung dapat

mengapresiasikan dalam kehidupan seharian. Menurut Naffi Mat (2006), bahan

sastera dalam pendidikan Bahasa Melayu tidak diajar sebagai satu mata pelajaran

khusus tetapi diselitkan sebagai komponen tambahan sebagai pelengkap dan

mengukuhkan Bahasa Melayu dari segi bahasa dan isi kandungannya.

Dari segi pegangan sastera kepada manusia menurut Ishak Ramly (2003),

mengatakan bahawa bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu berpaksikan

kepada pegangan bahawa sesungguhnya sastera dapat memberikan pengaruh yang

43

Page 44: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

besar terhadap cara berfikir manusia mengenai hidup dan kehidupan, membezakan

antara perbuatan baik dan buruk, mengenal perbuatan benar dan salah. Melalui

penggunaan seni bahasa yang indah dan bermakna. Pembaca akan sentiasa menilai

diri sendiri seterusnya diapresiasikan dalam kehidupan seharian dalam mematuhi

norma-norma sosial masyarakat Melayu sebagai bangsa yang mulia.

Bahan bacaan yang bersesuaian amat diperlukan dalam usaha membentuk

keperibadian dan keintelektualannya kerana pada ketika inilah murid mula mengenali

diri dan keadaan sekeliling mereka. Kenyataan ini disokong oleh Abd Aziz Abd

Rashid (2000), menyatakan bahan sastera yang merangkumi cerpen kanak-kanak

memang sesuai digunakan oleh guru-guru dalam pengajaran bahasa. Hal ini kerana

bahan-bahan sastera tersebut melibatkan penggunaan bahasa secara baik, teratur dan

terpilih.

Komponen kesusasteraan seperti teks cerpen berupaya mendidik murid

berfikir secara imaginatif. Kenyataan ini ditegaskan oleh Naffi Mat (2012),

mengatakan bahawa untuk menikmati karya sastera, ia harus dihayati, bukan sahaja

kerana mesejnya tetapi juga olahan bahasa yang halus dan berkesan. Sehubungan

dengan ini, murid-murid ini dibawa kepeda pembelajaran yang menyentuh unsur-

unsur keindahan bahasa.

44

Page 45: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

Salah satu aspek keindahan karya dalam teks cerpen dapat dicapai melalui

susunan bahasa yang luar biasa dan yang menyentuh perasaan. Sesebuah karya yang

indah akan dihayati, bukan sahaja kerana mesejnya tetapi juga kerana cara mesej itu

diolah dalam bahasa yang halus dan berkesan. Olahan bahasa ini dapat meningkatkan

kemahiran berbahasa seperti membaca, bertutur, menulis serta murid dapat

mempelajari peribahasa dan tatabahasa. Kenyataan ini juga disokong oleh Lee Kim

Hong (2011), mengatakan bahawa teks sastera yang mengandungi struktur bahasa

yang mudah, sesuai digunakan oleh pelajar kerana struktur bahasa senang dipelajari

dan diingati. Teks sastera menampilkan pelbagai gaya bahasa. Pemilihan teks sastera

yang teliti hendaklah dibuat agar sesuai dengan keperluan murid kerana teks sastera

mampu menampilkan sebuah dunia imaginatif dengan latar, peristiwa, watak, imej,

suasana dan sebagainya.

Menurut Zailan Bin Shuib (2010), menjelaskan mengenai cerpen kanak-

kanak adalah bukan suatu perkara yang mudah. Ia merupakan struktur yang

kompleks yang berkaitan dengan dunia penulisan, penggambaran idea, psikologi,

sosiologi dan pendidikan kanak-kanak dan nilai estetikanya. Buku sastera kanak-

kanak mengandungi sesuatu yang difikirkan oleh golongan dewasa dan boleh

difahami oleh kanak-kanak dan dibenarkan untuk difahami oleh golongan kanak-

kanak. Ini bermakna buku kanak-kanak juga dirujuk kepada sastera kanak-kanak

yang mengandungi informasi dan perlakuan yang dibenarkan oleh golongan dewasa

yang menulis dan menerbitkan bahan bacaan tersebut.

45

Page 46: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

2.6 Kesesuaian Penggunaan KOMSAS (Teks Cerpen)

Dalam kajian Zaini Bt Sallleh (2002), data kesesuaian bahan dibahagikan

kepada dua kumpulan iaitu tahap tinggi dan tahap rendah. Tahap tinggi

mengumpulkan sebanyak 62.6% responden manakala bagi tahap rendah

mengandungi sebanyak 37.4%. ini menunjukkan bahawa ramai murid mempunyai

tanggapan atau persepsi yang baik terhadap kesesuaian penggunaan komponen

sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bersesuaian dengan kajian yang

dijalankan oleh pengkaji.

Manakala dalam kajian Jumaadi bin Saunri (2007), dalam tesisnya

menjelaskan dengan teliti kesesuaian penggunaan komponen sastera dalam

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Tesis yang bertajuk “Persepsi Pelajar

Aliran Sains Terhadap Kesesuaian Penggunaan Komponen Sastera Dalam

Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Di Sekolah Luar Bandar”,

menyimpulkan bahawa komponen sastera yang digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu itu sesuai digunakan untuk aliran sains. Hubungan

yang diperoleh adalah positif kerana minat murid terhadap komponen sastera itu

sudah sedia ada. Faktor minat juga berlainan mengikut persepsi dan pandangan

murid terhadap kepentingan sastera itu sendiri. Sebanyak 69.2% responden bersetuju

bahawa penggunaan KOMSAS berjaya menarik minat murid dalam pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu, 8.3% pula menyatakan sangat bersetuju, 21.7% murid

tidak bersetuju mengatakan bahawa penggunaan KOMSAS berjaya minat menarik

46

Page 47: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

minat mereka terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu. Manakala sebanyak 5%

murid agak tidak setuju mengatakan penggunaan KOMSAS dalam pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu dapat menarik minat mereka. Dalam kajian ini

pengkaji lebih memfokuskan kepada keseluruhan teks cerpen yang digunakan bagi

murid tingkatan empat aliran sains.

Lim Swee Tin (2005), dalam tesisnya yang bertajuk “Keberkesanan Unsur

Sastera Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu”, menganalisis unsur sastera yang boleh

membantu mengukuhkan pembelajaran Bahasa Melayu. Teori yang digunakan ialah

Pendekatan Respons Pembaca. Daripada penganalisisan kajian yang menggunakan

pendekatan ini didapati bahawa terdapatnya unsur-unsur sastera yang digunakan itu

boleh dan tidak boleh membantu keseluruhan pembelajaran bahawa adanya

perbezaan minat dalam kalangan murid ini juga mempengaruhi pencapaian

peperiksaan mereka dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Seiring dengan kajian ini,

pengkaji ingin melihat sejauh mana perkembangan teks cerpen yang digunakan oleh

murid mampu mengukuhkan lagi pembelajaran murid dalam Bahasa Melayu.

Seterusnya bagi kajian Zailan Bin Shuib (2010), dalam tesisnya “Penguasaan

Pemahaman Cerpen Kanak-Kanak Dalam kalangan Murid Tahap Dua Sekolah

Rendah Berdasarkan Analisis Taksonomi Moody” menjelaskan bahawa memahami

bahan sastera iaitu cerpen kanak-kanak dalam pembelajaran Bahasa Melayu

merupakan penguasaan bahasa dalam diri seseorang murid. Hal ini bermaksud, untuk

memahami sesuatu cerpen kanak-kanak seorang murid perlu menguasai kemahiran

47

Page 48: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

mendengar, bertutur, membaca, menulis dan berfikir secara kreatif. Penggunaan

Taksonomi Moody dilihat dapat membantu dalam membimbing murid untuk

memahami bahan sastera seterusnya mengapresiasikan dalam kehidupan. Ini

mendorong pengkaji untuk menjalankan kajian ke atas kesesuaian teks cerpen

berdasarkan pemahaman murid itu sendiri.

Manakala bagi kajian Rohayah Haji Mohamad Tahir (2002), dalam analisis

kajian yang bertajuk “Pelaksanaan Kemahiran Berfikir secara kreatif dan kritis dalam

Pengajaran pemahaman Cerpen komponen Sastera Sekolah Menengah",

menunjukkan pelaksanaan KBKK dalam pengajaran pemahaman cerpen komponen

sastera di tahap yang membanggakan. Tahap pengetahuan guru adalah tinggi dan

guru memiliki sikap yang positif. Terdapat hubungan yang kuat antara pengalaman

mengajar dan sikap dengan pengetahuan guru dalam pelaksanaan KBKK pengajaran

pemahaman cerpen komponen sastera. Hal ini mendorong pengkaji untuk mengkaji

sejauh mana keberkesanan pembelajaran yang murid peroleh berdasarkan pengajaran

yang berasaskan teks cerpen.

Siti Noor Amyah khasbullah (2008), dalam tesisnya “Persepsi Pelajar

Tingkatan 4 Terhadap Penggunaan Teknik Animasi Dalam Pengajaran Cerpen”

menjelaskan bahawa penggunaan animasi dalam pengajaran cerpen mendapat respon

yang positif dan memberangsangkan. Hasil kajian ini menunjukkan murid berminat

terhadap pengajaran Kesusasteraan Melayu berbentuk animasi. Perisian animasi

menggunakan cerpen ini mampu memberikan kesan yang positif kepada murid

48

Page 49: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

dalam mempelajari mata pelajaran Kesusasteraan Melayu. Hasil dapatan kajian

menunjukkan bahawa kesesuaian penggunaan teknik animasi dalam pengajaran

cerpen mempunyai nilai min keseluruhan sebanyak 3.84% dengan sisihan piawai

0.49%. Melalui hasil ini didapati murid mudah memahami pengajaran dan

pembelajaran cerpen yang disampaikan dalam bentuk animasi iaitu sebanyak 46.7%

menyatakan sangat setuju dan 45% menyatakan setuju. Jelas menunjukkan bahawa

penggunaan teks cerpen dapat diperluaskan dengan menggunakan pelbagai teknik

seperti teknik animasi, ini mendorong pengkaji untuk meninjau sejauh mana

penggunaan teks cerpen diperluaskan.

2.7 Minat Murid dalam Pembelajaran Komsas

Minat terhadap cerpen dipengaruhi oleh faktor yang mudah difahami. Ini

dibuktikan dengan seramai 49 orang responden iaitu sebanyak 40.8% responden

mengatakan cerpen mudah difahami. Cerpen tidak memerlukan masa yang lama

untuk mengetahui pengakhiran sesebuah cerita dan tidak menimbulkan kebosanan

kepada murid. Plot yang tidak begitu kompleks menjadikan cerpen lebih mudah

difahami. Selain daripada itu, mesej yang ditonjolkan oleh cerpen juga boleh menarik

minat murid untuk membacanya. Selaras dengan ini, sebanyak 25% responden

meminati cerpen kerana mempunyai mesej yang menarik. Manakala bagi kandungan

cerita yang kurang menarik menjadikan murid tidak meminati cerpen dengan

dibuktikan sebanyak 21.7% yang menyatakan bahawa kandungan cerita yang

49

Page 50: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

membosankan. Jelaslah bahawa, isi cerita memainkan peranan penting dalam

menentukan sesebuah karya diminati atau sebaliknya (Zaini Bt Salleh, 2002).

Melalui kajian Isnariah Idris (2003) pula dalam tesis beliau yang bertajuk

‘sikap dan minat murid tingkatan satu terhadap pembelajaran komponen sastera

dalam Bahasa Melayu’. Menurut kajian beliau murid-murid tidak sepenuhnya

meminati pembelajaran bahan sastera yang terkandung dalam Bahasa Melayu.

Apabila murid-murid tidak meminati mempelajari bahan sastera sudah semestinya

mereka tidak memahami maksud yang tersurat dan tersirat seterusnya

mengapresiasikan dalam kehidupan seharian.

Hasil dapatan kajian menunjukkan 62.5% bersetuju bahawa pengajaran dan

pembelajaran menggunakan KOMSAS berjaya merangsang minat murid untuk

membaca hasil karya sastera dan bagi murid yang bersetuju pula adalah sebanyak

11.7%. Sebanyak 22.5% murid tidak bersetuju bahawa penggunaan KOMSAS dalam

pengajaran dan pembelajaran berjaya menarik minat mereka untuk membaca hasil

karya sastera. Bagi yang tidak setuju pula adalah sebanyak 3.3% (Jumaadi Bin

Saunri, 2007).

Dapatan seterusnya oleh kajian Subadrah Nair dan Rajeswari Arumugam

(2006), dalam jurnal “Keberkesanan Kaedah Model Skema Bagi Meningkatkan

Kefahaman dan Minat Pelajar Terhadap Cerpen Bahasa Melayu” menunjukkan

50

Page 51: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesan penggunaan model skema terhadap

pencapaian kefahaman murid dan minat murid terhadap cerpen (KOMSAS). Dapatan

kajian ini menunjukkan pengajaran dengan menggunakan model skema dapat

meningkatkan pencapaian murid secara signifikan bagi soalan tentang persoalan,

soalan tentang perwatakan, soalan tentang latar masyarakat dan soalan tentang gaya

bahasa berbanding dengan pencapaian murid yang diajar dengan menggunakan

pendekatan tradisional. Selain itu, didapati minat murid terhadap cerpen turut

meningkat secara signifikan setelah diajar dengan menggunakan model skema.

Walau bagaimanapun, dalam kajian Siti Noor Amyah khasbullah (2008),

dalam tesisnya “Persepsi Pelajar Tingkatan 4 Terhadap Penggunaan Teknik Animasi

Dalam Pengajaran Cerpen” menyatakan murid sangat berminat dalam pengajaran

Kesusasteraan Melayu berbentuk animasi dengan hasil dapatan kajian sebanyak

88.3% murid meminati genre cerpen manakala sebanyak 11.7% tidak meminati teks

cerpen. Kajian ini menunjukkan bahawa murid meminati genre cerpen dalam

penggunaan teknik animasi kerana melalui teknik ini mempunyai imej yang

bergerak-gerak yang mampu menarik minat murid belajar daripada imej yang tidak

bergerak. Penggunaan teknik ini juga boleh diiringi dengan muzik atau suara semasa

pengajaran menggunakan teks cerpen.

Selanjutnya kajian oleh Saharuddin kamaruddin (2003), yang bertajuk

“Persepsi Pelajar Sekolah Menengah Rendah Terhadap Penerapan Nilai-Nilai Murni

Dalam Cerpen Komponen sastera”. Analisis kajian yang dijalankan di kawasan luar

51

Page 52: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

bandar ini melihat persepsi murid berdasarkan jantina dan status sosioekonomi

keluarga murid. Dapatan menunjukkan min persepsi murid perempuan lebih tinggi

daripada lelaki dan status sosioekonomi murid juga mempengaruhi persepsi murid

terhadap penerapan nilai-nilai murni.

2.8 Masalah yang Dihadapi Murid dalam Pembelajaran Teks Cerpen

Melalui kajian Zaini Bt Salleh (2002), membuktikan bahawa masalah yang

dihadapi pelajar dalam penggunaan KOMSAS sebagai bahan pengajaran Bahasa

Melayu adalah tidak memahami istilah kesusasteraan. Ini dibuktikan dengan dapatan

kajiannya sebanyak 38.3% responden menyatakan mereka agak sukar memahami

istilah-istilah dalam kesusasteraan. Masalah sebegini pastinya memberikan kesan

kepada pemahaman terhadap bahan sastera itu sendiri. Selain itu juga, murid turut

menyatakan mereka sukar memahami bahasa-bahasa dalam KOMSAS, hal ini

terbukti apabila sebanyak 20.8% responden mengatakan mereka mengalami masalah

untuk memahami bahasa-bahasa dalam sesetengah bahan KOMSAS yang telah

ditetapkan. Sehubungan dengan itu, sememangnya bahasa dalam teks sastera agak

sukar untuk difahami berbanding dengan bahasa harian. Masalah ketiga yang dapat

dilihat ialah dari segi kurang dan tidak minat murid untuk membaca bahan KOMSAS

itu sendiri. Ini terbukti apabila seramai 16 orang mengatakan bahawa mereka kurang

berminat membaca bahan sastera manakala 16 orang murid lagi menyatakan mereka

tidak berminat langsung dalam membaca teks sastera. Peratusan bagi masalah ini

dirumuskan sebanyak 26.3%. Selain itu, terdapat 5.8% murid menyatakan

52

Page 53: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

komponen sastera menjadi beban dalam pembelajaran mereka. Ini secara tidak

langsung memberi masalah kepada murid untuk mempelajarinya.

Mohd Kassim Ismai (2000), menyatakan bahawa masalah pengajaran dan

pembelajaran berdasarkan bahan kesusasteraan adalah berkaitan dengan bahan itu

sendiri dan juga masalah latar keilmuan guru dan pengkhususan guru-guru yang

mengajar Bahasa Melayu. Masih terdapat guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu

yang bukan dari pengkhususan Bahasa Melayu malah masih ada yang tidak

mempunyai ilmu pengetahuan kesusasteraan yang mencukupi. Terdapat ramai guru-

guru yang belum mendapat pendedahan tentang pengajaran unsur sastera. Oleh yang

demikian, pengajaran dan pembelajaran unsur sastera hanya berkisar kepada aspek-

aspek pemahaman teks dengan melihat maklumat dan fakta yang terdapat dalam

teks. Murid tidak boleh menganalisis, mengkritik tentang sesuatu fenomena hidup

yang tercerna di dalam teks serta membuat cadangan atau memberi pendapat dengan

menghasilkan pandangan dan penilaian terhadap sesuatu fenomena.

Sehubungan dengan itu, kebanyakkan guru-guru Bahasa Melayu yang

mengajar bahan sastera merupakan guru-guru yang tidak mempunyai kemahiran

mengajar bahan sastera dan tidak meminati sastera itu sendiri. Jadi mereka mengajar

bahan sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu secara sambil lewa tanpa

menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai bagi tujuan untuk memahamkan murid.

Akibatnya murid sukar memahami pengajaran yang disampaikan oleh guru. Justeru

itu, guru peru meningkatkan kemahiran mengajar dan kaedah pengajaran bahan

53

Page 54: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

sastera supaya isi pengajaran dan nilai yang terdapat dalam karya dapat dihayati oleh

semua murid seterusnya matlamat Falsafah Pendidikan Kesusasteraan juga dapat

dicapai sepenuhnya (Zailan Bin Shuib, 2010).

2.9 Rumusan

Secara kesimpulannya, sorotan literatur memperlihatkan kajian-kajian lepas

yang dilakukan oleh penyelidik lain bagi menyokong kajian yang akan dilakukan

bagi projek ilmiah ini. Kajian-kajian yang ditemui kebanyakannya mempunyai

permasalahan dari segi bahan KOMSAS. Berdasarkan kajian lepas, murid mengakui

bahawa teks KOMSAS yang banyak agak membebankan murid untuk belajar kerana

mereka bukan sahaja terdedah kepada pengajaran KOMSAS sahaja malah pelbagai

mata pelajaran yang lain di sekolah. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah untuk

mengesan sejauh mana kesesuaian penggunaan teks cerpen di dalam antologi “Harga

Remaja” tingkatan empat ini dapat memberi kesan kepada murid aliran sains.

54

Page 55: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bahagian ini akan mengemukakan metodologi yang digunakan dalam

menjalankan kajian ini. Aspek yang akan dibincangkan termasuklah reka bentuk

kajian, lokasi kajian, populasi dan persampelan kajian, instrumen kajian, kesahan dan

kebolehpercayaan instrumen, penganalisisan data dan rumusan

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini adalah untuk melihat kesesuaian penggunaan teks cerpen dalam

pembelajaran Bahasa Melayu menurut persepsi murid aliran sains tingkatan empat di

Sekolah Menengah di daerah Kangar, Perlis. Kajian yang dijalankan ini adalah

berbentuk kuantitatif dan merupakan kaedah kajian deskriptif tinjauan bertujuan

untuk mengenal pasti minat murid terhadap teks cerpen dalam KOMSAS, mengenal

pasti kesesuaian teks cerpen dan masalah yang dihadapi oleh murid dalam

pembelajaran Bahasa Melayu.

55

Page 56: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

Teks cerpen yang dikaji untuk tujuan ini ialah :

vii. Ibu dan Ceper

viii. Memori Seorang Tua

ix. Israk

x. Pemain Catur

xi. Mellisa

xii. Biarkan Samudera

Sidek Mohd Noah (2002), menyatakan kajian deskriptif ini dapat

memberikan penerangan yang sistematik mengenai fakta dan ciri-ciri sesuatu

populasi atau bidang yang diminati secara fakta dan tepat. Dalam kajian ini, borang

soal selidik yang dikemukakan adalah soalan bersama respons dan berdasarkan skala

Likert yang mengandungi kenyataan seperti sangat setuju, setuju, tidak setuju dan

sangat tidak setuju.

3.3 Lokasi Kajian

Kajian ini menggunakan persampelan daripada Sekolah Menengah Sains

Tuanku Syed Putra di Kangar, Perlis. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra

merupakan Sekolah Berasrama Penuh dan kebanyakan murid adalah berasal dari

56

Page 57: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

kawasan setempat dan tinggal berhampiran sekolah tersebut. Kajian ini

menggunakan populasi seramai 200 orang manakala sampel kajian seramai 127

orang murid dipilih secara rawak sebagai sampel daripada tingkatan empat beraliran

sains.

3.4 Populasi dan Persampelan Kajian

Menurut Mohd Majid Konting (2009), populasi boleh didefinisikan sebagai

satu set ciri yang menunjukkan cerapan atau ukuran yang tertentu ke atas

sekumpulan individu atau objek. Saiz sampel perlu dimaksimumkan supaya saiz

dapat meminimumkan ralat persampelan. Oleh itu, penggunaan saiz sampel perlu

digalakkan melebihi 30 kerana andaian bahawa taburan normal biasanya dipenuhi

apabila saiz sampel melebihi 30. Pertambahan sampel akan lebih mewakili populasi

dan mengurangkan ralat persampelan. Beliau seterusnya menyatakan bahawa kajian

mengkehendaki ketepatan sepenuhnya dalam penyelidikan yang dilakukan dan

menganggar populasi pada aras keyakinan 100% kerana dengan cara ini tidak akan

ada ralat persampelan yang akan berlaku (Mohd Majid Konting, 2005).

57

Page 58: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

Jadual 3.1 : Jadual Penentu Sampel Krejcie dan Morgan

N S N S N S N S N S

10 10 100 80 280 162 800 260 2800 338

15 14 110 86 290 165 850 265 3000 341

20 19 120 92 300 169 900 269 3500 246

25 24 130 97 320 175 950 274 4000 351

30 28 140 103 340 181 1000 278 4500 351

35 32 150 108 360 186 1100 285 5000 357

40 36 160 113 380 181 1200 291 6000 361

45 40 180 118 400 196 1300 297 7000 364

50 44 190 123 420 201 1400 302 8000 367

55 48 200 127 440 205 1500 306 9000 368

60 52 210 132 460 210 1600 310 10000 373

65 56 220 136 480 214 1700 313 15000 375

70 59 230 140 500 217 1800 317 20000 377

75 63 240 144 550 225 1900 320 30000 379

80 66 250 148 600 234 2000 322 40000 380

85 70 260 152 650 242 2200 327 50000 381

90 73 270 155 700 248 2400 331 75000 382

95 76 270 159 750 256 2600 335 100000 384

Petunjuk: “N” (Populasi) : “S” (Sampel)

Sumber : Krejcie, Robert V., Morgan, Daryle W (1970). “Determining Sample Size for

Research Activities”, Educational and Psychological Measurement,

58

Page 59: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

Jadual 3.2 : Populasi dan Sampel Kajian

BIL. SEKOLAH POPULASI SAMPEL

1. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra

200 127

JUMLAH 200 127

Pemilihan sampel adalah secara rawak berstrata mengikut kadar iaitu populasi

seramai 200 orang manakala sampel adalah seramai 127 orang seperti dalam jadual

3.2. Murid akan diberi masa selama 30 minit untuk menjawab borang soal selidik

tersebut. Ini kerana sampel adalah sebahagian daripada populasi tanpa mengambil

kira sama ada ia dapat menjadi wakil populasi ataupun sebaliknya (Azizi Yahya et.

al. (2007). Pemilihan murid Tingkatan 4 aliran sains dilakukan secara persampelan

rawak berstrata mengikut kadar kerana sekolah ini mempunyai 6 buah kelas daripada

aliran sains. Oleh itu, pengiraan bagi bilangan sampel dalam setiap kelas dikira

seperti berikut berdasarkan jadual 3.3:

Jumlah Sampel x Jumlah Pelajar bagi Setiap Kelas = Bilangan Sampel bagi Setiap Kelas

Jumlah Populasi

59

Page 60: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

Jadual 3.3 : Pemilihan Sampel Secara Rawak Berstrata Mengikut Kadar

BIL. TINGKATAN 4 BILANGAN MURID SAMPEL

1. Zamrud 35 22

2. Alpha 35 20

3. Virgo 35 22

4. Zuhal 30 20

5. Neptun 30 20

6. Zurah 35 23

JUMLAH 200 127

3.5 Instrumen Kajian

Menurut Mohd Majid Konting (2009), soal selidik digunakan untuk

mendapatkan maklumat berkenaan dengan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan,

kehendak dan sebagainya. Oleh itu, soal selidik adalah sesuai dan berkesan

digunakan bagi populasi yang besar. Begitu juga soal selidik dapat meningkatkan

ketepatan dan kebenaran gerak balas subjek terhadap rangsangan soalan yang

diberikan. Berdasarkan kajian ini, borang soal selidik kajian mengandungi pelbagai

soalan yang akan menunjukkan perkara berkenaan dengan persoalan persepsi murid

terhadap kesesuaian penggunaan teks cerpen dalam pembelajaran Bahasa Melayu.

Selain dari itu, pengkaji menggunakan instrumen kajian yang berbentuk soal selidik

selain dari fokus utama soalan berdasarkan teks cerpen yang dipilih sebagai

menyokong dapatan kajian ini. Soalan soal selidik berdasarkan cerpen dari antologi

“Harga Remaja” yang digunakan oleh murid tingkatan empat iaitu ‘Ibu dan Ceper’, 60

Page 61: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

‘Memori Seorang Tua’, ‘Israk’, ‘Pemain Catur’, ‘Mellisa’, dan ‘Biarkan Samudera’.

Melalui kaedah ini seterusnya akan dapat memastikan persepsi murid aliran sains

terhadap kesesuaian penggunaan teks cerpen dan kebaikan serta kelemahannya

dalam pembelajaran Bahasa Melayu.

Seterusnya menurut Othman Mohamed (2001), menyatakan alat kajian

digunakan untuk mengumpul data yang berkaitan dengan tajuk. Dalam kajian ini,

pengkaji akan mengemukakan item-item yang berkaitan dengan penggunaan teks

cerpen. Soalan-soalan soal selidik diolah oleh pengkaji sendiri dengan bantuan

kajian-kajian terdahulu dari tesis Jumaadi Bin Saunri (2007) dan tesis Zaini Bt Salleh

(2002). Bagi memastikan kesahan kandungan, borang soal selidik telah diserahkan

kepada penyelia untuk disemak. Setelah mendapat pandangan penyelia dan

pembetulan dibuat, maka soal selidik telah diedarkan kepada 30 orang murid aliran

sains di Sekolah Menengah Agama Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah untuk

dijalankan sebagai kajian rintis bagi memastikan soal selidik ini mempunyai tahap

kesahan yang tinggi. Kajian rintis ini dijalankan bagi mengurangkan pertanyaan,

menentukan keupayaan kenyataan-kenyataan yang terkandung, dan untuk melicinkan

perjalanan menjawab soal selidik yang sebenar (Zailan Bin Shuib, 2010).

Borang soal selidik yang disediakan untuk sampel murid mengandungi 38

soalan. Bagi memudahkan pengumpulan data, pengkaji telah membahagikan borang

soal selidik tersebut kepada empat bahagian. Penjelasan setiap bahagian dalam

borang soal selidik tersebut adalah seperti huraian berikut :

61

Page 62: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

Jadual 3.4 : Jadual Item Istrumen Kajian Sekolah Menengah

BAHAGIAN DIMENSI ITEM

Bahagian A Latar Belakang Responden A1, A2, A3, A4

Bahagian B Minat Murid Terhadap Teks Cerpen

B1, B2, B3, B4, B5, B6, B7, B8, B9, B10, B11, B12, B13, B14

Bahagian C Kesesuaian Teks Cerpen dalam Pembelajaran Bahasa Melayu

C15, C16, C17, C18, C19, C20, C21, C22, C23, C24, C25, C26, C27, C28, C29

Bahagian D Masalah-Masalah dalam Pembelajaran Teks Cerpen

D30, D31, D32, D33, D34, D35, D36, D37, D38

Bahagian A adalah untuk mendapatkan maklumat tentang diri responden

yang terpilih. Dalam bahagian ini, sampel diminta menandakan bangsa dan jantina.

Maklumat tentang latar belakang sampel ini akan memudahkan pengkaji

mendapatkan gambaran awal diri murid.

Bahagian B pula mengandungi 14 item soalan setiap satunya. Soalan-soalan

dalam bahagian ini menjurus kepada minat murid terhadap teks cerpen dalam mata

pelajaran Bahasa Melayu.

Bahagian C pula adalah berkaitan dengan tajuk kajian di mana murid akan

disoal serba sedikit berkenaan dengan persepsi mereka tentang kesesuaian teks

cerpen dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Item-item yang terkandung dalam

bahagian ini lebih kepada penelitian terhadap kesesuaian penggunaan teks cerpen

dalam KOMSAS. Bahagian C ini mempunyai 15 item soalan setiap satunya.

62

Page 63: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

Bahagian D pula adalah bahagian item mengenai masalah-masalah yang

dihadapi murid dalam pembelajaran teks cerpen. Bahagian D ini mempunyai 9 item

soalan setiap satunya. Bahagian ini akan membuktikan permasalahan yang timbul

dalam penggunaan teks cerpen dalam pembelajaran Bahasa Melayu.

Dalam borang soal selidik yang disediakan, bahagian A dan B, pengkaji

menggunakan kaedah penandaan bagi setiap jawapan yang perlu dipilih oleh murid

manakala bagi bahagian C dan D, pengkaji menggunakan bentuk skala likert. Setiap

soalan yang dikemukakan mempunyai empat pilihan, yang mana sampel perlu

memilih jawapan berdasarkan kecenderungan dalam dirinya terhadap soalan-soalan

tersebut. Skala yang digunakan adalah seperti berikut :

4 pilihan :

1 = Sangat Tidak Setuju

2 = Tidak Setuju

3 = Setuju

4 = Sangat Setuju

Penggunaan borang soal selidik ini adalah bagi melihat kesesuaian

penggunaan teks cerpen dalam pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Melalui

hasil dapatan soal selidik ini, pengkaji akan menyarankan beberapa cadangan bagi

memantapkan lagi pembelajaran teks cerpen dalam Bahasa Melayu di sekolah.

63

Page 64: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

3.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan Alat Kajian

Menurut Mohd Majid Konting (2000), kesahan sesuatu alat pengukuran

merujuk kepada sejauh mana alat itu mengukur data yang sepatutnya ia dikehendaki

untuk mengukur. Manakala menurut Tuckman (1978) pula, kesahan sesuatu ujian

menggambarkan sejauh mana ujian tersebut mengukur apa yang sepatutnya ia

diukur. Sidek Mohd Noah (2000), menjelaskan bahawa sesuatu ujian itu dikatakan

mempunyai kesahan yang tinggi sekiranya darjah kebolehannya mengukur apa yang

sepatutnya ia ukur adalah tinggi. Melalui kajian ini, kesahan instrumen disemak dan

disahkan oleh Prof. Madya Dr. Abdul Rasid Jamian iaitu pensyarah dari Jabatan

Bahasa di Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia.

Menurut Noraini Idris (2010), sekiranya keputusan yang sama sentiasa

diperoleh dengan menggunakan kaedah atau metodologi yang sama, maka instrumen

penyelidikan dikatakan boleh dipercayai iaitu dalam erti kata lain, jika seseorang

individu yang sama diukur dalam keadaan yang sama berulang-ulang kali, maka

suatu pengukuran yang mempunyai kebolehpercayaan akan memberi ukuran yang

sama atau hampir sama pada setiap kali pengukuran dibuat. Dengan ini,

kebolehpercayaan prosedur ukuran boleh didefinisikan sebagai kestabilan atau

ketekalan sesuatu ukuran. Selaras dengan itu, kajian ini akan menjalankan satu kajian

rintis (pilot test) bagi menganalisis kebolehpercayaan instrumen kajian soal selidik

yang dijalankan. Kajian rintis telah dijalankan di Sekolah Menengah Agama Al

Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah untuk mendapat maklum balas daripada 30 orang

64

Page 65: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

responden mengenai Kesesuaian Penggunaan Teks Cerpen dalam Kalangan Murid

Aliran Sains. Ini bermakna, selepas kajian rintis dijalankan, penyelidik dapat

mengenal pasti kekuatan dan kelemahan instrumen, iaitu kebolehpercayaan

instrumen berpandukan nilai pekali ‘Alpha Cronbach’ yang diproses menggunakan

perisian SPSS versi 20.

Jadual 3.5 : Keputusan Hasil Kajian Rintis ‘Alpha Cronbach’

Dimensi Item Nilai Alpha Cronbach

Minat Terhadap Teks Cerpen B1 – B15 0.745

Kesesuaian Teks Cerpen C16 – C30 0.900

Masalah dalam Pembelajaran Teks Cerpen

D31 – D40 0.783

Keseluruhan Dimensi 1-40 0.815

Berdasarkan kajian ‘Alpha Cronbach’ bagi keseluruhan item menunjukkan

kebolehpercayaan ialah 0.815. Menurut Mohd Majid Konting (2005), nilai pekali

alpha yang melebihi .70 sentiasa digunakan dalam penyelidikan sains sosial. Selepas

menjalankan kajian rintis, modifikasi ke atas item-item dapat dibuat sama ada

dengan mengekalkan item, mengurangkan item atau menambahkan item untuk

disesuaikan dengan konteks kajian.

Menurut Wang Mui Lin (2003), alat ukuran kajian soal selidik ini digunakan

kerana didapati sesuai digunakan dalam konteks di Malaysia dan ianya juga

memenuhi ciri-ciri ujian daripada segi kebolehpercayaan, kesahan dan juga skala

65

Page 66: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

pemarkatan yang digunakan. Ini dijelaskan oleh Mokhtar Ismail (2009), bahawa

untuk menyatakan ketepatan ujian, konsep kebolehpercayaan perlu digunakan iaitu

setakat mana sesuatu ujian itu tekal dalam mengukur sesuatu. Manakala dari aspek

kesahan isi pula perlu diberi perhatian untuk menentukan item yang bersesuaian

dengan matlamat pengujian. Heaton (1979), menegaskan bahawa sifat kesahan

semata-mata, tanpa sifat kebolehpercayaan tidak cukup bagi sesuatu alat ujian yang

baik.

3.7 Prosedur Pengumpulan Data

Sebelum menjalankan kajian terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti

antaranya ialah:

1) Menyediakan set soal selidik yang mengandungi 4 bahagian iaitu

Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan juga Bahagian D. Bahagian A

terdiri daripada Latar Belakang Responden, Bahagian B terdiri daripada

Minat Murid Terhadap Teks Cerpen, Bahagian C terdiri daripada

Kesesuaian Teks Cerpen dalam Pembelajaran Bahasa Melayu dan

Bahagian D terdiri daripada masalah-masalah yang dihadapi murid dalam

pembelajaran teks cerpen.

2) Mendapatkan kelulusan daripada penyelia berkaitan set soalan soal

selidik.

3) Memohon kebenaran daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan,

Kementerian Pelajaran Malaysia.66

Page 67: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

4) Memohon kebenaran daripada Jabatan Pelajaran Negeri Perlis.

5) Memohon kebenaran daripada pengetua sekolah yang ingin dijadikan

tempat kajian.

6) Mengedarkan soal selidik kepada responden untuk mereka menjawab dan

mengembalikannya kepada penyelidik.

7) Memasukkan data menggunakan bantuan komputer iaitu program

Statistical Package for the Social Sciences (SPSS).

8) Membuat penganalisisan data.

9) Menulis laporan akhir.

Responden akan diberitahu bahawa mereka harus menjawab mengikut

pendapat sendiri dan bukannya mengikut tanggapan orang lain ataupun pengaruh

rakan sebaya. Segala maklumat yang diberikan akan dirahsiakan dan adalah untuk

tujuan kajian semata-mata.

3.8 Analisis Data

Bagi tujuan menganalisis data, penyelidik menggunakan analisis data

berkomputer. Program yang digunakan ialah ‘Statistical Package For Social Science

(SPSS)’. Mengikut Mohd Majid Konting (2005), penganalisisan data berstatistik

menggunakan perisian pengaturcaraan SPSS dapat menghasilkan pengiraan yang

tepat. Oleh yang demikian, segala dapatan akan di analisa menggunakan SPSS.

Kajian akan di analisa dalam bentuk min, peratusan dan sisihan piawai bagi

67

Page 68: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

menghurai persepsi murid tentang kesesuaian penggunaan teks cerpen dalam

pembelajaran Bahasa Melayu.

Skor min antara 1.00 hingga 2.00 sebagai tahap rendah, min 2.01 hingga 3.00

tahap sederhana, dan min 3.01 hingga 4.00 sebagai tahap tinggi (Rujuk jadual di

bawah).

Jadual 3.6 : Interpretasi Skor Min

JULAT SKOR MIN TAHAP

1.00 – 2.00 Rendah

2.01 – 3.00 Sederhana

3.01 – 4.00 Tinggi

Dapatan kajian ini adalah diharapkan dapat mengesan sejauh mana

kesesuaian penggunaan teks cerpen dalam pembelajaran Bahasa Melayu dalam

kalangan murid tingkatan empat aliran sains diperoleh.

68

Page 69: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

3.9 Rumusan

Secara keseluruhannya, bab ini menghuraikan reka bentuk kajian, sampel

kajian, pemboleh ubah kajian, kerangka kajian, lokasi kajian, persampelan kajian,

instrumen kajian, kesahan dan kebolehpercayaan kajian, prosedur kajian dan

penganalisisan data statistik. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk deskriptif

tinjauan. Selain itu, tempat kajian yang dijalankan ialah di Sekolah Menengah Sains

Tuanku Syed Putra di Kangar, Perlis. Kajian ini mempunyai populasi sebanyak 200

dan hanya sebanyak 127 murid sahaja dipilih untuk dijadikan sampel yang meliputi

murid Tingkatan 4 Aliran Sains. Data diperoleh dianalisis menggunakan perisian

Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) dan dihurai menggunakan statistik

deskriptif iaitu peratus, sisihan piawai dan min.

69

Page 70: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Perbincangan hasil kajian ini dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian

pertama merangkumi aspek latar belakang responden iaitu murid tingkatan empat

aliran sains. Bahagian kedua pula ialah tentang minat terhadap teks cerpen dalam

antologi “Harga Remaja”. Manakala bahagian ketiga meninjau kesesuaian teks

cerpen dalam pembelajaran bahasa Melayu dan bahagian terakhir merupakan

penelitian terhadap masalah-masalah yang dihadapi murid dalam pembelajaran teks

cerpen.

4.2 Latar belakang Responden

Sejumlah 127 orang murid tingkatan empat aliran sains telah memberi

respons dalam kajian ini. Kajian ini melibatkan enam buah kelas aliran sains yang

memiliki aspek latar belakang yang berbeza-beza.

70

Page 71: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

4.3 Maklumat Demografi Responden

Maklumat demografi responden dikenal pasti mengikut bangsa dan jantina.

Seramai 127 orang murid tingkatan empat yang mengikuti aliran sains di Sekolah

Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Kangar Perlis telah memberi respon dalam

kajian ini. Murid-murid ini terdiri daripada murid aliran sains yang mempunyai latar

belakang yang berbeza.

Jadual 4.1 : Taburan Responden Mengikut Jantina

____________________________________________________

Jantina Kekerapan Peratus

(F) (%)

____________________________________________________

Lelaki 79 62.2

Perempuan 48 37.8

____________________________________________________

Jumlah 127 100

_____________________________________________________

Jadual 4.1 adalah jadual taburan sampel kajian berdasarkan jantina. Dari segi

taburan jantina, jumlah responden lelaki terdiri daripada 79 orang (62.2%) dan 48

orang (37.8%) terdiri daripada responden perempuan. Majoriti responden adalah

lelaki berbanding responden perempuan.

71

Page 72: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

4.4 Taburan Bangsa

Jadual 4.2 : Taburan Responden Mengikut Bangsa ____________________________________________________

Item Kekerapan Peratus

(F) (%)

____________________________________________________

Melayu 118 92.9

Cina 1 0.8

India 3 2.4

Lain-lain 5 3.9

____________________________________________________

Jumlah 127 100

_____________________________________________________

Jadual 4.2 adalah jadual taburan sampel kajian berdasarkan ras bangsa sampel

kajian. Terdapat empat ras bangsa responden yang dijadikan sampel kajian iaitu

Melayu, Cina, India dan lain-lain. Majoriti adalah berbangsa Melayu seramai 118

orang dengan peratus 92.9%, Cina seorang dengan peratus 0.8%. Manakala bangsa

India seramai 3 orang dengan peratus 2.4% dan selebihnya adalah lain-lain bangsa

seramai 5 orang dengan peratus sebanyak 3.9%.

72

Page 73: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

4.5.1 Objektif 1 : Mengenal Pasti Minat Murid Menggunakan Teks Cerpen bagi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Aliran Sains

Jadual 4.3 : Tahap Seronok dan Minat Murid Membaca Teks dalam KOMSAS

No.Item

Item Bil.Responden

Min Sisihan Piawai

Tahap Kedudukan

2. Saya seronok membaca teks dalam KOMSAS? 127

2.02 .642 Sederhana 1

1. Saya berminat membaca teks dalam KOMSAS?

127 1.96 .660 Rendah 2

Keseluruhan 127 1.98 .615 Rendah

Jadual 4.3 menunjukkan dapatan kajian berkaitan dengan tahap seronok dan

minat murid menggunakan teks cerpen bagi pembelajaran Bahasa Melayu dalam

kalangan murid aliran sains. Jadual tersebut memaparkan nilai min dan sisihan

piawai bagi setiap item soalan yang dikemukakan. Terdapat dua item iaitu item saya

seronok membaca teks cerpen dalam KOMSAS berada pada tahap sederhana ( min =

2.02, sisihan piawai = 0.642) manakala item kedua berada pada tahap rendah iaitu

item saya berminat membaca teks cerpen dalam KOMSAS ( min = 1.96, sisihan

piawai = 0.660 ). Secara keseluruhannya menunjukkan ( min = 1.98, sisihan piawai =

0.615 ) dan berada pada tahap yag rendah. Ini menunjukkan bahawa murid aliran

sains tidak meminati KOMSAS dalam pengajaran Bahasa Melayu.

73

Page 74: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

Jadual 4.4 : Teks Cerpen yang Paling Diminati dalam KOMSAS

Cerpen Bil.Responden

Peratus (%)

Kedudukan

Ibu dan Ceper 41 32.3 1

Memori Seorang Tua 38 29.9 2

Melissa 17 13.4 3

Israk 14 10.3 4

Pemain Catur 13 10.2 5

Biarkan Samudera 5 3.9 6

Keseluruhan 127 100

Jadual 4.4 menunjukkan dapatan kajian berkaitan dengan teks cerpen yang

paling diminati dalam KOMSAS oleh murid aliran sains. Jadual tersebut

memaparkan bilangan respoden dan peratus bagi item soalan yang ketiga.

Berdasarkan dapatan kajian ini menunjukkan cerpen yang paling diminati oleh murid

aliran sains dan mendapat kedudukan yang pertama ialah cerpen Ibu dan Ceper

(32.3%), item ke-2 ialah cerpen Memori Seorang Tua (29.9%), item ke-3 ialah

cerpen Melissa (13.4%), item ke-4 ialah cerpen Israk (10.3%), item ke-5 Pemain

Catur (10.2%), dan item ke-6 ialah cerpen cerpen Biarkan Samudera. Secara

keseluruhannya menunjukkan cerpen Ibu dan Ceper paling diminati oleh murid

aliran sains mungkin disebabkan oleh isi cerita yang bersesuaian dengan tahap

pemikiran murid itu sendiri. Seterusnya apabila ditanya mengapa murid aliran sains

meminati bagi setiap teks cerpen tersebut dinyatakan dalam jadual 4.5.

74

Page 75: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

Jadual 4.5 : Pandangan Murid Terhadap Enam Buah Cerpen

Item Ibu dan Ceper

Memori Seorang

Tua

Melissa Israk Pemain Catur

Biarkan Samudera

Kedudukan 1 2 3 4 5 6(N) (%) (N) (%) (N) (%) (N) (%) (N) (%) (N) (%)

Mesejnya Menarik

46 36.2

43 33.9

47 37 22 17.3 21 16.5 19 15

Mudah Difahami

24 18.9

24 18.9

27 21.3 37 29.1 26 20.5 23 18.1

Isi CeritaBersesuaian

30 23.6

23 18.1

11 8.7 21 16.5 26 20.5 27 21.3

Keseluruhan 100 78.7

90 70.9

85 67 80 62.9 73 57.5 69 54.4

Kandungan Cerita Membosankan

21 16.5

10 7.9 19 15 29 22.8 27 21.2 30 23.6

Sukar Difahami

6 4.8 23 18.1

23 18 12 9.5 17 13.4 23 18.1

Cerita TidakBersesuaian

0 0 4 3.1 0 0 6 4.8 10 7.9 5 3.9

Keseluruhan 27 21.3

37 29.1

42 33 47 37.1 54 42.5 58 45.6

Jadual 4.5 menunjukkan dapatan kajian berkaitan dengan pandangan murid

terhadap enam buah cerpen oleh murid aliran sains berdasarkan tahap minat murid

terhadap setiap cerpen tersebut . Jadual tersebut memaparkan nilai bilangan

responden dan peratusan bagi setiap item soalan yang dikemukakan. Berdasarkan

dapatan kajian ini peratusan tertinggi dan berada pada kedudukan pertama ialah

cerpen Ibu dan Ceper. Murid menyatakan bahawa cerpen ini mempunyai mesej yang

menarik, mudah difahami dan kandungan isi cerita yang bersesuaian iaitu sebanyak

100 orang responden (78.7%). Terdapat juga seramai 27 orang murid (21.3%)

menyatakan cerpen ini mempunyai kandungan cerita yang membosankan, sukar

difahami dan cerita tidak bersesuaian dengan pemikiran mereka. Manakala bagi

cerpen Memori Seorang Tua pula, sebanyak 90 orang responden (70.9%)

75

Page 76: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

menyatakan bahawa cerpen ini mempunyai mesej yang menarik, mudah difahami

dan kandungan isi cerita yang bersesuaian tetapi seramai 37 orang murid (29.1%)

menyatakan cerpen ini mempunyai kandungan cerita yang membosankan, sukar

difahami dan cerita tidak bersesuaian dengan pemikiran mereka.

Seterusnya bagi cerpen Melissa, sebanyak 85 orang responden (67%)

memilih bahawa cerpen ini mempunyai mesej yang menarik, mudah difahami dan

kandungan isi cerita yang bersesuaian tetapi seramai 42 orang murid (33%)

menyatakan cerpen ini mempunyai kandungan cerita yang membosankan, sukar

difahami dan cerita tidak bersesuaian dengan pemikiran mereka . Bagi cerpen Israk

pula, sebanyak 80 orang responden (62.9%) memilih bahawa cerpen ini mempunyai

mesej yang menarik, mudah difahami dan kandungan isi cerita yang bersesuaian

tetapi seramai 47 orang murid (37.1%) menyatakan cerpen ini mempunyai

kandungan cerita yang membosankan, sukar difahami dan cerita tidak bersesuaian

dengan pemikiran mereka manakala bagi cerpen Pemain Catur, sebanyak 73 orang

responden (57.5%) memilih bahawa cerpen ini juga mempunyai mesej yang menarik,

mudah difahami dan kandungan isi cerita yang bersesuaian tetapi seramai 54 orang

murid (42.5%) menyatakan cerpen ini mempunyai kandungan cerita yang

membosankan, sukar difahami dan cerita tidak bersesuaian dengan pemikiran

mereka.

Seterusnya bagi cerpen yang berada pada kedudukan terakhir iaitu Biarkan

Samudera sebanyak 69 orang responden (54.4%) memilih bahawa cerpen ini juga

76

Page 77: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

mempunyai mesej yang menarik, mudah difahami dan kandungan isi cerita yang

bersesuaian tetapi seramai 58 orang murid (45.6%) menyatakan cerpen ini

mempunyai kandungan cerita yang membosankan, sukar difahami dan cerita tidak

bersesuaian dengan pemikiran mereka.

Oleh itu, kajian berhubung minat murid menggunakan teks cerpen bagi

pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid aliran sains merupakan suatu

kajian yang penting kerana melalui minat yang ditonjolkan, kita akan dapat membuat

perkaitan dengan kesesuaian teks cerpen yang seterusnya. Maka, hasil kajian ini telah

menjawab objektif dan persoalan berkaitan yang dikemukakan bagi melihat dan

mengenal pasti minat murid menggunakan teks cerpen bagi pembelajaran Bahasa

Melayu dalam kalangan murid aliran sains.

4.5.2 Objektif 2 : Mengenal Pasti Kesesuaian Penggunaan Teks Cerpen bagi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Aliran Sains

Jadual 4.6 : Kesesuaian Teks Cerpen dalam Pembelajaran Bahasa Melayu

No.Item

Item Bil.Responden

Min Sisihan Piawai

Tahap Kedudukan

28. Kandungan dalam teks cerpen memberi teladan dan contoh yang berguna.

127 3.24 .675 Tinggi 1

27. Saya mendapat banyak perkataan baru dengan mempelajari teks cerpen.

127 3.17 .757 Tinggi 2

16. Teks cerpen mengandungi bahasa

127 3.15 .735 Tinggi 3

77

Page 78: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

yang indah dan menarik.

29. Dengan teks cerpen, dapat menambahkan pengetahuan saya.

127 3.13 .706 Tinggi 4

21. Teks cerpen menggalakkan minat membaca.

127 3.11 .809 Tinggi 5

20. Teks cerpen wajar dimasukkan dalam mata pelajaran KOMSAS.

127 3.03 .872 Tinggi 6

17. Pengajaran dan pembelajaran menggunakan teks cerpen membantu meningkatkan kemahiran berbahasa anda.

127 3.01 .821 Tinggi 7

19. Pengajaran dan pembelajaran KOMSAS dapat meningkatkan pemahaman saya dalam teks cerpen.

127 3.00 .836 Sederhana 8

23. Teks cerpen memberi pengetahuan, kepuasan dan keseronokkan membaca.

127 2.98 .943 Sederhana 9

22. Teks cerpen mengukuhkan penguasaan bahasa Melayu saya.

127 2.95 .815 Sederhana 10

26. Saya dapat meningkatkan kemahiran lisan dan menulis dengan teks cerpen.

127 2.87 .826 Sederhana 11

15. Penggunaan teks cerpen berjaya menarik minat saya belajar KOMSAS.

127 2.85 .777 Sederhana 12

24. Teks cerpen membuatkan saya lebih suka belajar mata pelajaran Bahasa Melayu.

127 2.79 .931 Sederhana 13

18. Pengajaran dan pembelajaran menggunakan teks cerpen berjaya merangsang minat anda untuk membaca hasil karya sastera lain.

127 2.72 .881 Sederhana 14

25. Pengajaran teks 127 2.67 .909 Sederhana 15

78

Page 79: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

cerpen tidak membosankan.Keseluruhan 127 2.97 .616 Sederhana

Jadual 4.6 menunjukkan dapatan kajian berkaitan dengan kesesuaian teks

cerpen dalam pembelajaran Bahasa Melayu bagi murid aliran sains. Jadual tersebut

memaparkan nilai min dan sisihan piawai bagi setiap item soalan yang dikemukakan.

Terdapat tujuh item berada pada tahap tinggi iaitu item pertama kandungan dalam

teks cerpen memberi teladan dan contoh yang berguna ( min = 3.24, sisihan piawai =

.675) , item ke-2 iaitu saya mendapat banyak perkataan baru dengan mempelajari

teks cerpen ( min = 3.17, sisihan piawai = .757), item ke-3 iaitu teks cerpen

mengandungi bahasa yang indah dan menarik ( min = 3.15, sisihan piawai = .735),

item ke-4 iaitu dengan teks cerpen, dapat menambahkan pengetahuan saya menarik

( min = 3.13, sisihan piawai = .706), item ke-5 iaitu teks cerpen menggalakkan minat

membaca ( min = 3.11, sisihan piawai = .809), item ke-6 iaitu teks cerpen wajar

dimasukkan dalam mata pelajaran KOMSAS ( min = 3.03, sisihan piawai = .872)

dan item ke-7 iaitu pengajaran dan pembelajaran menggunakan teks cerpen

membantu meningkatkan kemahiran berbahasa anda ( min = 3.01, sisihan piawai

= .821).

Manakala sebanyak lapan item yang berada pada tahap sederhana. Ini

meliputi item ke-8 iaitu item pengajaran dan pembelajaran KOMSAS dapat

meningkatkan pemahaman saya dalam teks cerpen ( min = 3.00, sisihan piawai

= .836), item ke-9 iaitu teks cerpen memberi pengetahuan, kepuasan dan

keseronokkan membaca ( min = 2.98, sisihan piawai = .943), item ke-10 iaitu teks

79

Page 80: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

cerpen mengukuhkan penguasaan bahasa Melayu saya ( min = 2.95, sisihan piawai

= .815), item ke-11 iaitu saya dapat meningkatkan kemahiran lisan dan menulis

dengan teks cerpen ( min = 2.87, sisihan piawai = .826), item ke-12 iaitu

penggunaan teks cerpen berjaya menarik minat saya belajar KOMSAS ( min = 2.85,

sisihan piawai = .777), item ke-13 iaitu teks cerpen membuatkan saya lebih suka

belajar mata pelajaran Bahasa Melayu ( min = 2.79, sisihan piawai = .931), item ke-

14 iaitu pengajaran dan pembelajaran menggunakan teks cerpen berjaya merangsang

minat anda untuk membaca hasil karya sastera lain ( min = 2.72, sisihan piawai

= .881) dan item ke-15 iaitu pengajaran teks cerpen tidak membosankan ( min =

2.67, sisihan piawai = .909).

Secara keseluruhannya, jawapan yang diperoleh daripada item soalan yang

dibina bagi bahagian mengenal pasti kesesuaian penggunaan teks cerpen bagi

pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid aliran sains mendapati bahawa

kesesuaian teks cerpen pada tahap sederhana dengan nilai min sebanyak 2.97.

Keadaan ini menerangkan bahawa kesesuaian penggunaan teks cerpen bagi

pembelajaran Bahasa Melayu pada tahap yang sederhana. Hal ini kerana, teks cerpen

memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan pemahaman murid kerana

dengan menggunakan teks cerpen dapat membantu meningkatkan kemahiran

berbahasa murid, dapat mengukuhkan penguasaan bahasa Melayu dan mampu

memainkan peranan yang penting untuk mengalakkan murid berminat terhadap mata

pelajaran Bahasa Melayu. Selain itu juga, dapat meningkatkan kemahiran lisan dan

menulis mereka berdasarkan penggunaan ayat berunsur sastera.

80

Page 81: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

4.5.3 Objektif 3 : Mengenal Pasti Masalah yang Wujud bagi Penggunaan Teks Cerpen sebagai Bahan Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Aliran Sains

Jadual 4.7 : Masalah-Masalah yang Dihadapi Murid dalam Pembelajaran Teks

Cerpen

No.Item

Item Bil.Responden

Min Sisihan Piawai

Tahap Kedudukan

35. Terlalu banyak teks cerpen yang mesti dibaca untuk peperiksaan.

127 3.09 .864 Tinggi 1

37. Saya tidak faham penggunaan istilah-istilah kesusasteraan dalam teks cerpen.

127 2.69 .850 Sederhana 2

36. Saya tidak ada membaca teks cerpen lain selain teks cerpen di sekolah.

127 2.65 1.094 Sederhana 3

32. Bahasa dalam teks cerpen sukar difahami.

127 2.58 .955 Sederhana 4

38. Teks cerpen yang digunakan membosankan.

127 2.45 .879 Sederhana 5

34.Saya menghadapi masalah dalam memahami teks cerpen.

127 2.37 .933 Sederhana 6

33. Tidak berminat dengan teks cerpen dalam KOMSAS.

127 2.29 .901 Sederhana 7

30. Saya kurang berminat membaca teks cerpen.

127 2.23 .953 Sederhana 8

31. Saya merasa pengajaran guru tidak menarik.

127 1.94 .898 Rendah 9

Keseluruhan 127 2.39 .607 Sederhana

81

Page 82: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

Jadual 4.7 menunjukkan dapatan kajian berkaitan dengan masalah-masalah

yang dihadapi dalam pembelajaran teks cerpen bagi murid aliran sains. Jadual

tersebut memaparkan nilai min dan sisihan piawai bagi setiap item soalan yang

dikemukakan. Terdapat satu item berada pada tahap tinggi iaitu item terlalu banyak

teks cerpen yang mesti dibaca untuk peperiksaan ( min = 3.09, sisihan piawai

= .864). Keadaan ini telah memberi gambaran kepada kita bahawa terlalu banyak

teks cerpen yang dimuatkan ke dalam antologi KOMSAS untuk dibaca oleh murid.

Ini secara langsungnya turut membebankan murid dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Secara keseluruhannya, permasalahan yang dihadapi oleh murid ialah

penggunaan teks cerpen yang terlalu banyak yang wajib dibaca untuk peperiksaan.

Sebelum pelaksanaan komponen wajib Kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran

Bahasa Melayu, tidak terdapat soalan berkenaan bahan KOMSAS dalam peperiksaan

sebenar. Oleh itu, murid tidak berasa tertekan dan dibebani dalam pembelajaran

mereka, tetapi sekarang terlalu banyak teks sastera yang perlu dibaca oleh mereka

untuk menghadapi peperiksaan. Ini menyebabkan beban murid semakin bertambah

dalam pembelajaran.

Manakala sebanyak tujuh item yang berada pada tahap sederhana. Ini

meliputi item ke-2 iaitu item saya tidak faham penggunaan istilah-istilah

kesusasteraan dalam teks cerpen ( min = 2.69, sisihan piawai = .850), item ke-3 iaitu

saya tidak ada membaca teks cerpen lain selain teks cerpen di sekolah ( min = 2.65,

sisihan piawai = 1.094), item ke-4 iaitu bahasa dalam teks cerpen sukar difahami

( min = 2.58, sisihan piawai = .955), item ke-5 iaitu teks cerpen yang digunakan

membosankan ( min = 2.45, sisihan piawai = . 879), item ke-6 iaitu saya

82

Page 83: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

menghadapi masalah dalam memahami teks cerpen ( min = 2.37, sisihan piawai

= .933), item ke-7 iaitu tidak berminat dengan teks cerpen dalam KOMSAS ( min =

2.29, sisihan piawai = .901) dan item ke-8 iaitu saya kurang berminat membaca teks

cerpen ( min = 2.23, sisihan piawai = .953). Seterusnya hanya terdapat satu item di

tahap rendah iaitu item ke-9 iaitu saya merasa pengajaran guru tidak menarik ( min =

1.94, sisihan piawai = .898).

Secara keseluruhannya, respon jawapan yang diperoleh berdasarkan item-

item soalan yang dibina bagi mengenal pasti masalah yang wujud bagi penggunaan

teks cerpen sebagai bahan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid aliran

sains menunjukkan bilangan teks cerpen yang perlu dibaca memberi masalah dan

beban kepada murid. Nilai min secara keseluruhannya adalah sebanyak 2.39.

Dapatan kajian yang sederhana menunjukkan bahawa bilangan teks cerpen yang

dimuatkan dalam antologi KOMSAS perlulah dititikberatkan agar murid tidak berasa

terlalu padat dan banyak untuk dibaca oleh mereka. Oleh hal yang demikian, dapatan

kajian ini telah menjawab objektif dan persoalan kajian yang dikemukakan untuk

bahagian mengenal pasti masalah yang wujud bagi penggunaan teks cerpen sebagai

bahan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid aliran sains.

83

Page 84: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

4.6 Rumusan

Kesesuaian penggunaan teks cerpen dalam antologi KOMSAS penting dalam

pembelajaran Bahasa Melayu. Dalam mengenal pasti tahap minat, kesesuaian bahan

dan masalah yang wujud dalam penggunaan teks cerpen menunjukkan respon yang

baik. Berdasarkan dapatan kajian oleh penyelidik menunjukkan kesesuaian teks

dalam antologi KOMSAS penting dalam pembelajaran murid sekolah. Justeru, hasil

dapatan kajian yang telah dianalisis telah dinyatakan dalam bab ini secara

keseluruhannya. Hasil menunjukkan bahawa teks cerpen memainkan peranan yang

penting untuk mengalakkan murid berminat terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu.

Pemilihan teks cerpen yang bermutu dan baik dapat meningkatkan minat murid

membaca dan meminati pengajaran KOMSAS di sekolah.

84

Page 85: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini akan merumuskan kembali dapatan kajian yang diperoleh

berdasarkan persepsi murid aliran sains terhadap kesesuaian penggunaan teks cerpen.

Rumusan dan saranan dalam bab ini merupakan hasil kajian dari sebuah Sekolah

Menengah Sains Tuanku Syed Putra dan khusus kepada murid tingkatan empat aliran

sains. Selain dapatan kajian disertakan juga cadangan-cadangan yang bersesuaian

dengan P&P KOMSAS. Cadangan yang diberi merupakan perspektif pengkaji

berdasarkan dapatan kajian mengenai persepsi murid aliran sains terhadap kesesuaian

penggunaan teks cerpen dan faktor-faktor yang saling berkait antara satu sama lain.

Faktor-faktor yang berkait melibatkan persepsi murid terhadap kesesuaian

penggunaan teks cerpen seperti minat, kesesuaian teks cerpen dan masalah-masalah

yang dihadapi murid dalam pembelajaran teks cerpen yang diambil kira dalam

menyimpulkan hasil kajian ini.

85

Page 86: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

5.2 Rumusan Kajian Keseluruhan

Dapatan kajian dari aspek minat murid terhadap teks cerpen menunjukkan

bahawa murid aliran sains mempunyai minat yang tinggi terhadap cerpen Ibu dan

Ceper, Memori Seorang Tua dan Melissa manakala pada tahap seronok murid dan

minat murid membaca teks dalam KOMSAS adalah rendah. Dari aspek kesesuaian

teks cerpen dalam pembelajaran Bahasa Melayu pula, pada keseluruhannya murid

aliran sains menunjukkan bahawa kandungan dalam teks cerpen memberi teladan

dan contoh yang berguna iaitu berada pada tahap sederhana. Manakala dari segi

aspek masalah-masalah yang wujud bagi penggunaan teks cerpen sebagai bahan

pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid aliran sains menunjukkan

bahawa terlalu banyak teks cerpen yang mesti dibaca untuk peperiksaan dan berada

pada tahap sederhana. Oleh itu, berdasarkan keseluruhan aspek kajian ini, dapatan

kajian yang diperoleh adalah sederhana bagi kesemua aspek iaitu minat terhadap teks

cerpen, kesesuaian teks cerpen dan masalah-masalah yang dihadapi murid dalam

pembelajaran teks cerpen.

5.3 Perbincangan Kajian

86

Page 87: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

Perbincangan kajian adalah berkaitan dengan keputusan kajian yang

diperoleh dalam kajian ini. Keputusan kajian ini dikaitkan pula dengan hasil dapatan

daripada kajian-kajian yang terdahulu yang berkaitan dengan tajuk kajian ini. Hasil

kajian lepas digunakan untuk menyokong atau hanya sebagai perbandingan dengan

kajian yang dilakukan ini. Perbincangan hasil dapatan kajian ini dibahagikan kepada

tiga sub topik iaitu minat terhadap teks cerpen, kesesuaian teks cerpen dalam

pembelajaran Bahasa Melayu dan masalah-masalah yang dihadapi murid dalam

pembelajaran teks cerpen.

5.4 Minat Murid Menggunakan Teks Cerpen bagi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Aliran Sains

Dapatan kajian menunjukkan bahawa minat murid menggunakan teks cerpen

bagi pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid aliran sains adalah

sederhana. Minat murid menggunakan teks cerpen bagi pembelajaran Bahasa Melayu

menunjukkan keputusan yang sederhana mungkin disebabkan oleh beberapa faktor.

Antaranya adalah disebabkan oleh murid amat meminati teks cerpen Ibu dan Ceper,

Memori Seorang Tua dan Melissa. Ketiga-tiga cerpen ini berada pada tahap yang

tinggi disebabkan oleh ketiga-tiga cerpen ini mempunyai mesej yang menarik dan

penggunaan isi cerita yang bersesuaian dengan tajuk cerpen. Ketiga-tiga cerpen ini

diminati oleh murid aliran sains mungkin cerpen ini serasi dengan pemikiran mereka.

Hasil kajian yang diperoleh daripada kajian ini adalah selari dengan dapatan

kajian yang dijalankan oleh Zaini Bt Salleh (2002). Dalam kajian yang dilakukan, 87

Page 88: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

beliau mendapati bahawa minat terhadap cerpen dipengaruhi oleh faktor yang mudah

difahami kerana cerpen tidak memerlukan masa yang lama untuk mengetahui

pengakhiran sesebuah cerita dan tidak menimbulkan kebosanan kepada murid. Ini

disebabkan oleh plot yang tidak begitu kompleks menjadikan cerpen lebih mudah

difahami. Selain daripada itu, mesej yang menarik ditonjolkan oleh cerpen juga

mampu menarik minat murid untuk membacanya.

Kajian ini juga berbeza dengan kajian yang pernah dilakukan oleh Subadrah

Nair dan Rajeswari Arumugam (2006), tentang “Keberkesanan Kaedah Model

Skema bagi Meningkatkan Kefahaman dan Minat Pelajar Terhadap Cerpen Bahasa

Melayu”. Dalam kajian tersebut, beliau mengukur kesan penggunaan model skema

terhadap pencapaian kefahaman murid dan minat murid terhadap cerpen. Dapatan

kajian beliau menunjukkan pengajaran dengan menggunakan model skema dapat

meningkatkan pencapaian murid secara signifikan bagi soalan tentang persoalan,

soalan tentang perwatakan, soalan tentang latar masyarakat dan soalan tentang gaya

bahasa berbanding dengan pencapaian murid yang diajar dengan menggunakan

pendekatan tradisional. Sedangkan dalam kajian ini, pengkaji hanya menjalankan

kajian untuk mengenal pasti minat murid menggunakan teks cerpen bagi

pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid aliran sains dengan

menerangkan dapatan kajian dari segi min dan sisihan piawai sahaja.

Pengkaji juga mempunyai pandangan yang sama dengan Marohaini (2001),

berkaitan dengan penggunaan bahan sastera mampu membekalkan pengajaran yang

88

Page 89: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

menarik kepada murid serta merupakan bahan yang mudah difahami dalam

pembelajaran. Hasil penyelidikan yang dilakukan mendapati bahawa ramai murid

aliran sains memilih cerpen Ibu dan Ceper, Memori Seorang Tua dan Melissa kerana

mungkin bagi mereka penggunaan teks cerpen ini memudahkan mereka fahami

dalam pembelajaran. Hasil kajian yang dilakukan oleh beliau selari dengan kajian ini.

Manakala bagi item pada tahap rendah adalah item saya berminat membaca

teks cerpen dalam KOMSAS menunjukkan hasil dapatan kajian murid tidak berminat

membaca teks cerpen. Dapatan kajian pengkaji bertentangan dengan kajian yang

dibuat oleh Jumaadi bin Saunri (2007), menjelaskan berdasarkan persepsi pelajar

aliran sains terhadap kesesuaian penggunaan komponen sastera dalam pengajaran

dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah luar bandar menyimpulkan bahawa

komponen sastera yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Melayu itu sesuai digunakan untuk aliran sains. Hubungan yang diperoleh adalah

positif kerana minat murid terhadap komponen sastera itu sudah sedia ada tetapi bagi

hasil dapatan kajian pengkaji mendapati murid aliran sains tingkatan empat tidak

berminat membaca teks cerpen dalam komponen sastera.

5.5 Kesesuaian Penggunaaan Teks Cerpen bagi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Aliran Sains

Dapatan kajian tentang kesesuaian penggunaaan teks cerpen bagi

pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid aliran sains keseluruhannya

adalah sederhana. Jika dilihat pada kesesuaian teks cerpen dalam antologi Harga 89

Page 90: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

Remaja kebanyakannya adalah memberi jawapan yang positif dan memandang tinggi

terhadap penggunaan teks cerpen yang mampu memberi teladan dan contoh yang

berguna dalam kehidupan mereka. Oleh itu, bahan komponen sastera tingkatan

empat yang digunakan sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu iaitu antologi

Harga Remaja adalah sesuai mengikut persepsi murid. Sungguhpun terdapat

beberapa masalah yang dihadapi oleh murid semasa menggunakannya, namun

masalah tersebut bukanlah halangan yang besar dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

Secara terperinci, pangkatan peratusan murid yang memberikan reaksi sangat

bersetuju dan bersetuju bagi setiap kenyataan adalah seperti berikut :

a) Penggunaan teks cerpen berjaya menarik minat saya belajar KOMSAS.

(72.4%)

b) Teks cerpen mengandungi bahasa yang indah dan menarik. (84.3%)

c) Pengajaran dan pembelajaran menggunakan teks cerpen membantu

meningkatkan kemahiran berbahasa anda. (79.6%)

d) Pengajaran dan pembelajaran menggunakan teks cerpen berjaya

merangsang minat anda untuk membaca hasil karya sastera lain. (59.1%)

e) Pengajaran dan pembelajaran KOMSAS dapat meningkatkan

pemahaman saya dalam teks cerpen. (80.3%)

f) Teks cerpen wajar dimasukkan dalam mata pelajaran KOMSAS.

(77.2%)

g) Teks cerpen menggalakkan minat membaca. (80.3%)

h) Teks cerpen mengukuhkan penguasaan bahasa Melayu saya. (75.6%)90

Page 91: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

i) Teks cerpen memberi pengetahuan, kepuasan dan keseronokkan

membaca. (74.8%)

j) Teks cerpen membuatkan saya lebih suka belajar mata pelajaran Bahasa

Melayu. (61.4%)

k) Pengajaran teks cerpen tidak membosankan. (59.1%)

l) Saya dapat meningkatkan kemahiran lisan dan menulis dengan teks

cerpen. (71.6%)

m) Saya mendapat banyak perkataan baru dengan mempelajari teks cerpen.

(85%)

n) Kandungan dalam teks cerpen memberi teladan dan contoh yang

berguna. (91.3%)

o) Dengan teks cerpen, dapat menambahkan pengetahuan saya. (88.9%)

Secara keseluruhannya, murid tingkatan empat dalam aliran sains

memberikan persepsi yang positif terhadap kesesuaian teks cerpen dalam

pembelajaran Bahasa Melayu. Kebanyakan murid menganggap kandungan dalam

teks cerpen dapat memberi teladan dan contoh yang berguna dan wajar dimasukkan

dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Hasil kajian yang diperoleh

daripada kajian ini adalah selari dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh Zaini Bt

Sallleh (2002), data kesesuaian bahan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu tahap

tinggi dan tahap rendah. Tahap tinggi mengumpulkan sebanyak 62.6% responden

manakala bagi tahap rendah mengandungi sebanyak 37.4% ini menunjukkan bahawa

ramai murid mempunyai tanggapan atau persepsi yang baik terhadap kesesuaian

91

Page 92: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

penggunaan komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bersesuaian

dengan kajian yang dijalankan oleh pengkaji sendiri.

Manakala bagi kajian yang dijalankan oleh Zaitul Azma Zainon Hamzah

(2007), beliau lebih mengkaji terhadap bahan teks tradisional tetapi pengkaji sendiri

lebih memfokuskan kepada bahan sastera teks cerpen. Walau bagaimanapun, hasil

dapatan kajian yang dijalankan oleh beliau mendapati bahawa murid juga

menghadapi kesukaran untuk mempelajari bahan teks tradisional. Dalam bahagian

pemahaman, kajian beliau mendapati bilangan murid yang menghadapi kesukaran

dalam memahami prosa tradisional sebanyak (25.0%), novel (16.4%), petikan umum

(14.7%), puisi tradisional (14.3%), drama (12.0%), sajak (11.3%) dan cerpen (6.3%)

kesukaran ini berkaitan dengan tahap penguasaan makna perkataan klasik. Oleh itu,

masalah murid dalam menguasai komponen sastera harus dikenal pasti dan masalah

ini perlu di atasi agar objektif mata pelajaran ini dapat dicapai.

Hasil dapatan kajian pengkaji menunjukkan sebanyak 59.1% murid sangat

bersetuju dan bersetuju menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran

menggunakan teks cerpen berjaya merangsang minat mereka untuk membaca hasil

karya sastera yang lain. Dapatan kajian ini menunjukkan dapatan kajian pengkaji

lebih rendah berbanding kajian yang dijalankan oleh Jumaadi Bin Saunri (2007) yang

memperoleh hasil dapatan sebanyak 74.2% sangat bersetuju dan bersetuju bahawa

pengajaran dan pembelajaran menggunakan KOMSAS berjaya merangsang minat

murid untuk membaca hasil karya sastera yang lain.

92

Page 93: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

5.6 Masalah-Masalah yang Dihadapi Murid dalam Pembelajaran Teks

Cerpen

Kebanyakan murid (81.1%) menyatakan mereka menghadapi masalah dalam

membaca teks cerpen kerana terlalu banyak teks cerpen yang mesti dibaca untuk

menghadapi peperiksaan. Ini memberi kesan kepada pembelajaran mereka kerana

bukan sahaja teks cerpen yang perlu dibaca malah terdapat pelbagai bahan KOMSAS

lain yang perlu mesti dibaca untuk peperiksaan. Hal ini lebih menyukarkan mereka.

Selain itu, mereka juga menghadapi masalah untuk memahami penggunaan istilah-

istilah kesusasteraan dalam teks cerpen. Terdapat bahan komponen sastera yang

mengandungi bahasa yang agak sukar kerana tidak digunakan dalam bahasa harian

khususnya dalam teks cerpen. Dapatan kajian pengkaji selari dengan hasil kajian

oleh Zaini Bt Salleh (2002), yang menyatakan bahawa komponen sastera

menambahkan beban pembelajaran sebanyak 5.8% iaitu sebelum pelaksanaan

komponen wajib Kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, tidak

terdapat soalan berkenaan bahan KOMSAS dalam peperiksaan sebenar. Oleh itu,

murid tidak berasa tertekan dan dibebani dalam pembelajaran mereka, tetapi

sekarang terlalu banyak teks sastera yang perlu dibaca oleh mereka untuk

menghadapi peperiksaan. Ini menyebabkan beban murid semakin bertambah dalam

pembelajaran.

93

Page 94: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

Dapatan kajian pengkaji juga dibuktikan dengan isu dari Berita Harian 4

April 2001, bahawa pelaksanaan KOMSAS yang bermula sejak Mac 2000 antara lain

bertujuan untuk membolehkan murid memberikan pendapat dan hujah yang kritis

dan analitis dalam pelbagai situasi serta dapat membuat tafsiran, penilaian dan

rumusan yang wajar ke atas pelbagai bahan yang dibaca. Antaranya kandungan

sukatan pelajaran yang perlu diajar oleh guru terlalu banyak berbanding peruntukan

waktu mengajar KOMSAS. Penjadualan semula mata pelajaran Bahasa Melayu

sebanyak enam kali seminggu dan dua sahaja diperuntukkan untuk KOMSAS juga

boleh menjejaskan mata pelajaran Bahasa Melayu. Ini kerana untuk memberi

kemahiran yang tinggi kepada murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, masa

untuk empat waktu tidak sesuai.

Selain itu juga, kajian yang dijalankan oleh Isnariah Idris (2003) bertajuk

sikap dan minat murid tingkatan satu terhadap pembelajaran komponen sastera

dalam Bahasa Melayu adalah sama dengan hasil dapatan kajian pengkaji bahawa

murid tidak sepenuhnya meminati pembelajaran bahan sastera yang terkandung

dalam Bahasa Melayu. Apabila murid-murid tidak meminati mempelajari bahan

sastera sudah semestinya mereka tidak memahami maksud yang tersurat dan tersirat

seterusnya mengapresiasikan dalam kehidupan seharian.

Walau bagaimanapun, hasil dapatan kajian pengkaji turut juga disokong oleh

Zaini Bt Salleh (2002), membuktikan bahawa masalah yang dihadapi pelajar dalam 94

Page 95: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

penggunaan KOMSAS sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu adalah tidak

memahami istilah kesusasteraan. Ini dibuktikan dengan hasil dapatan kajiannya

sebanyak 38.3% lebih rendah berbanding hasil dapatan kajian pengkaji sebanyak

59.8% murid menyatakan mereka agak sukar memahami istilah-istilah dalam

kesusasteraan. Manakala hasil dapatan pengkaji lebih tinggi peratusannya iaitu

sebanyak 38.5% berbanding dapatan kajian beliau iaitu 26.3% menyatakan murid

kurang berminat membaca bahan komsas seperti teks cerpen. Ini bermakna tahap

tumpuan dan minat murid masih lagi tidak mencapai pada tahap yang

memberangsangkan dan hal ini turut menjadi masalah kepada guru dan murid dalam

proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan KOMSAS di sekolah.

Walau bagaimanapun, segala masalah ini boleh dikurangkan melalui

pengkaedahan dalam pengajaran guru Bahasa Melayu. Guru perlu menggunakan

pelbagai teknik pengajaran dan pendekatan serta bahan bantu mengajar yang sesuai

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid perlu didedahkan kepada istilah

dan bahasa sastera melalui aktiviti-aktiviti bahasa di sekolah agar perbendaharaan

kata mereka bertambah. Sehubungan dengan itu walaupun pengkaji memfokuskan

kajian terhadap murid bukan terhadap guru tetapi kajian yang dijalankan oleh Zailan

Bin Shuib (2010) dapat membuktikan bahawa kebanyakan guru-guru Bahasa Melayu

yang mengajar bahan sastera merupakan guru-guru yang tidak mempunyai

kemahiran mengajar bahan sastera dan tidak meminati sastera itu sendiri. Jadi

mereka mengajar bahan sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu secara sambil

lewa tanpa menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai bagi tujuan untuk

memahamkan murid. Akibatnya murid sukar memahami pengajaran yang

95

Page 96: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

disampaikan oleh guru. Ini secara tidak langsung menyebabkan pembelajaran murid

turut terganggu. Justeru itu, guru perlu meningkatkan kemahiran mengajar dan

kaedah pengajaran bahan sastera supaya isi pengajaran dan nilai yang terdapat dalam

karya dapat dihayati oleh semua murid seterusnya matlamat Falsafah Pendidikan

Kesusasteraan juga dapat dicapai sepenuhnya.

Selaras dengan itu juga, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia perlu

mengkaji semula penggunaan teks cerpen dalam setiap antologi KOMSAS samada

perlu dikurangkan bilangan yang perlu murid membaca atau sebaliknya. Hal ini juga

dapat mengurangkan beban pembacaan murid sekiranya bilangan teks cerpen dalam

KOMSAS dikurangkan bilangannya dan secara langsungnya, murid juga lebih

berminat terhadap KOMSAS.

5.7 Cadangan

Berdasarkan hasil kajian, dapatlah disimpulkan bahawa langkah menjadikan

bahan sastera sebagai sebahagian daripada pengajaran Bahasa Melayu merupakan

satu langkah yang bijak. Ini memandangkan skop dan lapangan pendidikan pada hari

ini begitu mencabar berdasarkan tuntutan dan Falsafah Pendidikan Negara yang

mahu melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani. Hal ini juga adalah untuk mewujudkan warganegara Malaysia yang

berketrampilan, mampu menyumbang ke arah kesejahteraan diri, masyarakat dan

pembangunan negara.96

Page 97: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

Pengajaran dan pembelajaran komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa

Melayu adalah pelengkap kepada program pendidikan Bahasa Melayu yang

merupakan bahasa pengantar dan mata pelajaran wajib bagi semua peringkat

pendidikan kebangsaan. Pengajaran dan pembelajaran komponen sastera ini dapat

membantu mencapai hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Justeru,

Abdul Rasid dan Arba’ie (2001), menyatakan bahawa penggunaan bahan sastera

mempunyai banyak kelebihan seperti memberikan keseronokan kepada murid kerana

karya sastera itu mengandungi pelbagai keindahan serta huraian tentang hal-hal yang

aneh dan ajaib yang diselaraskan mengikut peringkat umur murid. Penerapan nilai-

nilai murni dan kemanusiaan yang ada dalam karya sastera akan membantu

pemikiran yang kreatif dan pengolahan ayat yang lebih signifikan dengan budaya

atau persekitaran masyarakat mereka. Ini akan menjurus ke arah penggunaan laras

dan gaya bahasa yang indah dalam kalangan murid-murid.

Berdasarkan dapatan kajian, pengkaji mencadangkan beberapa langkah yang

perlu diambil berat oleh pihak-pihak tertentu yang terlibat dalam penggunaan

komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya seperti teks

cerpen agar dapat mempertingkatkan kemahiran bahasa di samping memartabatkan

karya-karya sastera tempatan.

97

Page 98: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

5.7.1 Guru

Berdasarkan dapatan kajian menunjukkan bahawa murid aliran sains lebih

meminati cerpen Ibu dan Ceper, Memori Seorang Tua dan Melissa. Selaras dengan

ini juga, dapat membantu guru-guru berusaha meningkatkan pengetahuan serta

menggunakan kebijaksanaan dengan mempelbagaikan teknik, kaedah serta

penyampaian yang dapat menarik minat pelajar mempelajari teks cerpen yang

terdapat dalam komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Selain itu

juga, guru dapat mengekalkan strategi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih

baik berdasarkan pandangan murid terhadap cerpen yang mereka minati. Bagi cerpen

yang tidak diminati oleh murid seperti cerpen Pemain Catur dan Biarkan Samudera,

guru perlu mengambil inisiatif terbaik dalam menarik minat murid terhadap cerpen

tersebut. Guru perlu menggunakan kemahiran pedagogi di samping menerapkan

strategi, kaedah, teknik dan pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran

KOMSAS.

Penggunaan aktiviti yang menarik perlulah sesuai agar murid tidak bosan

terhadap pembelajaran teks cerpen yang mereka tidak minati. Sebagai contohnya,

guru perlu menjalankan aktiviti permainan bahasa, perbincangan, lakonan dan

simulasi agar murid lebih seronok dalam mempelajari cerpen tersebut. Secara

tuntasnya dapat menarik perhatian dan minat murid itu sendiri mempelajari cerpen

yang mereka nyatakan mempunyai kandungan cerita yang membosankan seperti

98

Page 99: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

cerpen Pemain Catur dan Biarkan Samudera. Walau bagaimanapun, guru-guru yang

terlibat dalam pengajaran bahasa perlulah merancang dengan sistematik

pembelajaran komponen sastera agar murid dapat memahami pembelajaran terutama

yang melibatkan genre sastera yang dianggap susah dan kurang diminati.

5.7.2 Kementerian Pelajaran Malaysia

Kementerian Pelajaran Malaysia perlu memilih dan menetapkan teks cerpen

dalam komponen sastera yang bersesuaian dengan mengambilkira kebolehan murid

dalam golongan pencapaian rendah. Ini dapat dibuktikan berdasarkan kajian, murid

menyatakan bahawa kandungan dalam teks cerpen dapat memberi teladan dan

contoh yang berguna kepada mereka. Selaras dengan ini juga, pihak Kementerian

Pelajaran Malaysia perlulah mengekalkan cerpen yang sedia ada yang dapat menarik

minat murid dan di samping memberi pengajaran kepada mereka secara

langsungnya. Meskipun terdapat cerpen yang tidak diminati oleh murid disebabkan

oleh kandungan cerita yang membosankan, hal ini perlulah dititikberatkan dan

diambil kira oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia samada perlu diteruskan

cerpen tersebut atau diubahsuai dari segi pengajaran dan pembelajaran yang

dijalankan oleh guru agar cerpen tersebut dapat difahami dan diminati oleh murid itu

sendiri. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga seharusnya memberi

pendedahan yang secukupnya dan mendalam tentang perkaedahan pengajaran teks

cerpen dalam komponen sastera dari semasa ke semasa kepada guru yang mengajar

opsyen Bahasa Melayu kerana sesetengah guru kurang memahami konsep komponen

99

Page 100: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

sastera yang perlu diajarkan kepada murid disebabkan oleh mereka bukan dari

opsyen Bahasa Melayu sendiri.

Selain itu, kesesuaian penggunaan cerpen ini juga dapat dibuktikan dengan

dapatan kajian yang dinyatakan oleh murid bahawa mereka mendapat banyak

perkataan baru dengan mempelajari teks cerpen. Ini menunjukkan bahawa

pengajaran guru banyak mendedahkan kepada perbendaharaan kosa kata dan

pengunaan istilah yang terdapat dalam teks cerpen yang belum diketahui oleh murid.

Oleh itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia perlulah memastikan setiap

pengarang bagi penulisan cerpen dalam KOMSAS menerapkan dengan lebih banyak

istilah atau perkataan baru dalam teks cerpen akan datang agar murid lebih terdedah

dengan penggunaan perkataan yang baru. Dalam dapatan kajian seterusnya bagi

permasalahan yang dihadapi oleh murid dalam penggunaan teks cerpen adalah

disebabkan oleh terlalu banyak teks cerpen yang perlu dan mesti dibaca untuk

peperiksaan. Ini menjadikan murid terbeban dengan pembacaan yang begitu banyak

dalam KOMSAS malah ditambah juga dengan mata pelajaran yang lain. Hal ini perlu

dikaji semula oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia agar permasalahan yang

dihadapi oleh murid ini dapat diatasi samada mengurangkan bilangan teks cerpen

atau perlu dikekalkan. Sekiranya bilangan teks cerpen dalam antologi “Harga

Remaja” dapat dikurangkan, ini dapat membantu murid lebih memahami dan

mengingati setiap pembacaan mereka dan seiring dengan itu juga dapat menjadikan

mereka lebih meminati dan menghargai karya seperti cerpen.

100

Page 101: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

5.8 Cadangan untuk Kajian Selanjutnya

Dalam bahagian ini, pengkaji menyarankan beberapa penyelidikan lanjutan

untuk dilaksanakan pada masa akan datang. Antaranya adalah :

1) Kajian tentang persepsi guru terhadap bahan-bahan komponen sastera

untuk pengajaran Bahasa Melayu.

2) Kajian tentang kesesuaian penggunaan bahan prosa tradisional tingkatan

empat dalam teks komponen sastera.

3) Kajian tentang persepsi murid bukan Melayu terhadap penggunaan

komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

5.9 Rumusan

Kajian ini dijalankan untuk melihat kesesuaian penggunaan teks cerpen

dalam kalangan murid aliran sains. Apabila komponen sastera dalam Bahasa Melayu

diperkenalkan dan soalan-soalan yang berkaitan dimuatkan dalam peperiksaan,

namun prestasi pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah yang dikaji

amat membanggakan. Hal ini menunjukkan bahawa pembelajaran komponen sastera

masih belum dapat mempengaruhi murid terhadap bahan sastera.

101

Page 102: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

Diharapkan kajian ini dapat mendedahkan beberapa aspek yang berkaitan dari

segi minat murid terhadap teks cerpen, kesesuaian teks cerpen dalam pembelajaran

Bahasa Melayu dan masalah-masalah yang dihadapi murid dalam pembelajaran teks

cerpen. Hasil kajian ini, dapat dianalisis dan diambil langkah-langkah yang wajar

untuk menarik minat murid dalam semua aliran dan kaum terhadap genre-genre

sastera yang terkandung dalam komponen kesusasteraan Melayu.

Oleh itu, semua pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan seperti ibu bapa,

guru, pentadbir sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia mesti mengambil

langkah yang wajar untuk mengukuh dan mengekalkan genre KOMSAS dalam dunia

pendidikan kita. Justeru itu, penggunaan karya-karya sastera seperti teks cerpen dan

sebagainya dalam pembelajaran Bahasa Melayu diiringi dengan pendekatan

pedagogi yang berpotensi, pasti akan membawa kesan-kesan yang positif kepada

perkembangan bahasa Melayu di sekolah.

102

Page 103: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

RUJUKAN

Awang Sariyan. 2006. Bahasa Sebagai Asas Keperkasaan Dan Kelestarian Akar Budaya : Hakikat dan Kerangka Strategi untuk Tamadun Melayu. Prosiding Persidangan Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu. Serdang : Universiti Putra Malaysia.

Abdullah Sani Yahaya. 2003. Morfosintaksis dalam Kitab Tajus Salatin dan Bustanus Salatin. Kajian Penyelidikan Peringkat Doktor Falsafah. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia.

Abdul Rasid Jamian dan Arbaie Sujud. 2001. Integrasi Media: Pengajaran Bahasa dan Sastera. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Abdul Ghalid Yunus.1996. Prinsip Pemilihan, Penyesuaian dan Penggunaan Bahan Sastera dalam Pendidikan Bahasa Melayu, Jurnal Dewan Bahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. 2008. Keupayaan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu Murid Sekolah Rendah Kebangsaan Luar Bandar. Kertas Kerja di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon & Abdul Rahim Hamdan. 2007. Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan. Batu Caves : Pts Professional Publishing Sdn Bhd.

Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman & Norzila Md. Yusof. 2011. Keberkesanan Cerpen dalam Mempertingkat Prestasi Penulisan Karangan Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid. Serdang : Universiti Putra Malaysia.

Abdul Aziz Abd Rashid. 2000. Pedagogi Bahasa Melayu Prinsip Kaedah dan Teknik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Berita Harian. 2001. 4 April.

Naffi Mat. 2012. Fenomena Pendidikan Bahasa-Sastera Melayu. Selangor : Darul Risalah Sdn Bhd.

Faziah Sulaiman. 2000. Kepelbagaian Teknik P&P Komponen Kesusasteraan Melayu dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Institusi Bahasa.

103

Page 104: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

Hasnah Abdullah. 2007. Sikap Pelajar dan Permasalahan Terhadap Penggunaan Alat Bantu Mengajar dalam Pengajaran Kesusasteraan Melayu. Selangor: Universiti Putra Malaysia.

Heaton, J. B. 1979. Writing English Language Tests. London : Logman Group Ltd.

Izzah Abdul Aziz. 2000. Inovasi Pengajaran Kesusasteraan. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Teks Komponen Kesusasteraan Melayu dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur.

Ishak Ramly. 2003. Teknik Mengajar Sastera. Pahang : PTS Publishers & Distributors Sdn Bhd.

Isnariah Idris (2003). Sikap dan Minat Pelajar Tingkatan Satu Terhadap Penagajaran dan Pembelajaran Komponen Sastera dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu. Selangor : Universiti Putra Malaysia.

Jumaadi Bin Saunri. 2007. Persepsi Pelajar Aliran Sains Terhadap Kesesuaian Penggunaan Komponen Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Luar Bandar. Master Pendidikan. Serdang : Universiti Putra Malaysia.

Juriah Long (2010). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Pembelajaran Secara Konstruktivisme. Kuala Lumpur.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2001. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur.

Kamaruzaman. 2002. Komponen Sastera dalam Pendidikan Bahasa Melayu di Sekolah Menengah di Malaysia. Kertas Kerja Seminar Bahasa dan Sastera di Malaysia. Bogor Indonesia.

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, edisi keempat. 2010. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2006. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Kuala Lumpur : Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

Lim Swee Tin. 2005. Keberkesanan Unsur Sastera dalam Pembelajaran Bahasa Melayu. Serdang : Universiti Putra Malaysia.

Lee Kim Hong. 2011. Jurnal Pengajaran dan Pembelajaran Sastera dalam Sukatan Pelajaran Pengajian Cina KDPM. Maktab Perguruan Raja Melewar Seremban.

Marohaini Yusof. 2001. Landasan Pengajaran Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu. Dewan Bahasa, 1 (6): 20-26.

104

Page 105: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

Mohd Majid Konting. 2009. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Edisi Ke-8. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Mohd Majid Konting. 2005. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Majid Konting. 2000. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Kassim Ismail. 2000. Pendidikan kesusasteraan ke arah membina pemikiran dalam bahasa, sastera dan budaya melayu Bil 3 2000. Selangor : Universiti Putra Malaysia.

Mokhtar Ismail. 2009. Pentaksiran Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Hassan Nik Ab. Kadir. 2007. Kewajaran Pengajaran Komsas dalam Bahasa Melayu. Jurnal Peradaban Melayu, Jilid 5.

Noraini Idris. 2010. Penyelidikan dalam Pendidikan. Mc Graw Hill. Malaysia Sdn Bhd.

Naffi Mat. 2006. Teknik Mengajar Komsas : Komponen Sastera. Kuala Lumpur : Pts Professional Publishing Sdn Bhd.

Nik Safiah Karim. 2002. Sastera dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Kertas Kerja Seminar Antarabangsa Pengajaran Bahasa Melayu untuk Penutur Asing, 7-8 Ogos. Pulau Pinang : Dewan Bahasa dan Pustaka dengan Kerjasama Universiti Sains Malaysia.

Othman Puteh. 2002. Persediaan Menulis Cerpen. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rozaiman Makmun. (2007). BAHTERA: Bahan Sastera dalam Pengajaran Bahasa. Bandar Seri Begawan: Universiti Brunei Darussalam.

Rohayah Haji Mohamad Tahir. 2002. Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis dalam Pengajaran Pemahaman Cerpen Komponen Sastera Sekolah Menengah. Serdang : Universiti Putra Malaysia.

Subadrah Nair & Rajeswari Arumugam. 2006. Jurnal Keberkesanan Kaedah Model Skema bagi Meningkatkan Kefahaman dan Minat Pelajar Terhadap Cerpen Bahasa Melayu. Universiti Sains Malaysia.

Sidek Mohd Noah. 2000. Reka Bentuk Penyelidikan : Falsafah, Teori dan Praktis. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Samat Buang. 2000. Pendekatan, Kaedah dan Teknik dalam Pendidikan Bahasa Melayu Menggunakan Bahasa Sastera. Jurnal Dewan Bahasa.

S. Othman Kelantan. 2000. Disiplin Pelengkap : Fungsi, Cabaran (Sastera dan Budaya). Berita Harian. 30 Mac Halaman 8.

105

Page 106: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

Siti Noor Amyah Khasbullah. 2008. Persepsi Pelajar Tingkatan 4 Terhadap Penggunaan Teknik Animasi dalam Pengajaran Cerpen. Master Pendidikan. Serdang : Universiti Putra Malaysia.

Sidek Mohd Noah. 2002. Reka Bentuk Penyelidikan Falsafah Teori dan Praktis. Serdang : Universiti Putra Malaysia.

Saharuddin Kamaruddin. 2003. Persepsi Pelajar Sekolah Menengah Rendah Terhadap Penerapan Nilai-Nilai Murni dalam Cerpen Komponen Sastera. Serdang : Universiti Putra Malaysia.

Tuckman, B. W. 1978. Conducting educational researdh, 2nd Edition. New York : Harcourt Brace Jovanovich, Inc.

Wang Mui Lin. 2003. Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar Cina di Sekolah Menengah. Tesis Master Sains. Universiti Putra Malaysia : Serdang.

Yahya Othman. Roselan Baki & Naffi Mat. 2009. Pemerkasaan Pendidikan Bahasa Melayu dari Teori Kepraktik. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Zaini Bt Salleh. 2002. Kesesuaian Penggunaan Komponen Sastera di kalangan pelajar Aliran Sains dan Sastera. Master Sains. Serdang : Universiti Putra Malaysia.

Zaitul Azma Zainon Hamzah . 2007. Permasalahan dalam KOMSAS. http://suhanis87.blogspot.com/2009/10/permalahan-dalam-komsas.html [22 Mei 2012].

Zailan Bin Shuib. 2010. Penguasaan Pemahaman Cerpen Kanak-Kanak dalam Kalangan Murid Tahap Dua Sekolah Rendah Berdasarkan Analisis Taksonomi Moody. Master Pendidikan. Serdang : Universiti Putra Malaysia.

106

Page 107: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BORANG SOAL SELIDIK

TAJUK KAJIAN:

KESESUAIAN PENGGUNAAN TEKS CERPEN DALAM KALANGAN MURID ALIRAN SAINS

Pelajar-pelajar yang dihormati,

- Saya merupakan mahasiswa Bacelor Pendidikan Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama (PBMP) dari Fakulti Pengajian Pendidikan.

- Tahniah kerana anda telah terpilih dalam kajian ini. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian anda untuk mengambil bahagian dalam kajian ini.

- Sila jawab kesemua soalan yang diberikan.

- Identiti dan respon anda adalah SULIT dan akan dirahsiakan.

- Maklumat peribadi anda tidak akan didedahkan dan akan digunakan untuk tujuan kajian sahaja.

107

Page 108: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

BAHAGIAN A : Latar Belakang Pelajar

Arahan :

i. Sila tandakan ( / ) pada ruang yang berkenaan.ii. Sila jawab semua soalan.

1. Bangsa : Melayu [ ] Cina [ ]

India [ ]Lain-lain [ ]

2. Jantina : Lelaki [ ]Perempuan [ ]

108

Page 109: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

BAHAGIAN B : Minat Terhadap Teks Cerpen

ARAHAN : TANDAKAN SATU ( / ) SAHAJA DALAM PETAK BAGI

SETIAP SOALAN YANG DISEDIAKAN.

1. Saya berminat membaca teks cerpen dalam KOMSAS?

Sangat setuju

Setuju

Tidak setuju

Sangat tidak setuju

2. Saya seronok membaca teks cerpen dalam KOMSAS?

Sangat setuju

Setuju

Tidak setuju

Sangat tidak setuju

3. Apakah pandangan anda terhadap cerpen “ Ibu dan Ceper ”?.

Sangat minat

Minat

Kurang minat

Tidak minat

4. Mengapakah anda menyatakan demikian terhadap cerpen “ Ibu dan Ceper ”?

109

Page 110: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

Mesejnya menarik

Mudah difahami

Isi cerita bersesuaian

Kandungan cerita membosankan

Sukar difahami

Cerita tidak bersesuaian

5. Apakah pandangan anda terhadap cerpen “Memori Seorang Tua”?.

Sangat minat

Minat

Kurang minat

Tidak minat

6. Mengapakah anda menyatakan demikian terhadap cerpen “Memori Seorang

Tua”?.

Mesejnya menarik

Mudah difahami

Isi cerita bersesuaian

Kandungan cerita membosankan

Sukar difahami

Cerita tidak bersesuaian

7. Apakah pandangan anda terhadap cerpen “Israk”?.

Sangat minat

Minat

Kurang minat

Tidak minat

8. Mengapakah anda menyatakan demikian terhadap cerpen “Israk”?.

110

Page 111: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

Mesejnya menarik

Mudah difahami

Isi cerita bersesuaian

Kandungan cerita membosankan

Sukar difahami

Cerita tidak bersesuaian

9. Apakah pandangan anda terhadap cerpen “Pemain Catur”?.

Sangat minat

Minat

Kurang minat

Tidak minat

10. Mengapakah anda menyatakan demikian terhadap cerpen “Pemain Catur”?.

Mesejnya menarik

Mudah difahami

Isi cerita bersesuaian

Kandungan cerita membosankan

Sukar difahami

Cerita tidak bersesuaian

11. Apakah pandangan anda terhadap cerpen “Melissa”?.

Sangat minat

Minat

Kurang minat

Tidak minat

12. Mengapakah anda menyatakan demikian terhadap cerpen “Melissa”?.

Mesejnya menarik

Mudah difahami

111

Page 112: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

Isi cerita bersesuaian

Kandungan cerita membosankan

Sukar difahami

Cerita tidak bersesuaian

13. Apakah pandangan anda terhadap cerpen “Biarkan Samudera”?.

Sangat minat

Minat

Kurang minat

Tidak minat

14. Mengapakah anda menyatakan demikian terhadap cerpen “Biarkan Samudera”?.

Mesejnya menarik

Mudah difahami

Isi cerita bersesuaian

Kandungan cerita membosankan

Sukar difahami

Cerita tidak bersesuaian

BAHAGIAN C : Kesesuaian Teks Cerpen Dalam Pembelajaran Bahasa

Melayu

ARAHAN : BULATKAN JAWAPAN BERDASARKAN SKALA 1, 2, 3, ATAU

4.

112

Page 113: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

Petunjuk :

4 – Sangat Setuju

3 – Setuju

2 – Tidak Setuju

1 – Sangat Tidak Setuju

BIL ITEM SKALA

15 Penggunaan teks cerpen berjaya menarik minat

saya belajar KOMSAS.

4 3 2 1

16 Teks cerpen mengandungi bahasa yang indah dan

menarik.

4 3 2 1

17 Pengajaran dan pembelajaran menggunakan teks

cerpen membantu meningkatkan kemahiran

berbahasa anda.

4 3 2 1

18 Pengajaran dan pembelajaran menggunakan teks

cerpen berjaya merangsang minat anda untuk

membaca hasil karya sastera lain.

4 3 2 1

19 Pengajaran dan pembelajaran KOMSAS dapat

meningkatkan pemahaman saya dalam teks

cerpen.

4 3 2 1

20 Teks cerpen wajar dimasukkan dalam mata

pelajaran KOMSAS.

4 3 2 1

21 Teks cerpen menggalakkan minat membaca. 4 3 2 1

22 Teks cerpen mengukuhkan penguasaan bahasa

Melayu saya.

4 3 2 1

23 Teks cerpen memberi pengetahuan, kepuasan dan

keseronokkan membaca.

4 3 2 1

113

Page 114: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

24 Teks cerpen membuatkan saya lebih suka belajar

mata pelajaran Bahasa Melayu.

4 3 2 1

25 Pengajaran teks cerpen tidak membosankan. 4 3 2 1

26 Saya dapat meningkatkan kemahiran lisan dan

menulis dengan teks cerpen.

4 3 2 1

27 Saya mendapat banyak perkataan baru dengan

mempelajari teks cerpen.

4 3 2 1

28 Kandungan dalam teks cerpen memberi teladan

dan contoh yang berguna.

4 3 2 1

29 Dengan teks cerpen, dapat menambahkan pengetahuan saya.

4 3 2 1

BAHAGIAN D : Masalah-Masalah yang Dihadapi Murid dalam Pembelajaran

Teks

Cerpen

114

Page 115: vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/CONTOH 1.doc · Web viewSatu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang sehingga menemukan titik

ARAHAN : BULATKAN JAWAPAN BERDASARKAN SKALA 1, 2, 3, ATAU

4.

Petunjuk :

4 – Sangat Setuju

3 – Setuju

2 – Tidak Setuju

1 – Sangat Tidak Setuju

BIL. ITEM SKALA

30 Saya kurang berminat membaca teks cerpen. 4 3 2 1

31 Saya merasa pengajaran guru tidak menarik. 4 3 2 1

32 Bahasa dalam teks cerpen sukar difahami. 4 3 2 1

33 Tidak berminat dengan teks cerpen dalam KOMSAS.

4 3 2 1

34 Saya menghadapi masalah dalam memahami teks cerpen.

4 3 2 1

35 Terlalu banyak teks cerpen yang mesti dibaca

untuk peperiksaan.

4 3 2 1

36 Saya tidak ada membaca teks cerpen lain selain

teks cerpen di sekolah.

4 3 2 1

37 Saya tidak faham penggunaan istilah-istilah

kesusasteraan dalam teks cerpen.

4 3 2 1

38 Teks cerpen yang digunakan membosankan. 4 3 2 1

115