2-BC TAHUN 2

10
TEMA KEMASYARAKATAN TAJUK Pakaian-pakaian ASEAN MASA STANDARD PEMBELAJARAN 2.2.1 Membaca dan memahami perkataan dalam ayat tunggal yang mengandungi dua atau tiga sukukata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan yang bergabung dengan sebutan yang betul. OBJEKTIF Pada akhir pengajaran murid dapat: i. membaca perkataan dengan suara yang jelas dan intonasi yang betul. ii. membaca dan menyenaraikan perkataan jenis-jenis pakaian di Asean. PENGISIAN KURIKULUM EMK : Kreativiti dan inovasi ENT : BCB Bacaan mekanis, bacaan intensif KP - Verbal Linguistik Ilmu : Pendidikan Moral Nilai : Kasih sayang SISTEM BAHASA Tatabahasa Kosa kata : Kata panggilan Ayat dasar BAHAN BANTU BELAJAR Kad cantuman, kad bacaan, kad imbasan PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Membaca kad imbasan dan petikan secara mekanis dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. REFLEKSI 79

description

j

Transcript of 2-BC TAHUN 2

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 6 Sekolah Kebangsaan

TEMAKEMASYARAKATAN

TAJUKPakaian-pakaian ASEAN

MASA

STANDARD PEMBELAJARAN2.2.1 Membaca dan memahami perkataan dalam ayat tunggal yang mengandungi dua atau tiga sukukata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan yang bergabung dengan sebutan yang betul.

OBJEKTIFPada akhir pengajaran murid dapat:

i. membaca perkataan dengan suara yang jelas dan intonasi yang betul.ii. membaca dan menyenaraikan perkataan jenis-jenis pakaian di Asean.

PENGISIAN KURIKULUMEMK : Kreativiti dan inovasi

ENT : BCB Bacaan mekanis, bacaan intensif KP - Verbal Linguistik

Ilmu : Pendidikan MoralNilai : Kasih sayang

SISTEM BAHASATatabahasaKosa kata : Kata panggilan

Ayat dasar

BAHAN BANTU BELAJARKad cantuman, kad bacaan, kad imbasan

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANMembaca kad imbasan dan petikan secara mekanis dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

REFLEKSI

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANAKTIVITI

PENGISIAN KURIKULUMCATATAN

Permainan Puzzle1. Murid diberikan kepingan keratan gambar.2. Secara berkumpulan murid diminta mencantumkan kepingan keratan gambar.3. Murid menyatakan gambar yang terhasil.

EMK :

ENT : KB - BerfikirIlmu : Pendidikan MoralNilai : Kasih sayangKBAT : Analisis

Lampiran 1

Membaca Kad Bergambar

1. Murid diminta menyebut dan memadankan perkataan pada kad bergambar yang ditampal pada papan putih.2. Murid-murid membaca perkataan-perkataan yang telah dipandankan pada gambar dengan sebutan yang jelas..EMK :

ENT : KP - Verbal

linguistikIlmu : Pendidikan Moral

Nilai : Kasih sayang

KBAT : Memahami

Lampiran 2

Bacaan Mekanis1. Murid membaca teks yang diberi dengan suara yang jelas dan intonasi yang betul.2. Murid diminta mengenal pasti dan menyenaraikan perkataan jenis-jenis pakaian Asean yang terdapat dalam teks tersebut.3. Beberapa orang murid dipilih untuk membaca perkataan jenis-jenis pakaian yang telah disenaraikan.

EMK : Keusahawanan

ENT : BCB Bacaan

mekanis

KB - Berfikir

Ilmu : Pendidikan Moral

Nilai : Kasih sayang

KBAT : Memahami

Lampiran 3

Penilaian

1. Murid membaca petikan dengan suara, gaya, sebutan dan intonasi yang jelas dan betul.

ENT : BCB Bacaan

mekanis

Pemulihan

1 Murid membaca teks yang diberi dengan suara yang jelas dan sebutan yang betul.

ENT : BCB Bacaan

intensif

Lampiran 5

Pengayaan

1 Murid membaca teks dan menjawab soalan yang diberi.

ENT : BCB Bacaan

mekanisLampiran 4

Lampiran 1

Lampiran 2

Lampiran 3

Lampiran 4

Pengayaan

Lampiran 5

Pemulihan

Menyusun dan mencantumkan kepingan keratan gambar.

Padankan perkataan pada kad bergambar dengan betul.

baju kurung

sari

sampot

gaun

longyi

Loas

Myanmar

Malaysia

Singapura

Vietnam

Baca petikan di bawah dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul dan gariskan jenis-jenis pakaian.

Pakaian masyarakat di negara Asean berbeza-beza mengikut negara masing-masing. Antara pakaian yang terkenal di negara Asean ialah baju kurung, baju kebaya, baju melayu, sari, gaun, longyi, sampott, dotti, dan cheongsam.

Baju kurung dan baju kebaya bagi pakaian perempuan hampir sama antara Malaysia, Singapura dan Indonesia. Contohnya, baju kurung dan baju kebaya Malaysia berbentuk labuh manakala bagi Indonesia dan Singapura bajunya agak singkat.

Begitu juga bagi pakaian gaun negara Thailand, Vietnam dan Filipina. Fesyen gaun ini berbeza dari segi rekaan dan hiasan sahaja. Tetapi masih lagi sebut sebagai gaun bagi Thailand, gaun au dai bagi Vietnam dan gaun baro`t bagi Filipina.

Adat istiadat juga telah mempengaruhi pakaian sesebuah Negara. Contohnya, pakaian Thailand iaitu panong adalah salah satupakaian beradat yang membawa pengaruh agama Buddha. Pakaian ini ialah sehelai kain yang dililit di bahagian bawah badan dan dimasukkan dicelah kaki seperti kain dhoti. Pakaian ini boleh dipakai oleh lelaki dan perempuan Thailand.

Baca petikan dengan intonasi yang betul dan jawab soalan di bawah.

HYPERLINK "http://www.azamku.com/pakaian-adat-tradisional-indonesia.html" \o "Pakaian Adat Tradisional Indonesia" Pakaian Adat Tradisional Indonesia merupakan salah satu kekayaan budaya yang dimiliki oleh negara Indonesia dan banyak dipuji oleh negara-negara lain. Sebanyak 33 suku kaum negara Indonesia memiliki ciri-ciri khusus dalam pembuatan ataupun dalam mengenakan pakaian adat tradisional.

Berikut merupakan jenis-jenis pakaian adat tradisional Indonesia di jawa Tengah iaitu baju adat acheh, baju adat sumatera utara, baju adat sumatera barat, baju adat riau, baju adat jambi, baju adat Bengkulu, baju adat lampung, baju adat bangka Belitung, baju adat Madura, baju adat banten, baju adat bali dan baju adat Kalimantan tengah.

Jenis pakaian ini sangat menarik kerana dibuat daripada gabungan sutera dan songket yang berkualiti tinggi. Ianya menjadi satu kemestian dipakai semasa majlis rasmi dan adat istiadat diraja.

Berapakah jumlah suku kaum yang mempunyai pakaian adat tradisional di Indonesia?

Sebutkan 5 jenis pakaian adat tradisional yang popular di Indonesia?

Bilakah pakaian adat tradisional ini digunakan?

Baca petikan dengan intonasi yang betul.

Ini pakaian negara Loas.

Ini dinamakan sampot.

Sampot merupakan pakaian wanita Loas.

Sampot dipakai sempena perayaan.

Sampot dibuat daripada kain lace.

Sampot mempunyai banyak warna dan sangat menarik.

82