2. MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH · PDF fileMeminta dasar perlindungan terhadap...

14
http://rosleyasin.blogspot.com SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur 1 Pentadbiran Tentera British PENUBUHAN UMNO Tujuan Penubuhan Malayan Union 2. MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU TANAH MELAYU SELEPAS KEKALAHAN JEPUN Ciri-ciri Malayan Union Keganasan 14 hari PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU REAKSI PENDUDUK TEMPATAN TERHADAP MALAYAN UNION MALAYAN UNION Tujuan Penubuhan UMNO Perjuangan tokoh UMNO Cara-cara Penentangan Terhadap Malayan Union Ciri-ciri utama Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu Perjuangan dan Perkembangan UMNO Faktor Penentangan Perundingan Ke arah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

Transcript of 2. MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH · PDF fileMeminta dasar perlindungan terhadap...

Page 1: 2. MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH · PDF fileMeminta dasar perlindungan terhadap negeri-negeri Melayu ... 2. British bersetuju menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah

http://rosleyasin.blogspot.com

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

1

Pentadbiran

Tentera British

PENUBUHAN

UMNO

Tujuan Penubuhan

Malayan Union

2. MALAYAN UNION DAN

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

TANAH MELAYU SELEPAS

KEKALAHAN JEPUN

Ciri-ciri Malayan

Union

Keganasan 14 hari

PENUBUHAN PERSEKUTUAN

TANAH MELAYU

REAKSI PENDUDUK TEMPATAN

TERHADAP MALAYAN UNION

MALAYAN UNION

Tujuan Penubuhan

UMNO

Perjuangan tokoh

UMNO

Cara-cara Penentangan Terhadap

Malayan Union

Ciri-ciri utama

Perjanjian Persekutuan

Tanah Melayu Perjuangan dan

Perkembangan

UMNO

Faktor Penentangan

Perundingan Ke arah

penubuhan Persekutuan

Tanah Melayu

Page 2: 2. MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH · PDF fileMeminta dasar perlindungan terhadap negeri-negeri Melayu ... 2. British bersetuju menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah

http://rosleyasin.blogspot.com

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

2

• PKM menguasai tempat-tempat

penting, balai polis dan pejabat

pentadbiran.

• PKM mengenakan undang-

undang sendiri dengan

menjatuhkan hukuman kepada

sesiapa yang membantu Jepun.

• Pelbagai cukai yang tinggi

diperkenalkan kepada penduduk

kampung.

• Selepas Jepun menyerah kalah

terdapat kekosongan pentadbiran.

• PKM melalui MPAJA telah

mengambil kesempatan

menguasai Tanah Melayu

TANAH MELAYU SELEPAS

KEKALAHAN JEPUN

• Kekalahan Jepun pada tahun 1945, membawa kepada penguasaan

PKM selama 14 hari.

• PKM banyak melakukan banyak keganasan sehingga menimbulkan

huru hara.

• Pentadbiran Tentera British telah berjaya menyelamatkan keadaan

KEGANASAN 14 HARI PENTADBIRAN TENTERA

BRITISH (BMA)

• Keganasan PKM menyebabkan

ketegangan kaum dan huru hara.

• Di Batu Pahat dan Muar, Kiyai

Salleh memimpin orang Melayu

menyerang orang Cina di Batu

Pahat.

• Dato’ Onn Pegawai Daerah Batu

Pahat berjaya menghalang

daripada berlaku pertumpahan

darah.

• Pentadbiran Tentera British diperkenalkan

pada September 1945.

• PTB diketuai oleh Sir Ralp Hone, Ketua

Pegawai Hal Ehwal Awam.

• Kejayaan PTB:-

i. Menamatkan penguasaan PKM

selama 14 hari

ii. Memujuk PKM meletakkan senjata.

iii. Memulihkan keamanan dan

mengakkan undang-undang.

• Pentadbiran Tentera British kemudian

digantikan oleh pentadbiran Malayan Union.

• PKM melakukan keganasan,

menculik, menghukum penduduk

yang dikatakan menganiaya orang

Cina.

• PKM membunuh seorang penghulu

dan Pegawai Daerah yang ingin

berunding.

• Mereka mencemarkan masjid dan

membakar rumah pada waktu

malam

Page 3: 2. MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH · PDF fileMeminta dasar perlindungan terhadap negeri-negeri Melayu ... 2. British bersetuju menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah

http://rosleyasin.blogspot.com

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

3

MALAYAN UNION

• Diisytiharkan pada 1 April 1946, di Kings House (Carcosa Seri Negara) Kuala Lumpur.

• Edward Gent dilantik sebagai Gabenor Malayan Union yang pertama

• Malayan Union menggantikan Pentadbiran Tentera British di Tanah Melayu.

TUJUAN

PENUBUHAN

MALAYAN

UNION

• Mempersiapkan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri

• Mewujudkan kerajaan yang cekap dan seragam.

• Menyatukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-

negeri Selat

• Membentuk satu bangsa Malayan Union supaya golongan pendatang dapat menumpukan kesetiaan

kepada Malayan Union.

• Menjimatkan perbelanjaan pentadbiran kerana pentadbiran yang tidak seragam menelan perbelanjaan

yang besar.

• Memastikan penglibatan golongan imigran sebagai sumber tenaga kerja dan pelabur untuk memaju

dan mengembangkan ekonomi Tanah Melayu tidak terjejas.

• Menjamin British akan terus menguasai sumber ekonomi Tanah Melayu terutama getah dan bijih

timah.

• Mengurangkan kuasa politik orang Melayu kerana dikatakan membantu Jepun semasa pendudukan

Jepun di Tanah melayu

• Memperkukuh

kan pertahanan

British di

Tanah Melayu

dan di Asia

Tenggara

Page 4: 2. MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH · PDF fileMeminta dasar perlindungan terhadap negeri-negeri Melayu ... 2. British bersetuju menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah

http://rosleyasin.blogspot.com

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

4

CIRI-CIRI MALAYAN UNION

2. Pembentukan Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union

3. Seorang Gabenor akan dilantik mengetuai Malayan Union

1. Mengabungkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu tidak Bersekutu dan

Negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang dan Melaka kecuali Singapura.

4. Konsep kewarganegaraan berasaskan kepada prinsip “Jus Soli” iaitu kewarganegaraan sama rata

5. Raja-raja hanya menjadi ahli Majlis Melayu (Majlis Raja-Raja Melayu) berkuasa soal agama dan

adat istiadat sahaja

6. Setiap negeri mempunyai ketua pentadbir negeri iaitu Pesuruhjaya Negeri

7. Pemutus undang-undang Malayan Union adalah Parlimen British

Pembentukan Malayan Union adalah merupakan tindakan British untuk mengukuhkan kedudukan politik

dan ekonominya di Tanah Melayu. Malayan Union menjadikan Tanah Melayu sebagai tanah jajahan

mutlak

Page 5: 2. MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH · PDF fileMeminta dasar perlindungan terhadap negeri-negeri Melayu ... 2. British bersetuju menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah

http://rosleyasin.blogspot.com

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

5

REAKSI PENDUDUK TEMPATAN

TERHADAP MALAYAN UNION

Menentang Rancangan Malayan Union

Sebab-sebab

Penentangan

terhadap Malayan

Union

Penghapusan Kuasa Raja

• Raja-Raja kehilangan kuasa dan hanya

menjadi Ahli Majlis Raja-Raja Melayu.

• Raja-raja kehilangan takhta dan maruah

sebagai pelindung orang Melayu.

• Zakat diletakkan di bawah kuasa Gabenor

Malayan Union.

Kerakyatan Jus Soli

• Kerakyatan Jus Soli dalam Malayan

Union mengancam kedudukan sedia ada

masyarakat Melayu sebagai peribumi.

• Jumlah orang Melayu akan menjadi kecil

akibat kemasukan golongan imigran yang

mudah mendapat kerakyatan

Tindakan Mac Michael Mengancam Raja

• Tindakan Mac Michael mengancam akan

menurukan takhta raja yang tidak

menyokong Malayan Union tidak diterima

oleh orang Melayu.

• Raja-raja tidak masa yang cukup untuk

berunding dan meneiliti Rancangan

Malayan Union

Tamadun akan terhakis

• Pengenalan Malayan Union akan

menyebabkan tamadun Melayu yang

dibina oleh kerajaan Melayu seperti

system beraja,bahasa Melayu dan tulisan

jawi terhakis.

• Ketuanan Melayu akan runtuh dan orang

Melayu kehilangan tanah air

• Menyokong parti-parti radikal kerana konsep

kerakyatan menguntungkan mereka.

• MDU mencadangkan Singapura disatukan dalam

Malayan Union.

• Golongan imigran juga menyokong Malayan Union.

• Mereka bersatu dalam All Malayan Council of Joint

Action (AMCJA) diketuai Tun Tan Cheng Lock.

• Malayan Union akan menyatukan pentadbiran Tanah Melayu.

• Malayan Union akan mewujudkan pentadbiran tidak berasaskan

raja dan pembesar Melayu.

• Menyokong kerakyatan terbuka kepada yang lahir di Tanah Melayu

dan ingin menjadi warganegara.

• Berseteju dengan penyatuan pentadbiran agama seluruh Tanah

Melayu.

• Percaya British akan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Terdapat sekumpulan kecil orang

Melayu menyokong Malayan Union

PKMM, AWAS,API dan BATAS PKM dan Malayan Democratic Union (MDU)

Page 6: 2. MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH · PDF fileMeminta dasar perlindungan terhadap negeri-negeri Melayu ... 2. British bersetuju menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah

http://rosleyasin.blogspot.com

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

6

Cara

Penentangan

Terhadap

Malayan Union

Penentangan Melalui Akhbar

• Akhbar Majlis, Utusan Melayu dan Warta Negara secara berterusan menentang rancangan Malayan

Union.

• Akhbar yang mula-mula menyeru orang Melayu menentang Malayan Union ialah akhbar Majlis.

• Utusan Melayu menggesa Raja-Raja Melayu memikirkan kesannya jika Malayan Union tidak

ditentang.

• Warta Malaya mengesa orang Melayu bersatu menentang Malayan Union.

Penentangan Secara individu

• Dato’ Onn menulis surat kepada Utusan Melayu menyeru orang Melayu mengadakan kongres dan

menubuhkan United Malays Organization (U.M.O) untuk menentang Malayan Union.

• Raja-raja Melayu seperti Sultan Johor menulis surat kepada Setiausaha Tanah Jajahan, menjelaskan

raja-raja Melayu telah dipaksa menerima Malayan Union.

• Bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu turut menyokong orang Melayu.

Frank Swettenham, R.O Winstedt, Sir Frederick Weld dan Sir Ceci Clementi Smith menentang

Malayan Union secara terbuka dalam akhbar The Times di London.

Penentangan secara kolektif

• Berdemontrasi membantah tindakan Sir Harold MacMichael memaksa Sultan menandatangani

perjanjian. Malayan Union diadakan di Kota Bharu, Alor Star dan Johor Bahru.

• Persatuan Melayu dihidupkan semula untuk menentang Malayan Union secara berorganisasi seperti

Persatuan Melayu Terengganu dan Persatuan Kebangsaan Melayu Selangor.

• Persatuan Melayu menghantar surat dan telegram ke London membantah perlaksanaan Malayan

Union.

• Orang Melayu juga mengadakan rapat umum semasa lawatan L.D. Gammans dan David Rees

Williams (di Singapura, Johor Bahru, Muar, Batu Pahat, Rembau, Seremban, Kuala Lumpur, Alor

Stardan George Town) untuk menunjukkan bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union.

• Kaum wanita juga turut menentang Malayan Union. Cikgu Zahara Abdullah, Halimahton Majid dan

Datin Puteh Mariah bergabung dengan kaum lelaki menentang Malayan Union..

Page 7: 2. MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH · PDF fileMeminta dasar perlindungan terhadap negeri-negeri Melayu ... 2. British bersetuju menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah

http://rosleyasin.blogspot.com

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

7

KONGRES MELAYU

KONGRES MELAYU PERTAMA

KONGRES MELAYU KEDUA

• Diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan

Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

• Kongres ini dihadiri oleh 41 pertubuhan dari seluruh

Semenanjung Tanah Melayu.

• Kongres dirasmikan oleh Sultan Selangor, Sultan

Hishamuddin Alam Shah.

• Kongres bersetuju untuk menubuhkan United

Malays National Organization (UMNO) atau

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

(PEKEMBAR)

• Dato’ Onn Ja’afar dilantik sebagai pengerusi yang

pertama.

• Kongres pertama mendapat sambutan hangat

daripada orang Melayu.

• Wakil wanita dan kanak-kanak turut berucap dalam

kongres ini.

• Diadakan pada 30 hingga 31 Mac 1946 di pejabat

akhbar Majlis, di Kuala Lumpur.

• Kongres ini diadakan bertujuan membantah

pengisytiharan Malayan Union yang akan diadakan

pada 1 April 1946.

• Sembilan wakil pertubuhan-pertubuhan Melayu

telah menghadiri Kongres Kedua ini.

• Kongres Kedua telah memutuskan tiga perkara

penting:-

i. Meminta Raja-Raja Melayu memulaukan

majlis perlantikan Edward Gent sebagai

Gabenor Malayan Union.

ii. Orang Melayu yang dilantik dalam majlis

Pentadbiran Malayan Union diminta

memulaukan pengisytiharan Malayan Union.

iii. Menyeru orang Melayu berkabung dengan

melilitkan kain putih pada songkok mereka

selama tujuh hari.

Page 8: 2. MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH · PDF fileMeminta dasar perlindungan terhadap negeri-negeri Melayu ... 2. British bersetuju menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah

http://rosleyasin.blogspot.com

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

8

PENUBUHAN UMNO

• UMNO ditubuhkan berdasarkan

Kongres Melayu yang pertama yang

diadakan di Kuala Lumpur.

• UMNO ditubuhkan pada 11 Mei

1946 di Istana Besar Johor Bahru.

• Yang Dipertua pertamanya ialah

Dato’ Onn Ja’afar.

UMNO 1949

• Berfungsi sebagai parti siasah sebagai

penyatu orang Melayu.

• Berusaha untuk membentuk kerajaan yang

merdeka di Tanah Melayu.

• Memajukan orang Melayu dalam pelbagai

bidang.

• Melindungi kedaulatan tanah air.

• Mula menuntut kemerdekaan Tanah Melayu

UMNO 1946

• Menentang Malayan Union.

• Menyatupadukan orang Melayu

• Mewujudkan satu organisasi berbentuk

nasional

• Menjaga kepentingan politik dan ketuanan

melayu.

• Memajukan pendidikan orang Melayu.

• Melindungi kepentingan orang Melayu dan

belum bersedia menuntut kemerdekaan.

Dato’ Nik Ahmad Kamil

• Ahli Jawatankuasa UMNO pusat dan ketua UMNO Kelantan.

• Berpendidikan Sekolah Majlis Agama Islam Kota Bharu dan Maktab Melayu Kuala Kangsar,

kemudian melanjutkan pelajaran ke Lincoln’s Inn, London.

• Menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri sebelum menjadi Menteri Besar Kelantan dari tahun 1948

hingga 1953.

Dato’ Panglima Bukit Gantang

• Setiausaha Agung UMNO yang pertama.

• Nama sebenar beliau ialah Abdul Wahab bin Abdul

Aziz.

• Berpendidikan Anderson School, Ipoh dan Inner

Temple, London.

• Menubuhkan perikatan Melayu Perak untuk menentang

Malayan Union.

• Menjadi Ketua Bahagian UMNO Perak dari tahun 1948

hingga 1953

Perjuangan Tokoh-tokoh UMNO Dato’ Onn Ja’afar

• Pengasas UMNO.

• Berpendidikan Maktab Melayu

Kuala Kangsar dan di England.

• Pernah dilantik sebagai Menteri

Besar Johor pada tahun 1946.

• Mencadangkan pertubuhan untuk

menentang Malayan Union.

• Berjaya menganjurkan Konres

Melayu pada tahun 1946.

• Mengetuai orang Melayu

menjelajah ke seluruh

Semenanjung Tanah untuk

menumbangkan Malayan Union.

• Berjaya memujuk Raja-Raja

Melayu memulaukan majlis

pengisytiharan Sir Edward Gent

sebagai Gabenor Malayan Union.

• Menjadi anggota penggubal

perlembagaan UMNO pada

tahun 1949.

Zainal Abidin bin Ahmad

• Intelektual Melayu yang terlibat

dalam Kongres Melayu.

• Beliau bertanggungjawab

menguruskan persidangan

Kongres Melayu.

• Mencadangkan kepada Dato’

Onn Menambah perkataan

Kebangsaan ke dalam United

Malays Organization menjadi

United Malay’s National

Organization.

Page 9: 2. MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH · PDF fileMeminta dasar perlindungan terhadap negeri-negeri Melayu ... 2. British bersetuju menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah

http://rosleyasin.blogspot.com

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

9

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948

Rundingan Ke arah penubuhan Persekutuan Tanah

Melayu

Pada amnya terdapat lima tuntutan dikemukakan kepada

British, antaranya ialah:-

i. Raja-Raja Melayu dan UMNO menolak semua prinsip dan

struktur Malayan Union.

ii. Menginginkan sebuah persekutuan seperti konsep Neger-

negeri Melayu Bersekutu.

iii. Menolak kerakyatan terbuka Malayan Union.

iv. Meminta dasar perlindungan terhadap negeri-negeri Melayu

dan orang Melayu dipulihkan.

v. Menuntut supaya Raja-raja Melayu sebagai ketua Negeri-

negeri Melayu diakui semula.

1. Penentangan habis-habisan yang dilakukan oleh raja-raja dan orang Melayu

menyebabkan British tunduk dengan tuntutan orang Melayu.

2. British bersetuju menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu

pada 1 Februari 1948.

3. Pemansuhan Malayan Union merupakan kejayaan besar orang Melayu

mengembalikan semula kedudukan politik dan maruah mereka di Tanah Melayu.

1. Bantahan orang Melayu secara aman sejak Januari hingga

Mei 1946, menggambarkan orang Melayu menolak

rancangan Malayan Union.

2. Ketegasan raja-raja Melayu dan UMNO menolak Malayan

Union menyebabkan British mengadakan rundingan rasmi

dengan raja-raja dan UMNO.

3. British telah menubuhkan jawatankuasa Eksekutif yang

dianggotai oleh 12 orang ahli.

4. Jawatankuasa ini terdiri daripada pegawai kanan British,

pemimpin UMNO dan wakil Raja-raja Melayu.

5. Mereka mengadakan mesyuarat di King’s House, Kuala

Lumpur.

• British tunduk kepada tuntutan orang Melayu kerana tidak mahu orang

Melayu menentang British dengan menggunakan kekerasan.

• British juga tidak mahu PKM mengambil kesempatan mempengaruhi

orang Melayu untuk menentang British.

Page 10: 2. MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH · PDF fileMeminta dasar perlindungan terhadap negeri-negeri Melayu ... 2. British bersetuju menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah

http://rosleyasin.blogspot.com

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

10

Persekutuan Tanah Melayu Aspek perbezaan Malayan Union

Pesuruhjaya Tinggi British

Ketua pentadbiran

Gabenor British

Majlis Mesyuarat Eksekutif, Majlis Mesyuarat

Perundangan Persekutuan dan Majlis Raja-Raja

Melayu,

Kuasa di peringkat pusat

Parlimen British.

Sultan, Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Negeri

Kuasa di peringkat negeri

Pesuruhjaya Negeri-negeri dan Majlis Mesyuarat

Negeri

Sultan Negeri Ketua agama Islam dan

adat istiadat Melayu

Gabenor British

Bahasa Melayu dan Inggeris

Bahasa pentadbiran

Inggeris

Ciri-ciri Utama Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

Perbezaan pentadbiran antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Malayan Union:-

i. Mewujudkan konsep Raja Berpelembagaan.

ii. Majlis raja-raja Melayu dibentuk menggantikan Majlis Melayu

iii. Pesuruhjaya tinggi British menjaga kedudukan istimewa orang Melayu.

iv. Syarat kerakyatan diperketatkan

v. Sebuah Persekutuan dibentuk dengan gabungan sebelas buah negeri.

vi. Pesuruhjaya Tinggi British mengetuai Persekutuan Tanah Melayu. Dibantu oleh Majlis Mesyuarat

Eksekutif dan Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan.

Page 11: 2. MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH · PDF fileMeminta dasar perlindungan terhadap negeri-negeri Melayu ... 2. British bersetuju menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah

http://rosleyasin.blogspot.com

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

11

Persekutuan Tanah Melayu Cara mendapat

Kerakyatan

Malayan Union

• Jus soli hanya terbuka kepada rakyat raja dan

rakyat British,.

• serta pemohon yang lahir di luar negeri tetapi

bapanya adalah rakyat raja atau rakyat British.

Secara kuatkuasa

undang-undang

• Jus soli bagi mereka yang lahir di Malayan

Union, Singapura dan tanah jajahan British

yang lain.

• Pemohon yang berusia 21 tahun dan tidak ada

rekod jenayah serta bersetuju taat setia kepada

Persekutuan Tanah Melayu.

• Mereka yang berusia 21 tahun dan telah tinggal

selama lapan daripada 12 tahun di Tanah Melayu

serta boleh bertutur sama ada dalam bahasa

Melayu atau bahasa Inggeris.

Secara Permohonan

• pemohon yang telah tinggal selama lima

tahun dari tujuh tahun dari tarikh

permohonan. Anak angkat pemohon yang

telah menjadi rakyat Malayan Union juga

boleh memohon

Rumusan.

1. Perpaduan jitu orang Melayu menentang Malayan Union menyebabkan British tunduk dengan

tuntutan orang Melayu.

2. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu telah mengembalikan hak orang Melayu.

Perbezaan kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu dengan Malayan Union:-

Page 12: 2. MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH · PDF fileMeminta dasar perlindungan terhadap negeri-negeri Melayu ... 2. British bersetuju menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah

http://rosleyasin.blogspot.com

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

12

Page 13: 2. MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH · PDF fileMeminta dasar perlindungan terhadap negeri-negeri Melayu ... 2. British bersetuju menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah

http://rosleyasin.blogspot.com

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

13

Page 14: 2. MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH · PDF fileMeminta dasar perlindungan terhadap negeri-negeri Melayu ... 2. British bersetuju menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah

http://rosleyasin.blogspot.com

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

14