2 | MAC 2016 - roketkini.com BM_Mac_2… · Impian Malaysia . KINI DAP SUDAH ... semua pihak,...

16

Transcript of 2 | MAC 2016 - roketkini.com BM_Mac_2… · Impian Malaysia . KINI DAP SUDAH ... semua pihak,...

Page 1: 2 | MAC 2016 - roketkini.com BM_Mac_2… · Impian Malaysia . KINI DAP SUDAH ... semua pihak, termasuk Unit Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, ... memantau aktiviti pengguna
Page 2: 2 | MAC 2016 - roketkini.com BM_Mac_2… · Impian Malaysia . KINI DAP SUDAH ... semua pihak, termasuk Unit Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, ... memantau aktiviti pengguna

2 | MAC 2016

Setengah abad sudah berlalu, kini DAP sasar Impian Malaysia KINI DAP SUDAH BERUSIA 50 TAHUN. Sudah setengah abad usianya berjuang untuk melahirkan satu masyarakat pelbagai kaum dan agama yang harmoni tanpa syak wasangka. Selama itu juga ia menjadi mangsa fitnah, penipuan dan penindasan pemerintah yang masih mahu mengekalkan politik perkauman dan pengasingan mengikut agama.

Ramai pemimpin DAP telah merasai azab dan sengsara. Lim Kit Siang, Karpal Singh, P. Patto, Lim Guan Eng, Tan Seng Giaw, Chan Kok Kit, Chian Heng Kai, Teresa Kok dan ramai lagi telah menjadi mangsa tahanan tanpa bicara Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Walaupun ISA telah dimansuhkan, ia digantikan pula dengan undang-undang yang lebih zalim serta akta-akta lain yang masih menyekat kebebasan rakyat untuk bersuara menyatakan kebenaran.

Inilah perjuangan darah, keringat dan airmata yang mengiringi pimpinan DAP. Walau ada yang tidak tahan dan meninggalkan perjuangan separuh jalan, masih ramai lagi yang setia dengan hasrat asal “Malaysia Untuk Rakyat Malaysia” yang menolak ketuanan kaum, yang mahukan kepada persaudaraan dan peluang saksama.

Kerajaan Barisan Nasional yang di terajui UMNO masih dengan politik kotor mereka yang menyalahgunakan kuasa untuk terus memfitnah dan menyebarkan dakyah palsu terhadap DAP melalui media massa yang mereka kuasai. Tidak cukup dengan itu mereka mengupah pula para cybertrooper yang lebih jijik penipuan dan pembohongan mereka terhadap DAP semata-mata kerana gilakan wang ringgit.

Para pendokong ketuanan kaum, termasuk pimpinan tertinggi UMNO, tahu bahawa jika rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu sedar bahawa DAP membawa dasar dan amalan yang lebih adil dan saksama tanpa mengira kedudukan dan pangkat, serta menolak kronisme dan rasuah, tentu UMNO tidak akan relevan lagi.

Kerana itu, pimpinan UMNO terus menyerang DAP walaupun serangan mereka semakin tidak berasas dan tidak masuk akal. Kerana itulah semakin ramai orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak sedar tentang propaganda jahat yang sudah jelas bau busuknya itu.

Walau apa pun, DAP tanpa mengorbankan prinsip asasnya sentiasa lapang dada untuk bekerjasama dengan mana-mana parti yang demokratik demi menyelamatkan Malaysia.

Seperti kata Kit Siang, masa depan Malaysia yang cerah hanya akan tercapai apabila majoriti rakyat berfikir sebagai rakyat Malaysia, melangkaui kaum masing-masing.

“Masa depan negara terjamin apabila majoriti kita mempromosikan Impian Malaysia, dan bukannya Impian Melayu, Impian Cina, Impian India atau Impian Kadazan.

“Kita mahukan Malaysia di mana tiada siapa yang menghentam Melayu atau Cina atau India atau Kadazan atau Iban, tetapi komitmen bersama untuk mencapai Impian Malaysia di mana semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama dapat mencapai potensi dan nilai sebenar mereka.”

Setelah 50 tahun, dengan segala pengalaman pahit dan manis, DAP kini mengorak langkah untuk 50 tahun akan datang. Bersama Pakatan Harapan, DAP tetap bersama rakyat demi Malaysia yang tercinta.

EDITORIAL

Zahid dayus, defensif, dangkal kerana perlekeh anak mudaOleh SYAZANA HASANUDIN

KUALA LUMPUR: T i m b a l a n Perdana Menteri , Datuk Seri A h m a d Z a h i d H a m i d i t i d a k wajar memperlekeh golongan belia dengan mencabar mereka menceburi sektor 3D (Dirty , Difficult, Dangerous – Kotor, Sukar, Bahaya) j ika Kerajaan P e r s e k u t u a n s e n d i r i t i d a k m e n g a m b i l s e b a r a n g u s a h a menambah baik bidang pekerjaan tersebut.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali berkata tindakan itu mencerminkan sikap Zahid yang ada masalah diri sendiri 3D iaitu ‘Dayus, Defensif, Dangkal’ ekoran kenyataannya yang cuba menuding jari ke arah pihak lain.

“Zahid dayus apabila beliau lari dari masalah sebenar seperti menyediakan peluang pekerjaan dengan penetapan gaji minimum yang setimpal.

“B e l i a u be r s ik a p de f e ns i f dengan terus mencabar golongan belia. Kononnya, beliau boleh mengacah-acah anak muda untuk membenarkan tindakannya yang ingin membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh.

“ B e l i a u j u g a s a y a a n g g a p dangkal apabila dengan mudah memperlekeh anak muda sebagai seolah-olah malas bekerja, tidak ada jati diri dan t idak berani berusaha keras bagi mencar i sesuap nasi untuk survival mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

B e l i a u b e r k a t a d e m i k i a n

m e n g u l a s k e n y a t a a n Z a h i d mencabar anak muda yang bekerja dalam sektor 3D j ika mereka menolak kemasukan pekerja asing. Timbalan Perdana Menteri beria-mahu mahu membawa masuk 1.5 juta pekerja dari Bangladesh sedangkan sudah ramai pekerja asing yang masuk secara haram berada di dalam negara.

S h e i k h O m a r m e n d e s a k kera jaan supaya memast ikan sektor pekerjaan 3D lebih selamat, berbaloi dan bermaruah, dan bukannya menyalahkan pihak lain.

“ I sunya bukan lah ten tang kesediaan anak muda menceburi sektor 3D. Sehingga kini pun,

jumlah anak muda tempatan yang bekerja dalam sektor itu mencecah puluhan ribu.

“Namun, apakah usaha kerajaan bagi memastikan sektor pekerjaan 3D lebih selamat, berbaloi dan bermaruah? Adakah golongan belia boleh digajikan pada kadar

berpatutan agar dapat meneruskan survival mereka?” katanya.

Beliau berkata jika kerajaan menawarkan gaji setimpal dengan pekerjaan supaya mampu menarik minat anak muda, seterusnya menjana lebih banyak peluang pekerjaan untuk orang tempatan.

BERITA

UMNO bukan lagi pilihan anak muda MalaysiaKUALA LUMPUR: UMNO bukan lagi pilihan anak muda di negara ini yang kian bosan dengan permainan politik Datuk Seri Najib Razak bagi melindungi dakwaan skandal rasuah terhadapnya.

Ia berikutan tindakan pentadbiran Najib yang menutup mulut mana-mana pemimpin UMNO yang mengkritiknya kerana gagal menjawab dakwaan salahlaku rasuah dalam dua skandal mega – RM2.6 bilion dan 1MDB.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata segenap lapisan rakyat termasuk go longan muda mahukan jawapan memuaskan terhadap dakwaan salahlaku dua skandal itu.

“Yang orang muda mahu bukannya kelulusan projek RM15 juta tetapi mahukan jawapan memuaskan mengenai skandal ‘derma’ RM2.6 bilion dan skandal RM55 bilion 1MDB yang memalukan negara di mata dunia.

“Ini bukan sahaja luahan aktivis Pemuda UMNO Pulau Pinang tapi ia mewakili luahan hati seluruh golongan muda sama ada dalam UMNO ataupun tidak,” katanya.

Jangan pandai-pandai neutralkan pendatang tanpa izin di SabahSANDAKAN: Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong Tien Fatt mendesak kerajaan mengeluarkan kad pengenalan khas Sabah sebelum melaksanakan Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin atau Rehiring Programme.

Beliau berkata, ia berikutan program itu yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini menimbulkan kekhuatiran berhubung situasi yang bakal berlaku melibatkan golongan itu khususnnya di Sabah.

“Sebelum laksanakan rehiring programme, kerajaan kena bersihkan dulu mereka yang mendapat kerakyatan dengan cara yang tak betul dan melaksanakan pemberian Kad Pengenalan Khas Sabah yang dicadangkan banyak pihak sebelum ini.

“Kerajaan perlu cari kaedah tertentu untuk bendung gejala ‘Projek IC’ dengan lebih berkesan, bukan senang-senang neutralkan PATI dengan rehiring programme. Jadi, PATI yang sudah dapat IC melalui saluran salah macam mana pula?” katanya.

Ahli Parlimen Sandakan itu turut menggesa Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Teknikal untuk mengkaji cadangan Laporan RCI Pendatang Asing Sabah, Tan Sri Pairin Kitingan supaya membentang laporan siasatannya secepat mungkin.

“Sepatutnya laporan ini sudah lama keluar tapi sampai sekarang tidak ada. Mereka nampaknya tidak serius untuk selesaikan masalah ini,” ujar beliau.

Zahid dayus apabila beliau lari dari masalah sebenar

seperti menyediakan peluang pekerjaan dengan penetapan gaji minimum yang setimpal.

— Sheikh Omar Ali (Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor)

WARTAWAN HAFIZ ZAINUDDIN / FATIH HASSAN NORDIN / SYAZANA HASANUDIN

GRAFIK MUKADEPAN WAHYUDI YUNUS

REKALETAK SHAFIQ HALIM

JURUGAMBAR AHMAD YUSUFI

The Rocket Edisi Bahasa Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak, termasuk Unit Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, yang telah memberi sumbangan bahan bertulis dan bergambar.

Page 3: 2 | MAC 2016 - roketkini.com BM_Mac_2… · Impian Malaysia . KINI DAP SUDAH ... semua pihak, termasuk Unit Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, ... memantau aktiviti pengguna

MAC 2016 | 3

Poster pemimpin ‘muka badut’ tidak jejas keselamatan negaraOleh FATIH HASSAN NORDIN

KUALA LUMPUR: Penolong Setiausaha Wanita DAP Kebangsaan, Young Syefura Othman, mempersoal tindakan pihak berkuasa memberi amaran terhadap penghasilan dan penyebaran poster yang dikatakan menggambarkan wajah seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ‘bermuka badut’ di media sosial.

Beliau bimbang tindakan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) memantau aktiviti pengguna laman sosial sebagai menanam ketakutan sekaligus menyekat kebebasan bersuara melalui gertakan kepada rakyat yang lantang dalam isu negara.

“Adakah benar ‘posting’ itu menggugat

keamanan serta kesejahteraan rakyat? Sehingga kini tiada kekecohan berlaku dalam negara, apatah lagi pemimpin yang korup masih berkuasa dan makin berkuasa.

“Jika benar penubuhan PCIRC untuk membantu siasatan siber, tidak perlulah ia disalah guna dan membuat provokasi terhadap pengguna media sosial dengan teguran dan amaran keras sebegitu rupa,” katanya kepada The Rocket Edisi BM.

Beliau mengulas tindakan PCIRC memberi amaran kepada aktivis seni, Fahmi Reza berhubung paparan grafik pada 31 Januari lalu yang memapar wajah seperti Najib ‘bermuka badut’ dengan ungkapan ‘Kita semua penghasut’.

Berikutan tindakan PCIRC itu lebih

banyak paparan grafik baru dihasilkan dan disebar luas melalui media sosial sebagai sokongan kepada kritikan terhadap Akta Hasutan yang dipercayai motif paparan grafik.

Beliau yang mesra dikenali sebagai Rara melabel perbuatan PCIRC itu sebagai melanggar hak ruang peribadi awam sekaligus menyimpang dari tugas sebenar polis yang terhad kepada mengawal ruang awam sahaja.

“J ika sebelum ini , pol i s menjadi penguat kuasa undang-undang dan hanya menjalankan siasatan jika ada laporan dibuat terhadap sesuatu ‘posting’ tetapi kini berbeza, mereka seolah-olah mahu cari salah rakyat,” katanya.

DAP cadang potong peruntukan Jabatan Perdana Menteri untuk tampung biasiswa JPA

KUALA LUMPUR: Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke mencadangkan Kerajaan Persekutuan mengurangkan 50 peratus perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri bagi menampung perbelanjaan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Katanya, jika ada peruntukan yang perlu dipotong atau dikurangkan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus menunjukkan teladan dengan mengurangkan peruntukan sedemikian.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata , Naj ib juga per lu menghent ikan perbelanjaan mengikut budi bicaranya serta perbelanjaan tanpa program khusus dalam peruntukan RM3.75 bilion pada Bajet 2016 .

Dengan i tu, bel iau mendesak Kerajaan Persekutuan supaya memberi penjelasan lanjut mengenai kriteria tertentu hingga menyebabkan 700 pelajar biasiswa JPA terjejas untuk melanjutkan pengajian.

“Kebanyakan penerima biasiswa JPA adalah pelajar cemerlang daripada keluarga berpendapatan rendah. Tanpa biasiswa itu, kemungkinan besar mereka tidak dapat meneruskan pengajian khususnya di universiti luar negara,” katanya.

Media melaporkan kera jaan BN mahu memotong RM278,434,000 hingga mengakibatkan 700 daripada 11,604 pelajar cemerlang terjejas untuk meneruskan pengajian dalam dan luar negara.

Peruntukan untuk tajaan biasiswa JPA bagi 2016 sebanyak RM1.65 billion, susut 14 peratus berbanding tahun lalu.

Sedangkan, peruntukan Jabatan Perdana Menteri melonjak hingga mencecah tujuh peratus daripada keseluruhan buat pertama kali dalam sejarah tanah air iaitu 7.6 peratus (2016) berbanding 6.96 peratus (2015), 6.23 peratus (2014), 5.24 peratus (2013), 5.38 peratus (2012), 6.74 peratus (2011), 6.37 peratus (2010) , 6.71 peratus (2009), 3.4 peratus (2008) dan 3.81 peratus (2007).

BERITA

TPPA perjanjian pahit untuk rakyat MalaysiaGEORGETOWN: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menganggap usul Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang diluluskan di Dewan Rakyat pada 27 Januari lalu sebagai hari yang pahit untuk semua rakyat Malaysia.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, Kerajaan Persekutuan yang dikuasai UMNO-BN perlu bertanggungjawab sekiranya TPPA memberi kesan berantai yang baru kepada rakyat terbanyak kelak.

“Saya rasa ini satu hari yang pahit untuk ramai (orang) di Malaysia, khususnya kepada r a k y a t b i a s a y a n g a k a n menanggung kesannya.

“Sekiranya harga ubat naik umpamanya, saya harap semua rakyat ingat bahawa ini kerana TPPA, kesan ini BN kena tanggung,” katanya di sidang media di sini sehari selepas usul TPPA tersebut diluluskan oleh Parlimen.

Melalui proses undian secara blok, 127 Ahli Parlimen BN menyokong usul tersebut, manakala 84 lain menolak. Majorit i , 43 undi sahaja. Kira-kira 30 Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan isu tersebut, dalam sidang khas selama dua hari sahaja.

Terdahu lu , Guan Eng berka l i -ka l i menyatakan p e n d i r i a n t e g a s D A P membantah TPPA sungguhpun ada suara-suara sumbang yang cuba menimbulkan fitnah kononnya DAP menyokong TPPA.

Kepentingan Melayu, Islam tak terancam tanpa UMNORAUB: Hanya kerajaan yang adi l , bers ih , saksama dan mendaulatkan undang-undang dapat mel indungi se luruh kepentingan rakyat Malaysia termasuk orang Melayu, dan bukannya melalui ketakutan s e r t a k e b i m b a n g a n y a n g dicetuskan pimpinan UMNO.

Malah, tindakan UMNO s e b a l i k n y a m e n c e t u s k a n k e b i m b a n g a n M e l a y u hanya akan dilihat seolah-o l a h c u b a m e n g h i n a d a n m e m p e r b o d o h k a n o r a n g Melayu sendiri.

Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Arif f Sabri melalui blognya berkata tidak timbul s o a l a n c a m a n t e r h a d a p k e p e n t i n g a n M e l a y u d a n

bumiputera , agama Is lam dan institusi beraja kerana ia sudahpun termaktub dan dilindungi perlembagaan.

“UMNO gunakan isu-isu ini untuk menakutkan dan membodohkan orang Melayu. Bagaimana UMNO menjaga kepentingan Melayu?

“Adakah dengan mengajak orang Melayu bersengketa dengan bangsa lain? Dengan m e l a g a k a n a g a m a I s l a m dengan agama lain? Dengan mem-bu l ldoze dasar t ap i melaksanakannya dengan l e m a h d a n t i d a k c e k a p ? Dengan menggunakan undang-undang menekan rakyat?” soalnya.

Katanya, perkara yang dekat

dengan hati orang Melayu yang gagal diselesaikan UMNO hingga saat ini sepatutnya menjadi keutamaan dan bukan memperdaya dengan cuba menakut-nakutkan kaum itu dengan hegemoni perkauman sempit.

“Tabung Haji yang sehingga hari ini belum bayar dividen dan bonus, Felda yang sudah di FGV-kan dan meletakkan sengsara kepada peneroka, F e l c r a y a n g m e n j a d i k a n Melayu si penghutang, Risda yang menyusahkan pekebun kecil dengan hutang, LKIM yang menyusahkan nelayan Melayu, FAMA yang jadi orang tengah, BERNAS yang menyengsarakan penanam

padi.“Tanah rizab Melayu yang

dari tiga juta hektar hari ini tinggal 360,000 hektar. MARA k e k u r a n g a n d a n a , d a s a r pendidikan yang menjadikan Melayu susah dapat kerja. Sepatutnya pemimpin UMNO b e r i t a h u k i t a b a g a i m a n a s e l e s a i k a n i n i s u p a y a ketakutan dan kebimbangan orang Melayu dibendung,” katanya.

B e l i a u s e k a l i l a g i menegaskan sa tu- sa tunya j a lan se lamat bag i o rang Melayu ia lah meletakkan h a r a p a n k e p a d a s e b u a h kerajaan yang adil, saksama dan yang berlandaskan prinsip kedaulatan undang-undang.

Page 4: 2 | MAC 2016 - roketkini.com BM_Mac_2… · Impian Malaysia . KINI DAP SUDAH ... semua pihak, termasuk Unit Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, ... memantau aktiviti pengguna

4 | MAC 2016

Rakyat berhak persoal kepincangan pengurusan kewangan Tabung HajiOleh HAFIZ ZAINUDDIN

GEORGE TOWN: Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Senator Dr Ariffin Omar menjelaskan bahawa rakyat khususnya p e n d e p o s i t b e r h a k m e m p e r s o a l pengurusan kewangan Lembaga Tabung Haji, lebih-lebih lagi apabila wujud kepincangan ketara.

“Lembaga Tabung Haji adalah badan berkanun kerajaan. Salahkah kalau kita mahu ia diurus dengan baik?

“Orang DAP pun ada Melayu dan Islam, jadi di mana salahnya? Saya ahli DAP dan sebagai pencarum, adakah saya tidak berhak persoalkan ke mana dan bagaimana wang saya diurus? Apa

salahnya jika saya persoalkan?” katanya kepada The Rocket Edisi BM.

Baru-baru ini, Timbalan Bendahari DAP Kebangsaan , Nga Kor Ming mencadangkan supaya audit bebas dibuat untuk menjamin supaya wang simpanan lapan juta umat Islam di Tabung Haji, terjamin dan tidak terjejas.

Sebaliknya, Ketua UMNO Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dengan nada perkauman sempit memberi amaran kepada DAP supaya tidak mencampuri urusan pengurusan kewangan Lembaga Tabung Haji sekalipun umum mengetahui institusi itu mengalami kerugian besar.

Kesal atas dakwaan yang mengaitkan DAP dengan sent imen perkauman

semata-mata kerana membuat teguran, Dr Ariffin yang menyifatkan tohmahan Syed Ali sebagai songsang, berkata, tindakan segera perlu diambil sebelum Tabung Haji menanggung kerugian lebih besar.

“Mengapa Syed Ali perlu mainkan isu perkauman? Saya pun, sebagai ahli DAP dan mencarum di Tabung Haji. DAP bukan parti kaum atau agama,” katanya.

Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa pula menuntut pentadbiran Tabung Haji supaya memberi penjelasan sama ada institusi berkenaan mampu membayar dividen dan bonus kepada pendeposit.

B e l i a u b e r k a t a , i a b e r i k u t a n

kecenderungan pentadbiran Tabung Haji menggunakan rizabnya untuk membayar dividen sejak 2012 menjejaskan paras simpanan pendeposit.

Terdahulu, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli mendakwa nilai r izab terkumpul Tabung Haji menunjukkan nilai negatif dengan kerugian terkumpul lebih besar dari RM351 juta berdasarkan penyata laporan bagi tahun kewangan 31 Disember 2014 yang diaudit.

Ia bermakna, jika semua pendeposit Tabung Haji mahu mengambil kembali simpanan RM54.358 bilion, semua aset Tabung Haji tidak cukup untuk membayar simpanan dan kekurangan dana RM351 juta, tambah beliau.

Tunjuk perasaan di rumah terbuka Pulau Pinang tidak bertamadun dan bersifat perkaumanGEORGE TOWN: Pejabat Peguam Negara diminta menyiasat sekumpulan individu yang menamakan diri mereka Persatuan Muka Buku Pu lau P inang kerana mengadakan tunjuk perasaan berbaur perkauman.

Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Wong Hon Wai, berkata kumpulan itu telah mencemarkan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Ketua Menteri Pulau Pinang dengan mengadakan demonstrasi itu pada hari pertama perayaan tersebut bulan lalu.

Beliau berkata, tindakan kumpulan itu tidak bertamadun, bersifat kurang ajar dan menghasut perkauman.

Katanya, Pejabat Peguam Negara perlu menyiasat kumpulan tersebut yang mengapi-apikan sentimen perkauman dan keagamaan yang bertentangan dengan semangat Malaysia majmuk.

Majlis rumah terbuka itu pada hari pertama Tahun Baru Cina pada 8 Februari anjuran Ketua Menteri, Lim Guan Eng, di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Pulau Pinang (sPICE) telah dihadiri lebih 15,000 orang.

Hon Wai yang Setiausaha Organisasi

DAP Pulau Pinang berkata, para penunjuk p e r a s a a n m e m b a w a p l a c a r d y a n g mendakwa DAP menerima RM1.2 bilion dari Israel sedangkan tuduhan itu adalah

palsu dan berniat jahat.Jelasnya, DAP dan kerajaan negeri

Pulau Pinang telah berulangkali menafikan fitnah jahat tersebut.

“Saya berasa risau terhadap kad yang dipegang oleh seorang penunjuk perasaan yang berbunyi “Tumbangkan DAP adalah jihad!!!!”. Ini adalah jelas mengapi-apikan sentimen keagamaan untuk mencapai agenda tersembunyi Persatuan Muka Buku Pulau Pinang dan bos politik mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

B e l i a u y a n g j u g a A h l i D e w a n Undangan Negeri Air Itam berkata, kumpulan penunjuk perasaan itu memilih hari pertama Tahun Baru Cina untuk menyebar fitnah tersebut kerana mereka mempunyai agenda tersembunyi bagi mengapi-apikan sentimen perkauman dan keagamaan.

Beliau mendakwa, mereka berbuat demikian untuk mengalih perhatian rakyat daripada skandal Perdana Menteri yang dikatakan melibatkan wang “derma” RM2.6 bilion serta skandal berpuluh billion ringgit 1MDB.

Menurutnya, Persatuan Muka Buku juga pernah menghina rakyat Sabah dan Sarawak di Pulau Pinang dengan membantah Pesta Gawai dan Kaamatan anjuran kerajaan negeri pada tahun sebelumnya.

BN jual tanah 35 kali ganda lebih banyak untuk perolehan lebih sedikitGEORGE TOWN: BN Pulau Pinang sewaktu mentadbir negeri sebelum ini telah melakukan 35 kali ganda lebih besar jualan tanah negeri ini berikutan tidak mengamalkan tender terbuka, berbanding kerajaan negeri sedia ada.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata Pulau Pinang hanya menjual 106 ekar tanah untuk perolehan RM1.1 bilion sedangkan kerajaan BN sebelum ini menjual 3,661 ekar

tanah hanya untuk RM1 bilion.“Pulangan kurang diperolehi

B N s u n g g u h p u n m e n j u a l tanah 35 kali ganda lebih besar kerana ia tidak dijual secara tender terbuka seperti kerajaan n e g e r i P a k a t a n H a r a p a n s e k a r a n g , ” k a t a n y a p a d a majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam Pulau Pinang di sini awal bulan lalu.

S e t i a u s a h a A g u n g D A P itu juga menolak keras fitnah kononnya Kerajaan Pulau Pinang

mencatat lebihan belanjawan kerana menjual tanah sedangkan ia hasil amalan pentadbiran bersih dan anti-rasuah.

Malah, beliau berkata, lebihan belanjawan terkumpul sepanjang tujuh tahun antara 2008 hingga 2014 ialah RM507.12 juta, jauh melebihi lebihan ketika BN memerintah selama 50 tahun (1957-2007).

Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan pada 2008, lebihan belanjawan dicatat iaitu RM87.99

juta, 2009 (RM77.34juta), 2010 (RM33.54 juta), 2011 (RM138.31 juta), 2012 (RM114.47 juta), 2013 (RM1.3 juta) dan 2014 (RM54.17 juta).

Bagaimanapun, Guan Eng yang juga Adun Air Put ih mengakui pencapaian cemerlang Kerajaan Pulau Pinang dibayangi masalah kemerosotan ekonomi yang melanda negara yang ditadbir Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Kita sedaya upaya menjauhi wabak kemerosotan ekonomi itu. Namun, perkara ini sukar dan mustahil kerana Pulau Pinang sebahagian daripada Malaysia. Maka, tempiasnya pasti akan turut kita rasa,” katanya.

Jus teru , be l iau berkata , kerajaan Pulau Pinang berusaha keras melaksanakan pelbagai l a n g k a h b a g i m e n g h a l a n g kemerosotan atau kemeruduman ekonomi negara menjangkiti negeri ini.

BERITA

Page 5: 2 | MAC 2016 - roketkini.com BM_Mac_2… · Impian Malaysia . KINI DAP SUDAH ... semua pihak, termasuk Unit Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, ... memantau aktiviti pengguna

MAC 2016 | 5

Ke mana peruntukan RM900 juta projek luar bandar hilang?SERIAN: Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, mempersoal mengenai peruntukan pembangunan bagi Projek K e c i l L u a r B a n d a r ( M R P ) u n t u k penduduk di negeri ini berikutan ia seolah-olah hilang.

Katanya, pada 2015, sebanyak RM900 juta diperuntuk bagi MRP manakala setiap DUN mendapat sekitar RM15 juta.

“Misalnya di kawasan Kedup ada 100 kampung, setiap kampung atau JKKK sepatutnya dapat RM150,000. Ini bukan isunya, soalnya ke mana semua dana itu pergi?” tambah beliau.

Ahli Parlimen Bandar Kuching itu berkata, perkara itu sudah dibangkit pada peringkat Dewan Undangan Negeri Sarawak tetapi gagal dijawab dengan baik, malah DAP pula dituduh sebagai menghalang pembangunan luar bandar.

“Bila DAP ajukan pada sidang DUN, Ketua Menteri tak mahu jawab dan cuba alihkan isu ini menuduh kita pula menentang pembangunan luar bandar,” katanya pada pelancaran Jentera Pilihan Raya DUN Kedup dan Bukit Kemuja di Kampung Sungai Empani, baru-baru ini.

Beliau menempelak kerajaan BN yang lebih mementingkan syarikat kroni dengan membiarkan rakyat berhadapan dengan bebanan akibat kadar inflasi yang tinggi.

“Tidak kira harga minyak dunia

meningkat atau turun, hakikatnya rakyat tetap susah. Bila harga minyak naik, kroni dapat untung besar. Bila harga turun, rakyat tetap susah kerana inflasi tinggi.

“Kehidupan rakyat tetap teruk terjejas akibat dasar BN. Aktiviti perniagaan semakin lembap manakala golongan pekerja terpaksa menanggung beban kenaikan kos hidup,” katanya.

Chieng Jen juga menyarankan rakyat Sarawak supaya melakukan perubahan dengan meluahkan kekecewaan mereka melalui kertas undi akibat kenaikan kos hidup berikutan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Katanya, perubahan yang dilakukan dalam pilihan raya negeri Sarawak yang dijangka April ini akan mengukuhkan lagi kedudukan blok pembangkang yang menjadi asas kepada perubahan dalam PRU ke-14 akan datang.

“Kita perlu hantar mesej yang jelas kepada BN betapa kita membantah GST. Inilah buat pertama kali rakyat negeri ini boleh meluahkan kekecewaan mereka terhadap pelaksanaan GST dalam pilihan raya negeri akan datang kepada BN.

“Inilah juga masanya kita mengukuhkan kedudukan kita dan meletakkan asas kepada perubahan dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

PRN Sarawak: DAP sedia gempur kubu BNOleh HAFIZ ZAINUDDIN

KUCHING: DAP Sarawak sudah bers iap sedia menggempur kubu Barisan Nasional pada pi l ihanraya negeri i tu yang dijangka diadakan sekitar bulan depan (April).

Menurut Pengerusi DAP S a r a w a k , C h o n g C h i e n g Jen, kesiapsiagaan DAP itu berdasarkan kerja keras seluruh jentera dan aktivis parti di pelbagai peringkat yang bermula sejak berakhirnya pilihanraya umum ke-13 lalu.

“Kita sudah mula bekerja sejak PRU lalu di kawasan-kawasan yang kita jangka akan meletakkan ca lon d i sana . Banyak program kemasyarakatan dan pembangunan yang telah kita laksanakan dengan jayanya,”

katanya kepada The Rocket Edisi BM.

M a l a h , A h l i P a r l i m e n Bandar Kuching itu berkata, hasil usaha keras DAP selama ini membuahkan hasil yang memberangsangkan apabila semakin ramai rakyat pelbagai lapisan usia dan kaum menerima perjuangan DAP.

“Kita lihat saja baru-baru ini semakin ramai golongan p r o f e s i o n a l d a r i k a l a n g a n m a s y a r a k a t D a y a k t e l a h menyertai kita. Bahkan, kita sangat diterima baik di peringkat akar umbi termasuk golongan belia yang sudah bosan dengan segala janji manis BN,” kata beliau yang juga Adun Kota Sentosa.

Menurutnya, rakyat semakin

tertekan dan bosan dengan mainan propaganda BN yang seringkali bercanggah antara satu dengan lain yang kononnya mendahulukan rakyat.

“Isu seperti Cukai Barangan dan Perkh idmatan (GST) , k e l e m b a p a n e k o n o m i , p e n g a n g g u r a n , s k a n d a l kewangan mega yang melibatkan Perdana Menteri dan perkauman sudah cukup membimbangkan rakyat.

“Selain itu, isu tempatan yang gagal di selesaikan BN Sarawak j u g a m e m b e r i k e s a n y a n g besar ke atas rakyat Sarawak, ” katanya.

Beliau berkata antara isu tempatan yang menyebabkan kepercayaan rakyat Sarawak terhadap BN semakin terhakis melibatkan isu cukai, autonomi p e n d i d i k a n , k e s e l a m a t a n , kemudahan asas, pendidikan dan kemudahan kesihatan.

“DAP Sarawak sen t ia sa lantang menuntut hak ki ta sebagai rakyat Sarawak. Dalam i s u c u k a i , k i t a m e n d e s a k k e r a j a a n p e r s e k u t u a n kembalikan semula 50 peratus hasil cukai yang dikutip dari Sarawak termasuk GST dan cukai pendapatan,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa cukai yang dikembalikan i tu akan d igunakan untuk pembangunan Sarawak.

FOKUS P IL IHANRAYA SARAWAK

BN tangguh projek tebatan punca Kuching dilanda banjirK U C H I N G : S i k a p s a m b i l l e w a kerajaan BN melambat-lambatkan projek tebatan banjir Fasa 2 di bandar ini mencerminkan mereka m e m b e l a k a n g k a n k e p e n t i n g a n rakyat meskipun DAP berulang kali mendesak supaya disegerakan.

Akibatnya, beberapa lokasi di sini kerap ditenggelami banjir seperti kawasan di Sungai Sarawak Kanan di Buan Bidi, Jambatan Bau, Sungai Sarawak Kiri di Batu Kitang dan Kampung Git yang diletak dalam keadaan berjaga-jaga kerana paras air melangkaui aras bahaya.

Ahli Parlimen Stampin, Julian Tan Kok Ping, kesal dengan sikap k e r a j a a n y a n g t i d a k m e m b e r i keutamaan kepada projek itu, malah menyatakan ia bergantung kepada situasi kewangan negara sekaligus menunjukkan pengabaian terhadap kepentingan rakyat.

Beliau merujuk jawapan Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 2010, program tebatan banjir Fasa 2 yang bernilai RM584 juta itu hanya dilaksanakan pada 2016 dan 2017 bergantung kepada situasi

kewangan negara.Kok Ping berkata demikian selepas

bersama sukarelawan DAP Sarawak menghulurkan bantuan kepada lebih 450 mangsa banjir di Dewan Masyarakat Taman Malihah dekat sini, awal bulan lalu.

“ K a m i m e n g e d a r b a n t u a n makanan dan keperluan asas. Jalan raya ditenggelami air. Kami memuji komitmen bomba dan sukarelawan lain yang lumus membantu mangsa,” katanya.

Beliau simpati dengan situasi m a n g s a b a n j i r y a n g t e r p a k s a menyambut Tahun Baru Cina dalam keadaan serba kekurangan.

Katanya, hampir setiap tahun penduduk di sekitar sini bimbang terhadap kekerapan banjir terutama pada musim hujan dan antara faktor utamanya ialah sistem perparitan tidak diselenggara dengan baik.

“ K e a d a a n b e r t a m b a h b u r u k dengan kemunculan banyak projek pembangunan sekeliling perumahan kerana pihak berkuasa tempayan t i d a k m e n y e l e n g g a r a s i s t e m perparitan dengan baik,” ujar beliau.

Kita sangat diterima baik di peringkat

akar umbi termasuk golongan belia yang sudah bosan dengan

segala janji manis BN.— Chong Chieng Jen (Pengerusi DAP Sarawak)

Page 6: 2 | MAC 2016 - roketkini.com BM_Mac_2… · Impian Malaysia . KINI DAP SUDAH ... semua pihak, termasuk Unit Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, ... memantau aktiviti pengguna

6 | MAC 2016

DAP Sarawak bela pemilik tanah adat KUCHING: DAP Sarawak telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung a d u a n p e m i l i k t a n a h H a k A d a t Bumiputera (NCR) yang tidak berpuas hati terhadap bayaran yang terlalu rendah kepada mereka melibatkan projek usaha sama pembangunan tanah NCR dengan agensi-agensi kerajaan negeri.

Menurut pengerusinya, Chong Chieng Jen, pemilik tanah yang terlibat dalam projek i tu hanya menerima purata RM90.79 sebagai bayaran dividen bagi setiap satu ekar setahun atau RM7.56 sebulan bagi setiap ekar.

“Se jak permulaan projek usaha sama tanah NCR pada 1994, sejumlah RM178.5 juta keuntungan dalam bentuk kewangan telah diagihkan kepada peserta projek.

“Jika kita tidak buat kajian, memang nampak pulangan yang diberikan besar, hakikatnya itu adalah jumlah keseluruhan untuk 10 tahun ,” katanya kepada pemberita di pejabat SPRM Sarawak baru-baru ini.

B e l i a u b e r k a t a , j i k a p u l a n g a n RM178.5 juta melibatkan keluasan 196,602 ekar itu dibahagikan kepada purata 10 tahun, ia bermakna pulangan

yang dibayar kepada pemilik projek usahasama terbabit hanya RM907.92 untuk satu ekar bagi tempoh 10 tahun atau hanya RM90.79 seekar dalam setahun.

Katanya, wujud perbezaaan yang sangat ketara antara purata keuntungan syarikat perladangan dan bayaran rendah kepada pemilik tanah terbabit.

“Keuntungan kasar purata syarikat perladangan kelapa sawit seekar untuk setahun bagi tempoh 11 tahun lalu sekitar RM1,666.84 juta.

“Jika kita bandingkan angka ini dengan hasi l syar ikat perladangan

kelapa sawit, ia jelas sangat sedikit. Kami mengesyaki wujudnya penyalahgunaan, ketirisan malah rasuah dalam projek usaha sama ini,” ujarnya.

B e l i a u m e n e g a s k a n b a h a w a tanah NCR masyarakat Dayak telah dieksploitasi untuk kepentingan syarikat-syarikat kroni.

Turut hadir sama di majlis itu ialah ADUN Pending, Violet Yong, Naib Pengerusi DAP Sarawak, Leon Jimat Donald, aktivis Dayak Richard Lias, Frankie Bedindang , Douglas Alau dan Setiausaha Publisiti DAPSY Petra Jaya, Abdul Aziz Isa.

Jangan tanding guna logo BN jika berjuang demi Sarawak, kata Guan Eng kepada Adenan

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dicabar supaya tidak menggunakan logo Bar i san Nas iona l da lam pilihanraya negeri akan datang jika beliau benar-benar berjuang untuk rakyat Sarawak.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata oleh kerana Adenan pernah memberi amaran kepada Kerajaan Pusat BN supaya tidak mengambil kesempatan ke atas Sarawak, beliau sepatutnya jangan bertanding di bawah simbol BN.

“Gunakan simbol parti anda sendiri. Jika tidak ia membuktikan Adenan hanya cakap-cakap saja,” katanya di satu majlis di sini baru-baru ini.

Beliau juga yakin bahawa BN Sarawak hanya boleh berubah jika pengundi mampu menafikan majoriti dua pertiga Adenan serta BN Sarawak.

Menurutnya, Adenan hanya p a n d a i c a k a p t e t a p i g a g a l melaksanakannya, termasuk apabila membiarkan Sarawak dilayan sama seperti negeri-negeri lain di dalam sebuah negara sedangkan Sarawak adalah satu daripada tiga entiti (termasuk Sabah dan Semenanjung) yang membentuk Persekutuan Malaysia.

“Untuk mengukuhkan Sarawak, pengundi perlu beritahu mereka (BN) yang mereka boleh kalah.

“J ika anda biarkan Adenan menang besar, dia akan bersama-sama Najib. Dia tidak akan berani lawan Kerajaan Persekutuan,” katanya merujuk kepada Adenan yang dikatakan tunduk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

FOKUS P IL IHANRAYA SARAWAK

DAP Betong lancar jentera pilihanraya negeri N.36 Layar

BETONG: DAP cawangan Betong telah melancarkan jentera pilihanraya N.36 Layar bagi menghadapi PRN Sarawak.

Seramai 30 ahli hadir di majlis tersebut yang turut dihadiri oleh NaibPengerusi DAP Sarawak, Leon Jimat Donald dan tetamu khas Penolong Setiausaha Publisiti DAPSY Kebangsaan, Rajiv Rishyakaran.

Menurut Leon, DAP yang akan bertanding di N.36 Layar berhadapan mungkin diterajui oleh Setiausaha Politik kepada Pengerusi DAP Sarawak, Gerald Roger Anding.

Katanya, Gerald telah menunjukan prestasi yang baik kerana banyak isu semasa yang dibangkitkannya sejak mengetuai cawangan DAP Betong telah pun diambil tindakan positif oleh pihak yang bertanggungjawab.

G e r a l d b e r k a t a , b e l i a u t u r u t membangkitkan isu pusat pelupusan sampah, terminal bas, dan jalan raya yang akhirnya diselesaikan oleh pihak berkuasa.

Kini kerja pengubahsuaian tamu RGC-Mid Layar kepada RTC Mid-Layar sedang giat dilakukan oleh kerajaan dengan peruntukan RM3 juta,s etelah isu itu dibangkitkan oleh DAP Betong, tambah beliau.

Menurutnya, Tan Sri Alfred Jabu

yang telah menjadi wakil rakyat di DUN Layar selama 9 penggal kini tidak lagi diterima lagi oleh rakyat Betong kerana mengamalkan kronisme yang menyebabkan pembangunan di Betong tidak sampai secara adil kepada rakyat.

“Inilah peluang untuk rakyat menolak pemerintahan Barisan Nasional yang telah melaksanakan GST yang telah membebankan masyarakat luar bandar.

“Dengan peningkatan kos sara hidup dan harga komoditi seperti kelapa sawit dan getah yang jatuh, pengurusan dan keborosan Barisan Nasional yang lemah menunjukan mereka tidak peka dan perihatin kepada masyarakat luar bandar,” ujar beliau.

Sementara itu, usaha gigih projek Impian Sarawak kendalian DAP di Betong semakin membuahkan hasil apabila masyarakat setempat khasnya golongan muda melihat parti itu sebagai pilihan terbaik masa ini.

Baru-baru ini sahaja, kira-kira 30 anak muda etnik Dayak dari enam rumah panjang menjadi ahli DAP Betong dan bergiat aktif menyertai politik, sekaligus membuktikan pelbagai inisiatif Impian Sarawak ‘melembutkan’ hati rakyat Betong.

Bagi masyarakat setempat, peluang

ekonomi untuk orang muda di Betong sangat terhad sekalipun Timbalan Ketua Menteri Sarawak selama 30 tahun, Tan Sri Alfred Jabu Numpang, berasal dari kawasan itu.

Gerald berkata, sokongan itu berikutan dasar BN sangat bermasalah kerana gabungan parti itu tidak berkongsi hasil lumayan yang dikaut daripada kekayaan sumber semula jadi di Sarawak, dengan rakyat.

“ H a n y a p i h a k b e r k e p e n t i n g a n termasuklah kroni BN saja mendapat keuntungan, rakyat biasa tak dapat apa-apa dan dibiar terus hidup miskin.

“Nampaknya, anak muda Betong mulai sedar tentang kegagalan BN membela rakyat lantas menyertai DAP bagi membawa perubahan positif kepada kawasan itu,” katanya.

Anak muda Betong mulai sedar tentang

kegagalan BN membela rakyat lantas

menyertai DAP bagi membawa perubahan

positif kepada kawasan itu.

— Gerald Roger Anding (Setiausaha Politik kepada Pengerusi DAP Sarawak)

Page 7: 2 | MAC 2016 - roketkini.com BM_Mac_2… · Impian Malaysia . KINI DAP SUDAH ... semua pihak, termasuk Unit Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, ... memantau aktiviti pengguna

MAC 2016 | 7

SPR patut benarkan rakyat Sarawak jadi pengundi posKUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) perlu membenarkan rakyat Sarawak yang tinggal dan bekerja di luar Bumi Kenyalang untuk mengundi sebagai pengundi pos pada pilihan raya negeri akan datang.

Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming berkata pengerusi baharu SPR perlu berbuat demikian kerana kos perjalanan untuk pulang mengundi meningkat.

“Begitu juga kos makanan. Ia sangat mahal terutama bagi mereka dari Kuala Lumpur, Johor Bahru, Singapura dan Kota Kinabalu yang mahu pulang mengundi ke kawasan seperti Kapit, Hulu Rejang dan Bakelalan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Pengarah Strategi Pilihan Raya DAP itu berkata demikian ketika mengulas pelantikan Pengarah SPR baharu, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah menggantikan Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang berkuat kuasa baru-baru ini.

S P R m e n g a t a k a n i a a k a n m e m i n t a peruntukan RM181 juta untuk pilihan raya Sarawak akan datang, dua setengah kali ganda daripada jumlah RM78 juta yang dibelanjakannya pada 2011 kerana peningkatan kos sewa kenderaan, makanan dan lain-lain.

Pengundi, kata Kian Ming, terutama yang bekerja di Sabah, Semenanjung Malaysia dan

Singapura harus dibenarkan menjadi pengundi pos kerana kos semakin meningkat dan mereka tidak patut dipaksa pulang ke Sarawak seperti pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Pada PRU13, rakyat Sarawak (juga seluruh Malaysia) tinggal di luar Malaysia dan Singapura dibenarkan mendaftar sebagai pengundi pos.

“Pilihan sama perlu disedia untuk pengundi Sarawak supaya mereka dapat membuang undi di pejabat SPR berdekatan di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan juga kedutaan Malaysia di Singapura beberapa hari sebelum hari mengundi tiba.

“Dan seperti semasa PRU13, undian mereka dikira sebagai undi pos dan dibawa pulang ke kawasan masing-masing untuk dikira pada hari mengundi,” katanya.

Kian Ming berkata, cadangan itu perlu dipandang berat supaya dapat mengurangkan beban kewangan dihadapi pengundi yang terpaksa membuat perjalanan mahal bagi pulang mengundi.

“ C a d a n g a n i t u b u k a n l a h b a h a r u . Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya yang ditubuh pada 2011 pernah menyenarainya sebagai salah satu cadangan dalam laporan akhir pada 2012,” katanya.

DAP Sarawak ada 60 peratus ahli Dayak, tetap parti untuk rakyat MalaysiaKUCHING: Momokan kononnya DAP sebagai ‘parti Cina’ terbukti hanya pembohongan berikutan majoriti ahli parti itu di Sarawak terdiri dari kalangan Bumiputera, mengatasi bilangan ahli keturunan Cina.

“Kira-kira 60 peratus ahli DAP di negeri itu diwakili etnik Dayak, Iban, Bidayuh, Orang Ulu manakala selebihnya keturunan Cina dan Melayu-Melanau,” kata Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen.

Beliau berkata demikian menjawab dakwaan Menteri Komunikasi dan Media, Datuk Seri Salleh Keruak dalam tulisan di blognya yang dipetik portal tempatan baru-baru ini mendakwa usaha DAP meletak lebih ramai calon Melayu tidak mengubah hakikat kononnya ia sebuah parti berasaskan kaum Cina.

Naib Pengerusi DAP Sarawak, Leon Jimat Donald pula berkata, kenyataan menteri itu menunjukkan perjuangan DAP semakin diterima termasuk dari kalangan masyarakat Dayak dan Melayu–Melanau, sekaligus menjadi mimpi ngeri kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Mereka mulai sedar betapa rakusnya pemimpin BN dan kroni mereka. Kini rakyat menerima DAP sebagai wadah perjuangan. Kesedaran itu mengugat kekuasaan BN di negeri ini yang selama ini dianggap ‘fixed deposit’ mereka.

“Tak timbul isu kaum di Sarawak. Rakyat tahu UMNO BN pentingkan kroni sahaja. Kenyataan Salleh Keruak cuba mengaburi rakyat tetapi pimpinan DAP berdisiplin, fokus, dedikasi dan teguh dengan prinsip,” katanya.

Ahli Jawatankuasa DAP Sarawak,

Mordi Bimol, berkata salah faham DAP hanya dilihat mewakili satu kaum berikutan dominasi populasi sesebuah kaum di bandar yang capaian maklumat lebih mudah berbanding luar bandar.

“Ini perang persepsi pihak lawan. Di Sarawak, sekitar 60 peratus ahli DAP terdiri dari masyarakat Dayak tetapi ia tidak bermakna DAP bertukar kepada ‘Dayak Action Party’. DAP tetap parti

untuk semua rakyat pelbagai kaum,” katanya.

Menurut Pengerusi DAP Betong, Gerald Anding, beliau percaya DAP mudah diterima masyarakat Dayak kerana komitmen dan perjuangannya untuk semua kaum sebaliknya BN menggunakan sentimen perkauman untuk menakut-takutkan rakyat.

Setiausaha Publisiti DAPSY Petra Jaya, Abdul Aziz Isa, pula menyifatkan dakwaan menteri UMNO itu menunjukkan BN

semakin tertekan dan bimbang terhadap penerimaan pelbagai lapisan masyarakat yang makin selesa terhadap DAP.

“Adakah tugas Menteri Komunikasi, Penerangan dan Multimedia untuk menyebarkan propaganda semangat perkauman kepada masyarakat?

“Ini menunjukkan BN semakin takut dan sudah tentu penerimaan masyarakat majmuk kepada DAP memberi kesan positif kepada perkembangan parti,” katanya.

FOKUS P IL IHANRAYA SARAWAK

Lagi profesional Dayak sertai DAP, status quo BN Sarawak tergugatKUCHING: DAP Sarawak terus mencipta sejarah dengan kemasukan golongan profesional Dayak anak negeri itu.

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen, berkata perjuangan DAP yang konsisten mengangkat isu dan hak rakyat tanpa mengira kaum dan agama menjadi dorongan utama mereka memilih DAP sebagai wadah perjuangan.

“Sejak sekian lama BN berusaha keras mengaitkan DAP sebagai sebuah ‘parti Cina’. Namun dalam tempoh dua tahun ini, 60 peratus keanggotaan DAP di Sarawak adalah dari masyarakat Dayak. Kita mempunyai lebih ramai ahli Dayak berbanding ahli orang Cina,” katanya.

Pada kenyataan media, beliau berkata, DAP Sarawak akan terus menyuarakan isu yang memberi kesan kepada semua kaum dan berjuang untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan budaya.

“Antara yang kita akan suarakan ialah isu ekonomi seperti GST, penurunan nilai ringgit, peningkatan kos sara hidup, peluang ekonomi yang makin berkurang dan isu pendidikan yang memberi kesan kepada masyarakat Dayak dan Melayu, begitu juga masyarakat Cina,” katanya.

Majlis penerimaan keanggotaan DAP dari golongan professional berlangsung di Pusat Khidmat Miri Piasau dekat sini, baru-baru ini.

Antara yang menyerahkan borang keanggotaan ialah, Ellison Ludan (mantan pensyarah Maktab Perguruan Miri & Curtin University), Musa Dinggat (Peguam di Bintulu), Christopher Sawan (Peguam di Brunei dan Miri), Anselm Diye (Jurulatih Eksekutif Senior di Petronas kini dalam program PhD), Ketua Kampung Estel Ak Simpo (pesara ahli farmasi) dan beberapa Tuai Rumah.

Ia tidak bermakna

DAP bertukar kepada ‘Dayak Action Party’.

DAP tetap parti untuk

semua rakyat pelbagai kaum.

— Mordi Bimol (Ahli Jawatankuasa DAP Sarawak)

Page 8: 2 | MAC 2016 - roketkini.com BM_Mac_2… · Impian Malaysia . KINI DAP SUDAH ... semua pihak, termasuk Unit Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, ... memantau aktiviti pengguna

8 | MAC 2016

ULANGTAHUN KE-50 DAP

DAP DIDAFTARKAN pada 18 Mac 1966 sebagai sebuah parti yang berpegang kepada ideologi sosialis demokratik, iaitu sosialisme jalan Parlimen, dan bukannya revolusi atau pemberontakan.

DAP mendapat keputusan cemerlang dalam pilihanraya umum 1969 tetapi rusuhan kaum 13 Mei yang berlaku selepas pilihanraya memberi alasan kepada kerajaan Perikatan untuk mengisytiharkan darurat. Para pemimpin DAP dipersalahkan dan menjadi mangsa tahanan ISA walau tiada sebarang bukti untuk tuduhan tersebut.

Apabila Barisan Nasional (dahulu dikenali sebagai Perikatan) ditubuhkan pada 1973, banyak parti pembangkang termasuk PAS, Gerakan dan PPP menyertainya. DAP tetap meneruskan perjuangan dalam barisan pembangkang kerana tidak bersetuju dengan gagasan BN yang meneruskan dasar Perikatan yang berasaskan kaum, ditambah pula dengan dominasi UMNO yang berteraskan ketuanan

kaum.Selepas 1969, DAP sukar mendapat

kejayaan dalam pilihanraya kerana politik perkauman dan dasar pecah perintah BN rakyat takut untuk membuat perubahan. Di kalangan pembangkang itu, isu kaum serta bahasa dan agama menjadikan mereka sukar mencapai kata sepakat. Menyedari hakikat ini, DAP sentiasa membuka pintu kepada mana-mana parti yang mempunyai persamaan perjuangan untuk bekerjasama.

Koalisi pertama berjaya ditubuhkan bagi menghadapi pilihanraya 1990 apabila DAP berpakat dengan Parti Semangat 46 untuk menubuhkan Gagasan Rakyat. DAP mendapat keputusan cemerlang dalam pilihan raya 1990, terutamanya dengan sokongan pengundi-pengundi kawasan bandar yang ingin membawa perubahan kepada negara.

Bagaimana pun, DAP kalah teruk pada pilihanraya umum 1995 kerana gabungan pembangkang telah berpecah akibat fitnah melalui media kawalan BN serta kerana rakyat telah terpedaya dengan propaganda “kebangkitan ekonomi” Mahathir yang kemudian terbukti hanya bersifat “ekonomi buih” yang mengakibatkan krisis ekonomi paling buruk dalam sejarah Malaysia pada

akhir 1997.Krisis ekonomi ciptaan BN member

peluang kepada DAP untuk kembal i menjelaskan kepada rakyat perjuangan untuk menegakkan keadilan dan menentang rasuah. Apabila Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memecat timbalannya Anwar Ibrahim serta menahannya tanpa bicara di bawah ISA pada akhir tahun 1998, telah bangkit kebangkitan rakyat dengan laungan “Reformasi”.

Dalam pilihan raya umum 1999, DAP bersepakat dengan PAS, PKR dan PRM untuk membentuk Barisan Alternatif dalam percubaan untuk memecahkan hegemoni politik BN yang memerintah melalui cara yang tidak demokratik dan menindas hak asasi rakyat Malaysia sewenang-wenangnya, hanya kerana mereka memperoleh majoriti dua pertiga Parlimen.

BA t idak mendapat kejayaan yang d i h a r a p k a n k e r a n a B N s e k a l i l a g i menggunakan manipulasi media untuk menyamakan gerakan reformasi Malaysia dengan demonstrasi di Indonesia yang telah menumpahkan darah. Rakyat sekali lagi dikelirukan melalui kawalan media dan kempen menakutkan pengundi oleh BN.

SEKUMPULAN RAKYAT MALAYSIA yang berpegang kepada pr ins ip “Malaysian Malaysia” – hak dan p e l u a n g s a k s a m a u n t u k s e t i a p warganegara tanpa mengira kaum dan agama – telah duduk berbincang untuk menubuhkan sebuah parti politik. Setelah berbincang, mereka mengemukakan permohonan untuk menubuhkan sebuah part i yang bernama Parti Tindakan Demokratik

(DAP) yang diajukan kepada Pendaftar Pertubuhan pada 10 Oktober 1965.

Mereka terpaksa menunggu selama enam bulan sebelum permohonan diluluskan. Tetapi proses menunggu itu tidak disia-siakan begitu sahaja. Apabila kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rahang di Negeri Sembi lan yang d imenangi o leh Perikatan dalam pilihanraya umum 1964 dikosongkan, salah seorang pengasas parti, Dr Chen Man Hin bertanding sebagai calon bebas pada 11 Disember 1965. Beliau mencatatkan kemenangan besar dalam pilihan raya kecil (PRK) itu dengan memperolehi 3,576 undi iaitu majoriti 1,538 undi dalam pertandingan tiga penjuru di mana Perikatan mendapat 2,038 dan Front Sosialis 1,231 undi. Ini bererti kejayaan pertama DAP sebelum d i lu luskan pendaf taran ada lah kemampuannya merampas kerusi milik Perikatan.

Secebis sejarah DAP

A P A B I L A D I L U L U S K A N pendaftarannya pada 1966, antara matlamat perjuangan DAP yang digariskan atas landasan Malaysia Untuk Rakyat Malaysia adalah:• Ber juang menerus i cara-cara

berperlembagaan dalam menubuhkan satu masyarakat bercorak sosialisme demokratik di Malaysia;

• Memajukan dan melindungi kekuatan dan kemerdekaan negara Malaysia;

• Memel ihara negara Malays ia yang demokratik berasaskan hak mengundi dewasa sejagat rakyat

Malaysia; • Menghapuskan ketidakseimbangan

ekonomi dan peluang dalam sistem sedia ada; menubuhkan satu susunan ekonomi yang memberikan peluang pekerjaan kepada seluruh rakyat dan pulangan ekonomi setimpal dengan usaha dan kemahiran mereka; memastikan kehidupan yang memuaskan dan keselamatan sosial kepada golongan tua dan kurang upaya; dan

• Menyemai semangat perpaduan negara, bermaruah dan berdikari di kalangan rakyat Malaysia dan menggalakkan mereka dengan perasaan untuk berikhtiar dalam mewujudkan satu masyarakat yang makmur, stabil dan saksama.

Kenangan penubuhan

parti

IDEOLOGI SOSIALISME DEMOKRATIK yang menjadi pi l ihan DAP adalah fenomena semasa pancaroba 1960-an di mana ideologi sosial is yang mencerminkan per juangan rakyat menentang penjajah dan kapitalisme telah menjadi pilihan semasa. Namun sebagaimana ideologi dan kepercayaan politik lain, sosialisme mempunyai pelbagai lapisan serta mazhab – daripada komunisme kepada demokrasi sosial.

Yang menjadi pilihan DAP adalah sosialisme sederhana yang bersifat anti-komunis dan anti-kapitalis serta menolak pengaruh kuasa-kuasa besar dunia pada masa itu, terutamanya blok Barat dan Timur.

Dalam tahun-tahun 1960-an, Parti Buruh dan Parti Rakyat menganut ideologi kiri sosialisme yang mirip dengan komunisme manakala Parti Gerakan yang muncul pada akhir 1960-an pula hampir sama dengan sosialisme sederhana DAP walau pun pada mulanya ia menolak gagasan kepelbagaian kaum, agama dan masyarakat, sebaliknya mengusulkan konsep satu negara, satu bahasa, satu budaya yang ditolak oleh DAP.

Pada 2006, sempena ulang tahun DAP ke-40 , part i te lah meminda perlembagaannya untuk bersifat lebih terbuka dengan menukar sosialisme demokratik kepada sosial demokrasi yang menerima sistem pasaran tanpa mengorbankan hak dan peluang rakyat berpendapatan rendah serta miskin.

Yang tidak diubah ialah pendirian DAP dalam soal peluang saksama. Ini ditekankan dalam slogan baru DAP “Utamakan Rakyat Malaysia”, satu pendekatan untuk mencapai matlamat perpaduan nasional dan kemakmuran ekonomi untuk semua. Utamakan Rakyat Malaysia bagi DAP adalah satu jati diri Bangsa Malaysia yang berasaskan prinsip keadilan, demokrasi, kebebasan, integriti dan harga diri.

Apa itu“sosialisme”?

Matlamat asalperjuangan

Page 9: 2 | MAC 2016 - roketkini.com BM_Mac_2… · Impian Malaysia . KINI DAP SUDAH ... semua pihak, termasuk Unit Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, ... memantau aktiviti pengguna

MAC 2016 | 9

akhir 1997.Krisis ekonomi ciptaan BN member

peluang kepada DAP untuk kembal i menjelaskan kepada rakyat perjuangan untuk menegakkan keadilan dan menentang rasuah. Apabila Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memecat timbalannya Anwar Ibrahim serta menahannya tanpa bicara di bawah ISA pada akhir tahun 1998, telah bangkit kebangkitan rakyat dengan laungan “Reformasi”.

Dalam pilihan raya umum 1999, DAP bersepakat dengan PAS, PKR dan PRM untuk membentuk Barisan Alternatif dalam percubaan untuk memecahkan hegemoni politik BN yang memerintah melalui cara yang tidak demokratik dan menindas hak asasi rakyat Malaysia sewenang-wenangnya, hanya kerana mereka memperoleh majoriti dua pertiga Parlimen.

BA t idak mendapat kejayaan yang d i h a r a p k a n k e r a n a B N s e k a l i l a g i menggunakan manipulasi media untuk menyamakan gerakan reformasi Malaysia dengan demonstrasi di Indonesia yang telah menumpahkan darah. Rakyat sekali lagi dikelirukan melalui kawalan media dan kempen menakutkan pengundi oleh BN.

Selepas pilihan raya 1999, BA mengalami masalah dalaman apabila ada pihak dalam PAS yang mendesak mahu menubuhkan Negara Islam – satu idea yang dianggap tidak sesuai dengan sifat majmuk negara Malaysia – dan ini memaksa DAP menarik diri daripada gabungan tersebut dua tahun kemudian. Kesan daripada itu menyebabkan pembangkang mengalami kekalahan teruk dalam pilihanraya umum 2004.

Selain isu Negara Islam, DAP juga gagal mencatat kemenangan yang baik kerana pengundi terpengaruh dengan janji-janji Abdullah Ahmad Badawi yang menggantikan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Tetapi setelah dua tahun, terbukti Abdul lah hanya pandai cakap tanpa membuktikan apa-apa pembaharuan. Berlaku pelbagai masalah seperti rasuah, ketirisan, kebocoran dan salah guna kuasa yang menyebabkan rakyat marah kepada kerajaan BN.

Dalam pilihanraya umum 2008, satu senario politik baru telah muncul di Malaysia di mana kongkongan BN ke atas majoriti dua pertiga di Parlimen akhirnya dinafikan. Kuasa di lima negeri bertukar tangan – Pulau Pinang yang kini dipimpin oleh seorang Ketua

Menteri DAP serta Perak (dirampas secara haram oleh BN setahun kemudian), Selangor, Kedah dan Kelantan berada di bawah pentadbiran baru.

K e p u t u s a n p i l i h a n r a y a i n i t e l a h menyaksikan penubuhan Pakatan Rakyat oleh tiga parti iaitu DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS – yang berjaya menguasai 82 dari 222 kerusi Parlimen.

Pilihanraya umum 2013, DAP terus mencatatkan kejayaan gemilang. Malah Pakatan Rakyat mendapat undi popular 51% yang sepatutnya melayakkannya menjadi kerajaan, namun kerana sistem pemsempadanan semula yang tidak adil, BN mengekalkan majoriti kerusi Parlimennya. Pakatan memperolehi 89 kerusi manakala BN 133.

Oleh kerana PAS masih gagal menjadi parti dominan dalam Pakatan, sebilangan pemimpinnya mula didekati UMNO, dan akhirnya ada antara mereka yang berjaya dipujuk untuk melanggar dasar bersama Pakatan Rakyat. Apabila PAS menuntut untuk melaksanakan hudud yang tidak pernah dipersetujui bersama, ia membuka jalan menamatkan riwayat Pakatan Rakyat.

Pada Jun 2015, muktamar PAS meluluskan

usul memutuskan hubungan dengan DAP di semua peringkat. Sehubungan itu, DAP menerimanya sebagai pengisytiharan PAS untuk mematikan Pakatan Rakyat.

B e r i k u t a n i t u , P A S m e n g a l a m i perpecahan apabila sekumpulan pemimpin dan penyokongnya keluar parti untuk menubuhkan Parti Amanah Negara. Pada September 2015, Amanah bersama DAP dan PKR bersetuju menubuhkan Pakatan Harapan.

Pada Januari 2016, Pakatan Harapan mengadakan persidangan pimpinan untuk mengisytiharkan usaha menghasilkan satu dasar bersama bagi memastikan perpecahan yang berlaku kepada Pakatan Rakyat tidak berulang lagi, serta mengukuhkan perjuangan menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Bagi DAP, pimpinan dan ahli akar umbi sedar betapa pentingnya untuk bekerjasama tanpa mengorbankan prinsip asas serta ideologi sosial demokrasi (yang dipinda pada 2006 untuk meluaskan lagi skop perjuangan parti) dan usaha Impian Malaysia yang menolak perkauman dan memupuk persaudaraan.

IDEOLOGI SOSIALISME DEMOKRATIK yang menjadi pi l ihan DAP adalah fenomena semasa pancaroba 1960-an di mana ideologi sosial is yang mencerminkan per juangan rakyat menentang penjajah dan kapitalisme telah menjadi pilihan semasa. Namun sebagaimana ideologi dan kepercayaan politik lain, sosialisme mempunyai pelbagai lapisan serta mazhab – daripada komunisme kepada demokrasi sosial.

Yang menjadi pilihan DAP adalah sosialisme sederhana yang bersifat anti-komunis dan anti-kapitalis serta menolak pengaruh kuasa-kuasa besar dunia pada masa itu, terutamanya blok Barat dan Timur.

Dalam tahun-tahun 1960-an, Parti Buruh dan Parti Rakyat menganut ideologi kiri sosialisme yang mirip dengan komunisme manakala Parti Gerakan yang muncul pada akhir 1960-an pula hampir sama dengan sosialisme sederhana DAP walau pun pada mulanya ia menolak gagasan kepelbagaian kaum, agama dan masyarakat, sebaliknya mengusulkan konsep satu negara, satu bahasa, satu budaya yang ditolak oleh DAP.

Pada 2006, sempena ulang tahun DAP ke-40 , part i te lah meminda perlembagaannya untuk bersifat lebih terbuka dengan menukar sosialisme demokratik kepada sosial demokrasi yang menerima sistem pasaran tanpa mengorbankan hak dan peluang rakyat berpendapatan rendah serta miskin.

Yang tidak diubah ialah pendirian DAP dalam soal peluang saksama. Ini ditekankan dalam slogan baru DAP “Utamakan Rakyat Malaysia”, satu pendekatan untuk mencapai matlamat perpaduan nasional dan kemakmuran ekonomi untuk semua. Utamakan Rakyat Malaysia bagi DAP adalah satu jati diri Bangsa Malaysia yang berasaskan prinsip keadilan, demokrasi, kebebasan, integriti dan harga diri.

Apa itu“sosialisme”?

PertahankanPerlembagaanPersekutuan:Iltizam partiPada 2012, persidangan kebangsaan DAP meluluskan sebulat suara Deklarasi Shah Alam yang antara lain berhasrat untuk menjalin kerjasama yang dipacu melalui Jalan Tengah Malaysia yang menolak perkauman dan ekstremisme. Ia juga mengulangi komitmen DAP termasuk:

• Mempertahankan s i s tem Demokras i Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. DAP komited untuk menjunjung Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai undang-undang yang paling agung negara dan meluhurkannya dalam semangat Merdeka 1957 dan Perjanjian Malaysia 1963.

• Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra serta hak-hak kaum-kaum lain, seperti yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

• Memastikan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta kebebasan untuk mengamalkan agama-agama lain dengan aman dan damai, seperti yang termaktub dalam Artikel 3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan.

• Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan seperti yang termaktub d a l a m A r t i k e l 1 5 2 P e r l e m b a g a a n P e r s e k u t u a n , s e r t a m e n g g a l a k k a n penggunaan dan pengajian bahasa-bahasa ibunda lain untuk membentukkan masyarakat yang cemerlang dan berbilang bahasa.

• Memperjuangkan kebebasan rakyat yang terjamin dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, iaitu kebebasan untuk bersuara, berhimpun dan menubuh persatuan.

• Menghormati Perjanjian Malaysia 1963 serta hak-hak yang dimiliki oleh rakyat Sabah dan Sarawak.

Page 10: 2 | MAC 2016 - roketkini.com BM_Mac_2… · Impian Malaysia . KINI DAP SUDAH ... semua pihak, termasuk Unit Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, ... memantau aktiviti pengguna

10 | MAC 2016

SOALAN YANG ANDA MAHU TAHUTENTANG DAP TAPI MALU BERTANYA

Page 11: 2 | MAC 2016 - roketkini.com BM_Mac_2… · Impian Malaysia . KINI DAP SUDAH ... semua pihak, termasuk Unit Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, ... memantau aktiviti pengguna

MAC 2016 | 11

dibandingkan, negara Australia hanya mempunyai 21 orang Menteri Kabinet, sementara United Kingdom mempunyai 22. Di Malaysia, kita mempunyai 36 orang Menteri Kabinet, serta empat Wakil Khas dan empat Penasihat Khas yang bertaraf menteri. Ini bermaksud kita mempunyai 44 orang bertaraf menteri penuh, iaitu dua kali ganda negara Australia dan United Kingdom. Adakah ini kerana kita memerlukan dua orang menteri untuk melakukan kerja seorang menteri?

Pada masa yang sama, rakyat Malaysia tidak boleh menerima potongan besar dalam sektor pendidikan sedangkan pada masa yang sama, rasuah, ketirisan dan skandal kewangan melimpah ruah. Berpuluh-puluh bilion ringgit sudah pun terbazir melalui skandal besar seperti 1MDB, Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan skandal Forex Bank Negara, sekadar menamakan beberapa contoh. Menurut laporan terbaru pemerhati kewangan Global Financial Integrity yang diterbitkan bulan lalu, Malaysia kehilangan sejumlah USD48.25 bilion pada tahun 2013 sahaja melalui aliran keluar modal haram berpunca daripada pengelakan cukai, jenayah, rasuah, dan aktiviti haram lain.

Apabila RM500 juta boleh dibayar sebagai “komisyen” bagi pembelian kapal selam dan RM250 juta pinjaman mudah untuk tujuan penternakan lembu boleh diberikan kepada mereka yang tidak mempunyai pengalaman tetapi memiliki hubungan politik, tindakan kerajaan untuk menafikan peluang pelajar-pelajar cemerlang kita untuk melanjutkan pendidikan mereka dalam universiti terbaik dunia langsung tidak boleh diterima dan sungguh menghampakan.

IMPIAN RIBUAN ANAK MUDA lepasan sekolah berkecai ekoran pengumuman semakan semula Bajet 2016. Ini kerana mereka telah bertungkus lumus dalam penga j ian mereka demi mencapai keputusan cemerlang. Mereka telah banyak berkorban masa dan wang dengan harapan untuk meraih biasiswa kerajaan yang dijanjikan bagi meneruskan cita-cita mereka untuk belajar di universiti terbaik.

Malangnya, sekurang-kurangnya 2,436 pelajar akan kehilangan peluang mereka kerana keputusan kerajaan untuk mengurangkan program biasiswa JPA sebanyak 20 hingga 60 peratus.

Dalam kenyataan beliau, Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak tidak m e m b e r i g a m b a r a n k e s e l u r u h a n yang benar apabila mengisytiharkan bahawa kerajaan “telah bersetuju untuk meneruskan empat program biasiswa JPA untuk tahun 2016,” iaitu, Program Biasiswa Nasional, Program Khas Kejuruteraan ke Jepun, Korea, Jerman dan Perancis, Program Lepasan Bursary dan Program Ijazah Pertama dalam Negara.

Walaupun benar bahawa empat program ini akan diteruskan, Perdana Menteri gagal mendedahkan bahawa semua program ini akan dipotong dengan ketara berbanding peruntukan tahun lepas, seperti yang dinyatakan dalam jadual di bawah.

K e p u t u s a n m e n g u r a n g k a n keempat-empat program biasiswa JPA sebanyak 20 hingga 60 peratus sangat mendukacitakan. Hakikatnya, jumlah wang yang diperuntukkan bagi biasiswa JPA dalam Bajet 2016 adalah tidak banyak – hanya RM1.65 bilion, itu pun setelah dikurangkan daripada RM1.93 bilion bagi tahun 2015.

Dengan jumlah peruntukan sebanyak RM20.3 bilion untuk Jabatan Perdana Menteri (JPM), masakan dana tidak boleh

disalurkan daripada JPM bagi membiayai biasiswa JPA? Lagipun, Najib telah membuktikan betapa senangnya beliau boleh memperolehi wang derma sebanyak RM2.6 bilion, iaitu jauh lebih banyak daripada yang diperlukan untuk membiayai pengajian pelajar-pelajar cemerlang negara kita.

Dalam pada i tu , j ika kekangan kewangan merupakan alasan utama bagi keputusan ini, maka ia sebenarnya membuktikan kegagalan kepimpinan Najib untuk menguruskan ekonomi dan kewangan negara dengan baik.

Meskipun kita tidak menafikan faktor-faktor luaran seperti kejatuhan harga minyak dunia, kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat dan kelembapan ekonomi China sebagai sebab-sebab permasalahan ekonomi yang dihadapi negara kita, namun pelbagai pakar ekonomi termasuk Bank Negara sendiri pernah mengenalpasti skandal wang derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri serta hutang 1MDB yang masih tidak selesai dengan sepenuhnya sebagai antara punca kehilangan keyakinan pelabur dalam negara k i ta , lantas menyumbang kepada kejatuhan ketara nilai matawang ringgit. Adakah ini yang diuar-uarkan sebagai “Najibnomics?”

Justeru, daripada memangsakan pelajar-pelajar kita, kerajaan seharusnya terlebih dahulu mengatasi segala ketirisan dan salah tadbir yang merugikan negara kita. Sebagai contoh, Bajet Pakatan Harapan Alternatif 2016 menganggarkan bahawa penjimatan kira-kira RM30 bilion atau lebih 10 peratus daripada Belanjawan Persekutuan boleh dicapai hanya dengan memperkenalkan dasar-dasar perolehan yang lebih telus seperti tender terbuka, menghapuskan monopoli tidak kompetitif dan mengurangkan amalan rent-seeking.

Antara pemotongan lain yang boleh dibuat adalah dengan mengurangkan peruntukan JPM yang kian melampau. P a d a t a h u n 2 0 0 6 , J P M h a n y a diperuntukkan RM4.26 bilion, dan dalam masa 10 tahun angka ini sudah digandakan lima kali kepada RM20.30 bilion. Apakah perlunya peruntukan yang begitu besar dalam tangan Perdana Menteri?

Tambahan kepada i tu , b i langan menteri dan timbalan menteri kita sudah berjumlah hampir 70 orang sekarang. Jika

Tindakan kerajaan untuk

menafikan peluang pelajar

cemerlang kita untuk

melanjutkan pendidikan

mereka dalam universiti

terbaik dunia langsung tidak boleh diterima

dan sungguh meng-

hampakan.

biasiswa pendidikan pula jadi mangsaOleh ZAIRIL KHIR JOHARI

* Zairil Khir Johari merupakan Ahli Parlimen Bukit Bendera

Rasuah berleluasa,

RENCANA

JUMLAH2015

11,4002016

8,964

Page 12: 2 | MAC 2016 - roketkini.com BM_Mac_2… · Impian Malaysia . KINI DAP SUDAH ... semua pihak, termasuk Unit Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, ... memantau aktiviti pengguna

12 | MAC 2016

ketika itu memberitahu orang Cina bahawa lebih baik menari menggunakan simbol negara, Harimau berbanding Singa.

Dalam contoh seterusnya, saya tidak berniat menyamakan agama dengan sistem persekolahan. Tetapi dalam politik identiti, Islam diuar-uarkan selepas 13 Mei kerana Muslim merasakan keperluan psikologi untuk ada identiti jelas untuk berdepan dengan bukan Melayu. Begitu juga dengan orang Cina yang berhimpun demi sekolah Cina kerana merasakan identiti mereka bakal dinafikan.

Tetapi hari ini, kebanyakan Muslim memang mengamal agama mereka dan ada pula menghabiskan banyak masa mempelajarinya. Seperti itu juga, 90 peratus orang Cina mempunyai pendidikan Cina sekurang-kurangnya untuk beberapa tahun. Keadaan berbeza pada masa ini.

Adakah masyarakat merasakan identiti mereka terancam? Jawapan saya ialah ‘ya’ dan ‘tidak’. Jika garis tempur diukur melalui ‘Muslim vs bukan-Muslim’, semua orang akan memasang antena defensif. Mustahil untuk sebarang hinaan tidak dibalas dengan apa-apa reaksi.

Jadi apabila UMNO menghunus keris atau Perkasa melakukan perkara-perkara kurang cerdik, semua kaum bukan-Melayu rasa dihina. Itulah masalahnya apabila kita membenarkan diri masuk ke dalam mod “pantang dicabar”.

Tetapi DAP perlu sangat jelas tentang perkara ini. Kita tidak harus bermain ‘permainan’ mereka. Kita mesti jaga adab dan tertib, kita mesti pimpin penyokong kita agar jadi menjaga adab dan tertib, dan bawa mereka keluar dari menilai dari profail perkauman.

Ketiga, di manakah orang Melayu?

Kadang-kala, saya dapati ahli politik pembangkang Melayu sendiri yang memandang orang Melayu sebagai mundur, kampungan dan emosional. Setiap kali saya dengar sesiapa mengaitkan Melayu dengan perkataan ‘kampung’, saya fikir orang itu tidak hidup dalam realiti.

Sebi langan besar orang Melayu tinggal di pusat bandar dan pekan di pinggir bandar. Sebilangan besar orang Melayu menggunakan telefon bimbit dan internet. Sebilangan besar orang Melayu menggunakan Whatsapp dan Facebook.

Penduduk luar bandar amatlah sedikit. Seperti orang Cina dari pekan kecil, walaupun mereka mendaftar undi di

KETIKA KRISIS BESAR melanda dalam semua aspek, Datuk Seri Najib Razak dan UMNO seperti sudah tiada harapan. Namun mereka boleh saja terus bertahan dengan mencipta “Insiden Low Yat” berulang kali untuk melagakan anak muda miskin dengan alasan perkauman — anak muda berbangsa Cina mana yang akan bekerja di kedai telefon bimbit untuk gaji tidak seberapa jika mereka kaya?

Bolehkah DAP melihat nasib yang dikongsi golongan 60 peratus golongan bawahan yang terdiri daripada anak muda Melayu dan Cina ini? Bolehkah kita nyatakan dengan jelas keinginan dan aspirasi mereka bawah satu nafas?

Soalan yang lebih penting lagi: Adakah kita benar-benar mengenali mereka? Adakah kita benar-benar mengenali siapakah orang Melayu itu? Apakah orang Melayu itu? Di manakah orang Melayu itu?

Sangat menyedihkan apabila ada antara kita melihat orang Melayu sebagai satu entiti dengan satu set watak karikatur. Sebagai contoh, kita tidak sedar kita sedang bersikap rasis apabila melihat kebanyakan Melayu sebagai polis, pegawai penguatkuasa, mat rempit, dan sebagainya.

Sama juga dengan hanya melihat orang Cina sebagai orang kaya dan ahli perniagaan yang sentiasa mahu menipu orang Melayu. Selepas 50 tahun, naratifnya tetap sama. Ini sangat menyedihkan.

Apabila berbicara tentang kaum, ada tiga perkara ingin saya kongsi.

Pertama, identiti boleh berubah bentuk dan tidak tetap.

Sehingga Perang Dunia Kedua tamat, kebanyakan etnik Melayu tidak memanggil diri mereka sebagai Melayu. Mereka pertama-tamanya mengaitkan diri mereka dengan tempat asal di Semenanjung atau kawasan daerah di Indonesia tempat mereka datang. Perkara sama juga untuk etnik Cina yang melihat diri mereka sebagai Hokkien, Hakka, Kantonis dan sebagainya.

Dari mula, DAP berhasrat melahirkan

sebuah Malaysia di mana setiap individu melihat diri sebagai rakyat Malaysia dahulu. Kita gelarnya Malaysia Untuk Rakyat Malaysia. Sementara itu, selepas 10 tahun menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memperkenalkan idea Bangsa Malaysia.

Kedua-dua idea ini ada sedikit-sebanyak persamaannya. Selama 14 tahun dari pelancaran Wawasan 2020 pada 1991 sehingga hari Hishamuddin Hussein menghunuskan kerisnya pada Julai 2005, Dr Mahathir telah menjadikan orang Amerika, Yahudi, Britain, Australia dan Singapura sebagai musuh, tetapi wacana tentang kaum tempatan masih tidak banyak kedengaran.

Saya selalu rasa lambaian keris dan peralihan UMNO kepada politik-sayap-kanan pada 2005 sebagai langkah politik paling bodoh dalam sejarah Malaysia. MCA, MIC dan Gerakan telah ‘mati’ sejak 2005. Jadi saya harap kita tidak hidupkan mereka semula.

Kedua, politik identiti datang bersama mekanisme defensif.

Seorang ahli antropologi Australia tiba di perkampungan Kristian di Indonesia di Kalimantan dan bingung melihat setiap upacara Kristian di kampung itu dijalankan dengan mengorbankan daging babi. Sebagai seorang Kristian, beliau keliru.

Hanya setelah berbulan kemudian selepas mengembara keluar dari kampung itu, beliau sedar ia satu mekanisme defensif. Kampung itu dikelilingi enam kampung Musl im. Daging babi i tu merupakan cara untuk orang Kristian membezakan diri mereka dengan orang Islam.

Etnik Cina di Malaysia, terutamanya g e n e r a s i s a y a , m e m b e s a r d e n g a n t a n g g a p a n b a h a w a T a r i a n S i n g a merupakan komponen terpenting budaya Cina. Saya baru sedar tiada negara lain di dunia termasuk China dan Taiwan, melihatnya sebegitu pada zaman itu.

Siapa yang menyebabkannya? Tan Sri Ghazali Shafie. Menteri Dalam Negeri

Oleh LIEW CHIN TONG

* Ucapan Liew Chin Tong, Pengarah Biro Pendidikan Politik DAP dan Ahli Parlimen Kluang ketika membawa usul dalam debat transformasi parti di Retreat Kepimpinan Kebangsaan DAP 2016

Tawaran baruuntuk Malaysia

RENCANA

Kita mesti jaga adab dan

tertib, kita mesti pimpin

penyokong kita agar jadi

menjaga adab dan tertib, dan bawa

mereka keluar dari menilai dari profail

perkauman.

Page 13: 2 | MAC 2016 - roketkini.com BM_Mac_2… · Impian Malaysia . KINI DAP SUDAH ... semua pihak, termasuk Unit Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, ... memantau aktiviti pengguna

MAC 2016 | 13

Biar saya beri dua contoh.Bagaimana mahu berurusan dengan

Proton dalam krisis akan datang? Respon termudah ialah matikan saja Proton. Tetapi bagaimana dengan pekerja di sana? Jawapan kita mungkin ‘Kerajaanlah yang harus menanganinya.’ Tapi kita juga tahu kerajaan Najib tidak mampu berfikir.

Jadi apa perlu kita lakukan? Sewaktu krisis, kita mahu pastikan setiap individu punyai pekerjaan.

Jadi, bolehkah kita jadikan Proton sebagai pengeluar bas dan bukannya kereta, dan jadikan Proton sebagai pusat penghasilan bas di Asia Tenggara (kerana ia belum diwujudkan)? Lagipun, ada terlalu banyak kereta di jalan raya pada hari ini. Kita ada 25 juta kenderaan (separuh daripadanya motosikal dan separuh daripadanya kereta penumpang).

Sewaktu krisis, rakyat tidak punyai wang untuk membayar ansuran kereta dan motosikal. Alternatifnya adalah bas. Kerajaan juga tidak perlu membina jalan raya memandangkan pasaran semakin perlahan. Jika jalan raya mahu dibina sekalipun, tidak ada sesiapa akan membiayainya.

Contoh lain adalah apa kita panggil sebagai perkhidmatan awam yang boroi. Selalunya kita akan katakan, kurangkan saja saiz perkhidmatan awam, tanpa memikirkan kehidupan kakitangan awam yang biasa.

Siapakah sebenarnya membazirkan leb ih banyak sumber? Bayangkan seorang kakitangan awam wanita tahap pertengahan menyara suaminya yang tidak dapat mencari pekerjaan dengan gaji berpatutan dengan empat anak kecil. Memecatnya semasa krisis bermakna memaksa enam orang kebuluran.

Lebih-lebih lagi, ini akan menyekat p e n g g u n a a n d o m e s t i k y a n g a m a t diperlukan pada waktu itu. Jika keluarga ini, dan kebanyakan keluarga lain tidak berbelanja, siapakah akan mengeluarkan wang untuk membeli? Jika tidak ada sesiapa menjadi pengguna, ekonomi runtuh lebih cepat.

Apa sepatutnya kita lakukan ialah mengurangkan kemewahan menteri, k o n t r a k p e n y u m b e r a n l u a r y a n g mengambil pekerja asing, dan hal-hal yang membazirkan nilai perolehan.

Baru-baru ini, apabila dilaporkan pelajar universiti kelaparan, respon serta-merta daripada pemimpin pendapat ialah: mengapa mereka terlalu banyak merungut,

atau mengapa mereka tidak cari kerja separuh masa? Bagi saya, ia reaksi tipikal kelas menengah.

Kita seolah-olah lupa bahawa kerja di kedai runcit, rangkaian makanan segera dan restoran semakin didominasi pekerja asing — tidak, saya tidak anti kepada mana-mana manusia mendapat kerja tetapi kita semua tahu kerja-kerja ini bergaji rendah yang menindas masyarakat tanpa diberi banyak pilihan. Dan, seperti kita semua tahu kerajaan tidak serius dengan gaji minimum.

Kalaupun pelajar kita dapat bekerja di sana, mereka dibayar tidak sepadan dengan masa dihabiskan untuk bekerja semasa belajar. Bayangkan seorang remaja lelaki atau perempuan berasal dari pekan kecil dan mempunyai ibu bapa bekas kakitangan yang bersara atau lebih teruk lagi, diberhentikan, dia tidak punyai apa-apa untuk menampungnya.

Ibu saya menjual tiket loteri di kawasan kurang setengah batu dari hotel ini sejak 1989. Bapa saya pernah menjadi pemandu bas mini dan pemandu teksi. Dalam dewan ini, ramai wakil kepimpinan kita datang dari latar belakang biasa, yang ibu bapa anda mungkin penjaja, peniaga kecil dan pekerja.

DAP dulu pernah, dan rasanya masih lagi, sebuah parti untuk golongan sebegini. Sudah semestinya kita bangga dengan warisan kita. Apa yang kita perlukan kini ialah empati dan solidariti untuk membina sebuah gabungan sosial yang jauh lebih besar.

Sekarang ada ramai penjaja, peniaga keci l dan peker ja dar ipada semua kaum, termasuk Melayu, India, Iban dan Kadazan. DAP harus menjadi wakil kepada semua rakyat Malaysia ini.

DAP mesti melangkaui kekangan masyarakat lama untuk menawarkan harapan baru kepada rakyat Malaysia. Tawaran Baru ini mesti dibina atas solidariti seluruh masyarakat Malaysia. Pada waktu krisis, kita mesti bersatu dan tidak berpecah.

Sehubungan itu, saya dengan ini mencadangkan usul bahas, iaitu DAP perlu berubah secara drastik dalam modus operandinya untuk menjadi parti yang lebih inklusif supaya pembangkang boleh menawan Putrajaya.

kawasan luar bandar, mungkin separuh daripada mereka tinggal di bandar atau pekan.

Jika anda pernah menghabiskan pagi anda di depan Ibu Pejabat Kebangsaan DAP, anda akan dapati yang bekerja di pasar Pudu lama itu majoritinya pekerja asing dan separuh daripada mereka, kalau bukan semua, pelanggannya adalah orang Melayu.

Orang Melayu, sama seperti orang lain, membuat pilihan politik rasional. Mereka bermaruah seperti individu lain. Kita mesti melayan setiap rakyat Malaysia sebagai warganegara yang matang dalam pendekatan kita.

Dan paling penting, kita mesti melihat keperluan asas setiap warga Malaysia. S e m u a m a h u k a n p e k e r j a a n y a n g baik, rumah lengkap, kesihatan baik, pengangkutan lancar, pendidikan baik, penghormatan, maruah.

Maka, kita mesti menetapkan agenda kita dan tidak membiarkan orang lain menetapkannya untuk kita. Bukan UMNO, bukan PAS.

Realiti pahit

Bayangkan seekor gajah, atau mana-mana haiwan besar lain, dirantai sejak kecil. Selepas sedekad atau dua bila rantainya dibuka, gajah itu akan hadapi kesukaran bergerak secara bebas . Memandangkan ia sudah dirantai untuk jangka masa panjang, ia tidak tahu bagaimana caranya menikmati kebebasan yang baru diperoleh.

Inilah cerminan masyarakat kita. Untuk berdekad lamanya kita ‘dipaksa’ menerima bahawa pemisahan kaum dan agama itu adalah fitrah. Kita tidak terlalu mengenali satu sama lain. Pengetahuan kita tentang jiran kita bersandarkan prejudis dan stereotaip negatif, digalakkan pula oleh kerajaan. Oleh itu, perkauman wujud dalam kalangan kita.

Apabila ini berlaku, ia ‘membutakan’ kita daripada melihat realiti, iaitu masalah yang kita kongsi bersama. Saya bercakap tentang masalah ekonomi, kos hidup tinggi dan peluang perniagaan, pendidikan dan isu-isu lain yang sama-sama kita hadapi.

Kita tidak hidup pada zaman biasa. Harga minyak pada USD15 per tong untuk jangka masa panjang, dan tukaran 5 Ringgit kepada 1 dolar, bukan lagi gurauan karut. Ia boleh berlaku tanpa diduga.

Kenapa saya berkata demikian? Kerana untuk dekad lepas, ekonomi Malaysia sangat bergantung kepada minyak dan gas, komoditi, pembinaan dan pembangunan hartanah. Gaji, produktiviti dan kemahiran pula terbantut dan malah mungkin menurun.

Majoriti besar rakyat banyak berhutang disebabkan pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman pendidikan, hutang kad kredit, ansuran barang pengguna, dan juga pinjaman perkahwinan untuk sebilangan kecil. Ada yang terus membayar hutang selepas bercerai.

Jika pemberhentian kerja secara besar-besaran berlaku dalam waktu singkat, semuanya akan mendatangkan krisis — krisis pekerjaan, krisis hutang, pecahnya gelembung hartanah, krisis kebajikan dan peningkatan jenayah.

Tawaran Baru

Soalannya ialah “Bolehkah DAP memenuhi satu harapan bersejarah untuk membawa keluar negara daripada kemelut yang akan berlaku, mengusahakan satu tawaran baru dan membina Malaysia baru?

Sekarang ada ramai penjaja, peniaga kecil dan pekerja daripada semua kaum, termasuk Melayu, India, Iban dan Kadazan. DAP harus menjadi wakil kepada semua rakyat Malaysia ini.

Page 14: 2 | MAC 2016 - roketkini.com BM_Mac_2… · Impian Malaysia . KINI DAP SUDAH ... semua pihak, termasuk Unit Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, ... memantau aktiviti pengguna

14 | MAC 2016

IMP IAN MALAYS IA

HASIL KERJA KERAS Impian Perak bersama DAP Perak, penduduk dan nelayan kecil Kampung Esso kini mampu menarik nafas lega dan gembira apabila jeti lama kampung mereka akan dibaik pulih dan digantikan dengan jeti yang baru.

Je t i yan g baka l d ib ina dengan menelan belanja hanya RM20,000 in i juga baka l memberi kesenangan dan keselesaan kepada seluruh nelayan-nelayan kecil yang mencari rezeki hasil sungai di sepanjang Sungai Perak.

I n i m e r u p a k a n p r o j e k keempat Impian Perak selepas pembinaan sebuah rumah untuk warga tua di Tronoh, projek air graviti untuk masyarakat Orang Asal di Grik dan projek menurap padang bola di Batu Gajah.

M e n u r u t A h l i D e w a n U n d a n g a n N e g e r i P a s i r

Bedamar, Terence Naidu, semua projek di bawah Impian Perak merupakan inisiatif DAP membela nasib masyarakat yang dipinggirkan tanpa mengira k a u m , a g a m a m a h u p u n ideologi politik.

“Impian Perak sesungguhnya telah memanfaatkan semua masyarakat iaitu masyarakat Cina, Melayu, India dan Orang Asal. Ini jelas membuktikan DAP adalah untuk semua dan tidak hanya memihak pada satu kaum yang khusus sahaja,” katanya.

K a t a n y a , m a s i h r a m a i kelompak masyarakat yang te r t ingga l dan d iaba ikan kerajaan meskipun sudah 58 tahun negara mencapai kemerdekaan.

“Saya amat gembira dengan kejayaan Pusat Komuniti DAP Teluk Intan yang telah berjaya merealisasikan projek jeti ini di bawah Impian Perak,” kata beliau.

Menurut Terence, selain jeti yang daif , nelayan-nelayan keci l ini juga sebelum ini tidak memiliki lesen untuk menangkap ikan walaupun te lah berkal i -ka l i d ibawa kepada pihak berkenaan.

“ M e r e k a b e n a r - b e n a r terpinggir dan diabaikan. Maka saya tidak berlengah dan terus membawa isu nelayan ini ke sidang DUN dan hasilnya kini impian mereka telah berjaya direalisasikan.

Lancar derma RM10

M e n u r u t P e n g e r u s i

Pusat Komuniti DAP Teluk Intan, Dyana Sofya, projek jeti Kampung Esso berjaya direalisasikan dengan kempen derma RM10 yang dijalankan pada penghujung tahun 2015 dan sumbangan dana Impian Perak.

“Sebelum ini akibat jeti lama yang daif telah runtuh, nelayan terpaksa berenang untuk ke bot mereka setiap hari demi mencari rezeki. Alhmdulillah, Projek Jeti Kampung Esso ini dapat dilaksanakan kerana sumbangan orang ramai melalui kempen derma,” katanya.

Menurutnya, pembinaan jet i Kampung Esso in i d i bawah pengawasan pakar dan berharap lebih banyak lagi aktiviti dapat di samping merapatkan hubungan sesama penduduk melalui konsep Pembinaan komunit i oleh komuniti (community building by community).

Menurut Pengarah Biro Hal Ehwal Luar Bandar & Desa DAP Perak dan koordinator Pusat Komuniti DAP Teluk Intan, Anida Osman, usaha murni DAP ini membuktikan parti itu memperjuangkan semua kaum.

“Pelbagai kesulitan dan masalah timbul pada masa pasukan Pusat Komuniti DAP Teluk Intan mengelolakan projek Jeti Kampung Esso ini namun ini tidak mematahkan semangat kami untuk berjuang merealisasikan impian mereka untuk mendapatkan satu jeti yang selamat untuk digunakan. Menjayakan projek ini dengan

pelbagai prosedur yang perlu dipatuhi menjadikan kami lebih bersemangat untuk meneruskan projek ini tanpa menoleh ke belakang.

“Mereka ini telah terlalu lama tidak dipedulikan pada ketika mereka datang kepada kami. Kehadiran mereka ini merupakan satu petanda yang jelas bahawa mereka percaya DAP adalah parti untuk semua kaum sebagaimana yang telah lama kami potretkan,” kata beliau.

Terharu dengan usaha DAP

Salah seorang nelayan, Abdul Manan berkata, beliau amat terharu dan meletakkan harapan apabila Terrence N a i d u d a n D y a n a S o f y a bertindak terhadap masalah yang dialami mereka.

“Apabila saudari Dyana dan saudara Terence sedia mendengar dan mengambil tindakan terhadap masalah kami, saya merasa amat terharu dan berharap agar masalah kami dapat diberi perhatian. K i n i i m p i a n s a y a u n t u k mendapat lesen nelayan juga telah termakbul dan begitu juga sebuah jeti yang sempurna untuk digunakan.

Menurutnya, perasaannya berasa amat sedih apabila sebelum ini jeti yang sering digunakan itu rosak dan dibawa arus.

“Kami tidak dapat turun ke sungai dengan selamat kerana terpaksa berenang untuk pergi ke bot kami. Keadaan ini

amat merbahaya kerana risau menjadi mangsa ular yang berselindung di sebalik semak di tepi sungai.

“ P e r n a h s e k a l i a d a d i kalangan kami tergel incir ke da lam a i r dan cedera d i kak i . Te tap i i tu t idak memberhentikan kami untuk mencari rezeki di sungai kerana inilah sahaja sumber rezeki bagi meneruskan kelangsungan hidup saya menyara keluarga,” k a t a n y a y a n g m e w a r i s i pekerjaan sebagai nelayan daripada ayahnya.

B a g i A h m a d T a r m i z i pula, beliau amat berterima kasih kepada Impian Perak dan DAP apabila bertindak menyelesaikan masalah yang dihadapi.

“Inilah hari yang paling gembira buat saya. Selama ini saya juga berasa susah hati kerana sukar untuk turun ke sungai mencari rezeki. Hidup saya telah lama bergantung p a d a h a s i l t a n g k a p a n d i sungai,”ujarnya yang lebih kenali dengan nama Pak Tam di kalangan rakan-rakan nelayan yang lain.

Antara yang hadir untuk meninjau tapak jeti yang akan dibaikpulih itu ialah Terence b e r s a m a P e n g e r u s i D A P Perak, Nga Kor Ming, ADUN Jalong, Loh Sze Yee, ADUN Mengelembu Lim Pek Har dan Ahli Parlimen Batu Gajah, V.Sivakumar, bersama hampir 50 penduduk kampung.

Jeti baru Kampung Esso ceriakan nelayan kecil dan penduduk

Page 15: 2 | MAC 2016 - roketkini.com BM_Mac_2… · Impian Malaysia . KINI DAP SUDAH ... semua pihak, termasuk Unit Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, ... memantau aktiviti pengguna

MAC 2016 | 15

DAP MELANCARKAN trak Impian Malaysia di kompleks membeli-belah Sunway Pyramid pada 17 Januari lalu bagi menggerakkan kempen kesedaran kesukarelawanan ke seluruh tanah air.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata usaha DAP melalui inisiatif Impian Malaysia mempunyai mesej yang jelas kepada rakyat bahawa negara ini mempunyai harapan untuk berubah.

“Kita telah buktikan komitmen kepada rakyat. Ketika banjir besar di Kelantan, DAP sendiri bina 45 buah rumah. Ketika itu kerajaan hanya buat 30 rumah. Kita belum jadi kerajaan tapi kita sebagai pembangkang sudah buktikan.

“Jangan anggap negara kita tak ada harapan. Kita masih ada harapan,” katanya melancarkan trak yang akan mengembara ke seluruh negara mempromosikan program Impian Malaysia.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berharap rakyat Malaysia tidak mudah terpengaruh dengan dakyah perkauman yang dilemparkan terhadap DAP semata-mata kerana pihak lawan mahu menutup kegagalan mereka memperjuangkan hak rakyat.

Antara acara menarik di perkarangan pusat membeli-belah tersebut adalah tayangan video, pameran fotografi, pendaftaran sukarelawan baru, kutipan sumbangan dan jualan cenderamata.

Impian Malaysia ditubuh bagi memberi komitmen dan membantu masyarakat yang terpinggir selain membangkitkan kesedaran mengenai asas hak sebagai seorang warganegara. Ia mahu memberdayakan rakyat Malaysia pelbagai kaum.

Pelancaran trak Impian Malaysia, komitmen kepada masyarakat terpinggir

IMP IAN MALAYS IA

KOMITMEN BERTERUSAN Impian Malaysia menjalankan a k t i v i t i k e s u k a r e l a w a n a n m e n j a y a k a n s e s e b u a h pro jek pembangunan a tau perkhidmatan kepada komuniti s e t e m p a t p e n t i n g d a l a m menjayakan visi pengukuhan komuniti terutama bagi yang b e r a d a j a u h t e r p i s a h d a r i kemudahan kes iha tan dan latihan pendidikan.

A n t a r a a k t i v i t i y a n g dijalankan Impian Malaysia di Sarawak baru-baru ini ialah Kem Kesihatan Impian dan program Impian Membaca bagi kanak-kanak. Apa yang membanggakan, penduduk setempat memberi s a m b u t a n h a n g a t k e p a d a aktiviti yang dianjurkan Impian Malaysia.

Kem Kesihatan Impian

K e m K e s i h a t a n I m p i a n yang dijalankan baru-baru ini bertujuan memberi khidmat n a s i h a t d a n p e m e r i k s a a n kes ihatan percuma kepada penduduk oleh sepasukan doktor sukarela melalui dua fasa. Fasa pertama diadakan di tiga buah kampung iaitu Kampung Benuk, Kampung Siburan dan Kampung Mentung Merau manaka la fasa ke dua pula dijalankan di Kampung Stass dan Kampung Serasot, Singai, Bau.

Impian Membaca

O b j e k t i f u t a m a I m p i a n Membaca untuk menggalakkan dan memupuk minat membaca s e c a r a b e r t e r u s a n s e l a i n m e m p e r k u k u h k e m a h i r a n dan pendedahan maklumat di kalangan kanak-kanak.

D a l a m p r o g r a m y a n g dijalankan di Kampung Sebubok, Daerah Bau ini, seramai 41 kanak-kanak dan 27 ibu bapa dan penjaga terlibat. Selain membaca, antara aktiviti menarik yang dijalankan ialah kelas seni dan sesi bercerita bersama sukarelawan yang terlibat.

Pendaftaran sukarelawan

I m p i a n M a l a y s i a a m a t mengalu-alukan penglibatan anda bersama membangunkan komuniti. Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lanjut mengenai Impian Malaysia atau ingin mendaftar sebagai sukarelawan, sila layari http://impianmalaysia.com

Kejayaan Kem Kesihatan dan Impian Membaca di Sarawak

Page 16: 2 | MAC 2016 - roketkini.com BM_Mac_2… · Impian Malaysia . KINI DAP SUDAH ... semua pihak, termasuk Unit Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, ... memantau aktiviti pengguna

16 | MAC 2016

DAP tetap sokong Anwar jadi Perdana Menteri walau dipenjaraD A P M E N G U L A N G I PENDIRIANNYA menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri bagi pihak Pakatan Harapan dan bertekad menggembleng usaha

untuk membebaskan beliau dari penjara.

Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Ng Suee Lim berkata pendirian DAP itu tidak pernah berubah kerana ia berdasarkan

persetujuan dan dasar bersama s e j a k e r a P a k a t a n R a k y a t pasca-2008.

Bel iau berkata demikian depan kira-kira 1,000 rakyat sempena Himpunan 365 Hari Anwar Sebagai Tahanan Politik di depan Penjara Sungai Buloh pada 9 Februari lalu.

“Janji kita khususnya DAP kita tetap anggap dan pil ih Anwar sebagai calon Perdana Menteri kita pada masa akan datang. Tidak kira sekarang dipenjara, kita akan berusaha membebaskan Anwar. Beliau bakal Perdana Menteri kita,” katanya.

Menegaskan DAP sebagai ‘ k a w a n s e j a t i ’ y a n g t e t a p bersama-sama waktu susah dan senang, Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan itu berkata rakyat juga perlu ‘istiqomah’ menentang kezaliman UMNO-BN.

Presiden Amanah, Mohamed Sabu mengajak rakyat supaya

beran i bangk i t menentang segala kebejatan di negara ini, bukan berdiam dari sebaliknya meneladani rakyat negara jiran yang bangkit menuntut keadilan.

“Kenapa kita tidak ikut arus rakan-rakan di Indonesia, di Burma, kita ketinggalan kerana kita penakut. Mengakulah kita tak cukup berani. Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, tanya diri kita, adakah kita pejuang atau hanya bermain slogan? Ayuh,

mari kita bangun!” katanya.Naib Presiden PKR, Nurul

Izzah Anwar mahu perjuangan A n w a r d i t e r u s k a n t a n p a menyerah kalah kepada tekanan kerajaan dan mengingatkan p ihak te r tentu yang mahu menggantikan Anwar supaya m e n g i n s a f i j a t u h b a n g u n perjuangan reformasi.

“Kita takkan menyerah. Kita akan lawan hingga ke akhirnya!” kata anak sulung Anwar itu.

Pakatan Harapan bina momentum tumbangkan BNDASAR BERSAMA Pakatan Harapan yang bersifat adil dalam menangani hal-ehwal rakyat khususnya orang Melayu bakal membina momentum untuk melawan rejim UMNO-BN pada pilihanraya akan datang.

S e t i a u s a h a O r g a n i s a s i D A P Kebangsaan, Anthony Loke, berkata DAP menyokong dasar itu yang memberi keutamaan kepada dasar bersama itu termasuk mengatasi isu kebimbangan orang Melayu.

“Dasar bersama itu bukan saja jadi ‘peluru’ untuk lawan UMNO tetapi ia akan dilaksanakan sejurus Pakatan Harapan mengambil al ih Putrajaya kelak,” kata Ahli Parlimen Seremban itu di satu sedang media selepas mesyuarat Sekretariat Setiausaha Pakatan Harapan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pada sidang media sama, Setiausaha

Agung Parti Amanah Negara, Anuar Tahir menyifatkan persetujuan dasar bersama sebagai era baru pakatan pembangkang.

“Kali ini kita nak jadikan konsensus dicapai secara murni dan jelas. Ketiga-tiga parti tak lagi dalam mod setuju untuk tidak bersetuju,” katanya.

Beliau berkata, BN hanya mampu memanipulasi isu perkauman dan agama tetapi ia sekaligus memperkecil potensi rakyat untuk berubah khususnya generasi muda.

Se t iausaha Agung PKR, Raf i z i Ramli menyatakan Pakatan Harapan meletakkan tiga perkara yang menjadi asas kepada kerangka dasar bersama termasuk mengatasi isu yang menjadi kebimbangan orang Melayu.

Perkara pertama, katanya, ialah penekanan kepada merangka program

untuk menangani isu kebajikan, sosio-ekonomi dan politik masyarakat Melayu tanpa mengabai kepentingan kaum lain.

Perkara kedua ialah isu peluang pekerjaan dan dasar guna tenaga serta modal insan, dan ketiga sistem pendidikan yang menyeluruh, adi l dan mampu menjadikan Malaysia yang berbeza untuk melahirkan masyarakat berkualiti dan bertanggungjawab.

T u r u t h a d i r i a l a h S e t i a u s a h a Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah yang juga ahli PKR.

Sebelum itu di Persidangan Pemimpin Pakatan Harapan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada awal Januari lalu, ketiga-tiga parti gabungan Pakatan Harapan mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini merengkuk di penjara atas tuduhan, sebagai Perdana Menteri baru apabila menawan Putrajaya, kelak.

“Kita tetap sokong Anwar sebagai PM apabila kita menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14,” kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

P r e s i d e n A m a n a h , M o h a m a d Sabu juga menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri dan tidak bercadang menggantikannya dengan individu lain.

“Jangan risau, kita tak cari calon lain baik Gua Musang mahupun Pagoh,” katanya sedikit berseloroh dengan merujuk kepada Tengku Razaleigh Hamzah dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, kedua-duanya kebelakangan ini bernada skeptikal terhadap pimpinan UMNO.

Pres iden PKR, Dat in Ser i Wan Azizah Ismail pula menyambut baik sokongan pimpinan DAP dan Amanah serta mengajak semua pihak berusaha mendesak Kerajaan Persekutuan untuk membebaskan Anwar dari penjara.

Diterbitkan oleh: Democratic Action Party Headquarters, Jalan Yew, Off Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur. Tel: 03-92005000 Faks: 03-92007000Dicetak oleh: Graphic Tech (M) Sdn Bhd, No. 1, Jalan Tanming 5, Taman Tanming Jaya, 43300 Balakong, Selangor