1m1s olahraga
-
Upload
deepa-ramiah-deepa-ramiah -
Category
Documents
-
view
127 -
download
0
Transcript of 1m1s olahraga
Temubual 1- Penolong Kanan Kokurikulum
Saya : Salam sejahtera Cikgu Ananthi.
PK Koku : Salam sejahtera, Cikgu Thirumani. Ada apa yang boleh saya bantu anda?
Saya : Maafkan saya sekiranya saya menganggu masa cikgu. Sebenarnya, saya
hendak menemubual cikgu tentang Dasar 1Murid 1Sukan berkenaan dengan
tugasan PPG saya.
PK Koku : Sudah tentunya boleh Cikgu Thirumani.
Saya : Cikgu, pertama sekali apakah yang cikgu faham dengan Dasar 1Murid
1Sukan?
PK Koku` : Dasar ini diperkenalkan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan
Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia. Dasar ini
sebenarnya membolehkan semua murid menyertai sekurang-kurangnya satu
aktiviti sukan di sekolah. Maka, murid juga akan melibatkan diri secara aktif
dalam apa jua aktiviti sekolah.
Saya : Cikgu, adakah dasar ini sesuai dan selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan?
PK Koku : Ya Cikgu Thirumani. Sudah tentunya dasar ini selaras dengan Falsafah
Pendidikan dan Kementerian membuat suatu keputusan yang bagus dengan
membawa dasar ini. Hal ini juga dapat dibuktikan dengan hasrat dasar ini
dengan hasrat Falsafah Pendidikan adalah hampir sama dimana Falsafah
Pendidikan bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi
intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Dasar 1Murid 1Sukan pula berhasrat
untuk melahirkan murid yang hidup dengan mengamalkan gaya hidup yang
sihat. Di sini kita boleh lihat keselarasan dan juga matlamat yang sama antara
Falsafah Pendidikan dengan dasar ini.
Saya : Seterusnya, apakah pandangan cikgu terhadap hasrat dasar ini dan adakah ia
berjaya?
1
PK Koku : Sepertimana yang saya katakan tadi, dasar ini boleh memupuk budaya
bersukan di kalangan murid. Budaya bersukan ini boleh menghasilkan murid
yang mengambil berat tentang gaya hidup sihat. Kejayaan hasrat ini sudah
boleh dilihat dalam kalangan murid kita sendiri. Maka, saya dapat katakan
hasrat ini telah pun dicapai.
Saya : Cikgu, apakah objektif dasar ini dan bagaimanakah ia diaplikasikan atau apa
yang dilakukan untuk mencapai objektif ini?
PK Koku : Terdapat beberapa objektif dalam dasar ini. Antara objektif yang utama ialah
seperti meningkatkan kecergasan murid, membentuk sahsiah diri murid dan
memupuk perpaduan dalam kalangan murid. Pihak sekolah telah merancang
dan melaksanakan banyak aktiviti untuk mencapai objektif-objektif ini.
Sebagai contohnya, kem sukan, senamrobik dan sukan tahunan telah diadakan
pada tahun lepas. Kami termasuk anda cikgu ya, telah membolehkan semua
murid mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu aktiviti. Maka,
secara langsungnya ia akan meningkatkan semangat dalam diri murid untuk
terus bergiat aktif dalam aktiviti sukan.
Saya : Cikgu, boleh cikgu tolong jelaskan tentang perancangan yang dibuat dalam
mengendalikan dasar ini dengan jayanya di sekolah.
PK Koku : Sudah tentunya boleh cikgu. Dalam melaksanakan dasar ini, setiap
perancangan harus dibuat pada tahun sebelum dengan penuh teliti. Kita
sebagai perancang, harus memberi perhatian yang cukup padat untuk
merancang dan menjadualkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan supaya ia
tidak akan menjejaskan aktiviti harian sekolah mahupun sesi peperiksaan
penggal yang akan diadakan di sekolah. Kita juga harus menyusun aktiviti-
aktiviti secara teratur dan mengikut peringkatnya, contohnya peringkat kelas,
rumah sukan, sekolah dan seterusnya.
Saya : Pada pandangan cikgu, apakah wajarnya dasar ini dilaksanakan dari tahun 4
hingga ke tahun enam di sekolah rendah? Murid-murid tahun satu hingga
tahun tidak dilibatkan sebab apa cikgu?
PK Koku : Pada pandangan saya, ia wajar dilaksanakan pada peringkat kedua di sekolah
rendah kerana kanak-kanak lebih matang dan mereka lebih terdedah kepada
2
aktiviti-aktiviti berkaitan sukan. Kanak-kanak pada peringkat satu secara
kebiasaanya hanya memberi fokus sepenuhnya kepada kegembiraan diri
mereka dimana secara amnya semua kanak-kanak atau pun murid akan bergiat
aktif. Peringkat kedua merupakan peringkat dimana kadang kalanya mereka
berperasaan bahawa mereka sudah menjadi besar dan akan memberi focus
pada pembelajaran mereka. Perasaan atau pandangan mereka ini turut
disokong oleh ibu bapa simana mereka lebih mementingkan gred anak-anak
mereka daripada kesihatan mereka. Namun tetapi, kementerian harus
mewajibkan murid-murid di peringkat satu pada masa akan dating disebabkan
oleh kemajuan teknologi yang pesat membuatkan mereka tidak melibatkan diri
dalam aktiviti sukan malah lebih memberi focus pada permainan video dan
sebagainya.
Saya : Satu penjelasan yang amat betul cikgu. Cikgu, bolehkah cikgu tolong
menjelaskan bagaimana murid yang melibatkan diri dalam dasar ini dinilai?
PK Koku : Apabila bercakap tentang penilaian, pihak sekolah harus melakukan
pemantauan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang penilaian.
Pemantauan ini juga boleh dikatakan sebagai satu strategi dimana kita dapat
menilai murid sekaligus dengan aktiviti yang dijalankan pada masa yang sama
untuk membolehkan kita memastikan keberhasilan sesuatu aktiviti itu. Pada
pandangan saya, penilaian boleh dikatakan sebagai satu maklumbalas secara
langsung. Hal ini sedemikian kerana dengan membuat penilaian kita mendapat
beberapa manfaat seperti ia membantu untuk kita membuat penambahbaikan
dan sebagainya. Dari segi murid pula, boleh dikatakan penilaian meningkatkan
lagi prestasi serta penglibatan murid. Dalam dasar ini di sekolah kita, boleh
dikatakan kita lebih memberi fokus pada penglibatan murid kerana kita lebih
kepada sukan untuk semua. Ia bukan bermaksud kita tidak memberi fokus
pada mereka yang berkebolehan; walaupun jumlah mereka yang kecil, mereka
dilibatkan dalam aktivi-aktiivi yang menekankan sukan untuk kecemerlangan.
Saya : Terima kasih cikgu. Akhir sekali, apakah pandangan cikgu secara
keseluruhanya terhadap Dasar 1Murid 1Sukan?
PK Koku : Sepertimana yang saya katakan tadi, dasar ini merupakan satu dasar yang
amat bagus dan berguna kepada masyarakat; lebih-lebih lagi masyarakat kini
3
yang hanya memberi fokus kepada ekonomi rumah tangga berbanding
pelajaran dan juga tahap kesiahatan anak-anak mereka. Langkah kerajaan ini
membolehkan semua murid sekarang boleh melibatkan diri dalam sukan
sepanjang tahun. Tiada sipa yang ditinggalkan atas nama bakat; Cuma yang
berbakat akan dibawa ke tahap yang lebih tinggi. Kita sebagai guru harus
memainkan peranan kita dengan penuh semangat dalam menjayakan dasar ini
dan melahirkan anak-anak bangsa yang akan membawa nama negara ke
puncak dunia.
Saya : Terima kasih cikgu atas kesudian cikgu untuk meluangkan sedikit sebanyak
masa bersama saya dan memberi informasi-informasi yang cukup padat. Saya
juga telah berpeluang untuk mendapat tahu tentang ketelusan dan semangat
cikgu dalam menjayakan dasar ini di sekolah kita.
PK Koku : Sama-sama dan terima kasih Cikgu Thirumani. Saya berharap saya telah
memberikan anda sedikit sebanyak perkara yang diperlukan. Terima kasih lagi
sekali.
4
Temubual 2- Guru PJ
Saya : Salam sejahtera cikgu.
Guru PJ : Salam sejahtera, cikgu Thirumani.
Saya : Cikgu, saya hendak menemubual cikgu untuk tugasan PPG saya. Temubual
ini berkaitan dengan Dasar 1Murid 1Sukan.
Guru PJ : Oh, saya akan memberi sedikit sebanyak informasi yang saya tahu tentang
dasar ini. Kalau salah, tolong rujuk internet ye.
Saya : Cikgu, pertama sekali apakah yang cikgu faham dengan 1Murid 1Sukan ini?
Guru PJ` : Dasar 1Murid 1Sukan ini telah diperkenalkan oleh Menteri Pendidikan, YAB
Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ia merupakan satu dasar yang membolehkan
semua murid mengambil bahagian dalam sukan. Ia juga membuka peluang
kepada murid untuk meningkatakan lagi potensi mereka dalam sukan.
Saya : Cikgu, adakah dasar ini sesuai dan selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan?
Guru PJ : Rasanya ya kerana pertama sekali, dasar ini telah dilaksanakan oleh
Kementerian Pendidikan Sendiri. Kedua, dalam dasar ini murid harus bergiat
aktif dalam sukan dimana dalam Falsafah Pendidikan kita menekankan murid
yang seimbang dari segi jasmani. Setahu saya, murid yang bergiat aktif
dalam sukan, secara langsungnya akan aktif dalam aktiviti harian sekolah.
Saya : Seterusnya, apakah pandangan cikgu terhadap hasrat dasar ini dan adakah ia
berjaya?
Guru PJ : Bercakap tentang hasrat dasar ini, sudah tentunya melahirkan kanak-kanak
yang cergas dan mengamalkan gaya hidup sihat. Hasrat ini boleh dikatakan
5
berjaya dicapai kerana pada masa kini semua sekolah di seluruh Malaysia
mengamalkan Dasar 1Murid 1Sukan secara besar-besaran. Bukan itu sahaja
buktinya, guru-guru turut bersenam dan juga melibatkan diri dalam sukan dari
segi perancangan dan juga semasa aktiviti dijalankan. Maka, ini boleh
dikatakan pencapaian hasrat yang tidak langsung.
Saya : Cikgu, apakah objektif utama dasar ini dan bagaimanakah ia diaplikasikan
atau apa yang dilakukan untuk mencapai objektif ini?
Guru PJ : Setahu saya, terdapat beberapa objektif dalam dasar ini. Objektif yang
paling penting yang saya rasakan ialah bagi membentuk budaya sukan dalam
kalangan murid. Hal ini kerana, pada zaman yang pesat teknologi ini, murid-
murid jarang atau lebih tepatnya tidak langsung meluangkan masa mereka
untuk bersukan. Mereka hanya diarah untuk belajar sepanjang masa oleh ibu
bapa dan zaman kanak-kanak mereka habis diluangkan sepenuhnya dengan
bermain permainan komputer atau permainan ala teknologi tinggi. Maka,
dasar ini membuka ruang kepada kanak-kanak untuk merasai keistimewaan
dan keharmonian sukan. Seperti yang diketahui, pihak sekolah kita
melaksanakan banyak aktiviti sukan yang selaras dengan dasar ini. Murid-
murid juga diminta untuk mengambil bahagian sepenuhnya dalam segala
aktiviti. Aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah setakat ini berjaya
mengambil hati murid-murid.
Saya : Cikgu, boleh cikgu tolong jelaskan tentang perancangan yang dibuat dalam
mengendalikan dasar ini dengan jayanya di sekolah.
Guru PJ : Setahu saya, perancangan akan dibuat satu tahun sebelumnya. Perancangan
yang dibuat haruslah teliti dan diambil kira akan aktiviti, kebolehan murid dan
juga aktiviti harian sekolah. Setakat ini, sekolah kita berjaya membuat banyak
aktiviti berkaitan 1Murid 1Sukan. Maka, hal ini dapat membuktikan
kecemerlangan kita dalam membuat perancangan yang terapi.
6
Saya : Pada pandangan cikgu, apakah wajarnya dasar ini dilaksanakan dari tahun 4
hingga ke tahun 6 di sekolah rendah? Murid-murid tahun 1 hingga tahun 3
tidak dilibatkan sebab apa cikgu?
Guru PJ : Memang wajar program ini dilaksanakan untuk murid-murid daripada
peringkat dua kerana mereka adalah murid yang matang. Murid-murid tahap
satu juga dilibatkan tetapi hanya dalam beberapa aktiviti yang berkenaan.
Bukan itu sahaja, murid-murid tahap dua juga merupakan peringkat kanak-
kanak mengalami tekanan daripada tahap peperiksaan yang agak rumit. Lebih-
lebih lagi, murid-murid ini boleh mengenal dan menghayati sukan yang
dimain oleh mereka, dimana ia akan menjadi satu amalan dalam kehidupan
harian mereka. Murid-murid tahun satu hingga ke tahun tiga tidak dilibatkan
sepenuhnya mungkin kerana mereka masih muda dan sedikit susah untuk
dikawal.
Saya : Cikgu, bolehkah cikgu tolong menjelaskan bagaimana murid yang
melibatkan diri dalam dasar ini dinilai?
Guru PJ : Penilaian dibuat seperti biasa dan secara keseluruhanya kita menilai tahap
potensi dan juga keminatan mereka terhadap aktiviti yang dilaksanakan. Bagi
mereka yang memang berpakat kita akan menilai mereka secara berasingan
supaya dapat meningkatkan lagi prestasi mereka. Kita juga menggunakan
borang penilaian dimana segala kriteria yang harus dinilai telah dicatatkan.
Kita dapat menilai murid mengikut kriteria tersebut.
Saya : Terima kasih cikgu. Akhir sekali, apakah pandangan cikgu secara
keselurahanya terhadap Dasar 1Murid 1Sukan?
Guru PJ : Secara keseleruhanya, saya merasakan dasar ini amat bagus dan ia harus
dilaksanakan di semua sekolah. Dasar ini bukan sahaja menyumbang kepada
meningkatkan kemahiran mmurid-murid malah ia juga turut menyumbang
kepada kemajuan negara kita dalam bidang sukan.
Saya : Terima kasih cikgu atas kesudian cikgu untuk meluangkan sedikit masa
untuk saya dan juga memberi informasi-informasi serta pandangan yang
begitu baik kepada saya.
7
Guru PJ : Terima kasih cikgu kerana sudi memilih saya untuk menemubual. Saya juga
berasa gembira untuk memberi cikgu sedikit sebanyak informasi yang saya
tahu. Terima kasih lagi sekali ya cikgu.
a) Berdasarkan kepada data dan temubual dengan dua orang guru termasuk seorang
penolong kanan kokurikulum di sekolah anda , sila nyatakan segala bagaimana
kesedaran serta komitmen yang ditunjukkan oleh pihak kepimpinan sekolah dalam
melaksanakan Dasar 1Murid 1Sukan di sekolah anda. Penulisan anda mesti menyentuh
hasrat, objektif, prinsip-prinsip pelaksanaan dan penilaian Dasar 1Murid 1Sukan
seiring dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.
Pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia pada 17 Mac 2010
dalam Mesyuarat Jawatankuasa Ad-Hoc Pembangunan Sukan Sekolah yang dipengerusikan
oleh Yang Amat Berhormat sendiri.
Beliau telah menyatakan bahawa, kemajuan dalam bidang sukan menjadi semakin
penting pada masa kini kerana ia mampu mewujudkan perpaduan sejagat, memupuk
keamanan serta meningkatkan imej sesebuah negara. Bidang sukan juga merupakan antara
landasan terbaik dalam usaha membangunkan modal insan yang cergas, kreatif, berdaya
saing dan mempunyai jati diri yang kukuh demi memastikan kelangsungan keutuhan
sesebuah negara. Beliau juga merasakan bahawa, Program 1Murid 1Sukan dapat memastikan
matlamat tersebut dapat direalisasikan serta menyediakan peluang penyertaan dan
penglibatan yang seluas-luasnya kepada golongan muda yang merupakan pewaris
kepimpinan negara di masa hadapan.
Sebenarnya, dasar 1Murid 1Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-
kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini juga turut menyokong pelaksanaan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru, dengan dasar sebegini, sudah tentunya setiap
murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang
tahun. Dasar 1Murid 1Sukan juga selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan
8
sukan di kalangan murid sekolah. Dasar ini seharusnya dimulakan dengan dua strategi utama
iaitu, Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.
Terdapat dua hasrat utama Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melaksanakan
Dasar 1Murid 1Sukan. Hasrat pertama ialah untuk membangunkan modal insan melalui
penyertaan yang menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial dari
kalangan murid dalam aktiviti sukan sepanjang tahun. Hasrat kedua pula memupuk budaya
bersukan dalam kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan
gaya hidup sihat dan cergas. Kedua-dua hasrat ini sememangnya memberikan faedah yang
tinggi kepada murid-murid untuk mengembangkan bakat terpendam dalam diri mereka.
Dasar 1 Murid 1 Sukan telah diamalkan oleh semua sekolah di Malaysia. Ini dapat dibuktikan
daripada data yang telah saya kumpul dari sekolah saya sekarang. Saya telah menemu bual
dua orang guru yang berkhidmat di sekolah saya iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
Rajaji. Pertamanya saya telah menemu bual Penolong Kanan Kokurikulum sekolah saya iaitu
Ananthi a/l Mogan.
Tujuan utama saya menemu bual PK Kokurikulum sekolah saya iailah dia sedang
memikul tugas untuk mengendalikan Program 1Murid 1Sukan setiap hari khamis di sekolah
saya. Menurut beliau Dasar 1Murid 1Sukan ini sebenarnya membolehkan semua murid
menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah dan mengembangkan potensi
yang seimbang dari segi JERIS seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Selain itu, beliau juga sedar bahawa dasar ini boleh memupuk budaya bersukan
dalam kalangan murid dan perkara ini boleh menghasilkan murid yang mengambil berat
tentang gaya hidup sihat.
Selain daripada itu, beliau telah menyatakan beberapa objektif Dasar 1 Murid 1 Sukan.
Antaranya, meningkatkan kecergasan murid, membentuk sahsiah diri murid dan memupuk
perpaduan dalam kalangan murid. Menurut data yang saya kumpulkan dari PK kokurikulum,
Ananthi a/p Mogan, pihak sekolah Rajaji telah merancang dan melaksanakan banyak aktiviti
untuk mencapai objektif-objektif ini. contohnya, kem sukan, senamrobik dan sukan tahunan
telah diadakan pada tahun 2013 yang lalu. Guru – guru di sekolah tersebut juga mewajibkan
setiap murid untuk mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu aktiviti bagi
meningkatkan semangat dalam diri murid untuk terus bergiat aktif dalam aktiviti sukan.
9
Akhirnya saya telah menyoal tentang perancangan mengendalikan dasar ini di sekolah
Rajaji. Beliau mengatakan bahawa setiap perancangan harus dibuat pada tahun sebelum
dengan penuh teliti bagi melaksanakan dasar ini. Sebagai perancang yang cekap pihak
sekolah harus memberi perhatian yang cukup padat untuk merancang dan menjadualkan
aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan supaya ia tidak akan menjejaskan aktiviti harian sekolah
mahupun sesi peperiksaan penggal yang akan diadakan di sekolah katanya. Seterusnya beliau
juga menyatakan bahawa penyusunan aktiviti-aktiviti secara teratur dan mengikut
peringkatnya, contohnya peringkat kelas, rumah sukan, sekolah dan seterusnya amat penting.
Selain daripada PK kokurikulum, saya telah meneruskan temu bual saya kepada sorang
guru Pendidikan Jasmani iaitu Pn. Jaya a/p Thambithurai, di sekolah saya. Sebagai seorang
guru PJ beliau memberi sokongan yang amat baik untuk menjawab soalan-soalan saya yang
berkaitan Dasar 1Murid 1 Sukan.
Menurut beliau, Dasar 1Murid 1Sukan ini amat penting kepada murid pada zaman
moden ini. Beliau mengatakan bahawa pada zaman yang pesat teknologi ini, murid-murid
jarang atau tidak langsung meluangkan masa mereka untuk bersukan. Mereka hanya diarah
untuk belajar sepanjang masa oleh ibu bapa dan zaman kanak-kanak mereka habis diluangkan
sepenuhnya dengan bermain permainan komputer atau permainan alat teknologi tinggi.
Maka, dasar ini membuka ruang kepada kanak-kanak untuk merasai keistimewaan dan
keharmonian sukan. Beliau juga membuktikan kepada saya bahawa pihak sekolah kami
memang melaksanakan banyak aktiviti sukan yang selaras dengan dasar ini. Murid-murid
juga diminta untuk mengambil bahagian sepenuhnya dalam segala aktiviti. Aktiviti yang
dijalankan oleh pihak sekolah setakat ini berjaya mengambil hati murid-murid katanya.
Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa Penilaian Dasar 1Murid 1Sukan dibuat seperti
biasa dan secara keseluruhanya pihak sekolah menilai tahap potensi dan juga keminatan
mereka terhadap aktiviti yang dilaksanakan. Bagi mereka yang memang berpakat pihak
sekolah akan menilai mereka secara berasingan supaya dapat meningkatkan lagi prestasi
mereka. Beliau juga menyatakan bahawa pihak sekolah menyediakan borang penilaian di
mana segala kriteria yang harus dinilai telah dicatatkan. Penilaian yang dibuat ini sudah
tentuhnya seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebagsaan katanya.
Oleh itu, daripada kedua-dua temu bual yang telah dijalankan saya boleh membuktikan
bahawa pihak sekolah telah melakukan pemantauan terlebih dahulu sebelum membuat
sebarang penilaian. Pemantauan ini juga boleh dikatakan sebagai satu strategi dimana kita
10
dapat menilai murid sekaligus dengan aktiviti yang dijalankan pada masa yang sama untuk
membolehkan kita memastikan keberhasilan sesuatu aktiviti itu. Pada pandangan kedua-dua
guru di sekolah saya, penilaian boleh dikatakan sebagai satu maklumbalas secara langsung.
Hal ini sedemikian kerana dengan membuat penilaian kita mendapat beberapa manfaat
seperti ia membantu untuk kita membuat penambahbaikan dan sebagainya. Dari segi murid
pula, boleh dikatakan penilaian meningkatkan lagi prestasi serta penglibatan murid. Dalam
dasar ini di sekolah kita, boleh dikatakan kita lebih memberi fokus pada penglibatan murid
kerana kita lebih kepada sukan untuk semua. Ia bukan bermaksud kita tidak memberi fokus
pada mereka yang berkebolehan; walaupun jumlah mereka yang kecil, mereka dilibatkan
dalam aktivi-aktiivi yang menekankan sukan untuk kecemerlangan.
Kesimpulannya, Pihak Sekolah SJK(T) Rajaji telah membuktikan bahawa guru-guru
sekolah memang sedar dan memberi komitmen yang tinggi untuk melaksanakan Dasar
1Murid 1Sukan ini bagi meningkatkan kebolehan murid-murid di sekolah dan
mengembangkan murid-murid secara menyeluruh dari segi Jasmani, Emosi, Intelek dan
Sosial selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
11
Temubual 3 – Suria a/l Marathandavar (Murid tahun 5A)
Saya : Selamat Pagi, Suria.
Murid : Salam pagi, Cikgu
Saya : Hari ini cikgu akan menanyakan anda beberapa soalan yang berkaitan
dengan Program 1Murid 1Sukan yang melaksana di sekolah kita. Bolehkah
anda memberi sedikit kerjasama kepada cikgu?
Murid : Sudah tentu boleh, Cikgu.
Saya : Suria, sebagai AJK program 1Murid 1Sukan adakah semua murid hadir
dalam setiap aktiviti program 1Murid 1Sukan yang dilaksanakan di sekolah.
Murid : Tidak, cikgu. Ada banyak murid yang tidak hadir aktiviti yang dilaksanakan
di sekolah. Ada juga ponteng dan balik awal ke rumah katanya ada kerja di
rumah.
Saya : Baiklah. Saya telah dengar bahawa sesetengah murid yang hadir aktiviti ini
tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang dilaksanakan. Adakah ia betul?
Murid : ya, betul cikgu. Kebanyakkanya budak perempuan yang tidak melibatkan diri
dalam aktiviti yang dilaksanakan kerana mereka pernah kata dengan saya
bahawa mereka tidak suka, bosan, letih dan sebagainya.
Saya : Seterusnya, saya juga telah memerhati sekumpulan murid yang tidak bermain
aktiviti badminton pada hari khamis yang lalu manakala yang lain seronok
melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Adakah anda tahu kenapa berlaku
keadaan itu?
Murid : Ya, cikgu. Saya juga tidak dapat menyertai permainan tersebut kerana
tidak cukup raket badminton dalam stor. Kami terpaksa menunggu sampai
giliran kami untuk bermain aktiviti tersebut.
Saya : Adakah anda telah lapor pada cikgu yang bertugas pada hari tersebut tentang
masalah ini?
12
Murid : Ya, Cikgu. Kami telah pun lapor pada cikgu PJ. Beliau kata akan membeli
raket tambahan minggu hadapan.
Saya : Baiklah. Setakat ini sahaja soalan saya. Terima kasih atas kerjasama yang
anda berikan kepada saya.
Murid : Sama-sama Cikgu.
13
Temu bual 4- En.Gopal a/l Ramasamy (Bapa kepada seorang murid kelas 4A)
Saya : Salam sejahtera En.Gopal.
En.Gopal : Salam sejahtera, Cikgu Thirumani. ada apa yang boleh saya bantu anda?
Saya : Maafkan saya sekiranya saya menganggu masa Encik. Sebenarnya, saya
Hendak menanyakan beberapa soalan kepada Encik tentang Dasar 1Murid
1Sukan berkenaan dengan tugasan PPG saya.
En.Gopal : Sudah tentunya boleh Cikgu Thirumani.
Saya : Encik, pertama sekali apakah yang encik faham dengan 1Murid 1Sukan ini?
En.Gopal ` : Bagi pengetahuan saya, dasar ini diperkenalkan oleh YAB Tan Sri
Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri. Dasar ini membolehkan murid
melibatkan diri dalam sukan secara aktif dan memupuk semangat mereka.
Saya : Encik, adakah dasar ini wajar diperkenalkan di sekolah dan apakah pendapat
anda terhadap program ini?
En.Gopal : Program ini sememangnya wajar diperkenalkan di sekolah-sekolah seluruh
Malaysia kerana ia mencungkil bakat-bakat yang terpendam dalam diri setiap
murid. Program ini mendorong murid tidak melibatkan diri dalam kegiatan
yang tidak senonoh.
Saya : Seterusnya, pada pandangan encik apakah masalah yang kian berlaku dalam
menjayakan Program 1Murid 1Sukan ini di sekolah?
En.Gopal : Saya berpendapat bahawa masalah ketidakhadiran pelajar dan kurang minat
dalam melibatkan aktiviti sukan adalah menjadi masalah besar dalam
menjayakan Program 1Murid 1Sukan.
Saya : En. Gopal bolehkah anda berikan pandangan mengenai jalan penyelesaian
bagi masalah ini?
En.Gopal : Ya, sudah tentu boleh. Langkah penyelesaian bagi masalah ini ialah ibu bapa
perlu menjadi model atau jurulatih kepada anak-anak kerana bagaimana acuan
begitulah kuihnya. Ibu bapa perlu berjinak-jinak dalam bidang sukan. Langkah
14
yang paling awal ialah ibu bapa hendaklah membawa anak-anak berjoging
atau beriadah. Selain dapat meningkatkan tahap kesihatan, ibu bapa dapat
mendedahkan aktiviti sukan kepada anak-anak ibarat sambil menyelam minum
air. Sebagai contohnya, ibu bapa hendaklah membawa anak-anak berjoging di
kawasan padang atau stadium yang berhampiran. Selepas itu, ibu bapa
hendaklah bermain badminton atau bola sepak dengan anak-anak. Melalui
aktiviti ini, bakat anak yang terpendam dapat digilap. Jika ibu bapa merupakan
jaguh sukan sebelum ini, bakat tersebut kemungkinannya dimiliki oleh anak-
anak merekabagai kuah tumpah ke nasi. Jika usaha ini diteruskan dari masa ke
masa, anak-anak tersebut akan menjadi jaguh sukan pada suatu hari nanti
setelah diasuh oleh ibu bapa mereka.
Saya : Ya, betul kata Encik. Dorongan ibu bapa akan meningkatkan minat mereka
untuk berjaya dalam aktiviti yang mereka lakukan. Encik, boleh saya tahu
bagaimanakah cara seseorang ibu bapa menghadapi situasi dimana anaknya
gagal dalam sesuatu pertandingan?
En.Gopal : Dalam situasi sebegini, ibu bapa harus mengeuarkan kata – kata semangat
untuk meningkatkan semangat mereka bukannya menjatuhkan semangat
mereka. Ibu bapa perlu mengingatkan anak-anak bahawa di sebalik kekalahan
sebenarnya kita memperoleh sesuatu yang lebih berharga, iaitu pengalaman
yang tidak dapat dibeli di mana-mana. Oleh yang demikian, ibu bapa perlu
memotivasikan anak-anak supaya mereka rajin berusaha kerana usaha tangga
kejayaan.
Saya : Baik Encik. Akhir sekali, sebagai seorang bapa kepada tiga orang anak
bagaimanakah anda akan meningkatkan semangat kesukanan dalam diri anak-
anak anda?
En.Gopal : Sebagai seorang bapa, saya akan mengalakkan anak-anak saya membaca
bahan bacaan tentang pelbagai jenis sukan. Melalui bahan bacaan tersebut,
anak-anak saya akan mengetahui acara sukan yang diceburi dengan lebih
mendalam. Banyak ilmu yang akan diperoleh tentang acara sukan dari segi
sejarah, tokoh yang berjaya, aspek kejurulatihan, pemakanan, teknik, strategi,
dan sebagainya. bukan sahaja sebagai bapa, malah sebagai seorang atlet yang
mewakili negeri pada masa dahulu saya juga lebih kenal tentang kepentingan
15
sukan dalam kehidupan manusia. Dengan membaca bahan bacaan berkaitan
dengan sukan anak-anak saya bukan sahaja memiliki kemahiran dalam sesuatu
permainan, malah mereka mampu menjadi jurulatih atau pengadil pada suatu
hari nanti.
Saya : Saya berasa amat bangga dengan semangat kesukanan yang membara dalam
diri encik. Dengan ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada encik
atas kerjasama yang diberikan sepanjang sesi temu bual ini. Sekian terima
kasih.
En.Gopal : Sama-sama, cikgu. saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada anda
untuk mengkongsi sedikit maklumat dengan saya dan dapat berkongsi
pengalaman saya dengan anda.
16
b) Sokongan keluarga amat penting dalam menjayakan Dasar 1Murid 1Sukan di
sekolah. Berdasarkan kepada pemerhatian serta temu-bual dengan murid serta ibu
bapa, nyatakan masalah-masalah yang dihadapi serta langkah-langkah yang
diambil oleh ibu bapa untuk membantu pihak sekolah bagi menjayakan Kejohanan
Balapan dan Padang di sekolah.
Setiap sekolah yang sudah pun mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan
untuk mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap
murid. Bagi memenuhi prinsip-prinsip pelaksanaan 1Murid 1Sukan, setiap sekolah
mempunyai pendekatan dalam melaksanakan program sukan mengikut acuan dan
kemampuan sedia ada. Pihak sekolah telah memberi komitmen yang secukupnya untuk
menjayakan Dasar 1Murid 1Sukan ini. Namun, dasar ini menjadi kurang popular dalam
kalangan murid di sekolah. Mereka melibatkan diri dalam setiap aktiviti program 1Murid
1Sukan ini kerana kewajipan pihak sekolah bukannya keminatan dalam diri mereka. Apakah
punca utama untuk fenomenon ini? Setelah menemu bual pihak sekolah saya telah menemu
bual seorang murid kelas saya dan juga bapa seorang murid kelas saya. Saya telah dapat
beberapa maklumat yang menarik daripada kedua – dua pihak tersebut. Pertamanya saya
telah menemu bual murid kelas saya iaitu Suria a/l Marthandavan, kelas 5A. Daripada temu
bual yang saya laksanakan saya telah mendapati beberapa masalah yang dihadapi kepada
pihak sekolah untuk menjayakan Program 1Murid 1Sukan ini.
Daripada temu bual tersebut saya telah mendapati kehadiran murid kurang dalam aktiviti
1Murid 1Sukan yang dijalankan di sekolah. Antara punca sesetengah murid di sekolah tidak
hadir ke aktiviti ini adalah disebabkan kekurangan minat dalam melibatkan diri dalam aktiviti
1Murid 1Sukan yang dilaksanakan di sekolah. Perkara ini menjadi masalah untuk
menjayakan Program 1Murid 1sukan di sekolah. Selain itu, penglibatan pelajar kurang dalam
aktiviti kokurikulum khususnya aktiviti 1Murid 1Sukan kerana mereka tidak mempunyai
semangat kesukanan. Mereka juga menganggap sukan kurang penting dan lebih menganggap
pelajaran atau hiburan adalah lebih penting untuk menjamin masa depan yang lebih
cemerlang. Selain daripada itu, daripada temu bual yang dibuat kepada pelajar tersebut saya
telah mendapati kebanyakan pelajar tidak berminat menyertai kegiatan kokurikulum
khususnya aktiviti sukan kerana tiada wujud kepuasan disebabkan kurangnya kemudahan
sukan, peralatan sukan dan sebagainya.
17
Selain daripada itu, terdapat beberapa faktor lain juga yang telah saya dapati. Antaranya
ialah sistem penjadualan yang tidak teratur dan sistematik. Penyertaan pelajar dalam kegiatan
kokurikulum dimestikan kepada pelajar lelaki dan pelajar perempuan di semua sekolah. Ini
memberi peluang kepada pelajar tersebut untuk melibatkan diri dan menimba pengetahuan
melalui kegiatan kokurikulum. Walau bagaimanapun pelbagai faktor boleh menghalang
penglibatan kegiatan kokurikulum pelajar lelaki dan perempuan terutamanya sukan. Murid
tersebut menyatakan bahawa pelajar tidak melibatkan diri kerana mereka terpaksa menolong
ibu bapa mereka di rumah. Tugasan yang dipikul oleh sesetengah murid telah menyebabkan
murid tidak dapat memberi komitmen yang penuh dalam aktiviti sukan seperti ini.
Setelah mengumpul masalah-masalah untuk menjayakan program 1Murid 1Sukan ini
saya telah menemu bual seorang bapa kepada anak murid di kelas saya, iaitu En. Gopal a/l
Ramasamy untuk memperoleh langkah-langkah yang sesuai untuk menyelesaikan masalah
sebegini. Menurut beliau, terdapat pelbagai usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi
menggalakkan anak-anak menceburi bidang sukan antaranya ialah ibu bapa perlu menjadi
model atau jurulatih kepada anak-anak dan ibu bapa perlu berminat dalam bidang sukan.
Langkah yang paling awal ialah ibu bapa hendaklah membawa anak-anak berjoging atau
beriadah katanya. Selain dapat meningkatkan tahap kesihatan, ibu bapa dapat mendedahkan
aktiviti sukan kepada anak-anak ibarat sambil menyelam minum air. Sebagai contohnya, ibu
bapa hendaklah membawa anak-anak berjoging di kawasan padang atau stadium yang
berhampiran.
Seterusnya, beliau mengatakan bahawa ibu bapa hendaklah bermain permainan yang
digemari oleh ana-anak mereka seperti badminton atau bola sepak. Melalui aktiviti ini, bakat
anak yang terpendam dapat digilap. Jika usaha ini diteruskan dari masa ke masa, anak-anak
tersebut akan menjadi jaguh sukan pada suatu hari nanti setelah diasuh oleh ibu bapa mereka.
Selain itu beliau juga mengatakan bahawa ibu bapa perlu mendorong anak-anak supaya
meminati bidang sukan sejak kecil bak kata pepatah kalau hendak melentur buluh biarlah
daripada rebungnya. Mereka mestilah menjadi pendorong kepada anak-anak untuk
mengambil bahagian dalam pertandingan peringkat sekolah, daerah atau sebarang
pertandingan sukan katanya. Beliau juga menjelaskan kepada saya bahawa apabila anak-
anak tidak mencapai kemenangan dalam sesuatu pertandingan, ibu bapa perlu memberikan
dorongan dengan mengucapkan kata-kata semangat untuk tidak berputus asa.
18
Beliau menegaskan bahawa ibu bapa tidak seharusnya maki anak-anak mereka sekiranya
mereka tewas sebaliknya mereke harus memotivasikan anak-anak supaya mereka rajin
berusaha kerana usaha tangga kejayaan. Di samping itu menurut temu bual yang telah saya
jalankan saya dapat menyedari bahawa ibu bapa perlulah memberikan penghargaan dan
galakan kepada anak-anak apabila mereka mencapai kejayaan. Semasa anak-anak mencapai
kejayaan pada kali pertama dalam acara sukan yang disertai, ibu bapa mestilah memberikan
penghargaan atau pujian kepada anak-anak. Apabila dipuji dan penghargaan diberikan
kepada mereka, semangat untuk berlatih atau menceburi bidang tersebut dengan lebih giat
akan meningkat. Sebagai contohnya, ibu bapa hendaklah membelikan anak-anak mereka
peralatan sukan yang diminati seperti pakaian, kasut atau peralatan sukan lain sebagai hadiah.
Usaha yang dilakukan oleh ibu bapa ini bukanlah memberikan peluang kepada anak-anak
untuk membuat sesuatu agar mendapat habuan tetapi membuatkan anak-anak merasai bahawa
dirinya dihargai. Melalui cara ini, mereka akan gembira dan menjadikan aktiviti sukan
tersebut menyeronokkan.
Dalam maklumat yang diberikan oleh En. Gopal saya telah mendapati beliau seorang atlet
peringkat negeri pada masa dahulu. Beliau seorang yang berkeyakinan tinggi dan
bersemangat. Beliau telah memberikan beberapa langkah yang menarik bagi menyelesaikan
masalah kekurangan minat sukan. Antaranya, anak-anak perlu didedahkan dengan bahan
bacaan tentang pelbagai jenis sukan. Melalui bahan bacaan tersebut, anak-anak akan
mengetahui acara sukan yang diceburi dengan lebih mendalam dan kepelbagaian ilmu
pengetahuan yang akan diperoleh tentang acara sukan dari segi sejarah, tokoh yang berjaya,
aspek kejurulatihan, pemakanan, teknik, strategi, dan sebagai katanya. Beliau juga
menyatakan bahawa beliau memberi pendedahan kepadaketiga-tiga anak mereka di rumah
kerana beliau ingin melihat anak-anak mereka seorang atlet yang berjaya. Saya juga sedar
bahawa murid perlu membaca pelbagai majalah yang berkaitan dengan acara sukan yang
diminati seperti majalah sukan bola sepak, hoki, dan sebagainya. Usaha ini selari dengan
dasar 1 Murid 1 Sukan yang memerlukan murid bukan sahaja mahir bermain malah
memahami sesuatu permainan. Dalam hal ini, melalui Dasar 1Murid 1Sukan, murid-murid
bukan sahaja memiliki kemahiran dalam sesuatu permainan, malah mereka mampu menjadi
jurulatih atau pengadil walaupun tidak mempunyai bakat untuk bermain pada suatu hari
nanti.
19
Tuntasnya, ibu bapa merupakan sumber inspirasi kepada anak-anak untuk menceburi
bidang sukan. Jika ibu bapa menyuruh anak-anak melibatkan diri dalam bidang sukan,
sedangkan mereka tidak melakukannya bersama-sama, usaha ini tidak akan berjaya
sepenuhnya. Tindakan ibu bapa akan menjadi ikutan anak-anak jika mereka turut sama aktif
dalam bidang sukan. Untuk merealisasikan Dasar 1Murid 1Sukan, ibu bapa juga menjadi
peranan penting untuk mendorong pihak sekolah. Ibu bapa tidak seharusnya mengharapkan
guru-guru sahaja untuk membimbing anak-anak mereka bagi merealisasikan dasar ini. Oleh
itu, kerjasama daripada semua pihak amat penting bagi melahirkan individu yang seimbang
dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah. `Majulah Sukan untuk Negara’
20
Sumber Rujukan
Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Soalan Lazim. Diperoleh dari
http://www.moe.gov.my/my/soalan-lazim
Dasar 1Murid 1Sukan. (2008). Diperoleh dari,
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/pendidikan/10461-dasar-1murid-
1sekolah.html
Anelyza, Cikgu. (2012). Manfaat Dasar 1Murid 1Sukan. Diperoleh dari
http://anelyza.blogspot.com/2012/11/manfaat-dasar-1-murid-1-sukan.html
Mohd Khir Kassim, Cikgu. (2013). Penulisan Esei Tidak Berformat – Isu Dasar Satu Murid
Satu Sukan. Diperoleh dari,
http://khirkassim.blogspot.com/2013/10/penulisan-esei-tidak-berformat-isu.html
Muinmohsein. (2013). Program 1Murid 1Sukan. Diperoleh dari
http://muinmohsein.blogspot.com/2013/08/program-1-murid-1-sukan.html
Abd Mutalib, Zanariah. (2013. Dasar 1M1S asah bakat sukan pelajar. Diperoleh dari
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Dasar1M1Sasahbakatsukanpelajar/
Article/index_html
21