1PB - mmk.kedah.gov.mymmk.kedah.gov.my/images/pdf/pelan strategik SUK.pdf · Dato’ Seri Menteri...

34
1 PELAN STRATEGIK 2014-2018 Perkhidmatan Terbaik Teras Kemakmuran Rakyat

Transcript of 1PB - mmk.kedah.gov.mymmk.kedah.gov.my/images/pdf/pelan strategik SUK.pdf · Dato’ Seri Menteri...

PB 1P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8 P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8

Perkhidmatan Terbaik Teras Kemakmuran Rakyat

2 3P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8 P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8

Perkhidmatan Terbaik Teras Kemakmuran Rakyat

Prakata

Latar Belakang Peranan

Punca Kuasa

Stakeholder dan Pelanggan

Senario Perubahan Persekitaran

Kerangka Transformasi PerkhidmatanAwam Negeri Kedah

Visi,Misi, Dan Moto

Penumpuan Teras Strategik

Nilai Teras

Strategi Dan Pelan Tindakan

Rangkaian Strategik

Elemen Penentu Kejayaan

Penutup

004

006

007

008

009

010

011

014

016

018

030

031

032

KANDUNGAN

PRAKATA

2 3P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8 P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8

Perkhidmatan Terbaik Teras Kemakmuran Rakyat

KANDUNGAN

PRAKATA

DATO’ PADUKA HAJI MOHD PUAT BINHAJI MOHD ALI

DHMS., DGMK., DSDK., AMK., AMN., BCK., BPL.

Setiausaha Kerajaan NegeriKedah Darul Aman

4 5P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8 P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8

Perkhidmatan Terbaik Teras Kemakmuran Rakyat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam 1 MalaysiaSalam Kedah Aman MakmurSalam Kedah Serata-Rata

Segala puji bagi Allah SWT. Tuhan sekalian alam yang telah melimpahkan segala nikmatNya ke atas setiap hambaNya. Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Alhamdulillah saya bersyukur dengan izinNya, Pelan Strategik 2014 hingga 2018 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah berjaya disiapkan.

Selaku Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan Ketua Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman, pelan ini merupakan watikah asas panduan kepada seluruh penjawat awam Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman khusunya serta seluruh penjawat awam Negeri Kedah Darul Aman dalam menuju kepada sebuah perkhidmatan awam yang terbaik melalui transformasi menyeluruh menjelang tahun 2018.

Pelan Strategik ini merupakan pelan yang menyeluruh yang mana telah mengalami pelbagai evolusi perubahan dan rombakan besar dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk perubahan tampuk kerajaan selepas Pilihanraya Umum 2013 (PRU 13), Manifesto Akujanji Barisan Nasional, Amanat 100 Hari YAB Dato’ Seri Menteri Besar, Ucapan Bajet 2014 dan Makmal Transformasi Ekonomi. Malahan, ianya adalah merupakan gabungan holistik beberapa idea, asas dan gagasan utama pentadbiran dalam memastikan pentadbiran awam negeri dapat meningkatkan lagi keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan bagi memenuhi hasrat dan ekspektasi tinggi daripada pelanggan dan stakeholders serta

berada di landasan yang sama dalam memacu transformasi Negeri Kedah Darul Aman yang tercinta ini.

Harapan saya agar segala teras, strategi dan pelan tindakan yang telah dizahirkan di dalam pelan ini akan dijadikan panduan serta pedoman oleh semua pihak dalam menjayakan semua agenda transformasi Negeri Kedah Darul Aman. Semoga segala usaha murni dan usaha gigih yang telah dan bakal kita lakukan mendapat keredhaan dan keberkatan di sisi Allah SWT jua.

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

KEDAH AMAN MAKMUR BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI

4 5P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8 P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8

Perkhidmatan Terbaik Teras Kemakmuran Rakyat

LATAR BELAKANG

Setiausaha Kerajaan Negeri adalah ketua perkhidmatan awam negeri yang bernaung dibawah kuasa Sultan Negeri Kedah Darul Aman. Institusi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah telah wujud sejak tahun 1905 dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang pertama adalah Che Mohd Ariffin bin Mohd. Arshad (1905-1922). Pada asalnya Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri terletak di bangunan Balai Seni Negeri bersekali dengan Pejabat Majlis Negeri. Dalam tahun 1911 ia dipindahkan ke bangunan setingkat yang dibina daripada kayu terletak di kawasan Kompleks Istana Kota Tengah bersebelahan dengan Wisma Negeri sekarang.

Pada fasa pertama operasinya Pejabat Setiausaha Kerajaan lazimnya dikenali dengan nama panggilan “Ofis Dalam” yang merujuk kepada fungsinya untuk mengendalikan urusan-urusan dalaman negeri. Pada tahun 1929 Pejabat Setiausaha Kerajaan telah berpindah ke bangunan batu dua tingkat yang terletak berhampiran dengan bangunan asalnya. Semasa pendudukan Jepun di Kedah pada tahun 1941, bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan

tersebut telah dijadikan ibu pejabat Gabenor Jepun oleh Mejar Jeneral Sukigawa Seiji. Pada 18 Oktober 1943, Negeri Kedah telah diserahkan kepada kerajaan Thailand oleh Jepun dan bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan telah dijadikan pula ibu pejabat Gabenor Thailand, iaitu Khun Pramot Chongcahrem sehinggalah pentadbiran Thailand di Kedah berakhir pada bulan September 1945.

Pada September 1973, ketika Dato’ Paduka Haji Shaari bin Haji Daud (Dato’ Seri Paduka Indera) sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang ke-10, Pejabat Setiausaha Kerajaan telah berpindah sekali lagi ke bangunan Wisma Negeri yang terletak berhampiran dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan yang lama. Perasmian Wisma Negeri pada ketika itu telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Haji Abdul Malik Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Pemangku Sultan Kedah Darul Aman. Dua puluh tahun kemudian, iaitu pada 1 April 1993, Pejabat Setiausaha Kerajaan termasuk Dewan Undangan Negeri telah berpindah ke bangunan Wisma Darul Aman yang terletak 2km

5 P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8

Perkhidmatan Terbaik Teras Kemakmuran Rakyat

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

6 7P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8 P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8

Perkhidmatan Terbaik Teras Kemakmuran Rakyat

dari Wisma Negeri. Pada 15 April 1993 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan merasmikan Wisma Darul Aman. Bangunan Wisma Darul Aman yang menjadi ibu pejabat pentadbiran negeri turut menempatkan pejabat-pejabat pentadbiran utama Kerajaan Negeri yang lain iaitu:

Pejabat KDYMM Tuanku Sultan dan DYTM Raja MudaPejabat YAB Menteri BesarPejabat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri KedahPejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri KedahPejabat Penasihat Undang-Undang Negeri KedahPejabat Perbendaharaan Negeri KedahPejabat Lembaga Sumber Air Negeri Kedah

Pejabat Setiausaha Kerajaan berperanan sebagai nadi penggerak dalam pelbagai aspek pengurusan dan pembangunan negeri yang terletak dibawah bidang kuasa kerajaan negeri. Ia merangkumi aspek perancangan pembangunan sosio ekonomi di samping bertanggung jawab dalam pembuatan

keputusan-keputusan penting termasuklah hal-hal pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah secara keseluruhannya. Struktur pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri terdiri dari tiga bahagian utama yang melambangkan peranan dan fungsinya iaitu:

Pejabat YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negeri Kedah Bahagian Pengurusan Korporat

Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Bahagian Perumahan Bahagian Kerajaan Tempatan

Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) Bahagian Khidmat Pengurusan Bahagian Sumber Manusia Pusat Teknologi Maklumat Negeri Kedah Majlis Sukan Negeri Kedah

(ditempatkan di Kompleks Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar)

y

y

y

yy

y yy

y

6 7P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8 P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8

Perkhidmatan Terbaik Teras Kemakmuran Rakyat

PERANANPEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Melaksanakan agenda transformasi negeri berteraskan

kepada dasar-dasar makro dan sektoral sejajar dengan visi serta

misi negeri dan negara

Menyelaras perhubungan dua pihak berkepentingan iaitu

stakeholders dan pelangggan dalam memastikan kerajaan

dapat menyampaikan perkhidmatan yang terbaik

demi kemakmuran rakyat

Memantau dan mengawal selia pembangunan pentadbiran daerah, tanah dan kerajaan

tempatan meliputi 12 daerah di Negeri Kedah Darul Aman

Menyelaras pembuatan keputusan kerajaan negeri dan persekutuan berasaskan kepada dasar atau polisi negeri dan persekutuan bagi memastikan pelaksanaan ke atas keputusan dapat berjalan dengan lancardan sempurna

Memastikan kecemerlangan Perkhidmatan Awam Negeri Kedah melalui pemantapan pembangunan modal insan serta pembudayaan ICT

8 9P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8 P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8

Perkhidmatan Terbaik Teras Kemakmuran Rakyat

PUNCA KUASAPERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

AKTA PROSEDUR KEWANGAN, 1957

ENAKMEN KERAJAAN NEGERI

PEKELILING-PEKELILINGKERAJAAN NEGERI DAN PERSEKUTUAN

AKTA PENCEN 1980

LAIN-LAIN AKTA DAN ENAKMEN YANG BERKAITAN

UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN NEGERI

PERINTAH-PERINTAH AM

KEPUTUSAN MAJLISMESYUARAT KERAJAAN NEGERI

PERATURAN-PERATURAN PENJAWAT AWAMNEGERI KEDAH (KELAKUAN DAN TATATERTIB)

8 9P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8 P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8

Perkhidmatan Terbaik Teras Kemakmuran Rakyat

STAKEHOLDERSDAN PELANGGAN

KDYMMTuanku Sultan

YABMenteri Besar

STAKEHOLDERS

PELANGGAN

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH

YB Setiausaha Kerajaan

Negeri

YB Ahli-AhliMajlis MesyuaratKerajaan Negeri

Jabatan dan Agensi Negeri

Badan BerkanunNegeri dan

Persekutuan

Pihak Berkuasa Tempatan Negeri

Jabatan dan Agensi

Persekutuan

Syarikat-Syarikat Swasta

Pertubuhan- Pertubuhan

BukanKerajaan

AnggotaPerkhidmatanAwam Negeri

danPersekutuan

Rakyat

10 11P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8 P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8

Perkhidmatan Terbaik Teras Kemakmuran Rakyat

SENARIOPERUBAHAN PERSEKITARAN

Perkembangan sosioekonomi di Negeri Kedah merupakan antara faktor penting dalam

proses pembangunan di Negeri Kedah serta akan memberi kesan kepada

kemampuan Negeri Kedah menepati hala tuju yang dirancang. Sehubungan itu, Pejabat Setiausaha

Kerajaan Negeri Kedah perlu peka serta sensitif dalam

mengemaskini peranan yang dipikul serta menyesuaikan sumber yang dimiliki agar

dapat mendepani perubahan yang berlaku di sekitar

seperti corak serta tempo pembangunan, kelangsungan

ekosistem dan gaya hidup rakyat Negeri Kedah. Dengan

mengenalpasti cabaran-cabaran yang dihadapi

rentetan dari perkembangan sosioekonomi ini,

pembangunan Negeri Kedah yang akan dilaksanakan

diharapkan dapat mempertingkatkan kadar

pertumbuhan ekonomi serta kemakmuran rakyat jelata.

Selain daripada perkembangan

sosioekonomi, perubahan landskap sosiopolitik

telah memberikan cabaran baru kepada Pejabat

Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang menjadi nadi

penggerak kepada dasar dan program Kerajaan Negeri Kedah. Bertindak sebagai

‘executioner’ atau pelaksana kepada dasar-dasar kerajaan

negeri dan persekutuan Pejabat Setiausaha Kerajaan

Negeri Kedah perlu bijak membuat penyesuaian

kaedah pelaksanaan dasar-dasar yang ditetapkan bagi memastikan objektif yang ditetapkan dapat dicapai

tanpa menimbulkan sebarang konflik.

Perkhidmatan Awam Negeri Kedah kini sedang

berhadapan dengan perubahan persekitaran yang

dinamik, antaranya adalah ekspektasi stakeholders dan

pelanggan yang semakin meningkat. Sehubungan itu, Pejabat Setiausaha

Kerajaan Negeri Kedah amat memerlukan persekitaran

penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berkesan bagi

memenuhi ekspektasi ini. Oleh itu, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah perlu mempunyai penjawat awam berpengetahuan, menguasai

teknologi ICT serta tadbir urus yang baik.

PERKEMBANGAN SOSIOEKONOMI

PERKEMBANGAN SOSIOPOLITIK

EKSPEKTASI STAKEHOLDERS

DAN PELANGGAN

10 11P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8 P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8

Perkhidmatan Terbaik Teras Kemakmuran Rakyat

KERANGKATRANSFORMASIPERKHIDMATAN AWAM NEGERI KEDAH

VISIMenjadi sebuah perkhidmatan

awam yang terbaik melalui transformasi menyeluruh menjelang 2018

MISI

OB

JEK

TIF

STR

AT

EG

IKT

ER

AS

STR

AT

EG

IKN

ILA

I TE

RA

S

Menggerakkan agenda transformasi untuk pembangunan sosio ekonomi dan pentadbiran negeri yang inovatif demi kemakmuran rakyat

Transformasi UntukPembangunanSosio Ekonomi

Transformasi UntukPentadbiranNegeri Yang

Inovatif

Memantapkanprogram

transformasiekonomi bagimeningkatkan

kualiti hiduprakyat

Memperkasakan transformasi

sosialke arah

keharmoniandan

kemakmuranrakyat

Memperkukuhkansistem

perancangandan

pembangunan perbandaranbagi memacu

dayasaing negeri

Memantapkansistem tadbir

urus dan pembudayaan

ICT bagi meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan

Memperkukuh-kan kapasiti

dan pembudayaan

kerja berprestasi

tinggi ke arah kecemerlangan

organisasi

Inovasi Intelektual

Semangat Berpasukan Komitmen

Disiplin Integriti

Taat SetiaKualiti

12 13P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8 P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8

Perkhidmatan Terbaik Teras Kemakmuran Rakyat

VISI, MISIDAN MOTO

• Visi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah adalah menjadi sebuah perkhidmatan awam yang terbaik melalui transformasi menyeluruh menjelang 2018.

• Menjadi sebuah perkhidmatan awam yang terbaik bermaksud Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah perlu berada setaraf dengan perkhidmatan yang terbaik di Malaysia serta menjadi model perkhidmatan awam yang cemerlang di peringkat nasional. Selain itu, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah perlu berupaya mencapai serta melangkaui tahap minimum standard kualiti yang memuaskan hati stakeholders dan pelanggan.

• Bagi menjayakan visi ini, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah perlu melaksanakan transformasi terhadap keseluruhan sistem penyampaian perkhidmatan yang merangkumi aspek ekonomi, sosial, perbandaran, tadbir urus, ICT serta modal insan.

• Tempoh masa 5 tahun iaitu bermula 2014 hingga 2018 dilihat sebagai satu tempoh yang bersesuaian dalam mentransformasikan jentera pentadbiran Perkhidmatan Awam Negeri Kedah bagi merealisasikan visi ini.

VISI

12 13P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8 P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8

Perkhidmatan Terbaik Teras Kemakmuran Rakyat

Kedah kompetitif dari segi kos dan sebagai destinasi pelaburan perniagaan di MalaysiaKelangsungan perkembangan teknologi ICT bagi mempertingkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan

• Objektif strategik pertama kepada misi ini adalah transformasi kepada pembangunan sosio ekonomi yang dipacu oleh 3 teras strategik di dalam Pelan Strategik 2014 hingga 2018 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah iaitu :

Memantapkan program transformasi ekonomi bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat.Memperkasakan transformasi sosial ke arah keharmonian dan kemakmuran rakyat.Memperkukuhkan sistem perancangan dan pembangunan perbandaran bagi memacu daya saing negeri.

• Manakala objektif strategik kedua adalah transformasi untuk pentadbiran negeri yang inovatif yang digerakkan oleh 2 teras strategik di dalam Pelan Strategik 2014 hingga 2018 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah iaitu :

Memantapkan sistem tadbir urus dan pembudayaan ICT bagi meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan.Memperkukuhkan kapasiti dan pembudayaan kerja berprestasi tinggi ke arah kecemerlangan organisasi.

• Misi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah adalah menggerakkan agenda transformasi untuk pembangunan sosio ekonomi dan pentadbiran negeri yang inovatif demi kemakmuran rakyat.

• Menggerakkan agenda transformasi bermaksud Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah akan menjadi nadi penggerak kepada Pelan Transformasi Kedah 2013 hingga 2018 yang telah menggariskan lima teras strategik iaitu :

Memperhebatkan program-program ekonomi bagi mengangkat taraf dan kualiti hidup rakyat Negeri Kedah.Memperkasakan transformasi sosial ke arah kemakmuran rakyat.Menekankan budaya kerja yang produktif bagi mencapai kecemerlangan organisasi.Memperkukuhkan perancangan dan pembangunan negeri bagi meletakkan

1.

2.

3.

4.

5.

MISI

14 15P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8 P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8

Perkhidmatan Terbaik Teras Kemakmuran Rakyat

MOTO• Moto Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

Kedah adalah "Transformasi Perkhidmatan Teras Kemakmuran Rakyat" yang bermaksud semua warga kerja Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah perlu komited dalam usaha mentransformasikan perkhidmatan-perkhidmatan yang disampaikan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah memandangkan perkhidmatan awam juga berperanan sebagai pemudah cara yang berkesan selaras dengan hasrat kerajaan untuk merakyatkan perkhidmatan awam.

• Selain itu, usaha transformasi ini juga adalah merupakan tunjang kepada kemakmuran rakyat dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah sentiasa mendokong slogan Kerajaan Negeri Kedah iaitu ‘Kedah Aman Makmur Bersama Memacu Transformasi’.

14 15P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8 P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8

Perkhidmatan Terbaik Teras Kemakmuran Rakyat

PENUMPUAN TERAS STRATEGIK

MEMANTAPKAN PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI BAGI MENINGKATKAN KUALITI HIDUP RAKYAT

Kerajaan Negeri Kedah melalui Pelan Transformasi Kedah 2013 hingga 2018 telah menggariskan teras strategik yang memberi fokus kepada agenda meningkatkan kualiti dan taraf hidup rakyat dengan memperhebatkan program-program ekonomi. Oleh itu, Kerajaan Negeri Kedah telah mengenalpasti tiga sektor utama dalam menjana pertumbuhan ekonomi di Negeri Kedah iaitu sektor pertanian, pembuatan dan pelancongan. Sektor pertanian menjadi fokus utama Kerajaan Negeri Kedah memandangkan sumber pendapatan utama Negeri Kedah adalah dari sektor ini bertepatan dengan jolokan Negeri Kedah sebagai Jelapang Padi Malaysia. Hala tuju strategik Pelan Transformasi Kedah 2013 hingga 2018 adalah menjadikan Negeri Kedah sebagai destinasi pilihan kepada pelaburan tinggi yang bernilai tambah yang mana bagi mencapai hasrat itu, Negeri Kedah sedang berusaha menarik pelaburan terutamanya dalam industri pembuatan. Bagi sektor pelancongan Negeri Kedah adalah antara penyumbang kepada kemasukkan pelancong asing ke Malaysia terutamanya ke Pulau Langkawi Permata Kedah.

MEMPERKASAKAN TRANSFORMASI SOSIAL KE ARAH KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN RAKYAT

Meletakkan kemakmuran rakyat sebagai sasaran utama, Kerajaan Negeri Kedah menyedari keperluan rakyat dari kumpulan berpendapatan rendah mendapatkan rumah dengan harga yang berpatutan. Disebabkan permintaan terhadap rumah yang tinggi, Kerajaan Negeri Kedah dengan kerjasama oleh beberapa pihak seperti Perbadanan PRIMA Malaysia (PRIMA), Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Jabatan Perumahan Negara (JPN), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) sedang berusaha gigih merealisasikan keperluan rakyat ini. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri Kedah juga menitikberatkan isu pendidikan dan pembangunan modal insan bagi memperkasakan transformasi sosial. Keperluan Negeri Kedah mempunyai sumber manusia yang berpengetahuan, berkemahiran, berdaya saing serta berbakat amat kritikal bagi memastikan bekalan tenaga kerja berkualiti dalam pelbagai bidang dapat dipenuhi. Bagi merancakkan arena sukan Negeri Kedah, Kerajaan Negeri Kedah telah menggariskan tujuh program teras sebagai agenda transformasi sukan di Negeri Kedah. Tujuh program teras tersebut adalah Majlis Sukan Daerah, pelantikan Setiausaha Majlis Sukan Daerah, penganjuran Sukan Kedah Darul Aman (SUKDA), Liga Bola Sepak Daerah, Liga Sepak Takraw Daerah, Pusat Satelit Sains Sukan di Negeri Kedah dan kerjasama dengan institut pendidikan atau pengajian tinggi (IPTA).

TERAS 1

TERAS 2

16 17P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8 P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8

Perkhidmatan Terbaik Teras Kemakmuran Rakyat

MEMPERKUKUHKAN SISTEM PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN PERBANDARAN BAGI MEMACU DAYA SAING NEGERI

Perancangan serta pembangunan sesebuah bandar sekiranya dikawal dengan baik akan dapat menyumbang secara langsung kepada pembangunan sosio ekonomi sesebuah negeri. Menyedari peri pentingnya proses perbandaran diberi tumpuan yang sewajarnya, Kerajaan Negeri Kedah meletakkan agenda bagi meningkatkan infrastruktur serta prasarana sebagai strategi utama untuk memperkukuhkan sistem perancangan serta pembangunan perbandaran. Beberapa projek pembangunan serta naik taraf telah dikenalpasti dalam Pelan Strategik 2014 hingga 2018 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang melibatkan aspek-aspek seperti ekonomi, rangkaian pengangkutan, infrastruktur, penggunaan tanah, landskap budaya serta fizikal secara keseluruhannya. Selaras dengan menjadikan Negeri Kedah sebagai destinasi pilihan kepada pelaburan tinggi yang bernilai tambah, Kerajaan Negeri Kedah berharap tindakan yang direncana dapat memacu daya saing negeri.

MEMANTAPKAN SISTEM TADBIR URUS DAN PEMBUDAYAAN ICT BAGI MENINGKATKAN KUALITI SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

Kompetensi, akauntabiliti, ketelusan dan pengamanahan adalah merupakan prinsip-prinsip penting dalam sistem tadbir urus yang merangkumi elemen institusi, mekanisme dan proses bagi membolehkan stakeholders dan pelanggan menyuarakan kepentingan masing-masing, melaksanakan hak dan tanggungjawab serta menyelesaikan perbezaan yang wujud antara satu sama lain. Bagi merealisasikan perkara ini, penambahbaikan kepada keseluruhan sistem penyampaian perkhidmatan dirangka dan penggunaan media ICT merupakan keperluan vital yang menghubungkan Perkhidmatan Awam Negeri Kedah dengan stakeholders dan pelanggan. Gabungan kedua-dua aspek ini diharapkan akan dapat meningkatkan kualiti dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan dan sekaligus memenuhi ekspektasi para pelanggan.

MEMPERKUKUHKAN KAPASITI DAN PEMBUDAYAAN KERJA BERPRESTASI TINGGI KE ARAH KECEMERLANGAN ORGANISASI

Ke arah menuju alaf baru, sebagai sebuah Negara yang maju dan berpendapatan tinggi, Perkhidmatan Awam Negeri Kedah perlu menyediakan kumpulan penjawat awam yang berketerampilan berteraskan intelektual dan profesionalisme. Pendekatan budaya kerja ‘matrix’ dan juga penyusunan semula penstrukturan secara lansung memberikan kapasiti yang optimum kepada Perkhidmatan Awam Negeri Kedah dalam membentuk organisasi yang cemerlang. Sehubungan itu, usaha ke arah peningkatan keupayaan modal insan perlu dilaksanakan selari dengan penerapan budaya kerja berprestasi tinggi yang mampu memberi impak secara langsung kepada kecemerlangan organisasi. Enam ciri asas yang perlu difokus dalam membentuk modal insan iaitu penjawat awam yang berprestasi tinggi adalah mempunyai visi dan misi yang sama, menyedari peranan masing-masing, mempunyai ketua yang kompeten, proses kerja yang efisyen, hubungan yang padu antara satu sama lain dan berupaya berkomunikasi secara efektif.

TERAS 3

TERAS 4

TERAS 5

16 17P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8 P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8

Perkhidmatan Terbaik Teras Kemakmuran Rakyat

NILAI TERAS

NILAITERAS

Inovasi

Intelektual

Semangat Berpasukan

Komitmen

Disiplin

Integriti

TaatSetia

Kualiti

18 19P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8 P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8

Perkhidmatan Terbaik Teras Kemakmuran Rakyat

INTEGRITI

Setiap warga kerja Perkhidmatan Awam Negeri Kedah mestilah mempunyai perwatakan yang baik menjurus ke arah kejujuran, ketulusan, kesempurnaan dan keutuhan.

DISIPLIN

Keupayaan seorang penjawat awam Negeri Kedah melatih pemikiran dan perlakuannya supaya boleh mengawal diri sendiri mengikut peraturan yang ditetapkan serta merupakan perasaan taat dan patuh terhadap nilai-nilai yang dipercayai.

KOMITMEN

Sifat serta sikap warga kerja Perkhidmatan Awam Negeri Kedah yang memberikan sepenuh tenaga dan perhatian yang menjurus kepada sokongan dan azam yang sepenuhnya kepada tugas yang dipertanggunjawabkan.

INTELEKTUAL

Semua penjawat awam Negeri Kedah hendaklah mempunyai kesedaran dalam meningkatkan ilmu pengetahuan terutama dalam bidang tugas yang diamanahkan agar sentiasa tergolong dalam kumpulan terpelajar, berkemahiran serta mampu menjadi pusat rujukan kepada pelanggan.

TAAT SETIA

Taat setia kepada Raja Pemerintah, Ketua Negeri dan Ketua Pentadbiran adalah merupakan unsur ketangkasan akhlak untuk patuh kepada arahan, prosedur dan perintah yang menjadi teras kepada jati diri warga kerja Perkhidmatan Awam Negeri Kedah.

KUALITI

Perkhidmatan Awam Negeri Kedah perlu memastikan keseluruhan ciri-ciri perkhidmatan yang disampaikan dapat memenuhi dan melangkaui kehendak stakeholders dan pelanggan yang dinyatakan atau yang tersirat.

INOVASI

Setiap penjawat awam Negeri Kedah perlu memiliki kebolehan untuk menghasilkan perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian dan penambahbaikan yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah. Warga kerja Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah haruslah boleh mencetuskan idea-idea yang inovatif merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara kerja mahupun pengenalan teknologi demi sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih baik

SEMANGAT BERPASUKAN

Kejayaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah sebenarnya berasaskan kepada kewujudan semangat berpasukan yang mana menyatupadukan seluruh kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dalam menjayakan agenda transformasi. Semangat ini dipraktikkan melalui kerjasama, komitmen, saling menghormati dan penyertaan secara menyeluruh di dalam mencapai satu matlamat yang dikongsi bersama untuk sentiasa melunaskan tanggungjawab yang diamanahkan secara bersama.

18 19P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8 P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8

Perkhidmatan Terbaik Teras Kemakmuran Rakyat

STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR SASARAN

Meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri melalui sektor

pertanian

Pembangunan industri padi

Penanaman padi menggunakan Model

Pengurusan Estet Padi (EMM) di kawasan seluas 535 hektar

5 tan padi bagi 1 hektar mulai 2014

Pembangunan industri buah-buahan

Penanaman nenas dan betik seluas 600 hektar di Gunung Inas, Baling

Fasa 1200 hektar

2014

Fasa 2200 hektar

2016

Fasa 3200 hektar

2018

Program pemasaran sayur-sayuran dan tanaman kontan

Pembukaan pasar tani baru di setiap daerah di

Negeri Kedah

3 pasar tani baru di setiap daerah :

2014Kota Setar

Sungai Petani

2015Kulim

Padang Terap Pokok Sena

2016Kubang Pasu

Langkawi Yan

2017Bandar Baharu

Pendang

2018Baling

Sik

STRATEGIDAN PELAN TINDAKAN

TERAS 1 : MEMANTAPKAN PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI BAGI MENINGKATKANKUALITI HIDUP RAKYAT

20 21P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8 P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8

Perkhidmatan Terbaik Teras Kemakmuran Rakyat

STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR SASARAN

Pembangunan Industri Akuakultur di Zon

Industri Akuakultur (ZIA)

Melaksanakan projek ternakan gamat

bersepadu di Teluk Yu

1,050,000 ekor setiap tahun

Meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri melalui sektor

pembuatan

Meningkatkan kemasukan pelaburan

swasta (asing dan tempatan)

5 negeri teratas yang mempunyai jumlah

pelaburan tertinggi yang diluluskan oleh MIDA

RM 1 Billion setahun

Meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri melalui sektor

pelancongan

Penubuhan Perbadanan

Pelancongan Negeri Kedah

Mendapatkan kebenaran kerajaan negeri

Jun 2014

Memperkenal produk baru

Mewujudkan tempat tarikan pelancongan

yang baru

1 tempat atau produk setiap tahun

Menaik taraf produk pelancongan sedia ada

Melaksanakan projek naik taraf

2 tempat atau produk setiap tahun

Meningkatkan acara promosi pelancongan.

Melaksanakan promosi yang efektif

1 tempat luar negara dan 3 tempat dalam negara setiap tahun

Mengadakan acara bertaraf antarabangsa

Acara bertaraf antarabangsa diadakan

di Negeri Kedah

1 kali setahun

20 21P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8 P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8

Perkhidmatan Terbaik Teras Kemakmuran Rakyat

STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR SASARAN

Memperkasakan transformasi sosial

melalui pembangunan modal insan

Melaksanakan program-program ICT bagi mengurangkan

jurang digital

Menubuhkan Pusat Transformasi

Digital Kedah untuk melaksanakan semua

program ICT

Ditubuhkan pada tahun 2015

Membudayakan ilmu di Negeri Kedah

Penganjuran program-program pembudayaan ilmu di peringkat negeri

3 program setiap tahun

Menambahkan bilangan pelajar di Maktab Mahmud

Penambahan pengambilan pelajar

100 orang setiap tahun

Memperkasakan transformasi sosial

melalui sektor perumahan

Menubuhkan One Stop Centre Perumahan

5 pemaju akan memulakan pembinaan skim perumahan yang merangkumi 100 unit rumah kos rendah di

setiap skim pada setiap tahun mulai 2014

hingga 2018

100 % pada setiap tahun

Membina skim perumahan kos rendah Kerajaan Negeri Kedah

Peruntukan RM5 juta digunakan untuk

perancangan atau pembinaan skim

perumahan rumah kos rendah Kerajaan Negeri Kedah pada

setiap tahun mulai 2014 hingga 2018

100 % pada setiap tahun

Menjual rumah kuota Melayu melalui eHOM

Mengadakan Ekspo Pemilikan Hartanah

Orang Melayu (eHOM) 2 kali setahun pada

setiap tahun mulai 2014 hingga 2018

100 % pada setiap tahun

TERAS 2 : MEMPERKASAKAN TRANSFORMASI SOSIAL KE ARAH KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN RAKYAT

21 P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8

22 23P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8 P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8

Perkhidmatan Terbaik Teras Kemakmuran Rakyat

STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR SASARAN

Memantapkan arena sukan negeri

Membentuk atlit Negeri Kedah menjadi

atlit negara di peringkat kebangsaan

dan antarabangsa

Melahirkan 15 orang atlit Negeri Kedah yang akan mewakili negara

pada setiap tahun

100 % pada setiap tahun

Melebarkan program-program sukan ke

peringkat akar umbi

Melaksanakan perancangan terhadap 7 program teras yang

digariskan dalam agenda transformasi

sukan di Negeri Kedah

3 program setahun bagi setiap daerah

Perkhidmatan Terbaik Teras Kemakmuran Rakyat

22 23P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8 P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8

Perkhidmatan Terbaik Teras Kemakmuran Rakyat

TERAS 3 : MEMPERKUKUHKAN SISTEM PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN PERBANDARAN BAGI MEMACU DAYA SAING NEGERI

STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR SASARAN

Mempertingkatkan infrastruktur dan

prasarana bagi keselesaan rakyat

Membangunkan Pelan Induk Pengangkutan Awam Darat Negeri

Kedah

Pelan Induk Pengangkutan Awam Darat Negeri Kedah

Pelan siap pada tahun 2016

Membina dan menaiktaraf jalan dan

jambatan

Bilangan jalan atau jambatan yang dibina

atau dinaiktaraf

2 projek setahun

Membina Lapangan Terbang Antarabangsa

Kulim (Kulim International Airport /

KXP)

Kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan

Projek disenaraikan dalam RMK 11

Membina Lebuhraya Sungai Petani Inner Kedah Expressway

(SPIKE)

Kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan

Kelulusan diperolehi pada tahun 2015

Membina Terminal Pengangkutan

Bersepadu Kuala Kedah

Kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan

Projek disenaraikan dalam RMK 11

Menggunakan aplikasi GIS dalam perancangan dan

pembangunan negeri

Bilangan PBT yang menggunakan aplikasi

GIS

12 PBT menggunakan GIS pada 2018

Menaiktaraf dan memantapkan

kemudahan prasarana fizikal dan infrastruktur

awam

Penyediaan medan selera atau gerai di PBT

2 projek di setiap PBT

Menaiktaraf jalan-jalan di bawah seliaan PBT

2 projek di setiap PBT

Meningkatkan tahap kecekapan pengurusan

sisa pepejal di PBT

Penurunan jumlah aduan

10 % setiap tahun

Meningkatkan kualiti kebersihan tandas

awam di setiap PBT

Audit Kebersihan Tandas Awam PBT

4 bintang tahun 2016

5 bintang tahun 2018

24 25P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8 P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8

Perkhidmatan Terbaik Teras Kemakmuran Rakyat

STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR SASARAN

Meningkatkan sistem pengurusan organisasi

Memperkemaskan Manual Prosedur Kerja, Fail Meja dan Sasaran Kerja Tahunan Jabatan

Pematuhan kepada MPK, FM dan SKT

Jabatan setiap tahun

1 MPK 325 FM

9 SKT Jabatan

Mengemaskini sistem pengurusan rekod dan

fail

Pematuhan kepada sistem pengurusan rekod Arkib Negara

Malaysia

100 % pada tahun 2015

Meningkatkan dan memantapkan sistem kawalan keselamatan

perlindungan

Menyelesaikan teguran Inspektorat Keselamatan 2013

26 teguran diselesaikan tahun 2015

Memantapkan pengurusan majlis dan

protokol

Memastikan zero defect dan tiada sebarang aduan dalam setiap

acara rasmi yang dianjurkan

100 % tiada aduan

Memantapkan pengurusan

peruntukan yang telah diluluskan di bawah Pejabat Setiausaha

Kerajaan Negeri Kedah

Peruntukan perbelanjaan mengikut Arahan Perbendaharaan

dan garis panduan kewangan yang dikeluarkan oleh

kerajaan persekutuan dan negeri

100 % setiap tahun

Meningkatkan kecekapan pengurusan

aset kerajaan

Masa tindakbalas untuk setiap aduan kerosakan

bagi aset alih dan tak alih

100 % dalam masa 1 hari bekerja

Mendapatkan pengiktirafan MS

ISO bagi pengurusan prosedur kerja jabatan

atau agensi

Pematuhan kepada penyediaan program-

program kualiti jabatan

Pengiktirafan MS ISO dikekalkan setiap tahun

TERAS 4 : MEMANTAPKAN SISTEM TADBIR URUS DAN PEMBUDAYAAN ICT BAGI MENINGKATKAN KUALITI SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

24 25P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8 P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8

Perkhidmatan Terbaik Teras Kemakmuran Rakyat

STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR SASARAN

Mendapatkan pengiktirafan 5S dalam pengurusan organisasi

jabatan atau agensi

Pematuhan kepada penyediaan program-

program kualiti jabatan

Pengiktirafan 5S diterima pada tahun

2016

Mendapatkan pengiktirafan dalam

Sistem Penarafan Bintang jabatan atau

agensi

Pematuhan kepada kriteria yang akan

diaudit

5 Bintang

Menjalankan pengauditan secara

eAudit

15 agensi negeri yang diaudit dapat

melaksanakan eAudit bermula tahun 2016

100 % setiap tahun

Menumpukan pengauditan kepada

prestasi dan kewangan jabatan

7 jabatan yang diaudit mendapat kategori

‘Baik’

100 % setiap tahun

Memperkasakan infostruktur dan

pembudayaan ICT

Membangun sistem aplikasi baru untuk kegunaan jabatan

Pembangunan sistem aplikasi baru berterusan

5 sistem setiap tahun

Melaksanakan perkhidmatan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah secara

atas talian

Penyampaian perkhidmatan teras secara atas talian.

90 % perkhidmatan teras pada tahun 2018

Melaksana aplikasi ICT Quick Wins SWAT Ver.2.0 Sektor Awam di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah

3 aplikasi gunasama iaitu eRating, eSurvey

dan myMesyuarat dilaksanakan

100 % penggunaan pada tahun 2014

Menggunakan mel elektronik (emel) untuk

tujuan komunikasi

Penggunaan emel dalam urusan mesyuarat

utama jabatan

100 % penggunaan pada tahun 2015

26 27P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8 P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8

Perkhidmatan Terbaik Teras Kemakmuran Rakyat

STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR SASARAN

Menaiktaraf dan menyelenggara Portal Rasmi Kerajaan Negeri

Kedah

Pematuhan kepada kriteria Penilaian Portal dan Laman Web Agensi

Kerajaan Malaysia

5 Bintang setiap tahun

Melaksana IPv6 secara dual-stack di Pejabat Setiausaha Kerajaan

Negeri Kedah

Peralatan, rangkaian LAN dan WAN serta

aplikasi ICT tersedia dan patuh IPv6

100 % infrastruktur sedia dan patuh pada

tahun 2015

Meningkat rangkaian WiFi di Pejabat

Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah

Kemudahan WiFi tersedia, berkualiti dan

stabil

100 % sedia pada tahun 2014

Menyelenggara pensijilan ISMS Pusat

Data Negeri

Penyelenggaraan pensijilan ISMS

dilaksanakan secara berterusan

Pensijilan ISMS dikekalkan setiap tahun

Menjalankan penilaian risiko terhadap

keselamatan maklumat dan

infrastruktur (HiIRA)

Penilaian risiko terhadap keselamatan maklumat

dan infrastruktur dilaksana secara

berterusan

1 laporan setiap tahun

Membangun Pusat Pemulihan Bencana

(DRC)

DRC dibangunkan untuk kegunaan jabatan

kerajaan

Siap dan beroperasi pada tahun 2014

Melaksana program, kesedaran, promosi

dan latihan ICT bagi meningkatkan

penggunaan ICT

Pelaksanaan bengkel, latihan atau kursus

10 kali setahun

26 27P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8 P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8

Perkhidmatan Terbaik Teras Kemakmuran RakyatPerkhidmatan Terbaik Teras Kemakmuran Rakyat

STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR SASARAN

Memantapkan pengurusan pelanggan

Mengadakan Road Tour SUK

5 buah daerah setiap tahun bagi mempromosikan

perkhidmatan yang disediakan oleh Pejabat

Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah

100 %

Menguruskan aduan awam Negeri Kedah

menggunakan sistem eAduan

Meluaskan penggunaan sistem eAduan ke

peringkat jabatan negeri

9 Bahagian SUK :Jun 2014

12 Pejabat Daerah : September 2014

12 Pejabat Tanah : Disember 2014

12 PBT :April 2015

6 Jabatan Negeri lain : Jun 2015

Menilai tahap kepuasan pelanggan

Tahap kepuasan hati pelanggan bagi setiap

tahun yang dinilai

85 % dari tahun 2014 hingga 2016

90 % dari tahun 2017 hingga 2018

28 29P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8 P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8

Perkhidmatan Terbaik Teras Kemakmuran Rakyat

STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR SASARAN

Membangunkan tenaga kerja yang berprestasi tinggi

dan kompeten secara optimum

Menganjurkan program latihan

transformasi minda pada penjawat awam

yang baru

Penganjuran latihan, kursus, bengkel dan

seminar

2 kali setahun

Menganjurkan program latihan jangka

pendek yang relevan dengan pelbagai

bidang

Penganjuran latihan, kursus, bengkel dan

seminar

6 kali setahun

Menggalakkan penglibatan dalam program, kursus,

konvensyen kebangsaan dan

antarabangsa

Penyertaan konvensyen peringkat kebangsaan

dan antarabangsa

3 kali setahun

Membangunkan program pembelajaran

berterusan

Keperluan peningkatan pengetahuan dan

kemahiran

50 % Pengurusan dan Profesional bagi

program lepasan ijazah

70 % Sokongan bagi program ijazah, diploma

dan sijil kemahiran

Melaksanakan kajian semula dasar

pembangunan sumber manusia

Kajian semula Pelan Latihan Sumber

Manusia

Setiap 3 tahun selepas POL digubal

Menyenaraikan dan mengenalpasti

potensi pegawai dan kakitangan untuk

pengisian jawatan-jawatan strategik

Pengisian jawatan berdasarkan waran

perjawatan yang diluluskan

100 % jawatan strategik diisi

Mewujudkan satu search committee

dalam mengenalpasti kepimpinan strategik

Pematuhan kepada penubuhan search

committee

Bersidang 2 kali setahun

TERAS 5 : MEMPERKUKUHKAN KAPASITI DAN PEMBUDAYAAN KERJA BERPRESTASI TINGGIKE ARAH KECEMERLANGAN ORGANISASI

28 29P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8 P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8

Perkhidmatan Terbaik Teras Kemakmuran Rakyat

STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR SASARAN

Menambah bilangan penyertaan jabatan atau agensi dalam

program KIK

Penyertaan program KIK 1 program KIK

Mengenalpasti prosedur kerja untuk

perekayasaan

Prosedur kerja yang lebih efisien

2 BPR setahun

Melaksanakan program team building

Penganjuran program team building

2 kali setahun

Melaksanakan program jati diri serta

motivasi diri dan organisasi

Penganjuran program jati diri dan motivasi

2 kali setahun

Merancang latihan dan kursus ke arah

pembentukan pasukan yang bersinergi

Penganjuran latihan, kursus, bengkel dan seminar berkaitan

pasukan berprestasi tinggi

3 kali setahun

Mengenalpasti budaya kerja dan kriteria

pasukan berprestasi tinggi

Program pembudayaan kerja berprestasi tinggi

Setahun 2 kali

Memperkukuhkan integriti penjawat

awam ke arah kecemerlangan

organisasi

Melaksanakan kaedah kawalan dalaman di

setiap bahagian

Mengadakan semakan berkala

Sebulan sekali

Melaksanakan program-program

pemantapan integriti

Penganjuran latihan, kursus dan seminar berkaitan integriti

4 kali setahun

Menganjurkan kursus-kursus, program-

program motivasi diri dan kerja

Penganjuran kursus-kursus, program-

program motivasi diri dan kerja

4 kali setahun

Memperkemaskan pengurusan kewangan

jabatan

Mematuhi Indeks Akauntabiliti Jabatan

Audit Negara

4 Bintang

30 31P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8 P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8

Perkhidmatan Terbaik Teras Kemakmuran Rakyat

STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR SASARAN

Memantapkan sistem penilaian prestasi

Penganjuran latihan, kursus dan seminar

berkaitan sistem penilaian prestasi

2 kali setahun

Melaksanakan sistem pemantauan

prestasi pegawai dan kakitangan

Berasaskan sistem ePrestasi

Lebih dari 80 %

Memperluaskan peranan Unit Audit

Dalam terhadap program-program

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah

Pematuhan kepada audit pengurusan yang

betul

100 %

Meningkat nilai dan etika penjawat awam

bagi perkhidmatan awam Negeri Kedah

Penganjuran latihan, kursus dan seminar

berkaitan

Setiap bulan

Meningkatkan kefahaman dan

pengetahuan mengenai integriti

Penganjuran latihan, kursus dan seminar

berkaitan Pelan Integriti Nasional

4 kali setahun

Memantapkan fungsi dan keberkesanan

Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus

(JKTU)

Pematuhan kepada mengadakan mesyuarat

3 kali setahun

Melaksanakan Mesyuarat

Jawatankuasa Tatatertib jabatan

yang efektif

Pematuhan kepada Jawatankuasa Tatatertib

untuk bersidang

4 kali setahun

Meningkatkan penguasaan pegawai dan kakitangan dalam

urusan tatatertib

Penganjuran bengkel, kursus dan seminar

mengenai pengurusan tatatertib

1 kali setahun

30 31P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8 P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8

Perkhidmatan Terbaik Teras Kemakmuran Rakyat

RANGKAIANSTRATEGIK

MENTERI BESAR

Mesyuarat Bersama SUK dan Pegawai Daerah

Majlis Mesyuarat Kerajaan

JK Tindakan Negeri

JK PerancangEkonomi Negeri

Agensi Pusat Persekutuan

JK Perancang Negeri

Mesyuarat Pegawai Kanan

32 33P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8 P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8

Perkhidmatan Terbaik Teras Kemakmuran Rakyat

ELEMENPENENTU KEJAYAAN

PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

Faktor yang menentukan kejayaan Pelan Strategik 2014 hingga 2018 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah ini adalah anggota perkhidmatan awam yang kompeten dan berdaya maju. Sebagai aset terpenting Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah pembangunan sumber manusia akan diberikan keutamaan. Peningkatan ilmu pengetahuan, kemahiran, amalan budaya integriti, kreativiti dan motivasi yang tinggi akan merealisasikan pencapaian pelan ini.

PEMBANGUNAN ORGANISASI

Organisasi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang mantap akan membolehkan pelaksanaan pelan ini dapat digerakkan dengan lebih cekap dan berkesan. Untuk itu struktur organisasi perlu dimantapkan dan sistem kerja, prosedur, peraturan dan garis panduan yang jelas dan telus perlu dikemaskini dan dibuat penambahbaikan.

MEKANISME PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN

Program yang dirancang di bawah pelan ini mestilah dilaksanakan mengikut tempoh masa yang ditetapkan bagi memastikan objektif pelan ini dapat dicapai. Mekanisme pelaksanaan dan pemantauan prestasi pelaksanaan program-program ini telah diwujudkan di peringkat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri sendiri.

PELAN STRATEGIK ICT

Penggunaan ICT sebagai enabler kepada pencapaian objektif pelan ini mesti diberikan perhatian yang serius. Pelaksanaan Pelan Strategik ICT mestilah dipantau dan diselaraskan bagi memastikan ia dapat dilaksanakan dengan berkesan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

KAJIAN SEMULA PELAN STRATEGIK

Pelan Strategik Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah akan dibuat kajian semula pada tahun 2016 bagi menilai pencapaian dan keberkesanan pencapaian objektif strategik. Penyesuaian semula akan dibuat jika terdapat keperluan untuk berbuat demikian dengan mengambil kira keupayaan sebenar Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.

32 33P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8 P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8

Perkhidmatan Terbaik Teras Kemakmuran Rakyat

PENUTUP

Usaha untuk merealisasikan teras-teras dalam Pelan Strategik ini bukanlah satu tugas yang mudah. Namun kejayaan ini akan menjadi penanda aras terbaik dalam sistem penyampaian perkhidmatan Negeri Kedah Darul Aman.

Lima teras yang digariskan dalam Pelan Strategik 2014 hingga 2018 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman adalah merupakan iltizam serta hasrat jitu Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dalam mengimpikan sebuah negeri yang aman dan makmur.

Kejayaan pelaksanaan Pelan Strategik ini bergantung sepenuhnya kepada komitmen penjawat awam negeri, pembangunan sumber manusia yang kompeten serta berdaya saing, transformasi organisasi yang mantap dan rangkaian sokongan yang menyeluruh.

Inilah masanya dan penjawat awam negeri adalah medianya dalam melakar satu masa depan yang gemilang untuk Negeri Kedah Darul Aman yang tercinta.

34 PBP E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8 P E L A N S T R A T E G I K 2 0 1 4 - 2 0 1 8

Perkhidmatan Terbaik Teras Kemakmuran Rakyat