1E-GAYA PEMBELAJARAN

download 1E-GAYA PEMBELAJARAN

of 6

Transcript of 1E-GAYA PEMBELAJARAN

  • 8/3/2019 1E-GAYA PEMBELAJARAN

    1/6

    Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008

    Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

    Gaya Pembelajaran Di Kalangan Mahasiswa Jurusan Pendidikan Dan Jurusan

    Seni Bina Di Universiti Teknologi Malaysia

    1Abdul Halim bin Abdullah, Noorsyawaliah bt Abdullah, Mohd Firdaus bin Abdul Aziz,

    Hadi bin Abdul Salaam, Viknesh Ramamoorthy, Afnizamfaizal bin AbdullahFirdausi bin Razali, PhD

    Felo dan Pembantu Felo

    Kolej Tun Ghafar Baba

    Universiti Teknologi Malaysia, [email protected]

    Abstrak

    Senibina dan pendidikan merupakan dua bidang yang terdapat dalam sains sosial. Pelajar yang mengambiljurusan senibina seringkali dianggap mempunyai gaya pembelajaran secara visual. Manakala pelajar yang

    mengambil jurusan pendidikan dikatakan berkebolehan untuk belajar secara lisan. Jadi kajian yang telah

    dijalankan ini bertujuan untuk meninjau gaya pembelajaran di kalangan pelajar jurusan pendidikan dan

    senibina. Seramai 93 orang sampel telah terlibat dalam kajian ini dan mereka terdiri daripada 50 orang

    pelajar Fakulti Pendidikan dan 43 orang pelajar Fakulti Alam Bina di Universiti Teknologi Malaysia.

    Instrumen yang digunakan ialah set soal selidik gaya pembelajaran yang dibina oleh Richard M. Felder dan

    Barbara A. Soloman. Kesemua sampel telah diminta untuk menjawab 44 soalan yang terdapat dalam soal

    selidik tersebut untuk menentukan gaya pembelajaran mereka iaitu sama ada aktif atau reflektif, sensori

    atau intuitif, visual atau verbal dan sekuen atau global. Hasil kajian mendapati majoriti pelajar Fakulti

    Alam Bina mempunyai gaya pembelajaran secara visual berbanding lisan. Keputusan kajian turut

    menafikan tanggapan bahawa pelajar jurusan pendidikan lebih cenderung untuk belajar secara lisan kerana

    hasil dapatan mendapati sebahagian besar bakal-bakal guru tersebut turut mempunyai gaya pembelajaran

    secara visual. Tiada perbezaan yang signifikan antara kumpulan pelajar lelaki dan perempuan dalam gayapembelajaran walaupun pelajar perempuan lebih cenderung ke arah gaya sekuen dan pelajar lelaki lebih

    kepada gaya global.

    Kata Kunci : gaya pembelajaran, senibina, pendidikan, visual, lisan

    Pengenalan

    Gaya pembelajaran dalam bahasa mudahnya

    bermaksud cara bagaimana seseorang itu belajar.

    Lebih tepat lagi, gaya pembelajaran merujuk

    kepada cara seseorang menanggap, berinteraksi

    dan bergerak balas terhadap persekitaran

    pembelajarannya. Gaya pembelajaran merupakan

    cara tersendiri seseorang itu memperoleh,

    memproses dan menyimpan maklumat

    (Collinson, 2000). Seseorang individu

    mengamalkan gaya pembelajaran tertentu yang

    membantunya memahami sesuatu dengan lebih

    mudah. Gaya pembelajaran seseorang individu

    pastinya berbeza antara satu sama lain. Ia

    bergantung kepada ciri-ciri biologi dan

    perkembangan sahsiah seseorang dan ia

    dipengaruhi oleh persekitaran, emosi, pengaruh

    sosial serta perasaan individu (Dunn, 1980).

    Impaknya, sesuatu gaya pembelajaran berkesan

    bagi seseorang pelajar tetapi tidak atau kurang

    berkesan bagi pelajar yang lain (Joseph Gomez,

    2000).

    Dalam kajian ini, pelajar akan diprofilkan kepada

    empat dimensi gaya pembelajaran iaitu

    dimensi 1 (aktif dan reflektif), dimensi 2 (sensori

    dan intuitif), dimensi 3 (visual dan verbal) dan

    dimensi 4 (sekuen dan global). Pelajar yang

    cenderung kepada gaya pembelajaran aktif lebih

    suka untuk menyimpan dan dan memahami

    maklumat dengan melakukan yang aktif terhadap

  • 8/3/2019 1E-GAYA PEMBELAJARAN

    2/6

    Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008

    Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

    maklumat tersebut seperti berbincang atau

    menerangkan kepada pelajar yang lain. Mereka

    juga lebih suka bekerja dalam kumpulan. Pelajar

    reflektif pula lebih suka memikirkan sesuatu

    secara diam-diam terlebih dahulu sebelum

    bertindak. Mereka juga lebih suka bersendirian.

    Pelajar yang cenderung ke arah gaya

    pembelajaran sensori lebih cenderung utuk

    mengingati fakta dan suka menyelesaikan

    masalah menggunakan kaedah yang sedia ada

    dan terbukti betul. Mereka juga mahir dalam

    menghafal dan melakukan aktiviti-aktiviti

    berbentuk hands-on. Sebaliknya pelajar intuitif

    gemar kepada inovasi dan bencikan perkara-

    perkara yang berulang. Mereka juga lebih

    inovatif dan bencikan hafalan dan pengiraan

    yang rutin. Pelajar visual lebih mudah mengingat

    daripada apa yang mereka lihat iaitu melalui

    gambarajah, carta alir, garis masa, filem dan

    demonstrasi. Sebaliknya pelajar verbal pula lebih

    selesa menerima maklumat melalui tekspenulisan dan penerangan lisan. Pelajar yang

    cenderung kepada gaya pembelajaran sekuen

    lebih mudah memahami sesuatu bahan

    pembelajaran yang berkaitan mengikut satu

    urutan yang logik. Sebaliknya pelajar global

    lebih cenderung menyerap maklumat secara

    rawak tanpa perlu terlebih dahulu kaitan antara

    mereka.

    Metodologi

    Kajian ini melibatkan 93 pelajar UniversitiTeknologi Malaysia dan daripada jumlah itu, 50

    orang pelajar merupakan pelajar jurusan

    pendidikan dan selebihnya merupakan pelajar

    jurusan senibina. Mereka terdiri daripada 31

    orang mahasiswa iaitu 8 orang pelajar fakulti

    pendidikan dan 23 orang pelajar fakulti alam

    bina dan 62 orang mahasiswi iaitu 42 orang

    pelajar jurusan pendidikan dan 20 orang pelajar

    jurusan senibina. Mereka telah dipilih secara

    rawak untuk menjawab set soal selidik Indeks

    Gaya Pembelajaran atau Index of Learning Style

    (ILS). ILS telah dibangunkan oleh Soloman dan

    Felder (1992) untuk mengenalpasti gayapembelajaran responden berasaskan Model Gaya

    Pembelajaran Felder-Silverman (Felder and

    Silverman, 1988). Tujuan utama ILS

    dibangunkan adalah untuk memprofilkan pelajar

    kepada empat dimensi gaya pembelajaran iaitu

    sensori lawan intuitif, verbal lawan visual, aktif

    lawan reflektif dan sekuen lawan global. Soal

    selidik tersebut mengandungi 44 item berbentuk

    pernyataan tidak lengkap dan setiap item diberi

    dua pilihan jawapan pelengkap (a) dan (b).

    Setiap dimensi adalah berbentuk dikotomi iaitu

    bercabang dua ditentukan oleh 11 item (Joseph

    Gomez, 2000). Gaya pembelajaran responden

    dapat ditentukan mengikut empat dimensi

    berdasarkan pilihan pelengkap yang dipilih oleh

    mereka. Jawapan (a) menunjukkan pelajar

    cenderung kepada gaya pembelajaran aktif,

    sendori, visual dan sekuen. Manakala jawapan

    (b) menunjukkan pelajar lebih cenderung kepada

    gaya pembelajaran reflektif, intuitif, verbal dan

    global. Dalam kajian ini, pengaruh factor jantina

    dan dua jurusan sains sosial di Universiti

    Teknologi Malaysia iaitu jurusan pendidikan dan

    senibina ke atas empat dimensi gaya

    pembelajaran. Kedua-dua faktor ini dipilih untuk

    dikaji berdasarkan pandangan umum dan

    pemerhatian kasar. Faktor jantina dipilih keranapelajar perempuan sering dilihat lebih komited

    dan rajin mengulangkaji pelajaran berbanding

    pelajar lelaki. Dalam faktor jurusan, pelajar

    dalam jurusan pendidikan dikatakan

    berkebolehan untuk belajar secara lisan.

    Sebaliknya pelajar di dalam jurusan senibina

    lebih cenderung untuk belajar secara visual.

    Hasil Kajian dan Perbincangan

    Jadual 1 dan gambarajah 1 menunjukkan

    perbandingan gaya pembelajaran secarakeseluruhan.Graf dalam gambarajah 1.0

    menunjukkan lebih daripada 90% cenderung

    kepada gaya visual berbanding dengan verbal,

    sekitar 74% cenderung kepada gaya

    pembelajaran aktif berbanding reflektif dan 60%

    cenderung kepada gaya sensori berbanding

    intuitif. Walaubagaimanapun, gaya sekuen dan

    global dilihat agak seimbang. Kecenderungan

    gaya pembelajaran visual yang jauh mengatasi

    verbal agak lumrah di Malaysia. Walaupun

    dapatan secara keseluruhan ini merangkumi

    dapatan daripada pelajar jurusan pendidikan dan

    senibina, peratus gaya pembelajaran secaravisual tetap jauh meninggalkan gaya verbal

    sedangkan kita sedia maklum, pelajar jurusan

    pendidikan sepatutnya lebih cenderung untuk

    gaya verbal apabila dilihat kepada profesion guru

    yang lebih menggunakan gaya verbal untuk

    mengajar di sekolah kelak.

    Jadual 1 : Jumlah dan Peratus Pelbagai Gaya Pembelajaran secara Keseluruhan

  • 8/3/2019 1E-GAYA PEMBELAJARAN

    3/6

    Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008

    Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

    Dimensi Gaya Pembelajaran Jumlah Peratus

    Aktif 68 73 %1

    Reflektif 25 27 %

    Sensori 56 60 %2

    Intuitif 37 40 %Visual 89 96 %3

    Verbal 4 4 %

    Sekuen 53 57 %4

    Global 40 43 %

    0

    20

    40

    60

    80

    100

    120

    Aktif

    Reflektif

    Sen

    sori

    Intuitif

    Visu

    al

    Verbal

    Sek

    uen

    Globa

    l

    %

    Gambarajah 1 :Peratus Pelbagai Gaya Pembelajaran Secara Keseluruhan

    Jadual 2 : Perbandingan Gaya Pembelajaran Berdasarkan Jantina

    Jantina

    Lelaki Perempuan

    Dimensi gaya pembelajaran

    Jumlah Peratus Jumlah Peratus

    Aktif 22 71 % 46 74 %1

    Reflektif 9 29 % 16 26 %

    Sensori 18 58 % 37 60 %2Intuitif 13 42 % 25 40 %

    Visual 30 97 % 59 95 %3

    Verbal 1 3 % 3 5 %

    Sekuen 13 42 % 40 65 %4

    Global 18 58 % 22 35 %

  • 8/3/2019 1E-GAYA PEMBELAJARAN

    4/6

    Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008

    Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

    0

    20

    40

    60

    80

    100

    120

    Aktif

    Reflektif

    Sens

    ori

    Intuitif

    Visu

    al

    Verbal

    Seku

    en

    Globa

    l

    %

    Lelaki

    Perempuan

    Gambarajah 2 : Perbandingan Gaya Pembelajaran Berdasarkan Jantina

    Jadual 3 : Perbandingan Gaya Pembelajaran Berdasarkan Jurusan

    Jurusan

    Pendidikan Seni bina

    Dimensi gaya pembelajaran

    Jumlah Peratus Jumlah Peratus

    Aktif 36 72 % 32 74 %1

    Reflektif 14 28 % 11 26 %

    Sensori 29 58 % 27 63 %2

    Intuitif 21 42 % 16 37 %

    Visual 47 94 % 42 98 %3

    Verbal 3 6 % 1 2 %

    Sekuen 31 62 % 22 51 %4Global 19 38 % 21 49 %

    0

    20

    40

    60

    80

    100

    120

    Aktif Reflektif Sensori Intuitif Visual Verbal Sekuen Global

    %Pendidikan

    Seni bina

    Gambarajah 3 : Perbandingan Gaya Pembelajaran Berdasarkan Jurusan

  • 8/3/2019 1E-GAYA PEMBELAJARAN

    5/6

    Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008

    Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

    Jadual 2 dan gambarajah 2 pula menunjukkan

    perbandingan gaya pembelajaran berdasarkan

    lelaki dan perempuan. Pelajar perempuan dilihat

    lebih cenderung kepada gaya sensori. Keputusan

    ini dilihat tepat dengan gaya pembelajaran

    pelajar perempuan yang lebih suka membuat

    nota-nota yang menarik untuk memudahkan

    mereka menghafal fakta-fakta sesuatu konsep.

    Pelajar lelaki pula dikenalpasti lebih suka

    mengamalkan gaya pembelajaran secara global.

    Kita sedia maklum bahawa gaya global berkait

    rapat dengan kebolehan pelajar melihat sesuatu

    isu pada skala yang lebih besar atau general. Ini

    adalah salah satu ciri kepimpinan yang agak

    kritikal. Jadi tidak hairanlah mengapa pelajar

    lelaki lebih cenderung untuk mengamalkan gaya

    ini memandangkan dalam Islam sendiri

    menyatakan bahawa lelaki adalah pemimpin

    termasuklah pemimpin keluarga. Gaya

    pembelajaran secara aktif didominasi secara

    seimbang oleh pelajar lelaki dan perempuan.

    Jadual 3 dan gambarajah 3 menerangkan

    perbandingan gaya pembelajaran berdasarkan

    jurusan pendidikan dan senibina. Gaya

    pembelajaran sekuen lebih mendominasi pelajar

    pendidikan, iaitu sekitar 62% berbanding gaya

    pembelajaran global. Namun peratus pelajar

    sekuen dan global di kalangan pelajar jurusan

    senibina pula dilihat agak seimbang. Gaya

    pembelajaran aktif mendominasi pelajar dalam

    kedua-dua jurusan iaitu sekitar 72% pelajar

    pendidikan dan 74% pelajar senibina cenderung

    kepada gaya pembelajaran ini. Hasil ini jelasmenunjukkan bahawa sistem pendidikan di UTM

    tidak berorientasikan pensyarah semata-mata,

    malah pelajar digalakkan untuk melibatkan diri

    secara aktif dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran. Hal ini dapat dilihat kepada

    aktiviti pelajar senibina yang banyak

    meluangkan masa di studio. Begitu juga dengan

    pelajar pendidikan yang bukan sahaja bertindak

    sebagai pencatat nota semata-mata, malah

    banyak matapelajaran yang ditawarkan kepada

    pelajar jurusan pendidikan yang mengkehendaki

    mereka aktif dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran. Antaranya pengajaran mikro,sosiologi pendidikan dan banyak lagi. Antara

    dapatan menarik yang diperolehi daripada kajian

    ini ialah gaya pembelajaran visual jauh

    mengatasi gaya pembelajaran verbal di kalangan

    pelajar kedua-dua jurusan. Dapatan ini mungkin

    tidak menghairankan untuk pelajar senibina yang

    memang diakui banyak mengamalkan gaya

    pembelajaran visual. Namun apa yang menarik

    untuk dibincangkan di sini ialah pelajar jurusan

    pendidikan juga dilihat cenderung ke arah gaya

    pembelajaran visual walaupun profesion

    perguruan banyak menggunakan lisan untuk

    mengajar di sekolah. Penulis berpendapat pelajar

    pendidikan juga cenderung untuk mengamalkan

    gaya pembelajaran visual kerana kurikulum

    pendidikan bukan hanya menganduni subjek-

    subjek pendidikan seperti pedagogi, falsafah

    pendidikan, psikologi pendidikan dan

    sebagainya, malah ianya juga merangkumi

    subjek-subjek matematik, kimia, fizik dan

    sebagainya bergantung kepada kursus yang

    diambil. Subjek-subjek tersebut melibatkan

    amali, eksperimen, penggunaan carta alir, peta

    minda dan sebagainya untuk memudahkan

    mereka mengingat dan memahami konsep-

    konsep tertentu.

    Kesimpulan

    Kajian gaya pembelajaran ini berupayamengesan kecenderungan pelajar mendapatkan

    maklumat semasa proses pembelajaran. Dalam

    kajian ini, lebih daripada 90% cenderung kepada

    gaya visual berbanding dengan verbal, sekitar

    70% cenderung kepada gaya aktif berbanding

    reflektif, dan 60% cenderung kepada gaya

    sensori berbanding intuitif, manakala gaya global

    menyeimbangi gaya sekuen. Faktor jantina tidak

    menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam

    gaya pembelajaran. Walaubagaimanapun pelajar

    perempuan lebih mendominasi gaya

    pembelajaran sekuen berbanding pelajar lelaki

    yang lebih mendominasi gayapembelajaranglobal. Gaya pembelajaran sekuen

    lebih mendominasi pelajar jurusan pendidikan,

    iaitu sekitar 60% berbanding pembelajaran

    global. Peratus relajar aktif dan reflektif di

    kalangan pelajar jurusan pendidikan dan senibina

    pula agak seimbang. Sebaliknya, 65% pelajar

    FKKKSA cenderung kepada gaya pembelajaran

    sensing berbanding intuitif. Gaya pembelajaran

    visual jauh meninggalkan gaya pembelajaran

    verbal untuk kedua-dua jurusan. Hasil tinjauan

    ini diharapkan dapat memberi maklumat yang

    berguna kepada pengajar untuk mempelbagaikan

    teknik pengajaran yang sesuai dengan kumpulansasaran.

    Rujukan

    Felder, R.M., Soloman, B.A., (1993) Based on

    material in R.M. Felder and L.K. Silverman,

    Learning and Teaching Styles in Engineering

    Education Engr. Education, 78(7), 674-681

    (1988).

  • 8/3/2019 1E-GAYA PEMBELAJARAN

    6/6

    Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008

    Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

    Joseph Gomez. (2000). Gaya pembelajaran: satu

    tinjauan literatur. Jurnal Pendidikan Tigaenf,

    jld 2bil3.